Monday 29 May 2017

PAS-UMNO Digesa Hentikan Sandiwara


Ahli Parlimen Kuala Terengganu dari Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Raja Bahrin Shah berkata, pada bulan Ramadan yang mulia ini, lebih baik kerajaan menghentikan sandiwara mengenai Akta 355 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu.

"Lebih baik kerajaan menghentikan sandiwara menuduh pihak lain yang menghalang (Rang undang-undang) RUU355 di Parlimen dan juga Enakmen Jenayah Syariah Terengganu.

"Pihak kerajaan Umno-BN dan PAS yang telah menangguhkan sebanyak tiga kali RUU355 di Parlimen. Mereka yang sama juga lah yang menghalang Enakmen Jenayah Syariah Terengganu dibahaskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada tahun lepas," kata beliau dalam kenyataan.

Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilaporkan sebagai berkata, negeri itu belum bersedia melaksanakan hukum hudud sebelum kajian mendalam terhadapnya dilaksanakan.

Jelas Ahmad Razif, keputusan untuk melaksanakan hukum hudud juga hanya ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri dan seterusnya perlu mendapat perkenan Sultan (Sultan Terengganu).

"Kita sekarang memberi tumpuan kepada Rang Undang-Undang 355... jika ia diluluskan baru kita boleh lihat apa yang boleh (hukum syariah) dilaksanakan di bawah RUU kerana tidak mahu terburu-buru dalam soal ini," kata beliau.

Negeri Terengganu akan menjadikan Aceh, Indonesia sebagai model dalam pelaksanaan hukum hudud jika ia dilaksanakan kelak.

Mengulas lanjut, Raja Bahrin berkata, jika di Parlimen RUU355 didakwa 'digagalkan' oleh Pakatan Harapan yang hanya menguasai 88 dari 222 kerusi Parlimen, pihak mana pula yang menggagalkan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu di DUN Terengganu.

"Siapa pula yang menggagalkan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu di DUN Terengganu kalau tidak Umno dan PAS yang menguasai 31 dari 32 kerusi DUN. Cadangan tersebut tidak dibenarkan dibahas pun oleh kedua-dua PAS dan Umno," katanya.

Tambah beliau, Enakmen Jenayah Syariah Terengganu yang telah diluluskan oleh DUN Terengganu dan diperkenankan oleh Sultan Terengganu pada tahun 2002 lagi.

"Setelah 15 tahun diluluskan masih tidak ada kemajuan dicapai dari aspek kajian mendalam atau pelaksanaannya. Cadangan usul Syed Azman untuk membahas usul tersebut anehnya telah ditolak oleh speaker dan tidak disokong oleh ahli-ahli DUN PAS dan juga Umno.

"Itulah anehnya situasi di Terengganu di mana 31 dari 32 ahli DUN Terengganu terdiri oleh ahli-ahli PAS dan Umno. Hanya seorang ahli DUN yang selama ini dituduh "penghalang pelaksanaan undang-undang Syariah" dari Pakatan Harapan (PKR).

"Apa dan siapakah sebenarnya "penghalang" pelaksanaan undang-undang syariah ini. Tidak mungkin seorang wakil tunggal Pakatan Harapan mampu menggagalkannya di DUN Terengganu," katanya lagi.




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP