Monday, 1 May 2017

Tantawi: Belilah Harakah Rezeki Akan Murah


Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, menyeru perwakilan muktamar dan seluruh anggota parti itu supaya melanggan akhbar rasmi mereka, Harakah.

Anggota parlimen Temerloh itu berkata, beliau ada mendengar keluhan sesetengah pimpinan di peringkat cawangan yang menyatakan mereka tidak mempunyai wang untuk membeli Harakah.

Justeru, Nasrudin tampil memberi cadangan yang menarik.

Kata beliau, cawangan PAS di seluruh negara perlu menjadi pelanggan tetapHarakah kerana dengan membeli Harakah, rezeki akan dimurahkan oleh Allah.

"Ada cawangan kata tak ada duit, tak mampu nak beliHarakah.

"Sebenar kalau cawangan itu tak ada duit, maka cawangan itu kena beli Harakah. Kaedahnya begitu, makin tak ada duit semakin kena infak," katanya pada sesi penggulungan Muktamar PAS Ke-63, di Alor Setar hari ini.

Harakah pernah menjadi media utama pembangkang dan mencapai kemuncak pengedarannya pada era reformasi penghujung 1990-an lalu.

Bagaimanapun jumlah edaran akhbar bersaiz tabloid itu dilaporkan merudum, terutama pada era selepas Pakatan Rakyat berkubur.

Perkembangan teknologi maklumat dan kewujudan pelbagai portal juga menjadi penyumbang kepada kemerosotan pengedaran media cetak di negara ini.

Terdahulu, Nasrudin yang juga calon naib presiden berkata, Harakah akan diperkasa dengan beberapa langkah pemuliharan diambil oleh peringkat kepimpinan parti.

Justeru katanya, semua perwakilan dan semua ahli parti diminta menjayakan program yang dilancarkan sebelum ini.

"Kempen 3B iaitu beli, baca dan beri. Beli ini adalah infak, dan kita telah lancarkan projek satu cawangan beli 10 naskhah Harakah.

"Ertinya satu cawangan perlu mencari 10 pembeliHarakah. Jadi ini adalah perkara yang perlu dilakukan secara serius," katanya.

Di samping memetik ayat al-Quran yang menyentuh kelebih bersedekah di jalan Allah, Nasrudin berkata, sekiranya cawangan PAS tidak mempunyai dana, rezeki mereka akan dilipatkan apabila membeliHarakah.

"Kalau cawangan itu kata tak ada duit nak beli Harakah, kena beli Harakah. Insya-Allah akan dilipatgandakan rezeki cawangan itu.

"Allah yang akan melipat gandakan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki," jelasnya.






PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

xairlinepilot 2 May 2017 at 19:49  

Harakah akan ada column lucah dan jual dvd blue

Hahaha

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP