Tuesday, 13 June 2017

'Ini bukan soal jantan, ini soal santun dan tiada istilah lama atau baru dalam Kabinet' - Rahman


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Nazri Aziz hari ini membidas seorang lagi menteri yang mempertahankan Menteri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang dilabelnya sebagai Menteri Setahun Jagung. 

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, memuat naik tweet berikut:

"Datuk Karim mungkin baru sebagai Menteri Sarawak, tetapi dia sudah pasti ahli politik Sarawak berpengalaman dengan bertahun-tahun pengalaman sebagai YB yang dipilih."

Bagaimanapun, Nazri menjawab, Rahman juga menteri 'baru dan tidak berpengalaman' dan tidak perlu campur tangan dalam pertelingkahannya dengan Karim. 

"Dia (Rahman) adalah menteri baru. Beliau memegang satu jawatan dan ditukar kepada jawatan lain tidak lama kemudian. Jadi saya fikir lebih baik dia tidak terlibat dan biarkan saya selesaikan perkara ini dengan Karim," katanya memetik laporan dari Free Malaysia Today. 

"Dia tidak perlu menasihati menteri kanan dan saya tidak perlukan bantuannya. Lagipun dia dari Malaysia timur, dia tidak neutral," katanya lagi. 

Rahman berkata, perang mulut di antara Nazri dan Karim hanya akan merumitkan lagi usaha kerajaan untuk menjelaskan cukai pelancongan.

"Menteri Persekutuan perlu lebih bertimbang rasa apabila berurusan dengan soalan tulen dan kebimbangan dari pemimpin Sabah dan Sarawak," katanya. 

Tetapi bagi Nazri, jika Karim 'ahli politik berpengalaman', beliau sepatutnya meminta penjelasannya mengenai cukai pelancongan, bukannya terus menyerang dan menuduh persekutuan tidak sensitif, sedangkan perkara itu (cukai pelancongan) sudah lama dibincangkan. 

Dalam laporan terbaru, Rahman memuat naik tweet terbaru di Twitternya berkata, "Ini bukan soal 'jantan', 'betina', ini soal santun dan hemah.


"Dalam Kabinet tiada istilah lama atau baru, ada masa idea Perdana Menteri pun boleh dibantah, apatah lagi menteri jantan yang sudah lama," tweetnya tanpa menamakan sesiapa.








PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP