Thursday, 29 June 2017

Mat Sabu; Kalau Tak Mahu Jatuhkan Umno Baik Pas Jadi NGO


KOTA BHARU – Tidak perlu menjadi pembangkang jika Pas tidak lagi fokus kepada menjatuhkan kerajaan sedia ada, kata Presiden Parti Amanah Negara, Mohammad Sabu.

Menurutnya, lebih baik Pas menukar status parti itu menjadi badan bukan kerajaan (NGO) jika mereka melihat Umno bukan lagi musuh mereka, sekali gus tidak perlu menjatuhkan parti pemerintah itu untuk PRU akan datang.

Mereka mengatakan Umno bukan lagi musuh mereka, mereka tidak perlu jatuhkan kerajaan. Kalau parti politik pembangkang tidak mahu jatuhkan kerajaan, baik jadi NGO,” katanya kepada media di sini.

Beliau menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Amanah Negara di Dewan Perniagaan Cina, di sini.

Menurutnya, dalam masa yang sama juga, Amanah melihat tiada keperluan lagi Pas di Malaysia memandangkan parti itu sudah dilihat jauh tersasar daripada perjuangan asalnya.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

2 comments:

mansor 29 June 2017 at 18:03  

Jika PAS x perlu lagi di Malaysia kemana nak humbannya...

pok amid littor 29 June 2017 at 18:40  

Jadi NGO atau NGOK?
Yang jelasnya, walaun-walaun memang daripada golongan NGOK.
Mungkin sebulan dua dari sekarang, mr presideng pun akan jadi NGOK juga! Kah! kah! kah!

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP