Friday 13 October 2017

Beranikah Selleh Keruak Bersemuka Dengan Kit Siang?


Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mencabar Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak agar bersemuka bagi bercakap mengenai 'berita palsu' melibatkan pemimpin BN dan pembangkang.

"Dalam siri 'konfrantasi berita palsu' antara Salleh dan saya sendiri, setiap pihak akan menampilkan lima berita palsu untuk disahkan sama ada sebagai benar dan berfakta atau dibuktikan sebagai berita palsu," katanya sambil menggesa sesi itu disiar secara langsung.

Mengucapkan terima kasih kepada Utusan Malaysia, Lim mendakwa Umno dan BN menjadi pengeluar berita palsu terbesar menerusi organisasi media yang dikawal mereka.

"Selama lebih 40 tahun dari tahun 1965, saya tidak wujud bagi Utusan Malaysia, kerana semua kenyataan, ucapan dan aktiviti saya tidak keluar dalam halamannya.

"Tetapi dalam tempoh 10 tahun yang lalu sejak pilihan raya umum 2008, saya menjadi 'berita besar' dalam Utusan Malaysia, dengan gambar dan laporan saya diperbesarkan, tetapi bukan berita benar, tetapi berita palsu," katanya.

Lim memberi respon kepada kenyataan Salleh, yang mengucapkan terima kasih kepada veteran DAP itu semalam kerana menyokong seruannya untuk memainkan peranan proaktif dalam memerangi berita palsu.

"Setakat ini saya bersetuju dengan Salleh," kata pemimpin DAP itu.

Lim juga menyoal sama ada Salleh dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memerangi berita palsu yang turut mensasarkan pembangkang.

Salleh berkata undang-undang adalah jelas dan tindakan akan diambil sekiranya laporan dibuat dengan SKMM.

Mengulas mengenai perkara itu, Lim mendakwa menteri itu gagal menangani isu-isu yang dibangkitkannya.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP