Tuesday, 17 October 2017

Polis siasat aduan pegawai SPRM ada hubungan sulit dengan isteri orang


SEPANG: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan belum menerima sebarang laporan polis daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan seorang pegawai kanan agensi itu yang dikatakan ada hubungan sulit dengan isteri orang.

Fuzi berkata, bagaimanapun siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi menyiasat perkara itu berdasarkan laporan polis yang diterima daripada pihak lain.

"Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan berhubung laporan itu.

"Kita sedang kenalpasti (pihak bertanggungjawab menyebarkan video) kalau perlu buat tangkapan kita akan buat tangkapan, tapi setakat ini tiada tangkapan.

"Bagi kita masa secukupnya untuk siasat, bukan mudah untuk kita kesan (pihak bertanggungjawab menyebarkan video), tapi kita cuba sedaya upaya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya pihak polis sedang mengambil langkah perlu untuk melengkapkan kertas siasatan berkaitan kes hasutan membabitkan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Dr Zamihan Mat Zin, sebelum dikemukakan kepada pihak Peguam Negara.

Sementara itu, berhubung himpunan 'Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi' yang berlangsung di Padang Timur Ahad lalu, beliau mengesahkan polis akan memanggil pihak penganjur himpunan berkenaan memandangkan polis tidak memperakukan penganjurannya.

"Semua sedia maklum kita tidak memperakukan perhimpunan yang dianjurkan pada Ahad lalu, jadi kita sedang teliti kesalahan serta tindakan yang boleh diambil kepada pihak penganjur.

"Yang pasti kita akan panggil pihak penganjur sebab kita tidak benarkan tempat itu diadakan perhimpunan tapi dia tetap buat.

"Selain itu, siasatan menyeluruh akan dibuat terhadap semua perkara termasuk (intipati ceramah) sekiranya wujud sebarang unsur hasutan atau kesalahan di bawah peruntukan lain dan sebagainya," katanya.




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

2 comments:

1msia 17 October 2017 at 21:00  

ni bukan kes kriminal. SOP pegawai maksiat jakim kan? cuba tanya kat zamihan...

usop ali 20 October 2017 at 14:09  

Jakim sudah tidor la....buat bodoh jer bila kena batang hidung...kalau rakyat biasa bukan main laju mereka sampai

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP