Tuesday 24 October 2017

Tiga tahun tinggal atas pokok [VIDEO]



SELEPAS tiga tahun tinggal di atas pokok kelapa di La Paz , Agusan del Sur, Filipina, pihak berkuasa ‘memaksa’ seorang lekai turun dengan menebang pokok berkenaan, minggu lalu.

Menurut laporan portal philippineslifestyle.com, lelaki itu Gilbert Sanchez, 47, mula tinggal di atas pokok berkenaan selepas satu kejadian dia ‘tekena’ pistol ketika satu pesta di kampungnya namun tidak diketahui sama ada diacu, dipukul atau ditembak.

Berikutan itu kejadian itu lelaki berkenaan mengalami trama ketakutan mendakwa ada orang mahu membunuhnya lalu memajat pokok kelapa setinggi 19 meter itu, pokok tertinggi di kampung berkenaan.

Sejak itu, duda dua anak perempuan itu tidak pernah turun meskipun hujan ribut dan setiap hari keluarganya menghantar makanan, pakaian serta keperluan lain yang ditarik naik dengan tali.

Gilbert yang membuang air besar dan kecil dari atas pokok serta tidak pernah mandi, mengancam dengan parang ketika penduduk datang memujuknya supaya turun sebelum ini.

Kisah Gilbert tersebar di media sosial dan satu stesen televisyen tempatan menyiarkan kisahnya yang membawa kepada usaha pihak berkuasa tempatan campur tangan bagi menyelamatkannya.

Menurut Philippine News, video secara langsung usaha membawa Gilber turun yang disiarkan di Facebook ‘NEWS5’ pada 11 Oktober lalu, menarik 1.7 juta tontonan.

Pasukan penyelamat mengunakan jengkaut dan tali untuk menahan pokok kelapa tegak selepas ditebang. Pokok itu dipotong sehingga tingginya kira-kira 13 meter sebelum direbahkan perlahan-lahan bagi mengelak Gilbert cedera.

Lelaki itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan fizikal dan mental.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP