Monday 9 October 2017

ZAHID HAMIDI YAKIN AKAN MENANG BESAR PRU 14


Pada Januari lalu, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi ada mendedahkan tentang kewujudan satu gerakan untuk menjatuhkannya di Bagan Datuk dalam PRU 14 akan datang.

Beliau menyifatkan usaha tersebut umpama "rosak ikan bermula di kepala."

Tidak dipastikan siapa yang mahu menjatuhkan Zahid Hamidi dan apa pula maksud "rosak ikan bermula di kepala" yang disebutnya itu.


Semalam pula, Zahid Hamidi menyasarkan keyakinan untuk menang di Bagan Datuk dalam PRU 14 akan datang dengan majoriti lima kali ganda berbanding PRU 2013 lalu.

Dalam pilihanraya lalu, Zahid Hamidi hanya menang dengan majoriti 2108 undi saja.

Bermakna, sasaran keyakinan Zahid Hamidi dalam pilihanraya akan datang ialah menang dengan majoriti lebih 10 ribu.

Bagaimana?

Adakah Zahid melakukan tambahan pengundi secara besar-besaran di Bagan Datuk?

Jika itu yang dilakukannya, adakah mereka pengundi Bagan Datuk sendiri atau pengundi daripada luar?

Siapakah mereka?

Kiranya itu yang dilakukannya, adakah Zahid Hamidi sekadar mengikut jejak langkah Najib Razak yang menambah secara besar-besaran jumlah pengundi Pekan sejak beliau hanya menang tipis 241 undi pada pilihanraya 1999 lalu?


Berdasarkan rekod di Pekan, jumlah kertas undi yang dikeluarkan pada pilihanraya 1999 ialah 26,797 yang mewakili 74.78 peratus keluar mengundi, tetapi pada pilihanraya 2013 lalu, jumlah pengundi kawasan itu telah meningkat kepada 80,260 orang.

Daripada hanya menang dengan 241 undi pada 1999, tidak hairan majoriti Najib meningkat kepada 35,613 pada pilihanraya 2013 lalu.

Atau adakah sasaran kemenangan lima kali ganda yang mahu dicapai Zahid Hamidi itu melalui pemindahan atau pertambahan pengundi pos?

Selain itu, adakah gerakan yang sebelum ini diumpamakan Zahid Hamidi "rosak ikan bermula di kepala" sudah tiada lagi di Bagan Datuk sehingga sasaran kemenangan lima kali ganda mahu dicapainya? (ShahbudinHusin 09/10/2017)

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP