Tuesday, 14 November 2017

Dap Bertindak Bijak Dalam Isu Larangan Tudung Pekerja Hotel

DAP tawar bantuan guaman cabar larangan bertudung



DAP hari ini menawarkan bantuan guaman kepada pekerja-pekerja hotel yang terjejas dengan polisi larangan bertudung, khususnya di bahagian khidmat pelanggan atau kaunter depan.

Sambil menyifatkan larangan itu, sebagai diskriminasi dan tidak berperlembagaan, Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo berkata, tidak ada sebab mengapa perlu ada dasar yang menghalang penggunaan tudung dalam industri perhotelan.

“Ia bertentangan dengan hak perlembagaan seseorang untuk mengamalkan agamanya. Ia juga sangat tidak sensitif terhadap kepercayaan agama wanita Islam itu, yang patut kita hormati dan tegakkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Gobind yang juga adalah seorang peguam dan ketua biro undang-undang DAP, larangan bertudung dalam keadaan ini tidak masuk akal.

“Jika ada keperluan untuk mendapatkan perintah mahkamah mengenai perkara itu, saya bersedia bagi pihak DAP, untuk menawarkan bantuan guaman kepada mereka yang terjejas untuk mencabar keputusan seperti itu di mahkamah mengenai kesahihan dasar tersebut,” katanya.

Semalam, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) cawangan Pulau Pinang berkata, Ketua Menteri Lim Guan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP tidak bersetuju dengan dasar yang melarang pekerja wanita Islam di kaunter depan daripada memakai tudung.

Presiden MAH Pulau Pinang Khoo Boo Lim berkata ketua menteri menghubungi beliau untuk menyatakan bantahannya itu, khususnya merujuk kenyataan Presiden MAH Samuel Cheah mengenai perkara itu, baru-baru ini.

"KM menyatakan kekecewaannya dengan kenyataan tersebut yang dianggapnya bersifat diskriminasi dan penyalahgunaan hak asasi pekerja wanita Islam untuk memakai pakaian pilihan mereka.

"KM juga anggap larangan berbentuk diskriminasi itu tidak ada kaitan dengan prestasi pekerja," katanya.

Sehubungan itu, Khoo berkata wanita Islam yang bekerja di hotel di Pulau Pinang tidak akan dihalang daripada memakai tudung.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

aminsihat 15 November 2017 at 14:06  

DAP tak akan memusuhi Islam yang diperjuangkan oleh PAS kalau PAS sekadar ajak orang solat, tutup aurat dan jauhi maksiat. Tetapi apabila PAS ingin mendaulatkan Islam dengan kuasa, di situlah DAP menampakkan kehaprakkannya.

DAP kononnya membela hak muslimah untuk tertudung. Tapi apabila PAS perjuangkan hudud dan ingin memperkasakan mahkamah syariah melalui RUU355, DAP mula kehisteriaan. Andai jujur DAP kata tiada halangan mengamalkan kepercayaan agama masing-masing dalam kes tudung tadi, apakah DAP tak sedar bahawa hudud dan RUU355 itu juga hak umat Islam mengamalkan ajaran agama mereka?

Suatu ketika di awal pembentukan Pakatan Rakyat, DAP boleh terima agenda Islam PAS. Alih-alih apabila keluar hantu jerangkung yang bernama PasMa dan GHB, DAP sudah mula pandai dan berani mempertikaikan hak umat Islam. Apalagi kini apabila PAN asyik kedepan dalam mempertahankan setiap tindakan DAP, makin beranilah mereka. Pemuka PAN dan Wan Ji siap menggunakan hujah-hujah agama demi mempertahankan DAP. Sebagai contohnya, kita telah sama-sama saksikan bagaimana mereka mempertahankan Oktoberfest?

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP