Tuesday, 16 April 2013

Kit Siang VS Ghani Di Gelang Patah

Pengerusi BN Datuk Abdul Ghani Othman terpilih sebagai calon BN di Gelang Patah, bakal bertembung dalam persaingan yang dijangka sengit dengan pemimpin popular DAP Lim Kit Siang.

Pencalonan Ghani dibuat bersama pelancaran manifesto BN Johor di sebuah hotel di Johor Bahru pagi ini.

Senarai penuh calon BN di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu turut diumumkan hari ini.

Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin akan berpindah daripada kerusi Parlimen Pasir Gudang ke DUN Permas, membuka kemungkinan beliau sebagai calon menteri besar menggantikan Abdul Ghani.

Veteran Umno Tan Sri Shahrir Samad akan mempertahankan Parlimen Johor Bahru sementara bekas ketua Puteri Umno Datuk Azalina Othman ditugaskan mempertahankan Parlimen Pengerang.



No comments:

Post a Comment

Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.