Tuesday, 23 April 2013

PANAS - Wang Sejumlah RM7 Bilion Sudah Dilarikan Menjelang PRU13

PKR mempersoalkan wang berjumlah RM7 bilion yang didakwa dipindahkan oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada satu akaun didakwa “sulit” di Cayman Islands.

Perkara itu didedahkan dalam laporan tahunan 1MDB dan turut dibangkitkan dalam satu laporan The Edge, kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dalam satu kenyataan hari ini.


“Akaun pesisir rahsia hanya digunakan untuk urusniaga yang perlu disembunyikan dari pandangan, kerana negara tertentu mempunyai undang-undang yang melindungi perniagaan walau terdapat elemen jenayah atau rasuah.

“(Perdana menteri sementara) Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan segera mengenai pemindahan wang RM7 bilion ini, memandangkan beliau berkuasa penuh ke atas 1MDB,” kata Rafizi.

~mkini


No comments:

Post a Comment

Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.