Timbalan Ketua Pengarah 2, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Shaharuddin Ibrahim ditembak mati oleh dua orang yang menaiki motosikal di Putrajaya sebentar tadi.Menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris The Star, Shaharuddin ditembak mati dalam kereta yang dipandu oleh pemandunya semasa berada lampu isyarat Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya dalam perjalanan ke pejabat.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohmad Salleh mengesahkan kejadian tersebut.
Shaharuddin dipercayai ditembak ketika berada di kawasan pentadbiran kerajaan persekutuan itu, kata pemandunya yang enggan ditemubual akibat masih trauma.
Sejurus mengetahui majikannya ditembak, pemandu itu segera menghantarnya ke Hospital Putrajaya tetapi telah disahkan meninggal dunia setelah tiba di hospital berkenaan.
Polis kini sedang menyoal siasat kejadian tersebut dan rakaman percakapan bersama pemandunya sedang diambil.
Calon PAS parlimen Putrajaya, Husam Musa turut menulis di laman Facebooknya sebentar tadi:
Pagi ini kita mendapat berita kurang baik. Timbalan Pengarah Kastam 2 Putrajaya dilaporkan telah ditembak penunggang motorsikal di persimpangan lampu isyarat Lebuh Sentosa dan Leboh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.
Beliau juga dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Putrajaya.
Takziah kepada Keluarga mangsa. Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan mereka2 yang beriman.
Al-Fatihah...
No comments:
Post a Comment
Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.