Sunday, 5 May 2013

Anwar pertahankan Permatang Pauh, tiga menteri kalah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang mula ditandinginya sejak 1982.

Anwar menang dengan majoriti 11,721 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) dan calon bebas.

Tiga menteri BN, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Tan Sri Bernard Dompok kalah di kawasan masing-masing.

Pakatan Rakyat (PR) berjaya mengekalkan negeri Selangor dengan majoriti dua pertiga.

PR mendapat 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sementara Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 20 kerusi DUN.

Di Pulau Pinang, pengerusi BN Teng Chang Yeow telah meletakkan jawatan sebagai pemimpin BN negeri tersebut.

Datuk Johari Abdul dari Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kerusi Parlimen Titiwangsa dari PAS dengan majoriti 866 undi.

No comments:

Post a Comment

Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.