Sunday, 5 May 2013

Hingga Saat Akhir SPR Masih Berkempen Untuk Umno

PUTRAJAYA - Tidak menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak memberi wang atau menaja pengundi, tetapi tidak memaksa untuk memangkah mana-mana calon dalam pilihan raya, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

“Tajaan tersebut tidak salah, malah ia dianggap membantu memudahkan pengundi untuk pulang menjalankan tanggungjawab mereka.


“Mungkin ada pihak memberikan wang untuk (pengundi) pulang. Itu dianggap tidak menyalahi undang-undang. Yang salah jika wujud kata-kata menyuruh memangkah nama-nama tertentu,” katanya.

SPR, katanya, akan bertindak jika ada laporan wujud rasuah undi di kalangan parti-parti politik pada hari mengundi esok.
perkara ini akan diambil perhatian jika ada pihak yang membuat laporan polis.

“Kita akan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan dan hukuman selanjutnya.

“Tapi sebelum itu, polis akan menyiasat sama ada ia benar atau tidak,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.


No comments:

Post a Comment

Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.