Sunday, 5 May 2013

Hishamuddin Hussein Terselamat Dalam Nahas Helikopter

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, isteri, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, anak dan menantunya terselamat dalam nahas helikopter di TUDM Sungai Besi, sebentar tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan identiti mangsa ketika nahas helikpter yang terbalik ketika hendak mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada kira-kira jam 3.50 petang itu. Ketika kejadian, rombongan menteri berkenaan dalam perjalanan pulang dari Johor apabila cuaca dan angin kencang menyebabkan pesawat terbabit tergelincir.


No comments:

Post a Comment

Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.