"Anda menyalahkan Utusan tapi anda tidak bertanya tentang akhbar Cina," kata Najib dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Najib (kanan) menyebut bahawa akhbar Cina pun menyiarkan jenis berita yang sama, sebelum meninggalkan tempat sidang akhbar.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dua setengah jam dengan wakil rakyat BN yang baru dipilih di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Najib juga berkata masyarakat Cina telah terpengaruh dengan pembangkang dan bertanggapan bahawa undi mereka boleh membawa perubahan dalam kerajaan.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak menyalahkan mereka, tetapi menegaskan bahawa mereka perlu diberitahu bahawa mereka telah terpengaruh sama seperti dakwaan 16 Sept, lapor fz.com, merujuk kepada kegagalan percubaan Pakatan Rakyat gagal untuk memujuk 30 Ahli Parlimen BN menyertai mereka pada 2008. - mkini
No comments:
Post a Comment
Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.