Satu laporan awal yang dikeluarkan tiga kumpulan pemantau pilihan raya umum ke-13 menyebut, pilihan raya 5 Mei itu dijalankan “sebahagiannya dengan bebas, tetapi tidak adil”.
Secara keseluruhannya, CPPS/Asli and Ideas berpendapat bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya bertindak dengan agak cekap dan efektif dalam mengendalikan pilihan raya itu.
Bagaimanapun, mereka percaya bahawa laporan media yang condong kepada BN, penyalahgunaan kemudahan kerajaan oleh BN, hadiah kepada pengundi dan juga integriti daftar pemilih menjadikan pilihan raya ini “kurang bebas dan tentunya tidak adil”.
- mkini
No comments:
Post a Comment
Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.