Monday, 10 December 2018

TERKINI : NAJIB DITAHAN SPRM BAGI KES 1MDB



Najib ditahan berkaitan kes pinda laporan audit 1MDB. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 10.51 pagi Isnin.

Sumber SPRM memaklumkan Astro AWANI, Najib ditahan berkaitan kes pinda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada awalnya, Najib hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi memberi keterangan berkaitan isu berkenaan.

-—------—------------------------

SPRM menangkap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berhubung dakwaan mengubah laporan audit 1MDB.

Memetik laporan Malaysiakini yang memetik sumber, Najib ditangkap ketika beliau hadir untuk sesi soal siasat pada jam 11 pagi tadi.

Ketika berita ini dilaporkan Najib masih berada di bawah tahanan SPRM namun menurut sumber para penyiasat mungkin akan membenarkan beliau dibebaskan dengan ikat jamin.

Najib ditangkap di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 mengenai salah guna kuasa.

Sumber berkata mereka menjangkakan Najib akan di hadapkan ke mahkamah pada Rabu ini untuk dikenakan pertuduhan berkaitan dakwaan meminda laporan audit bersama CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Satu lagi sumber berkata para penyiasat juga merancang untuk menangkap Arul yang juga presiden syarikat pelaburan negara itu.


BERITA LANJUT MENYUSUL

No comments:

Post a Comment

Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.