Wednesday, 5 December 2018

Video Polis Pukul Orang Awam Tular


KUALA LUMPUR: Sebuah video menunjukkan seorang anggota polis dipercayai dari Unit Kereta Peronda (MPV) memukul seorang lelaki tular di media sosial sejak semalam.

Dalam rakaman video selama 45 saat, anggota polis berpakaian seragam itu mengarahkan lelaki yang sedang diperiksanya supaya bangun sebelum dia bertindak memukul kepalanya.

Anggota polis terbabit kemudian menendang lelaki terbabit sambil menjerit, “Kau samseng mana?”

Malah, anggota itu terus memukul, menarik rambut serta menolak lelaki terbabit meskipun ‘mangsa’ meminta maaf kepada anggota polis terbabit.

Berdasarkan suara, lelaki itu dipercayai adalah warga tempatan.

Pada akhir rakaman, anggota terbabit dilaporkan mengarahkan individu yang merakam video berkenaan supaya memadamkan rakamannya.

Sementara itu, berdasarkan sumber, kejadian berkenaan dipercayai berlaku di Putrajaya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian, namun enggan mengulas lanjut.

Katanya, pada masa kini siasatan berhubung kejadian berkenaan sedang dilakukan. - berita harian

Video di sini

No comments:

Post a Comment

Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.