Friday, 15 February 2019
TERKINI : HADI JUMPA TUN M MINTAK NYAWA?
Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir Mohamad di pejabat perdana menteri itu di Yayasan Al-Bukhari, Kuala Lumpur.
Pejabat Perdana Menteri memberitahu Malaysiakini, Abdul Hadi tiba di pejabat tersebut kira-kira jam 9 pagi dan kedua-dua tokoh berkenaan mengadakan pertemuan kira-kira 45 minit.
Bagaimanapun setakat ini butiran pertemuan berkenaan belum dapat disahkan.
Menurut sumber, pertemuan itu berlangsung ekoran permohonan daripada Abdul Hadi.
Ia adalah pertemuan kedua membabitkan Mahathir dengan salah seorang pengkritik tegarnya itu sejak beliau menjadi perdana menteri kali kedua Mei tahun lalu.
Pertemuan pertama berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.
Ketika itu Mahathir bertemu Abdul Hadi yang datang bersama Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan veteran PAS, Mustafa Ali.
Secara kebetulan pertemuan hari ini berlangsung ketika PH dan pembangkang bersiap sedia memulakan kempen secara rasmi bagi menentukan pemilik kerusi kawasan dewan undangan negeri di Semenyih esok.
Menurut sumber menyertai pertemuan tersebut ialah Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dan Ahmad Samsuri.
Untuk rekod Takiyuddin dan Ahmad Samsuri boleh dianggap antara orang kepercayaan Abdul Hadi.
Menteri besar Terengganu itu pernah menjadi setiausaha politik Abdul Hadi dan diletakkan bertanding dalam PRU lalu di kerusi yang selamat, iaitu Rhu Rendang di Terengganu.
Kerusi DUN berkenaan sebelum ini diwakili Abdul Hadi.
mkini
No comments:
Post a Comment
Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.