Saturday, 23 March 2019

Ini Bukan Kerja Pengganas..





POLIS menafikan kereta rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dibakar dalam kejadian di rumahnya di Kangar, semalam berkait aktiviti pengganas.

Sebaliknya, Ketua Polis Perlis Datuk Noor Mushar Mohd berkata, siasatan pihaknya setakat ini tidak menunjukkan langsung tanda ia perbuatan pengganas.

“Tidak betul untuk kita katakan kejadian itu membabitkan mana-mana kumpulan pengganas dan motif kejadian setakat ini lebih menjurus kepada dendam atau berunsur peribadi.

“Ia sehingga berlakunya kejadian khianat berkaitan api terhadap Datuk Mohd Asri. Namun kita masih lagi menyiasat lebih lanjut.

“Saya minta agar semua pihak tidak terlalu ghairah mengeluarkan kenyataan sehingga boleh menjejaskan siasatan kami,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas mengenai dua suspek dalam buruan polis, Noor Mushar berkata, pihaknya masih berusaha mengesan kedua-duanya dan belum ada tangkapan dibuat.

“Saya akan maklumkan kemudian apabila mereka ditahan.

“Cuma sekali lagi saya minta pihak tertentu supaya tidak terlalu taksub mengulas perkara ini sehingga mencetuskan kebimbangan orang awam,” katanya.

Terdahulu, kenyataan Mohd Asri tersebar di media sosial mendakwa kejadian menimpanya semalam dilakukan pengganas.

Dakwaan dibuat selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai dua individu mencurigakan.

No comments:

Post a Comment

Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.