Wednesday, 5 June 2019

TUN M BINCANG DENGAN SIAPA SEBELUM LANTIK LATHEEFA?





Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mengesahkan perlantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah merupakan pilihannya.

Beliau juga mengakui tidak berbincang dengan kabinet berhubung perlantikan itu.

“Saya tidak bincang dengan kabinet.

“Biasanya saya buat keputusan sendiri sebab saya tak perlu minta kebenaran kabinet siapa yang harus saya luluskan,” katanya.

Meski demikian, Tun Mahathir berkata, beliau ada berbincang dengan beberapa pihak lain sebelum melantik Latheefa Koya memegang jawatan tersebut.

Siapakah mereka yang Tun Mahathir ajak berbincang itu?

Adakah ia Tun Daim Zainuddin?

Adakah ia anaknya Marina dan Mukhriz?

Adakah ia Azmin Ali?

Adakah ia Ketua Setiausaha Negara?

Siapa? Siapa? Siapa?

Kenapa dalam memutuskan perlantikan memegang jawatan yang begitu penting dalam kerajaan, Tun Mahathir boleh mengenepikan kabinet?

Apakah beliau mengurus kerajaan ini secara bersendirian?

Namun, mengapa pula dalam masa yang sama terdapat beberapa pihak lain diajaknya berbincang sebelum melantik Latheefa Koya itu?

Bolehkah Tun Mahathir mendedahkan siapa beberapa pihak yang diajaknya berbincang itu?

Atau adakah Tun Mahathir fikir beliau sekarang ini bukan kerajaan PH dan beliau masih seperti Presiden UMNO dan Pengerusi BN dahulu? (Shahbudindotcom 05/06/2019).

No comments:

Post a Comment

Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.