Saturday, 27 July 2019
BENARKAH AZMIN MENANG BESAR ? HILMAN TERKENA SINDROM UMNO ?
Rupanya bukan mudah mempertahankan kedudukan bosnya, Azmin Ali yang makin lama makin goyah kedudukannya baik dalam kerajaan mahupun parti.
Hingga terpaksa presiden Gerakan, Dominic Lau mengadakan sidang media di Sungai Petani, Kedah bagi menjelaskan khabar bahawa Azmin akan menyertai parti yang keluar dari BN itu.
Tambahan lagi apabila berpaut pada hujah yang amat rapuh hanya semata-mata mahu membuktikan Azmin masih mendapat ‘sokongan besar’ hingga sanggup menipu diri sendiri.
Semuanya gara-gara hujah dangkalnya yang mengatakan Azmin tidak akan keluar parti kerana ‘menang besar’ dalam pemilihan parti tahun lalu.
Benarkah begitu?
Itulah yang menjadi persoalan besar malah ramai pula yang menyindir Hilman seolah menegakkan benang basah apabila kedudukan Azmin dan Rafizi Ramli sebenarnya hanya dipisahkan dengan margin sebanyak 2.07 peratus sahaja.
Atau lebih tepat lagi, cuma perbezaan 2,905 undi sahaja yang membezakan antara kedua-dua mereka dalam perebutan sengit jawatan nombor dua dalam parti terbesar dalam Pakatan Harapan itu.
Itu pun ‘kemenangan’ Azmin banyak dibantu dengan keputusan berperingkat di Selangor hingga terpaksa diadakan sebanyak tiga kali atas alasan kononnya ramai ahli yang diyakini akan keluar mengundi.
Ditambah lagi dengan ‘hujah’ dangkal berat sebelah Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) kononnya akan berlaku kekecohan sekiranya pemilihan parti cuma diadakan pada satu hujung minggu sahaja.
Pelbagai tipu helah digunakan termasuk menampal kertas cai pihak Rafizi malah menyeludup kertas cai pihak Azmin ke dalam barung Rafizi bagi mengelirukan ahli semata-mata gerun dengan sokongan berterusan kepada Rafizi terutama selepas kem Azmin kalah teruk di Perak dengan majoriti besar diperolehi Rafizi dengan mendapat 2,300 undi.
Sekiranya Hilman merenung kepada keputusan pemilihan presiden Indonesia yang berakhir Mei lalu, mungkin dia merasa malu sendiri apabila melihatkan betapa besar majoriti yang diperoleh Joko Widodo ke atas Prabowo Subianto hingga mencetuskan keganasan di Jakarta selama dua minggu, berbanding dengan bosnya yang cuma menang tak lebih 3,000 undi!
Jika dibandingkan dengan kedudukan, Rafizi sekadar mengharapkan ahli parti yang masih memegang agenda reformasi tulen sahaja yang akan mengundi pasukannya, berbanding Azmin yang lengkap dengan jawatan kanan dalam kabinet dengan 37 agensi berada dalam ‘genggamanya’.
Orang kata, setakat menang tak sampai tiga ribu undi dengan segala macam perkakas diguna menentang Rafizi yang cuma ada semangat juang bersama reformasi 20 tahun, pastinya amat memeritkan lagi menyedihkan.
Kenang sajalah bagaimana ada yang mengoyak kertas cai bila kalah tipis dalam mesyuarat dan itulah seakan gambaran betapa koyaknya hati Hilman apabila terpaksa berperangai seperti Umno yang melihat RM12 juta lebih besar daripada RM64 juta (beza peruntukan kerajaan Pulau Pinang semasa Umno dan PR memerintah).
Belum lagi ditambah dengan kebebalannya menggunakan kepala surat kementerian hal ehwal ekonomi bagi ‘menjelaskan’ pertemuannya dengan Haziq Abdullah Abdul Aziz yang berada dalam video yang dipercayai Azmin bersemburit dengannya di Sandakan, Sabah, juga pada Mei lalu.
Orang kata lebih baik diam daripada berbicara hal yang akan melondehkan kebebalan sendiri seperti mana yang dilakukan bosnya itu apabila enggan menyaman Haziq walaupun terang-terang bekas ketua AMK Santubong itu menyebut namanya berkali-kali.
Selagi Azmin tak buka mulut, selagi itulah dia akan merasa ‘selamat’ dan mungkin inilah pengajaran yang patut diikuti Hilman apabila cuma berpaut di dahan yang semakin lama semakin rapuh, serapuh cerita dari Ankara dan Istanbul yang baru diterima tadi.
Berapa lama harus menipu diri sendiri?
Tuan admin... dulu masa pemilihan timbalan presiden saya tak percaya sdr rafizi akan menghadapi geng AA atau sekarang dipanggil kartel... selepas berlakunya kehilapan pemahan ucapan presiden parti PKR, AA dan kartelnya jelas menunjukkan belangnya untuk menyanggah pucuk pimpinan... baru saya faham kenapa rafizi tewas... melawan arus menentang kuasa dan wang zaman semangat jebat dah tiada ini memang sukar... Kalau video songsang tersebut tak keluar sudah tentu perang lebih besar akan terjadi dalam PKR... semoga yang terbaik akan berlaku untuk PKR dan Malaysia...
ReplyDelete