Friday 21 July 2017

Surat Terbuka Hadi Penuh Dendam Dan Penipuan


Ramai yang bersemangat ke Putrajaya kerana kerusi dan kedudukan yang dianggap sebagai peluang, bukannya melaksanakan kewajipan yang ada perhitungan dosa atau pahala.

Berlumba-lumba berebut kerusi tanpa memilih cara dan apa yang hendak dilakukan setelah mendapat kerusi dan tidak mempedulikan walaupun berpegang kepada konsep ‘matlamat menghalalkan cara’ yang salah.

Ada juga yang berlumba ke arahnya sehingga bersedia menjadi khadam kepada sesiapa sahaja, termasuk musuh Islam yang memonopoli undi satu kaum dalam masyarakat majmuk, mahu menipu umat Islam dan memporak-perandakannya.

Mereka itu memilih kalangan umat Islam yang sanggup menawarkan apa sahaja khidmat menjadi khadam, termasuk bersedia menjadi tukang pukul, memaki hamun, menjadi penyapu atau tukang cuci kotoran, asalkan sampai ke Putrajaya.

Ada pula yang berkonsepkan marahkan nyamuk kelambu dibakar, kerana adanya perkara terkini yang dikira salah laku dan perkara negatif yang sangat menyakitkan hati dan pandangan mata.

Sehingga mereka sanggup merobohkan asas jati diri dan ketahanan negara yang menjadi aqidah, dalam keadaan kaumnya yang masih ketinggalan.

Malangnya lagi, mereka sanggup menempah kemusnahan yang lebih besar dan mudarat yang lebih parah bahayanya dengan tidak sabar terhadap mudarat yang lebih ringan, yang boleh diselesaikan setelah dihadapi terlebih dahulu daripada mudarat yang lebih besar.

Apa yang patut menjadi kewajipan sebenarnya ialah melakukan perubahan ke arah islah bersama Islam yang memimpin dan Islam yang dilaksanakan, walau sesiapa pun yang ada dikerusi Putrajaya.

Kalau tidak bersedia berubah, maka kerusi itu wajib diambil alih bagi menunaikan kewajipannya, bukan mengambil peluang sahaja dengan meletakkan Islam dan umatnya dibelakang.

Konsep yang wajib ditegaskan di sini ialah:

“Tegakkan Islam, negara selamat. Tegakkan yang lain tanpa Islam, berakhir semuanya tidak selamat, Islam dan bukan Islam sama-sama tidak selamat. Ternyata yang lain daripada Islam telah gagal”

Inilah pendekatan yang dinyatakan dalam semua perutusan Rasulullah SAW kepada raja-raja dan pemimpin di zamannya:

أسلم تسلم

“Terimalah Islam nescaya kamu selamat”

Mesej yang ditegaskan oleh firman Allah dalam Surah Yasin yang biasa dibaca untuk kematian dan dilupakan pengajaran kepada yang masih hidup menghadapi banyak cabaran.

ٱتَّبِعُواْ مَن لَّا يَسَۡٔألُكُمۡ أَجۡرٗا وَهُم مُّهۡتَدُونَ ٢١ يس

“Ikutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mendapat hidayah petunjuk” (Surah Yasin:21)

Rasulullah S.A.W. menafsirkannya secara praktikal apabila menolak kerusi jawatan percuma yang diberi kepadanya dengan meneruskan wawasan jahiliyyah.

Sebaliknya baginda mengekalkan jawatan mereka yang menerima petunjuk tanpa merampas kerusinya dan mengambil jawatan apabila sudah menjadi kewajipannya, setelah tiada pihak yang bersedia membuat perubahan yang sebenar dan baginda SAW diterima oleh semua kaum.

Mengapa Islam didahulukan di negara ini?

Umat Islam jangan lupa! Bahawa Islam dahulu berjaya membentuk kerajaan dan tamadunnya yang berasaskan iman dan ilmu di rantau ini mengikut sejarah yang bermula dengan kerajaan Islam di Melaka, sebelum kedatangan penjajah yang menjatuh dan merosakkan.

Bukannya tamadun batu yang dibina menjadi berhala yang disembah atau tamadun yang membina kota yang memaksa rakyat.

Hakikatnya terkini juga, umat Islam adalah warga teras kepada negara ini perlu dihormati tanpa fanatik agama dan kaum.

Jangan lupakan betapa umat Islam telah bersedia menerima masyarakat majmuk tanpa paksaan beragama dan hak beragama mengikut Perlembagaan Persekutuan, bukan sahaja memberi kerakyatan dengan segala haknya yang dijamin oleh Perlembagaan dan undang-undang.

Islam pula diletakkan dalam Perlembagaan menjadi agama negara, yang wajib dihormati oleh semua pihak yang telah dinyatakan hak masing-masing, konsep Raja Berperlembagaan, memartabatkan Bahasa Kebangsaan dan hak Bumiputera, serta batas sempadan yang tidak menzalimi pihak yang lain dalam masyarakat majmuk.

Rakyat wajib menolak mana-mana parti dan sesiapa sahaja yang mahu merungkai Perlembagaan negara laksana tikus membaiki labu bukannya penambahbaikan ke arah memperkasakan Islam dan syariatnya.

Rakyat juga wajib menolak mana-mana parti atau sesiapa sahaja yang sanggup menjadi khadam kepada pihak yang mahu meruntuhkan asas Perlembagaan atau menjadi khadam kepada penjajah atau menjemput penjajah datang semula.

Jangan khuatir terhadap umat Islam kerana pegangannya kepada Islam. Al-Quran meletakkan asas masyarakat Madani berteraskan perpaduan umat Islam dan umat manusia yang dijalinkan.

Perlunya umat Islam kerana aqidahnya dan perlunya umat manusia kerana bermasyarakat madani.

Firman Allah:

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٞ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ ١٠ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٞ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرٗا مِّنۡهُمۡ وَلَا نِسَآءٞ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيۡرٗا مِّنۡهُنَّۖ وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَٰبِۖ بِئۡسَ ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِيمَٰنِۚ وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ ١١ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٞۖ وَ لَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًاۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمۡ أَن يَأۡكُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتٗا فَكَرِهۡتُمُوهُۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٞ رَّحِيمٞ ١٢ الحجرات .

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (10) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu kaum (lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan kaum (lelaki) yang lain, (kerana) harus kaum yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (11) Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (12)” (Surah Al-Hujurat: 10-12)

Seterusnya firman Allah ditujukan kepada umat manusia:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣ الحجرات

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujurat: 13)

Bahagian pertama (ayat 10-12) ditujukan kepada umat Islam yang dijalinkan persaudaraannya dengan kesatuan Iman bersama Islam yang membawa Rahmat dan Adil kepada semua.

Bahagian kedua (ayat 13) ditujukan kepada umat manusia seluruhnya yang dijalinkan dengan ikatan kemanusiaan yang wajib bermasyarakat Madani kerana hubungan secara naluri memerlukan gabungan keilmuan, kemampuan dilapangan yang berbeza dan pendapatan yang tidak sama, bagi menghasilkan keperluan hidup di alam dunia yang wajib bertaaruf (bertolong-menolong dan bersaudara).

Umat Islam diwajibkan berpegang kepada konsep tidak ada paksaan dalam agama. Umat Islam juga wajib meninggikan dan memuliakan kedudukan Islam dalam pemerintahan negara kerana keimanannya meletakkan tuntutan Al-Quran yang mengatasi Perlembagaan.

Islam mewajibkan adil terhadap semua dengan perintah Allah:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنََٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨ المائدة

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Maidah: 8)

Mengapa masyarakat bukan Islam di sini boleh berjuang menegakkan ideologi yang dicipta oleh pemikir barat seperti Adam Smith, Karl Marx, dan lain-lain yang bukan daripada agama dan bangsa mereka?

Mengapa tidak boleh mencuba pendekatan Islam dalam urusan politik, ekonomi dan kemasyarakatan tanpa dipaksa meninggalkan agama masing-masing?

Kalaupun tidak mahu menerimanya, janganlah menjadi penghalang pula. Maka pihak yang lain tidak boleh melanggar sempadan yang disebut di atas, dengan menghalang perubahan cara Islam kerana kenyataan Al- Quran:

الٓرۚ كِتَٰبٌ أَنزَلۡنَٰهُ إِلَيۡكَ لِتُخۡرِجَ ٱلنَّاسَ مِنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذۡنِ رَبِّهِمۡ إِلَىٰ صِرَٰطِ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡحَمِيدِ ١ ٱللَّهِ ٱلَّذِي لَهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ وَوَيۡلٞ لِّلۡكَٰفِرِينَ مِنۡ عَذَابٖ شَدِيدٍ ٢ ٱلَّذِينَ يَسۡتَحِبُّونَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا عَلَى ٱلۡأٓخِرَةِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ وَيَبۡغُونَهَا عِوَجًاۚ أُوْلَٰٓئِكَ فِي ضَلَٰلِۢ بَعِيدٖ ٣ إبراهيم .

“Alif, Laam, Raá. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan ia kepadamu (wahai Muhammad S.A.W.), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman dengan izin Tuhan mereka ke jalan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. (1) Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit serta yang ada di bumi dan kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat (yang akan menimpa mereka kelak). (2) Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat dan menghalangi manusia dari jalan agama Allah (Islam), serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya. (3) (Surah Ibrahim: 1-3)

Oleh itu, tiada kompromi terhadap kalangan yang menghalang perjalanan Islam atau mereka yang bersekongkol dengan penghalang itu, dan tiada kompromi juga dengan mereka yang sekadar mengkhadamkan Islam atau memainkan sentimen perkauman dengan niat mahu meminggirkan umat Islam tanpa menghormati dan mengenang budinya.

Kami menegaskan, hanya “Sejahtera Bersama Islam”, kerana hanya Islam berteraskan aqidah, syariat dan akhlak dapat menghapuskan segala perkara negatif yang diwar-warkan, seperti rasuah dan semua salah laku. Perubahan tanpa Islam tetap mengulangi perkara negatif yang sama kerana tiada imannya. Tegakkan Islam semuanya selamat, tanpa Islam pasti tidak selamat.

Itulah teladan Rasulullah SAW apabila menegaskan betapa benarnya seorang Yahudi yang mempertahankan Islam setelah bersama Islam dan betapa sesatnya seorang Arab yang berasal dari Madinah, tetapi hanya mempertahankan Madinah tanpa Islam. Maka niatlah di hati kerana menegakkan Islam, jangan niatnya kerana mahukan Putrajaya sahaja.

DATUK SERI ABDUL HADI AWANG adalah presiden PAS. Tulisan ini pertama kali dimuatkan di Facebook rasmi milik PAS









Read More...

Thursday 20 July 2017

Anjing Yang Diupah Untuk Menyalak Bukit..

Pas akan rebut kembali Permatang Pauh


SHAH ALAM - Pelancaran jentera pilihan raya Pas di Permatang Pauh adalah signal jelas parti itu akan bertanding di kerusi tersebut.  

Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki berkata, Pas menyasarkan kawasan itu disebabkan ia kerusi paling berpotensi bagi Pas.

Menurutnya, sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim merampas kerusi itu pada PRU 1982, kerusi berkenaan dimenangi Pas melalui Zabidi Ali.  

Mengulas lanjut, Zuhdi berkata, selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai Umno pada 1981, beliau telah dipergunakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon kawasan parlimen itu untuk merampas kerusi tersebut daripada Pas.

"Sekarang sudah tiba masanya untuk Pas rampas semula kerusi parlimen tersebut, selepas Pas tiada lagi hubungan dengan PKR," katanya.












Read More...

Tuesday 18 July 2017

Nik Abduh Yang Bodoh Dan Bebal..

Bersyukurlah dan jangan fitnah pemerintah, kata Nik Abduh


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz semalam mengingatkan rakyat tidak membelakangkan pemerintah dengan mendengar hasutan yang memfitnah pemimpin.

“Mereka berjaya menyebarkan ketidakpuasan melalui fitnah dan pembohongan sehingga tidak lagi mensyukuri nikmat keharmonian hidup sedia ada.

“Maka terjadilah pemberontakan terhadap pemerintah. Negara yang baik akhirnya runtuh dan berganti dengan negara baru yang terbina di atas kezaliman yang dicipta,” katanya dalam penulisan diterbitkan laman berita PAS, Harakahdaily.

Bekas ketua Pemuda PAS itu berkata, kejatuhan negara zalim berpunca daripada kezaliman pemerintah, tetapi negara yang adil boleh runtuh jika rakyatnya tidak lagi mensyukuri nikmat Allah.

Beliau menyifatkan rakyat yang membuka telinga terhadap fitnah dan memakan rezeki haram sebagai bencana untuk negara.

“Ia lambang nikmat Allah yang tidak disyukuri. Ia berulang-ulang di dalam sejarah manusia sebagaimana kisah al-Quran mengenai Bani Israel yang tidak mensyukuri nikmat Allah ke atas mereka.” - FMT










Read More...

Jamal Tongko Lebih Berani Dari KJ

Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata Pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos layak menggantikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagi jawatan ketua Pemuda Umno.

Ini kerana katanya, Jamal lebih berani daripada Khairy apabila berdemo dengan hanya bertuala di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) tidak laam dahulu.

Malah katanya, Jamal juga berani menyahut seruannya untuk berdebat bagi mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Khairy tak kuat dah sekarang… selepas ini saya sanggup jadi juru kempen Jamal untuk jadi Ketua Pemuda Umno.

“Sebab kalau nak banding Jamal dengan Khairy, saya lebih tabik Jamal sebab Jamal lebih berani dari Khairy," kata Rafizi dalam ceramah Perdana Pakatan Harapan di IIDCC Shah Alam malam tadi.

Semalam Jamal meluahkan hasrat untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno bagi menggantikan Khairy jika jawatan itu kosong selepas pilihan raya umum depan.

Pengerusi Umno Sungai Besar itu sebelum ini sering membuat kejutan bagi membantah beberapa tindakan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Disember tahun lalu beliau hadir ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) dengan bertuala untuk menumpang mandi ekoran ketiadaan bekalan air di kediamannya selama empat hari.

Disebabkan keberanian itu, Rafizi berkata Jamal layak bertanding bagi jawatan ketua pemuda Umno.

“Jamal berani pakai tuala (di hadapan SUK Selangor) dan saya rasa Jamal lagi boleh jadi ketua pemuda Umno.

"Kalau Najib kena serang, kalau kita panggil berdebat Jamal dia berani,” katanya.






Read More...

Sunday 16 July 2017

Ketua Pemuda Pas Yang Cuba Tunjuk Pandai

Struktur pimpinan Pakatan Harapan celaru



Muhammad Khalil (tengah) bersama Khairil (kiri) dan Ahmad Fadhli ketika majlis Hi-Tea dan dialog.

AMPANG - Pemuda Pas menyifatkan struktur kepimpinan Pakatan Harapan yang baharu sebagai masih bercelaru.

Ketua Dewan Pemudanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, beliau tidak pasti apa yang cuba dilakukan Pakatan Harapan.

"Saya melihat Pakatan Harapan masih bercelaru. Sebelum ini mereka mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, kemudian Tun Dr Mahathir Mohamad pula," katanya dalam Majlis Hi-Tea dan Dialog, dekat sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Naib Ketua Pemuda, Ahmad Fadhli Shaari dan Timbalan Ketua Pemuda, Ir Khairil Nizam.

Tambah Khalil, apa yang penting tumpuan Pas adalah untuk membina kekuatan kami tersendiri dan bukannya sibuk melantik siapa akan menjadi perdana menteri.

"Pas mementingkan ciri-ciri dan kriteria yang perlu dipatuhi sekiranya individu itu hendak dilantik bagi menerajui negara. Kami meletakkan kepimpinan itu adalah Islam, Melayu dan adil.

"Inilah ciri-ciri kriteria utama bagi kami. Siapa pun dia, itu tidak penting...yang penting ciri-ciri ini ada," katanya.

Sebelum ini, Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju menerima struktur kepimpinan Pakatan Harapan yang baharu iaitu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum. Pengerusi pula adalah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden.

Manakala, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu adalah timbalan presiden. Sementara itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Chong Chieng Jen dan Salahuddin Ayub menjadi naib presiden.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam berkata, Pas dalam gagasan sejahtera akan memfokuskan kepada negeri dan pusat selain akan bertanding lebih daripada 40 kerusi parlimen.

"Jangan terkejut jika kami bertanding lebih dari 111 kerusi parlimen. InsyaALLAH kami yakin dan percaya kekuatan kami seperti yang dibentangkan sebelum ini dan kami bersiap untuk bertanding lebih dari majoriti kerusi parlimen yang ada dalam negara," katanya.

- sharian






Read More...

Friday 14 July 2017

Mahathir cabar Najib ke 'Nothing To Hide 2.0'




Tun Dr Mahathir bin Mohamad hari ini mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbalas hujah dengannya dalam satu pentas.

Ini susulan Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menganjurkan acara “Nothing to Hide 2.0” pada tempat dan tarikh yang belum diumumkan.

“Saya mencabar Najib Razak untuk hadir pada Nothing to Hide 2.0 yang akan berlangsung bagi menjawab segala tohmahan ke atas diri beliau.

“Saya sendiri akan hadir dan menjawab sebarang pertanyaan rakyat Malaysia. Berani kerana benar,” tulisnya di Facebook.

Pemuda BERSATU pada 11 Jun lalu mengumumkan acara itu yang pada mulanya dirancang diadakan pada hujung bulan lepas.

Dalam video yang dimuat naik ke Internet, Mahathir berkata beliau gembira dengan perangkaan Pemuda BERSATU kerana memberi peluang mereka berdua menjawab tuduhan terhadap diri masing-masing.

“Bagi saya rancangan ini akan memberi peluang untuk penjelasan terhadap tuduhan-tuduhan dan fitnah yang dilempar terhadap diri saya.

“Demikian juga Datuk Seri Najib berpeluang untuk menjawab segala tuduhan terhadap dirinya,” katanya.

Mahathir berkata program itu juga dalam memberikan rakyat peluang untuk membuat pertimbangan terhadap hujah masing-masing.

“Jumpa di Nothing to Hide. Saya harap Datuk Seri Najib takkan kecewakan rakyat,” katanya.

Pada 5 Jun tahun lepas, Mahathir mencuri perhatian apabila hadir ke acara Nothing to Hide di ibu negara yang dilihat bakal mempertembungkan beliau dengan Najib.

Najib tidak hadir ke acara dialog itu dan polis memberikan alasan keselamatan. Mahathir juga diberhentikan ketika sedang berucap dan diiring keluar oleh pihak berkuasa.













Read More...

Tun Mahathir Dilantik Pengerusi HARAPAN


Struktur dan logo Pakatan Harapan akhirnya berjaya dimuktamadkan selepas mesyuarat majlis presiden bersidang lebih empat jam hari ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad secara rasmi dilantik sebagai pengerusi gabungan pembangkang itu. Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di penjara Sungai Buluh pula dinamakan sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan, manakala isterinya, Datuk  Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinamakan sebagai presiden.

Dr Mahathir yang membaca senarai jawatankuasa itu turut megumumkan tiga nama timbalan presiden.

“Mereka adalah Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

“Jawatan naib presiden disandang oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Chong Chien Jen dan Salahuddin Ayub,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, sebentar tadi.

Beliau diapit oleh pemimpin parti PKR, DAP, BERSATU dan AMANAH yang masing-masing memegang logo baru Pakatan Harapan.

Senarai yang diumumkan adalah seperti berikut:

Ketua Umum:
Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pengerusi:
Tun Dr Mahathir Mohamad

Presiden:
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan-Timbalan Presiden:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Lim Guan Eng
Mohamad Sabu

Naib- Naib Presiden:
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Datuk Seri Mukhriz Mahathir
YB Chong Chieng Jen
Salahuddin Ayub

Ketua Setiausaha:
Datuk Saifuddin Abdullah

Bendahari:
M Kula Segaran

Mahathir yang membaca kenyataan media Pakatan Harapan berkata, sejurus mendapat mandat rakyat pada PRU-14, dalam tempoh 100 hari pertama setelah membentuk kerajaan, Pakatan Harapan komited untuk melaksanakan perkara-perkara berikut:

* Menghapuskan GST;

* Menstabilkan harga petrol;

* Memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat;

*Memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh;

* Memerangi rasuah hingga ke akar umbi;

* Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan di-Raja skandal 1MDB;

dan

* Memulihkan Felda.

Pakatan Harapan juga berikrar memberi komitmen bahawa proses memohon pengampunan dan pembebasan Anwar akan dimulakan dalam tempoh seminggu selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan.

“Permohonan yang dikemukakan mengikut proses undang-undang ini, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, akan membolehkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim kembali mengambil bahagian semula dalam politik negara sepenuhnya,” katanya.








Read More...

Tuesday 11 July 2017

Beza Antara Bodoh Nik Amar Dan Cerdik Tuan Ibrahim


Dua pemimpin kanan PAS memberi pandangan berbeza mengenai kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi mangsa konspirasi politik.

Akhbar rasmi PAS Harakahmemetik timbalan presiden parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai berkata bahawa kenyataan Mahathir adalah konsisten dengan apa yang dikatakan parti itu - bahawa bekas timbalan perdana menteri adalah mangsa konspirasi politik selagi tiada pembuktian dakwaan terhadapnya secara syarie.

“Bagi saya kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Anwar menjadi mangsa politik sebenarnya PAS sudah lama memperkatakan mengenainya.

“PAS sejak awal lagi meminta isu-isu yang berkaitan syarak perlu dikembalikan kepada mahkamah syariah.

“Ini kita harapkan,” kata Tuan Ibrahim dalam satu sidang akhbar di Kota Bharu.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan. Beliau dan penyokongnya mendakwa bahawa pertuduhan berkenaan bermotivasi politik.

Tuan Ibrahim berkata, Anwar diakui menjadi mangsa politik BN, di mana beliau dipecatkan daripada kerajaan dan ditumbuk sehingga lebam mata.

“Bagi saya kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Anwar menjadi mangsa politik sebenarnya PAS sudah lama memperkatakan mengenainya.

“Dan akhir-akhirnya selepas tiada tokoh lain maka Pakatan Harapan cuba hendak menaikkan semula Anwar. Sebenarnya kemelut itu berlaku pada Pakatan Harapan,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mempunyai pandangan berbeza mengenai isu berkenaan.

Beliau dipetik oleh akhbarUtusan Malaysia sebagai berkata bahawa kenyataan Mahathir itu sebagai terdesak dan mempunyai kepentingan politik apabila sanggup menyokong Anwar untuk menjadi perdana menteri.

“Kalau benar kesalahan itu, adalah pelik dia (Mahathir) sanggup bersekongkol dengan dengan orang yang melakukan liwat.

“Saya lihat situasi ini lebih pada kepentingan politik Mahathir untuk mencapai cita-citanya sendiri.

“Mahathir juga dilihat terdesak untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan akhirnya terpaksa bergabung dengan musuh politiknya sendiri,” kata Mohd Amar.

Mahathir, yang kini menjadi pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam satu temubual baru-baru ini dengan The Guardian dari UK, berkata beliau tidak ada masalah jika Anwar menjadi perdana menteri, sekiranya berjaya mendapatkan pengampunan diraja.

“Keputusan mahkamah (untuk memenjarakan Anwar) jelas dipengaruhi oleh kerajaan", katanya.










Read More...

Langkah Kajang: Rafizi Sanggah Najib

Langkah Kajang: Rakyat dapat faedah, kata Rafizi


Walaupun diperli oleh perdana menteri dengan "Langkah Kajang sebenar", PKR melihat apa pun yang berlaku memberi akhirnya memberi manfaat kepada rakyat.

"Komen saya: Saya fikir rakyat yang akhirnya dapat faedah," kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dalam kumpulan WhatsApp beliau bersama petugas media hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sindiran Datuk Seri Najib Razak berkaitan "Langkah Kajang Sebenar" yang akan tiba ke kawasan parlimen itu seminggu lagi.

Najib merujuk kepada khidmat kereta api berkapasiti tinggi Transit Aliran Massa (MRT) yang akan dibuka di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail itu.

Najib semalam memuat naik gambar papan tanda MRT Kajang dengan kapsyen "The real Kajang Move. Coming to you in seven days" (Langkah Kajang sebenar. Akan datang kepada anda dalam 7 hari).

Pembinaan Fasa 2 MRT laluan Semantan-Kajang sebelum ini dilaporkan hampir siap dan akan dilancarkan Najib pada 17 Julai ini.

Istilah Langkah Kajang dipopularkan Rafizi pada 2014, yang merujuk kepada strategi bagi menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor pada tahun yang sama.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dirancang menggantikan Khalid dan bertanding di DUN itu selepas penyandangnya Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi bagi memberikan laluan.

Namun disebabkan kes mahkamah, Azizah terpaksa bertanding di DUN tersebut dan berjaya memenangi kerusi berkenaan.

Wan Azizah bagaimanapun tidak berjaya menjadi menteri besar selepas tidak mendapat sokongan PAS.

Sebaliknya sultan Selangor melantik Datuk Seri Azmin Ali sebagai menteri besar yang baru.





Read More...

Monday 10 July 2017

Mukhriz beri Najib tempoh hingga Rabu untuk mohon maaf

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, memberi tempoh sehingga tengah hari Rabu ini kepada Datuk Seri Najib Razak membuat permohonan maaf atau tindakan mahkamah boleh diambil terhadap beliau.

Peguam Mukhriz, Haniff Khatri Abdulla, mengesahkan kepada Malaysiakini, notis tuntutan itu sudah dihantar dan diterima Pejabat Perdana Menteri.

"Anak guam kami berpendapat bahawa kenyataan itu telah diperkirakan oleh anda untuk mengganggu perbicaraan saman fitnah Mukhriz terhadap Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad mulai Khamis ini," kata surat berkeaan.

Notis yang dihantar itu juga menuntut perdana menteri membuat permohonan maaf terbuka sebelum 1 petang 12 Julai ini.

Jika Najib gagal berbuat demikian, kata notis itu, Mukhriz berhak mengambil sebarang tindakan yang perlu mengikut undang-undang bagi melindungi kepentingannya.

Tuntutan itu dibuat sebagaireaksi Mukhriz terhadap kenyataan Najib yang mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad cuba menjadikan anaknya itu sebagai perdana menteri.

Dr Mahathir adalah bekas presiden Umno dan pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

Bagaimanapun Dr Mahathir dan anaknya itu kini menjadi tokoh penting pembangkang dengan masing-masing memegang jawatan pengerusi dan timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Semalam Mukhriz mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan terhadap Najib ekoran kenyataan dibuat pada 7 Julai lalu.

Kata Mukhriz dakwaan itudianggap sangat jijik dibuat oleh seseorang yang mempunyai kedudukan tinggi dalam kerajaan.

Mukhriz juga mendakwa Najib cuba memberi tekanan kepada mahkamah menjelang perbicaraan saman beliau terhadap Tengku Sariffuddin.

- mkini





Read More...

'Penyamun Dan Perompak Yang Patut Tinggalkan Politik'

Pemuda PKR (AMK) membalas kembali gesaan Pemuda Umno supaya tiga tokoh utama pembangkang berundur daripada politik dengan mengajukan saranan sama kepada perdana menteri.

Ketua Pemudanya Nik Nazmi Nik Ahmad percaya gesaan itu dibuat kerana pemimpin yang disebut itu “digeruni” mereka.

“Bukankah lebih baik sekiranya Khairy menasihatkan pimpinan dalam partinya sendiri yang terpalit dengan rasuah dan kegagalan mentadbir ekonomi negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meninggalkan politik?

“Jangan secara berterusan untuk memperdayakan rakyat yang berfikiran waras untuk menilai, siapa yang memberi manfaat dan siapa pula yang merosakkan negara,” katanya.

Khairy semalam dilaporkan berkata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang wajar meninggalkan politik.

Khairy menuduh ketiga-tiga pemimpin itu akan terus memecahbelahkan rakyat selagi berkecimpung dalam arena itu.

Dalam kenyataan hari ini, Nik Nazmi membangkitkan pelbagai isu yang menghimpit kerajaan termasuk beban kos sara hidup, kenaikan harga barang, penghapusan subsidi, pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan dakwaan rasuah

“Saya yakin pada pilihan raya akan akan datang, rakyat akan menilai sendiri dan menuntut perubahan agar negara tidak lagi ditadbir oleh golongan penyamun dan perompak,” katanya.

- mkini




Read More...

Sunday 9 July 2017

Mukhriz minta peguam ambil tindakan pada Najib


Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia ekoran dakwaan Najib yang mendakwa bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad berusaha untuk menyingkirnya daripada jawatan berkenaan kerana ingin menjadikan Mukhriz sebagai perdana menteri.

Berhubung dakwaan berkenaan, Mukhriz yang juga timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) turut melahirkan rasa 'meluat' dengan dakwaan yang dibuat Najib itu.

Ini kerana, Mukhriz sebelum ini telah memfailkan saman terhadap Setiausaha Akhbar Perdana Menteri - Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad kerana didakwa memfitnahnya menerusi beberapa kenyataan media berhubung perkara sama.

"Ia sangat mengecewakan dan benar-benar meluat apabila secara faktanya, seorang yang memegang jawatan yang tertinggi di Malaysia boleh merendahkan martabatnya dengan membuat tindakan yang terdesak.

"Pada pendapat saya, ia adalah contoh yang paling jelas mengenai campur tangan dan penggunaan kuasa untuk memberi tekanan yang menyalahi undang-undang kepada mahkamah berhubung tindakan mahkamah yang saya lakukan.

"Saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil semua langkah undang-undang yang diperlukan untuk membetulkan kesalahan yang dilakukan Najib," katanya dalam kenyataan hari ini.

Saman fitnah Mukhriz terhadap Tengku Sariffuddin akan didengar pada 13 Julai depan.

Tengku Sariffuddin pada 15, 20, 23 dan 26 April 2016 mendakwa Mukhriz berkonspirasi dengan bapanya dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjatuhkan kerajaan yang sah.

Bagaimanapun, Tengku Sharifuddin dalam kenyataan pembelaannya menafikan bahawa keempat-empat kenyataan itu telah meremehkan Mukhriz dan menegaskan bahawa kenyataan itu adalah untuk menjelaskan dan menangkis tuduhan palsu terhadap Najib.

Katanya, beliau mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk membela Perdana Menteri dan menangkis tuduhan palsu supaya rakyat mendapat gambaran dan fakta yang tepat. - malaysiakini



Read More...

Saturday 1 July 2017

Skandal 1MDB: Switzerland siapkan kes jenayah tetapi...


Saman pelucutan sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) menyediakan dokumentasi paling meluas mengenai skandal 1MDB hingga kini dengan tuntutan penyalah gunaan dana Malaysia.

Walaupun ramai pemimpin BN memilih untuk berdiam diri, khususnya Umno, melakukan serangan balas dengan menuduh AS melakukan campur tangan asing atau cuba menggulingkan kerajaan Islam.

Bagaimanapun, walaupun sebelum DOJ memfailkan saman sivil pertamanya pada Julai 2016, pihak berkuasa Switzerland menjadi yang pertama kali bersuara mengenai siasatannya terhadap 1MDB.

Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) mengumumkan pada 29 Januari tahun lepas bahawa pihak mensyaki sekitar AS$4 bilion telah disalah gunakan dalam dana Malaysia tersebut.

OAG telah meminta bantuan undang-undang dari Malaysia dan berbuat demikian pada 10 Oktober tahun lepas berhubung dengan tambahan AS$800 juta yang dikaitkan dengan anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, bagaimanapun tidak melayani kedua-dua permintaan berkenaan.

Walaupun menjadi yang pertama mendedahkan kepada umum mengenai 1MDB, pihak berkuasa Switzerland memberikan maklumat secara berhati-hati kepada umum berbanding DOJ.

Perbezaan antara keduanya adalah pihak berkuasa Swiss sedang menyiapkan kes jenayah manakala AS adalah tindakan sivil, walaupun DOJ enggan mengatakan jika tindakan jenayah akan menyusuli.

OAG Switzerland dalam balasan e-mel kepada Malaysiakini berkata kes jenayah itu masih belum selesai dan itulah sebabnya pihaknya tidak dapat memberikan maklumat selanjutnya.

Dipetik dari - malaysiakini







Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP