Sunday 31 July 2016

Nelayan Terkejut Temui 'Objek Misteri' Ditengah Laut

Penemuan 'objek misteri' yang mengejutkan nelayan.


Nelayan Australia yang memancing di laut Bunbury, selatan Perth negara itu terkejut besar, apabila menemui sebuah benda seolah-olah belon raksasa yang mengembang dilautan berkenaan.

Memetik laporan The West Australia, melaporkan bahawa benda itu ditemui oleh Mark Watkins dan ayahnya, yang pada mulanya mereka menyangka bahawa benda itu merupakan belon udara yang terhempas dilaut tersebut.

Namun demikian, setelah diteliti lebih dekat, mereka menyedari bahawa benda tersebut adalah bangkai seekor paus yang sudah mulai menggembung.

"Perutnya sudah dipenuhi gas sehingga menggembung dengan begitu besar sekali.

"Ketika kami mendekatinya, kami menyedari bahawa benda itu merupakan bangkai paus kerana baunya," kata Watkins.

Mengikut kelaziman paus akan melintasi lautan tenggara Australia tujuan untuk migrasi, iaitu bermula dari bulan Jun sehingga Ogos setiap tahun.



Read More...

TMJ: Beritahu aduan anda, saya sampaikan kepada Najib



PETALING JAYA: Sebarang mesej yang ingin disampaikan rakyat kepada perdana menteri boleh diserahkan melalui Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang akan menghadiri jamuan teh bersama Datuk Seri Najib Razak pada 12 Ogos ini.

Sin Chew Daily memetik Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang ditemubual dalam rancangan ‘Obviously Harith Iskander’ di Astro Awani disiarkan malam tadi berkata, semua cadangan yang pernah dikemukakan beliau adalah demi kebaikan rakyat dan generasi akan datang, bukan untuk kepentingan dirinya.

Sehubungan itu, jika berlaku perkara tidak wajar, beliau tidak akan teragak-agak untuk menyuarakannya.

Tambahnya, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Ismail pernah menasihatkan beliau supaya tidak keliru antara politik dan pendidikan, agama serta perniagaan, kerana ia hanya akan menyebabkan rasuah berlaku.

Dalam perkembangan lain, Tunku Ismail memberi jaminan segala maklumat yang disimpan dalam pemacu pena dimilikinya berhubung dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal mengubah keadaan dalam persatuan itu.

Beliau berkata, maklumat risikan itu adalah perkara yang tidak sepatutnya berlaku dalam FAM dan ia ada kaitan dengan perancangan skuad kebangsaan.

Sehubungan itu, beliau berpendapat pucuk pimpinan FAM sedia ada perlu berundur kerana mereka tidak memahami bola sepak dan tidak sedar dengan keadaan dalam negara ini.

“Kita tidak boleh cakap dengan yakin yang persatuan bola sepak negara tidak memerlukan bantuan luar. Bola sepak negara memang mempunyai banyak kelemahan dan perlu bergantung kepada pakar asing untuk membantu membangunkannya.

“Saya secara peribadi percaya peningkatan dari segi pendidikan dan tahap penguasaan bahasa di kalangan pemain boleh membantu meningkatkan prestasi profesional mereka,” katanya sambil menambah beliau mungkin menjadi penasihat untuk memberi pendapat terhadap beberapa program atas jemputan Kementerian Belia dan Sukan.

Pada 18 Julai lalu, Tunku Ismail melalui Facebook Johor Southern Tigers mendedahkan beliau memiliki satu pemacu pena yang menyimpan laporan aktiviti dalaman FAM yang didakwanya berlarutan selama 30 tahun, termasuk ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Jelasnya, pemacu pena itu diperoleh menerusi sahabatnya yang berkedudukan tinggi di Kuala Lumpur.

- FMT



Read More...

Setiap Geng Ada Pembunuhnya Sendiri, Kata Bekas Anggota Kongsi Gelap

Fin' dianggap seperti komando yang berani mati dalam menjalankan setiap arahan atau tugasan yang diterima, termasuk membunuh. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: 'Fin', itu gelaran anggota kongsi gelap yang sanggup melakukan apa sahaja untuk geng mereka, termasuk membunuh.

Bekas anggota sebuah geng di ibu kota, yang mahu dikenali sebagai 'Dino' berkata mereka yang digelar 'Fin' ini, akan bertindak lebih ganas dan tidak mempunyai belas kasihan terhadap sesiapapun yang disasarkannya.

"'Fin' bererti penyudah atau pengakhiran dalam Latin dan itulah maksud mereka terhadap mangsa.

"Mereka ini dianggap seperti komando yang berani mati dalam menjalankan setiap arahan atau tugasan yang diterima," katanya.

Menurut lelaki berusia 32 tahun itu, boleh dikatakan semua kumpulan kongsi gelap mempunyai pembunuh mereka sendiri.

Dia percaya pembunuhan seorang lelaki yang dikata ketua geng 'Satu Hati' di Setapak Rabu lalu adalah perbuatan Fin.

"Memang tugas Fin menakutkan kumpulan lain yang mungkin mahu menceroboh kawasan geng mereka," kata Dino.

Katanya kawasan ditakluk geng dikenali sebagai 'port'. Kumpulan berkenaan mengutip wang perlindungan serta menjalankan pelbagai aktiviti haram di kawasan itu.

'Peperangan' berlaku ketika satu geng cuba merampas port kumpulan yang lain, tambah Dino, yang sekarang bekerja sebagai 'bouncer' di kelab malam.

"Pergaduhan berlaku hampir setiap minggu. Biasanya jika bergaduh, hanya senjata tajam digunakan...tetapi sejak kebelakangan ini banyak kumpulan telah memiliki senjata api kerana harganya murah dan ia mudah didapati ", katanya.

"Kebanyakan mereka mendapatkan senjata api ini dari Thailand yang diseludup melalui 'jalan tikus' dengan harga antara RM1,000 dan RM20,000 bergantung kepada jenis senjata," katanya.

Dino berkata dia terpengaruh untuk menyertai geng lima tahun lalu kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap.

"Pada mulanya, memang saya tidak berminat langsung untuk menyertai kumpulan ini...tetapi saya perlukan duit...lagipun ketika itu saya tergoda dengan sebuah filem tempatan menayangkan kehidupan kumpulan kongsi gelap," katanya.

"Tugas saya mudah...mengugut dan memukul orang dan jenayah dadah...saya mendapat wang tunai beribu ringgit," katanya

- astroawani





Read More...

Ketum mampu jana berbilion ringgit kepada negara, kata pengerusi Risda



PADANG BESAR: Ketum berpotensi menyumbang pendapatan berbilion ringgit kepada negara, kata Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Beliau berkata, cadangan penanaman ketum secara terkawal yang dikemukakannya lebih kepada tujuan eksport kerana terdapat permintaan ketum dari syarikat farmasi di Eropah dan Amerika Syarikat.

Jelasnya, syarikat-syarikat farmasi itu nampak kebaikan tanaman itu sebagai alternatif untuk perubatan moden kerana ketum didapati memiliki ramuan penting dalam pembuatan ubat bagi kegunaan musim sejuk.

“Mereka (negara lain) akan mempatenkan segalanya sebelum dipasarkan ke seluruh dunia dan kita perlu bertindak pantas dalam isu ini,” katanya yang dipetik Bernama ketika menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Umno Padang Besar di Taman Beseri Indah, semalam.

Ini kerana, katanya, farmasi di Eropah dan Amerika Syarikat banyak membuat penyelidikan mengenai tumbuhan itu, termasuk Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.

“Sekolah Menengah Sains Tengku Mohamad Jiwa, Sungai Petani (Kedah) pula mendapat anugerah peringkat Asian kerana membuat kajian mengenai ketum.

“Masalah yang berlaku ialah terdapat segelintir orang yang mencampurkan air rebusan ketum dengan bahan lain seperti ubat nyamuk dan ubat gegat untuk menjadikan peminumnya merasa khayal.

“Sejak zaman duhulu ketum digunakan dalam perubatan tradisional untuk memulihkan tenaga, rawatan kolesterol, kencing manis dan cirit-birit.

“Saya sudah kemukakan cadangan kepada kerajaan dan masyarakat. Sekarang terpulang, jika kita tolak, beberapa negara lain bersedia menanam ketum untuk memenuhi permintaan tersebut,” katanya.

Zahidi yang juga Ketua Umno Bahagian Padang Besar berkata, Risda perlu mencari alternatif lain disebabkan harga getah yang tidak stabil dan ramai yang menentang cadangan penanaman ketum itu.

Cadangannya itu ditentang beberapa pihak termasuk Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man yang menegaskan pemilik tanah yang baru mendapat geran hak milik akan ditarik balik hak milik itu sekiranya didapati menanam pokok ketum di tanah mereka.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut melarang pekebun kecil menanam ketum secara komersil sebagai sumber pendapatan tambahan.





Read More...

Masyarakat sivil bimbang pelantikan ketua baru SPRM



Pelantikan Datuk Dzulkifli Ahmad sebagai ketua pesuruhjaya SPRM yang baru adalah membimbangkan memandangkan peranannya dalam membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada kesalahan berhubung 1MDB, kata Datuk Ambiga Sreenevasan.

Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) itu berkata pelantikan itu bermaksud SPRM mungkin tidak akan membuka semula fail ke atas Najib dan kaitannya dengan cabang pelaburan negara yang bermasalah itu.

"Pelantikan Dzulkifli menjadi perhatian. Dia berada dalam pasukan AGC (Jabatan Peguam Negara) yang membersihkan perdana menteri daripada semua dakwaan berkaitan dengan 1MDB dan SRC (International) dan ternyata bahawa dia telah dipilih untuk sebab ini.

"Ia akan kelihatan bahawa fail-fail ini sekarang akan kekal tertutup rapat di SPRM walaupun berdepan tindakan DOJ (Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat)," kata Ambiga kepadaMalaysiakini hari ini.

Bekas presiden Majlis Peguam itu merujuk kepada tindakan undang-undang DOJ yang difailkan minggu lalu untuk merampas aset yang didakwa dibeli dengan dana disalahgunakan daripada 1MDB.

Katanya, beliau juga sangat mengambil berat mengenai SPRM sekarang apabila tiga pegawai atasannya meninggalkan agensi itu hampir serentak.

Pendahulu Dzulkifli, Tan Sri Abu Kassim Mohamed bersama Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Timbalan Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali telah berjaya mengukuhkan suruhanjaya itu, katanya.

Mereka bekerja dengan baik bersama masyarakat sivil dalam perjuangan mereka menentang rasuah, katanya.

Beliau juga mempersoalkan rasional tidak melantik Mustafar, yang dikatakan adalah "calon yang ketara" memandangkan beliau telah berkhidmat dengan SPRM selama kira-kira 35 tahun.

- mkini






Read More...

Saturday 30 July 2016

'Viralkan, Inilah Cikgu Yang Selalu Denda Aku!'



Orang sibuk dok viral pasal cikgu itu cikgu ini. Meh aku nak viral juga, siap kau cikgu! 

Wahai penduduk bumi, saksikanlah, inilah muka cikgu yang selalu mendenda aku berdiri atas kerusi, atas meja, bawah meja, kutey bahu aku, buat muka dengan aku.

Bila aku tak dapat jawab soalan dia, "On the chair....!!!". Gagal jawab lagi, "On the table...!!!", dan seterusnya,  "Under the table!". Meringkok di bawah meja lah aku sampai habis kelas dia. 

Tahun 1999, secondary 2, masih segar dalam ingatan aku. Dalam setahun dia mengajar, ada satu hari itu, dia puji aku. "I like the ending of your essay Nik,". Esoknya seperti biasa, "on the chair", "on the table", "under the table" sampai habis tahun. 

Garang orangnya, susah nak senyum. Tegas, bekeng, suka bagi homework.

"I asked you in english, do answer me in english!!" tegasnya. 

Membuatkan aku terkebil-kebil, tergagap-gagap nak menjawab soalan dia. Dan biasanya berakhir dengan "on the chair", "on the table", "under the table".

Aku panggil dia 'teacher on the chair', 'teacher on the table', 'teacher under the table'. Sesedap mulut aku saja panggil cikgu dengan nama itu. Well, padan muka cikgu!

Has been years, baru semalam aku diberi peluang berjumpa semula dengannya. Huh! Dulu cikgu suka denda saya kan? Well cikgu, I want the whole world to know! Do read these! 

Wahai Teacher Raihanah yang dulu saya panggil 'teacher on the chair', yang dulu suka denda saya. Saya nak cakap, 

Terima kasih cikgu! Jutaan terima kasih yang tidak terhingga sebab denda saya. Jutaan terima kasih kerana suruh saya berdiri di atas kerusi, meja dan bersila di bawah meja, kutey saya, ajar saya bahasa inggeris dan untuk segala-galanya!

Dalam hukuman cikgu itu mengalirnya berkat. Mungkin kutey cikgu itu terpalitnya ikhlas. Mungkin jelingan maut cikgu itu tersimpan berjuta kasih sayang. Yang dulunya saya tak nampak sebab terlindung dengan ego, terasa diri ini sempurna. Namun saya lupa yang cikgu itu pewaris nabi, medium ilmu dari Allah. Ilmu itu cahaya, cikgu cuma nak bawa cahaya masuk ke dalam otak saya yang kelam dan kosong dan paling penting sekali cikgu nak saya berjaya kan?

Cikgu, saya dah berjaya! Ilmu yang cikgu ajar dulu saya sudah gunakan dengan seeloknya. Alhamdulillah. In fact sampai sekarang saya gunakan sebab saya pun sudah menjadi cikgu Bahasa Inggeris seperti cikgu Raihanah. 

Saya praktikkan semua yang cikgu ajar dulu termasuk 'on the chair' and it works! I suppose. Saya pun nak jadi garang seperti cikgu. Saya nak anak murid saya tahu menilai ilmu itu dan tidak mudah untuk mencari ilmu. Sebab kalau mudah sangat, they tend to forget everything. Kan cikgu kan?

Anyway it's not about them, not about me, it's about you. 

Wahai pemuja Facebook, keyboard warrior, hargailah cikgu anda. Dalam garang ada sayangnya, dalam bengis ada berkatnya, dalam marah ada doanya. Dan cikgu, biarlah orang nak kata apa pada cikgu. Selagi saya hidup, nama cikgu sentiasa ada dalam doa saya. 

Terima kasih cikgu, cikgu tetap cikgu saya sampai bila-bila. - Nik Lutfi 




Read More...

Pakatan Sulit Azmin & Hadi Nak Bunuh Amanah Arahan UMNO? 



Malah aku yakin tak mustahil betul macam ada khabar angin yang kata wujud pakatan sulit Azmin Hadi nak bunuh Amanah dgn arahan UMNO yang katanya adalah antara isi utama taklimat MKN kepada PAS di langkawi sikit waktu dahulu.

Sinarharian semalam dalam berita bertajuk "PRN: DAP tidak mahu ambil tahu kerjasama PKR - Pas" melaporkan:

GEORGETOWN - DAP tidak mahu ambil tahu mengenai isu sampingan berhubung pilihan raya mengejut negeri (PRN) Pulau Pinang, sebaliknya parti itu hanya mahu mencapai persetujuan terhadap isu pokok, kata Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Beliau berkata, tidak timbul isu bahawa rakan sekutunya PKR membayangkan akan bekerjasama dengan Pas untuk menghadapi PRN sedangkan keputusan untuk mengadakan pilihan raya mengejut itu masih belum dibuat.

"Kami tidak perlu memikirkannya sehingga isu pokok sama ada persetujuan boleh dicapai atau tidak (untuk mengadakan PRN), itu lebih penting dari isu sampingan. -Sinarharian.

Baca seterusnya DI SINI



Read More...

Siapa Datuk Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu?

Tan Sri Ali Hamsa mengumumkan pelantikan Datuk Dzulkifli (kanan) sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu mulai 1 Ogos 2016 sehingga 31 Julai 2021. -Foto Bernama


KUALA LUMPUR: Kenali Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad.

Dilantik menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed mulai 1 Ogos ini, Datuk Dzulkifli, 48 tahun, mempunyai pengalaman luas dalam kes jenayah perdagangan dan pengubahan wang haram.

Berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa, Datuk Dzulkifli memulakan kerjaya sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) di Unit Jenayah Perdagangan, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara sejak 7 Jun 1993 hingga Februari 2002.

Beliau kemudian dilantik sebagai TPR Unit Terkelas dari Mac 2002 hingga Februari 2003.

Datuk Dzulkifli yang berkahwin dengan Datin Bitizela Mohd Bidin dan mempunyai dua anak seterusnya dilantik sebagai Ketua Unit Jenayah Perdagangan, dari 1 Nov 2010 hingga 14 Jan 2015.

Pada 15 Jan 2015 sehingga 11 Ogos 2015, beliau dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Kes-kes Jenayah, dan pada 12 Ogos 2015 sehingga kini, beliau memegang jawatan Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara.

Beliau yang mempunyai Diploma Syariah dan Amalan Guaman dari universiti sama banyak mengendalikan kes-kes berprofil tinggi, antaranya kes tipu dan pecah amanah melibatkan Lembaga Tabung Haji berjumlah RM200 juta dan kes seorang doktor wanita didakwa terhadap lapan pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram lebih RM41 juta.

Datuk Dzulkifli yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang juga terlibat dalam kes bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam, serta kes tipu berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dalam kenyataan pada Jumaat mengumumkan pelantikan Datuk Dzulkifli sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu mulai 1 Ogos 2016 sehingga 31 Julai 2021.

Datuk Dzulkifli, menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang akan ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Tan Sri Ali berkata selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memperkenankan pelantikan Dzulkifli sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.

- astroawani



Read More...

Najib: Tiada Aset 1MDB Terlibat Di Amerika



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan saman sivil yang difailkan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS), minggu lalu tidak melibatkan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurutnya, tiada aset 1MDB yang disenaraikan untuk disita.

"Majlis Tertinggi ambil maklum hanya mereka tertentu dinamakan dalam laporan tersebut bererti secara langsung 1MDB tidak terlibat dalam laporan itu, tiada aset 1MDB dinamakan.

"1MDB juga tidak diminta apa-apa maklumat...DoJ tidak rujuk 1MDB maknanya mereka tak tuntut apa-apa penjelasan daripada 1MDB. (DoJ) tidak ambil kira pandangan pihak berkuasa Malaysia mahupun 1MDB," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, di sini, hari ini.

- sharian





Read More...

Friday 29 July 2016

Rakyat Malaysia Diserang Strok Di London, Perlukan RM 246,000



Kuala Lumpur: Mohamad Sahar Mhd Noor, 57, sangat teruja unuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga disamping menghadiri majlis graduasi anak prempuannya yang menamatkan pengajian di Brunel University, London.

Namun, selepas 20 minit dia keluar dari Balai Ketibaan Lapangan Terbang Heatrow pada 4 Julai lalu, Ketua Kerani di Koleh Kemahiran TInggi Mara (KKTM), Negeri Sembilan itu diserang angin ahmar sehingga menyebabkan dia terlantar di hospital sehingga ke hari ini.

"Sebaik saja keluarga saya tiba di lapangan terbang, ayah saya tiba-tiba pengsan dan semuanya berubah selepas itu. Saya panik dan tertekan kerana ayah saya tidak dilindungi insuran perjalanan.

"Keadaan tambah sukar apabila kami juga tidak mampu menampung bil hospital di sini," kata anak keduanya, Amirah Mohamad Sahar, menerusi laman web Gofundme.

Menurut Amirah juga, selepas hampir sebulan dirawat di Charis Cross Hospital, West London, tiga minggu di ICU, bil rawatan ayahnya mencecah £46,000 (RM245,764.92).

Dalam keadaan terdesak, doktor yang merawat memberitahu yang ayahnya perlu menjalani pembedahan dengan segera.

"Doktor gesa pembedahan dibuat dengan segera. Walaupun berdepan kekangan kewangan, kami tahu yang pembedahan itu sangat penting dan perlu dilakukan untuk mengurangkan tekanan pada otak dan memudahkan pengaliran keluar darah dari otaknya.

"Selepas tiga minggu ayah sudah boleh membuka kedua-dua matanya dan memberi respon ketika kami bercakap dengannya tetapi kami tidak pasti sama ada dia memahaminya atau tidak," katanya.

Beberapa hari selepas itu, Amirah mendapat berita bahawa MARA bersetuju untuk mendahulukan wang  £30,000 (RM160,281.47) untuk tujuan rawatan.

Bagaimanapun, wang yang diberikan itu tidak mencukupi untuk menampung bil hospital yang meningkat hampir £2,000 (RM10,685.43) sehari.

Sehubungan itu, Amirah memulakan kempen Gofundme dua hari lalu untuk menampung kos perubatan selebihnya. Hasil dua hari kempen itu dijalankan, kutipan telah melebihi amaun yang disasarkan iaitu lebih £27,000 (RM144,253.32) hasil sumbangan rakyat Malaysia dan pelayar internet yang prihatin dari pelbagai negara.


Mereka sekeluarga berhasrat untuk membawa Mohamad Sahar pulang ke Malaysia kerana kos rawatan yang lebih murah namun masih menunggu kelulusan daripada pihak hospital dan Malaysia Airlines Berhad (MAB).

"Ayah sekarang berada di Unit Hyper Acute Stroke (HASU) kerana dia perlu menjalani sesi terapi. Doktor sudah memberi keizinan untuk kami membawa pulang ayah, tetapi dengan syarat dia perlu berbaring di pengusung sepanjang masa dan perlu ditemani doktor serta jururawat.

"Malaysia Airlines pula mencadangkan agar kami membeli beberapa tempat duduk kelas Ekonomi kerana ia antara pilihan yang murah, dan sekarang ini masih menanti maklum balas selanjutnya daripada mereka," katanya.

Bagi rakyat Malaysia yang mahu memberikan bantuan, boleh menyalurkannya menerusi https://www.gofundme.com/saharnoor.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/node/155186



Read More...

Sebak, Shukri Pesan 'SPRM Bukan Tempat Pengecut'



Suasana sedih menyelubungi majlis perpisahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Ia bermula apabila Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull meninggalkan pesanan terakhir pada “anak-anak buahnya”.

Shukri mengambil kesempatan mengingatkan mereka supaya menjalankan tanggungjawab dengan berani demi melawan barah rasuah dalam negara.

“Kepada anak buahku, buatlah kerja dengan betul tanpa rasa takut dan gentar kerana di SPRM bukanlah tempat untuk pegawai-pegawai yang kecut, penakut dan gentar.

“Peliharalah kebebasan SPRM mencegah rasuah, bukan satu kerja yang mudah banyak cabaran dan dugaan, hadapilah rintangan ini dengan penuh cekal dan tabah,” katanya yang membuatkan dewan suram.

Ketika ucapan itu, kedengaran esakan kakitangan SPRM sambil tunduk dan mengelap air mata.

Shukri akan meninggalkan suruhanjaya itu bersama dua lagi pegawai kanan suruhanjaya itu, iaitu rakan sejawatnya Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan) Datuk Seri Mustafar Ali dan ketua pesuruhjayanya Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Dalam ucapan itu Shukri turut memberi nasihat kepada ahli politik, hakim dan pegawai-pegawainya supaya jujur dalam menjalankan tugas kerana akhirnya mereka akan menerima hukuman di akhirat.

“Nasihat saya, kepada para hakim jatuhkanlah hukuman seadil-adilnya kerana semua pihak, siapa pun terlibat kerana satu hari nanti kita akan bertemu Hakim yang adil, yang akan jatuhkan hukuman pada kita.

“Pada waktu itu semua termasuk saya akan jadi saksi terhadap diri kita sendiri, menjadi peguam bela ke atas diri kita sesungguhnya hukuman itu akan menjadi hukuman yang paling adil berdasarkan apa yang kita lakukan di muka bumi.

“Kepada orang-orang politik, menteri-menteri wakil-wakil rakyat dan sesiapa sahaja yang dalam politik, ingatlah tuan-tuan di atas sana kerana rakyat.

“Utamakan rakyat berkhidmat lah dengan seikhlas hati dan penuh berintegriti, ingatlah satu hari nanti rakyat akan jadi saksi bila bertemu pencipta kita.

“Pada masa itu tidak jawatan tidak ada pengaruh, tidak ada konspirasi, tidak ada kuasa yang boleh membantu tuan-tuan untuk mengubah keputusan yang telah dibuat oleh pencipta kita,” katanya dengan nada sebak.

- mkini



Read More...

Shukri Abdull: Naib Ketua Pemuda UMNO Tiada Ilmu



Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mengambil kesempatan menyampaikan salam perpisahannya dengan mengkritik pemimpin Pemuda Umno.

Kritikan itu dibuat selepas Naib Pemuda Umno Khairul Azwan Harun mendakwa ketua SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkonspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri dan kerajaan.

“Individu yang membuat laporan terhadap Tan Sri (Abu Kassim) adalah individu yang tidak berilmu, tidak boleh membezakan perjuangan (menentang) rasuah kerana sayangkan negara,” katanya.

Shukri berkata demikian dalam ucapan di Majlis Paluan Berundur di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.

Majlis itu dibuat susulan Abu Kassim, Shukri dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan) Datuk Seri Mustafar Ali meninggalkan SPRM.

Khairul Azwan sebelum ini membuat laporan polis mendakwa terdapat komplot melibatkan Abu Kassim bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz dan bekas peguam negara Tan Sri Gani Patail.

Beliau mendakwa ketiga-tiga mereka disyaki menyalurkan maklumat sulit berkaitan 1MDB kepada agensi asing, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS), tanpa kebenaran.

Sementara itu, majlis perpisahan yang berlangsung hari ini dihadiri kira-kira 1,000 orang kakitangan SPRM.

- mkini

Read More...

Bukan Satu Tetapi Tiga Pegawai SPRM Ucap Selamat Tinggal



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menganjurkan satu majlis perpisahan untuk Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan dua timbalannya petang ini.

Abu Kassim secara rasmi mengumumkan persaraannya selepas 32 tahun perkhidmatan.

Kain rentang yang diletakkan di luar ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini juga mengesahkan khabar angin pemberhentian Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan) Datuk Seri Mustafar Ali.

Difahamkan Shukri juga telah bersara daripada perkhidmatan.

Mustafar, sementara itu, dipercayai ditawarkan jawatan baru sebagai ketua pengarah agensi persekutuan.

Pada kira-kira 2.45 petang Mustafar dilihat meninggalkan bangunan SPRM.

Beliau sebelum ini dilaporkan memberitahu Astro Awani bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa jam 3 petang.

- mkini




Read More...

UMNO Saran PAS Bubar DUN Kelantan

Ahmad Jazlan dan isteri, Datin Wan Norizan Wan Ismail memotong kek sambil diiringi Timbalan Ketua Umno Bahagian Machang, Wan Mohd Adnan Wan Aziz (dua, kiri).



MACHANG - Kerajaan Kelantan disaran membubarkan Dun lebih awal berikutan kemelut yang membelenggu kepimpinan Pas di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, kemelut dan ketidaksepakatan dalam kalangan pemimpin Pas dapat dilihat dengan jelas hingga menjejaskan kepercayaan rakyat.

Menurutnya, Kerajaan Kelantan perlu mengikut jejak langkah Pulau Pinang untuk membubarkan Dun bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat.

“Kesepakatan Kerajaan Kelantan untuk mengurus tadbir negeri jelas berkecamuk, jadi lebih baik jika Pilihan Raya Negeri (PRN) dibuat lebih awal kerana sebuah parti bertanggungjawab harus mengembalikan keyakinan rakyat.

“Biarpun kerajaan negeri menafikannya, namun ada khabar menyatakan beberapa Adun sudah hilang kepercayaan dengan kepimpinan Kerajaan Kelantan dan akan keluar dari Pas,” katanya selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Umno Bahagian Machang dan Ahli Parlimen Machang, semalam.

Kira-kira 15,000 tetamu memeriahkan majlis rumah terbuka itu yang bermula pada jam 11 pagi hingga 5 petang.

Menariknya, semalam juga merupakan tarikh bermakna buat Ahmad Jazlan apabila genap setahun beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan berkata, krisis yang berlaku di negeri ini lebih membimbangkan berbanding Pulau Pinang kerana membabitkan soal urus tadbir dan kepercayaan rakyat.

“Bagi saya, kalau Kerajaan Kelantan bersikap terbuka dalam soal ini, mereka perlu membubarkan Dun dan memberi semula mandat kepada rakyat.

“Sebelum ini rakyat telah beri kepercayaan berikutan kerjasama baik dalam kalangan pemimpin Pas, tetapi kini mereka telah berpecah, dilihat berpuak-puak dan cuba menjatuhkan antara satu sama lain,” katanya.

Menurut Ahmad Jazlan yang juga Ahli Parlimen Machang lagi, Umno Kelantan sentiasa bersedia dalam menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa sahaja.

“Kita sentiasa bersiap siaga menghadapi pilihan raya, kita tidak ada musim. Kalau pilihan raya datang awal sekalipun, kita siap sedia. Kalau lewat, kita akan teruskan persediaan dalam memantapkan keperluan untuk kepentingan parti,” katanya.

- sharian

Read More...

Sultan Johor Bakal Bina Rumah Singgah Berjuta Ringgit Di Perth

Selepas membeli trak Mack buatan Australia, Sultan Johor dilaporkan akan membina rumah di bandar Perth pula. — Foto Bernama


PERTH, 29 Jul ― Sultan Johor dilaporkan sedang membina sebuah rumah mewah di atas sebidang tanah yang masih belum dibangunkan di sebuah kawasan ekslusif di pinggir barat bandar Perth, Australia.

Rumah tiga tingkat itu akan dibina berhampiran sungai selepas bekas tapak kuarters jururawat itu dibeli Sultan Ibrahim Ismail dengan harga A$8.5 juta (RM25.9 juta).

Portal BBC melaporkan pembelian tanah tersebut mulanya ditentang pihak berkuasa tempatan yang mahu memelihara pemandangan dari tapak Hospital Sunset, yang tersenarai sebagai kawasan warisan.

Bagaimanapun, datuk bandar Perth bertukar pendapat bahawa “rumah elegan” yang bakal dibina itu akan dapat menyesuaikan diri dengan kawasan sekitarnya.

Sultan Ibrahim dan Permaisuri Raja Zarith Sofiah sudah beberapa kali melawat Australia, dan dilaporkan mempunyai pelbagai kenangan manis percutian keluarga bersama enam anak mereka di tepi pantai.

Pada bulan Mac lepas, baginda baru sahaja menerima sebuah pesawat jet peribadi, bercat emas dan biru yang berlambangkan negeri Johor di bahagian ekor dan bendera di bahagian badan.

Pesawat itu turut dilengkapi dengan ruang makan, bilik tidur dan ruang mandi, dan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan termasuk 18 bulan bagi kerja pengubahsuaian dalaman

Selain pengangkutan udara, Sultan Ibrahim juga seorang pengumpul kenderaan mewah termasuk kereta, motosikal dan trak.

Baginda sebelum ini memiliki track Mack termahal di dunia buatan Australia yang harganya dianggarkan RM1.5 juta.

Baginda juga berjaya membida nombor pendaftaran kenderaan F1 dengan nilai RM836,660 awal bulan ini, dan menggunakannya untuk kereta tempatan Proton Perdana keluaran terbaru.

- themalaymailonline



Read More...

Isteri Kedua Adi Putra Ditahan Bantu Siasatan Sindiket Penyeludupan Manusia?

Isteri kedua pelakon Adi Putra, Nor Shahida Zolkifly didakwa antara 15 kakitangan Imigresen yang ditahan pada petang Selasa di Putrajaya.


Isteri kedua pelakon Adi Putra, Nor Shahida Zolkifly didakwa antara 15 kakitangan Imigresen yang ditahan pada petang Selasa di Putrajaya.

Sumber Astro Gempak memberitahu isteri pelakon tersebut ditahan kira-kira jam 4.30 petang Selasa di pejabatnya dalam operasi khas.

Sementara itu menerusi laporan akhbar Berita Harian, penangkapan tersebut dilakukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berkaitan sindiket penyeludupan warga asing.

Menurut laporan tersebut lagi, kumpulan pegawai imigresen tersebut menjadi pemudah cara untuk menguruskan dokumen kemasukan warga asing ke Malaysia.

Malah siasatan awal mendapati, seorang suspek wanita disyaki bekerjasama dengan penyeludupan manusia masuk utama negara dengan bantuan beberapa pegawai lain.

Wanita tersebut juga dipercayai antara pegawai yang berurusan terus dengan ejen sindiket dan memperoleh keuntungan yang tinggi menerusi aktiviti tersebut.




- astroawani


Read More...

Thursday 28 July 2016

Gambar ‘Orang Meninggal’ Diguna Untuk Pertahan Najib Di Media Sosial



Gambar seorang wanita, yang dakwa rakannya telah meninggal dunia tiga tahun lalu, muncul dalam akaun Facebook yang mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Akaun media sosial 'Zunaidah Zain', yang menggunakan potret itu sebagai gambar profil, tidak lagi boleh didapati di Facebook.

Menurut screenshotdaripada posting yang sudah tersebar luas itu, 'Zunaidah Zain' berkata rakyat harus menyokong pemimpin, dengan menggunakanhashtag #RespectMyPM #BelieveinPM itu.

Namun, seorang lagi pengguna media sosial menjawab bahawa gambar yang digunakan oleh 'Zunaidah' sebagai gambar profilnya sebenarnya adalah rakannya yang telah meninggal dunia.

"Gambar profile yang Cik Puan gunakan adalah gambar sahabat saya, Syuhada Baharudin. Beliau sudah kembali kepada penciptanya 3 tahun yang lepas," tulis Rita Abdul Rahim.

Semakan di media sosial menunjukkan gambar yang digunakan oleh 'Zunaidah' sepadan dengan gambar yang dimuat naik oleh Syuhada di laman Facebooknya.

Posting terakhir Syuhada di Facebook ialah pada bulan Jun 2014.

Malaysiakini telah menghubungi Rita untuk mendapatkan komennya.

Dalam perkembangan yang sama, jurucakap kumpulan belia, Challenger Syed Saddiq Abdul Rahman berkata ini bukan kali pertama akaun palsu diwujudkan bagi memuji Najib secara melambung.

Katanya, gambar pendebat negara, Mifzal Mohammed juga digunakan tanpa kebenaran.

"Gambarnya digunakan oleh pelbagai akaun (media sosial) untuk menyerang saya," kata Syed Saddiq di Facebook.

"Betapa bodohnya mereka? Adakah mereka benar-benar fikir saya tidak mengenai rakan-rakan debat saya?" kata Syed Saddiq yang dinamakan sebagai pendebat terbaik Asia.

Beliau juga memuat-naikkan screenshot 'Nazreev Najeeb' yang membidasnya di Facebook dengan berkata "minda kosong paling banyak membuat bising".

Gambar profil ‘Nazreev’ sepadan dengan gambar profile akaun Google+ pendebat UiTM, Mifzal.

Hashtag pro-Najib, termasuk #BeStrongPM, muncul di media sosial berikutan pengumuman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang memfailkan tindakan undang-undang untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion berkaitan 1MDB.

DOJ mendakwa aset berkenaan dibeli menggunakan dana yang diselewengkan daripada 1MDB.

Antara yang dinamakan dalam saman sivil itu adalah anak tiri Najib, Riza Aziz dan rakan keluarganya, Jho Low.

- mkini

Read More...

Najib Musnahkan Segala Pencapaian Tun M, Kata Bekas Duta AS




Bekas Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John Malott melontarkan persoalan mengenai mengapa harus memberi peluang kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menerajui gerakan perubahan politik menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Persoalan tersebut dilontarkannya susulan reaksi terhadap artikel Dennis Ignatius, seorang veteran perkhidmatan luar Malaysia, bahawa Mahathir mungkin bukan calon sesuai menerajui gerakan perubahan tetapi beliau satu-satunya pemimpin dengan pengalaman, kedudukan dan ketokohan untuk mencabar UMNO-BN.

Kata John, setiap kali Mahathir mencabar Najib, ada yang mendakwa bekas perdana menteri itu mahu menumbangkan institusi politik Malaysia.


Read More...

Pemimpin PKR Hentam DAP Anggap Rakan Sebagai 'Budak Suruhan'



PETALING JAYA: Perang mulut antara parti komponen Pakatan Harapan nampaknya sengit apabila seorang pemimpin PKR dilihat seolah membalas kenyataan Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua.

Ketua Biro Undang-Undang PKR Latheefa Koya dalam catatan di Facebook mengingatkan sasarannya bahawa rakan-rakan komponen Pakatan Harapan bukan budak suruhan mereka.

Pihak berkenaan turut disaran menggunakan fakta yang betul kerana bukan PKR yang membuat keputusan sebelah pihak.

Latheefa bagaimanapun tidak menamakan sesiapa atau menerangkan catatannya merujuk apa.

“Pertamanya siapa yang mengumumkan pilihan raya kilat secara sebelah pihak?

“Atau..siapa yang mengumumkan pembubaran Pakatan Rakyat secara sebelah pihak?

“Atau…siapa yang mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan – semua itu kepada media sebelum keputusan dimuktamadkan??” kata Latheefa.

Beliau dipercayai menjawab catatan Tony hari ini yang mengeluh mengenai ‘kawan’ yang tidak membalas budi DAP.

Tony berkata DAP menyokong ‘kawan’ itu mengharungi krisis tetapi apabila DAP perlukan sokongan, ‘kawan’ itu sebaliknya mengumumkan keputusan mereka kepada media sebelum memberitahu DAP.

Catatan Tony itu dipercayai ditujukan kepada PKR yang semalam mengumumkan belum cukup yakin dengan semua alasan untuk mengadakan pilihan raya kilat di Pulau Pinang.

“Alasan kamu untuk mengadakan pilihan raya kilat itu asyik berubah,” kata Latheefaa, “mula-mula untuk dapatkan semula mandat rakyat (pelik apabila kamu bertegas tidak pernah kehilangan mandat itu).”

“Kemudian kamu kata ia tidak ada kena mengena dengan pendakwaan terhadap ketua kamu dan sekarang kamu kata ia referendum terhadap Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) berasaskan kepada pendedahan terbaru DoJ (Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

“Barangkali, kamu semua perlu tetapkan fikiran yang mana satu sebab sebenarnya, dan kemudian temui kami dan yakinkan kami,” tegas Latheefa.

Sementara itu, Adun Bukit Lanjan Elizabeth Wong berkata dirinya tidak tahu siapa yang Tony tujukan, kerana PKR dari awal menyatakan tidak yakin dengan cadangan pilihan raya kilat di Pulau Pinang.

“Maka, semasa mesyuarat pusat khas parti semalam, kita bersetuju untuk menghantar perwakilan kepimpinan kanan parti untuk bertemu DAP secepat mungkin.

“Sebarang isu boleh dibincangkan oleh perwakilan pimpinan tertinggi itu,” katanya, dan menambah beliau sendiri tidak termasuk dalam perwakilan tersebut.


Read More...

TMJ Belasah Najib Dan Felda United..

TMJ 'gerun' pada skuad Najib



Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan saingan JDT untuk meraih gelaran juara Liga Super musim ini bakal berlangsung sengit.

Antara lain, kata beliau, pasukannya perlu berdepan dengan skuad Felda United yang dianggapnya memiliki kelebihan sebagai 'pasukan perdana menteri'.

"Mana saya boleh lawan, ini pasukan Datuk Seri Najib (Razak). JDT pasukan yang kecil saja, jadi saya rasa Felda mempunyai peluang yang sangat baik.

"Bagaimanapun, saya bangga kerana saya tidak menggunakan wang kerajaan yang sepatutnya milik rakyat untuk membina sebuah kelab bola sepak.

"Saya tidak membina stadium menggunakan wang peneroka atau wang dari kontraktor yang melobi bagi mendapatkan projek di dalam Felda," katanya dalam satu wawancara disiarkan di Facebook rasmi JDT sebentar tadi.

Seleweng dana orang miskin

Selepas 15 perlawanan JDT kini berada di puncak Liga Super dengan pungutan 39 mata, meninggalkan Felda United di tempat kedua dengan perbezaan dua mata.

Tunku Ismail berkata, Felda ditubuhkan oleh bapa Najib Allahyarham Tun Abdul Razak untuk membasmi kemiskinan.

Bagaimanapun menurutnya hari ini wang yang sepatutnya digunakan oleh peneroka dibelanjakan secara sewenang-wenangnya untuk kontraktor tertentu Felda.

Ia juga dakwa TMJ membolehkan beberapa individu yang memegang jawatan tinggi Felda 'membuat wang'.

"Ini adalah kes yang jelas penyelewengan dana yang diperuntukkan untuk golongan miskin. Saya bangga dengan kelab yang saya telah bina dan terkenal di Asia Tenggara.

"JDT diiktiraf di peringkat global, di mata dunia. JDT dibiayai oleh penaja dan juga para pelabur yang melabur di negeri Johor," jelasnya.

Tambah beliau, Najib diharap boleh memberi sedikit nasihat kepada pihak yang bertanggungjawab.

"Wang kerajaan mesti digunakan untuk kebaikan rakyat dan keutamaan perlu diberikan kepada rakyat.

"Saya amat berbangga dengan Kerajaan Johor dan saya memuji mereka atas kerja keras dan dedikasi mereka terhadap rakyat," jelasnya.

- Malaysiakini 


Read More...

Wednesday 27 July 2016

Apandi: Saya berpegang kepada falsafah Al-Quran



KUALA LUMPUR: Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali berkata beliau berpegang kepada falsafah Al-Quran yang memerintahkan supaya manusia diadili sama rata tanpa memberi pertimbangan pangkat atau hubungan kekeluargaan.

“Falsafah ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing kepada kita semua kerana ‘menegakkan keadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih… adalah suatu falsafah yang sungguh sinonim dengan fraterniti perundangan sejak sekian lama,” tulis Apandi dalam Berita Harian ini.

Katanya, falsafah Al-Quran itu juga memberikannya inspirasi mencipta slogan baharu Jabatan Peguam Negara, “Bertekad Menegakkan Keadilan.

Apandi menerima kritikan hebat awal tahun ini susulan keputusannya tidak mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam hal sumbangan RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun peribadi miliknya, seperti didedahkan The Wall Street Journal (WSJ) yang memetik penyiasat Malaysia.

Apandi berkata beliau keliru pihak tertentu mengkritiknya.

“Apa saja yang saya lakukan adalah mengikut undang-undang negara. Begitupun, masih ada pihak yang sanggup mengemukakan usul tidak percaya terhadap saya di Dewan Rakyat, mendesak saya untuk meletakkan jawatan, malah mengheret saya ke mahkamah,” katanya dalam tulisannya bersempena setahun memegang jawatan Peguam Negara.

Apandi dilantik tahun lalu menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail, di kemuncak isu membabitkan syarikat milik negara 1MDB yang disiasat bersama peguam negara, Bank Negara Malaysia dan pelbagai agensi kerajaan lain.

Apandi berkata keputusannya diasaskan sepenuhnya kepada bukti yang ada.

“Inilah yang saya lakukan pada 26 Januari lalu, iaitu dengan mengumumkan bahawa berdasarkan kepada keseluruhan fakta dan keterangan yang ada, saya berpuas hati bahawa tiada terzahir apa-apa kesalahan di dalam tiga kertas siasatan berprofil tinggi yang dikemukakan kepada saya,” tulisnya.

Mengenai saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) menyita aset berkait 1MDB di negara itu, Apandi berkata tiada sebarang pertuduhan jenayah dikemukakan ke atas mana-mana individu.

“Saya juga menekankan betapa siasatan di peringkat tempatan mengenai perkara ini masih berjalan dan betapa saya tidak akan teragak-agak untuk memulakan prosiding ke atas semua individu yang terlibat dengan perlakuan jenayah sekiranya dapat bukti mencukupi,” kata Apandi.

Apandi turut melahirkan rasa kecewa dengan media yang menurutnya tidak bertanggungjawab dalam laporan mereka.

“Sebab itulah saya sekali lagi mengingatkan semua pihak supaya menjunjung kedaulatan undang-undang.”

- FMT

Read More...

Peguam Khuatir SOSMA Akan Digunakan Terhadap Zeti, Abu Kasim Dan Gani Patail



Peguam Syahredzan Johan khuatir seorang pegawai tinggi dan dua bekas pegawai tinggi kerajaan akan ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), yang membolehkan penahanan awal sehingga 28 hari tanpa bicara.

Syahredzan berkata demikian sebagai merujuk kepada laporan polis yang dibuat semalam oleh Pemuda Umno terhadap Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun mendakwa dalam satu laporan polis itu bahawa ketiga-tiga mereka dipercayai terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri DatukSeri Najib Razak dan kerajaan Malaysia.

"Ini adalah dakwaan yang berat dan serius," kata Syahredzan dalam catatan di Facebooknya semalam.

"Saya khuatir mereka bertiga akan ditahan di bawah SOSMA kerana disiasat di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan - 'activiti memudaratkan demokrasi berparlimen'.

"Saya harap tidak," tambahnya.

Laporan polis oleh Pemuda Umno itu susulan saman sivil oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk menyita dan merampas aset berbilion-bilion dolar yang didakwa dibiayai daripada dana pelaburan negara 1MDB.

Najib tidak dinamakan dalam saman sivil itu tetapi terdapat 36 sebutan mengenai “Malaysian Official 1” dan menurut pengkritiknya ini hanya boleh merujuk kepada perdana menteri.

- mkini

Read More...

Cubaan Guling Najib: Zeti Dapatkan Khidmat Peguam



Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sedang mendapatkan khidmat peguam selepas beliau diadukan kepada polis oleh Pemuda Umno siang tadi.

Ditanya wartawan berhubung laporan polis dibuat pemimpin pemuda itu, Zeti bagaimanapun enggan memberi sebarang komen.

"Saya tidak akan berkata apa-apa tanpa peguam saya," katanya di Kuala Lumpur malam ini.

Siang tadi Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi dengan mendakwa Zeti terlibat dalam satu konspirasi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak serta kerajaan.

Turut dinamakan dalam laporan berkenaan ialah dua individu berprofil tinggi, iaitu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam laporannya yang turut diperolehi Malaysiakini, Khairul Azwan berkata, ketiga-tiga mereka disyaki memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Gani dipetik Bernama malam ini menyifatkan dakwaan beliau terlibat dalam konspirasi berkenaan hanyalah muslihat untuk mencari publisiti.

"Dakwaan sembrono ini merupakan muslihat mencari publisiti tanpa asas," katanya.

Zeti ditemui di majlis makan malam perpisahan untuk Abu Kassim yang bersara secara rasmi daripada agensi pencegahan rasuah itu mulai 1 Ogos ini.

Pada 23 Jun lalu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa mengatakan Abu Kassim memohon supaya perkhidmatannya bersama SPRM tidak diteruskan.

Ali berkata Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima permohonan berkenaan selaras dengan subseksyen 5(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

Abu Kassim, 55, dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM pada 1 Januari 2010.

Sementara itu ditanya wartawan, Abu Kassim pula memberitahu beliau akan membuat kenyataan mengenai laporan polis berkenaan kemudian.

"Saya tak mahu komen malam ini. Saya akan buat kenyataan esok," katanya.


Read More...

Tuesday 26 July 2016

Cubaan Guling Najib: Gani Patail Buka Mulut



Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyifatkan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia hanyalah muslihat untuk mencari publisiti.

"Dakwaan sembrono ini merupakan muslihat mencari publisiti tanpa asas.

"Percubaan membunuh perwatakan akan hanya mencetuskan tindak balas dan melemahkan kerajaan pada jangka panjang," katanya kepada Bernama.

Abdul Gani selanjutnya menegaskan beliau sentiasa bertindak profesional dalam menjalankan tugas dan akan terus bertindak sedemikian dalam setiap usaha masa hadapannya.

Beliau menyatakan demikian menerusi WhatsAppnya bila diminta mengulas mengenai laporan bahawa Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadap beliau; bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz; dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Dalam laporan itu, Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga mereka dipercayai terlibat dalam konspirasi menggulingkan Najib dan kerajaan Malaysia.

Pada 27 Julai, 2015, perkhidmatan Abdul Gani selaku Peguam Negara ditamatkan atas sebab-sebab kesihatan.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Peguam Negara baharu, berkuatkuasa 27 Julai tahun lepas.

- Bernama


Read More...

PAS Bisu Isu 1MDB: Harakah Cuba Tegakkan Benang Basah

PAS kemuka ‘bukti’ ia tidak bisu isu 1MDB



PETALING JAYA: Lidah rasmi PAS Harakahdaily hari ini menyenaraikan kenyataan beberapa pemimpin kanan PAS bagi menepis dakwaan parti itu membisu dalam isu skandal 1MDB.

“Dakwaan kononnya PAS membisu berhubung skandal 1MDB adalah propaganda, cetusan sensasi dan publisiti murahan pihak yang terdesak untuk mencalar kewibawaan PAS.

“Malah, difitnah pula pimpinan PAS cuba melindungi mereka yang terlibat termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan menerima imbuhan ‘dedak’ atas sikap itu,” kata komen yang disusuli 18 kenyataan media sejak Disember lalu.

Bagaimanapun, tinjauan mendapati sembilan atau 50% daripada 18 kenyataan yang disenaraikan adalah daripada Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pemimpin PAS yang dilihat lantang mengkritik secara langsung syarikat bermasalah itu.

Dua kenyataan dikeluarkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, satu daripadanya merupakan gesaan supaya kuasa asing tidak campur tangan siasatan 1MDB, manakala satu lagi merupakan kenyataan bersama Tuan Ibrahim menuntut penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

Satu-satunya kenyataan dikeluarkan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, mengkritik laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai aliran wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi Najib sebagai “tidak logik”.

Kenyataan Haron itu dibuat selepas laporan WSJ pada Jun 2015 yang mendedahkan Najib menerima RM2.6 bilion. Najib mengakui menerima wang tetapi menafikan ia ada kaitan dengan 1MDB.

Skandal 1MDB kembali hangat selepas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfailkan saman mahu menyita aset berkaitan 1MDB bernilai AS$1 bilion, selepas penyiasat negara itu mendapati salah laku dan kecurian wang daripada syarikat itu.

Dokuman AS itu turut menamakan anak angkat Najib, Riza Aziz, dan antara lain mendakwa sejumlah AS$11 juta (RM44.8 juta) wang 1MDB dibayar kepada sebuah kasino di Las Vegas bagi melangsaikan hutang judi ahli perniagaan Low Taek Jho.

-FMT


Read More...

Cuba Jatuhkan Najib: Pemuda UMNO Buat Laporan Polis Tehadap Zeti, Abu Kasim Dan Gani Patail



Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Menurut Naib Ketua Umno Khairul Azwan Harun, ketiga-tiga individu berpengaruh di negara ini dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia yang sah.

Khairul membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Dalam laporannya yang juga diperolehi olehMalaysiakini, Khairul Azwan berkata, ketiga-tiga mereka disyaki memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Katanya, mereka dipercayai memberikan maklumat sulit berkenaan kepada pihak asing tanpa kelulusan sah oleh pihak berkuasa Malaysia, termasuk Jabatan Peguam Negara.

Beliau juga mendakwa sebahagian besar maklumat dokumen yang dikemukakan adalah palsu, diputar-belit dan direka untuk mencapai agenda jahat mereka.

Khairul menggesa pihak polis mempercepatkan siasatan mengenai perkara ini.

Ditanya mengenai dokumen yang dibekalkan oleh tiga individu berkenaan, beliau berkata, akan hanya berkongsi maklumat tersebut dengan menteri yang bertanggungjawab.

"Terpulang kepada pihak polis," katanya apabila disoal bila maklumat berkenaan akan dikongsi.

Menjawab soalan sama ada beliau juga akan berkongsi maklumat dengan SPRM, Khairul Azwan mengulangi bahawa ia juga terpulang kepada pihak polis.

- malaysiakini






Read More...

Tuan Ibrahim: Perompak Berkebajikan Tetap Perompak



A bayar ke B, B pula bayar ke C, C bayar ke D, dan D ialah kawan-kawan karib yang ada hubungan dengan pengurus besar A.

A dengan mudahnya menegaskan tiada salah laku dan tiada duit yang hilang. Bagi A, urusannya hanya dengan B, tak kisahlah sama ada B ini syarikat kosong ataupun tidak.

Pendek kata, apa yang B buat dengan duit A, bukan masalah A, walaupun duit yang dibayar ke B akhirnya pulang ke mereka yang rapat dengan pengurus besar A melalui C dan D. Akhirnya yang berhutang hanyalah A. Pihak B, C dan D menikmati gaya hidup termewah di dunia.

Meskipun demikian, masih ada yang memuji bahawa syarikat A banyak membuat kebajikan. Namun, perompak berkebajikan tetap perompak.

Tidak perlu saya menamakan siapa syarikat A, sebagaimana "Malaysian Official 1”.

Apa yang berlaku hari ini?

Kegagalan agensi-agensi negara, ditambah dengan kongkongan kuasa politik yang menyebabkan ada sebilangan mereka yang terlibat dengan penyiasatan diberhentikan, telah membuat rakyat terasa negara tidak berupaya membongkar kes 1MDB.

Akibatnya, apabila ada negara lain yang sudi membongkar isu 1MDB, seperti Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) dan juga negara-negara lain, rakyat terus mempercayai apa yang didedahkan penyiasatan mereka.

Jangan salahkan rakyat. Rakyat tiada pilihan kerana alasan-alasan yang bukan sahaja kurang logik malah tidak konsisten yang diberikan pihak berkuasa selama ini bercanggah dengan akal mereka.

AS mahu menjaga negaranya daripada dijadikan tempat mencuci wang haram, atau wang rompakan daripada negara lain. Mereka yang dinamakan perlu menjawab di mana datangnya sumber kewangan mereka, apakah sumber itu halal dan telah dicukai?

Sekiranya jawapan ialah hadiah, maka siasatan akan dilakukan kepada si pemberi hadiah, di mana soalan yang sama akan ditanya, di mana datangnya sumber hadiah tersebut? Semua ini akan disiasat berterusan sehingga lubuk, kerana masing-masing akan mencari jalan untuk menyelamatkan diri sendiri.

Sebagai contoh, bayangkan kalau tuduhan bahawa duit 1MDB disonglap sebagai modal perjudian beberapa individu terbukti betul? Bukankah ini satu penghinaan sedangkan ramai rakyat yang sedang bergelut membayar hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN)?

Namun begitu, ada yang was-was dengan siasatan DOJ, kerana sejarah dan sikap AS yang suka mencampuri urusan negara lain yang bermasalah dalaman. Apakah rasional pandangan ini terhadap isu 1MDB?

Walaupun begitu, jangan ada pihak yang mencemuh pihak yang was-was ini. Kebimbangan mereka terhadap sikap suka campur tangan kuasa asing khasnya AS ke atas negara umat Islam ada asasnya perlu diberi perhatian. Kerana sejarah membuktikan permasalahan dalaman negara, penindasan dan kezaliman akan membuka ruang campur tangan asing.

Kerajaan yang bertindak zalim menyebabkan rakyat mula terasa ingin memberontak secara dalaman. Akan tetapi, dengan sistem demokrasi yang ditempangkan untuk menjaga kekuasaan kerajaan yang zalim, rakyat terasa tertekan dan hilang harapan untuk menukar kerajaan.

Ketika itu, kuasa asing akan mengambil kesempatan kerana sebarang bantuan yang datang akan disambut rakyat, termasuklah bantuan daripada pihak asing.

Presiden PAS di rumah hari tRaya terbuka PAS di Kedah menyebut bahawa:

"1MDB ini satu kes yang perlu disiasat dan tidak boleh dibiarkan. Jangan dedah ruang kepada pihak asing untuk campur tangan. Kalau pihak asing campur tangan, itu silap kita sendiri. Apa yang penting kes ini perlu disiasat dengan adil dan telus oleh kita sendiri, jangan biar sampai orang boleh campur hal kita. Itu bukan kerja PAS, itu kesilapan pihak berkenaan..."

Teguran beliau mudah. Beliau mendesak agar mereka yang berkuasa hari ini mengambil tindakan sewajarnya menyiasat 1MDB dengan sendiri supaya pihak asing tiada ruang untuk campur tangan. Kalau pihak asing dapat campur tangan kerana kegagalan pihak berkuasa bertindak, dosa di tangan mereka yang berkuasa.

Penegasan presiden PAS dan beberapa pihak yang lain adalah peringatan penting bahawa sebarang campur tangan asing mesti dielak dalam apa jua kemelut yang berlaku dalam negara.

Saya dengan ini menyarankan agar Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali, bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim, bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bersatu, dan menubuhkan satu suruhanjaya diraja yang turut dianggotai Majlis Raja-Raja bagi membuka balik segala siasatan terhadap 1MDB.

Kerajaan tidak harus berlengah lagi untuk menghidupkan suruhanjaya diraja ini, malah ia masih selari dengan seruan kenyataan Raja-Raja Melayu sebelum ini yang menggesa kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1MDB dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.

Kepada pihak berkuasa tempatan, jangan dibiarkan kesilapan-kesilapan kerajaan zalim di serata dunia sehingga menyebabkan negara tergadai berulang di Malaysia. Hutang negara sudah pun mencecah RM847 bilion di 2015. Jangan biarkan keadaan ini melarat ke satu hari ini nanti, di mana Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menanti untuk menghulurkan bantuan. Ketika itu, sudah terlambat bagi negara untuk menghalang campur tangan asing.

Kepada yang bimbang dengan campur tangan asing dalam isu 1MDB, penyelesaiannya mudah - bersatulah mendesak agar suruhanjaya diraja terhadap 1MDB dibuka dan teruskan desakan sehingga agensi-agensi berkuasa berani berdikari dan melakukan pendakwaan kepada mereka yang terlibat dalam merompak harta negara, dan berusahalah untuk membuat pengorbanan ke arah menukar kerajaan.

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN timbalan presiden PAS.




Read More...

Mahathir: Kerajaan Guna Pegawai Cukai Ganggu Saya




PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau dan keluarga termasuk kenalannya kini diganggu pihak berkuasa, termasuk didatangi pegawai cukai.

The Straits Times memetik Dr Mahathir sebagai berkata beliau dikunjungi pegawai dari Jabatan Hasil Dalam Negeri, sambil menganggap ia satu bentuk tekanan ke atasnya susulan kelantangan mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Saya diganggu pada masa ini. Pelbagai perkara dilakukan bagi menyulitkan kehidupan saya, keluarga dan juga kenalan saya.

“Pelbagai perkara dilakukan bagi menyekat saya daripada memburukkan imej Najib,” kata Dr Mahathir yang berada di Jakarta bagi menyampaikan syarahannya di sebuah universiti.

Dr Mahathir baru-baru ini mengumumkan rancangannya menyatukan parti pembangkang di bawah gabungan baharu, yang akan disertai beliau dan beberapa bekas pemimpin tinggi Umno.

-FMT



Read More...

Sengketa Keluarga - Pembantu Rosmah Menulis Mengenai Air Mata Si Ibu



Tindakan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas aset berkaitan 1MDB mendedahkan persengketaan dalam keluarga isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Namun apabila mengulas kritikan pedas dan tajam oleh anak perempuannya yang kini berpisah dengannya, Azrene Soraya Abdul Aziz di laman media sosial baru-baru ini, Rosmah hanya mampu bergenang air mata, kata pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor.

“Maka bertanyalah saya kepada si ibu...

“Tiada kata yang terbit daripada mulut si ibu... tidak lama kemudian saya dapat melihat air matanya bergenang..

“Apa yang dapat saya simpulkan, tiada sedetik pun dibenak fikiran si ibu mahu mengeluarkan kata-kata yang tidak elok buat si anak.. Dapat saya gambarkan perasaan ibu terhadap anak yang dikandung selama 9 bulan,” katanya dalam satu posting Facebook penuh emosi lewat malam semalam.

Bagaimanapun dalam posting itu, Rizal tidak membuat rujukan langsung kepada Azrene Soraya mahupun Rosmah tetapi sekadar menyebutnya sebagai "si anak" dan "si ibu".

Katanya, sejak lapan tahun mengenali Rosmah, beliau tidak pernah mendengar isteri Datuk Seri Najib Razak itu mengeluarkan kata-kata tidak elok berhubung anak perempuannya.

“(Oleh) kerana kata-kata ibu adalah doa, jauh sekali mahu mengungkit kesakitan yang ditanggung waktu melahirkan juga menyusukan mereka..

“Si ibu memilih untuk memendam sahaja perasaan daripada mengeluarkan kata-kata kerana kasih ibu tiada sempadan.

“Tugas dan tanggungjawab ibu bapa membesarkan anak dan memberi pelajaran secukupnya. Sekarang si anak telah memilih jalan hidupnya. Didoakan si anak bahagia dengan dunianya,” tulisnya lagi.


"Jika Riza menjual dirinya kepada syaitan untuk memiliki apa yang tidak sepatutnya miliknya, bayangkan hutangnya yang dikumpul bersama syaitan dan yang bakal mereka kumpul lagi itu,” tulis Azrene Soraya, seorang perunding imej.


DOJ memohon untuk merampas lebih AS$1 bilion aset termasuk keuntungan yang diperolehi oleh syarikat penerbitan filem milik Riza, Red Granite yang menghasilkan 'The Wolf of Wall Street' itu.

Aset-aset lain yang dinamakan dalam tindakan undang-undang itu termasuk hartanah kediaman mewah Riza di Beverly Hills, New York dan London.

Riza menafikan sebarang salah laku dan mendakwa wang yang diterimanya dan firmanya adalah "hadiah".

- mkini



Read More...

Monday 25 July 2016

VIDEO: KJ beri 'isyarat' kepada wartawan di akhir sidang media




Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dilihat 'kurang senang' dengan pertanyaan wartawan Malaysiakini apabila menyoal kembali kenyataannya yang dibuat pada tahun lalu bahawa RM2.6 bilion mungkin datangnya dari derma penyokong-penyokong yang menyokong UMNO.

Turut dirakam, Khairy juga sempat memberi isyarat bahasa kepada pegawainya agar memerhatikan wartawan berkenaan di akhir sidang media.



Read More...

VIDEO: RUU HUDUD PAS TIDAK SAH DI PARLIMEN



Akta 355 PAS tidak sah, kata MPM

Majlis Perundingan Melayu (MPM) hari ini memaklumkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian, RUU 355 yang akan dibawa anggota Parlimen PAS-Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kali kedua untuk pertimbangan Dewan Rakyat adalah tidak menjadi keperluan.

Lembaga penasihatnya, Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata ini kerana cadangan pindaan itu sebenarnya tidak sah serta tidak berpelembagaan.

Sebaliknya, tindakan presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang itu disifatkan sebagai satu pembaziran masa dan tenaga. Bahkan Parlimen tidak seharusnya membenarkan ia dibentangkan sama sekali.




Read More...

Beberapa Tokoh Umno Bakal Lompat Parti Untuk Sertai Dr M



Bekas editor kanan New Straits Times, Firdaus Abdullah meramalkan beberapa pemimpin tertinggi Umno akan beralih kepada pembangkang ekoran tindakan undang-undang Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas berbilion-bilion aset yang didakwa disalah gunakan daripada dana pelaburan negara 1MDB.

Laporan South China Morning Post hari ini memetik Firdaus sebagai berkata, para pemimpin Umno itu telahpun memulakan perbincangan dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Umno dalam keadaan gundah-gulana. Beberapa pemimpin kanan parti itu telah mula 'berbincang' dengan Mahathir," ujar Firdaus, memetik laporan yang sama.

"Di kalangan mereka ialah ahli-ahli Umno kanan, anggota-anggota kabinet dan para pemimpin parti komponen BN," dakwanya tanpa mendedahkan butiran lanjut.

Baru-baru ini, Mahathir mengumumkan penubuhan parti politik baru yang akan membawa agenda 'Selamatkan Malaysia' dan menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir yang merupakan ahli veteran Umno akhirnya keluar parti itu pada bulan Februari yang lalu.

Kata beliau, penubuhan parti itu akan menarik mereka yang mungkin tidak menyokong parti-parti pembangkang sedia ada.

South China Morning Postturut memetik kenyataan bekas menteri persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang berkata, Umno kini semakin tertekan tetapi ahli-ahli mungkin mengambil sedikit masa untuk melompat parti.

"[Ahli Umno] malu-malu. Ia akan berlaku tetapi perlahan-lahan. Saya rasa Najib akan didakwa oleh Amerika Syarikat, dan kemudian kamu akan lihat orang melompat parti," jelas Zaid.

Malaysiakini sedang cuba untuk menghubungi para pemimpin Umno untuk mengulas mengenai perkara ini.

- mkini




Read More...

Sunday 24 July 2016

1MDB: Abu Kassim Sahkan SPRM Bekerjasama Dengan FBI



KOTA BHARU: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed hari ini mengesahkan agensi berkenaan menjalin kerjasama dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat berhubung siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata pihaknya sedang menyiasat seorang ahli perniagaan yang dikatakan menipu 1MDB, dan turut terlibat dengan pengubahan wang haram sebelum membawanya ke Amerika Syarikat.

“Oleh itu, pihak Amerika Syarikat meminta pertolongan dan kita hanya menjalankan kerja sepertimana digalakkan dalam Konvensyen Pencegahan Rasuah Pertubuhan Bangsa Bersatu.

“(Di bawah konvensyen itu)…mana-mana agensi perlu memberi kerjasama dan sokongan apabila berdepan dengan jenayah melibatkan beberapa negara,” katanya ketika ditemui pemberita semasa lawatan kerja ke pejabat SPRM Kelantan di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah SPRM Kelantan Datuk Moh Samsuddin Yusof.

Jumaat lepas, SPRM dalam satu kenyataan mengesahkan ia menjalin kerjasama dengan FBI berhubung siasatan terhadap 1MDB.

Bagaimanapun, kerjasama itu hanya ditumpukan kepada kemungkinan perbuatan penyelewengan dan pengubahan wang haram oleh seorang ahli perniagaan yang dikatakan menipu 1MDB.

Khamis lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan berkata kerajaan memandang serius saman sivil berkaitan dana 1MDB yang dikemukakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

Beliau berkata perkara itu merupakan tindakan sivil dan bukannya tindakan jenayah, selain ia terhad kepada nama-nama yang disebutkan dalam dokumen DOJ itu.

Najib berkata kerajaan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua badan siasatan antarabangsa.

-FMT



Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP