Friday 30 June 2017

Nasrudin Tantawi Dicabar Jadi Anak Jantan Dan Bakal Disaman

Khairuddin cabar Nasrudin jadi anak jantan, ancam saman


Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang telah membuat aduan terhadap 1MDB di beberapa negara, mengancam untuk menyaman Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hasan.

Ini berikutan kenyataan Nasrudin bahawa tindakan individu tertentu membuat laporan berhubung skandal berkenaan adalah bukti campur tangan asing di negara ini.

"Saya cabar Nasrudin Hasan untuk sebut nama saya secara terbuka sebagai pelapor kalau dia anak jantan.

"Saya nak berjumpa dengan beliau dalam kamar mahkamah dan biarkan proses undang-undang membuktikan siapa yang benar serta siapa yang bersalah.

"Kalau takut nak sebut nama saya tolong jangan campur tangan dalam isu skandal 1MDB, yang beliau, pemimpin-pemimpin serta PAS tidak tahu fakta hakikat kes skandal kewangan yang terbesar di dunia pada dekad ini," katanya dalam satu kenyataan.

Khairuddin menambah, sama ada Nasrudin menamakannya atau tidak, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin PAS itu sekiranya tiada permohonan maaf dibuat.

"Beliau ada empat hari mulai hari ini bagi merakamkan permohonan maaf tersebut kerana walaupun beliau tidak menyebut nama saya, sebagai fakta yang nyata semua orang di seluruh dunia tahu bahawa sayalah pelapornya.

"Seandainya ketua penerangan PAS yang bangang ini gagal berbuat demikian maka saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atasnya!" kata Khairuddin.

Semalam, Nasrudin mempersoalkan motif di sebalik aduan terhadap 1MDB di luar negara dan mendakwa Amerika Syarikat cuba berlagak seperti polis dunia.

Beliau juga berkias dengan mengatakan 'jangan undang beruang untuk tampar nyamuk di muka kancil'.

Bagaimanapun, Khairuddin membidas Nasrudin kerana menyamakan skandal 1MDB dengan "nyamuk".

"Malangnya pada hari ini PAS boleh berdiri di sebelah Umno dan BN serta menganggap kes skandal 1MDB sebagai isu nyamuk!!

"Duit negara hilang RM28 bilion dan hutang tertunggak syarikat 1MDB (anak syarikat kementerian kewangan secara 100%) berjumlah RM50 bilion, parti PAS kata ini isu nyamuk?" soalnya.

Khairuddin, bersama peguam Matthias Chang, membuat laporan terhadap 1MDB di beberapa negara di luar negara pada tahun 2015.

Kerajaan kemudian menahan mereka di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, dengan mendakwa mereka mensabotaj ekonomi negara.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka dibebaskan bulan lepas oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Khairuddin juga telah membuat beberapa laporan terhadap 1MDB dengan pihak berkuasa Malaysia.




Read More...

Bodohnya Pas Sudah Tidak Boleh Dicover Lagi...

'Jangan undang beruang tampar nyamuk di muka kancil'


PAS berpendapat ada pihak tertentu yang pergi "meronda" membuat aduan di Paris, Switzerland dan AS supaya pihak berkuasa negara asing mengambil tindakan dalam isu 1MDB.

Menganggap mereka sebagai "singkat akal", Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata, parti itu juga tahu ada pihak yang sengaja menjemput AS untuk campur tangan dalam urusan dalaman Malaysia.

"Soalnya, apa motif mereka buat aduan di AS mengenai isu 1MDB? Kenapa singkat akal mereka, lapor hal negara kita kepada Amerika yang berlagak polis dunia itu ?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nasrudin yang baru-baru ini gagal terpilih sebagai seorang daripada naib presiden PAS menjelaskan itulah keadaan yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Apa pun salah laku dalam negara, katanya, ia wajar diselesaikan melalui perhitungan dalaman.

"Rakyat boleh guna kuasa undi dalam pilihan raya untuk tukar kerajaan," katanya.

"Jangan undang beruang untuk tampar nyamuk di muka kancil," katanya secara berkias.

Biar kita tanggung

Bagaimanapun tidak dinyatakan yang dirujuk Nasrudin sebagai "kancil" iaitu sejenis haiwan yang terkenal dengan kecerdasannya mengikut cerita rakyat di negara ini.

Pada 24 Jun lalu Abdul Hadi berkata sejarah mengajar bahawa campur tangan asing dalam hal ehwal dalaman negara hanya akan membawa kerugian.

Oleh itu, presiden PAS itu menjelaskan pihak yang mahu orang asing campur tangan dalam hal ehwal Malaysia untuk mendapat keuntungan politik adalah “tidak beriman dan budiman”.

Menurut Abdul Hadi, segala skandal dan kemelut negara perlu diselesaikan secara dalaman, tanpa mengira betapa buruknya sistem dalaman itu.

“Jangan kita mengulangi sejarah dengan menjemput pihak asing untuk menyelesaikan masalah dalaman kita seperti BMF, PERWAJA, Tabung Haji, KWSP, dan terkini isu 1MDB yang bersorak gembira supaya diberi ruang penyelesaiannya oleh mahkamah di negara asing.

“Apa pun keputusan isu dalaman kita, biar mahkamah kita sendiri menyelesaikan atau mahkamah rakyat kita menyelesaikannya.

"Sebodoh-bodoh dan sezalim-zalim dalaman kita,biar kita yang tanggung sendiri dan akhirnya berkat kesabaran, pasti sedar dan insaf,” katanya menerusi surat terbuka yang ditujukan kepada semua parti politik.


Pemimpin PAS mula dari presiden hingga ke pemimpin bawahnya semua bahlul belaka. Mana tidaknya, mereka tuduh pembangkang beri semua maklumat kepada pihak luar supaya campurtangan dalam negara kita. Rupanya pembangkang sangat hebat kerana dapat membekalkan data dengan terperinci. Semua maklumat wang 1MDB yang digunakan sangat jelas siapa penerimanya, berapa jumlahmya,bila tarikhnya,apa nama banknya. Tidakkah lebai bodoh namanya..?






Read More...

Pelik Tapi Benar: KPN 'Tangkap' 3 Anggota Polis Periksa Pendatang Asing

3 polis dipindahkan selepas kena ‘tangkap basah’ dengan KPN



PETALING JAYA: Tiga anggota polis peronda dikenakan tindakan disiplin selepas dimarahi ketua polis negara yang mengesan mereka melangkaui kuasa dengan memeriksa seorang pendatang asing wanita.

China Press melaporkan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang memandu bersendirian kira-kira 4.30 petang Selasa lalu, ternampak 3 anggota peronda itu memeriksa seorang pendatang asing wanita di sebuah bulatan di Semenyih, Selangor.

Beliau segera mengarahkan 3 anggota itu menghentikan pemeriksaan kerana tindakan itu melanggar prosedur operasi standard (SOP), di mana mereka sepatutnya memfokuskan tugas meronda.


Khalid kemudiannya menghubungi pegawai atasan 3 anggota peronda berpangkat lans koperal dan konstabel dan mengarahkan tindakan disiplin diambil terhadap mereka.

Akibatnya, 3 anggota polis itu diarah melakukan kawad bersenjata selama 2 jam, mulai 11 pagi hingga 1 tengah hari di Balai Polis Semenyih dan dipindahkan untuk menjaga kaunter pertanyaan selama sebulan.

Demi menjaga imej pasukan polis dan menjauhi tanggapan negatif penyalahgunaan kuasa, ketua polis negara pernah mengeluarkan arahan melarang polis peronda menahan pendatang asing tanpa izin sewenang-wenangnya.

Bagaimanapun, jika ada individu disyaki, mereka boleh melakukan pemeriksaan dan tangkapan, selepas mendapat kelulusan pegawai atasan.

Dipetik dari Free Malaysia Today





Read More...

Thursday 29 June 2017

Mat Sabu; Kalau Tak Mahu Jatuhkan Umno Baik Pas Jadi NGO


KOTA BHARU – Tidak perlu menjadi pembangkang jika Pas tidak lagi fokus kepada menjatuhkan kerajaan sedia ada, kata Presiden Parti Amanah Negara, Mohammad Sabu.

Menurutnya, lebih baik Pas menukar status parti itu menjadi badan bukan kerajaan (NGO) jika mereka melihat Umno bukan lagi musuh mereka, sekali gus tidak perlu menjatuhkan parti pemerintah itu untuk PRU akan datang.

Mereka mengatakan Umno bukan lagi musuh mereka, mereka tidak perlu jatuhkan kerajaan. Kalau parti politik pembangkang tidak mahu jatuhkan kerajaan, baik jadi NGO,” katanya kepada media di sini.

Beliau menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Amanah Negara di Dewan Perniagaan Cina, di sini.

Menurutnya, dalam masa yang sama juga, Amanah melihat tiada keperluan lagi Pas di Malaysia memandangkan parti itu sudah dilihat jauh tersasar daripada perjuangan asalnya.



Read More...

Sistem Radar Canggih Lesap Dari Pelabuhan JB


Sistem peralatan radar bernilai jutaan ringgit yang dalam transit ke Belanda dilaporkan telah hilang di pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor.

Menurut akhbar The Starhari ini, barangan dalam transit dari Australia itu ditahan oleh Jabatan Kastam sementara menunggu dokumen yang diperlukan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).

Menurut akhbar itu, peralatan ketenteraan berteknologi tinggi berkenaan tiba bulan lalu dalam satu kontena tanpa kelulusan yang diperlukan mengikut Akta Perdagangan Strategik 2010.

Adalah dilaporkan semakan audit yang dijalankan mendapati peralatan itu tidak lagi berada di pelabuhan, dan laporan polis kemudiannya dibuat.

"Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan bahawa barangan itu dimuatkan ke kapal lain dan dihantar terus ke Belanda secara rahsia untuk mengelakkan masalah lanjut," kata The Star yang memetik sumber.

Tambahnya, menurut pihak berkuasa, adalah sukar untuk mengalihkan peralatan itu melalui darat kerana “pemeriksaan ketat di pintu masuk dan keluar pelabuhan".

Siasatan sedang dijalankan.









Read More...

Sayang Sungguh JASA Kepada Jho Low..

‘Kerr patut pulangkan berlian kepada Jho Low, bukan DOJ'


Tidak ada keperluan untuk model Australia Miranda Kerr memulangkan barangan emas, termasuk berlian yang dihadiahkan kepada Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, kata seorang anggota badan propaganda kerajaan, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Tun Faisal Ismail Aziz, yang menganggotai panel penasihat JASA, sebaliknya berkata, Kerr sepatutnya memulangkan barangan kemas itu kepada Jho Low, ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang.

Beliau berkata ini kerana tidak ada bukti bahawa Low telah menggunakan dana yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB untuk membeli barangan tersebut.

“Tidak menjadi kesalahan jika Miranda Kerr mahu 'memulangkan’ set barang kemas berlian yang diberikan oleh Jho Low kepadanya. Cuma kenapa perlu 'memulangkan' atau menyerahkannya kepada DOJ?

“Jika mengikut proses perundangan, lebih wajar Kerr menyimpan dahulu barangan kemas tersebut.

“Atau mungkin lebih wajar memulangkannya kepada Jho Low sehingga DOJ mendapat perintah mahkamah dan mendapat hak untuk menyimpan dan mengambil alih barangan kemas ini,” katanya posting di Facebook hari ini.

Kerr semalam dilaporkan telah menyerahkan set barangan kemas bernilai lebih AS$8.1 juta kepada DOJ.

Low dituduh menghadiahkan barangan kemas, termasuk berlian dalam cubaannya untuk memikat model antarabangsa dari Australia.

DOJ sedang berusaha untuk merampas barangan kemas itu, sebagai sebahagian daripada Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi (KARI), yang bertujuan memulangkan dana yang didakwa dicuri dari negara-negara yang terjejas.

Tun Faisal berkata selain tidak mempunyai hak untuk merampas barangan kemas Kerr, konteks saman sivil DOJ juga dipersoalkan.

“Sebenarnya selain kewajaran memulangkan barangan kemas ini kepada DOJ yang bukan 'pemilik yang berhak' atau 'penjaga yang telah diberi hak oleh mahkamah AS' untuk menyimpan barangan kemas ini, terdapat juga polemik tentang kewajaran menyerahkan barangan kemas ini kepada DOJ berdasarkan konteks saman sivil ini.

“Apabila Kerr menyerahkan barangan kemas ini kepada DOJ, adakah Kerr berpandangan DOJ akan menjualnya dan memulangkan wang hasil jualan tersebut kepada 1MDB dan rakyat Malaysia dalam keadaan 1MDB berulang kali menyatakan wangnya tidak dicuri?” soalnya.

Beliau juga mengulangi kenyataannya bahawa dana yang dilaporkan diselewengkan seperti yang disebut dalam saman DOJ lebih tepat lagi adalah daripada syarikat International Petroleum Investment Company (IPIC), milik Abu Dhabi dan bukan 1MDB.

Selain 1MDB, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, turut menafikan dakwaan DOJ bahawa dana firma pelaburan negara itu telah diselewengkan.

Dalam pemfailan 251 halamannya pada 15 Jun lalu, DOJ mendakwa bahawa antara Februari dan November 2014, Low membeli empat set batu permata dari pereka barangan kemas Lorraine Schwartz sebagai hadiah untuk Kerr.

Yang pertama adalah berlian berbentuk hati 11.72-karat bernilai AS$1.29 juta yang diberikan Low kepada Kerr sebagai hadiah Hari Valentine.

Low didakwa membelinya menggunakan dana yang diselewengkan dari 1MDB hasil terbitan bon pada tahun 2013.

- mkini







Read More...

Tuesday 27 June 2017

Mufti Kelantan Minta Rakyat Maafkan Kesilapan Najib

Ambil iktibar krisis negara luar - Mufti Kelantan



Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad. - Foto BERNAMA

KOTA BHARU: Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata umat Islam di negara ini perlu ambil iktibar dan pengajaran apa yang berlaku di negara lain sehingga menjadi porak peranda.

Beliau berkata, tidak dinafikan, mungkin ada pemimpin negara melakukan kesilapan, namun dalam Islam mengajar supaya memberi kemaafan kerana mereka sudah insaf.

"Sebarang kesilapan perlu dimaafkan kerana Islam mengajar kita saling bermaaf-maafan. Seperti pepatah 'bumi mana yang tidak ditimpa hujan'.

"Kalau kita tidak dapat yang (pemimpin) terbaik, memadailah kita dapat yang baik atau mungkin yang lebih baik, " katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan Sabtu lalu, meminta semua parti politik negara supaya menolak campur tangan kuasa asing dalam hal ehwal dalaman negara, yang bercanggah dengan ajaran al-Quran.

Beliau berkata, al-Quran mempamerkan ayat yang banyak melarang umat Islam memberi kepercayaan kepada pihak lain dalam menyelesaikan masalah dalaman.

Mohamad Shukri berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat yang tidak sepatutnya diizinkan sebarang campur tangan kuasa asing berhubung hal ehwal negara.

"Musuh tidak akan senang melihat Islam bangkit, sebaliknya mencari jalan untuk melemahkan supaya orang Islam terus ketinggalan kebelakangan.

"Justeru, semua rakyat terutama umat Islam tidak boleh mengizinkan campur tangan kuasa asing, sebaliknya mencari cara untuk mengukuhkan kedudukan negara, " katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/296791?m=1







Read More...

Model Serah Barangan Kemas AS$ 8.1 Juta Kepada DOJ


Model kelahiran Australia, Miranda Kerr menyerahkan barangan kemas bernilai AS$8.1 juta kepada Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat seminggu selepas dokumen saman itu mendedahkan ahli perniagaan Malaysia, Jho Low membelinya dengan dana yang diselewengkan dari 1MDB.

Akhbar The Wall Street Journal memetik jurucakap model itu bahawa Kerr memulangkan hadiah itu Jumaat lalu kepada ejen kerajaan dari peti deposit keselamatannya di Los Angeles.

"Sejak permulaan siasatan, Miranda Kerr bekerjasama sepenuhnya dan berjanji akan menyerahkan hadiah barangan kemas itu kepada kerajaan," katanya.

"Kerr akan terus membantu siasatan dengan semampunya."

Menurut WSJ, DOJ enggan mengulas mengenai perkembangan tersebut.

DOJ dalam saman terbarunya, pada 16 Jun lalu mendakwa Low dan sekutunya Eric Tan membelanjakan AS$200 juta untuk membeli kemas.

Walaupun DOJ tidak menyenaraikan semua pembelian yang didakwa itu, ia bagaimanapun berkata, Low membelanjakan sekurang-kurangnya AS$9.9 juta untuk barang kemas untuk Miranda Kerr serta untuk ibunya sendiri.

Low juga didakwa membelanjakan AS$28.6 juta untuk barangan kemas isteri ‘Malaysian Official 1'.

Menurut DOJ, pembelian pertama yang direkodkan oleh ahli perniagaan itu yang didakwa menggunakan wang yang diselewengkan dari 1MDB bermula sejak 2012 apabila beliau membeli cincin berlian dan padanan anting-anting berlian untuk ibunya.

Bersama-sama dengan cincin pertunangan dengan "wanita yang tidak dikenali", jumlah bil Low untuk barang kemas dari Lorraine Schwartz ialah AS$2.84 juta.

Pada 5 Disember 2012, Low didakwa membayarnya menggunakan sebahagian daripada AS$1.367 bilion yang didakwa disalahgunakan dari 1MDB dalam apa yang DOJ gambarkan sebagai fasa Aabar BVI.

Ini meningkat kepada 40 peratus daripada hasil yang diperoleh melalui dua tawaran bon, didakwa telah dipindahkan kepada entiti British Virgin Islands yang dipanggil Aabar Investments PJS Limited (Aabar BVI).

Aabar BVI adalah salah satu daripada beberapa syarikat yang didakwa diwujudkan untuk memberi gambaran palsu bahawa ia adalah anak syarikat Abu Dhabi International Petroleum Investment Co (IPIC).

Wang untuk membayar barang kemas ibu Low ibu telah melalui Good Star Limited serta akaun bapa ahli perniagaan itu di Singapura.

Apabila pegawai Bank Singapura (BSI) bertanya tentang pemindahan itu kepada bapanya, Low menjelaskan bahawa ia adalah sebahagian daripada "tradisi keluarga" untuk memberi kepada ibu bapa hasil "penjanaan kekayaan yang baik."

DOJ memfailkan tuntutan undang-undang sivil bagi tahun ini dan tahun lalu dengan tujuan merampas semula aset yang dikatakan dibeli dengan wang yang diselewengkan daripada 1MDB.

Selain barangan kemas bernilai AS1.7 bilion, DOJ juga berharap mampu mendapatkan semula sebuah kapal layar bernilai AS$ 250 juta dan kepentingan beberapa syarikat dan hartanah mewah di sekitar London, New York dan Los Angeles.









Read More...

Saturday 24 June 2017

Hadi oh Hadi...

Hadi bantah campur tangan asing dalam skandal 1MDB


Bermula dengan kejatuhan kerajaan Melayu Islam Melaka, membawa kepada tindakan mahkamah asing ke atas 1MDB, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sejarah mengajar bahawa campur tangan asing dalam hal ehwal dalaman negara hanya akan membawa kerugian.

Oleh itu, Abdul Hadi berkata mereka yang mahu orang asing campur tangan dalam hal ehwal Malaysia untuk mendapat keuntungan politik adalah “tidak beriman dan budiman”.

“Saya yakin bahawa mereka yang mengundang pihak asing supaya mencampuri urusan negara semata-mata untuk menang pilihan raya, di mana moral mereka paling tidak beriman dan budiman, apabila kemenangannya nanti juga tanpa iman dan budiman,” katanya menerusi surat terbuka yang ditujukan kepada semua parti politik hari ini.


Menurut Abdul Hadi, segala skandal dan kemelut negara perlu diselesaikan secara dalaman, tanpa mengira betapa buruknya sistem dalaman itu.

“Jangan kita mengulangi sejarah dengan menjemput pihak asing untuk menyelesaikan masalah dalaman kita seperti BMF, PERWAJA, Tabung Haji, KWSP, dan terkini isu 1MDB yang bersorak gembira supaya diberi ruang penyelesaiannya oleh mahkamah di negara asing.

“Apa pun keputusan isu dalaman kita, biar mahkamah kita sendiri menyelesaikan atau mahkamah rakyat kita menyelesaikannya.

“Sebodoh-bodoh dan sezalim-zalim dalaman kita, biar kita yang tanggung sendiri dan akhirnya berkat kesabaran, pasti sedar dan insaf,” katanya.

Skandal 1MDB sekali lagi menjadi tajuk utama antarabangsa dua minggu lalu apabila Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mengemukakan saman sivil terbaru untuk merampas tambahan aset AS$540 juta yang didakwa diperoleh dengan dana yang diselewengkan dari firma dana pelaburan negara itu.

Antara lain, tuntutan baru itu mendakwa AS$620 juta yang didakwa dipulangkan oleh “Malaysian Official 1 (MO1)” kepada "penderma" sebaliknya disalurkan kepada hartawan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low.

Low kemudian didakwa menggunakan dana berkenaan untuk membeli kalung berlian merah jambu bernilai AS$27.2 juta untuk isteri MO1.

Minggu lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nberkata mereka tidak akan menyiasat dakwaan itu dan melepaskan tanggung jawab tersebut kepada polis.

Sementara itu, pihak polis berkata mereka tidak akan mengganggu kes sivil yang dibawa oleh DOJ.

Selain DOJ, Suruhanjaya Penyeliaan Sektor Kewangan Luxembourg (CSSF) Rabu lalumendenda bank swasta Edmond de Rothschild sebanyakEUR8.985 juta (RM43 juta) atas kelalaian peraturan dalam hubungan dengan pengubahan wang haram membabitkan urusaniaga 1MDB.









Read More...

Thursday 22 June 2017

Skandal 1MDB: Satu lagi bank luar negara didenda RM43j


Bank swasta Edmond de Rothschild menjadi institusi kewangan terbaru yang dihukum atas kelalaian peraturan dalam hubungan dengan pengubahan wang haram membabitkan urusaniaga 1MDB.

Menurut akhbar tempatan Luxembourg Wort, Edmond de Rothschild didenda sebanyak EUR8.985 juta (RM43 juta).

"Suruhanjaya Penyeliaan Sektor Kewangan Luxembourg (CSSF) menyampaikan kesimpulan prosedur pentadbiran kepada Edmond de Rothschild (Eropah) pada 21 Jun," kata bank swasta itu dalam satu kenyataan.

Kenyataan bank itu tidak menyebut skandal 1MDB tetapi perkara itu memperincikan mengenainya dalam laporan tahunannya yang diterbitkan bulan ini.

Akhbar harian itu berkata, Edmond de Rothschild dalam laporan tahunannya berkata, ia terpaksa mengenepikan EUR21 juta dalam perbelanjaan litigasi berbanding EUR10.6 juta pada tahun sebelumnya berkaitan dengan 'kemungkinan penipuan dalam dana 1MDB'.

Bank itu terbabit dengan bekas pengarah urusan International Petroleum Investment Company (IPIC) Khadem Abdulla Al Qubaisi, tokoh penting yang dinamakan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat sebagai terlibat dalam pengubahan dana 1MDB.








Read More...

Bukan satu percubaan untuk jatuhkan k'jaan M'sia, kata kedutaan AS


Saman sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) berkaitan dengan 1MDB, bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia, kata kedutaan AS di Kuala Lumpur.

"Tidak, ini bukan satu percubaan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia.

"Matlamatnya adalah untuk mendapatkan semula aset dan mengembalikannya demi faedah rakyat negara yang terjejas," kata jurucakap kedutaan itu kepadaMalaysiakini.

Jurucakap itu menegaskan bahawa saman DOJ adalah sebahagian daripada inisiatif untuk melindungi pasaran dan sistem kewangan AS daripada penipu wang.

Kedutaan itu menegaskan demikan dalam responnya kepada Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa, yang mendakwa pada hari Selasa bahawa saman DOJ adalah tindakan 'pre-emptive' menjelang pilihan raya umum akan datang ke arahpertukaran kerajaan yang diterajui oleh orang Islam.

DOJ memfailkan set ketiga saman sivil untuk merampas tambahan AS$540 juta aset yang didakwa diprolehi melalui dana yang diselewang dari 1MDB - menjadikan jumlah keseluruhannya AS$.7 bilion.

Tindakan itu adalah sebahagian daripada Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi (Kari), yang bertujuan untuk memulangkan dana yang didakwa dicuri dari negara-negara yang terjejas.

Antara lain, dalam pemfailan Khamis lalu, DOJ mendakwa bahawa AS$620 juta yang didakwa oleh MO1 telah dikembalikan kepada pendermanya, sebaliknya dipindahkan kepada hartawan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low.

DOJ mendakwa bahawa Jho Low kemudian menggunakan sebahagian dana - yang didakwa diselewengkan dari 1MDB - untuk membeli kalung berlian merah jambu bernilai AS$23.7 juta untuk isteri MO1.

Walaupun DOJ tidak menamakan siapa itu MO1 mahupun isterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tuntutan mahkamah berkenaan memberi gambaran seolah-olah isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor terpalitdalam salah laku.

Abdul Rahman pada tahun lalu juga mengesahkan bahawa Najib adalah MO1.

Bagaimanapun, beliau berkata hakikat bahawa Najib tidak dinamakan dalam saman itu menunjukkan perdana menteri bukan menjadi subjek siasatan.

Najib telah berulang kali menafi menyalahgunakan dana awam untuk keuntungan peribadi, manakala Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membersihkan perdana menteri daripada sebarang salahlaku.

Manakala firma guaman yang mewakili Rosmah memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap anak guamnya.

Penyokong pro-kerajaan telah menuduh pembangkang ada kaitan dengan saman DOJ, yang mana, telah dinafikan oleh pembangkang.








Read More...

Tuesday 20 June 2017

37 Laporan Polis Terhadap Papa Gomo Di Seluruh Negara


KUCHING: Sebanyak 37 laporan polis telah dibuat setakat hari ini di seluruh negara terhadap blogger Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris berhubung kenyataan berbaur hasutan dan video di laman Facebooknya.

Laporan tersebut dibuat ke atas laman Facebook milik PapaGomo yang menggunakan nama 'Sir Azri' seolah-olah sengaja mengada-ada cerita, menghasut, memfitnah serta memutar belit fakta tanpa usul periksa dalam isu antara Menteri Perlancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.


Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor berkata, laporan itu diterima daripada beberapa balai polis di seluruh negeri termasuk di Semenanjung.


“Kita telah memulakan proses siasatan, oleh yang demikian, beri kami masa untuk melengkapkan siasatan tersebut,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Perlancaran Ops Selamat 11/2017 sempena Hari Raya Aidilfitri di Terminal Bas Kuching pagi tadi.


Mazlan turut memberitahu bahawa kes tersebut memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan secara terperinci kerana ianya melibatkan media sosial.


Beliau juga turut menegaskan sekira pihaknya berjaya mendapatkan bukti-bukti dengan cepat, pihaknya akan merujuk segera kes tersebut kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.-Sarawakiana








Read More...

Sunday 18 June 2017

Apa Itu “3rd Degree Burn” Doktor Jelaskan Punca Kematian Arwah Zulfarhan, Kasihan dan Sadis Sekali


Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita kematian seorang penuntut UPNM yang mana menurut laporan, mangsa dilapor mengalami kesan melecur di bahagian dada, tangan dan kaki akibat ditekap dengan seterika wap yang dipercayai didera pada 20 dan 21 Mei lalu.

Berikut satu penjelasan dibuat oleh seorang doktor, Mohd Nor Hafiz Suratman

berkenaan punca kematian arwah.

Berikut adalah penjelasan dari beliau:


Bersama beberapa kepilan gambar menerangkan tahap lecuran.

o



Read More...

Friday 16 June 2017

Siasatan 1MDB: DiCaprio Pulangkan Hadiah


Bintang Hollywood Leonardo DiCaprio memulangkan Oscar yang dimenangi oleh Marlon Brando kepada penyiasat Amerika Syarikat (AS) susulan siasatan pengubahan wang haram terhadap 1MDB, kata wakilnya pada Khamis.

DiCaprio juga mahu memulangkan barangan yang dikatakan diterimanya sebagai hadiah untuk lelongan kebajikan yang berpunca daripada pihak yang mempunyai kaitan dengan 1MDB, menurut kenyataan yang dilaporkanReuters.

Julai lalu, dalam saman sivil AS, penerbit Red Granite didakwa menggunakan RM100 juta yang menurut pendakwa dilencongkan daripada dana 1MDB kepada filem DiCaprio pada 2013 bertajuk The Wolf of Wall Street.

DiCaprio turut berlakon dalam filem itu.

DiCaprio pada Oktober lalu berkata beliau memberikan kerjasama kepada siasatan itu dan akan memulangkan sebarang hadiah atau sumbangan jika didapati berpunca daripada sumber dipersoalkan.

“DiCaprio berusaha memulangkan barang-barang ini, yang diterimanya bagi tujuan dimasukkan dalam lelongan kebajikan tahunan untuk memberikan manfaat kepada yayasannya,” menurut kenyataan itu.

“Beliau juga memulangkan Oscar yang asalnya dimenangi oleh Marlon Brando, yang diberikan kepada DiCaprio sebagai set hadiah oleh Red Granite bagi menyatakan terima kasih atas penglibatannya dalam The Wolf of Wall Street,” menurut kenyataan itu.

Yayasan Leonardo DiCaprio Foundation ditubuhkan pada tahun 1988 bagi mendukung pelbagai projek berkaitan alam sekitar.

Dalam pemfailan pada Khamis, Jabatan Kehakiman (DOJ) AS mahu merampas karya seni Picasso dan Basquiat yang dikatakan dibeli menggunakan wang yang dicuci daripada Malaysia dan dihadiahkan kepada DiCaprio oleh Red Granite.

Setakat ini masih tidak jelas dalam kenyataan itu sama ada dua lukisan itu telah dipulangkan atau tidak. Begitu juga dengan lukisan Diane Arbus yang turut disenaraikan dalam pemfailan undang-undang DOJ.

Pemfailan itu juga bertujuan merampas aset-aset dua lagi filem Red Granite yang didakwa pihak pendakwaan menggunakan wang 1MDB, iaitu Dumb and Dumber To (2014) dan Daddy's Home (2015).

Red Granite Pictures yang berpangkalan di Los Angeles dalam kenyataan pada Khamis berkata “sedang berhubung dengan Jabatan Kehakiman secara aktif untuk menyelesaikan kes-kes saman sivil dan bekerjasama penuh”.

- mkini




Read More...

Thursday 15 June 2017

‘Anak jantan’ Nazri Lari Dari Wartawan Hari Ini


Selepas terpalit dengan isu berkaitan cukai perlancongan, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini mengelakkan diri daripada bertemu dengan petugas media.

Mohamed Nazri hari ini merasmikan Pameran Fotografi Islam di Matic Kuala Lumpur.

Selepas merasmikan acara itu, dan pengumuman bahawa sidang media akan diadakan selepas Mohamed Nazri meninjau dan melawat pameran berkenaan, wartawan dan jurugambar bersiap sedia.

Namun selepas setengah jam menunggu, menteri itu kemudian hanya melintasi petugas media dan menuju ke bilik lain.

Hal itu menyebabkan wartawan dan jurugambar terus menunggu di luar pejabatnya selama lebih dua jam sebelum seorang pegawainya memaklumkan menteri itu tidak berhajat mengadakan sidang media dan enggan berjumpa dengan wartawan.

Pada Ahad, 11 Jun lalu, Nazri menimbulkan rasa kurang senang bagi pemimpin politik di Sarawak dan Sabah apabila menggelar Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai menteri 'setahun jagung'.

Ini berikutan gesaan Abdul Karim baru-baru ini agar kerajaan persekutuan menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan yang bakal berkuatkuasa 1 Ogos depan.

Karim turut menyebut mengenai Perjanjian Malaysia dalam meminta cukai itu ditangguhkan di Sabah dan Sarawak.

Mohamed Nazri bagaimanapun berkata, Abdul Karim tidak memahami perkara itu apabila mengatakan cukai berkenaan seharusnya menjadi urusan negeri.

Susulan itu, beliau dibidas pelbagai pihak termasuk menteri kabinet dari Sabah dan Sarawak.

Namun Nazri yang dikenali sebagai lantang itu mempertikaikan mengapa Abdul Karim perlu membabitkan pihak laindalam pertikaian mereka.

"Ini antara saya dengan dia, mengapa nak bawa satu negeri terbabit sama? I am a jantan (man), OK?

"Biar dia jawab. Jadilah lelaki dan jawab. Saya mahu Abdul Karim jawab saya,” katanya.

Pertelingkahan menjadi semakin hangat dan tidak terkawal sehingga mesyuarat jemaah menteri, semalam.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu telah dibincang dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memutuskan perkara itu diselesaikan dan semua pihak tidak lagi mengeluarkan kenyataan berkenaan isu tersebut.

Pengerusi Pemuda BN Sarawak, Datuk Seri Fadillah Yusof yang turut terheret dalam pertikaian itu, hari ini memberitahu wartawan bahawa Najib dan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Abang Openg telah mengadakan perbincangan yang akhirnya menjurus kepada penyelesaian.

Menurutnya, Abang Johari akan mengeluarkan kenyataan mengenainya.

Kerajaan sebelum ini memutuskan untuk melaksanakan cukai pelancongan yang akan menyaksikan kadar antara RM2.50 dan RM20 untuk penginapan semalam dikuatkuasakan bermula 1 Julai depan.










Read More...

Penjualan Proton Kerana Dendam Kesumat, Dakwa Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad masih meratapi penjualan Proton yang lahir dari cetusan ilhamnya kepada firma China Zhejiang Geely Holdings Co Ltd yang membeli kepentingan 49.9 peratus dalam syarikat pembuat kereta nasional itu.

Dalam blog post pagi tadi, beliau melabelkan penjualan itu sebagai tindakan membalas dendam.

“Penjualan Proton dipaksa kerana dendam kesumat. Maruah tidak penting. Membalas dendam lebih penting,” kata bekas perdana menteri itu.

Mahathir juga mendakwa setakat yang diketauinya, pinjaman mudah RM1.5 bilion yang diberikan oleh kerajaan untuk Proton tidak samapai ke firma yang bermasalah itu.

Tahun lalu, kerajaan meluluskan permohonan Proton Holdings Bhd bagi mendapatkan pinjaman mudah, yang tertakluk kepada beberapa syarat yang mesti dipenuhi oleh pengeluar kereta nasional itu.

Pinjaman itu menjurus ke arah membantu syarikat automotif negara berkenaan membayar vendor bagi komponen yang dibekalkan.

Antara syarat pinjaman, adalah bahawa Proton perlu meyakinkan kerajaan model perniagaan baru, mengemukakan pelan pemulihan syarikat, selain menawarkan pelbagai pelan strategik untuk mengembangkan pasaran domestik dan antarabangsa










Read More...

Papa Gomo Tetap Kena Bayar RM850,000 Kerana Fitnah Anwar


Putrajaya: Pengendali laman web Papa Gomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris tetap perlu membayar ganti rugi RM850,000 kepada bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Mahkamah Persekutuan di sini, menolak rayuannya.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum sebulat suara menolak rayuan Wan Muhammad Azri selepas mendapati permohonan itu tidak mempunyai sebarang merit.

Mahkamah turut memerintahkan kos sebanyak RM10,000 terhadap Wan Muhammad Azri.

Turut bersidang Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Mahkamah Rayuan sebelum ini sudah menolak rayuan Wan Muhammad Azri dengan kos sebanyak RM10,000

Ia menjadikan jumlah yang perlu dibayar oleh Wan Muhammad Azri adalah sebanyak RM870,000.

Pada 28 Februari 2014, Mahkamah Tinggi memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi RM800,000 dan kos guaman RM50,000 kepada plaintif berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.

Pada 21 Mac 2014, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.








Read More...

Wednesday 14 June 2017

Editor Sarawak Report Tolak Saranan IGP Datang Ke Malaysia


Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown yang berpangkalan di London menangkis saranan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya beliau datang ke Malaysia bagi membantu siasatan polis.

Khalid mengulangi gesaannya itu pagi ini, tetapi pada masa sama, berkata beliau tidak dapat menjamin laluan selamat buat Rewcastle-Brown.

Ini merujuk terhadap dakwaan Sarawak Reportbahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayar RM9.5 juta kepada peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Dalam satu e-mel petang tadi, editor laman web pemberi maklumat itu berkata: "Sarawak Report ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Negara atas kemurahan hatinya menjemput saya melawatnya di Malaysia, untuk menyerahkan maklumat.

"Bagaimanapun, kita ambil maklum, keengganannya untuk menawarkan 'laluan selamat' yang perlu kita akui sebagai sedikit penghalang," katanya.

Rewcastle-Brown juga membidas Khalid berhubung pengakuanya tentang artikelSarawak Report bahawa ketua polis negara itu mengenali suspek utama dalam kes rasuah di Melaka.

"Ketika mendakwa maklumat yang kami bekalkan... pembayaran kepada Umno, Shafee dan lain-lain sebagai 'khabar angin', beliau pada sidang akhbar sama mengakui bahawa laporan kami mengenai persahabatan keluarganya dengan gangster pusat judi dan urut itu adalah betul.

"Memandangkan Ketua Polis Negara adalah orang yang boleh menyediakan laluan selamat dan kini secara terbuka enggan berbuat demikian, kami bimbang akan terpaksa menolak niat baiknya dan bantuan pertolongan yang dihulurkan itu," katanya.

Walau bagaimanapun, Rewcastle-Brown sanggup menyediakan penyiasat di Bukit Aman dengan "beberapa tip" mengenai perkara-perkara yang diminati oleh Khalid.

"Untuk mengesahkan maklumat yang kami berikan, beliau perlu hanya memujuk rakannya di Pejabat Peguam Negara untuk melaksanakan tugas perlembagaan mereka dan membuka semula fail pasukan petugas khas mengenai 1MDB.

"Semuanya ada di hadapannya, jika beliau mahu melihat semua bahan yang kami petik itu, itulah sebabnya mereka yang mengetahui apa-apa mengenai kes itu kini bersembunyi di bawah batu sejak bukti mula didedahkan," dakwanya.

Minggu lalu, Shafee berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan mengenai dakwaan itu, tetapi setakat ini, belum ada sebarang makluman daripadanya.

Percubaan demi percubaan untuk mendapatkan maklum balas daripada Pejabat Perdana Menteri dan pembantunya juga berakhir dengan sia-sia.

Walau bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak, semalam, menasihatkan rakyat supaya tidak mempercayai laporanSarawak Report, yang didakwa sebagai laman web yang tidak berwibawa.

Menurut Sarawak Report, Najib membuat dua pembayaran kepada Shafee jumlah wang berkenaan dari akaun yang sama di mana dana SRC International disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri.

Shafee bertindak sebagai ketua pendakwa ketika kes liwat II yang membabitkan bekas ketua pembangkang yang kini meringkuk di penjara Datuk seri Anwar Ibrahim dibicarakan di mahkamah rayuan dan persekutuan.

Susulan dakwaan Sarawak Report itu, Anwar memfailkan saman pemula minggu lepas supaya sabitan kesalahannya itu diisytiharkan terbatal dan tidak sah.

Malaysiakini tidak boleh secara bebas mengesahkan dakwaan Sarawak Reportatau mengesahkan jika bayaran yang dikatakan itu berkaitan dengan peranan Shafee dalam kes Anwar.








Read More...

Akhirnya Hartanah 1MDB Di London Dirampas

DOJ mohon rampas hartanah 1MDB di London


Kerajaan Amerika Syarikat mengemukakan permohonan di mahkamah bagi merampas sebuah ‘penthouse’ di London yang didakwa diperolehi dengan dana yang diselewengkan daripada 1MDB, lapor The Wall Street Journal (WSJ).

Ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, membeli ‘penthouse’ berkenaan, sebuah bangunan pejabat dan sebuah lagi pangsapuri, yang semuanya terletak di daerah Mayfair dengan membelanjakan £77 juta (RM416 juta pada kadar semasa) milik firma pelaburan negara itu.

Ini adalah menurut dokumen mahkamah yang difailkan pada 7 Jun oleh Jabatan Keadilan (DOJ) di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi daerah California Tengah.

Pada Julai 2016, DOJ memfailkan saman sivil pelucuthakan di Los Angeles bagi memohon kebenaran merampas hartanah bernilai kira-kira AS$1 bilion (RM4.26 bilion pada kadar semasa) yang berkaitan dengan dana 1MDB.

Ia sebagai sebahagian daripada usaha bagi mendapatkan semula AS$3.5 bilion yang dikatakan telah diselewengkan daripada 1MDB.


Hartanah di London itu adalah yang terbaru menjadi sasaran penyitaan oleh DOJ yang bertaburan di seluruh dunia.

"Low membeli penthouse dan pangsapuri di Stratton menggunakan hasil 1MDB. Low menggunkan dana yang dikesan diselewengkan daripada 1MDB untuk membeli pejabat di Stratton," kata DOJ dalam kenyataannya.

DOJ berkata ia percaya hartanah itu "diperolehi melalui cara yang melanggar undang-undang Amerika Syarikat" dan terbabit dengan kesalahan pengubahan wang haram, kata WSJ.

Pejabat yang dibeli pada harga £42 juta pada tahun 2014, adalah ibu pejabat untuk Myla, sebuah syarikat pakaian dalam di UK yang juga diperolehi Low dengan dana yang dikesan berasal daripada 1MDB, kata DOJ.

Menurut pendaftaran perniagaan Companies House, Low meletak jawatan sebagai pengarah Myla pada bulan November 2014.

Myla dilaporkan kerugian £7.59 juta pada tahun 2015.

Jurucakap Myla tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan syarikat itu, manakala low dan peguamnya tidak mengendakan permintaan untuk mendapatkan komen, lapor WSJ.

Low sebelum ini dilaporkan berkata, beliau adalah mangsa perbalahan politik di Malaysia dan bahawa dirinya hanya seorang penasihat tidak rasmi kepada 1MDB.

Peguam bagi keluarga Low telah berkata mereka akan mencabar saman sivil pelucuthakan di Amerika Syarikat itu.

Dalam saman pelucuthakan yang difailkan pada Julai 2016, DOJ mendakwa "Malaysian Official One (MO1)" menerima AS$ 731 juta yang berasal dari firma yang bermasalah itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata 1MDB tidak terbabit secara langsung dalam saman DOJ itu.

- mkini






Read More...

Monday 12 June 2017

Abdul Karim: Saya Tidak Akan Tunduk Kepada Kesombongan Dan Reaksi Kasar Nazri. Saya Hanya Pertahan Hak Sarawak!


KUCHING: “Jika difikirkannya (Nazri) bahawa saya tidak faham, berlagak, samseng ….saya tidak fikir dia tahu siapa saya!

“Adalah tidak sopan untuk memanggil seseorang itu sebagai setahun jagung, samseng dan seumpamanya … terutamanya jika anda seorang menteri kanan dan pada bulan Ramadan,” jawab Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, mengulas tempelakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Pusat, Datuk Seri Nazri Aziz terhadapnya pada Sabtu.

Serangan Nazri berikutan tindakan Abdul Karim yang baharu dilantik ke jawatan itu pada bulan lalu, mengkritik tindakannya untuk melaksanakan Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan ke seluruh negara bermula 1 Julai depan, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Abdul Karim berkata, tindakan tersebut tidak bijak dan perlu disemak semula kerana dikhuatiri akan menjejaskan sektor pelancongan negeri.

Mengulas serangan itu lagi, Abdul Karim menafikan gelaran “setahun jagung” Nazri itu sebagai penghinaan kepadanya.

Tegas Abdul Karim, adalah menjadi haknya untuk meminta penangguhan dan semakan semula pelaksanaan Cukai Pelancongan yang dipaksakan kepada negeri ini tanpa berunding dengan tuan tanah.

“Saya tidak akan tunduk kepada kesombongan dan reaksi kasar menteri ini.

“Apa yang saya lakukan adalah berdasarkan kepada lunas undang-undang … berdasarkan apa yang saya tahu sebagai seorang pengamal undang-undang dan untuk menjaga kepentingan Sarawak.

Abdul Karim berkata, isu Cukai Pelancongan tersebut dijangka akan dibincangkan lanjut dalam mesyuarat kabinet tidak lama lagi dan keputusan kabinet itu kelak akan membolehkan Kerajaan Negeri membuat tindakan susulan.

“Isu ini perlu dibincangkan di peringkat yang lebih tinggi daripada kementerian saya.

“Ia hak mutlak Kerajaan Negeri dan rakyat Sarawak,” jelasnya selepas menyertai program agihan bubur lambuk dan bubur pedas di Sarawak Plaza petang semalam.

Program tersebut dianjurkan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Sarawak dengan kerjasama Borneo Island Big Bikers (BIBB).

Abdul Karim berharap bahawa tindakan susulan yang diambil oleh Kerajaan Negeri mengenai pelaksanaan Cukai Pelancongan akan diperhalusi dan akan ditangani secara baik untuk semua pihak.

Beliau berkata kerajaan negeri tidak bermaksud untuk menentang pelaksanaan Cukai Pelancongan sebaliknya kecewa tidak dirujuk mengenai perkara itu.

Sementara itu, rakyat Sarawak bersatu mengutuk reaksi kasar Nazri dan berdiri teguh di belakang Abdul Karim.

Adun Muara Tuang, Datuk Idris Buang melalui status facebooknya berkata: “Kita sokong menteri kita YB Datuk Abdul Karim dalam hal ini seratus peratus.

“Jangan cuak dengan ‘menteri tuakah, menteri lamakah’ dari sana …dari KL.

“Mun sik tegal BN Sarawak & Sabah , BN di Semenanjung boleh tumbang, you you ! Apa salahnya untuk menghormati kita mempertahan hak-hak negeri Sarawak?

“Tunjukkanlah adat budaya setia kawan yang sejati dan baik kepada kita dari kepulauan Borneo ini; yang sentiasa merendah diri dan menghormati rakan dari Semananjung.

“Kami bersikap beradat bukan ertinya kami boleh dibuli!

Difahamkan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak pada 15 Jun ini. Mungkinkan isu ini antara agenda yang akan dibincangkan? – Sarawakvoice






Read More...

Nazri: Menteri Sarawak Baru Setahun Jagung.. Jangan Tunjuk Samseng..

Nazri gelar menteri S'wak baru setahun jagung


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz hari ini menggelar Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai menteri  'setahun jagung'.

Ini berikutan gesaan Abdul Karim baru-baru ini agar kerajaan persekutuan menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan yang bakal berkuatkuasa 1 Ogos depan.

Karim turut menyebut mengenai Perjanjian Malaysia dalam meminta cukai itu ditangguhkan di Sabah dan Sarawak.

Mohamed Nazri bagaimanapun berkata, Karim tidak memahami perkara itu apabila mengatakan cukai berkenaan seharusnya menjadi urusan negeri.

"Tak payahlah bangkitkanagreement tu. Kami tahulah," kata Nazri kepada pemberita ketika majlis berbuka puasa di Dataran Merdeka hari ini.

Sambil menegaskan bahawa cukai baru itu sebahagian daripada cukai persekutuan, Nazri berkata kerajaan membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai cukai kerajaan persekutuan bagi mengelakkan kekeliruan.

"Bila jadi cukai federal tak berbangkit soal kita rampas hak Sarawak.

"Dia menteri baru, dia menteri BN, janganlah nak tunjuk lagak sangat. Jumpa saya, saya pun menteri BN.

"Saya jadi menteri bukan setahun dua, banyak tahun dah. Apa-apa hal kita sama-sama kerajaan. Di Sarawak tu kerajaan BN, federal pun BN..
Jumpalah saya. Awak ni baru lagi, setahun jagung. Jangan cakap banyaklah," katanya.

'Nak jadi samseng belajar dengan saya'

Nazri merujuk kepada fakta bahawa Abdul Karim baru sahaja menyertai kabinet Sarawak tahun ini dan masih kurang tahap 'kekananan' dalam kerajaan.

"Dalam politik ini jangan cakap besar, you cakap besar you nak tunjuk samseng, kita lebih samseng lagi.

"Saya takkan benar dia bersikap samseng begitu. Saya menteri lama dah.

"Kalau tak faham, jumpa saya dulu, tanya. Jangan baru jadi menteri dah jadi samseng. Nak belajar jadi samseng belajar dengan saya," sindir Nazri.

Beliau menambah bahawa hanya terdapat beberapa hotel lima bintang di Sarawak untuk mengutip cukai pelancongan.

"Kalau 5 star tu sebelah jari saya boleh bilang, mungkin ada dua, tiga saja. Kebanyakan hotel 5 star di KL. Banyak di Penang, Melaka," katanya.

- mkini




Read More...

Sunday 11 June 2017

Buat Kecoh Di Bazar Ramadan: Polis Tahan Geng Capang Kluang


KLUANG: Polis tengah hari tadi menahan dua lelaki yang menimbulkan kekecohan dan provokasi di Bazar Ramadan Bandar Kluang, petang semalam.

Dua lelaki berkenaan ditahan ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, jam 1.40 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, berkata penahanan mereka bagi membantu siasatan berkenaan kes provokasi termasuk menghalau beberapa anggota parti politik pembangkang yang sedang mengedarkan sumbangan kurma kepada orang ramai di Bazar Ramadan Bandar Kluang, di sini, petang semalam.

"Hasil soal siasat, seorang daripada suspek mengaku menumbuk mangsa yang sedang mengedar kurma di bazar berkenaan manakala seorang lagi suspek mengaku menolak mangsa yang lain.

"Empat lagi suspek sedang dikesan dan akan ditahan tidak lama lagi bagi membantu siasatan kes ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Video tindakan provokasi berkenaan viral di media sosial sejak malam tadi dan mendapat kecaman ramai termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menyifatkannya sebagai tindakan yang perlu dikecam.

"Tindakan yang perlu dikecam, lebih-lebih lagi pada bulan puasa. Tak perlu kita bertindak seperti ini walaupun berbeza pandangan politik," kata Khairy menerusi Twitter rasminya, @Khairykj, pagi ini.

Dalam insiden berkenaan, enam lelaki dikatakan membuat provokasi termasuk menghalau beberapa anggota pembangkang yang sedang mengedarkan kurma kepada orang ramai.

Polis mula mengesan suspek selepas mangsa membuat laporan polis jam 10 malam tadi. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 akta yang sama kerana ugutan jenayah.






Read More...

KJ Kecam Tindakan Geng 'Abang Long Capang' Kluang

"Tindakan Yang Perlu Dikecam" - Komen KJ Terhadap Insiden Kasar di Bazar Ramadhan Kluang


Kuala Lumpur - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ), menyifatkan insiden pemimpin DAP dikasari di bazar Ramadan sebagai satu 'tindakan yang perlu dikecam'.

Menulis di Twitter beliau, KJ berkata kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku biarpun berbeza padangan politik,

"Tindakan yang perlu dikecam. Lebih2 lagi pada bulan puasa. Tak perlu kita bertindak seperti ini walaupun beza pandangan politik"tulis KJ.

Dalam pada itu KJ juga berkata jika berlaku kekasaran dalam insiden terbabit, polis sepatutnya melihat kepada kes tersebut.

Semalam, satu video  yang merakamkan ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong, dikasari ketika memberikan kurma percuma kepada pengunjung bazar Ramadan di Kluang, Johor petang semalam.

Liew berkata, kejadian itu berlaku sebelum jam 7 petang semasa beliau dan kakitangannya berada di bahagian barang kering bazar itu.

"Apabila kami memasuki seksyen itu, beberapa peniaga menyekat jalan kami dengan tiga meja. Mereka menjerit menyuruh kami meninggalkan kawasan itu.

"Seorang daripada kakitangan saya dikasari dan semasa pergelutan itu saya dipukul di dahi dan cermin mata jatuh di atas jalan raya," katanya kepada The Malaysian Insight.








Read More...

Kecoh Di Bazar Ramadan Kluang: 'Abang Long Capang' Kembali Beraksi...

Lelaki mengaku imam mengamuk halau orang di bazar Ramadan Kluang


"Walaupun rupak mu tidak ku kenal tatapi telinga capang mu tatap menjadi pojaan hati ku.."

Abang Long Capang Kluang dari penjaga "Surat mana surat?" kini dah "Saya imam saya imam" bazar ramadan umngok..😂

Lelaki mengaku imam mengamuk halau orang di bazar Ramadan Kluang

SEORANG lelaki yang mengaku dirinya seorang imam mengamuk dan menghalau sekumpulan petugas Pakatan Harapan yang sedang mengedarkan kurma di Bazar Ramadan di Kluang Johor.

Lelaki tersebut yang memakai kopiah berulang kali mendakwa dirinya imam, selepas diminta bersabar apabila dia bertindak ganas menolak dan menghalau petugas yang sedang mengedarkan kurma kepada umat Islam yang berkunjung di Bazar Ramadan tersebut.

"Sabar bang puasa," kata salah seorang petugas.

"Astaghfirullah halazim, Astaghfirullah halazim, Astaghfirullah halazim, saya imam, saya imam," kata lelaki itu sambil mendabik dada menunjuk-nunjuk dirinya.

Seorang lagi lelaki botak yang dipercayai rakannya turut bertindak kasar menghalau petugas tersebut. Rakaman gelagat lucu samseng-samseng itu menjadi viral di media sosial.

Bagaimana pun, dari telinganya yang capang itu dapat kita kenal pasti bahawa lelaki mengaku imam ini pernah berlaku biadap sebelum ini, juga dalam bulan Ramadan difahamkan di lokasi Bazar Ramadan yang sama.

Tahun lalu lelaki ini pernah menjadi 'viral' dan sensasi di media sosial dan digelar dengan beberapa gelaran sebagai 'abang long capang', 'pendekar capang' dan 'samseng capang'.

Ketika itu dia melakukan perkara yang sama, menghalau petugas yang hadir ke bazar tersebut dalam insiden yang dikenali sebagai 'surat mana surat?'

Ketika itu dia menjadi bahan ketawa apabila meminta surat ketika menghalau rombongan petugas yang mahu memberi sedekah kurma kepada orang ramai.

Di bawah ini rakaman video kejadian tersebut, sila klik button 'play' untuk menonton.



Read more: http://www.milosuam.net/2017/06/lelaki-mengaku-imam-mengamuk-halau.html#ixzz4jdk1G9Cz




Read More...

Saturday 10 June 2017

Zuhdi : Pas Mahu Jadi Penasihat Kerajaan BN Selepas PRU14


SHAH ALAM: PAS, yang sebelum ini mengumumkan mahu bertanding secara bersendirian tanpa menganggotai pakatan pembangkang, menyasarkan untuk menjadi “pencatur penting politik” selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS pusat, Dr Zuhdi Marzuki berkata berdasarkan kedudukan kerusi, PAS mempunyai suara untuk memberi nasihat dan pandangan kepada kerajaan.

“Dalam kedudukan yang disasarkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin PAS, kita tidak memerintah, cuma kita sasarkan memerintah di beberapa negeri.

“Tetapi PAS menyasarkan selepas PRU14, PAS menjadi pencatur penting kepada politik Malaysia.

“Dengan kedudukam faktor kerusi, kita mempunyai suara untuk memberi nasihat dan pandangan kepada kerajaan,” kata beliau pada Munaqasyah Rakyat di sini, hari ini.

Dalam Muktamar PAS bulan lalu, mereka menyasarkan untuk menawan kembali 4 negeri iaitu Pahang, Terengganu, Selangor, Kedah dan mengekalkan kerajaan negeri Kelantan.

Zuhdi menegaskan, PAS mengambil pendekatan Islam untuk atasi masalah negara seperti integriti, moral dan perpaduan kaum yang rapuh.

“Kita jangka pendekatan ini akan diambil sehingga PRU15,” katanya.






Read More...

Kenapa Musa Hassan Yang Gelabah Sebaliknya Tuan Punya Badan Rilek Saja..

Bekas KPN sangsi di sebalik dakwaan RM9.5j


Pendedahan portal Sarawak Report yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayar peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebanyak RM9.5 juta ada kepentingan dan tujuan tertentu, kata bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.

Menurut Musa, agenda itu mungkin boleh menyebabkan negara kucar-kacir atau musnah.

"Saya sangsi. Mungkin ada kepentingan tertentu dan agenda tersembunyi di sebalik dakwaan ini yang boleh membawa kehancuran atau huru-hara kepada negara," katanya pada sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung saman pemula Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha terbaru untuk mengketepikan sabitan kes liwat keduanya.

Musa menegaskan beliau tampil dengan kenyataan atas kapasiti sebagai rakyat Malaysia dan mahukan kebenaran yang tidak di bayar oleh sesiapa sekaligus bertegas tidak memihak kepada mana-mana pihak.

Musa turut mencabar mereka yang membuat dakwaan tersebut melakukan laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.

Malaysiakini tidak dapat untuk mengesahkan kesahihan laporan Sarawak Report itu.






Read More...

Friday 9 June 2017

Wanita Vietnam Direman Kes Pukul Pemandu Uber


ANGGOTA polis mengiringi wanita Vietnam untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Georgetown, hari ini. - Foto Danial Saad

GEORGETOWN: Empat individu, termasuk seorang wanita Vietnam direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes pemandu Uber dipukul, selepas didakwa cuba mencabul wanita Vietnam berkenaan di Lintang Paya Terubong, di sini, Selasa lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Muna Maria Azmi pada jam 11.45 hari ini. Wanita Vietnam yang berumur 43 tahun itu ditahan anggota polis petang semalam, bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat pemandu Uber terbabit.

Dalam kejadian pada jam 3.56 petang itu, seorang pemandu Uber yang mahu mengambil wanita Vietnam berkenaan di Lintang Paya Terubong, tiba-tiba diserang dan dipukul oleh sekumpulan lelaki kerana didakwa mencabul wanita terbabit.

Kejadian itu dirakamkan dalam video berdurasi empat minit 22 saat, yang kemudiannya menjadi viral di laman sosial.






Read More...

Lelaki Ini Pecah Rekod Tiduri 57 Wanita Dalam 24 Jam


Seorang lelaki Singapura mencatat rekod baharu meniduri 57 wanita dalam masa 24 jam. Ya, ia mengatasi rekod terdahulu melibatkan 55 wanita.

Sangat “Wow” kan? Bagaimana agaknya dia melakukannya, jom baca artikel selanjutnya.

Menurut laporan berita Herald Europe, rekod itu dipecahkan dalam satu acara tahunan yang dianjurkan oleh sekumpulan pelacur dari Republik Czech yang diadakan di ibu negaranya, Prague.

Lelaki berusia 34 tahun yang enggan dikenali tetapi dikatakan warganegara Singapura mengakui menjalankan pelbagai latihan untuk memecahkan rekod tersebut termasuk latihan berat seperti atlet larian maraton.

“Saya sememangnya seorang penagih seks dan apabila mendapat tahu mengenai acara ini, saya rasa saya patut ambil bahagian. Saya mengambilnya secara serius dan berlatih seperti atlet larian maraton. Latihan ini sebenarnya lebih sukar dari kebanyakan sukan profesional,” memetik katanya.

Tepat tengah malam, acara rekod tersebut bermula dan lelaki itu mula bersetubuh dengan pelacur yang dibawa khas untuk acara tersebut.

Tambah laporan itu lagi, lelaki tersebut berjaya meniduri 29 wanita menjelang tengah hari dan akui mula mengalami kekejangan selepas itu.

Dia kemudian diberi bantuan kecemasan oleh pakar fisioterapi sebelum meneruskan percubaan itu.

Sebenarnya, antara syarat menyertai percubaan ini adalah peserta tidak dibenarkan mengambil sebarang ubat untuk ereksi dan dia bebas daripada semua ujian tersebut.

Cuma, dia akui mengambil makanan herba namun enggan mendedahkan secara lanjut.

Ok, 28 lagi wanita untuk ditiduri…

Lelaki itu akhirnya berjaya meniduri 56 orang menjelang pukul 11 malam tetapi mengambil keputusan mencuba seorang lagi memandangkan masih ada 1 jam sebelum tamat waktu.

Dia sempat berlari ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan sebelum meniduri wanita ke-57 dan yeah…. rekod baharu dicatat!

Menurut pihak penganjur, peserta kena mengeluarkan lebih kurang 5ml semen (cecair mengandungi sperma) sebagai bukti hubungan seks dengan semua wanita itu. Macam mana mereka tahu? Penganjur sebenarnya mengukur setiap ejakulasi yang dilakukan lelaki itu.





Read More...

Generasi Ke-2 Felda Desak Isa Lepaskan Jawatan


KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Bertindak Suara Generasi Ke 2 Felda (SGK2F) sebulat suara mendesak supaya Pengerusi Felda Global Ventures (FGV), Tan Sri Isa Samad untuk melepaskan jawatan beliau di dalam pengurusan badan tersebut.

Penasihatnya, Datuk Zulkefli Nordin berkata, Isa perlu dikeluarkan daripada pengurusan FGV bagi bolehkan siasatan lebih adil dapat dijalankan berhubung isu melibatkan Presiden dan Ketua Pengarah Urusan (CEO) FGV, Datuk Zakaria Arshad.

“Kami mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak arah Isa lepas jawatan beliau sama seperti Zakaria.

“SGK2F beranggapan beliau (Isa) sudah tidak diperlukan lagi dalam pengurusan FGV,”katanya ketika sidang media di Hotel Grand Season, semalam.

Menyentuh kepimpinan Zakaria, Zulkefli memaklumkan beliau baik dalam menjalankan tugas dan tidak pernah menimbulkan masalah dalam pengurusan FGV.

Menurut Zulkefli, Zakaria juga anak peneroka yang komited dalam tugas dan layak memegang jawatan itu.

“Kami anak Felda tidak ada wakil dalam FGV dan kami cuma harap jika Datuk Zakaria ada dalam FGV, beliau paling layak jaga kepentingan mak ayah kami,” katanya.









Read More...

Thursday 8 June 2017

KENAPA BEKAS KPN YANG TAMPIL BERSUARA BAGI PIHAK NAJIB..

KENAPA BEKAS KPN YANG TAMPIL BERSUARA BAGI PIHAK NAJIB; KERTAS SIASATAN BUKTIKAN DATO’ SERI NAJIB BUKA 3 AKAUN BARU PINDAHKAN WANG 1MDB

Sejak Sarawak Report menyiarkan satu berita mengenai dakwaan sejumlah RM9.5 juta telah dipindahkan dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada peguam Tan Sri Shafee Abdullah, tidak ada satu kenyataan pun yang diberikan oleh Perdana Menteri mahupun peguam itu.

2 hari lalu, saya telah mendedahkan pula bagaimana dalam tahun 2011, Dato’ Seri Najib telah menggunakan dana awam 1MDB yang dipindahkan ke akaun beliau untuk membayar peguam-peguam yang mewakili beliau untuk mengenepikan sapina hadir memberi keterangan di dalam perbicaraan kes liwat yang dituduh terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Pendedahan saya itu berdasarkan satu dokumen yang didakwa adalah kertas siasatan SPRM yang dibocorkan di laman SPRMInsider. Maklumat yang terkandung di dalam kertas siasatan SPRM itu juga telah disahkan benar dan tepat oleh peguam kanan yang diambil keterangan oleh SPRM. Pengesahan peguam kanan tersebut mengiyakan bahawa pandangan umum bahawa kertas siasatan SPRM itu adalah benar dan sahih.

Sehingga kini, tidak ada sebarang kenyataan dari Dato’ Seri Najib mengenai butiran siasatan ke atas beliau yang terkandung di dalam kertas siasatan itu, khususnya berhubung penggunaan dana 1MDB untuk membayar peguam-peguamnya di dalam kes yang dibawa terhadap Dato’ Seri Anwar.

Sebab itu saya terkejut apabila individu yang tampil ke depan untuk menafikan perkara tersebut adalah Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara. Beliau yang membuat sidang media khas semalam seolah-olah mengulangi skrip yang dimainkan oleh tokoh-tokoh Umno yang mengawal propaganda kerajaan seperti Tun Faisal Ismail; yang mengulangi kononnya akaun Dato’ Seri Najib telah ditutup sebelum bayaran dibuat kepada Tan Sri Shafee Abdullah.

Adalah sangat memalukan apabila Perdana Menteri dan peguam kanannya tidak mempertahankan diri mereka secara berdepan; sebaliknya orang lain yang telah bersara seperti Tan Sri Musa Hassan pula yang terpaksa memanggil sidang media membela Dato’ Seri Najib dan Tan Sri Shafee.

Saya tidak pasti sama ada Tan Sri Musa Hassan menyediakan sendiri kenyataan media beliau semalam atau skripnya dipengaruhi pandangan yang rapat dengan Perdana Menteri. Hakikatnya, kenyataan media Tan Sri Musa Hassan semalam itu memalukan kerana jelas tidak teliti dengan butiran-butiran siasatan sehingga tersalah fakta.

Hari ini, saya ingin mengemukakan bukti bahawa hujah pembela-pembela Dato’ Seri Najib bahawa akaun beliau telah ditutup sebelum bayaran dibuat tidak boleh digunapakai dan salah.

Kertas siasatan SPRM yang dibocorkan (dan kini dipercayai telah disahkan bersandarkan kenyataan peguam-peguam yang pernah mewakili Dato’ Seri Najib sendiri) pada muka surat 9 dan 10 dengan secara jelas memperincikan bagaimana sementara satu akaun Dato’ Seri Najib telah ditutup pada 31 Ogos 2013, ada 3 akaun baru yang dibuka bagi menggantikan akaun yang ditutup itu.

Saya sertakan paparan skrin dari kertas siasatan mukasurat 9 dan 10 yang mengesahkan bahawa ada 3 akaun peribadi Dato’ Seri Najib yang masih beroperasi dalam tempoh September 2013 hingga Februari 2014, iaitu tarikh-tarikh bayaran dibuat kepada Tan Sri Shafee:


Kronologi tindakan menutup akaun, membuka akaun baru dan memindahkan dana, seperti yang diperincikan di dalam kertas siasatan SPRM, adalah seperti berikut:

i. Akaun asal yang digunakan oleh Dato’ Seri Najib untuk menerima pemindahan wang yang besar dibuka dalam pada 13 Januari 2011 dengan no akaun 2112022009694 atas nama beliau sendiri di AmIslamic Bank Berhad di Ambank Jalan Raja Chulan (dirujuk sebagai Akaun -9694)

BACA SETERUSNYA DI SINI






Read More...

Dituduh Jual Kucing Bakar Di Bulan Ramadan


Hari ini tersebar di laman Facebook dua keping gambar mendakwa sebuah gerai di bazar Ramadan Kampung Guntong, Setiu Terengganu telah menjual makanan eksotik tanpa menyatakan haiwan apa yang dijual.

Kerana bentuk haiwan tersebut, ramai netizen dilihat sudah salah faham di mana ada yang mengatakan ia adalah anak kambing, ada yang menurunkan komen dengan marah menyatakan ianya adalah kucing dan bahkan ada yang sanggup menyatakan ianya adalah anjing.

Selain itu ada netizen yang menyatakan gambar itu adalah gambar diluar negara, namun segala persoalan terjawab selepas pemilik gerai tampil memberikan penjelasan.

Beliau menafikan semua telahan itu, menurut Mohd Ebbie Shafiran
makanan yang dijualnya itu adalah makanan halal iaitu arnab bakar.


"Jangan kecam saya, saya jual arnab jer , makanan halal , bukan makanan haram nak jual ikut suka,"tulisnya di laman Facebook.

Sebelum gambar berkenaan menjadi viral, dia telah memuatnaik gambar tentang arnab bakar itu di laman Facebooknya.


Ada netizen yang bertanyakan kenapa arnab berkenaan dijual sekali dengan kepala.

Beliau menyatakan kepala arnab mempunyai peminatnya sendiri, macam kepada lembu, ada yang peminatnya sendiri, mereka akan makan otak dan lidah lembu.

Jadi segala persoalannya sudah terjawab, makanan halal tu, tak payah samakan dengan makanan yang tidak halal yang lain.


-Siakapkeli






Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP