Sunday 30 June 2013

PANAS - Rumah Khairy Jamaluddin Dimasuki Perompak..

Tiga penjenayah rompak rumah menteri di Damansara

Tiga lelaki merompak rumah seorang menteri di Jalan Setiabistari, Bukit Damansara di sini, semalam.

Mereka yang menaiki kereta Proton Waja, dipercayai melarikan beberapa komputer riba dan jam tangan dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah.


Beliau berkata, ketika kejadian, menteri berkenaan dan isterinya tiada di rumah.

"Suspek dipercayai memanjat tembok di tepi pagar dan masuk ke rumah menerusi pintu depan yang tidak berkunci.

"Pembantu rumah menyedari kehadiran perompak apabila melihat pintu depan terbuka tetapi dia tidak berani menentang mereka,” katanya di sini, hari ini.

Ku berkata, pembantu rumah itu juga sempat melihat suspek menyelongkar bilik utama sebelum mereka melarikan diri. Jumlah kerugian masih disiasat, katanya. - Bernama


KJ’s house burgled

Burglars ransacked the bungalow of Sports Minister Khairy Jamaluddin in Bukit Damansara yesterday evening and escaped with valuables worth RM24,000.

Among the items taken during the theft, which was a quick job, were watches and a laptop.

At the time of the incident, only the maid was at home.

Sources said the burglars scaled the wall to get into the compound and easily gained access into the bungalow.

The maid, who was in the kitchen, only realised that the bungalow was broken into when she noticed the front door was wide open.

She could only watch as the four burglars ransacked the master bedroom and left minutes later.

Calls and text messages to Khairy's handphone from The Malaysian Insider were not answered.

Khairy is among several prominent figures whose houses have been broken into in the past two months.

In May, the house of Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin's sister in Petaling Jaya was broken into. Losses were estimated at RM300,000.

A few days later, a younger sister of Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar and her family were robbed at their home in Mantin, Negeri Sembilan. The robbers escaped with RM5,000 in cash and valuables. -TMI

Sumber


Read More...

Umno Yakin Menang PRK Kuala Besut

UMNO Bahagian Besut akan menyenaraikan nama tokoh-tokoh anak tempatan yang disenangi penduduk Kuala Besut kepada Perdana Menteri untuk dicalonkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut tidak lama lagi.

Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata UMNO mempunyai ramai calon yang layak yang berasal dari Kuala Besut untuk dicalonkan.


"Kita mempunyai ramai calon yang berkaliber dan disenangi rakyat terdiri dari tokoh pendidik, tokoh agama, pegawai pentadbir yang semuanya akan ditentukan oleh PM selepas ini," katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan PRK dengan Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan dan barisan UMNO Perhubungan Negeri di Damai Beach resort di sini hari ini.

Menurutnya, Kuala Besut masih merupakan kawasan luar bandar dan majoriti penduduknya terdiri dari kaum nelayan yang berfikiran sederhana tetapi mesra. - Bernama, Jun 30, 2013. TMI


Read More...

Najib Dah Gila? Penyamun Dilantik Sebagai Pengerusi Tabung Haji?

Inilah yang berlegar di blog-blog Umno yang mengatakan Azeez Rahim, ahli Parlimen Baling dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji. Mungkin ada benarnya kerana Najib kini sedang mem’bedak’ jawatan-jawatan sedemikian di kalangan Umno seperti juga dilaporkan TMI.

Antara sebagai pengerusi dan ahli lembaga pengarah syarikat berkait kerajaan (GLC) atau agensi kerajaan – Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (Mara), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Tabung Haji, Perbadanan Nasional Berhad.


Blogger Rocky Bru juga bercerita tentang Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji. Mengikut maklumat dari laman web Tabung Haji, pada tahun 2011 dia dilantik Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji. Pengerusi anak syarikat Tabung Haji iaitu TH Real Estate LLC dan Ahli Lembaga Pengarah Theta Edge Berhad yang juga anak syarikat Tabung Haji.

Munasabahlah kalau dia akan dinaikkan ‘pangkat’ oleh Najib sebagai Pengerusi Tabung Haji. Maka akan bersepahlah muka-muka 47 persen dalam syarikat berkait kerajaan (GLC) atau agensi kerajaan. Duit Tabung Haji pun banyak juga untuk dikebas atas nama projek dan elaun, insyaallah boleh senyum sepanjang masa.

Sumber sini


Read More...

Facebook Guru Johor Akan Dipantau

Jabatan Pelajaran Negeri Johor membentuk pasukan khas untuk memantau aktiviti guru dan guru besar di media sosial.

Pasukan itu akan memantau kandungan yang dimuat naik di laman Facebook atau sosial mereka, lapor Sin Chew Dailyhari ini.


Harian berbahasa Cina itu memetik Pengarah Pelajaran Johor Mohd NorGhani sebagai mengingatkan guru besar dan guru supaya tidak mengeluarkan kenyataan antikerajaan di Facebook bagi mengelakkan ia mempengaruhi pelajar.

"Saya tidak mahu sebarang elemen politik atau perkauman dalam pendidikan, ini akan menjejaskan pelajar," beliau dipetik sebagai berkata.

Bercakap dalam sebuah forum pendidikan semalam, Mohd Nor juga berkata, golongan pendidik sebagai penjawat awam tidak patut melakukan kesalahan dan mencipta masalah untuk diri sendiri.

Read More...

PAS Sukar Untuk Menang Di Besut

PAS menegaskan persaingan amat getir bagi parti itu pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu yang harus diadakan pada 27 Ogos ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, kawasan tersebut yang terdiri daripada 97% pengundi Melayu dianggap sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN).

"Ia adalah kawasan luar bandar dan kami menjangkakan persaingan akan menjadi sengit. "Tidak mudah untuk menang di kawasan luar bandar.


"Tiada keputusan dibuat mengenai calon yang akan diturunkan untuk bertanding di sana," kata Mat Sabu sambil menambah kebanyakan pengundi di kawasan itu bekerja sebagai nelayan.

Kerusi DUN Kuala Besut kosong berikutan kematian Ahli Dewan Undang Negerinya (Adun) Dr A Rahman Mokhtar, 55, pada Rabu lalu.

Allahyarham berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu selepas menewaskan calon PAS, Napisah Ismal dengan memperoleh 2,434 majoriti undi.

Kekosongan itu meletakkan BN berada dalam keadaan tidak selamat kerana kegagalan untuk mempertahankan kerusi itu akan menyebabkan DUN tergantung di Terengganu.

Sekiranya Pakatan Rakyat menang, ia akan menyebabkan kedua-dua parti memperoleh keputusan seri, sama-sama memenangi 16 DUN.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata kemungkinan keadaan DUN tergantung tidak akan berlaku kerana parti pilihan di kawasan tersebut masih BN.

"Mereka mempunyai kelebihan di sana," katanya.

Namun, beliau berkata, dia menjangkakan PAS akan memberi tentangan sengit.


Read More...

Panas- Kereta Adun Disimbah Cat Di Melaka

Keganasan politik nampaknya tidak reda-reda walaupun pilihan raya umum ke-13 sudah berlalu. 

Dalam insiden terbaru, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh Khoo Poay Tiong pula mendapati keretanya disimbah dengan cat merah dan dilontar batu.


Khoo berkata, pada jam 7.30 pagi tadi, beliau dapati bahagian belakang Honda CRV yang mempunyai logo ketiga-tiga parti gabungan dalam Pakatan Rakyat dilitupi cat merah.

"Cermin belakang juga retak kerana dibaling dengan batu," katanya ketika dihubungi.

Khoo berkata, beliau dan keluarganya berada di rumah dan tidur kira-kira jam 1 pagi tanpa mengesyaki sesuatu.

"Memang kami ada dengan sesuatu pada masa itu tetapi kami tidak jangkakan perkara macam ini," katanya

Read More...

Misteri kehilangan terungkai

Anggota bomba sedang membawa naik mayat mangsa:-

CHANGLUN – Misteri kehilangan seorang wanita sejak lima hari lalu, akhirnya terjawab dengan penemuan mayat mangsa dalam keadaan menyayat hati di sebuah perigi sedalam kira-kira lima meter di Kampung Cherok Mokkan, Hosba, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, mangsa, Latifah An, 50, ditemui meninggal dunia dalam keadaan bertelangkup oleh ibu saudara mangsa kira-kira 10 meter dari rumahnya ketika dia kebetulan ingin membersihkan laman kediamannya.


Ibu saudara mangsa, Siti Rosni Arif, 58, berkata, anak saudaranya yang mengalami kemurungan dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar rumah awal pagi pada 25 Jun lepas, bagaimanapun usaha mencari mangsa tidak membuahkan hasil.

“Walaupun puas kami mencari dalam satu kampung, namun dia tetap tidak ditemui. Justeru, saya sememangnya tidak menyangka akan menemuinya dalam perigi pusaka berusia 100 tahun di pekarangan kediaman saya ini.

“Kami sekeluarga tidak jemu-jemu mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin sejak menyedari kehilangan Latifah pada Selasa lalu, dengan harapan dapat bertemu semula dengannya. Malah, pagi ini (semalam), sebelum menemui dia saya juga berbuat demikian,” katanya.

Minta petunjuk

Siti Rosni berkata, dia melakukan solat sunat dengan harapan ALLAH SWT akan memudahkan pencarian dan memberi petunjuk kepada mereka mengenai kehilangan Latifah dan kemudiannya meneruskan aktiviti seharian dengan keluar membersihkan sampah-sarap di pekarangan rumah.

“Ketika asyik membersihkan kawasan berkenaan, tiba-tiba saya terbau sesuatu kurang menyenangkan dari arah perigi lama itu, saya terus menghampirinya dan mendapati sesuatu objek tidak jelas timbul.

“Saya kemudiannya mendapatkan cermin mata untuk memastikan benda berbau itu. Saya dapati satu mayat terapung berpakaian merah dan dipenuhi lalat dalam perigi lama itu,” katanya.

Manakala, abang ipar mangsa, Nik Mohd Kamil Nik Musa, 54, dia bergegas ke lokasi penemuan mangsa selepas menerima maklumat mengenai penemuannya kira-kira jam 8.30 pagi, semalam, apabila dimaklumkan isterinya, Hazah An, 53.

Katanya, Latifah yang mengalami kemurungan dipercayai sering memencilkan diri 24 jam di kediaman mereka selepas kematian ibunya pada 2006, justeru tidak menyangka mangsa akan keluar dari rumah.

Menurutnya, mereka hanya menyedari kehilangan Latifah pada jam 4 pagi, Selasa lalu, selepas mendapati dia tiada di rumah dan dimaklumkan penduduk setempat mengenai kelibat seorang wanita sedang berjalan-jalan di kawasan itu.

“Walaupun sedih, kami lega kerana akhirnya berjaya menemui Latifah setelah beberapa hari kami sekeluarga mencarinya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohamed Yusof berkata, pihaknya ada menerima laporan polis berhubung kematian wanita itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Difahamkan, mayat anak kelima daripada tujuh beradik itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cherok Mokkan selepas selesai bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), dekat sini, semalam.

- SINAR HARIAN


Read More...

Penulis Dedah Projek IC Sabah Meninggal Dunia

Rakyat Sabah hari ini dikejutkan dengan berita kematian penulis berani, MD Mutalib atau Abdul Mutalib Mohd Daud, awal pagi tadi.

Beliau diberitakan meninggal dunia pada jam tiga pagi tadi di Kuala Lumpur akibat serangan strok atau angin ahmar.

Jenazah telah diterbangkan ke Kota Kinabalu untuk dibawa ke rumah beliau di Sulaman Kingfisher sebelum dibawa ke Masjid Bandaraya. Selepas itu, jenazah dibawa ke lapangan terbang untuk diterbangkan pula ke Lahad Datu.


Semasa hayatnya, beliau merupakan seorang aktivis yang berani dan lantang menyatakan penentangan beliau terhadap pemberian kad pengenalan secara haram dan juga isu-isu berkaitan rasuah serta penyalahgunaan kuasa di Sabah.

Keluarga beliau sebenarnya berasal daripada Kedah dan berhijrah ke Sabah lebih 40 tahun yang lepas ketika beliau masih kecil.

Walaupun dilahirkan di Semenanjung, tetapi, beliau lebih sentimen terhadap isu-isu semasa yang berlaku di Sabah.

Antara buku yang pernah ditulis beliau adalah IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir?, IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah dan007: Lelaki Malaysia Terakhir.

Walaupun buku-buku yang ditulis beliau disifatkan sebagai penuh kontroversi, namun hingga kini, tiada pihak yang berjaya mengheret beliau ke mahkamah.

Kematian ini disifatkan ramai sebagai suatu kehilangan besar. Pada masa yang sama, kebanyakan hasil penulisan beliau turut dijadikan bahan rujukan oleh sesetengah jabatan kerajaan.

Antara tulisan-tulisan terakhir yang sempat diterbitkan adalah berkaitan dengan isu pencerobohan di Kampung Tanduo dan juga isu Nurul Izzah Anwar yang dilarang memasuki Sabah baru-baru ini.

Selain itu, beliau turut sempat memberikan keterangan dalam kes bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh yang menyaman fitnah seorang pemimpin PKR Dr Chong Eng Leong di mahkamah tinggi Kota Kinabalu dua minggu lepas.

Beliau, yang juga merupakan ketua editor portal berita Sabahkini , sepatutnya mengadakan pertemuan semula dengan rakan-rakan sekolah tingkatan enam beliau di SMK Menggatal pada tahun 1982. Pertemuan ini dijadualkan esok (Ahad).


Read More...

Saturday 29 June 2013

Exco Gila Talak PR Kedah?

ALOR SETAR - PR Kedah akan mewujudkan exco bayangan bagi memantau setiap aktiviti yang dilaksanakan kerajaan negeri berdasarkan portfolio masing-masing. 

Ketua Pembangkang Dun, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, ia bertujuan memberi teguran kepada pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui BN supaya tidak melakukan kepincangan atau penyelewengan. 


Beliau berkata, ‘shadow cabinet’ itu secara tidak langsung akan memberi penekanan kepada perkara baru atau lama yang tidak diteruskan selepas diperkenalkan pentadbiran PR. “Apa yang berlaku sekarang ini menjadi pertanyaan orang ramai.

Contohnya skim khafalah yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri PR sebelum ini. Apakah ia diteruskan atau sebaliknya. 

“Jadi, perkara seperti ini yang akan kita pantau. Kita juga akan memastikan Adun pembangkang dapat menjalankan tugas sebaiknya untuk memberi pandangan yang bernas supaya Kedah terus disejahterakan, bukan sekadar aman dan makmur,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. 

Beliau yang juga Adun Anak Bukit berkata, portfolio berkenaan akan mencakupi keseluruhan 15 Adun PR merangkumi Pas, PKR dan DAP. 

“Mungkin ada yang tidak disebut secara khususnya dipegang oleh portfolio mereka (exco) yang ada, tapi kita merasakan perkara itu penting dan akan memberi tugasan kepada Adun PR untuk melihatnya,” katanya. 

Amiruddin berkata, portfolio yang bakal dipegang oleh exco pembangkang nanti juga adalah sama dengan apa yang terdapat pada kerajaan negeri. 

“Kita sudah ada draf Adun yang memegang portfolio tertentu. Bagaimanapun, kita akan bincang terlebih dahulu sama ada nak umumkan sebelum atau semasa persidangan dewan,” katanya.

Read More...

Kredibiliti Khalid dan Zahid hancur lebur dalam masa 48 jam

Apakah Najib akan mengambil tindakan ke atas Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara? Tahap kebertanggungjawaban, integriti dan tadbir urus dua pegawai tertinggi dalam bidang keselamatan, iaitu KPN dan Menteri Dalam Negeri, sedang berjerebu

Belum pun reda betul jerebu yang diakibatkan oleh kebakaran gambut di Riau dan Sumatera dan telah menyebabkan darurat diisytiharkan di beberapa kawasan dan ribuan sekolah ditutup di beberapa buah negeri, Malaysia kini dilanda pula oleh jerebu baru – jerebu kebertanggungjawaban, integriti dan tadbir-urus dua pegawai tertinggi dalam bidang keselamatan, iaitu Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri.


Siapa sangka dalam masa hanya 48 jam kredibiliti dan kewibawaan dua pegawai tertinggi keselamatan negara – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – boleh hancur lebur.

Pada hari Rabu, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk V.T. Singham (mencapai usia 65 tahun hari ini dan telah mengambil keputusan untuk bersara setahun lebih awal daripada sepatutnya), mendapati Khalid ketika menjadi ketua polis Selangor bertanggungjawab atas kematian A Kugan. Kugan yang disyaki terlibat dalam kes curi kereta telah mati akibat kecederaan teruk dalam tahanan polis di Balai Polis Taipan pada 20 Januari 2009.

Sejarah dalam bidang kehakiman tercipta apabila hakim memutuskan keluarga Kugan berhak menerima pampasan sebanyak RM801,700 kerana polis dan kerajaan boleh dipertanggungjawabkan atas kematian Kugan, manakala Khalid pula boleh dipertanggungjawabkan kerana menyalahgunakan kedudukannya sebagai penjawat awam.

Kelmarin, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Zahid untuk mengenepikan saman terhadapnya yang dikemukakan oleh ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah berikutan serangan yang berlaku pada tahun 2006.

Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Md Raus Sharif yang mengetuai panel lima orang hakim menyebut bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh peguam Zahid, Shamsul Bahrain Ibrahim, adalah berfakta dan perlu didengar dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Dengan keputusan mahkamah tertinggi dalam negara ini, saman sivil oleh Amir Bazli Abdullah terhadap menteri dalam negeri akan mula didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Ogos nanti.

Baru dua minggu lalu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut bahawa pengundi Malaysia telah menyampaikan mesej yang jelas dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu, iaitu bahawa mereka mahu kerajaan bersikap tegas mempertahankan institusi-institusi penting dalam negara, “menguatkuasakan undang-undang, menegakkan Perlembagaan”. Malangnya dua insiden melibatkan Menteri Dalam Negeri dan KPN ini menyampaikan mesej yang berlawanan, iaitu betapa kredibiliti, integriti, dan kewibawaan institusi-institusi negara sedang diancam hebat selepas PRU13.

Sukar untuk Menteri Dalam Negeri meminta KPN memikul tanggungjawab penuh atas kematian Kugan sedangkan pada masa yang sama persoalan timbul mengapa polis tidak membuat penyiasatan dan mendakwa Zahid atas serangan terhadap Amir Bazli pada tahun 2006.

Pada masa yang sama juga, KPN tidak boleh menggesa Menteri Dalam Negeri untuk memikul tanggungjawab penuh atas kes serangan pada tahun 2006 itu kerana Khalid sendiri sedang dipertanggungjawabkan atas kematian Kugan dalam tahanan polis pada tahun 2009.

Langkah Menteri Dalam Negeri dan KPN nampaknya sedang terkunci kerana kedua-duanya tidak dapat menggunakan kuasa masing-masing ke atas satu sama lain kerana kedua-dua mereka mempunyai pekung tersendiri.

Apakah ini caranya kerajaan Barisan Nasional memulihkan kepercayaan rakyat dalam negara dan warga dunia terhadap institusi-institusi utama dalam negara selepas PRU13?

Belum pun dua bulan selepas PRU13, kerajaan Barisan Nasional telah mula berdepan dengan krisis tadbir-urus yang parah.

Rakyat Malaysia berhak tahu bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hendak menyelesaikan jerebu terbaru ini yang menjejaskan tahap kebertanggungjawaban, integriti, dan tadbir-urus yang baik oleh dua pegawai keselamatan tertinggi negara. Rakyat mahu tahu sama ada beliau akan menamatkan perkhidmatan mereka, menggantung, atau mengarahkan kedua-dua mereka mengambil cuti sehinggalah mereka berjaya membersihkan diri daripada tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap mereka.

-harakahdaily

Read More...

MIC Sudah Curiga Dengan Umno

Pemimpin MIC Senator Datuk Jaspal Singh hari ini meragui persaraan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T. Singham pagi ini mungkin disebabkan oleh keputusannya melibatkan kematian dalam tahanan A. Kugan dua hari lalu.

Bendahari Agung tersebut berkata meskipun benar persaraan Singham itu adalah mengikut proses yang sewajarnya, kerajaan perlu menolak dan mengekalkan hakim tersebut kerana cara pengendaliannya yang tegas dan rakyat Malaysia memerlukan individu yang berprinsip seperti beliau.


"Saya secara jujur berharap beliau tidak dipaksa untuk bersara.""Jika itu adalah keputusannya sendiri untuk berhenti, saya menggesa kerajaan untuk menolak perletakan jawatannya. Malaysia sangat perlukan hakim berprinsip seperti beliau," kata Jaspal.

Jaspal juga menggesa supaya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menunaikan janjinya di dalam Parlimen yang mengatakan tidak akan melindungi pesalah dengan membuka semula kes Kugan dan pembunuhnya mesti didakwa dan dihukum dengan segera.

"Beliau (Ahmad Zahid) perlu tunaikan janjinya," kata Jaspal lagi.Di samping itu, Jaspal juga menegaskan supaya kerajaan supaya menimbangkan cadangan oleh Singham supaya ditubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) sebagaimana dicadangkan Suruhanjaya Diraja yang diketuai Tun Dzaiddin Abdullah, malah mempercepatkan penubuhan institusi tersebut.

"Kabinet mesti menyemak semula keputusan tersebut, terutamanya selepas penghakiman oleh beliau.""Sama ada ia IPCMC atau lain-lain, secara jelasnya polis tidak boleh menyiasat diri mereka sendiri," tambah beliau.

Dua hari lalu, beliau membuat penghakiman mengatakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertanggungjawab terhadap kematian A.Kugan tiga tahun lalu semasa berada dalam tahanan polis.Singham yang masih bujang merupakan hakim paling kanan di Mahkamah Tinggi pada ketika ini.

Keluarga Kugan telah memfailkan tuntutan RM100 juta terhadap polis dan kerajaan, secara spesifiknya menamakan Khalid, mendakwa beliau cuba menyembunyikan punca kematian Kugan.

Ibu Kugan, N. Indra menamakan salah seorang pegawai penyiasat mangsa, bekas anggota polis V. Navindran sebagai salah satu lagi defendan.Ibunya mendakwa defendan-defendan gagal untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan Kugan semasa berada dalam tahanan polis.

Kugan yang pada ketika itu berumur 22 tahun, ditahan di Puchong pada 14 Januari 2009, satu malam di lokap balai polis Puchong Jaya sebelum polis mendapatkan perintah reman.

Beliau kemudiannya dibawa ke balai polis Taipan USJ, Subang Jaya dua hari kemudian untuk disoal siasat. Akan tetapi, empat hari kemudian, beliau ditemui mati. Navindran merupakan satu-satunya orang yang dipertanggungjawabkan untuk kematian Kugan.

Beliau didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun.Beliau kini merayu di mahkamah berhubung hukuman itu. -TMI


Read More...

Pakatan tikam belakang kami

Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Nasir Hashim mendakwa Pakatan Rakyat "menikam" parti itu daripada belakang pada pilihan raya umum lalu sekalipun berpandangan gabungan itu bukan musuh utama mereka.

"Benar, kita tetap bermasalah apabila kawan sendiri membelot dan menikam kita dari belakang kerana pada hemat kami mereka ini bukanlah musuh utama.


"Namun kita tetap dilanyak dan kita cuba bertolak ansur dengan harapan dapat bersatu.

"Walhal kalau mengikut sejarah perjuangan PSM, kita tidak gentar menghadapi musuh utama, sanggup kena pukul dipenjara dan diheret ke mahkamah. Masih bangun melawan," katanya dalam ucapan dasarnya sempena kongres parti itu di Kuala Lumpur semalam.

Sambil menyifatkan hubungan PSM dengan Pakatan "kucar kacir" semasa pilihan raya umum lalu, Dr Nasir bagaimanapun berkata pada masa lain mereka bersatu membanteras ketidakadilan dan salah guna kuasa.

Menurutnya, parti itu "diasak, dimungkiri janji, lembab menangani masalah parti dan mementingkan kedudukan masing-masing" ekoran tiada kekuatan keahlian dan sokongan sekali gus mengharap Pakatan meraih kejayaan dalam pilihan raya.

"Namun begitu, sebagai kawan Pakatan, kita sanggup bertolak ansur bagi memudahkan Pakatan menuju ke Putrajaya. Malangnya tindakan ini dipandang remeh dan dianggapkan satu kelemahan.

"Akibat daripada tindakan Pakatan yang lekehkan semangat setia kawan ini, ramai kawan NGO, mahasiswa, individu bersimpati dan menawarkan bantuan material dan meluangkan masa menyertai ceramah-ceramah semasa pilihan raya," katanya.

Serah DUN atas 'dulang emas'

Sehubungan itu, Dr Nasir menegaskan pihaknya ingin mengkaji semula hubungan dengan Pakatan ekoran dakwaan sabotaj yang dilakukan terhadap calon mereka pada pilihan raya umum lalu.

"Apabila calon Pakatan kalah dalam pilihan raya, maka timbullah tohmahan baharu bahawa PSM tidak membantu. Mereka tidak sebut langsung tentang sabotaj yang mereka lakukan secara terbuka dan bersekongkol (senyap) menentang calon PSM menjelang pilihan raya.

"Maka saingan satu lawan satu menjadi saingan banyak penjuru dan berpecahlah undi, memberi kemenangan mudah kepada pihak musuh. Justeru itu tidak hairanlah sekiranya PSM ingin mengkaji semula hubungannya dengan Pakatan," katanya.

Dalam ucapannya, beliau mengulas bagaimana Pakatan khususnya PAS yang didakwa mengeksploitasikan keadaan "bersendirian" mereka dalam pilihan raya umum lalu seperti yang berlaku di Kota Damansara.

"PAS penuh yakin boleh menang apabila dapat sokongan sebahagian daripada PKR dan Umno. Namun mereka tidak berjaya menang tetapi berjaya memecah undi dan menyerah DUN Kota Damansara ke Umno di atas dulang emas.

"Begitulah, mereka menang sorak tetapi kampung halaman tergadai. DUN Semenyih dan DUN Jelapang juga mengalami cerita yang agak sama iaitu kita diserang dan disabotaj oleh rakan-rakan dari Pakatan. Apakah iktibar kita dalam kesemuanya ini?" katanya.

Read More...

Friday 7 June 2013

PANAS - Tian Chua Hina Islam Lagi..


Bersama penduduk2 kampung di ceramah Israk dan Mikraj Masjid saidina Ali Kg Padang Balang , Setapak KL

Semoga diberikan hidayah oleh Allah S.W.T. kepadanya..Aminnn...



Read More...

Polis Sahkan Empat Maut Dalam Runtuhan Jambatan Kedua

GEORGETOWN: Polis mengesahkan empat mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Kelisa maut dihempap runtuhan sebahagian rangka susur masuk Jambatan Kedua Pulau Pinang di sini, semalam.

Runtuhan terbabit dianggarkan seberat 200 tan dan panjang 50 meter.

Sehingga jam 11 malam semalam, seramai 48 anggota termasuk pegawai polis; 11 anggota Persatuan Bulan Sabit Merah dan 50 anggota bomba dari lima balai sedang bertungkus lumus meneruskan usaha mencari dan menyelamat.

Read More...

Thursday 6 June 2013

Rosmah: Wanita M'sia tak perlu turun jalan raya

Wanita Malaysia sudah bebas dan tidak perlu turun ke jalan raya demi memperjuangkan perkara yang mereka kehendaki, kata isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurutnya, wanita di negara ini sangat bertuah apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri menegaskan bahawa beliau mesra wanita.


Beliau berkata demikian dalam forum Global Summits of Women yang turut disertai wanita pertama dari Laos, Namibia dan Zambia.

Dalam forum itu juga, Rosmah turut menepis tuduhan yang mendakwa beliau "menguasai" tindakan suaminya


Read More...

Tarian Gelek - MCA Cabar DAP

MCA bahagian hari ini mencabar DAP - rakan PAS dalam Pakatan Rakyat - menyuarakan pendiriannya berhubung isu tarian gelek yang memaparkan penarinya berpakaian separuh bogel di Segamat baru-baru ini.

"Senyap DAP yang pelik terhadap kritikan PAS pada penganjur dan penonton tarian gelek di pasar raya di Segamat sebagai berdosa, menunjukkan bahawa Roket mengelakkan isu itu sama sekali," kata Ketua MCA Segamat Dr Lee Hong Tee



Harakahdaily Isnin lalu melaporkan, PAS Segamat membantah keras penganjuran tarian yang disifatkan separuh bogel di hadapan 500 penonton, termasuk anak kecil, oleh wanita yang dipercayai dibawa dari luar negara pada 1 Jun.

Dalam kenyataannya hari ini, Dr Lee mempertahankan acara yang ditentang PAS itu kerana ia turut diamalkan di negara Islam lain seperti Turki, Iraq dan Mesir.

Justeru, beliau menyifatkan PAS cuba mengenakan nilai-nilai keras terhadap pihak lain ekoran pendirian ultra konservatif, autoritarian dan pendekatan regresifnya.

"Saya gesa DAP tampil di khalayak ramai dengan penjelasan - apa pendirian berhubung isu itu? Kamu setuju dengan pandangan PAS," tanya Lee.



Read More...

Jarum Mahathir Untuk Sisihkan Pas Dari Pakatan Rakyat

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sebahagian besar daripada peserta siri perhimpunan yang diadakan di seluruh negara selepas pilihan raya umum 5 Mei terdiri daripada golongan Cina.

Mahathir dalam tulisan di blog chedet.cc itu seterusnya membuat kesimpulan bahawa perhimpunan berkenaan secara umumnya merupakan isu melibatkan orang Cina.


Beliau juga meramalkan bahawa perkembangan itu akan menyebabkan polarisasi kaum yang lebih serius manakala orang Melayu akan terus disisih dari segi ekonomi dan politik.

“Di dalam dan di luar negara, pemuda Cina memakai baju hitam dan bertopeng membentuk sebahagian besar daripada peserta demonstrasi. Biasanya, orang Melayu yang menjadi majoriti peserta demonstrasi,” katanya.

Katanya, jumlah orang Melayu yang sedikit di perhimpunan ini juga boleh dikaitkan dengan “keterasingan” pemimpin PAS dengan demonstrasi tersebut, yang didakwanya sebagai usaha menumbangkan kerajaan dengan cara “Arap Spring”.

Beliau juga mendakwa PAS paling banyak tewas dalam pilihan raya umum lalu manakala DAP merupakan pemenang paling besar dengan kejayaah “memusnahkan kerjasama,,, di antara pelbagai kaum seperti ditunjukkan dalam gabungan BN”.

“Pakatan ini jelas memberi keuntungan paling besar kepada cauvinis Cina dalam DAP, manakala PAS, Melayu paling ramai dalam parti Pakatan mendapat keuntungan paling sedikit, dengan memenangi hanya 21 kerusi berbanding 38 kerusi DAP dan 30 dari PKR,” katanya.

Sedangkan, jumlah kerusi yang ditandingi PAS paling banyak, katanya.

Ini menunjukkan bahawa DAP berusaha untuk membolehkan golongan Cina yang “sudahpun menguasai ekonomi” untuk turut menguasai politik Malaysia, katanya.


Read More...

Pegawai JPJ Guna Pistol Tahan Pemandu Lori

KUANTAN - Dua pemandu lori tergamam apabila kenderaan mereka dihimpit sebuah kenderaan dipercayai dinaiki anggota penguat kuasa sebelum diarahkan berhenti untuk pemeriksaan dalam dua kejadian berasingan di sini, awal pagi, 29 Mei lalu.

Lebih memeranjatkan, kedua-dua pemandu itu mendakwa, anggota penguat kuasa terbabit menggertak mereka menggunakan pistol sebagai tanda amaran supaya berhenti malah kenderaan yang digunakan juga langsung tidak tertera sebarang logo agensi berkaitan.



Salah seorang pemandu, Cheong Kai Lim, 48 berasal dari Batu Caves, Selangor mendakwa, ketika itu dia dalam perjalanan membawa muatan bijih besi dari Plaza Tol Jabor ke Pelabuhan.

Menurutnya, ketika tiba di satu kawasan kira-kira jam 6.20 pagi, sebuah kenderaan jenis Proton Waja memintas lorinya sebelum salah seorang daripada penumpang kereta tersebut mengeluarkan ‘lampu pattern’ memberi isyarat supaya berhenti.

“Ketika itu saya tidak berhenti kerana bimbang mereka adalah perompak memandangkan kawasan itu gelap dan kenderaan yang digunakan juga tidak tertera logo rasmi agensi penguat kuasa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Khidmat Rakyat PKR Cabang Kuantan di sini, semalam.

Kai Lim berkata, kereta terbabit memintas lorinya lagi sebelum salah seorang penumpang mengeluarkan pistol memberi amaran supaya berhenti.

“Saya tiada pilihan lain kecuali mengambil risiko memberhentikan lori secara mengejut di tepi jalan,” katanya.

Menurutnya, permit lorinya dirampas sebelum dia diarahkan ke stesen Penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Panching sebelum dikeluarkan notis kesalahan membawa muatan berlebihan.“Saya tidak berpuas hati dengan cara pegawai penguat kuasa terbabit menggunakan senjata api untuk menahan lori selain menggunakan kenderaan yang mengelirukan.

“Cara mereka memaksa kami berhenti juga amat bahaya dan boleh mengundang kemalangan,” katanya.Sementara itu seorang pemandu, S Logeshvaran, 28 mendakwa menerima nasib sama apabila lorinya yang sarat dengan muatan garam ditahan dengan cara serupa ketika berada di Jalan Kuantan-Kemaman dekat Kampung Sungai Ular kira-kira jam 6,30 pagi hari tersebut.

Berdasarkan kenyataannya, dia ditahan sebuah kenderaan jenis Land Rover tanpa logo rasmi agensi penguat kuasa. Menurutnya, dia gagal berhenti kerana curiga dengan penumpang kenderaan tersebut yang pada mulanya disangka perompak.

Logesh berkata, bila sampai ke kawasan agak selamat dia memberhentikan lori sebelum dua lelaki memakai jaket JPJ mendekati dan menggertak menggunakan pistol.

“Selepas itu salah seorang daripada mereka menghubungi pegawai SPAD sebelum dia diarahkan ke stesen penguat kuasa JPJ, Panching. Kedua-dua pemandu terbabit mendakwa kejadian itu kali pertama dilalui biarpun sudah lama memandu lori.

Susulan kejadian itu, kedua-dua pemandu terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Beserah menuntut siasatan dilakukan terhadap prosedur pihak yang disyaki penguat kuasa itu menggunakan senjata api ketika menahan lori.


Read More...

Mukhriz - Rugi Bina Universiti..

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah yang baru, Datuk Mukhriz Mahathir menyifatkan projek pendidikan yang dilakukan oleh Menteri Besar Kedah sebelum ini sebagai 'mencurah air ke daun keladi' sahaja.

Menurut Bernama, Mukhriz mengkritik pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil bernilai RM330 juta yang disifatkannya membazir.


Menurut Bernama, Mukhriz mengkritik pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil bernilai RM330 juta yang disifatkannya membazir.

Ini kerana ia langsung tidak menjana pendapatan untuk kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri sangat-sangat berhemah untuk uruskan kewangan negeri. Kita tak ada sumber pendapatan yang besar tetapi kita ada cita-cita tinggi untuk bangunkan negeri. 

"Kesemua perbelanjaan, setiap ringgit yang dikeluarkan mesti jana hasil. Bukan seperti 'curah air atas daun keladi' sahaja. Ia akan mendatangkan hasil yang tinggi kepada rakyat sekali gus menyumbang ke arah penjanaan pendapatan negeri. 

Mukhriz memberi contoh pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil (gambar) bernilai RM330 juta yang langsung tidak menjana pendapatan kepada kerajaan negeri di mana mereka terpaksa membayar hutang sebanyak RM46 juta setahun, lapor Bernama.

MB Kedah sebelum ini, Datuk Seri Tan Sri Azizan Razak meninggalkan legasi tersendiri untuk Kedah walaupun sempat mentadbir Kedah untuk satu penggal sahaja. Beliau sempat membina kampus baru untuk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil yang bernilai RM330 juta.

Kampus baru ini menjadi pusat pendidikan penting di Kedah kerana ia bukan sahaja menjadi kampus tumpuan untuk pendidikan agama tetapi juga perubatan.

harakahdaily


Read More...

Boleh Percaya Ke Mirzan Tiada Saham Dalam PETRON..??

Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (Petron Malaysia) hari ini memaklumkan kepada Bursa Malaysia yang Mirzan Mahathir tidak memiliki sebarang saham ataupun beliau mempunyai peranan dalam syarikat.

Petron Malaysia membuat kenyataan itu sebagai maklum balas kepada pertanyaan daripada seorang pemegang saham di mesyuarat agung tahunan berhubung pegangan saham Mirzan dalam Petron Malaysia dan syarikat induk, Petron Corporation, dan syarikat pegangan, San Miguel Corporation.

Syarikat itu mengesahkan yang Mirzan ialah ahli lembaga syarikat induknya, Petron Corporation Filipina.


Beliau telah dipilih sebagai pengarah Petron Corporation pada 13 Ogos 2010 dan memegang 1,000 saham,

Di bawah undang-undang kecil syarikat, seseorang itu harus menjadi pemegang saham untuk layak sebagai Pengarah.

Petron Corporation mempunyai 9.4 bilion saham yang disenaraikan di Bursa Saham Filipina.
Sebelum memegang jawatan pengarah dalam Petron Corporation, syarikat berkata yang Mirzan ialah pengarah San Miguel Corporation untuk tempoh singkat dari 1 September 2009 sehingga 15 April 2010.

Beliau masa ini menguasai 5,000 saham San Miguel. San Miguel Corporation mempunyai sejumlah 3.3 bilion saham yang disenaraikan di Bursa Saham Filipina.

"Kami berharap yang fakta ini akan mengakhiri segala spekulasi yang berkaitan Mirzan, yang sememangnya tidak adil untuk keluarga Dr Mahathir.

"Saham yang dipegang Mirzan dalam San Miguel Corporation dan Petron Corporation sememangnya saham yang melayakkan untuk jawatan pengarah," kata pengerusi dan ketua pegawai eksekutif, Ramon S Ang dalam satu kenyataan.

"San Miguel, Petron Corporation dan Petron Malaysia ialah syarikat penyenaraian awam, yang patuh kepada standard ketat tadbir urus," tambah Ang. - Bernama



BERNAMA PECAHKAN TEMBELANG ANAK MAHATHIR BEB... KAH KAH KAH !
Gua ni beb bukan lah PANDAI sangat berkenaan SAHAM dan PEMILIKAN nya... tapi rasa-rasa gua yang BODOH pasal SAHAM ni lah... langsung tak boleh di TERIMA DIAKAL kalau hanya memiliki 1000 SAHAM dari 9.4 Bilion SAHAM dan 5000 SAHAM dari 3.3 Bilion SAHAM untuk DILANTIK menjadi AHLI LEMBAGA PENGARAH...

sedangkan NILAI HARGA bagi SAHAM tersebut hanya dibawah RM5 sesaham beb... tak kan BODOH sangat Orang yang ada kat dalam Petron Corporation masa itu dengan MELANTIK pemegang SAHAM yang NILAI nya SATU PERATUS pun TAK SAMPAI beb... agak-agak lah kalau ya pun NAK MENIPU... kah kah kah !.

Dilantik sebagai PENGARAH Petron Corporation pada 13 Ogos 2010 dengan hanya MEMILIKI 1,000 SAHAM... kalau dikalikan RM5 sesaham dengan 1000 SAHAM baru bernilai RM5 Ribu... sedangkan pada masa itu SAHAM yang dipunyai oleh Petron Corporation di Bursa Saham Filipina adalah berjumlah 9.4 Bilion SAHAM... yang kalau berdasarkan HARGA sesaham RM5 ianya berjumkah RM47 Bilion beb... tapi yang jadi Ahli Lembaga Pengarah hanya memang NILAIAN RM5 Ribu sahaja... gua ingat lah kan yang LANTIK Mirzan Mahathir menjadi Pengarah sudah MABUK SAN MIGUEL FREE semasa Masyuarat sedang dijalankan... kah kah kah !.

Manakala bagi San Miguel Corporation pula Mirzan Mahathir hanya mempunyai 5000 SAHAM dari 3.3 Bilion SAHAM yang dipunyai oleh San Miguel Corporation... yang mana ianya lebih kurang BERNILAI hanya sebanyak RM25 Ribu sahaja DIMILIKI oleh Mirzan dari keseluruhan jumlah SAHAM San Migiel iaitu RM16.5 Bilion... lu sendiri NILAI lah beb ada BETUL ke atau TEMBERANG apa yang dilaporkan oleh Bernama tersebut... sebab itu gua cakap kalau ya pun NAK MENIPU biar lah AGAK-AGAK sikit beb... kalau dengan Penyokong Umno mungkin gak dia orang akan PERCAYA sebab jenis dia orang MATEMATIK GAGAL beb... kah kah kah !.

Kerana itu jugak dia orang PERCAYA bila Pemimpin Umno kata Parti DAP yang bertanding sekitar 50 Kerusi Parlimen dari 222 Kerusi Parlimen yang ada boleh memerintah... kah kah kah...apa jenis OTAK UDANG lah yang lu orang ISI PERUT UMNO dah MELANTAK beb... punyalah jauh 50 Kerusi Parlimen dari 222 Kerusi Parlimen tapi lu orang BOLEH PERCAYA dengan cakap Pemimpin Umno ya beb... yang LAWAK nya boleh dikatakan sebahagian BESAR berita yang dibawa oleh Pemimpin Umno tu seperti BERITA DARI ORANG MABUK SAN MIGUEL... lu sendiri FAHAM sudah lah bagaimana kalau ORANG MABUK membuat cerita beb... kah kah kah !.

Yang PELIK BIN AJAIB nya ialah ANGIN tak ada... RIBUT tak ada tiba-tiba PUTING BELIUNG MUNCUL dari Bernama... berita yang konon nya adalah TIDAK ADIL kepada KELUARGA MAHATHIR dengan TUDUHAN terhadap Mirzan Mahathir... kah kah kah... sebaliknya BERITA tersebut telah MENGESAHKAN yang memang BENAR bahawa Mirzan Mahathir pernah menjadi PENGARAH Petron Corporation dan PENGARAH San Miguel Corpration... jadi selama ini Berita yang telah keluar berkenaan Mirzan dan Syarikat Arak San Miguel tersebut adalah BETUL dan BUKAN FITNAH...


Sumber


Read More...

Wednesday 5 June 2013

Kecoh Di Kedah - Mukhriz 'Tendang' Pegawai Kewangan Negeri

Setelah mendapat persetujuan dari Majlis Pemangku Raja, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mengeluarkan surat pelantikan Dato' Md Noor Rafie sebagai Pegawai Kewangan Negeri. Dato' Md Noor sebagai Pengarah Tanah dan Galian dilantik berdasarkan seniority dalam KCS. Kekosongan Pegawai Kewangan berlaku apabila Dato' Puat Ali naik pangkat sebagai SUK.

Pelantikan Dato' Md Noor mendapat sokongan padu daripada pihak KCS. Malangnya ia tidak disenangi oleh Datuk Mukhriz yang mungkin mendapat nasihat dari bapanya, Tun Mahathir.


Dengan tidak menghormati persetujuan dan keputusan SPA, Majlis Pemangku Raja dan KCS - Mukhriz mengarahkan pelantikan Dato' Md Noor ditarik balik! Sedangkan Dato' Md Noor telah menjalani raptai angkat sumpah di Istana Anak Bukit.

Like father like son, Mukhriz memilih Dato' Khairudin a.k.a Tilong iaitu Pengarah UPEN untuk memegang jawatan Pegawai Kewangan tanpa memperdulikan pandangan pihak lain. Ramai pegawai KCS terkejut mengapa Tilong yang terpalit dengan pelbagai masalah sewaktu memegang beberapa jawatan dalam GLC (sebahagian skandal RM403 juta) dipilih oleh Mukhriz. Apakah Mukhriz mahu 'mempergunakan' Tilong untuk apa2 tujuan tidak baik apabila menyerahkan jawatan penting itu kepada beliau?

Banyak rahsia akan terdedah dari kegopohan Mukhriz walaupun baru sebulan mentadbir Kedah.. Tunggu selepas ini.

Smber - Kedah La


Read More...

Pas Akan Fail Petisyen Pilihanraya Minggu Depan

KUALA LUMPUR: PAS akan memfailkan petisyen Pilihan raya Umum ke-13 bermula minggu depan di enam buah negeri.

Setiausaha Jawatankuasa Khas Petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) PAS, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata setakat ini, terdapat lapan petisyen yang disahkan akan difailkan, tidak termasuk enam dari Terengganu.


"Setakat ini, jumlah petisyen yang disahkan lapan, tidak termasuk enam dari Terengganu. Jika Terengganu memutuskan enam petisyen, maka 14 petisyen akan difailkan. Mungkin juga akan berlaku perubahan sama ada hanya lima yang difailkan Terengganu, bergantung kepada keputusan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu dan Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) esok," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Kerdee berkata pada asalnya sebanyak 20 petisyen akan difailkan, bagaimanapun selepas enam kali bermesyuarat dan beberapa saringan dilakukan, jawatankuasa bersetuju untuk memfailkan lapan petisyen.

Petisyen tersebut akan difailkan di Wilayah Persekutuan, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Selangor, dan Terengganu.

Menurut Abang Kerdee, semua petisyen yang bakal difailkan mempunyai asas dan bukti yang kukuh.

Sementara itu, PKR dikatakan akan memfailkan 27 petisyen di mahkamah, manakala DAP akan memfailkan tiga petisyen.

Dalam pada itu, Barisan Nasional (BN) juga dilaporkan akan memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan sekurang-kurangnya 37 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Petisyen itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi sebelum tarikh akhir 11 Jun ini, iaitu 21 hari selepas keputusan PRU13 diwartakan.



Read More...

Pasukan Khas Siasat Kematian Tahanan Polis

Nor Afizah berkata, jumlah anggota pasukan berkenaan melibatkan anggota EAIC, pakar perundangan dan siasatan, mungkin akan ditambah sekiranya mereka memerlukan khidmat perunding bebas.

Tambahnya, siasatan pasukan tersebut tidak akan bertembung dengan siasatan polis dan juga pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara ke atas polis yang didakwa terlibat dengan kematian dalam tahanan itu.

Jelasnya, tugas berkenaan akan melengkapi siasatan tersebut.

Katanya lagi, suruhanjaya itu juga sehingga kini masih belum menerima apa-apa aduan rasmi berhubung kematian dalam tahanan dan hanya bertindak atas kepentingan awam.

Read More...

Adik Jadi Menteri Najib Abang Pula Jadi Banduan

Pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) P Uthayakumar dijatuhi hukuman penjara dua tahun enam bulan selepas didapati bersalah membuat kenyataan hasutan pada 2007.

Beliau didakwa memuatkan bahan hasutan dalam surat yang ditulis antara 15 November hingga 8 Disember 2007 kepada perdana menteri British ketika itu Gordon Brown, yang mendakwa terdapat pembersihan etnik India miskin di Malaysia.


Dia juga memuatkannya di laman web Police Watch yang tidak lagi beroperasi.

Pada Isnin, Uthayakumar menolak untuk menyambung pembelaannya atas alasan bahawa keadaan kes itu tidak membenarkannya untuk meneruskannya. Dia juga enggan membuat penghujahannya pagi ini.

Kes itu dikendalikan oleh Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain.


Read More...

Punca Nik Abduh Difitnah Sebegini Rupa..




Punca utamanya ialah umno dan macai-macainya sengaja ambil kesempatan untuk memecahbelah dan menghancurkan Pas kerana bukan rahsia lagi Nik Abduh terlalu rapat dengan 'kekanda UGnya' Nasharuddin Mat Isa. Malah dalam beliau pernah bercakap meminta supaya pengurusan Harakah dirombak semula hanya gara-gara tak puas hati apabila akhbar itu menghentam tindak tanduk puak2 UG dalam Pas.

Kerapkali juga Nik Abduk mengeluarkan kenyataan-kenyataan bangangnya mengkritik dasar yang telah dipersetujui bersama dalam Pakatan Rakyat terutamanya PKR dalam pelbagai isu. Contohnya mengecam himpunan Black 505 dan menyalahkan Anwar Ibrahim secara terang-terang disebalik kegagalan menawan Putrajaya dalam PRU13 yang lalu.

Keadaan-keadaan tersebut diambil kesempatan sepenuhnya oleh umno untuk melaga-lagakan pimpinan Pas dikalangan pimpinan PR..

Memang padanlah Nik Abduh difitnah sebegitu kerana tindak tanduk beliau sendiri yang mengundang fitnah terhadap dirinnya..


Read More...

Inilah Yang Rakyat Kedah Mahukan.. Sebab Tu Depa Pilih BN..




Read More...

Tuesday 4 June 2013

Amaran JPA: Penjawat awam masih berpolitik bakal berhadapan tindakan

KUALA LUMPUR – Penjawat awam yang masih berpolitik akan dikenakan tindakan berdasarkan peraturan, pekeliling dan undang-undang yang termaktub di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini.

Beliau berkata semua ketua jabatan diminta memantau dan mengambil tindakan atau melaporkan kepada JPA sekiranya masih terdapat penjawat awam yang masih berpolitik terutamanya di media sosial.


Katanya tempoh berpolitik sudah tamat sebaik sahaja keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 diketahui, dan kini tibalah masa untuk penjawat awam menjadi tonggak pentadbiran negara ke arah menjayakan agenda transformasi negara.

“Sekarang, masa kakitangan awam untuk bergerak ke hadapan dan meneruskan usaha-usaha agenda transformasi nasional dengan kadar segera,” katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Tahunan Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) 2013 di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam yang meminta rakyat termasuk penjawat awam supaya tidak terbabit dalam politik berlebihan kerana menyebabkan masa terbuang untuk negara maju ke hadapan.

Ketua Setiausaha Negara berkata penjawat awam kini perlu berfikir ke hadapan, iaitu lebih produktif dalam mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber terhad, lebih cepat dalam membuat keputusan dan tepat dalam merangka dasar atau program demi kepentingan rakyat.

Katanya, penjawat awam juga perlu mempunyai integriti, kreatif and inovatif dalam menggunakan pelbagai pendekatan untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam, termasuk menggunakan saluran media sosial dalam menyampaikan maklumat mengenai dasar-dasar awam kerajaan.

Ditanya mengenai perkembangan rancangan mewujudkan Sistem Saraan Transformatif (SST) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia, Ali berkata proses penyediaan SST yang meliputi 81 skim perkhidmatan pada tahap pertama dijangka selesai menjelang akhir November ini.

“Pada bulan Julai pula, kita akan menyelesaikan enam skim perkhidmatan dan bakinya akan diselesaikan kemudian. Ini merupakan satu proses yang berterusan yang akan turut meliputi kesemua 289 skim perkhidmatan apabila siap kelak,” jelas beliau.

Bernama


Read More...

PKR Pertahan Ujud Pengundi Hantu Bangla

PKR mempertahankan dakwaan warga asing dari Bangladesh telah mengundi secara haram pada Pilihan Raya 2013 walaupun penafian telah dibuat oleh Kedutaan Besar negara itu semalam di sini, menegaskan mempunyai bukti untuk menyokong dakwaan mereka.

Parti tunjang Pakatan Rakyat (PR) itu menambah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bertanggungjawab untuk permusuhan yang ditunjukkan terhadap pekerja asing Bangladesh kerana kegagalan untuk menangani aduan pengundi hantu, mengukuhkan tuduhan kerajaan telah memenangi pilihan raya 5 Mei melalui penipuan.



Kita terima kenyataan mereka, mereka punyai hak tetapi kamu perlu tanya soalan ini: jika majoriti rakyat telah bercakap tentang ini dalam waktu yang lama, saya tidak fikir rakyat biasa Malaysia akan pergi dan membuat cerita tanpa apa-apa dan yang lebih penting ialah integriti pilihan raya adalah suci dan begitu penting kepada negara kita.

"Cara saya melihat ia adalah jika terdapat sebarang dakwaan mengenai pengundi hantu sama ada mereka adalah warga Bangladesh, Indonesia, Filipina ... apa yang lebih penting adalah pihak berkuasa dan pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk itu seperti SPR perlu mengambil serius dan menyiasat sepenuhnya.

"Tetapi mereka enggan menyiasat jadi ianya memperkuatkan lagi persepsi terdapat pengundi hantu dari luar negara," kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli (gambar) dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat parti di sini.
Semalam pemerintah Bangladesh menafikan wujud pengundi hantu daripada kalangan rakyat negara itu pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, walau bagaimanapun mengakui terdapat pemberian kad pengenalan melalui proses secara sah.

Pesuruhjaya Tinggi AKM Atiqur Rahman berkata dakwaan kehadiran 40,000 pengundi warga Bangladesh diterbangkan untuk mengundi Barisan Nasional (BN) seminggu sebelum pilihan raya 5 Mei sebagai tidak munasabah.

Menurut Atiqur lagi, dakwaan tersebut adalah palsu dan bertujuan untuk kepentingan politik semata-mata pihak tertentu untuk meraih sokongan sehingga mencalar imej hubungan antara kerajaan Bangladesh dan Malaysia.

Naib Presiden PKR Nuruk Izzah Anwar mengatakan walaupun parti itu mengakui adalah salah untuk mensasarkan pekerja asing Bangladesh, SPR seharusnya melakukan sesuatu untuk mencegah tindak balas xenofobia terhadap warga asing jika ia bertindak terhadap aduan itu.

"Sudah tentu serangan dan permusuhan tidak harus dilakukan terhadap orang asing, SPR sepatutnya menghalang ini. Kami tidak meminta orang ramai untuk membenci dan sebagainya tetapi kita tidak boleh membiarkan kejadian ini menjadi sesuatu yang kita mudah lupa.
"Anda perlu untuk mendesak dan menuntut SPR dan menjalankan siasatan berkaitan dengan profesional," katanya semasa sidang media yang sama.

Pemimpin PR telah menuduh parti pemerintah mencuri Pilihan Raya 2013 melalui amalan penipuan yang termasuk mengangkut warga asing ke negeri-negeri utama di Malaysia untuk mengundi BN.
Pemimpin-pemimpin BN, bagaimanapun, menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas dan berkata pembangkang masih belum menunjukkan apa-apa bukti kukuh untuk menyokong tuntutan itu.

Walaupun terdapat kebangkitan pembangkang, BN masih memegang kuasa dengan memenangi 133 kerusi berbanding PR 88, walaupun kurang tujuh kerusi daripada apa yang mereka perolehi pada tahun 2008.
Gabungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga kehilangan undi popular untuk kali pertama sejak 1969.

PR dan kumpulan reformasi pilihanraya Bersih kini merancang untuk memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar beberapa keputusan dalam 5 Mei pilihan raya, mendakwa mempunyai bukti kukuh penipuan dalam apa yang dikatakan pilihan raya paling sengit di Malaysia.

Antara bukti-bukti yang dikumpul adalah video kononnya menunjukkan warga asing diterbangkan satu hari sebelum pilihan raya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengumumkan kerajaan akan melihat melalui pelan untuk reformasi sistem pilihan raya dengan meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah satu jawatankuasa khas parlimen.

Pemimpin PR, bagaimanapun, mendakwa langkah itu adalah lebih daripada satu latihan perhubungan awam dan mendesak kepimpinan SPR meletakkan jawatan sebagai langkah pertama ke arah reformasi tulen pilihan raya.


Read More...

Mahathir - Melayu Sudah Meluat Dengan Umno


KUALA LUMPUR: Setelah menang pilihanraya umum ke 13 walaupun tewas undi popular buat pertama kalinya dalam sejarah, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan wajah Umno yang sebenar kepada umum.

(Kata Mahathir, orang Melayu sudah meluat dengan Umno... tetapi hanya sebut selepas pilihan raya selesai)

Bagi Mahathir, ramai orang Melayu sudah merasa meluat dengan Umno dan mengganggapnya tidak relevan dan perlu ditolak kerana parti itu tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair.



Umno ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. Umno berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri,” tulis Mahathir di blognya.

Mahathir berkata pemimpin Umno kini melariskan budaya memilih orang kurang berkobolehan untuk menyertai parti supaya kedudukan mereka tidak diancam sampai bila-bila.

“Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak. Umno adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak orang Melayu. Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu lain, terutama yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai Umno,” selar beliau.

Sekarang, Mahathir berkata Umno sudah menjadi sebuah parti hanya untuk pemimpin dan ahli semasa, dari ketua cawangan kepada ketua bahagian.

“Umno tidak perlu tambahan ahli, tidak perlu penyertaan sesiapa lagi kerana ahli yang sedia ada perlu memelihara habuan mereka. Jika terlalu banyak ahli, habuan perlu dikongsi. Dan habuan yang dikongsi tentulah tidak sebanyak sebelum berkongsi,” sindirnya lagi.

Akibatnya, kata Mahathir, mereka terutama yang berkebolehan, yang berbakat tidak dibenar masuk Umno lagi.

“Yang boleh menyertai hanyalah yang kurang berkebolehan dibanding dengan yang sudah ada. Oleh kerana penyertaan dalam Umno mestilah melalui cawangan, yang boleh masuk Umno ialah yang kurang berkebolehan dari ketua cawangan,” katanya.

Mahathir juga menyindir bahawa pemimpin-pemimpin Umno ini sering terlupa ajal boleh sampai bila-bila masa.

“Ketua cawangan manusia biasa yang boleh diserang penyakit, bahkan boleh mati pun. Satu hari ketua cawangan terpaksa lepaskan jawatannya. Penggantinya tentulah orang yang memiliki kebolehan yang kurang darinya. Dengan itu kebolehan ketua cawangan akan merosot sepanjang masa, tiap kali pengganti mengambil alih. Dan ini akan terjadi dalam keseluruhan parti,” katanya.

Akhirnya, Mahathir berkata Umno hanya tinggal golongan yang tidak berbakat sehingga semakin kurang ahli yang berbakat dan layak untuk menjadi calon dalam PRU.

"Calon payung terjun yang berbakat akan dikalahkan. Dengan itu pemimpin Kerajaan juga akan terdiri dari yang tidak berkebolehan,” sindirnya lagi.

“Di mana pergi mereka yang berbakat ini?. Mereka pergi ke mana mereka di terima, tentunya parti lawan,” tambahnya lagi.





Read More...

Najib Pening.. PM Bangladesh Sahkan Bangla Diberi Kerakyatan..

Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur menangkis dakwaan bahawa 40,000 orang warganya dibawa masuk untuk mengundi dalam pilihan raya umum 5 Mei di sini.

Tapi bagaimana bila Perdana Menteri sendiri yang membuat pengakuan sendiri?

Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina sendiri telah membuat akuan mengenainya di suatu ketika dulu.


Menurut laman web NGO Biro Hal Ehwal Pejabat Perdana Menteri , Perdana Menteri Sheikh Hasina bertemu dengan rakan sejawatannya dari Malaysia itu Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu di mana mereka membincangkan "isu-isu lama terbengkalai , termasuk menghalalkan pekerja Bangladesh di Malaysia".

Kedua-dua bertemu ketika menghadiri Forum Dunia ke-66 Ekonomi Islam di Kuala Lumpur pada Mei 2010.

Ia berkata sumber-sumber yang sangat dipercayai mendakwa bahawa semasa mesyuarat itu, Najib memberi jaminan Sheikh Hasina menimbangkan isu mengesahkan pekerja Bangladesh ke negara Malaysia dengan ikhlas sekali.

"Hari ini, pejabat Perdana Menteri telah didakwa menerima pengesahan dari beberapa rakyat kita yang bekerja di beberapa sektor di Malaysia sejak tahun lepas bahawa mereka telah diberikan lebih daripada kewarganegaraan dari Kerajaan Malaysia.

Malah mereka kini telah diberi hak untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya umum Malaysia akan datang.

"Satu lagi sumber yang sangat dipercayai dari pejabat Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa pekerja Bangladesh dengan mudah boleh diberikan kewarganegaraan Malaysia dengan syarat untuk mengundi parti yang mewakili kerajaan yang berkuasa," lapor laman web itu.

Laman web itu juga melaporkan Sheikh Hasina menggesa rakyatnya "mengambil kesempatan ini untuk mengurangkan kemiskinan negara sejajar dengan inisiatif kerajaan dan pelbagai langkah untuk menyelesaikan semua masalah utama, termasuk kuasa dan krisis gas". Laman web tersebut ditutup apabila isu ini kecuh. Tapi alhusseyn sempat buat screenshot seperti di atas.

Dipertik dar - al-husseyn


Read More...

Rampasan: Edaran Harakah turun 17,000 naskhah

Pengedaran akhbar dua minggu sekali PAS Harakah turun kira-kira 17,000 naskhah ekoran rampasan oleh Menteri Dalam Negeri, sekali gus menyebabkan kerugian kira-kira RM25,000, kata ketua pengarangnya Lutfi Othman.

Bercakap kepada Malaysiakini, Lufti berkata, pengedarannya mulai turun sejak minggu lalu dan belum diambil oleh penjual dan pengedar yang takut mengambil risiko menjual penerbitan popular parti Islam itu.


"Bukan hanya merampas Harakah, pegawai Kementerian Dalam negeri juga memberitahu penjual, jika Harakah ditemui di premis mereka lagi, mereka akan didakwa di mahkamah.

"Terdapat penjual yang hanya menjual kira-kira 10 naskhah dan hanya mendapat untung 20sen senaskhah. Jika mereka didakwa di mahkamah, mereka boleh didenda antara RM4,000 hingga RM5,000. Mereka tidak akan ambil risiko itu," katanya.


Read More...

Idea Bangang Dari Macai Bangang


Read More...

MB Kedah Rampas Hak OKU..?



RAKAMAN GAMBAR KERETA MENTERI BESAR KEDAH LETAK KERETA AMBIL DUA RUANG PARKIR MENJADI BUAH MULUT DI DALAM INTERNET!!!!!

Kereta Mercedes Benz nombor pendaftaran KCX 8 dipercayai kepunyaan Menteri Besar Kedah dilaporkan meletakkan kereta itu dengan mengambil dua ruang parkir kini menjadi buah mulut di alam maya.

Perlukah kereta itu mengambil ruang parkir untuk dua buah kereta?.. Atau ianya lebih kepada sikap besar kepala dan sombong tanpa menghiraukan keperluan orang lain.

Sumber Sini


Read More...

Istimewa Sangatkah Manusia Ini??

Ramainya ahli politik dan pemimpin utama negeri yang sudi membuang masa untuk hadir ke majlis kahwin mamat ni.. Anak vvip ke dia? anak menteri mana? ahli politik ke mamat ni? atau istimewanya budak ni sebab dia antara manusia terulung yang berkesempatan bersumpah laknat kat depan kaabah??




Read More...

Monday 3 June 2013

Antara Ketamakan Pas Kota Damansara Dan Kehebatan Akhlak Pas Taman Medan Dan PJ Selatan

Isu KD: Dua Kawasan Contoh Yang Patut Dibanggakan

Sambil kita mangambil pengajaran dari kisah sedih seperti Kota Damansara dan Sungai Aceh yang telah saya kupas dari sudut strategi dan akhlak berjamaah, terdapat juga kawasan yang saya sebagai pimpinan PAS Selangor, amat banggakan. Di kawasan ini mereka menzahirkan kesabaran dan kesetiakawanan yang harus dicontohi oleh PAS sebagai sebuah Jamaah Islam.

Salah satu kawasan tersebut adalah Parlimen Petaling Jaya Selatan (PJS), DUN Taman Medan.

Keinginan PAS PJS yang tiada walaupun satu kerusi untuk ditandingi dalam kawasan PJS diketahui umum. PAS Subang sekurang-kurangnya ada juga Paya Jaras. Keinginan mereka untuk bertanding disuarakan berkali-kali dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor (BPPNS). Keinginan mereka untuk bertanding DUN Taman Medan begitu kuat sehinggakan berlinangan air mata mereka apabila menceritakan hasrat ikhlas mereka itu kepada saya selaku TPJ3 Selangor. Saya telah usahakan dan ketidak-berhasilannya telah pun saya laporkan di dalam mesyuarat BPPNS.


Saya telah berusaha menawarkan pertukaran kerusi untuk mendapatkan Taman Medan. PKR sanggup tukar tetapi atas syarat ‘kerusi menang’ diganti dengan ‘kerusi menang’. Dahulu PAS menang hanya 8 kerusi DUN dan tidak mungkin PAS tukarkan mana-mana kerusi yang telah kita menangi untuk mendapat Taman Medan. Maka saya tidak berjaya. Dalam keadaan begitu sekali pun, pada tahun 2013 mereka tidak turun bertanding samada sebagai bebas atau calon PAS. Hasil dari tindakan mereka maka calon PKR menang sekali lagi di Taman Medan. Calon PKR adalah calon PR dan PAS bersama PR. Maka dengan itu satu lagi calon UMNO telah tersungkur.

Tahniah kepada PAS PJS kerana bersabar sekian lama. Semoga Allah memberikan balasan atas kesabaran tuan-tuan dunia dan akhirat. Jawatan ADUN bukan yang menjadi matlamat tetapi sebaliknya keredhaan Allah dengan memenangkan PR melalui PAS. Kemenangan PR akan membuka ruang untuk PAS bergerak mendampingi masyarakat, Islam dan bukan Islam.

Pada masa yang sama, ada juga kerusi DUN yang ditandingi PAS di mana cabang PKR tidak bersetuju dengan calon PAS. Dikatakan macam-macam perkara terhadap calon tersebut dan telah dihantar memorandum yang ditanda-tangani semua ketua Ranting PKR di Cabang berkenaan untuk menyatakan penolakan mereka terhadap calon tersebut!

Namun apabila PAS tetap menurunkan calon berkenaan, tiada timbul calon bebas atau calon PKR yang menentangnya. Syabas dan terima kasih PKR cabang berkenaan. Cukuplah dengan mereka mengetahui siapa mereka. Dan saya yakin PAS Kawasan berkenaan juga tahu kawasan dan DUN mana yang saya maksudkan. Saya harap tuan-tuan semua dapat rapatkan saf dan bagi PAS Kawasan, buktikan melalui amalan dan tindakan tuan-tuan bahawa sangkaan terhadap calon pilihan tuan-tuan tidak tepat dan beliau mampu menjadi ADUN yang baik sebagai ADUN PR dari PAS.

Seronok kita melihat, dalam keadaan berebut untuk menjadi calon di tempat-tempat tertentu, masih ada lebih ramai yang sanggup membelakangkan kepentingan peribadi mereka dan meletakkan kepentingan jamaah dan PR sebagai yang lebih utama. Alhamdulillah.

Tindakan ‘mengalah’ ahli-ahli PAS dan PKR di dua kawasan yang saya sebutkan adalah kerana mereka memahami konsep disebalik pembentukan PR. Dalam usaha mengalahkan UMNO/BN, PAS tidak boleh lakukan bersendirian, sepertimana juga PKR ataupun DAP. Untuk mengalahkan UMNO/BN PAS perlu tentukan adanya pertandingan satu lawan satu di semua kerusi DUN dan Parlimen. Tanpa adanya PR, maka PAS akan bertanding di kerusi sama dengan PKR dan PKR juga di kerusi yang ditandingi DAP. Dalam keadaan itu, maka UMNO/BN akan menang dan Malaysia akan terus di bawah kongkongan UMNO/BN.

Itulah sebabnya kerusi diagih di antara PAS dan PKR serta PKR dan DAP! Dasar tidak akan diadakan pertandingan di kerusi yang sama sudah menjadi satu prinsip yang dipersetujui dan diterima bersama. Begitu juga untuk saling membantu di kerusi yang ditandingi rakan PR. Di mana PAS bertanding, PKR dan DAP bantu dan di mana PKR bertanding PAS dan DAP bantu dan di mana DAP bertanding, PAS dan PKR bantu. Dan inilah ‘rahsia’ kejayaan di Negeri Selangor yang cemerlang dalam PRU ke-13. Tiadanya perbalahan dalaman bagi PAS dan tiada juga perbalahan dalaman PR. Kecuali di Kota Damansara.

Di Semenyih bukan perbalahan di antara komponen PR. Ianya di antara PR dan PSM. Dalam keadaan sebegitu sekalipun 3 penjuru terbukti menguntungkan BN. Apatah lagi kalau parti komponen PR saling berentap di antara satu sama lain?

Untuk mengikat Pakatan supaya parti komponen tidak melakukan sesuka hati samada sebelum atau selepas menang, maka diadakan pengisytiharan manifesto bersama. Semua telah disusun dengan baik hasil dari kerja yang teliti pimpinan parti di peringkat Pusat hingga ke Negeri dan hampir semua kawasan serta DUN sejak bertahun lamanya. Kecuali Kota Damansara.

Saya sebagai TPJ3 PAS Selangor bersyukur penyakit Kota Damansara terhad hanya di Kota Damansara. Ini adalah hasil dari tindakan Dato Mustapha Ali mengisytiharkan calon PKR sebagai calon rasmi PR di KD dan pimpinan Negeri mengulanginya sebaik sahaja Dato Mustapha Ali mengeluarkan kenyataan tersebut. Kalau tidak, walLahu ‘alam, tidak mustahil ada tindak balas ahli PKR di DUN-DUN yang PAS tandingi. Dan selepas itu apa?

Saya menuntut pendirian tegas dari PAS dan PKR serta DAP kerana PRU ke 14 akan tiba dalam masa beberapa tahun. Pada masa itu orang akan bertanya, “Apa pendirian PAS berhubung Kota Damansara?” Kalau tidak jelas, apa halangan untuk PAS di kawasan dan DUN lain untuk bertindak sedemikian dan PKR di cabang dan DUN lain turut sama berbuat perkara yang sama?

Saya cukup khuatir dengan sikap ‘PAS lebih risau PKR menang lebih kerusi dari PAS’ dan ‘PKR pula risau PAS menang lebih kerusi dari PKR’ menular di kalangan pimpinan dan ahli. Dalam keadaan itu budaya ‘sabotaj mensabotaj’ boleh berlaku. Keikhlasan dalam persepakatan hilang dan sikap berpura-pura menjadi-jadi. Oleh itu amat sangat diperlukan satu pendirian tegas dari pimpinan ketiga-tiga parti PR untuk membuktikan bahawa musuh utama adalah UMNO/BN dengan mengambil tindakan terhadap ahli yang telah ‘break ranks’ atau ‘keluar dari saf’, untuk menikam parti rakan dari belakang dan lebih-lebih lagi dari depan. Kalau tidak, apa sahaja boleh berlaku selepas ini.

Saksikan ya Allah bahawa saya telah memberi nasihat dan teguran ikhlas kepada pimpinan saya!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD


Read More...

Apa Lagi Yang Azmin Mahu Dan Tak Puas Hati..??

SHAH ALAM – Pelantikan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution sebagai pegawai perhubungan politik dalam Pejabat Menteri Besar Selangor menimbulkan banyak reaksi ingin tahu dalam kalangan ahli akar umbi.

Antara persoalan yang menjadi perhatian, apakah pendirian Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung perkara ini memandangkan selama ini beliau begitu serius dengan isu pembaziran.


Malah mereka mempersoalkan mengapa perlu diwujudkan jawatan politik tambahan sekiranya fungsinya adalah sama dengan jawatan Setiausaha Politik Menteri Besar? Apakah ini akan menyebabkan pembaziran wang rakyat dan perbelanjaan yang tidak berhemah?

Jika kewujudan jawatan ini bertujuan menjalin hubungan politik di antara pentadbiran negeri dan parti, maka timbul persoalan berikutnya, iaitu di mana peranan Setiausaha Politik? Apakah kerajaan negeri akan menghapuskan jawatan Setiausaha Politik?


Adakah Abdul Khalid bersetuju sekiranya Pakatan Rakyat (PR) diberikan mandat dalam PRU13 baru ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak layak dilantik sebagai perdana menteri kerana beliau sibuk dengan tugas sebagai ketua parti?

Adakah ia bercanggah dengan saranan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bahawa orang politik tidak boleh dilantik ke dalam anak syarikat kerajaan negeri (GLC).

Mungkin pimpinan PKR di peringkat negeri dan Pusat perlu melihat kembali soalan-soalan di atas yang mula menjadi perhatian umum atau mungkin perlu dijawab sendiri oleh Abdul Khalid.

Lebih sinis lagi apabila pemimpin PKR Selangor yang memenangi kerusi di peringkat Parlimen dan Dun tidak diberi tempat sebaliknya pemimpin PKR dari luar Selangor yang gagal mempertahankan kerusi dibawa masuk dan diangkat sebagai pegawai politik negeri.

Tidak kurang juga ada menyarankan agar jawatan tersebut diberikan kepada Adun dan Ahli Parlimen yang berjaya membawa kemenangan kepada PKR dan mengekalkan kuasanya di Selangor.

Inilah yang disuarakan dan dibangkitkan oleh ahli PKR pelbagai peringkat di Selangor kepada Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali.

Azmin pula ketika dihubungi, dihubungi tidak menafikan perkara itu mula menjadi bualan ahli parti sejak Anwar mengumumkannya dalam ucapan penggulungan di Kongres Nasional PKR ke-9 di Petaling Jaya, minggu lalu.

Katanya, kalangan ahli melahirkan rasa kurang senang dengan keputusan tanpa perbincangan parti malah seolah-olah melupakan pemimpin Selangor yang berjaya memenangi hati rakyat serta menang dalam PRU13 lalu.

- SinarHarian


Read More...

Jangan Fitnah Mat Bangla La Wei..!

Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur menangkis dakwaan bahawa 40,000 orang warganya dibawa masuk untuk mengundi dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Pesuruhjaya Tinggi AKM Atiqur Rahman menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai “tidak masuk akal” dan turut menyebabkan seramai setengah juta pekerja Bangladesh di negara ini terdedah kepada penganiayaan.

Dari segi logistik, jumlah berkenaan juga tidak mungkin dapat dibawa masuk dalam tempoh seminggu, sama ada melalui Biman Bangladesh, Malaysia Airlines atau mana-mana penerbangan sekalipun.

"Propaganda bahawa warga Bangladesh mengundi dalam pilihan raya umum ke-13 itu saya pasti, tidak lebih dari satu rekaan oleh kumpulan tertentu dan gambaran fakta yang salah,” katanya kepada pemberita hari ini.



Read More...

Shabery Cheek Menteri Panggung Wayang Ke..??

Menteri komunikasi dan multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata filem kontroversi Tanda Putera akan ditayangkan di pawagam pada 29 Ogos.

Katanya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia telahpun mengeluarkan kelulusan tayangan filem tersebut.

Filem berhubung tragedi 13 Mei itu diberi penarafan PG13 – yang menetapkan bimbingan ibu bapa untuk penonton bawah umur 13 tahun.

Katanya lagi beliau secara peribadi ingin melihat filem berkenaan disiarkan “seawal mungkin”.


Read More...

Ezam Katak Kehabisan Modal..

Ezam Mohd Noor masih ada rupanya, ingatkan dah menyepi terus. Sepanjang kempen pilihanraya baru-baru ini Ezam senyap-sunyi, mungkin kerana tak dapat jadi calon. Entah kenapa kini dia nak bersuara semula.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Senator ini berkata 3 perkara yang paling ditakuti Anwar. Kerana itulah Anwar menganjurkan siri perhimpunandi seluruh negara kerana mahu mengalih tumpuan rakyat daripada tiga perkara tersebut.


Anwar nak pastikan ketiga-tiga perkara tersebut ‘dilenyapkan’ daripada minda rakyat walaupun tindakannya itu akan mengundang kemudaratan terhadap agama, bangsa dan negara, kata Ezam.

Tiga perkara tersebut ialah rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah dan pendedahan bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan berkaitan seks.

Itulah modal Ezam untuk bersuara kali ini setelah kebas punggungnya hilang setelah tak dicalonkan baru-baru ini. Ini modal Ezam setiap kali bersuara. Zahid Hamidi belum mendedahkan sesiapa terlibat dengan pencerobohan Lahad Datu tetapi Ezam mampu mendedahkan Anwar terlibat.


Read More...

Sunday 2 June 2013

Lim Guan Eng Tubuhkan JK Anti Murtad



Father Joseph Lim Guan Eng itulah gelaran yang diberi oleh pencacai terhadap Lim Guan Eng ketika menuduhnya menjadi dalang dalam agenda memurtadkan orang-orang melayu.

Ketua Menteri Pulau Pinang yang dibanggakan oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum di Pulau Pinang hari ini telah melakukan perkara besar yang membelakangkan perlembagaan negara.

Lim Guan Eng telah menubuhkan Jawatankuasa Anti Murtad bagi membendung aktiviti keluar Islam sesuka hati walaupun ia jelas bertentangan dengan perlembagaan negara yang menyatakan bahawa setiap warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas berhak memilih dan menentukan agama masing-masing.


Read More...

Jangan Sebar Khabar Angin Kematian Tahanan Dalam Lokap

SEREMBAN - Polis meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita palsu mengenai kematian seorang tahanan di lokap Balai Polis Tampin, dekat sini lewat petang semalam.

Ketua Polis Negeri Datuk Osman Salleh berkata, kejadian itu masih dalam siasatan dan menafikan ia ada kaitan dengan unsur jenayah sama ada mangsa dipukul atau didera.


"Dalam Twitter contohnya kita dapati banyak spekulasi dibuat mengenai kematian tahanan tersebut dan menuduh kejadian itu adalah angkara polis. Ini sebenarnya tidak adil kepada polis.

"Ini adalah straight forward case di mana pihak Hospital Tampin sendiri yang membuat pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati tidak ada kesan kecederaan seperti luka atau lebam pada badan mangsa," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Semalam, P.V Karuna Nithi, 42, yang ditahan sejak Selasa lalu selepas memukul isterinya ditemui tidak sedarkan diri oleh anggota polis bertugas di lokap berkenaan bagaimanapun masih bernafas sekitar 6.30 petang.

Polis kemudiannya bertindak memanggil ambulans dari Hospital Tampin, tetapi pasukan paramedik yang tiba mengesahkan kematiannya pada pukul 7 petang.

Osman berkata, pihak polis sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup di lokap berkenaan dan mendapati tiada sebarang kekerasan berlaku ke atas mangsa sepanjang penahanannya.

Katanya, seorang koroner dari Mahkamah Seremban juga telah datang melihat mayat mangsa semasa di lokap dan mengesahkan tiada kesan luka, lebam atau kecederaan padan badan mangsa.

"Hasil bedah siasat oleh pihak Hospital Tuanku Ja'afar Seremban juga mendapati tiada kecederaan fizikal pada badan mangsa, bagaimanapun punca sebenar mangsa meninggal dunia belum dapat dikenalpasti," katanya.

Katanya, Jumaat lalu mangsa yang tidak bekerja telah didakwa di Mahkamah Majistret Tampin dan mengaku bersalah di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas tuduhan memukul isterinya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 sementaran menunggu hukuman ke atasnya dijatuhkan pada 1 Julai depan.

"Keluarga tertuduh yang kekurangan wang merayu untuk membayar ikat jamin tersebut pada esok (Isnin) dan polis telah menempatkan mangsa di lokap tersebut bagi memudahkan proses jaminan itu," katanya.


- Bernama


Read More...

Menteri Najib Dah Tak Ada Kerja..

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan akan meminta syarikat rokok di negara ini mengurangkan lagi kandungan tar serta nikotin dalam tembakau sebagai langkah menghapus tabiat merokok di kalangan rakyat Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, langkah itu serta beberapa tindakan lain akan dibuat melalui dua fasa iaitu mulai Januari 2014 dan Jun 2015.


"Kita akan kurangkan kandungan tar dalam sebatang rokok dari 20 miligram kepada 10 miligram dan kandungan nikotin dari 1.5 miligram kepada 1 miligram," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Kebangsaan 2013 di pusat membeli belah Sunway Pyramid di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengasas dan Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Subramaniam berkata, langkah lain yang akan dibuat ialah gambar kempen anti merokok pada setiap kotak tembakau atau kotak rokok akan dibesarkan kepada 50 peratus dari saiz 40 peratus sekarang.

Semua tindakan itu akan dibuat secara berperingkat dan kementerian juga akan mengambil langkah untuk menghalang promosi rokok secara langsung dan tidak langsung termasuk pengiklanan serta pemberian diskaun.

Pengharaman promosi termasuk melalui penglibatan dengan aktiviti kemasyarakatan atau sukan walaupun tujuannya murni, kata beliau.
Beliau tidak menolak kemungkinan negara akan mengambil langkah sama seperti di beberapa buah negara termasuk Thailand dan Australia di mana rokok tidak akan dipamerkan di rak khas seperti sekarang ini sebaliknya akan disimpan di dalam laci dan akan dikeluarkan apabila pelanggan datang membeli.

"Di Malaysia, antara 10 peratus hingga 12 peratus atau 10,000 punca kematian setiap tahun adalah berpunca dari tabiat merokok. Pada tahun 2011, 11,056 kematian di hospital kerajaan boleh dikaitkan dengan tabiat menghisap rokok," katanya.

Katanya, dianggarkan seramai empat juta rakyat Malaysia adalah perokok.

- BERNAMA


Read More...

Lagi Tahanan Mati Dalam Lokap Polis

Seorang jurutera, P Karuna menjadi individu ketiga yang maut dalam tahanan polis dalam tempoh dua minggu.

Keluarganya dimaklumkan mengenai kematian di Tampin itu pada malam tadi.

Keluarga Karuna dimaklumkan melalui telefon pada jam 9.45 malam tadi bahawa lelaki tersebut “meninggal dunia tiba-tiba” pada jam 7 petang di ibu pejabat polis daerah Tampin, kata bekas MP Kapar S Manikavasagam hari ini.



Manikavasagam, yang mengiringi keluarga berkenaan ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban pagi ini berkata anggota keluarga tersebut menemui kesan kecederaan di mayat berkenaan.

"Hanya orang dibenarkan melihat mayat terseut. Saya tidak dibenarkan kerana saya bukan anggota keluarga, jadi jadi beritahu keluarga untuk memeriksa mayat tersebut,” katanya.

Beliau juga berkata, anggota keluarga tersebut menemui darah di tempat simpanan mayat berkenaan.

Seroang saudara Karuan, P Ilam berkata beliau menemui kesan lebam di tangan Karuan dan darah di bahagian kepala mayat tersebut.


Read More...

Zul Noordin Adalah Punca BN Gagal PRU13 - Pemimpin BN

Pencalonan Naib Presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin bertanding di Parlimen Shah Alam Shah dalam pilihan raya umum pada 5 Mei lalu adalah satu strategi yang lemah, kata seorang ahli panel BN dalam satu forum malam kelmarin.

"Saya rasa jika Zulkifli tidak dicalonkan, BN akan dengan mudah memenangi 20 lagi kerusi Parlimen.


"Jika anda melihat demografi Kota Raja, Kapar, dan Shah Alam - semua kawasan yang berhampiran tempat Zulkifli bertanding - kita mempunyai penduduk India yang ramai," kata timbalan Pengerusi jawatankuasa strategi MIC, Madhu Marimuthu.

Seorang lagi ahli panel - Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu, bersetuju dengan Madhu, dan berkata pencalonan Zulkiflimerupakan satu keputusan yang lemah, sesuatu yang beliau tidak dapat fahami.

Bagaimanapun, beliau menegaskan keputusannya adalah sesuatu yang baik untuk negara.

"Rakyat telah bersuara dan sekurang-kurangnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kini boleh berkata, 'Bukan saya tahu mahu mencuba, tetapi bukan ini yang rakyat mahu.'


Read More...

Utusan Tuduh RBA Ugut Rogol Dan Bakar Rumah

Satu laporan dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini mendakwa pasukan siber 'Red Bean Army' yang didakwa ditaja DAP turut mengancam untuk merogol golongan wanita yang menyokong parti BN.

Tulisan di pojok akhbar tersebut hari ini mendakwa, tindakan pasukan siber tersebut semasa pilihan raya itu malah lebih bahaya dari ancaman pengganas bersenjata.


“Serangan yang mereka lakukan dahsyat. Daripada memfitnah isu pengundi hantu dan menyerang siapa yang menyokong BN sehinggalah menghina raja-raja Melayu, agama Islam, orang Melayu dan memboikot produk syarikat Islam.

“Malah ada tentera siber RBA yang mengancam merogol wanita yang menyokong BN, membakar rumah dan pelbagai bentu ugutan serta buli.

“Bukan sahaja sangat rasis bahkan ekstrem, lebih bahaya daripada ancaman pengganas bersenjata. Semua itu berlaku dalam pilihan raya Malaysia,” kata pengarang akhbar milik Umno itu dalam tulisan berkenaan.

Dalam satu lagi tulisan, akhbar milik Umno itu menyiarkan satu rajah berhubung dakwaan 'Teknik serangan Red Bean Army'.

Keterangan di rajah berkenaan antara lainnya mendakwa seorang wanita, Wong Kim May, 23 menerima ancaman bunuh.

Gadis berkenaan didakwa menerima ancaman itu selepas merakam video mempromosi BN.

DAP sejak minggu lalu menafikan dakwaan bahawa parti itu mempunyai kekuatan seramai 200 orang anggota 'Red Bean Army', yang didakwa memburuk-burukkan BN sejak enam tahun lalu.

Penasihat parti itu Lim Kit Siang turut menjelaskan bahawa parti berkenaan perlu membayar sebanyak RM108 juta sejak enam tahun lalu sekiranya mengupah RM15 juta setahun untuk 200 orang pasukan tersebut.

DAP tidak mempunyai wang sebanyak itu, kata Lim.


Read More...

Ambiga: Panel PM tak okay, mesti ganti anggota SPR

Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lebih baik dengan menukar semua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), daripada mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas untuk memantau suruhanjaya yang sudah kehilangan keyakinan orang ramai.

"Perdana menteri berbuat demikian kerana beliau mengakui bahawa SPR tidak mendapat keyakinan orang ramai, oleh itu mereka (anggota SPR) mesti letak jawatan atau diganti.


"Untuk mereka melaporkan kepada sebuah lagi jawatankuasa adalah tidak sah kerana jika anda melihat Perlembagaan Persekutuan, mereka sepatutnya menjadi sebuah badan bebas," kata Ambiga ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Bernama berhubung ucapan Najib di majlis ulangtahun Yang di-Pertuan Agong hari ini di mana beliau mengumumkan sebuah jawatankuasa khas untuk memantau suruhanjaya itu akan ditubuhkan untuk menangani kekurangan keyakinan terhadap SPR.

Bagaimanapun laporan itu tidak menyatakan maklumat lanjut.

Ambiga berkata anggota SPR mempunyai kedudukan yang setaraf dengan seorang hakim mahkamah persekutuan dan dengan meletakkan SPR di bawah sebuah, ia ibarat meletakkan badan kehakiman di bawah pihak berkuasa lain.

"Mereka (SPR) bukan sebuah jabatan kerajaan walaupun mereka bertindak sepertinya.

"Mereka telah berkelakuan seperti sebuah jabatan kerajaan kerana mereka dilayan seperti itu, jadi lebih cepat setiap orang menyedari fungsi dan kuasa SPR, adalah lebih baik.

"Itulah sebabnya BERSIH meletakkan standard pertanggungjawaban yang tinggi bagi SPR," kata peguam itu.

"Jika mereka benar-benar mahu memulihkan keyakinan orang ramai, (caranya) ialah membuang semua mereka (anggota SPR) dan digantikan dengan mereka yang mendapatkan keyakinan awam dan berintegriti tinggi.

"Penyelesaiannya adalah sangat mudah. Biarlah rakyat dalam masyarakat sivil mencadangkan siapa yang patut menjadi anggota SPR. Ia Ia adalah satu penyelesaian yang sangat mudah," katanya.

DAP supremo Lim Kit Siang yang juga sependapat dengan Ambiga, berkata walaupun langkah Najib itu ke "arah yang betul", tetapi SPR harus bermula dengan rekod yang bersih dengan menggantikan Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Timbalan Pengerusi, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (foto atas).


Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP