Wednesday 13 December 2017

Mahathir perlu kembali ke darjah satu, kata Jamal



Sehari selepas melabelkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai kebudak-budakan kerana memulangkan pingat kebesaran negeri Selangor, hari ini Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos cuba menyekolahkan bekas perdana menteri itu.

Dengan membawa buku sekolah, pemimpin akar umbi Umno itu menyarankan Dr Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali kembali ke darjah satu dan mempelajari Rukun Negara sekali lagi.

“Mahathir perlu kembali duduk darjah satu, duduk sekolah balik.

“Tak payah pusing satu negara cakap (mengenai politik), masuk balik darjah satu dan belajar Rukun Negara.

“Mungkin (Mahathir) dah lupa, mungkin terlalu tua, ketiga-tiga mereka ini pun dah terlalu tua dan terlupa erti Rukun Negara,” katanya kepada pemberita di balai polis daerah Dang Wangi petang ini.

Beliau sebelum itu membuat laporan polis terhadap Mahathir, Siti Hasmah dan bekas menteri Umno, Datuk Zaid Ibrahim.

Menurut Jamal yang juga adalah pemimpin gerakan Baju Merah, tindakan Mahathir memulangkan pingatnya itu sebenarnya adalah sebagai tanda "bantahan" terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Apabila menerima teguran dari Sultan Selangor, beliau cuba memperlekehkan atau buat protes dengan memulangkan pingat kebesaran.

“Mereka ini tidak mematuhi peradaban yang kita dari kecil lagi diajar tentang Rukun Negara,” katanya merujuk kepada rukun kedua iaitu “Kesetiaan kepada Raja dan Negara”.

Isnin lalu, Malaysiakini melaporkan bekas perdana menteri itu dan isterinya menyerahkan semula anugerah kebesaran yang diterima daripada sultan Selangor sebelum ini.

Antara pingat itu adalah yang tertinggi dikurniakan oleh Selangor.

Pingat serta anugerah berkenaan dikembalikan kepada pihak istana pada 7 Disember lalu.

Walaupun tidak dinyatakan secara rasmi sebab pingat dan anugerah berkenaan dikembalikan, ia dipercayai ada kaitan dengan teguran dan titah Sultan Selangor terhadap pengerusi BERSATU itu sejak akhir-akhir ini.

Antaranya membabitkan ucapannya itu mengenai Bugis - yang disasarkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Semalam, Jamal turut mencabar Dr Mahathir supaya “berhijrah” ke negeri lain dan tidak lagi menetap di Selangor kerana tidak menghormati sultannya.

Sementara itu, laporan polis ke atas Zaid adalah yang kedua dibuat oleh Jamal ke atas bekas menteri itu.

Minggu lalu, Zaid menimbulkan kemurkaan pihak istana Selangor melalui tweetnya mengenai kenyataan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda bahkan memberitahu anggota DAP itu supaya kembali ke negeri asalnya di Kelantan jika tidak bersetuju dengan pandangannya.

Zaid berpendapat bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan tetapi tweetnya dianggap kurang sopan dan kini menjadi subjek siasatan di bawah Akta Hasutan.

Mengulas isu itu, Jamal berkata, Zaid, Dr Mahathir dan isterinya adalah individu yang tidak mematuhi Rukun Negara dan perlu dihukum.

“(Saya) membuat laporan sekali lagi tentang ketidak-patuhan mereka terhadap Rukun Negara, kesombongan, keegoan dan kebiadapan (mereka) terhadap Sultan Selangor.

“(Saya akan) teruskan sehingga ketiga-tiga pihak ini diambil tindakan oleh pihak yang wajib

“Saya sebagai rakyat Malaysia dan lahir di Selangor, apabila melihat sultan saya dihina, kami akan bangkit dan menentang mereka ini,” katanya.



Read More...

Thursday 30 November 2017

Anggota polis dan tentera bergabung curi lembu dan kambing orang kampung


SEKUMPULAN penjenayah ditahan termasuk anggota polis dan tentera selepas dipercayai bergabung menembak dan mencuri lembu-lembu dan kambing dari sebuah ladang di Kampung Ulu lakai, Jelebu Negeri Sembilan.

Menurut Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superitendan Kamarul Rizal Jenal, suspek yang ditangkap telah menembak 2 ekor lembu dan 4 ekor kambing milik penduduk kampung dengan menggunakan senapang patah dan pistol.

Keenam-enam haiwan ternakan itu katanya mati sebelum suspek sempat memotongnya kepada dua bahagian dan memunggahnya ke dalam kenderaan milik mereka.

Suspek-suspek yang berusia di antara 29 hingga 54 tahun itu, dilaporkan telah menyamar sebagai kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan berpura-pura mahu menjalankan pemeriksaan.

"Setengah jam kemudian, suspek dilihat keluar dari kawasan ladang. Namun beberapa penduduk yang curiga dengan kehadiran mereka bertindak mengepung dan menahan kenderaan yang dipandu di laluan keluar," kata Kamarul Rizal dipetik oleh Harian Metro.


"Penduduk menjalankan pemeriksaan menemui semua haiwan berkenaan di ruang simpanan di bahagian belakang kenderaan," katanya.

Katanya lagi, penduduk telah menghubungi pihak polis dan sepasukan anggota polis telah dihantar ke lokasi berkenaan bagi menjalankan siasatan.

Hasil pemeriksaan pihak polis menemui senjata api, beberapa butir peluru hidup, kapak dan pisau di dalam kenderaan milik suspek.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.











Read More...

Tuesday 21 November 2017

Bajet Kos Sara Hidup: Jom Lihat Nama MP Pas Yang Khianati Rakyat Di Parlimen

'Kos sara hidup dorong 6 MP PAS undi tak sokong Bajet'


Ikhtiar pihak pembangkang yang hampir berjaya untuk mengundi menolak Bajet 2018 dibantu oleh enam orang anggota parlimen PAS.

Anggota Parlimen PAS dari Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata selain beliau terdapat lima lagi MP yang berbuat demikian iaitu Ahmad Marzuk Shaary (Bachok), Wan Hassan Mohd Ramli (Dungun), Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh), Izani Husin (Pengkalan Chepa) dan Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian).

"Mereka beritau saya ini kali undi tolak sebab ini melibat soal kos kehidupan," Mahfuz memberitahu Malaysiakini.

Parti lebai, parti badut
Pakatan Harapan (HARAPAN) membuat usul pengundian blok (belah bahagian) malam ini selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
menyimpulkan bahagian Bajet 2018 semasa peringkat jawatankuasa.

Langkah tersebut tewas tipis 52-51.

Dua MP PAS, anggota parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad (gambar, atas) dan Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang) berkecuali daripada mengundi.

"Kita kalah satu undi. Rakyat akan fikir bahawa dua MP yang berkecuali daripada mengundi ini menyebabkan kekalahan kita," kata Mahfuz.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin utama Datuk Takiyuddin Hassan, Nasrudin Hassan, Nik Abduk Nik Aziz, Mohd Khairuddin Aman Razali serta ketua kelab penyokong parti Che Rosli Che Mat juga tidak hadir.

Pada pengundian belah bahagian (blok) terhadap Bajet 2018 pada peringkat polisi sebelum ini, 11 orang MP PAS kecuali Mahfuz berkecuali daripada mengundi.

Taktik berkecuali ini menjadi amalan PAS ketika membuat undian belanjawan persekutuan, sejak ia berpisah dengan PKR dan DAP.


Read more at https://m.malaysiakini.com/news/402696#3jh3Deq1Cl1Ocso5.99



Read More...

Tuesday 14 November 2017

Dap Bertindak Bijak Dalam Isu Larangan Tudung Pekerja Hotel

DAP tawar bantuan guaman cabar larangan bertudung



DAP hari ini menawarkan bantuan guaman kepada pekerja-pekerja hotel yang terjejas dengan polisi larangan bertudung, khususnya di bahagian khidmat pelanggan atau kaunter depan.

Sambil menyifatkan larangan itu, sebagai diskriminasi dan tidak berperlembagaan, Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo berkata, tidak ada sebab mengapa perlu ada dasar yang menghalang penggunaan tudung dalam industri perhotelan.

“Ia bertentangan dengan hak perlembagaan seseorang untuk mengamalkan agamanya. Ia juga sangat tidak sensitif terhadap kepercayaan agama wanita Islam itu, yang patut kita hormati dan tegakkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Gobind yang juga adalah seorang peguam dan ketua biro undang-undang DAP, larangan bertudung dalam keadaan ini tidak masuk akal.

“Jika ada keperluan untuk mendapatkan perintah mahkamah mengenai perkara itu, saya bersedia bagi pihak DAP, untuk menawarkan bantuan guaman kepada mereka yang terjejas untuk mencabar keputusan seperti itu di mahkamah mengenai kesahihan dasar tersebut,” katanya.

Semalam, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) cawangan Pulau Pinang berkata, Ketua Menteri Lim Guan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP tidak bersetuju dengan dasar yang melarang pekerja wanita Islam di kaunter depan daripada memakai tudung.

Presiden MAH Pulau Pinang Khoo Boo Lim berkata ketua menteri menghubungi beliau untuk menyatakan bantahannya itu, khususnya merujuk kenyataan Presiden MAH Samuel Cheah mengenai perkara itu, baru-baru ini.

"KM menyatakan kekecewaannya dengan kenyataan tersebut yang dianggapnya bersifat diskriminasi dan penyalahgunaan hak asasi pekerja wanita Islam untuk memakai pakaian pilihan mereka.

"KM juga anggap larangan berbentuk diskriminasi itu tidak ada kaitan dengan prestasi pekerja," katanya.

Sehubungan itu, Khoo berkata wanita Islam yang bekerja di hotel di Pulau Pinang tidak akan dihalang daripada memakai tudung.


Read More...

Sunday 12 November 2017

Lebih 50 Pendatang China Serang Anggota Polis


KUALA LUMPUR 12 Nov. - Lebih 50 lelaki dipercayai warga China ditahan selepas menyerang sepasukan anggota polis yang cuba memeriksa sebuah premis disyaki menjalankan kegiatan judi di Jalan Abaraham Off Jalan Khoo Teik Ee, dekat sini, sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, pasukan polis yang terdiri daripada tujuh anggota berpakaian preman tersebut terpaksa melepaskan empat das tembakan ke udara bagi mengawal keadaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, tujuh anggota terbabit menerima maklumat mengenai kegiatan judi berkenaan ketika sedang melakukan rondaan.

“Sebaik tiba di lokasi, kira-kira 200 lelaki dipercayai warganegara China berada di situ dan cubaan anggota untuk melakukan pemeriksaan dihalang dan mereka turut diserang.

“Untuk mempertahankan diri, mereka terpaksa melepaskan empat das tembakan ke udara sementara menunggu bantuan tiba ke lokasi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan mengikut Seksyen 147/353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - UTUSAN ONLINE


Read More...

Saturday 11 November 2017

“Dia buat betui-betui noo…” Warga P. Pinang Puji Azmin Ali


BUTTERWORTH, 11 NOV: Pengalaman terbabit membuat liputan Misi Bantuan Selangor Prihatin, di Pulau Pinang membuka mata pasangan juruvideo sambilan.

Hal itu kerana pasangan suami isteri terbabit melihat sendiri Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bersungguh membantu membersihkan rumah mangsa banjir.

Norfaizha Abdullah, 33, berkata, sikap Dato’ Menteri Besar itu jauh berbeza dengan sesetengah ahli politik yang hanya berlakon, di hadapan kamera.

“Dia buat ‘betui-betui’ (betul-betul) noo. Sebelum ini, kami ingatkan yang macam kami tengok di televisyen, ‘depa’ (mereka) orang politik berlakon depan kamera sahaja tetapi MB (Menteri Besar) Selangor ini bukan ‘lagu’ macam tu. Memang ‘respectlah’,” katanya.

Beliau yang berkhidmat sebagai juruvideo selama sembilan tahun berkata, pertama kali dalam hidupnya menyaksikan pemimpin sanggup membersihkan rumah bekas banjir, mengangkat sampah dan memotong pokok tumbang dari mula hingga kerja selesai.

Pasangannya, Adi Muhaimin Hakim, 31, yang berasal dari Kepala Batas turut melahirkan rasa terkejut dan teruja menyaksikan kesungguhan Mohamed Azmin melakukan kerja pembersihan.

Katanya, sikap membantu rakyat dengan ikhlas dan jujur seperti ditunjukkan pemimpin tertinggi Selangor itu wajar dicontohi semua pihak.

“Banyak benda beliau buat. Bukan setengah jalan tetapi sampai habis,” katanya.

Mohamed Azmin mengetuai misi bantuan selama dua hari itu membabitkan pelbagai program, antaranya serahan sumbangan RM1.4 juta, membersihkan rumah mangsa banjir, kerja memunggah sisa pepejal dan sampah pukal, memotong pokok tumbang juga menyantuni sukarelawan.


Read More...

Friday 10 November 2017

Mahkamah Sahkan Pesuruhjaya Pas Perak Kaki Fitnah

Razman kena bayar RM200,000 kepada Nizar


PESURUHJAYA PAS Perak, Razman Zakaria. - Foto Muhaizan Yahya

PESURUHJAYA PAS Perak, Razman Zakaria. - Foto Muhaizan Yahya
Razman kena bayar RM200,000 kepada Nizar

IPOH: Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria membayar RM200,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkaitan kes saman fitnah.

Saman itu difailkan oleh Mohammad Nizar, dua tahun lalu.

Hakim D Sunita Kaur Jessy membuat keputusan selepas mahkamah berpuas hati kenyataan Razman selaku defendan yang tersiar di akhbar Sinar Harian, 2 Jun 2015, berunsur fitnah terhadap Mohammad Nizar sebagai plaintif.

Sebelum ini, Mohammad Nizar yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak dan kini Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Perak, memfailkan saman fitnah, RM3 juta di Mahkamah Tinggi di Ipoh.

Bagaimanapun, mahkamah kemudian membuat keputusan kes itu lebih sesuai didengar di Mahkamah Sesyen.

Plaintif memfailkan saman itu terhadap dua perenggan dalam artikel akhbar berkenaan yang mengaitkannya sebagai menyokong konsep negara sekular yang diperjuangkan DAP.

Plaintif diwakili oleh Asmuni Awi dan Fitri Asmuni manakala defendan diwakili oleh Mohd Zamri Ibrahim dan Ahmad Azhar Sharin.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Mohd Zamri berkata alasan mahkamah ketika membuat keputusan itu ialah plaintif berjaya membuktikan artikel itu ada unsur fitnah, penerbitan sudah berlaku dan tuntutan balas dan bukti dikemukakan defendan tidak cukup kuat untuk menolak saman plaintif.

Katanya, beliau akan mendapatkan nasihat anak guamnya sama ada untuk memohon penangguhan keputusan itu atau membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

Asmuni berkata, pihaknya mengemukakan dua saksi sepanjang perbicaraan kes itu berlangsung manakala defendan tidak mengemukakan saksi lain kecuali dirinya. - bhonline

Read More...

Hadi Meroyan: Dalam pPakatan Ada Pemimpin Penyangak


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan partinya tidak boleh bersama pakatan harapan kerana didalamnya ada pemimpin penyangak.

Beliau berkata, PAS yang dipimpinnya ketika ini lebih selesa untuk menjadi pihak yang berkecuali dalam mendepani krisis keyakinan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

"PAS tidak boleh memberi harapan kepada Pakatan Harapan yang menjadi pendakwa atau yang mengaku menjadi peguam kepada mangsa kezaliman, kerana di dalamnya juga ada para pemimpin penyangak yang dahulu dan terdahulu bersekongkol dengan punca masalah negara.

"Di sana pula ramai kalangan yang tidak boleh menjadi saksi yang adil mengikut perhitungan Islam yang menjadi pegangan PAS," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, PAS juga tidak boleh bersama kerajaan iaitu pihak yang sentiasa dituduh oleh pembangkang, sehinggalah dibuktikan bersihnya atau kesalahannya.

"Kaedah kehakiman Islam yang dipakai oleh barat, menetapkan pihak yang dituduh masih bebas dan tidak boleh dihukum bersalah, selagi tidak dibuktikan kesalahannya oleh mahkamah, bukan oleh media tanpa sempadan.

"PAS juga tidak boleh terus berpihak sebelum dibuktikan bersihnya, khususnya dalam keadaan yang bergelumang dengan salah laku dan kelemahan urus tadbir yang diwarisi sejak pemimpin yang dahulu dan terdahulu," katanya.

Dalam kenyataan sama, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut memuji sikap ditunjukkan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, yang mungkin tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan namun tidak menjatuhkan kerajaan menerusi cara tidak sopan.

"Beliau bersikap mengikut konsep demokrasi yang sihat dengan menjadi anggota kerajaan yang memberi nasihat, dan masih ada lagi orang sepertinya di dalam kerajaan, namun tidak mahu menjatuhkan kerajaan dengan cara yang tidak bersopan.

"Berbeza dengan PAS yang menjadi pembangkang yang menasihat, namun sama-sama berpegang kepada konsep nasihat," katanya.

Beliau berkata, ketegasan PAS ini bukannya bersifat fanatik melulu, tetapi berpijak di atas ajaran Islam yang nyata sempurna yang tidak ada dalam ideologi atau teori ciptaan manusia.

"Maka PAS tidak boleh terikut dengan pihak yang lain atau sekadar dipergunakan oleh pihak yang berbeza dasar dan hala tujunya. PAS boleh bekerjasama dan bersefahaman dengan semua pihak yang tidak mengacau dasar Islam dan hala tuju wawasannya yang berkekalan," katanya.

Read More...

Ajal Di Pusat Urut


LELAKI warga emas meninggal dunia di pusat refleksologi di Jalan Yang Kalsom, Ipoh jam 7.20 malam hari ini.

Pesara berusia 65 tahun dan berasal dari Sungai Siput itu dipercayai meninggal dunia ketika mendapatkan khidmat urut di pusat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, pihaknya mendapat maklumat awam mengatakan terdapat kematian di pusat tefleksologi terbabit.

"Pada jam 7.20 malam seorang anggota yang bertugas di Kaunter Aduan Balai Polis Pekan Baru terima panggilan telefon daripada DCC Ipoh memaklumkan ada kematian di pusat refleksologi berkenaan.

"Siasatan awal dilokasi kejadian benar terdapat kematian di pusat urut terbabit dan kematian lelaki berkenaan disahkan Pembantu Pegawai Perubatan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh yang hadir di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, bagaimanapun punca sebenar kematian mangsa masih belum dikenal pasti dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk dibedah siasat.

"Bedah siasat dijangka akan dijalankan jam 9 pagi esok bagi mengetahui punca sebenar kematian warga emas terbabit," katanya.

Read More...

Wednesday 8 November 2017

Zamihan tak ada perasaan, kata Khalid Samad


Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan penceramah kontroversi Zamihan Mat Zain sebagai tidak ada perasaan berkaitan isu banjir di Pulau Pinang.

Ia susulan kenyataan Zamihan bahawa masyarakat bukan Islam yang berteduh di surau ketika banjir besar tidak sepatutnya berlaku.

“Kita kena tunjuk imej Islam itu sebagai agama kasih sayang. Zamihan dia tak ada perasaan (keluar kenyataan) macam itu. Dia tidak ada rasa nak membantu sedangkan dalam al-Quran banyak ayat yang menceritakan soal kasih sayang.

“Kalau kamu tidak ada rasa kasih sayang kamu menipu sebab orang yang kuat agama ni takkan biarkan orang miskin tanpa makanan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di parlimen hari ini.

Sebelum ini sekeping gambar tular di media sosial menunjukkan beberapa lelaki dan wanita Cina tumpang berteduh dalam sebuah surau di Georgetown Pulau Pinang.

Zamihan melalui posting Facebooknya berkata kejadian itu tidak sepatutnya berlaku kerana keadaan banjir di negeri itu masih tidak boleh dikelaskan sebagai darurat.

Zamihan bagaimanapun sudah memadam posting tersebut semalam.

Walaupun terdapat perbezaan pendapat, rata-rata warga maya memuji langkah bilal Surau Taman Free School yang mempelawa masyarakat bukan Islam berkenaan menumpang di surau terbabit.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Zamihan untuk mendapatkan reaksi berhubung kenyataan Khalid.

'Zamihan tak akan saman'

Sementara itu, ditanya mengenai tindakan undang-undang yang akan difailkan Zamihan kerana menuduhnya dilindungi "godfather", Khalid berkata sehingga kini beliau masih belum menerima saman berkenaan.

“Saya rasa Zamihan tidak akan saman saya. Saya jangka dia tidak akan buat apa-apa. Dia pun sedar betapa melampauinya kenyataan dia,” kata Khalid.

Katanya, sekiranya Zamihan menyamannya, beliau akan memainkan video ceramah Zamihan di mahkamah agar didengari semua pihak.

Pada 17 Oktober lalu Malaysiakini melaporkan Khalid sebagai berkata ada kemungkinan Zamihan dilindungi "godfather" - merujuk kepada pihak yang berpengaruh dalam negara.

Kata Khalid "godfather" terbabit cuba mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi menyelamatkan penceramah terbabit susulan ucapan kontroversinya di sebuah masjid di Selangor.

Nama Zamihan menjadi perhatian ramai ekoran kelantangannya menyampaikan pandangan semasa memberikan ceramah atau kuliah.

Baru-baru ini dia ditahan reman dua hari oleh polis mengikut Akta Hasutan ekoran kenyataannya mengenai kedai dobi "mesra Muslim" serta Sultan Ibrahim.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah juga kemudian mengambil tindakan mengarahkan Majlis Agama Islam Selangor membatalkan tauliah yang diberi kepada Zamihan.

Menurut kenyataan baginda yang dibuat melalui Setiausaha Dewan Diraja Selangor Hanafisah Jais, tindakan itu dibuat melalui Peraturan 4, Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.


Read More...

Tuesday 7 November 2017

Jamal tarik balik kenyataan ‘budak Zuraida pukul saya’



Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini menarik balik kenyataan yang dibuatnya pada 13 Vovember tahun lalu yang mendakwa dirinya diserang ‘budak’ Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Penarikan balik itu dibacakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim S Nantha Balan semasa proses mediatasi hari ini.

“Saya telah mengeluarkan kata-kata terhadap plaintiff (Zuraida) dalam keadaan marah, maka saya kesal, dengan kata-kata tersebut.

“Saya dengan ini ingin menarik kembali kata-kata yang saya hamburkan ketika situasi tegang itu di Ampang Point Mall kepada YB Zuraida Kamaruddin.

“Seterusnya, saya juga mengaku janji untuk tidak mengulangi sebarang kenyataan berkenaan,” katanya.

Hakim juga mencatat jumlah, yang tidak disebutkan, yang bakal dibayar kepada Zuraida. Zuraida memfailkan saman fitnah terhadap Jamal pada 17 November tahun lalu.

Pada 13 November tahun lalu, Jamal berdarah pada hidungnya selepas mendakwa dirinya diserang dan ditumbuk dalam satu kejadian di Ampang Point.

Kejadian berlaku ketika Jamal bersama kumpulan Baju Merah mengekori Zuraida yang sedang mempromosikan perhimpunan BERSIH5 di pusat beli-belah itu.

Mereka kemudiannnya bergelut dan Jamal menyalahkan anggota polis kerana didakwa menumbuknya. Beliau kedengaran seperti berkata “polis tumbuk saya”.

Walau bagaimanapun, Jamal pada sidang akhbar kemudian dilaporkan berkata seorang daripada "budak Zuraida" telah memukulnya dan beliau yang jelas tidak berpuas hati dengan insiden itu dan memberitahu akan bertindak balas.


Read more at https://m.malaysiakini.com/news/401103#9d1xTYq3SOXRgAXf.99


Read More...

Monday 6 November 2017

AKHIRNYA HADI AWANG YANG BERJAYA HERET NAJIB KE MAHKAMAH


Bila jerat sudah mengena, ramai yang tido tak lena.

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari,
Ku sangka ianya politik matang, rupanya ada udang di sebalik mi.

Perkara paling mungkin akan berlaku serta sukar dielakkan dalam kes saman Presiden Pas, Hadi Awang terhadap editor Sarawak Report, Clate Rewcastle-Brown ialah perlunya kehadiran Najib Razak sebagai saksi di mahkamah London.

Oleh kerana nama beliau telah dikaitkan secara langsung, bukan saja dalam isu RM90 juta yang didakwa diberikan kepada Pas, tetapi juga berkaitan RM200 juta yang dikatakan diterima oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, keperluan Najib untuk hadir memberi keterangan tidak boleh lagi dipandang remeh.

Apatah lagi buat pertamanya kalinya, Najib semalam juga menafikan pernah memberikan wang RM90 juta itu kepada Pas.

Memandangkan kenyataan itu dibuat secara terbuka ditempat umum, maka ia perlu disahkan sekali lagi dengan Najib sendiri mesti tampil sebagai saksi di dalam mahkamah.

Jika tidak, penafian Najib itu tidak boleh diterima dan hanyalah umpama perbualan dalam sembang-sembang di kedai kopi saja.

Dengan yang demikian, untuk menentukan Najib benar-benar tidak pernah memberikan wang, sama ada dalam jumlah RM90 juta atau RM200 juta, beliau perlu mengesahkannya di mahkamah.

Dalam hal berkaitan, bukan saja peguam Clare ingin menyoal Najib dengan lebih detail, malahan tentunya peguam Hadi juga ingin berbuat perkara yang sama.

Najib pula, dalam keinginan untuk memastikan Hadi menang kes samannya terhadap Clare itu, sudah pasti sukar untuk menolak daripada menjadi saksi kerana keengganan untuk hadir secara tidak langsung memperlihatkannya tidak mahu membantu Presiden Pas itu.

Hadi sendiri tentunya amat kecewa jika Najib enggan hadir untuk memberi keterangan dan membantunya dalam perbicaraan itu.

Dah jadi kawan, adatnya tentulah Najib dan Hadi boleh saling bantu-membantu.

Apabila hadir di mahkamah London, Najib pasti bukan saja akan ditanya mengenai wang RM90 juta, tetapi juga berkenaan RM200 juta dan kaitannya dengan 1MDB.

Ini kerana sebagaimana yang didakwa sebelum ini, kesemua wang yang dikatakan pemberian Najib itu adalah dipercayai bersumberkan daripada dana 1MDB yang diselewengkan.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dalam pendedahannya melalui akuan bersumpahnya sebelum ini, walaupun tidak menyebut jumlahnya, mengatakan Najib telah memberikan wang yang bersumberkan daripada 1MDB kepada Nasharuddin untuk disalurkan kepada pemimpin-pemimpin Pas.

Bekas Naib Presiden Pas, Husam Musa pula, di sebalik tidak menyebut nama sesiapa, tetapi secara terbuka mendedahkan angka RM200 juta itu serta nama sebuah bank, Affin Bank sebagai tempat di mana wang tersebut disalurkan.

Jika Rafizi dan Husam pun ada maklumat sedemikian rupa, apakah tidak mungkin peguam Clare mempunyai lebih maklumat lagi?

Maka, mampukah Najib menafikannya dalam mahkamah nanti?

Apa yang menariknya di sini, kalau sebelum ini Najib berjaya menolak beberapa saman untuk menghadapkannya ke mahkamah berkaitan 1MDB dan wang RM2,600 juta yang pernah diterimanya, bahkan soalan di Parlimen juga berjaya dielaknya, beliau kini sudah tiada pilihan lain lagi.

Najib kini terpaksa hadir ke mahkamah London dan seterusnya merelakan dirinya disoal oleh peguam di sana.

Akhirnya, meskipun Clare yang kena saman, dalam masa yang sama, Presiden Pas itu juga telah berjaya mengheret Perdana Menteri ke mahkamah - suatu perkara yang selama ini sedaya-upaya cuba dielakkan oleh Najib.

Tahniah buat Hadi Awang. (ShahbudinHusin 05/11/2017)


Read More...

Sunday 5 November 2017

Yusuf Azmi Digelar Bab* Kerana Peruntukan RM500,000


Gara-gara peruntukan RM500,000 yang diumumkan timbalan perdana menteri semalam, aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi berkata beliau digelar dengan bahasa kesat oleh netizen di media sosial.

Menjelaskan mengenai perkara itu hari ini, Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM itu berkata persatuan pengguna tersebut mempunyai banyak biro dan wang berkenaan diperuntukkan sebenarnya untuk membantu golongan pengguna.

"Jadi yang dapat itu adalah pusat (PPIM). Kita tak tahu menahu dan selama ini pun kami bergerak atas inisiatif kami sendiri, sukarelawan kami, kami (hanya) jadi aktivis," katanya sambil menambah beliau sendiri tidak ada pada majlis pengumuman itu semalam.

Menyambut baik peruntukan berkenaan, Yusuf berkata beliau menghormati pemimpin negara tetapi menegaskan dirinya mempunyai peranan untuk menyuarakan masalah rakyat.

"Saya menyuarakan masalah rakyat. Saya menyuarakan masalah golongan marhaen seperti saya. Jadi bila saya kata, bila saya kritik, bila saya tegur tu adalah benda yang benar dan jelas dan tolong ambil (tindakan).

"Kadang-kadang kita lihat, ada cyber trooper yang tiba-tiba menghentam kami, organisasi yang kecil yang membawa brand 1Malaysia ini, mengatakan kami nak buat duit.

"Selama tujuh tahun saya kendalikan unit tindakan khas (PPIM), kat mana yang mengatakan kami buat duit. Kami memperjuangkan isu pengguna," katanya.

Yusuf berkata, disebabkan peruntukan itu semalam, beliau digelar dengan perkataan kesat termasuk dipanggil bab* oleh netizen.

"Saya ni kasihan saya tuan-tuan. Dalam Facebook sekarang ni semua cakap saya bab*," katanya.

'Tak akan ambil RM1 pun'

Berikrar tidak akan menyentuh wang berkenaan Yusuf berkata peruntukan itu bukan untuk dirinya sebaliknya membantu golongan pengguna yang teraniaya.

“Saya Insya Allah, saya janji saya saya tak ambil RM1 pun, Insya Allah, bukan sebab saya tak ambil sebab duit itu haram, tidak, tapi bukan bahagian saya dan bukan saya yang patut terima.

“Mungkin yang patut terima adalah tuan-tuan,” kata Yusuf dalam video dimuat naik olehnya di Facebook.

Nama Yusuf mula mencuri perhatian selepas tindakannya dan aktivis PPIM lain menyerbu premis sebuah syarikat pajakan kenderaan beberapa bulan lalu.

Tindakan itu dikatakan diambil untuk membantu sejumlah individu mendapatkan semula kereta mereka daripada syarikat terbabit.

Dalam rakaman yang tular di media sosial, Yusuf dan rakan-rakannya dilihat berdepan pekerja syarikat itu dan bertindak memecahkan mangga kunci pagar stor syarikat serta merobohkan pagar premis berkenaan.

Susulan itu, Yusuf dan seorang lagi aktivis PPIM, Ali Salimin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang 24 Oktober lalu atas tuduhan menceroboh.

Semalam Zahid ketika berucap merasmikan penutup Forum Pengguna Ke-7 di Menara Felda, Kuala Lumpur mengumumkan peruntukan one-off sebanyak RM500,000 kepada PPIM.

Menganggap peruntukan itu sebagai fardu kifayah, Zahid berkata wang itu akan digunakan bagi membantu PPIM menyelesaikan masalah pengguna yang berdepan dengan syarikat pinjaman tidak berlesen (Ah Long) dan membanteras perjudian haram.


Read more at https://m.malaysiakini.com/news/400858#mJypKrMpYRxhv1uE.99


Read More...

Pulau Pinang Lumpuh Akibat Banjir Besar


BUTTERWORTH - Pulau Pinang terpaksa meminta bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ekoran keadaan hujan lebat berterusan yang menyebabkan tanah runtuh, pokok tumbang dan banjir kilat di banyak kawasan.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng ketika mengumumkan perkara itu turut kelihatan sebak kerana sedih dengan peristiwa yang melanda rakyat di negeri ini.
“Malam ini kita lihat satu bencana yang tidak pernah berlaku di Pulau Pinang yang mana 80 peratus negeri ini dilanda dengan angin taufan dan hujan lebat yang turun tak henti-henti.

“Saya minta rakyat kalau boleh duduk di rumah demi keselamatan, jangan keluar rumah kerana angin yang begitu kuat, pokok tumbang dan ada tanah runtuh,” katanya.

Menurutnya, keadaan bertambah genting apabila air masih naik dan angin ribut masih kuat.


Guan Eng (dua, kiri) bertanyakan sesuatu kepada salah seorang mangsa banjir, pagi tadi.
“Air banjir pula naik antara 10 hingga 12 kaki tinggi melepasi bumbung di Pulau Pinang. Pusat pemindahan banjir pula tiada bekalan elektrik.

“Pulau Pinang terpaksa minta bantuan daripada ATM,” katanya.

Guan Eng berkata, beliau berjaya menghubungi dan memaklumkan perkara itu kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Dalam Negeri kira-kira jam 3.30 pagi.


“Saya ucapkan terima kasih kepada beliau kerana menjawab panggilan saya. Beliau berjanji akan hantar bantuan ATM untuk selamatkan Pulau Pinang.

“Saya harap semua terus bersabar dan kita cuba pastikan bantuan akan sampai,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menjaga keselamatan diri dan keluarga masing-masing.


Read More...

Friday 3 November 2017

Ramai Berminat Nak Lihat Mahathir Pakai Baju Oren Lokap


Tun Dr Mahathir Mohamad percaya bahawa ramai yang berminat melihatnya diberi pakaian jingga yang tertera perkataan “lokap”.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian, sehari selepas Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa kecewa dan murka baginda berhubung kenyataannya yang didakwa dilihat cuba menghasut rakyat untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.

Dewan di-Raja Selangor, semalam juga dilaporkan mahu siasatan ke atas Dr Mahathir dan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan atau apa jua undang-undang berkaitan sewajarnya.

Dalam sebuah rakaman video yang disiarkan di Facebook petang ini, Mahathir berkata sejak beliau membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, banyak pihak mahu melihat dirinya ditangkap.

"Ramai orang yang berminat supaya saya diberi pakaian oren dengan perkataan ‘lokap’. Jadi ini satu lagi langkah ke arah itu.

“Kalau polis buat siasatan, saya mungkin kena pakai baju itu dan puas hatilah ramai orang.

"Dewan yang buat keputusan ini pun mungkin berminat melihat gambar saya pakai baju lokap,” kata ahli politik berusia 92 tahun itu.

Ucapannya pada himpunan “Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi” yang diadakan di Petaling Jaya, pada 14 Oktober lalu, mengundang kemurkaan sultan Selangor.

Bekas perdana menteri, yang kini mengetuai Pakatan Harapan, itu dilaporkan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya balik ke Sulawesi, tempat asal bagi mereka yang berketurunan Bugis, termasuk presiden Umno itu.

Antara kenyatannya itu berbunyi: “Mungkin kerana dia (Najib Razak) berasal dari lanun Bugis. Entah macam mana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis."

Berikutan bantahan dari pelbagai pihak, termasuk di Jakarta, Mahathir menjelaskan bahawa ucapannya ditujukan kepada Najib dan bukan seluruh masyarakat Bugis.

Dalam satu kenyataan media semalam, Sultan Sharafuddin berkata kenyataan Mahathir amatlah keterlaluan dan boleh mencetuskan rasa benci dan prasangka buruk rakyat terhadap bangsa Bugis sehingga boleh mencetuskan kekecohan dan huru-hara.

“Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor menganggap ucapan berkenaan amatlah keterlaluan dan boleh mencetuskan rasa benci dan prasangka buruk rakyat terhadap bangsa Bugis sehingga boleh mencetuskan kekecohan dan huru-hara.

“Tohmahan ini secara tidak langsung menghina salasihah dan keturunan Kesulatan Selangor yang berasal dari Bugis,” kata baginda.

Pagi ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memberitahu bahawa siasatan terhadap Mahathir sedang dijalankan tetapi tidak mendedahkan jika ia dibuat mengikut Akta Hasutan.

Read More...

TMJ Akhirnya Dedah Jembalang Dalam KFA


SAYA akan menghubungi Datuk Hamidin Mohd Amin, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ataupun Kevin Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP untuk bertanyakan sekiranya mempunyai lebihan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia agar diberikan kepada penyokong Kedah yang tidak mendapat tiket.

Perhubungan antara penyokong Kedah dan penyokong Johor sekarang ini agak tegang jika dibandingkan dengan sebelum ini. Ia pelik apabila perkara ini tidak terjadi ketika kepimpinan sebelum ini.

Inilah terjadi apabila ada Menteri Besar yang kurang tegas dan terdapat orang bawahan yang buat kerja bukan-bukan termasuklah sengaja ingin menegangkan hubungan kedua pihak demi politik masing-masing.

Agenda politik tidak boleh ada di dalam bola sepak. Penyokong Kedah dan penyokong Johor tidak perlu bergaduh antara satu sama lain. Jika kita bergaduh, inilah yang mereka mahukan. Inilah agenda dan strategi yang digunakan dari dahulu lagi oleh parti politik iaitu 'divide and conquer'.

Kita semua harus terus bersatu untuk terus menyingkirkan elemen politik dalam sukan bola sepak. Mereka banyak duit dan bukan sahaja berkawan dengan wartawan, tetapi mereka juga menggunakan saluran 'cybertroopers' dalam media sosial untuk memecahbelahkan rakyat.

Orang-orang sengaja menulis sesuatu isu hangat antara dua pihak ini supaya wujud pergaduhan. Apabila kita begaduh dan saling berpecah-belah, mereka yang untung. Nasihat saya kepada anda semua adalah jangan termakan umpan mereka.

Baru-baru ini, ada seorang exco persatuan dan orang dalam persatuan yang menjaga satu 'group chat' di mana dalam kumpulan tersebut terdapat beberapa orang dalam media, personaliti sukan termasuk beberapa exco FAM sekali.

Mereka ini bercakap mengenai bola sepak macam pandai sangat, macam dah bertahun-tahun menguruskan persatuan atau kelab yang maju. Sedangkan semua tiada pencapaian dan hanya pandai bercakap dan setiap hari mengumpat.

Orang seperti ini hanya mengutamakan kepentingan peribadi. Kalau mereka pandai sangat, saya ingin menjemput orang-orang ini semua untuk menguruskan bola sepak tanah air.

Sesetengah individu-individu ini pernah berjalan bersebelahan saya. Dia fikir apabila dia bernafas udara yang sama dengan saya, dia adalah segala-galanya. Sedih ia sebenarnya tidak sama sekali. Saya akan dedahkan nama-nama ini ketika sesi perjumpaan Presiden FAM bersama penyokong di Kuala Lumpur nanti.

Baru-baru ini, pihak FMLLP mencadangkan untuk menjemput saudara Radhi Mat Din, seorang lagenda dan bekas ketua pasukan bola sepak Kedah yang juga pemenang Piala Malaysia sebelum ini untuk majlis pembukaan tirai Perlawanan Akhir Piala Malaysia pada sabtu ini.

Bagaimanapun, FMLLP telah menerima ugutan daripada exco Kedah yang tidak akan menghadiri perlawanan tersebut jikalau saudara Radhi hadir pada malam itu. Ini disebabkan kerana saudara Radhi adalah seorang ahli parti Pas.

Saya tidak kisah anda sokong Pas atau Umno, kerana yang penting bola sepak atau sukan tiada kena mengena dengan politik. Saudara Radhi berhak untuk bersama dengan penyokong Kedah ketika majlis pembukaan tersebut di atas pencapaian beliau membantu Kedah menjuarai Piala Malaysia.

Individu-individu ini juga adalah dalang yang menyuruh FAM menanggung sendiri kos jika mahu mengadakan mesyuarat exco FAM di Kedah. Ia seolah-olah tidak bersetuju untuk FAM ke Kedah dan memberi peluang kepada saya untuk bertemu dengan penyokong bola sepak di Kedah yang saya hormati.

Sedangkan sebelum ini, mesyuarat exco yang diadakan di Sabah dan Terengganu, Sabah membayar semua kos dan begitu juga dengan Terengganu turut menanggung kos tersebut kerana ini adalah satu kerjasama di mana bola sepak adalah hak milik rakyat dan kami bersama semua negeri bergabung untuk membangunkan bola sepak tanah air.

Orang yang ada sikap kepentingan peribadi atau agenda politik tidak patut berada dalam bola sepak.

Yang terakhir, saya tahu ramai individu yang berada dalam FAM kurang senang dengan saya kerana saya yang menandatangani cek dan membuat keputusan berkenaan penaja-penaja.

Saya tiada niat nak menyekat rezeki orang cuma saya hanya menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada saya untuk menjaga duit persatuan.

Sekarang ini minta maaflah tiada lagi sikap 'cronism'. Ada juga orang di dalam FAM yang menunggu pasukan kebangsaan kalah, lantas menggesa sesetengah media dan portal media sosial untuk menghukum Presiden FAM.

Ia bertujuan kononnya ingin memberi tekanan kepada saya dan berharap saya meletak jawatan untuk mereka dapat melakukan aktiviti-aktiviti tertentu di dalam FAM.

Saya juga ingin menasihatkan kepada pemuda Umno Kedah, jaga sikit mulut anda semua. Di dalam sukan bola sepak kita sepatutnya bermusuh hanya di dalam padang sahaja bukan di luar padang.

Jangan lupa parti politik awak dilahirkan dimana, dan belajar hormati Institusi. Apabila menjadi ahli politik, tugas anda adalah berkhidmat dan menjadi hamba kepada rakyat, bukan menjadi ahli politik semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Read More...

Wednesday 1 November 2017

Tiket Bola: SPRM Kedah 'Singgah' Pejabat KFA



ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sudah memberi penerangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah berhubung dakwaan segelintir penyokong mengenai kegagalan mereka menguruskan penjualan tiket final Piala Malaysia 2017.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Tiket dan Pintu Masuk KFA, Shaharol Niza Omar mengesahkan pihaknya dikunjungi beberapa pegawai SPRM yang melakukan siasatan awal mengenai laporan yang dibuat kelab penyokong dan KFA menjelaskan pertemuan hampir dua jam itu berlangsung dengan baik.

“Ketika pegawai SPRM datang ke pejabat ini, kami sedang menguruskan pengagihan tiket untuk tempahan membabitkan 400 bas dan SPRM turut menyaksikan sendiri agihan tiket dan senarai tempahan yang dibuat.

“Malah, SPRM juga turut menjelaskan bahawa agihan tiket perlawanan akhir adalah termaktub kepada KFA dan kami tidak melanggar sebarang polisi memandangkan kami tidak terikat dengan apa-apa polisi yang menyatakan mengenai jumlah tiket yang perlu dijual di kaunter.

“Harus diingat, tempahan untuk 400 bas itu juga adalah untuk penyokong Kedah bukannya untuk orang asing ataupun ulat.

Bakinya baru dijual di kaunter jadi dua bentuk agihan itu tetap sampai kepada penyokong Kedah,” katanya ketika ditemui di pejabat KFA, sebentar tadi.

Sementara itu, SPRM Kedah mengesahkan pihaknya menghantar beberapa pegawai ke pejabat KFA selepas mendapat laporan mengenai kelemahan pengagihan tiket perlawanan akhir antara Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabtu ini.

Bagaimanapun, sumber SPRM Kedah menjelaskan ia adalah lebih kepada siasatan awal membabitkan dakwaan kelab penyokong yang membuat laporan itu dengan beberapa pegawai itu tiba di pejabat KFA kira kira jam 1.30 tengah hari tadi.

“Kami mendapatkan penjelasan daripada pihak terbabit selepas mendapat beberapa laporan terhadap KFA mengenai pengagihan kuota tiket sehingga mencetuskan kekecohan di Stadium Darul Aman.

“Namun, tiada apa yang boleh kami berikan buat masa ini kerana ia masih di peringkat awal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Persatuan Penyokong Lang Merah (LMFA) bercadang untuk membuat satu laporan kepada SPRM berhubung kelemahan sistem penjualan tiket final Piala Malaysia antara Kedah dan JDT yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Pengerusi LMFA, Wan Syazwan Wan Fadzelah berkata, pihaknya amat kecewa dengan kegagalan KFA menguruskan pembahagian tiket hingga mengakibatkan berlakunya beberapa insiden kekecohan di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah, hari ini.

Read More...

Datuk Seri Positif Dadah


KUALA LUMPUR - Ujian saringan air kencing terhadap Datuk Seri yang ditangkap selepas kejadian memukul anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) didapati positif dadah.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Menurutnya, selain telah melihat laporan-laporan lalu, dapati juga suspek memiliki satu rekod dibawah pengambilan dadah.

"Malah difahamkan juga urine Datuk Seri ini adalah positif dan kita akan ambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya.

"Selain itu, kita juga akan melihat dan menyiasat lain-lain aspek sekiranya ada kegiatan yang melanggar undang-undang," katanya dalam sidang media Majlis Sambutan Deepavali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.

Mengulas dakwaan gambar Datuk Seri terbabit yang tular dengan senjata api, Noor Rashid berkata, tiada laporan setakat ini dan kalau ada tindakan sewajarnya akan diambil.

Tambah beliau lagi, berkaitan dengan isu penarikan permit pemilikan senjata api, kalau dirasakan seseorang itu dibenarkan memiliki lesen untuk menjaga keselamatan diri dan sekiranya dengan ada senjata api ia boleh membahayakan keselamatan orang lain, atas budi bicara Ketua Polis Negara, lesen itu akan ditarik balik dan tindakan sewajarnya akan diambil.

Dalam pada itu, polis turut menjalankan siasatan dan menyemak berhubung gelaran Datuk Seri suspek.

Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengesahkan Datuk Seri terbabi telah direman empat hari sehingga Jumaat bagi membantu siasatan.

Kelmarin, suspek berusia 29 tahun telah ditahan pada jam 4 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang.

Pada 27 Oktober lalu, tiga anggota Rela yang sedang menjalankan tugas kawalan keselamatan bagi upacara keagamaan di sebuah tokong di Kampung Baru Ampang dikasari individu dipercayai bergelar Datuk Seri.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi, salah seorang daripada tiga anggota Rela berkenaan menegur Datuk Seri terbabit kerana memberhentikan kenderaan di hadapan tokong itu sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit. Bagaimanapun, teguran itu menyebabkan anggota terbabit dikatakan dipukul di beberapa bahagian badan.


Read More...

4 Anggota RELA Disogok Datuk Seri Buat Laporan SPRM


ANGGOTA RELA yang diserang lelaki bergelar Datuk Seri membuat laporan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.

PUTRAJAYA: Empat anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang dipukul individu bergelar Datuk Seri membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung cubaan merasuah bagi menutup kes berkenaan.

RELA dalam kenyataan hari ini berkata laporan itu dibuat di Pejabat SPRM di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.

Anggota itu, Melvin Cheong Mun Khai, 19; Leong Jiun Jie, 21; Lee Weng Poh, 27; dan Ho Hoong Keong, 55, memberi keterangan kepada SPRM mengenai suapan yang ditawarkan kepada mereka bagi menutup dan menarik balik laporan polis terhadap Datuk Seri itu.

"Mereka memberi keterangan secara bergilir-gilir bermula jam 12.45 tengah hari hingga 3.30 petang dan mendapat kerjasama baik daripada pihak SPRM," kata kenyataan itu.

Dalam kejadian di Kampung Baru Ampang, Selangor pada jam 6.30 pagi Jumaat lalu, anggota RELA itu mengalami kecederaan di kepala, mata dan perut selepas mendakwa dipukul dan ditendang Datuk Seri berusia 29 tahun itu.

Mangsa mendakwa kejadian berlaku hanya kerana mereka meminta individu terbabit mengalihkan kenderaan jenis Toyota Vellfire yang diletakkannya di tepi jalan besar yang menghalang lalu lintas.

Datuk Seri itu ditahan kira-kira jam 4 petang semalam selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dan dia direman selama empat hari bermula hari ini.

Dia ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan tugas. -- BERNAMA

Read More...

Suspek Pukul RELA Serah Diri Naik Bentley


Seorang lelaki bergelar 'Datuk Seri' yang dilaporkan sebagai suspek menyerang tiga anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) telah ditangkap selepas beliau menyerah diri kepada pihak polis petang ini.

Menurut China Press, lelaki tersebut tiba di ibu pejabat polis daerah Ampang sekitar jam 3.50 petang tadi dengan menaiki sebuah kereta mewah Bentley.

Suspek ditemani peguamnya dan 10 orang lagi.

Menurut laporan media tempatan lelaki itu mungkin akan ditahan semalaman. Lelaki itu juga akan mengikuti prosiding untuk direman esok hari, lapor Berita Harian.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri yang menasihatkan 'Datuk Seri' terbabit supaya menyerah diri selepas lelaki itu dipercayai mencederakan tiga anggota RELA baru-baru ini.

Menurut laporan China Press, pihak polis Selangor berkata suspek disiasat kerana menyebabkan kecederaan dan menghalang penjawat awam daripada melaksanakan tugasnya.

'Datuk Seri' itu dikatakan telah mencederakan tiga anggota RELA terbabit selepas aduan dibuat terhadapnya kerana menganggu lalu-lintas dalam di sebuah majlis kuil Jumaat lalu.

Sementara itu, satu lagi laporan media tempatan menyebut ketua RELA daerah Ampang mendakwa beliau dihubungi pihak tertentu yang menawarkan beliau dan tiga mangsa itu sebanyak RM10,000 jika laporan polis tersebut ditarik balik.

Ho berkata tawaran itu ditolak.




Read More...

Tuesday 31 October 2017

Sudah Kena Tangkap! Wajah & Identiti ‘Datuk Seri’ Pukul RELA Akhirnya TERBONGKAR!


October 30, 2017 fruuoogg Viral
Datuk Seri‘ berpelakuan gangster yang dikehendaki polis selepas didakwa memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ketika sedang bertugas di sebuah tokong dekat Kampung Baru, Jumaat lalu, telah ditahan pada jam 4 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata suspek berusia 29 tahun itu ditahan ketika hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Katanya, perintah reman terhadap lelaki itu akan dibuat di Mahkamah Majistret Ampang, esok (31 Oktober).


Wajah & Identiti “Datuk Seri” itu sudah dikenal pasti

Hasil pendedahan netizen, Datuk Seri itu dikenali sebagai Nicky Liow Soon Hee, berusia 29 tahun dan berbangsa cina.

Dilihat pernah bergambar bersama bekas IGP, Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan mengenakan pakaian kemeja logo ‘PDRM’.


Dipercayai menerima darjah kebesaran daripada KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada tahun 2012.



Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, tiga anggota RELA iaitu Melvin Cheong Mun Khai,19; Leong Jiun Jie,21, dan Lee Weng Poh, 27, masing-masing cedera bengkak di mata kiri, selain sakit di beberapa bahagian badan selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki itu.

Mereka mendakwa kejadian berlaku hanya kerana mereka meminta ‘Datuk Seri’ itu untuk mengalihkan kenderaan jenis Toyota Vellfire yang diletakkan di tepi jalan besar kerana menghalang lalu lintas.



Berikutan kejadian, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Ampang, selain turut membuat aduan kepada Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Kehormat RELA.

Datuk Seri itu juga didakwa cuba rasuah anggota RELA terbabit untuk menarik balik laporan polis yang dibuat.

Ketua Pengarah Rela, Zulkifli Abidin berkata, salah seorang mangsa telah dihubungi oleh seorang individu yang didakwa menawarkan wang RM10,000 jika mereka sanggup membatalkan laporan polis tersebut.

Datuk Seri terbabit telah mengarahkan seorang individu yang bertindak sebagai ‘orang tengah’ membuat tawaran itu.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

Suspek juga boleh dikenakan hukuman dibawah seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 kerana menawarkan suapan.

Sumber: INFOKINI




Read More...

Monday 30 October 2017

Video: Anggota Polis dah di depan mata pun nak bertumbuk lagi



PUCHONG - Viral di media sosial
video enam lelaki bergaduh selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara Puchong, berhampiran pusat beli-belah, IOI Mall, Puchong, semalam, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 1.15 petang semalam, berlaku kemalangan yang membabitkan kereta Proton Satria Neo dengan Toyota Vios lalu menyebabkan pergaduhan di antara kedua-dua pihak.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu terus mengarahkan sepasukan anggota unit kereta peronda (MPV) ke lokasi kejadian.


Semasa anggota tiba di lokasi, didapati berlaku pergaduhan antara pemandu kenderaan terbabit dan anggota mengarahkan supaya mereka bersurai tetapi mereka enggan mematuhi arahan polis.

"Malah, pemandu kereta Proton Satria Neo bertindak masuk ke dalam kereta dan mengundurkan kenderaan dengan laju serta melanggar kereta Toyota Vios terbabit.

"Kejadian turut menyebabkan kereta MPV polis yang berada di belakang kereta Toyota Vios turut dilanggar akibat rempuhan kuat itu," katanya.


Susulan kejadian itu, pihak polis telah menahan enam suspek berusia 40-an dan kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk tindakan lanjut.



Read More...

Belum PRU14 Pas Sudah Mengaku Kalah...

Pas mungkin boleh kalah dalam PRU: Nasrudin


SHAH ALAM - Pas mungkin boleh kalah dalam pilihan raya tetapi tidak pernah kalah dalam perjuangannya.

Ini kerana menurut Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan, Pas mempunyai masa depan yang cerah dalam arena politik negara.

Kata Nasruddin, Pas memiliki generasi pelapis yang mantap dan ia berjaya dibuktikan menerusi pelancaran Jentera Pilihanraya Perak dan Kedah.

"Berdasarkan pemerhatian saya, kedua-dua himpunan tersebut melepasi angka sasar. Kehadiran lima ribu sasaran di Kuala Kangsar Perak dan 12 ribu sasaran di Kota Sarang Semut Kedah.

"Saya berkesempatan hadir di dua himpunan tersebut. Majlis berlangsung pada 28 Oktober (Sabtu). Jam 2.30 petang di Kuala Kangsar dan 9.30 malam di Kota Sarang Semut.

"Sekali lagi menyaksikan anak-anak muda menepati 80 peratus kehadiran dengan semangat waja dan kental berjuang di ruang demokrasi untuk memenangkan Pas dalam PRU14 kelak," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau dalam masa sama yakin yang Pas akan terus mara dan teguh bersama perjuangan Islam dan prinsipnya.

"Biar menempuh 1001 ujian. Pemimpin pergi dan datang, isu semasa pasang dan surut, namun 'temperature' perjuangan Islam tidak pernah rendah.

"Dasar perjuangan Islam, prinsipnya yang teguh, pendekatannya yang matang dan sejahtera, langkah yang konsisten, sikapnya yang jelas dan kesatuannya yang mantap menjadikan Pas terus mendekati pelbagai pihak dan didekati oleh semua," katanya.


Read More...

Sunday 29 October 2017

Bekas Mufti Kedah Sertai Pas



Bekas mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhammad Baderudin Ahmad antara tiga tokoh yang diumum menyertai PAS sempena himpunan 12K Jentera Pilihan Raya PAS Kedah hari ini.

Selain Sheikh Muhammad Baderudin, turut diisytihar menyertai PAS ialah bekas pegawai Majlis Agama Islam Kedah, Sheikh Mohd Uzaidz Baharom dan bekas Penolong Pengarah Jakim, Mahadir Mohd Noor.

Bagaimanapun, Harakahdaily melaporkan Sheikh Muhammad Baderudin dan Sheikh Mohd Uzaidz tidak dapat hadir pada himpunan yang diadakan di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut itu kerana tugasan lain.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan sama ada Sheikh Muhamad Baderudin dan Sheikh Mohd Uzaidz menjadi ahli atau hanya 'menyertai' PAS bagi menunjukkan sokongan mereka.

Ini berikutan awal September lalu, PAS turut mengumumkan beberapa tokoh ternama akan menyertai parti itu pada himpunan Fastaqim 2.0 yang diadakannya di Terengganu.

Namun pengumuman itu berakhir dengan hanya pengisytiharan sokongan beberapa tokoh berkenaan terhadap PAS.

Ketua penerangan PAS, Nasarudin Hasan kemudian berkata maksud 'bersama' atau 'menyertai' perjuangan PAS tidak semestinya menjadi ahli.

Sementara itu, Mahadir berkata beliau tertarik menyertai PAS kerana pendekatan budaya politik matang dan sejahtera yang dilaksanakan PAS dan beberapa pendekatan lain.

"Ikhlas saya katakan, ahli-ahli dan pemimpin PAS ini ikhlas dan penat lelah mereka tidak mengharapkan bayaran atau ganjaran," ujar beliau.

Beliau juga yakin PAS akan beroleh kemenangan memandangkan gelombang momentum rakyat berpihak kepada parti itu termasuk mendapat sokongan golongan muda.

"Saya juga menyokong penuh PAS bertanding sendirian kerana PAS mempunyai kekuatannya tersendiri dan mampu menarik sokongan rakyat," tambahnya lagi.

Mahadir menerima sijil keahlian PAS dari Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada himpunan yang dilapor disertai sekitar 15,000 ahli PAS itu.



Read more at https://m.malaysiakini.com/news/399981#q9s0GsiLDgDxeHPW.99

Read More...

Datuk Seri Berusia 28 Tahun Diarah Serah Diri


KAJANG 29 Okt. - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada seorang lelaki berpangkat ‘Datuk Seri’ untuk segera menyerah diri kepada polis ekoran tindakannya yang memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Ampang, dekat sini pada Jumaat lalu.

Kata Timbalan Perdana Menteri, individu tersebut masih belum ditangkap namun pihak polis mengetahui siapa dan di mana lokasi lelaki itu berada.


Menurutnya, sesiapa sahaja di negara ini tertakluk di bawah perundangan, dan gelaran atau pangkat bukan merupakan lesen untuk mengambil tindakan kekerasan terhadap orang lain terutamanya petugasberuniform.


“Kita mengetahui siapa dia dan di mana beliau berada, eloklah menyerah diri sebelum polis tangkap.


“Ini pengajaran kepada semua bahawa sesiapa yang mempunyai gelaran bukan bermakna undang-undang berada dalam tangan mereka,” kata beliau selepas merasmikan Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri Tahun 2017 di Maktab Penjara Malaysia di sini hari ini.


Beliau mengulas kejadian yang berlaku di sebuah Tokong di Kampung Baru Ampang, apabila lelaki berpangkat Datuk Seri itu berang kerana ditegur oleh anggota Rela yang meminta beliau mengalih kenderaan Toyota Vellfire miliknya yang diletakkan di tepi jalan kerana menghalang lalu lintas.


Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, tiga anggota Rela, Melvin Cheong Mun Khai,19, Leong Jiun Jie, 21 dan Lee Weng Poh, 27 mengalami kecederaan akibat diserang oleh ‘Datuk Seri’ yang berusia 28 tahun itu.-UTUSAN ONLINE


Read More...

Saturday 28 October 2017

3 Anggota RELA Dakwa Dipukul Datuk Seri Berusia 28 Tahun


ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong menunjukkan kecederaan yang dialami anggota RELA yang didakwa dipukul seorang lelaki berstatus 'Datuk Seri'.


KUALA LUMPUR: Tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) cedera selepas mendakwa dipukul seorang lelaki berstatus 'Datuk Seri' ketika sedang bertugas di sebuah tokong dekat Kampung Baru, pagi semalam.

Salah seorang daripada mangsa, Melvin Cheong Mun Khai,19, berkata kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu bermula ketika dia yang melakukan kawalan bersama rakannya, Leong Jiun Jie,21, meminta Datuk Seri berusia 28 tahun untuk mengalih kenderaan jenis Toyota Vellfire yang diletakkan di tepi jalan besar kerana menghalang lalu lintas.

Mun Khai mendakwa, teguran itu menyebabkan lelaki berkenaan naik berang sebelum dia bertindak menepuk meja dan memaki hamun mereka.

"Seorang rakan, Lee Weng Poh, 27, yang turut bertugas ketika itu datang dan cuba meleraikan keadaan tetapi, dia ditampar lelaki itu.

"Datuk Seri itu turut memukul dan menendang kami selain mengugut akan mengapa-apakan kami selepas ini," katanya.

Mereka ditemui selepas membuat aduan kepada Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong yang juga Timbalan Pesuruhjaya Kehormat RELA di Wisma MCA, di sini, hari ini.

Mun Khai berkata, kejadian mengakibatkan mereka masing-masing cedera bengkak di mata kiri selain sakit di beberapa bahagian badan.

Katanya, satu laporan polis turut dibuat di Balai Polis Ampang bagi membolehkan tindakan lanjut diambil polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Mohd Zaid Hassan mengesahkan menerima laporan daripada mangsa.

Beliau berkata, setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat dan siasatan lanjut masih dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

"Kita juga sedang menyiasat bagi mengenal pasti suspek serta pengesahan berhubung status Datuk Seri itu," katanya dalam satu kenyataan.


Read More...

Pas Diramal Akan Kalah Di Kelantan



KETUA Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan, Hazmi Hasan (tiga dari kiri) bersama dengan Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan, Mohd Sukiman Mustafa (tiga kanan) bersama ahli-ahlinya menunjukkan kad jemputan bagi menghadiri Konvensyen Pemuda Pakatan Harapan yang akan diadakan pada Sabtu ini jam 8.30 pagi di Dewan Perniagaan Cina Kota Bharu dalam pertemuan di sebuah kedai makan, bandar Kota Bharu. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Pemuda Pakatan Harapan menyifatkan PAS mungkin akan mengalami kekalahan di Kelantan seandainya mereka tidak bersama dengan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan, Hazmi Hasan, berkata peluang untuk PAS tumbang di negeri ini amat cerah jika mengikut kepada perkembangan situasi politik masa kini.

"Kita semua tahu hakikatnya PAS sebelum ini pun sudah kalah, dan hanya bergantung harap kepada undi perantau yang pulang ke kampung untuk mengundi.

"Daripada data terkini yang kita dapat, lebih 42,000 pengundi luar menukarkan alamat mereka (kepada tempat tinggal terkini) dan jika sesuatu tidak dilakukan untuk mengambil hati mereka, sudah tentu pemerintahan PAS di negeri ini akan tumbang," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Hazmi berkata sesuatu perlu dilakukan untuk membentuk kembali pakatan pembangkang bagi memudahkan pertandingan satu lawan satu pada PRU akan datang.

"Jadi kami mengambil inisiatif untuk menjemput semua pemuda parti politik di negeri termasuk Dewan Pemuda PAS bagi sama-sama menghadiri Konvensyen Pemuda Pakatan Harapan yang diadakan pada Sabtu ini jam 8.30 pagi di Dewan Perniagaan Cina Kota Bharu," katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Kelantan, Mohd Sukirman Mustafa, berkata PAS dijangka tidak akan memberikan laluan mudah kepada PKR di dalam PRU14 terutama di Kelantan.

"Kita masih lagi menganggap PAS di pihak pembangkang dan akan cuba bekerjasama dengan mereka namun jika gagal, PKR tetap akan mempertahankan serta meletakkan calon di negeri ini dalam PRU kali ini," katanya.


Read More...

Anggota MT Umno Ditikam Di Kepala Dan Bahu



Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Sohaimi Shahadan dilaporkan ditikam di kepala dan bahu di depan rumahnya di Sungai Buloh pada pukul 9 malam tadi, oleh seorang lelaki yang dipercayai tidak siuman.

Menurut laman mStar Online, isterinya Datin Nurul Azni Roslan berkata, kejadian itu berlaku ketika Sohaimi baru keluar dari rumah bersama-sama pemandu dan adik iparnya untuk ke Shah Alam.

"Mula-mula orang itu baling batu ke arahnya dan belum sempat dia bertanya mengapa orang tersebut bertindak begitu, dia terus ditikam.

"Kejadian malam ini bukanlah kali pertama berlaku. Orang yang sama pernah menyerang suami saya sebelum ini dengan membaling batu dan menyimbah cat ke arah kereta kami," katanya seperti dipetik.

Polis juga telah mengambil keterangan berkenaan kejadian itu, kata laporan itu lagi.

Nurul Azni berkata Sohaimi kini dirawat di Hospital KPJ Damansara dan kini dalam keadaan stabil.



Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP