Thursday 28 February 2013

Nabil Tunjuk Bodoh Lagi..


video PALING BODOH pernah aku tengok..woi Nabil, ko SPM pon xlepas nak ckp hal politik n pendidikan negara plak. KEBODOHAN MELAMPAU


Read More...

Manifesto Pakatan Pembangkang ibarat surat khabar lama. Kata Mohd Zin

SHAH ALAM - Manifesto pakatan pembangkang Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP adalah ibarat surat khabar lama kerana ia merupakan ulangan semula janji-janji yang masih gagal dikotakan, kata Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed (kiri)

Beliau berkata janji yang dibuat adalah perkara yang masih tidak ditunaikan seperti pendidikan percuma walaupun pakatan pembangkang telah memerintah hampir lima tahun di Selangor.

"Jika diteliti dalam manifesto lepas di Selangor sahaja, saya rasa mereka hanya realisasikan lebih kurang 15 peratus daripada keseluruhan janji-janji manis yang dibuat, malah dengan berani Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata manifesto bukanlah satu akujanji," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Zin berkata dalam manifesto pakatan pembangkang yang diumumkan baru-baru ini jelas membabitkan kos yang tinggi dan beliau mempersoal kemampuan mereka melaksanakannya.

Beliau berkata secara keseluruhannya manifesto pakatan pembangkang itu jelas satu janji pilihan raya bertujuan hanya untuk memancing undi semata-mata.

Katanya antara janji yang dibuat pakatan pembangkang seperti kononnya ingin menghapuskan monopoli dengan mewujudkan Suruhanjaya Anti-Monopoli, sebenarnya perlu dilaksanakan dahulu di Selangor terutamanya dalam industri perlombongan pasir.

"Industri perlombongan pasir yang berharga berbilion ringgit hanya dimonopoli oleh sebuah syarikat sahaja iaitu Kumpulan Semesta Sdn Bhd. Bukankah sepatutnya tender melombong pasir ini perlu diberikan secara terbuka agar hasil yang diperoleh lebih telus dan mampu menjana ekonomi," katanya.

Sementara itu, Mohd Zin berkata beliau sedia berdebat dengan mana-mana pihak membabitkan manifesto BN dan pakatan pembangkang di Selangor.

"Saya sedia berdebat dengan siapa sahaja selepas kita lancarkan manifesto untuk sama-sama lihat perbezaan antara janji manis mereka yang hanya tinggal janji dengan manifesto BN yang bersifat realistik," katanya.

Mohd Zin berkata pihaknya masih dalam proses memurnikan manifesto BN di Selangor yang dilakukan melalui penyelidikan dan mengambil kira pelbagai aspek termasuk rekod lepas, perancangan masa depan dan keadaan ekonomi global. - Bernama


Read More...

Video - Najib Tak Berani Tegur Mahathir, Tak Berani Tegur Perkasa




Read More...

Bukti Pengkhianatan Mahathir Terhadap Rakyat Malaysia

Siti Aminah berkata dia bersama ahli Umno yg lain bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan ketua kampung untuk mengeluarkan 500,000 IC biru kepada pendatang Filipina dan Indonesia pada 1990 ke 1994.

PETALING JAYA, 28 Feb – Bekas ahli Umno mendakwa kira-kira 500,000 kad pengenalan biru (IC) diberikan kepada pendatang dari Filipina dan Indonesia di Sabah sekitar awal 1990an atas arahan Ketua Umno Sabah ketika itu,Tun Datu Mustapha Harun.

Siti Aminah Mahmud, yang bekerja secara sukarela di Pejabat Umno di Kota Kinabalu hari ini berkata, Mustapha, yang menjawat jawatan ketua menteri pada 1967 hingga 1975, berkata kepadanya, IC berkenaan diberikan untuk menyingkirkan kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS).

“Datu Mustapha kata ini projek (Tun) Dr Mahathir (Mohamad). Jangan takut kena tangkap,” kata Siti Aminah ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, merujuk kepada perbincangan Mustapha kepadanya dan juga ahli Umno di Kota Kinabalu pada 1990.

“Datu Mustapha kata ia untuk meningkatkan pengundi Melayu untuk menjatuhkan PBS,” kata wanita berusia 62 tahun itu lagi.

Jelas Siti Aminah, dia bersama ahli Umno yg lain bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan ketua kampung untuk mengeluarkan 500,000 IC biru kepada pendatang Filipina dan Indonesia pada 1990 ke 1994 di beberapa kawasan di Sabah, termasuk Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Kota Kinabalu, dan Semporna.

Tambahnya, dia ditahan di bawah Akta Dalam Negeri (ISA) pada 1995 hingga 1997 kerana didakwa mengeluarkan IC palsu dan memalsukan dokumen JPN.
Pilihan Raya Negeri Sabah pada 1994 menyaksikan PBS hanya memenangi 25 daripada 48 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Namun beberapa wakil rakyat PBS kemudiannya menyertai Barisan Nasional (BN) menyebabkan kerajaan itu tumbang.

Mustapha, yang merupakan pengasas parti United Sabah National Organisation (USNO), dianggap sebagai parti bapa kemerdekaan Sabah kerana rundingan berkenaan kebebasan negeri tersebut pada 1963, sebelum meninggal dunia pada 1995 ketika berumur 76 tahun.

USNO menyertai Berjaya, diketuai bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh untuk membentuk Umno Sabah selepas PBS menewaskan Berjaya pada 1990.

Dr Mahathir, perdana menteri paling lama berkhidmat sejak 1981 hingga 2003 dituduh menjadi dalang kepada skandal "Projek IC", yang mana kerakyatan didakwa diberikan kepada pendatang asing untuk membolehkan mereka mengundi.

Beliau pada sidang media bulan lalu mengakui pendatang di Sabah diberikan kerakyatan, namun menegaskan ianya dilakukan mengikut "prinsip undang-undang."

Harris, yang mentadbir negeri tersebut sejak 1976 hingga 1985 bagaimanapun membuat penafian ketika Inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang asing di Sabah dalam "Projek IC".

Lebih sat suku daripada populasi di Sabah adalah pendatang asing, sekitar 889,000 daripada 3.2 juta populasi keseluruhan di Sabah, atau 28 peratus, berdasarkan bancian pada 2010.

Sabah mempunyai 926,638 pengundi berdaftar, berdasarkan laporan akhbar The Star pada Jun lalu.

Siti Aminah berkata, satu no kad pengenalan akan dikeluarkan kepada 20 hingga 30 orang.

"Satu alamat digunakan 20 orang," katanya.

"Di satu-satu kawasan, akan ada ketua yang akan menghimpunkan orang ramai. Bila kami tiba, kami akan dapatkan nama mereka. Kami tidak bertanyakan agama mereka. Kami hanya melihat jika mereka mempunyai nama Muslim. Jika tidak, kami akan menukarkannya, dan mengambil gambar serta cap ibu jari kemudian menghantarnya ke pejabat Umno," tambahnya.

Kad pengenalan biru itu jelas Siti Aisyah akan diserahkan dalam tempoh sebulan dan dihantar dalam karung kepada ketua kampung.

"Kami akan mengarahkan ketua kampung,'Tok, arahkan penduduk kampung mengundi Umno," katanya.

Siti Aminah, yang kini merupakan ahli PKR berkata beliau tidak mengetahui sekiranya pendatang berkenaan diberikan bayaran untuk IC tersebut.

Pegawai atasan Cawangan Khas Supt Ahmad Fauzan Mohamad dalam testimoninya di RCI minggu lalu berkata sindiket yang melibatkan Pengarah JPN ketika itu mengaut sejumlah RM11 juta daripada penjualan IC kepada pendatang terbabit.

Katanya lagi, tiada seorang pun daripada 94 individu berkenaan, yang ditahan di bawah ISA bermula 1995 hingga 2001 kerana penglibatan mereka dibicarakan di mahkamah.

Siti Aminah berkata lagi, dirinya masih belum dipanggil untuk memberi keterangan dalam RCI.

Beliau turut menegaskan nama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ketika itu timbalan perdana menteri tidak pernah disebut dalam "Projek IC."

"Anwar menentang Datu Mustapha dan Megat Junid dalam Projek IC," katanya.
Siti Aminah berkata, menurut Mustapha, "Projek IC" di bawah Haris diberikan kod "03" dan "04", manakala "05" ketika pemerintahan Dr Mahathir.

- malaysian insider



Read More...

Dua Pemimpin Pas Bapa Segala Haiwan..


Ini keratan yang pihak admin ambil dari salah sebuah akhbar arus perdana ... sudahlah kenyataan Tuan Guru Mursyidul Am diputarbelitkan ... bahkan kedua dua Tok Guru kesayangan rakyat ini dihina sedemikian rupa ... pihak admin membiarkan kepada para pembaca untuk membuat penilaian berdasarkan iman dan ilmu ...

https://www.facebook.com/harakahdaily/posts/464931523575303


Read More...

P. Balasubramaniam Bohong..

P.I. Bala gagal kemuka bukti?


KUALA LUMPUR - Penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang pulang ke negara ini Ahad lalu dengan disambut oleh beberapa pemimpin pembangkang gagal mengemukakan sebarang bukti berkaitan dakwaan penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kematian wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Sebaliknya, `ceramah’ yang disampaikan Balasubramaniam menimbulkan lebih banyak persoalan kepada hadirin yang berada di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di ibu kota malam ini serta para pengikut di Internet serta pengguna twitter di `hashtag’ #tanyabala.

Apa yang jelas, penyiasat persendirian yang pernah membuat akuan bersumpah (SD) mendakwa Najib terlibat dalam kes itu, tetapi kemudiannya menarik balik tuduhan berkenaan dalam SD kedua, mengakui membenci kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dia berumur 14 tahun.

Walaupun berucap dan menjawab soalan yang dikemukakan oleh moderator, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin selama kira-kira satu jam setengah, Balasubramaniam dilihat seolah-olah hanya melontarkan tohmahan dengan `bermodalkan air liur’.

Dengan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang kurang baik, penyiasat persendirian itu juga dilihat gugup apabila terhenti menyampaikan ucapan dan beberapa kali berkata: “Minta maaf, sudah lama (kes ini) jadi saya lupa."

Sebagai contoh, dia mendakwa pernah mengambil gambar Altantuya sewaktu wanita itu berada di hadapan Bangunan Getah Asli di ibu kota pada sekitar 2006 sewaktu dia berkhidmat dengan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda namun tidak pula menunjukkan gambar tersebut.

Penyiasat persendirian yang pernah lari ke luar negara selama kira-kira tiga tahun selepas membuat SD kedua berkenaan turut mendakwa pernah membuat rakaman perbualannya dengan peniaga permaidani, Deepak Jaikishnan berkenaan tawaran Deepak sebanyak RM100,000 bagi menarik balik SD pertama, namun rekod tersebut tidak diperdengar kepada hadirin.

Selain itu, Balasubramaniam juga tidak menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan para pengikut twitter di #tanyabala berkenaan secara terus tetapi Badrul Hisham bertindak menyaring serta memilih soalan yang perlu dijawab penyiasat persendirian tersebut.

Salah seorang pengguna twitter @lisajariffin turut mencabar Badrul Hisham yang menggunakan nama @chegubard supaya bekas calon Ketua Angkatan Muda Keadilan itu bertanya kesemua soalan yang dikemukakannya di twitter bagi membuktikan keikhlasan mereka dalam pendedahan kes tersebut.

Balasubramaniam serta Badrul Hisham juga tidak membuka ruang kepada hadirin untuk bertanya soalan dan kemudiannya penyiasat persendirian itu `melarikan diri’ ke kereta yang sedia menunggunya bagi mengelakkan diri daripada ditemui para pemberita selepas selesai ceramah. - UTUSex




Read More...

Najib Akan Bubarkan Parlimen Petang Ini..

Khabar angin bertiup kencang mengatakan PM najib akan bubarkan parlimenpetang ini.benarkah?

Dari sumber sumber yang boleh didengari bukan untuk dipercayai ialah mereka mengatakan DS Najib akan membubarkan parlimen pada petang hari ini.

Dari tahun lepas lagi beliau membiarkan tarikh tersebut menjadi tanda tanya dan misteri sehingga lah tempoh matang parlimen yg dilihat semakin hampir menjelang April ini.

Maka, kita tunggu dan lihat menjelang petang ini. Jadikah atau Tidakkah?


Read More...

Saleh Yaakob Kesal Kerana Terlalu Bodoh









Read More...

Ramli Yusuff saman Musa Hassan

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID), Datuk Ramli Yusuff memfailkan saman fitnah terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan Selasa lalu berkaitan kenyataan Musa dalam satu sidang akhbar Disember lalu yang didakwanya telah mencemarkan reputasinya.

Saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Shah Alam Tinggi melalui firma Vin Partnerships.

Ramli, dalam pernyataan tuntutannya, mendakwa apa yang Musa katakan dalam sidang akhbar dengan MyWatch - sebuah pemantau anti-jenayah - mengandungi fitnah dan pembohongan seperti yang dilaporkan oleh portal berita Free Malaysia Today (FMT) dan juga dalam klip video di lamanweb tersebut.

Kenyataan Musa tentang Ramli (kanan) dilihat sebagai "white knight" dan dirinya sebagai "black knight" telah memberi gambaran buruk tentang Ramli.


Read More...

Umno hadapi perang dengan jeneral tempang

Umno nampaknya terpaksa menyertai pilihan raya umum ke 13 dalam keadaan serba pincang.

Dengan kumpulan tukang kempen utama mereka iaitu Wanita Umno lumpuh ekoran tragedi lembu masuk kondo dan tanah LTAT, Umno hilang penggerak utama mereka.

Sekarang ini ke mana Wanita Umno bergerak dalam baju merah puteh mereka, bunyi 'mooo' akan dibuat.

Skandal tanah Ketua Wanita Umno Selangor pula memperlihatkan bagaimana Umno mengorban kepentingan anggota tentera untuk kroni mereka.

Pada awal April 2012 lalu, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah, Wanita Umno Selangor yang juga Exco Wanita Umno Malaysia dilantik sebagai senator yang baru.

Beliau menggantikan Datuk Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno yang terpaksa berundur kerana skandal lembu masuk kondo.

Namun, selepas itu meletus skandal LTAT yang didedahkan oleh bekas rakan perniagaan isteri perdana menteri, Deepak Jaikishan dan diperjelaskan lagi oleh Rafizi Ramli yang sebelum itu 'membunuh' kerier politik Shahrizat.

Pemuda lumpuh

Ketika tukang kempen mereka lumpuh, Pemuda Umno juga tidak kelihatan bergerak.

Kalau selama ini bilik gerakan Umno banyak dipenuhi oleh tenaga muda mereka, kini Pemuda juga sunyi sepi.

"Tidak ada wang bang, macamana nak gerak," kata seorang pemimpin muda Umno kepada penulis.

Berikutan tindakan pimpinan Umno yang terlalu takut kepada Tun Dr Mahathir, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sehingga kini tidak mendapat sebarang jawatan dalam kerajaan.

Akibatnya, sumber kewangan untuk menggerakkan Pemuda Umno terputus langsung.

Sedangkan semua tahu memang menjadi budaya dalam Umno tanpa wang semua kerja tidak boleh jalan.

Keadaan itu semakin parah apabila semua ketua-ketua pemuda Umno negeri juga dilantik Khairy.

Hasilnya sebagaimana Khairy bermasalah di pusat, ketua-ketua pemuda negeri pula bermasalah di negeri masing-masing.

"Masalah paling besar kepada pemuda adalah apabila Khairy diketepikan, tidak ada mana-mana pihak yang berani mendekati atau membantu Khairy.

"Ini kerana mereka tidak mahu dilihat membantu atau bersama Khairy kerana takut diserang oleh orang PM dan juga orang Tun (Dr Mahathir).

"Hasilnya Khairy sedang mati perlahan-perlahan bersama seluruh jentera pemudanya," kata sumber itu.

Yang terakhir, apabila pemuda mencalonkan 25 nama dari kalangan mereka untuk dijadikan calon dalam polihan raya ini, hanya dua nama saja yang lekat.

Kini pemuda menunggu masa saja untuk bertindak, apatah lagi kalau pemilihan calon ini menjadi realiti nanti.

Azalina

Di samping pemuda dan wanita, semua terasa sejak Datuk Azalina Othman Said meninggalkan Puteri Umno, sayap Umno untuk wanita muda ini seolah-olah sudah tidak ada.

Dengan berketuakan pemimpin dari Sabah, Puteri Umno seolah-olah sudah tidak ada lagi di medan.

Serangan Najib terhadap Azalina ketika beliau baru mengambil alih pucuk kepimpinan negara dari Pak Lah benar-benar menghiris Azalina.

"Kita bukan mahu melihat muka menterinya, kita hendak melihat tempat-tempat pelancongan," begitulah kira-kira kata Najib membidas bilboard pelancongan yang dipasang Azalina untuk membuat promosi ke atas kawasan pelancongan di negara ini.

Hasilnya tidak lama selepas itu semua bilboard ini jatuh bersama jatuhnya Azalina dari arus perdana politik Umno dan Malaysia.

Namun manusia ini sama saja. Ia lebih mudah melihat kesilapan mereka yang bekerja tetapi sukar untuk melihat mereka yang tidak bekerja dan diri mereka sendiri.

Kalau dulu Najib marah kerana muka Azalina dalam bilboard pelancongan, sekarang muka Najib bukan di bilboard saja bahkan di mana-mana. Hatta pintu tandas pun ditampal gambar Najib.

Tidak cukup dengan itu, semua pengundi baru akan menerima surat bermuka Najib memujuk dan merayu mereka agar memberikan peluang sekali lagi kepada BN.

"Terharunya...takkan sampai merayu begini sekali. Sampai minta maaf segala," kata seorang gadis yang menerima surat Najib. Beliau adalah antara kira-kira 5.2 juta pengundi baru yang bakal mengundi buat pertama kalinya.

Selain wanita, pemuda dan puteri, ramai yang beranggapan, Putera Umno hanya tingga Datuk Azeez (Abdul Rahim) seorang sahaja.

Ini kerana, inilah saja muka dipromokan termasuklah kononnya dilantik menjadi duta oleh negara Palestin. Padahal lebih 1,000 orang telah dilantik oleh kerajaan Hamas untuk menjadi duta kepada negara dan perjuangannya.

Dengan ketiga-tiga sayap utama lumpuh dan sayap Putera tinggal Azeez seorang, bagaimanakah Umno mahu meneruskan peperangan ini.

Najib bukan sahaja berdepan dengan Deepak Jaikishan, sekarang PI Bala juga balik untuk meranapkan lagi kredibiliti beliau. Hantu Altantuya akan mengejar ke mana-mana beliau pergi.

Hatta perbelanjaan jutaan ringgit untuk membawa penyanyi Gangnam Style, Psy, juga masuk ke dalam longkang sahaja apabila penonton sepakat berkata "NO" kepada Barisan Nasional.

Memang Tun Dr Mahathir berusaha untuk menukar jeneral perang Umno ini, namun dengan satu kes sahaja dibuka, iaitu RCI Sabah, Mahathir terpaksa melutut kepada Najib.

TV3 dengan bangganya melaporkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad antara tetamu VIP yang turut menyambut kepulangan Perdana Menteri Malaysia dari luar negara.

Inilah dilema besar Umno. Muhyidin Yassin dimalukan di Sabah bahkan Ng Yen Yen juga dimalukan di majlisnya sendiri di Jonker Walk, Melaka.

Umno hadapi perang kali ini dengan semua jeneralnya tempang...yang tinggal hanya tukang raba yang sedang mencatur dalam War Room Umno.

- Harakahdaily


Read More...

Umno Selangor Tunjuk Bodoh Lagi..



Seorang fesbooker telah memberikan responnya :

Mohamad Asri A. Bakar

Khalid ( MB Selangor ) kata, mana mana warga emas yg meninggal dunia, waris akan di bagi RM2500. Ini adalah antara hasil caruman insuran warga emas yg di perkenalkan kerajaan PR Selangor...

Warga emas ni di peralat dan di perbodohkan oleh UMNO untuk menuntut siap siap...wal hal tarikh mati mereka belum sampai...rumusannya , nak RM2500 KENA MATI DULU ! kata lembu marah...guna peribahasa lah ..IBARAT LEMBU DI CUCUK HIDUNG BAWAK BANNER.

Baca di sini


Read More...

Wednesday 27 February 2013

Dr. Asri, Dr. Juanda Dan Dr. Mazli Hampir Pasti Sertai PR


KUALA LUMPUR: Di sebalik demam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang semakin dirasai, tiga tokoh agama termasuk Mufti Perlis Dr Juanda Jaya disebut-sebut antara individu yang bakal diturunkan dalam gelanggang pilihan raya kali ini yang dilabel sebagai ‘pilihan raya paling sengit' pernah berlaku dalam sejarah negara.

Selain Juanda, dua tokoh lain yang berada dalam senarai calon PRU13 ialah bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pensyarah Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Mazli Malek.

Ketiga-tiga mereka dikatakan akan bertanding mewakili Pakatan Rakyat namun belum disahkan untuk bertanding atas tiket PKR atau PAS.Bagaimanapun tokoh-tokoh ini tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen mengenai perkara itu.

Menurut sumber Antarapos, ketiga-tiga masih belum membuat keputusan untuk mewakili parti mana dan perkara itu akan diketehui apabila sampai masanya."Wakili parti mana belum pasti, kalau nak tahu kena tanya tuan punya badan."Belum tahu mereka akan tanding atas tikat parti mana, sama ada PAS atau PKR. Cuma yang pasti wakili Pakatan Rakyat," kata sumber itu kepada Antarapos.

Asri dan Juanda sudah didampingi semula beberapa parti, dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat untuk bertanding kali ini kerana dilihat sebagai calon ‘boleh menang’ kerana memiliki karisma sebagai personaliti yang berlatarbelakangkan agama.Antarapos difahamkan pertemuan dengan parti politik akan diadakan dalam tempoh terdekat dipercayai membincangkan tentang pendirian dan kerusi yang akan ditandingi mereka.

Juanda, 41, adalah lulusan Universiti Al-Azhar dan mempunyai Ijazah Sarjana Syariah dengan pengkhususan Penggubalan Undang-Undang Keluarga Islam Malaysia daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Asri pula kini berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia, sudah pun menjadi sebutan sejak lebih setahun lalu dan beliau telah beberapa kali menafikan akan menyertai parti politik.Asri disebut-sebut akan bertanding di Pulau Pinang manakala Juanda anak kelahiran Sarawak, dipercayai akan diletakkan di Perlis.

Juanda yang sering kali muncul di stesen TV tempatan sejak akhir-akhir ini dilihat mempunyai pemikiran dan pandangan yang lebih cenderung kepada Pakatan Rakyat.PRU13 disebut-sebut akan diadakan akhir Mac atau awal April ini.Mandat kerajaan pusat akan berakhir penghujung April. Jika Parlimen terbubar secara automatik, PRU13 perlu diadakan sebelum akhir Jun.

- antarapos


Read More...

Rosmah Lari Diserang Siswi UKM

BANGI: Sekumpulan mahasiswi daripada Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) hari ini telah melakukan protes aman di hadapan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Lebih kurang 50 orang mahasiswi telah berkumpul di hadapan dewan tersebut bagi menyatakan protes terhadap penyelewengan yang telah dilakukan oleh isteri pemimpin nombor satu negara itu.

Rosmah yang dikatakan hadir ke UKM bagi merasmikan program bersama mahasiswa UKM telah menerima tekanan hebat apabila sekumpulan mahasiswi telah berkumpul di luar dewan sambil memegang sepanduk dengan mesej menolak penyelewengan dan pembaziran duit rakyat yang didakwa telah dilakukan oleh beliau.

Mahasiswi itu dikatakan telah mula berkumpul di luar dewan pada jam 4 petang sebelum menyambut Rosmah yang dijadualkan akan habis program pada jam 4.30 petang.

Sekumpulan pengawal keselamatan bersama staf kakitangan UKM cuba untuk menghalang protes itu daripada terus berlaku namun ternyata mereka gagal mengekang kehendak mahasiswi tersebut untuk terus melakukan protes secara aman itu.

Walau bagaimanapun, apa yang menghampakan mahasiswi tersebut adalah ‘ketakutan’ Rosmah untuk bertemu dengan mereka apabila beliau telah dibawa keluar secara senyap-senyap melalui belakang kereta-kereta yang diletakkan di sekitar dewan tersebut.

Rosmah yang hadir ke UKM dengan menaiki kereta Mercedez Benz mewah terpaksa balik dengan kenderaan biasa selepas terpaksa keluar dari dewan secara sembunyi.

“Perkara yang kita mahu hari ini hanya untuk menyatakan hasrat rakyat terhadap Datin Seri Rosmah, namun ternyata beliau begitu takut untuk bersemuka dengan kami.

“Walaupun kami tidak berjaya untuk bersemuka dengan Rosmah pada hari ini, namun kami telah berjaya membuat Rosmah balik dengan cara yang itu. Ini baru permulaan dari kami,” tegas Hamiza Hani Omar, Pengerusi Hal Ehwal Siswi ISIUKM merangkap Timbalan Setiausaha Agung Gamis.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/17078-protes-rosmah-mansor-diserang-siswi-ukm

Read More...

Jangan Tuduh Polis Anjing Umno.. Ini Apa Pulak??

Lapuran dari Dewan himpunan Cina -Polis siap datang ramai dan tak tahu apa nak buat sebab orang sudah tak takut so depa tahan beberapa staff dewan KLSCAH konon utk urine test di balai...kesian polis..tak apa program jalan seperti dijadualkan InsyaAllah dtg dan bawa kawan2 -che'GuBard Samm



Nak bukti?.. Okey, kita cuba senaraikan bukti. Sampai sekarang samseng UMNO yang baling cat merah dan pecahkan cermin Bas Jelajah Merdeka Rakyat tak ditangkap. Samseng Dusun Jalan Kebun pun sehingga kini masih tak didakwa tanpa khabar berita. Kumpulan mahasiswa yang berkhemah didataran yang diserbu sekumpulan samseng pun hingga kini takda tindakan dibuat biarpun dah laporkan pada pihak Polis. Kereta DS Anwar yang dibaling batu di Johor hingga kini masih takda apa-apa tindakan. Kes penyokong PAS yang ditikam di bahu di Selangor masa ceramah Merdeka Rakyat hingga kini senyap. Cuba kalau kereta Menteri yang dibaling batu dan dirosakkan & kena macam tue, tak sampai sehari terus ada tindakan dari pihak Polis.

Jadi, macamner leh rakyat harap kamu ADIL & TAK MEMIHAK?... Itu belum lagi kes gambar Tok Guru & Hadi Awang yang dikencing oleh sekumpulan pemuda. Bila pelajar tunjuk punggung kat gambar PM masa Janji Bersih tahun lepas, terus tindakan siasatan dilakukan. Itu belum lagi kes gambar Lim Guan Eng yang dipijak dan bilik gerakan DAP dibaling cat merah di Pinang yang hingga kini takda kesudahan siasatan. Kes Ibrahim Ali yang ugut bakar BIBLE, hingga kini entah mana siasatan & kesudahannya. Tue belum lagi blogger yang siarkan video lucah kononnya mirip pemimpin pembangkang, sehingga kini tak ditahan. Masa video lucah Chua Soi Lek dahulu, penyebarnya ditahan dan telah didakwa. Bayangkan kalau orang dan pimpinan PR yang buat, dah lama dah kena ambil tindakan dan segerakan siasatan. Selama ni rakyat menilai apa yang dibuat oleh PDRM... Hurmm.. Jadi, dimana yang membuktikan pihak berkuasa telus dan tidak memihak?... Anda ada bukti yang lain untuk dikongsikan?.

Ikuti juga live dari Dewan KLSCAH bersama PI Bala malam ini
SAMM mempersiapkan sebuah pentas jelajah buat PI Bala sebagai saksi tragedi pembunuhan Altantuya dan malam ini merupakan edisi pertama.

Di atas permintaan ramai, SAMM akan menyiarkan talkshow malam ini secara LIVE dari KLSCAH. Berikut adalah linknya;

http://www.ustream.tv/channel/merdeka-rakyat

http://pkrl.blogspot.com/2013/02/panas-kata-polis-berkecuali-nie-apahal.html


Read More...

Jangan Tuduh Polis Anjing Umno

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengamalkan dasar berkecuali dalam semua tindakan dan operasinya serta sama sekali tidak menyebelahi mana-mana parti politik ketika melaksanakan tanggungjawab.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin juga menegaskan dasar itu dipegang PDRM dalam menghadapi pilihan raya umum.

"Jadi janganlah bercakap kita ni 'anjing' kepada kerajaan atau bagai 'lembu dicucuk hidung' yang ikut sahaja telunjuk orang-orang tertentu dalam mencapai sesuatu hasrat.

"Ini kerana institusi kepolisan ini telah wujud sejak 206 tahun dan telah menunjukkan profesionalisme dari segi mengambil tindakan," katanya kepada Bernama dalam temu bual mengenai persiapan PDRM menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), di sini.

Katanya mereka yang menuduh sedemikian perlu bertanggungjawab dan membuktikan PDRM sebagai 'alat kerajaan'.

Mohd Bakri berkata sikap berkecuali juga diamal PDRM ketika melakukan siasatan berhubung sebarang kes dan penyiasatan dilaksana tanpa rasa takut atau dipengaruhi mana-mana pihak.

Segala hasil siasatan termasuk yang membabitkan ahli politik, akan diserah kepada Peguam Negara dan merekalah yang menentukan sama ada perlu didakwa atau sebaliknya, katanya.

"Kita (PDRM) tak berhak dan (tidak) mempunyai kuasa (buat keputusan). Di sini sudah nampak kita telus," katanya.

Mengenai persediaan menghadapi PRU13, Mohd Bakri berkata PDRM diberi latihan dan kursus khas termasuk 'ex ballot III' bagi memastikan mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik ketika proses itu berlangsung.

"Dari sudut penyiasatan pula, kita telah menjalankan kursus-kursus 'in service' berdasarkan kepada keperluan dalam pilihan raya," katanya.

Mohd Bakri berkata pegawai dan anggotanya telah dilatih dan bersedia sejak empat bulan lepas bagi menghadapi pilihan raya umum kali ini.

"Kita juga telah berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya dan Jabatan Peguam Negara berkaitan dengan langkah-langkah dan tindakan kita bersama mereka," katanya.

Sebanyak 112,000 anggota polis akan terlibat bertugas pada PRU13. - Bernama


Read More...

Penangguhan Pilihanraya- Alasan Najib tidak munasabah

Lagi lambat pilihanraya di adakan lagi kuat bukti yang penangguhan yang begitu lama itu adalah di sebabkan ketakutan UMNO dan BN menghadapi kekalahn. Seperti yang di sebut selalu di sini Najib merupakan satu-satunya Perdana Menteri yang tidak di pilih sampai penghujung penggal pilihanraya. Selalunya mana-mana Perdana Menteri yang baru mengambil alih jawatan itu tidak akan sabar-sabar untuk mengadakan pilihanraya bagi mendapatkan mandate yang terus dari rakyat.

Seorang Perdana Menteri itu mahu tahu sejauh mana sokongan orang ramai dan itulah yang menyebabkan semua Perdana Menteri sebelum Najib telah memanggil pilihanraya sejurus selepas mangambil alih jawatan itu. Ramai orang brrkata Abdullah Badawi itu lemah dan tidak ‘effective’ tetapi apa pun orang kata terhadap beliau, Abdullah telah memanggil pilihan raya selepas empat bulan mengambil alih jawatan PM itu dari pemimpin yang boleh berjalan di atas air, iaitu Dr Mahathir Mohammad.

Abdullah telah mendapatkan ‘endorsement’ dari rakyat dan beliau telah mendapat mandat yag begitu besar, iaitu kedua terbesar selepas pilihanraya tahun 1955 dahulu. Dalam pilihanraya 1955 itu hanya seorang wakil Perikatan yang kalah iaitu Sulaiman Palestin di Pulau Pinang Selatan. Tetapi sehebat-hebat Najib seperti yang di war-warkan oleh UMNO pada hari ini, hendak memanggil pilihanraya pun takut dan tidak berani menghadapi risiko politiknya.

Beberapa hari yang lepas Najib memberitahu kita yang belaiu sengaja menangguhkan pilihanraya ini kerana hendak menunggu hasil Program Transformasi Ekonomi (PTE) yang telah beliau lancarkan itu. Kalau begitulah alasan beliau maka pilihanraya mungkin tidak di adakan dalam tempoh empat atu lima tahun lagi kerana apa-apa program kerajaan yang baru itu akan hanya mendatangkan hasil, jika ada, selepas tempoh yang panjang.

Mengikut perlembagaan tempoh tamat penggal ini ialah 28hb April nanti. Tidak mungkin hasil transformasi ekonomi beliau itu akan kita dapati dalam masa sesingkat itu. Alasan itu amat dangkal sekali dan tidak boleh di terima akal walau pun kepada mereka yang buta huruf. Najib lupa yang seorang insane itu mempunyai mata hati yang amat mudah untuk melihat siapa yang berbohong dan siapa yang di bohongi.

Apa yang diperkatakan Najib itu tidak siapa yang akan mempercayainya. Hanya kepada yang mahukan beliau berbohong sahaja yang akan memberikan anggokkan kepada kenyataan Najib itu. Isu sebenarnya ialah isu ketidak yakinan beliau terhadap sokongan ramai terhadap UMNO itu dan juga masalah yang mungkin beliau hadapi didalam UMNO itu sendiri.

Kemenangan besar adalah wajib bagi Najib perolehio tetapi harapan itu tidak akan menjadi kenyataan kerana ramai rakyat telah membuat ketetapan di hati masing-masing untuk meninggalkan UMNO dalam pilihanraya ini dengan memberikan undi kepada pihak pembangkang. Saya selalu bercakap dan ramai lagi manusia telah menunjukan apa yang bakal di hadapi oleh Najib jika beliau tidak dapat memperolehi kemenangan besar dalam pilihanraya nanti. Bagaimana Najib hendak mendapatkan kemenangan besar sedangkan untuk mendapatkan sedikit lagi sokongan untuk mendapat kemenangan kecil pun tidak akan dapat beliau perolehi.

Bagi saya Pakatan Rakyat hanya perlu untuk menjaga dan mengawal keadaan yang sedang memihak kepada mereka. Pakatan Rakyat tidak boleh melakukan sedikit kesila[pan dam tindakan mereka menghadapi pilihanraya ini. Pakatan perlu ingat yang mempertahankan sokongan rakyat terhadap mereka sekarang lebih payah dari mendapatkannya. Mana-mana parti dalam PR jangan sekali melakukan kesilapan. Pakatan tidak boleh melakukan kesilapan yang di sengajakan atau pun kesilapan yang tidak di sengajakan.

Alasan Najib yang mengatakan penangguhan pilihanraya ini di sebabkan untuk menunggu hasil PTE beliau itu adalah bukti kukuh yang Najib tidak berkeyakinan untuk memenangkan BN dalam pilihanraya ini. Najib sedang berperang untuk mempertahankan kewibawaan palsu beliau di mata rakyat. PI Balasubramaniam telah kembali untuk membantu apa yang sedang dilakukan oleh Deepak dan lain-lain yang menuduh Najib dengan berbagai-bagai isu yang ganas itu. Isu terhadap Najib datang bertimpa-timpa.

Tetapi isu yang bakal di hadapi oleh lain-lain pemimpin dalam UMNO tidak kurang ganasnya. Jika Muhyiddin mengambil alih sekali pun isu terhadap beliau pun bukannya kecil. Begitu juga isu terhadap lain-lain pimpinan kanan UMNO sekarang ini. Mereka terlalu kaya dengan isu-isu negatif dan tidak siapa pun dikalangan pimpinan UMNO dalam Majlis Tertinggi parti itu tidak mempunyai isu yang tidak mempunyai moral untuk mentadbir negara. Mereka, seperti yang saya selalu katakan itu, adalah dari acuan yang sama.

Pendeknya formula yang paling baik untuk menyelamatkan negara dan kerajaan kita ialah untuk melakukan perubahan dan kita tinggalkan pentadbiran dan politik yang tersangat menghimpit pemikiran rakyat yang dahagakan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab seperti UMNO ini.

Jika benar Najib seorang yang yang bertanggungjawab beliau tidak akan melakukan apa yang sedang beliau lakukan hari ini. Inilah dia hasil dari didikan kepada petualang politik negara khususnya orang Melayu Dr Mahathir Mohammad. Kata perpatah, ‘keruh air di hulu maka keruh dihilir’. Kekeruhan politik negara bermula dari permainan politik Mahathir selama 22 tahun dan budaya politik kini masih di pengaruhi oleh ism Dr Mahathir.

UMNO tidak akan kekal sebagai UMNO parti orang Melayu tetapi ia akan terus menjadi parti untuk segelintiran Melayu yang tamak kuasa dan mempunyai mentaliti ‘migrant’ yang tidak akan dapat di tanggalkan dari imej ini buat selama-lamanya.

Kita tidak tahu bagaimana lagi UMNO hendak menyelamatkan diri mereka untuk masih menjadi parti yang relevan untuk rakyat yang terlalu dahagakan pimpinan yang telus dan jujur untuk menempa hari muka yang mencabar.

- Aspan Alias

Read More...

Taman Jurassic Park RM200 juta tambah beban hutang k’jaan Melaka

KUALA LUMPUR 27 FEB: Rancangan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam membina Taman Jurassic Park akan menambah bebanan hutang kerajaan negeri sedia ada berjumlah RM900 juta, kata Pengerusi KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

“Ini satu lagi projek yang tidak melalui proses kajian mendalam dan bakal menyaksikan Melaka menambah bebanan hutang kepada kerajaan Persekutuan yang kini berjumlah RM900 juta,” katanay ketika dihubungi.

dinosaurAhad lalu, Ali mengumumkan pembinaan taman binatang purba ala Jurassic Park itu bermula Mac ini dan dijangka siap dua tahun lagi dengan melibatkan kos RM200 juta.

Taman berkeluasan 12 hektar itu adalah hasil pemeteraian perjanjian antara kerajaan negeri melalui Yayasan Melaka dengan Eden Incorporation Berhad dan akan dibina di atas Dataran 1Malaysia.

“Ali Rustam terkenal dengan ideanya yang ‘buat dahulu kemudian baru tengok kewajarannya’. Disebabkan itu banyak projek-projek dibangunkan beliau sebelum ini gagal,” kata Shamsul mengulas perkara itu.

“Lihat saja Eye on Malaysia yang menemui kegagalan dan terpaksa dipulangkan balik. Muzium Kereta (Muzium Pengangkutan Melaka) yang kini hanya tinggal empat kereta saja. Begitu juga bas bertingkat yang mahu tiru kota London, sekarang tak tahu di mana, malah monorel yang beliau sendiri akui sudah 27 kali rosak,” jelas Shamsul.

Shamsul-IskandarMenurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu lagi, pembinaan taman itu bukanlah cadangan yang tepat untuk meningkatkan kadar pelancongan di Melaka.

“Ketua Menteri sepatutnya fokus kepada nilai-nilai sejarah yang sinonim dengan Melaka. Bukan menghapuskan kesan-kesan sedia ada seperti yang beliau lakukan terhadap Dataran Pahlawan yang kini dibina pusat beli-belah,” bidasnya.

“Justeru kita desak Ali Rustam kaji semula pembinaan taman membazir itu, sebaliknya bina semula identiti Melaka yang tiada seumpama itu di mana-mana negara lain,” katanya.
Tugu 1Malaysia dibina di tapak Dataran 1Malaysia, lokasi Taman Jurassic Park.

Tugu 1Malaysia dibina di tapak Dataran 1Malaysia, lokasi Taman Jurassic Park.

Dataran 1Malaysia di Pantai Klebang akan turut menempatkan Melaka Sea World di atas tapak berkeluasan 60.7 hektar, selain membina projek-projek lain termasuk Dataran Peta Malaysia bernilai RM2 juta, 21 restoran bas dan 20 chalet bas bernilai RM2.7 juta serta tiga padang bola bernilai RM1.4 juta.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46082

Read More...

Bendahari Umno kerana didakwa menipu RM12.8 juta

PETALING JAYA, 27 Feb — Enam puluh pelabur British hari ini memfailkan saman ke atas Doxport Technologies Sdn Bhd milik bekas bendahari Umno, Datuk Azim Zabidi, serta dua defendan kerana didakwa menipu dan memalsukan dokumen pelaburan.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 Februari lalu melalui firma guaman, The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua.

“Pelaburan ini dikatakan untuk membeli enam suis telekomunikasi dan saham di dalam syarikat Doxport,” Hasnal memberitahu The Malaysian Insider hari ini.

“Mereka dijanjikan suis telekomunikasi itu akan menjana keuntungan, serta menjadi pemegang saham dalam Doxport, tetapi dokumen itu dipalsukan,” katanya lagi.

Ketua wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin, berkata, 60 pelabur British melalui syarikat Fiscal Capital City Sdn Bhd (FCC) jelas ditipu oleh Doxport, syarikat milik Azim, dan mereka menemui beberapa pemimpin tertinggi negara, antaranya Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Namun tiada sebarang tindakan diambil ke atas Azim,” kata Zuraidah di ibu pejabat PKR hari ini.
The Malaysian Insider

Read More...

Pembangkang kemaruk ke Putrajaya

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pakatan Rakyat (PR) kini kemaruk untuk ke Putrajaya dan sanggup melakukan apa sahaja bagi memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Oleh itu tegas beliau, manisfeto Pakatan Rakyat, yang dilancarkan semalam, membuktikan mereka akan melakukan apa sahaja tanpa mengkaji kesan tindakan PR.

"Mereka tak kaji, tahu bentang sahaja dan tidak fikir bagaimana mereka boleh buat," kata beliau semasa berucap pada sesi lawatan rasmi ke bahagian Parlimen Wangsa Maju dan mendengar taklimat gerak kerja BN Parlimen Wangsa Maju, hari ini.

Sebelum itu, Muhyiddin turut menyempurnakan Majlis Penyerahan Baju Uniform kepada kepada pemandu-pemandu teksi kawasan Parlimen Wangsa Maju di Pejabat Penyelaras BN Parlimen Wangsa Maju.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan BN Wilayah Persekutan berkata, kalau dilihat secara keseluruhan yang dijanjikan, persoalan timbul dari mana sumber pembangkang boleh memperolehi sekiranya semua diberikan secara percuma.

Sehubungan itu kata beliau, pembangkang akan sedaya upaya dan berbuat apa sahaja sama ada halal atau haram untuk menumbangkan BN.

"Malah pembangkang akan lebih agresif untuk cuba memenangi pilihan raya ini nanti dan menggunakan pelbagai cara termasuk blog untuk melakukan pembohongan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerusi Parlimen Wangsa Maju mesti kembali ke pangkuan BN walaupun berhadapan senario yang sukar pada pilihan raya kali ini.

Katanya, tidak kira siapa calon yang bertanding, apa yang lebih penting adalah kemenangan BN di Wangsa Maju, selain Pusat Daerah Mengundi (PDM) perlu bekerja keras memastikan kejayaan BN.

"Melihat muka-muka yang cerah di sini, saya yakin BN akan menang di Wangsa Maju dan mesti menang ," katanya.

Read More...

Polis Malaysia Berlatih Untuk Merusuh?

 
Anggota polis berlakon sebagai anggota polis.

 
Anggota polis ,terdapat juga berkopiah putih berlakon (macam orang PAS?) sebagai perusuh.

 
Perusuh ,pelakonnya anggota polis bersedia untuk merusuh.

 
Anggota polis yang berbakat besar yang mungkin boleh menyamar sebagai Ahli PAS?

 
UTK /FRU dari Kulim ,Kedah bersiap sedia untuk menangkap anggota polis yang berlakon sebagai perusuh.

Changkat Jering,25 Februari- Polis Taiping mengadakan latihan kononnya untuk menghadapi rusuhan akibat kekalahan parti politik tertentu dalam PRU 13 ini.

Apa yang menarik 2008, anggota polis berrlakon sebagai perusuh di premis sendiri. Tahun 2013 ini di tempat awam. Contohnya di Pasar Mini Saborthan,Changkat Jering.

Menariknya anggota polis berlakon sebagai perusuh.Nampak seolah-olah Parlimen Bukit Gantang kerusi panas untuk UMNO.

Read More...

Tuesday 26 February 2013

Ramai percaya Projek IC belum berakhir

Majoriti rakyat Malaysia percaya bahawa operasi rahsia yang bertujuan untuk memberikan kerakyatan kepada warga asing masih berterusan.

Satu tinjauan oleh Merdeka Centre menunjukkan, 60 peratus responden yang disoal selidik percaya bahawa Projek IC masih berterusan sehingga hari ini.

Hanya sebanyak 26 peratus yang tidak bersetuju operasi itu masih berkesinambungan, sementara 14 peratus tidak pasti atau enggan memberi jawapan.

Seramai 1,021 responden terlibat dalam kaji selidik itu yang dijalankan bermula 23 Januari hingga 6 Februari lalu.

Pecahan kaum responden pula menunjukkan, 61 peratus Melayu, dan 71 peratus Cina percaya projek tersebut masih lagi berjalan, sementara 25 peratus Melayu dan 13 peratus Cina bependapat sebaliknya.

Apa yang mengejutkan, responden di kalangan kaum India merupakan golongan paling ramai yang tidak percaya bahawa orang asing diberikan kad pengenalan biru.

Seramai 76 peratus responden dari golongan tersebut tidak percaya, sementara 19 peratus percaya ia masih berlaku.


Read More...

Foto Panas - Jentera Umno Siap Sedia Untuk PRU13

Read More...

DAP lapor polis, Perdana Menteri cetus api kebencian kaum

GEORGE TOWN, 26 FEB: Cubaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mencetuskan api perkauman dengan menggunakan agama untuk menakut-nakutkan rakyat menjadi penghinaan kepada slogan 1Malaysia dan wasatiyyah yang cuba dibawanya.

Terbaru, akhbar The Star melaporkan Presiden UMNO itu berkata bahawa, “Undi untuk PKR akan merosakkan akidah sementara undi untuk PAS akan memecahbelahkan umat Islam; manakala undi DAP akan mengakibatkan penindasan Islam.”

Kenyataan politik sempit Najib itu disambut dengan kekecewaan Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari yang telah membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri kerana memfitnah DAP, hari ini.

“Ke mana perginya sifat wasatiyyah atau kesederhanaan yang diuar-uarkan Datuk Seri Najib sendiri? Ini membuktikan slogan yang dilaungkan seperti Wasatiyyah dan 1Malaysia hanya slogan kosong dan tidak dituruti beliau sendiri, apabila mendakwa dengan begitu jahat dan tidak berasas tanpa mengemukakan sebarang bukti,” ujar beliau dalam kenyataan medianya hari ini.

Tuduhan Perdana Menteri ternyata tidak berasas dan tidak disokong dengan fakta, sedangkan menurut Zairil, Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat yang diterajui Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah membuktikan agama Islam bukan sahaja tidak ditindas malah lebih dimartabatkan.

“Peruntukan hal ehwal agama Islam bukan sahaja ditingkatkan berkali ganda berbanding kerajaan sebelum ini, tanah bernilai hampir RM80 juta diperuntukkan untuk pembinaan Ibu Pejabat Mahkamah Syariah Pulau Pinang setinggi tujuh tingkat bagi menggantikan bangunan lama dua tingkat.

“Selain itu, kerajaan negeri juga mengusahakan industri halal, melakukan pengambilan balik tanah untuk pembesaran perkuburan Islam, meningkatkan elaun bulanan tok siak dan bilal sebanyak 80 peratus, mengiktiraf para huffaz dan untuk kali pertama memberi peruntukan tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR),” katanya.

Menurutnya lagi, siri fitnah Barisan Nasional melalui media arus perdana juga telah ditumpulkan apabila mahkamah memerintahkan akhbar Utusan Malaysia membayar ganti rugi kerana didapati bersalah memfitnah Lim Guan Eng, kononnya sebagai seorang yang anti Melayu dan anti Islam.

“Adalah jelas dakwaan Najib itu berniat jahat dan bertujuan menghasut sentimen perkauman dan agama di kalangan masyarakat Islam terhadap Pakatan Rakyat, khususnya DAP.

“Bagi mengelak sebarang kekeliruan dan persengketaan, saya bagi pihak DAP membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Najib atas dakwaan fitnah yang berbahaya itu,” katanya.

Laporan polis turut dibuat oleh Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Raja Puji di balai polis Tun H S Lee pagi ini dan menyifatkan kenyataan Perdana Menteri itu menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah amat terdesak sehingga sanggup mengabaikan slogan perpaduan dan kesederhanaan demi mendapatkan sokongan melalui usaha memporak-perandakan masyarakat.

Kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali dipersoalkan DAP, malah ia telah disemadikan dalam perlembagaan parti dan juga Deklarasi Shah Alam yang termeterai dalam Persidangan Kebangsaan DAP pada 8 Januari 2012. – Roketkini.com

Read More...

Syarikat Balak Trengganu Dipaksa Beli Syer Syarikat Tidak Aktif

PETALING JAYA, 26 FEB: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa sebuah syarikat yang memperolehi kawasan pembalakan di Terengganu dikehendaki memeterai perjanjian pembelian saham (Share Sale Agreement) sebuah syarikat tidak aktif iaitu Berkat Seribumi.

Saham syarikat yang dipercayai bernilai RM2 itu dibeli dengan harga tinggi yang tidak sepadan dengan aset, kedudukan syarikat yang tidak mempunyai aktiviti perniagaan.

Wang dari jualan saham itu kemudiannya disyaki disalurkan kepada orang-orang tertentu yang mempunyai pengaruh menentukan hak membalak.

Read More...

Video Salih Yaacob & Nabil kutuk Pakatan Rakyat


Video Salih Yaacob dan Nabil membuat lawak bodoh mengutuk Pakatan Rakyat. Salih Yaacob dan Nabil menyerlahkan pegangan politik mereka. Rupa-rupa mereka berdua macai UMno

Read more: http://www.ekeleh.com/video-salih-yaacob-dan-nabil-kutuk-pakatan-rakyat/#ixzz2LylGxgvB

Read More...

Umno Upah Siam Jadi Ahli PAS Untuk Belakon Keluar Parti

RANTAU PANJANG: Tanpa mengira seseorang itu berasal dari mana, Umno di sini terpaksa memperalatkan pihak berkenaan bagi menjayakan program penyokong PAS menyertai Umno baru-baru ini.

Itulah yang berlaku kepada beberapa penama yang didakwa kononnya bekas penyokong PAS, menyerah borang menyertai Umno kepada ketua bahagian Umno Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasin.

Noraini Dollah kini menetap di Kampung Tasik Bakong yang disebut menyertai Umno sebenarnya berasal dari Thailand dan tidak berdaftar sebagai pengundi.


Begitu juga Rahmah Che Noh kini tinggal di Kampung Tok Pelandok juga berasal dari Thailand.

Penghulu Mukim Padang Licin, Tasik Bakong, Wan Mohd Zain Wan Jaafar berkata, kedua-dua wanita berkenaan yang disebut media dan televisyen kononnya bekas ahli PAS adalah tidak benar.

Katanya, mereka tidak berdaftar sebagai pengundi kerana berasal dari negara jiran.

"Dakwaan Noraini kononnya dia keluar PAS kerana kesal dengan kenyataan Tok Guru Nik Abdul Aziz mengenai pemberian BR1M tidak betul sama sekali.

”Percakapannya seperti disiarkan televisen malam 22 Februari diajar seseorang yang berada di sebelahnya. Semua orang kampung tahu lakonan itu dibuat tergesa-gesa bagi menutup kemelut dalaman Umno Rantau Panjang sekarang,” katanya di sini.

Baru-baru ini media tajaan Umno melaporkan seramai 78 ahli dan penyokong PAS menyertai Umno selepas kecewa dengan kenyataan Mursyidul Am PAS berkaitan BR1M.

Wan Mohd Zain berkata, warga dari negara jiran itu diperalatkan oleh Umno semata-mata bagi menghodohkan Menteri Besar dan kerajaan PAS Kelantan.

Menurutnya seorang lagi yang didakwa ahli PAS iaitu Zulkepli Mohd Don berasal dari keluarga Umno di kawasan Felda di Johor.

Kata beliau Zulkepli tidak pernah berdaftar sebagai ahli PAS dan tidak terbabit dengan sebarang aktiviti PAS di sini.

“Dia berasal dari keluarga Umno di Johor baru berhijrah ke sini,” ujarnya.

Read More...

Manifesto PR: Rakyat Malaysia dijanjikan pendapatan RM4,000 sebulan

SHAH ALAM - Manifesto Pakatan Rakyat (PR) yang menggariskan empat teras utama antaranya akan memastikan pendapatan isu rumah rakyat Malaysia meningkat sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan selepas satu penggal gagasan itu menawan Putrajaya.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, Pakatan Rakyat juga akan memastikan sejuta peluang pekerjaan baru akan diwujudkan dengan memastikan lambakan pekerja asing di negara ini akan dikurangkan secara berperingkat-peringkat.

Malah gagasan itu yang konsisten dengan perjuangan menuntut gaji minima menjanjikan, Tabung Permudah Pelaksanaan Gaji Minima berjumlah RM2 bilion sebagai insentif automasi dan geran pelaksanaan gaji minima jika perikatan pembangkang itu ke Putrajaya.
"Insentif automasi dan geran pelaksanaan gaji minima member keutamaan kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi tempoh ditetapkan," katanya.

Malah manifesto PR katanya akan memastikan pelarasan percukaian dilakukan bagi mengelak golongan mahakaya yang hartanya beratus ribu membayar cukai yang sama dengan seorang eksekutif swasta.

"Jalur pendapatan akan dilebarkan agar kadar cukai 26% kini hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,000 ke atas, berbanding RM250,000 sekarang," katanya.

PR juga mengulangi dasar pendidikan percuma dalam manifestonya.

Dr Dzulkefly Ahmad ketika membentangkan manifesto itu memberitahu, PR akan mengembalikan hak pendidikan percuma kepada rakyat kerana ia mampu dilaksanakan.

PR akan memastikan yuran pengajian tinggi lepasan sekolah di semua institusi awam akan ditanggung kerajaan baru itu.
"Semua pelajar di institusi milik awam akan memberikan elaun sara hidup untuk menampung kso kediaman, makan minum, buku dan pengangkutan kecuali bagi mereka yang benar-benar kaya," katanya selain PTPTN juga akan dihapuskan.

PR juga dalam manifestonya sekali lagi menjanjikan harga petrol dan diesel akan diturunkan.

PR mendakwa, harga minyak mentah yang tinggi sehingga mencecah purata RM300 setong melonjakkan pendapatan negara dan hasil minyak.

"Pakatan Rakyat percaya laba dari pendapatan mintak ini wajar dikongsi dengan rakyat untuk mengurangkan bebanan," kandungan manifesto itu berbunyi.

Selain itu, PR juga memberi jaminan perikatan itu akan menghapuskan tol, membatalkan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), termasuk menghapuskannya./SinarHarianOnline

Read More...

Monday 25 February 2013

Mahathir Meracau Lagi..

KUALA LUMPUR, 25 Feb — Nepotisme dan kronisme akan berleluasa dalam Kabinet jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberi amaran selepas tidak lama selepas ketua pembangkang tersebut melancarkan manifesto Pakatan Rakyat untuk Pilihan Raya 2013.

Mantan perdana menteri itu terus menyerang bekas timbalannya dan menuduh Anwar memfitnah anaknya dalam usaha pakatan pembangkang memperhebatkan cubaan menawan Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).

"Parti Keadilan milik Anwar Ibrahim," kata Dr Mahathir dalam blognya chedet.cc, merujuk kepada PKR.

"Jika ia jadi Perdana Menteri sudah tentu Kabinet akan diisi dengan keluarga dan kawannya sebagai Menteri. Mudahlah nak buat apa pun," katanya lagi.

Dr Mahathir juga berkata Anwar menubuhkan parti politik dan mahu menjadikan isterinya sebagai presiden, dan anak perempuannya sebagai naib presiden, serta kawan baiknya sebagai timbalan presiden.

Beliau berkata semasa Anwar menjadi timbalannya dan menteri kewangan, Anwar banyak memberi kontrak kepada penyokong politiknya dan keluarganya.

"Kementerian telah pamerkan semasa mesyuarat agung Umno senarai orang yang mendapat kontrak semasa ia berkuasa. Terdapat dalam senarai nama-nama penyokongnya dan keluarganya. Tidak ada satupun dari anak saya yang tersenarai," kata Dr Mahathir lagi.

Bekas presiden Umno itu menambah beliau tidak pernah memberi apa-apa kepada keluarganya atau rakannya semasa berkuasa, tidak seperti Anwar, yang gemar untuk memilih keluarga dan rakannya untuk jawatan politik tertinggi dan perniagaan.

Pemimpin berusia 87 tahun itu mempertahankan anak lelaki sulungnya Mirzan, yang pernah menjadi ahli lembaga pengarah yang beribu pejabat di Manila, San Miguel Corp dan kini di syarikat petroleum Petron, sering menjadi mangsa dilemparkan fitnah oleh Anwar dan ahli politik PR.

"Setelah fitnah dilempar kepadanya, anak saya letak jawatan. Sekarang dia hanya menjadi pengarah dalam syarikat minyak Petron.

"Jika anak dan isteri Anwar boleh menjadi politikus, apakah anak saya tak boleh berniaga sendiri tanpa difitnah oleh Anwar? Dah tak ada modal politik dah ke?" kata Dr Mahathir lagi.

Dr Mahathir mencabar Anwar untuk mengangkat sumpah bersama al-Quran berkenaan dengan kes liwatnya walaupun mahkamah tinggi membebaskan beliau tahun lalu.

Dr Mahathir yang sering mengkritik Anwar, yang dahulunya merupakan anak didik beliau yang diharap dapat menjadi penggantinya pada 1990an namun dipecat pada 1998 selepas tuduhan liwat dan rasuah.

Anwar, yang dilihat menjadi calon perdana menteri PR, awal hari ini berkata pakatan tersebut akan menguntungkan rakyat Malaysia tidak mengira kaum.

Read More...

Sumpah Laknat BR1M


Read More...

Umno lapor polis kes Izzah 'usik' Raja Nong Chik


SATU laporan polis dibuat oleh Umno Lembah Pantai hari ini gara-gara Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar didakwa cuba 'mengusik' Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin dalam satu 'Debat Perdana' kelmarin.

Setiausaha Penyelaras BN Lembah Pantai, Datuk Mohamad Sazali Kamilan dilaporkan berdalih, Nong Chik (Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar) telahpun menjawab kepada media bahawa tiada jemputan diterima daripada penganjur, PKR.

"Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin beberapa kali menjawab pertanyaan media berhubung debat ini.

"Bagaimanapun, Ahli Parlimen Lembah Pantai masih berdegil dan terus memperbesar-besarkan perkara ini," ujar beliau di Kuala Lumpur.

13 Februari lepas, Nurul Izzah menyerahkan jemputan rasmi debat, di Apartment Pantai Permai pada Jumaat, 22 Februari bermula jam 9.00 malam.

Namun, Nong Chik pada 9 Februari lepas menolak cabaran Nurul Izzah atas dalih tiada keperluan berbuat demikian.

Read More...

Firaun pun bagi 'BR1M', kata Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengumpamakan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan BN dengan tindakan Firaun di Mesir yang menurutnya memberi kekayaan demi menyesatkan pemikiran rakyat

Hadi yang membacakan kutipan ayat daripada Al-Quran itu menceritakan semula kisah Nabi Musa berhubung sikap Firaun yang cuba "membodohkan rakyat" itu.

"Cerita BR1M ini bukan cerita baru. Al-Quran sudah menceritakan lebih lima enam ribu tahun yang lalu, Firaun telah (agih) BR1M," katanya sambil diringi gelak ketawa perwakilan di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Beliau menceritakan bawah Nabi Musa pada awalnya meminta Allah menjelaskan mengapa Firaun diberi kekayaan yang banyak.
"Nabi Musa berdoa wahai Tuhan kami, mengapa engkau beri kepada Firaun, kekayaan yang melimpah ruah. Dengan kekayaan itu, digunakan untuk menyesatkan rakyat bukan untuk membela rakyat," katanya.

Seterusnya, beliau menceritakan pula mengenai keangkuhan Firaun yang mendakwa berkuasa untuk memberi nikmat kepada rakyat berkenaan.
"Firaun telah mengarahkan rakyat Mesir, dikumpul beramai-ramai, dan Firaun berucap. Tidakkah aku menjadi pemerintah berkuasa di Mesir ini?
"Sungai-sungai yang mengalir di kampung-kampung, ini adalah projek aku. Di bawah penguasaan aku.

"Aku (Firaun) yang bagi. Satu lagi projek aku (Firaun). Al-Quran berkata maka Firaun menjadikan rakyat ringan (meremehkan) akal dan membodohkan rakyat," katanya diiringi ketawa yang menggamatkan dewan konvensyen.

Beliau seterusnya menyeru rakayt agar tidak mengundi BN walaupun menerima bantuan tersebut.

"Cara BR1M, adalah tangungjawab kita untuk membijakkan rakyat. Rakyat dibijakkan, terima BRIM jangan undi BN. BRIM itu duit rakyat.  Bukan duit poket BN. Beritahu rakyat, bahawa BR1M itu duit kamu, ambil," katanya lagi

Katanya, beliau yakin Pakatan mampu mentadbir Putrajaya selepas membuktikan kecemerlangan memimpin di negeri dikuasai Pakatan selama satu penggal.

"Insya-Allah kita buktikan sekiranya kita ke Putrajaya. Kita menunaikan janji Buku Jingga. Janji yang akan ditepati, bukan menepati janji selama 50 tahun.

"Kita tahu rakyat diperkudakan. Buku jingga menyelesaikan masalah, bukan membodohkan rakyat. Insya-Allah rakyat tidak boleh dibodohkan. Tanggungjawab kita mencerdikkan rakyat," katanya.

Read More...

Pakatan akan semak perjanjian 'menipu'

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat akan menyemak semula perjanjian yang melibatkan "penipuan dan tidak adil" sekiranya gabungan parti itu berjaya membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kita tidak menyentuh perjanjian sebelum ini melainkan terbukti penipuan dan jelas tidak adil," katanyna sewaktu menyampai ucapan di pelancaran manifesto Pakatan Rakyat di Shah Alam hari ini.

Bagaimanapun, Pakatan akan tetap menghentikan projek nadir bumi Lynas – yang giat ditentang gabungan parti itu – atas alasan keselamatan, katanya.

Pakatan juga akan menyemak semula perjanjian para penanam padi dengan syarikat Padiberas Nasional Berhad, katanya lagi untuk memastikan golongan penanam padi mendapat manfaat daripada perjanjian berkenaan.

Pakatan juga akan berusaha untuk mendapatkan semula hasil negara yang didakwa "dicuri" melalui projek kontroversi seperti Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan juga amalan pemberian permit teksi.

"Kita nak selamatkan semua bukan untuk berdendam, bukan silih ganti masuk penjara... Bukan untuk membalas dendam. (Tetapi) yang kita nak buat adalah untuk mengambil wang yang telah dicuri.

"Sebagai contoh, permit teksi diberikan kepada pemandu teksi, wang NFC RM250 juta yang diambil dikembalikan kepada penternak. Kita mengambilnya tanpa melupakan proses perundangan," katanya

Read More...

Amaran - 'Warganegara segera' jangan mengundi

Pengarah pilihan raya PAS Dr Hatta Ramli memberi amaran kepada golongan "warganegara segera" yang diberikan hak mengundi oleh kerajaan agar tidak mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Hatta berkata, PAS kini bekerjasama dengan NGO Asalkan Bukan Umno untuk memburu golongan tersebut dan menakut-nakutnya individu terlibat, yang diberi kerakyatan untuk menyokong kerajaan BN, agar tidak mengundi.

"Kita akan pastikan mereka yang mengundi benar-benar rakyat Malaysia," katanya dalam konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam hari ini.

Hatta juga berkata Pakatan juga akan memastikan untuk memastikan pertandingan satu lawan satu berlaku di kesemua 700 kerusi DUN dan kawasan parlimen.

Katanya, Pakatan kini di pusingan terakhir untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan PAS telahpun bersedia sejak dua tahun lalu.


Read More...

Yassin buat kejutan di Konvensyen PR

SHAH ALAM: Penampilan penyanyi popular Yassin dan rakan-rakannya dengan dua lagu tema Pakatan Rakyat menjadi kejutan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.

Dengan lagu 'Menuju Putrajaya' dan 'Reformasi', Yassin yang juga bekas anggota kumpulan nasyid Brothers itu memukau para peserta konvensyen di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini.

Kedua-dua lagu ini adalah pertama kali diperdengarkan kepada umum sempena konvensyen hari ini.

Sebelum ini video klip lagu Reformasi nyanyian beliau ini telah dilancarkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebagai lagu rasmi kempen mereka ke seluruh negara.

Ia juga dijangka bakal menjadi siulan anak-anak muda khususnya dikongsi di laman-laman sosial dan radio internet walaupun bakal di black out dari tv dan radio tradisional.

Yasin juga telah secara rasminya dilantik sebagai duta terbaru PKR bagi mempromosikan parti tersebut kepada anak muda.

Read More...

Pertempuran antara rakyat & kebatilan Umno

SHAH ALAM 25 FEB: Jentera Pakatan Rakyat perlu bersiap-siaga untuk mara ke medan tempur sebagai satu saf yang rapi dan tersusun sebaik Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) diumumkan, kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

PR“Pertempuran kali ini adalah di antara rakyat dan elit penguasa. Antara yang mempertahankan hak dan yang melindungi kebatilan.

“Kita telah berada di pusingan terakhir. Saya optimis dalam pertempuran kali ini kemenangan akan bersama rakyat.


“Kerana itu kita tidak boleh melakukan kesilapan kerana ia mengkhianati cita-cita perubahan dan sengaja mengkhianati amanah rakyat Malaysia,” katanya ketika menyampaikan amanat Ketua Jentera Pilihan Raya pada Konvensyen Pakatan Rakyat keempat di Pusat Konvensyen Shah Alam, hari ini.

Timbalan Presiden KEADILAN itu berkata, Pakatan Rakyat bukan sekadar untuk muafakat PRU 13, namun bertunjang hasrat untuk melaksanakan perubahan.

Justeru, tema manifesto ‘Pakatan Harapan Rakyat’ adalah cita-cita rakyat Malaysia yang bersaudara.

“Dari Perlis sampai ke Sabah, petani, nelayan, guru, usahawan hinggalah para Jeneral, kini semuanya bersama Pakatan Rakyat,” kata Azmin.

Tambahnya, kepimpinan Pakatan Rakyat yang bersih, tidak rasuah dan menolak perkauman sempit memacu kemakmuran negara dan istiqamah dalam perjuangan adalah aset.

“Kebijakan yang digarap melalui Buku Jingga, Belanjawan Pakatan Rakyat dan hari ini kita luncurkan manifesto bersama. Dokongan kuat rakyat Malaysia membuktikan bahawa Pakatan Rakyat akan menerajui PRU 13 dengan agenda kita,” katanya.

“Saya dengan tekad dan berani menyatakan Pakatan Rakyat bersedia untuk mentadbir. Ayuh kita mara ke Putrajaya dengan iltizam untuk melakar masa depan baru demi Malaysia yang gagah,” kata Azmin disambut tepukan hadirin.

- keadilandaily.com/

Read More...

Pembentangan manifesto dalam Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 hari ini

SHAH ALAM 25 FEB: Manifesto Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan dibentang pada konvensyen kali keempat di Pusat Konvensyen Convention Centre (SACC), hari ini.

Pembentangan itu yang dijadual bermula jam 12 tengah hari itu bakal menjadi tumpuan media dan seluruh rakyat negara ini.

Mengikut atur cara, program bermula jam 9 pagi untuk pendaftaran peserta dan acara dimulai dengan nyanyian lagu kebangsaan, Negaraku serta bacaan doa.


Antara jam 10.50 hingga 11.20 pagi, Ketua Jentera Pilihanraya dari ketiga-tiga parti dijadual menyampaikan amanat masing-masing, diikuti pembentangan manifesto.

Selepas persembahan akuistik, pemimpin DAP dan PAS pula akan menyampaikan ucaptama antara jam 11.55 pagi hingga 12.35 tengah hari, diikuti gimik persembahan.

Ucaptama pimpinan KEADILAN pula berlangsung mulai jam 12.40 petang, disusuli bacaan ikrar dan nyanyian Negaraku.

Program yang boleh diikuti secara langsung itu dijadual berakhir jam 1.30 petang selepas bacaan doa.

Untuk tonton siaran langsung, KLIK INI (Livestream), KLIK INI (Radio Suara Rakyat FM) dan KLIK INI (Radio Bangsar Utama).

Read More...

Harussani Yang Pemalas..

Rupa-rupanya Harus sani ni seorang mufti yang pemalas lagi bodoh rupanya!

Mengapa pemalas? Pemalas kerana malas hendak mendapatkan kenyataan sebenar TGNA mengenai pemberian BR1M kepada rakyat, yang berlambak dalam pelbagai media baik maya mahupun tak maya!

Kalaupun Harussani ini buta ICT, kalaulah..... sepatutnya dalam zaman cyber ini tidak menjadi masalah bagi seorang mufti yang mempunyai pegawai-pegawai bawahan yang ramai untuk mendapatkan kenyataan yang sebenar TGNA sebelum membuka mulut memberi ulasan!

Tapi apa nak buat, dah dasar pemalas, Harussani menjadikan beliau seorang mufti yang sanggup begitu celupar terhadap PAS khususnya terhadap TGNA kerana Umno. Malang Perak mempunyai seorang mufti yang pemalas untuk berfikir dan mengkaji sebelum mengulas!

Mengapa bodoh? Bodoh kerana benak benar buat Harussani yang sudah lama hidup untuk memahami bahasa Melayu yang diucapkan oleh TGNA, sehingga beliau memahami Bahasa Melayu TGNA itu bermaksud penerima BR1M itu haiwan? Budak sekolah rendah pun begitu mudah untuk memahami Bahasa Melayu TGNA itu, Harussani pulak yang benak memahaminya...! Eh padah!!

Nampak gayanya Harussani ini lebih kurang sahaja dengan Mahathir! Makin tua makin tak menjadi!


Read More...

Sunday 24 February 2013

Anak Fadzil Noor promosi kerjasama Umno-PAS

Seorang pendakwah yang merupakan anak bekas presiden PAS, Ahmad Fauwaz Fadzil membangkitkan semula soal kerjasama antara PAS dan Umno, didakwa demi kepentingan Melayu dan Islam.

Malah, organ kedua-dua parti, Harakah dan Utusan Malaysia juga patut bekerjasama, kata anak bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor itu dalam satu wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia.

"Jika kita sayangkan negara ini, lebih baik kita bersatu dan bekerjasama sesama Islam demi memegang amanah dalam menjaga negara ini," katanya dalam wawancara bersama akhbar milik Umno itu.
Beliau juga berkata PAS dan Umno mempunyai "slogan" tersendiri dalam soal agama Islam, Melayu dan negara kebajikan.
"Tetapi apa apa yang lebih penting adalah kita perlu praktik dan bukan hanya sekadar slogan,"

"Kita perlu melihat perpaduan itu sebagai 'saya sebahagian daripada kamu dan kamu adalah sebahagian daripada saya'," katanya.

Isu perpaduan PAS dengan Umno itu kembali dipromosi selepas lebih setahun menyepi.

Read More...

Video Kekejaman Papagomo Tersebar

Bogger pencacai UMNO terkenal, Wan Muhammad Azri bin Wan Deris atau nama glamornya PAPAGOMO, rupa-rupanya kini menghadapi masalah rumahtangga yang serius apabila beliau dilaporkan telah mengabai dan menceraikan isterinya dan di dalam satu video yang beredar di laman sosial menyatakan papagomo telah merampas anaknya dengan kasar dari bekas isterinya itu.

Hal mengenai beliau meletup dan hebat dibincangkan di forum cari.com.my


Petikan:

Lelaki kalau rampas anak dari ex-wife selalunya bukan sebab sayang kat anak dia lebih kepada nak balas dendam dgn ex-wife jer... Dulu kan ada kes laki dia larikan anak dari ex-wife lepas tu bukan dia nak bela...pegi hantar kat rumah anak yatim. Mak budak tu cari anak dia bagai nak gila last2 jumpa kat rumah anak yatim kat Ulu Langat masa kejadian tanah runtuh hari tuh...dasar laki busuk hati!!!


Anaknya bernama Wan Cassandra. Sila rujuk blog bekas isterinya BELLINA.

Di dalam satu video yang dimuatnaik di youtube, papagomo dilihat telah dengan kejam rampas anak mcm tu jer.. tgk masa 0:04 dia pakai jersi malaysia:



Read More...

Perkasa malukan umat Islam

KOTA BHARU: Demontrasi mempertahankan kalimah Allah, sebaliknya antara yang hadir gadis-gadis berpakaian seksi, tidak bertudung dan berbagai gaya dipertontonkan. Itulah yang mungkin dapat dilakukan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) di Alor Setar semalam bagi membela agama Islam, apabila gadis yang hadir ada berpakaian seksi dan berlagak macam model.

Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Hafiz Musa berkata, program yang bercampur gaul lelaki dan perempuan yang berpakaian tidak senonoh anjuran Perkasa semalam cukup memalukan umat Islam.


“Berhimpun untuk menegakkan agama Allah atau kalimah Allah, tetapi apa yang berlaku dan dapat kita saksikan begitu menyolok mata sekali.

“Kalaupun tidak ikhlas untuk tujuan itu, jangan gunakan gadis yang berpakaian sebegitu. Jika tidak masyarakat akan mempersendakannya,” katanya di sini.

Semalam perhimpunan Perkasa yang diketuai Datuk Ibrahim Ali di Alor Setar bagi mempertahankan kalimah Allah memperlihatkan aksi yang tidak senonoh dengan kehadiran gadis-gadis berpakaian seksi.

Mohd Hafiz berkata, perbuatan seperti itu bukan untuk memartabatkan agama Islam sebaliknya memperlihatkan kepada umum perbuatan yang menyalahi hukum syarak.

“Namun kerana terlalu gopoh dalam meraih simpati politik Perkasa sanggup melakukan apa sahaja bagi mendapat populariti secara murahan.

“Tindakan mereka itu tanpa disedari telah mempersendakan hukum Allah. Dalam kita ghairah berpolitik, janganlah sampai ia memerangkap diri sendiri,” katanya.

Read More...

Najib Tunggu Letih Baru Nak Buat Pilihanraya

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) belum diumumkan kerana kerajaan mahu dasar transformasi negara benar-benar terbukti berjaya dan memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat.

Beliau berkata idea yang kreatif, perancangan yang rapi dan pelaksanaan yang berkesan adalah sangat penting dalam usaha kerajaan untuk membela rakyat dan membangunkan negara.


"Sebab itulah saya tunggu sampai kita letih hendak buat PRU, kita tunggu kerana saya hendak buktikan bahawa dasar transformasi negara benar-benar boleh berjaya," katanya ketika melancarkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Seremban Sentral di Seremban hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Pengerusi PR1MA Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis.

Justeru, Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya tidak menukar kerajaan sedia ada pada PRU-13 nanti kerana kerajaan BN) sahaja yang boleh memenuhi harapan rakyat.

Ini terbukti dengan pelbagai kejayaan yang dicatat oleh negara antaranya perkembangan ekonomi yang semakin meningkat selain mencatat pertumbuhan yang pesat, katanya.

"Kita harus berbangga sebagai sebuah negara kita sudah capai banyak kejayaan, kalau Ulu Temiang akan ditukar namanya kepada Seremban Utara, tetapi kerajaan jangan tukar," katanya sambil menerima sorakan gamat daripada orang ramai.

Najib berkata hari ini, rakyat juga cukup yakin bahawa kerajaan BN bukanlah hanya pandai cakap sahaja tetapi juga yakin melakukannya untuk rakyat sepertimana gagasan 1Malaysia iaitu "Rakyat Didahulukan".

"Semalam, saya ke Terengganu, saya naik beca dan tanya pengayuh beca bagaimana kerajaan hari ini, dia kata akan sokong BN kerana PAS mengarut, hanya pandai cakap tetapi tak pandai buat," katanya.

Mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengumpamakan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada rakyat seperti memberi makanan kepada haiwan, Najib berkata kenyataan sedemikian sepatutnya tidak keluar daripada seorang ulama.

"Ulama bercakap baik, sopan, beri nasihat, ini caci-maki, merendahkan martabat orang, ini bukan percakapan ulama, kita tidak sanggup dikutuk sebagai haiwan, tapi yang anehnya yang bersusun terima BR1M bukan kita sahaja, dia (pembangkang) pun terima," katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan terus melakukan yang terbaik supaya rakyat mendapat kesejahteraan dan negara terjamin aman dan makmur.

Mengenai projek PR1MA Seremban Sentral, Najib berkata sebanyak 5,000 unit rumah mampu milik akan didirikan di kawasan KTM Seremban di keluasan kira-kira 73 ekar (kira-kira 30 hektar) dan dijangka siap dalam masa dua tahun setengah.

"Seremban tidak lama lagi akan moden, cuba bayangkan Seremban Sentral macam Sentral di Kuala Lumpur," katanya, sambil menambah sebanyak 6,000 unit rumah mampu milik di bawah projek PR1MA akan didirikan di Ulu Temiang atau Seremban Utara.

Beliau berkata projek itu terbuka kepada permohonan secara dalam talian atau manual kepada mereka berpendapatan di antara RM2,500 hingga RM7,500 sebulan dan berumur 21 tahun ke atas.

"Dasar kita mesti bersifat inklusif, tidak kira pendapatan mesti dapat manfaat daripada kerajaan Malaysia, kira-kira 20,000 orang akan dapat manfaat daripada projek ini," kata Perdana Menteri.

Projek itu juga menawarkan harga lebih rendah iaitu kurang 20 peratus daripada harga pasaran selain mempunyai kemudahan akses kepada perkhidmatan keretapi, bas serta terdapat pejabat komersil, pusat beli-belah, kesihatan dan pendidikan.

- Bernama

Read More...

Selangor Tidak Ugut Kakitangan Awam Yang Tidak Sokong Kerajaan Negeri

SHAH ALAM 24 FEB :Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah melucutkan jawatan kakitangan awam di Selangor hanya kerana tidak menyokong atau tidak hadir dalam majlis-majlis anjurannya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini berbeza dengan pentadbiran yang diamalkan Kerajaan Umno-BN yang mengugut kakitangan awamnya supaya menyokongnya dan menghadiri setiap program yang dianjurkan.

“Kerajaan PR Selangor, kami tidak pernah melucutkan jawatan kakitangan awam di Selangor hanya kerana dia tidak menyokong atau tidak hadir dalam majlis saya atau pemimpin PR yang lain.

“Bukan seperti Kerajaan Umno-BN, tengok berapa ramai penjawat awam termasuk guru-guru yang ditukar tempat kerja kerana didapati mereka tidak hadir dalam majlis-majlis anjuran pemimpin Umno-BN,” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian ketika memberikan ucapan di Majlis Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor anjuran Madrasah Majlis India Muslim Malaysia (MIM) di Stadium Malawati, Shah Alam di sini semalam.

Abdul Khalid mengulas berkenaan aduan tentang terdapat orang tertentu daripada Kesatuan India Muslim Malaysia (KIMMA) yang mengugut golongan India Muslim supaya tidak hadir ke majlis itu dengan memberikan pelbagai alasan.

“Misalnya tadi saya terima aduan tentang terdapat orang tertentu daripada Kesatuan India Muslim Malaysia (KIMMA) yang mengugut golongan India Muslim supaya jangan pergi ke majlis hari ini, nanti Senator yang diberi oleh Kerajaan Pusat kepada India Muslim ditarik balik,” ujarnya lagi.

Tambahnya, ugutan tersebut turut menyatakan duit bantuan tahunan surau berkemungkinan diberhentikan dan visa atau permit ustaz tidak diperbaharui.

“Banyak lagi ugutan daripada pimpinan Kerajaan Umno-BN kepada rakyat,” tegasnya.

Sebelum ini, seorang guru agama di Labuan mendakwa diberhentikan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI) hanya kerana menghadiri ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut guru tersebut, Qatrun Nada Mohd Latfi, beliau menerima notis pemecatan selepas mendapat panggilan daripada seorang pemimpin Umno-BN tempatan.

Read More...

Siasat skandal Bank Negara rugi RM30 bilion, RM100 bilion ketika 22 tahun era Mahathir

KUALA LUMPUR, 24 FEB: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata beliau pernah mengatakan Pakatan Rakyat (PR) patut membuka semula siasatan terhadap skandal RM30 bilion tukaran wang asing 1992 jika berjaya mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Selain itu, katanya, Suruhanjaya Siasatan Diraja sepatutnya ditubuhkan bagi menyiasat kerugian RM100 bilion yang ditanggung negara di dalam skandal kewangan sepanjang 22 tahun era pemerintahan bekas Perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, walaupun 13.3 juta pengundi pada PRU-13 belum membuat keputusan sama ada mereka menyokong cadangan itu, siasatan awam menyeluruh perlu dilakukan kerana kerugian RM100 bilion itu tiada langsung akauntabiliti dan ketelusan malah rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa berleluasa selama lebih tiga dekad itu.

“Saya memberi jaminan tidak mahu melihat Mahathir mengalami nasib sama seperti Mubarak atau Gadafi, atau ditahan di penjara tetapi perlu ada perakaunan penuh mengenai kerugian RM100 bilion skandal kewangan selama era Mahathir.

“Sebaliknya mahu melihatkan institusi penting negara seperti kehakiman, perkhidmatan awam, Pejabat Peguam Negara, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikompromi dan tunduk mengikut perintah Perdana Menteri yang sehingga kini Malaysia masih belum lagi pulih sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 47 Hari Ke PRU-13, semalam.

Menurutnya, hanya selepas itu Malaysia boleh bermula dengan halaman baru iaitu membina bangsa Malaysia yang hebat yakni yang bersatu, harmoni, berdaya saing, progresif dan makmur.
Beliau berkata, sehingga kini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih gagal menyatakan secara jujur dan berterus-terang sama ada rakyat Malaysia masih membayar RM100 bilion skandal kewangan yang dilakukan dalam era pemerintahan Mahathir dengan keputusan kerajaan pada 2011 yang menghapuskan RM580 juta hutang Tan Sri Tajuddin Ramli yang diselesaikan “luar mahkamah” antara Danaharta dan GLC lain dengan mengambil kira semua saman yang belum selesai antara mereka.

“Sebelum penyelesaian itu, Tajuddin mendakwa dalam afidavitnya bahawa Mahathir membuatnya membeli MAS pada 1994 bagi menyelamatkan Bank Negara yang mengalami kerugian pertukaran wang asing secara besar-besaran berpunca daripada spekulasi pasaran sebagai “khidmat kepada negara” dengan “Overriding Agreement” untuk membayar gantirugi beliau terhadap sebarang kerugian yang ditanggung.

“Walaupun perkara ini dinafikan Mahathir, perlu ditentukan siapa yang bercakap benar, Mahathir atau Tajuddin dan siapa yang mesti bertanggungjawab terhadap kerugian RM10 bilion MAS, RM1.8 bilion kerugian pembelian semula 29.09 peratus kepentingan Tajuddin dalam MAS pada harga RM8 seunit berbanding harga pasaran RM3.68 seunit ketika perjanjian ditandatangani pada 20 Disember 2000 diikuti laporan polis MAS dari 2002 bahawa Tajuddin menyebabkan pengangkutan negara kerugian melebihi RM8 bilion,” ujarnya.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur menggangarkan di Parlimen dua dekad lalu bahawa Bank Negara kerugian RM30 bilion daripada skandal pertukaran asing ketika pemerintahan Mahathir.

Bagaimanapun, katanya, Bank Negara mendakwa kerugian RM10.1 bilion pada 1992 dan RM5.7 bilion pada 1993 sementara bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Dr Rosli Yaakop tahun lalu di sebuah forum awam menganggarkan Bank Negara kerugian antara US$27 dan US$33 bilion, lima kali ganda melebihi rizab asingnya dan aset keseluruhan sebanyak US$20.7 bilion pada 1992.

“Terkini portal berita perniagaan yang baru berusia tiga hari, KiniBiz, Jose Barrock melaporkan “Syed Mokhtar eyes Malaysia Airlines” bahawa Syed Mokhtar Albukhary mencadangkan kerajaan persekutuan mengambil alih cabang pelaburan negara, 69.3 peratus kepentingan ekuiti Khazanah Nasional Berhad dalam Malaysia Airlines (MAS) termasuk sebahagian daripada subsidi minyak jangka panjang oleh kerajaan untuk 60 tahun.

“Rakyat Malaysia menanti pendedahan sepenuhnya perkembangan terbaru itu dalam kerumitan hubungan korporat-kerajaan, dengan “sumber yang dekat dengan Syed Mokhtar” menafikan terdapat cadangan untuk mengambil alih MAS dengan “dua sumber berlainan” mengesahkan bahawa urusan sedemikian sedang difikirkan,” tambahnya.

Bagaimanapun, katanya, isu utama mengenai kebimbangan orang ramai terhadap tadbir urus yang baik di Malaysia sama ada membabitkan skandal kewangan lama yang muncul daripada penswastaan secara menyeluruh dan khususnya mengenai penerbangan milik negara yang bermasalah.

“Selain itu, empayar perniagaan Syed Mokhtar dan hutang meganya membimbangkan sama ada ia akan diselamatkan (bail out) kerajaan menggunakan duit pembayar cukai dan sejarah korupsi, kronisme dan penyalahgunaan kuasa di dalam senarai panjang Umnoutra yang diselamatkan dengan tanggungan rakyat sejak berdekad lalu.

“PRU-13 adalah waktu paling sesuai untuk meninjau kembali isu yang membimbangkan orang ramai mengenai akauntabiliti, ketelusan dan tadbir urus baik.

“Walaupun Najib telah memberi keutamaan untuk akauntabiliti, ketelusan dan tadbir urus baik dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) serta Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), semua itu kekal sebagai slogan yang meniti di bibir memandangkan tiada yang berubah dalam bidang itu atau kedudukan rasuah Malaysia seperti digambarkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) di bawah Najib lebih buruk berbanding Perdana Menteri sebelumnya – Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir dan Tun Abdullah,” katanya.

“Skandal MAS di bawah Najib berterusan sebagaimana Barry Wain, dalam bukunya “Malaysian Maverick”, menggangarkan Malaysia kerugian RM100 bilion di dalam empat skandal kewangan ketika pemerintahan Mahathir.

“Pada PRU-13 nanti, pengundi Malaysia bukan saja perlu menghukum transformasi kosong Najib sepanjang empat tahun lalu, juga menghukum 22 tahun autoritarian dan korup Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003 yang ketika ini begitu rancak berkempen,” katanya.-Roketkini.com

Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP