Monday 31 October 2016

Harga Minyak Naik Lagi.. Tertinggi Tahun 2016



Harga minyak naik lagi untuk dua bulan berturut-turut.

Untuk November 2016, harga baru RON 95 ditetapkan pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.30 seliter dan diesel pada RM1.90 seliter, menurut Paultan.

Ini bermakna berlaku kenaikan 15sen untuk setiap jenis minyak bermula tengah malam ini.

Harga baru ni juga sekali gus mencatat rekod sebagai harga bahan bakar paling tinggi untuk tahun ini.

Harga baru ini lebih tinggi berbanding Januari tahun ini apabila RON95 ditetapkan pada harga RM1.85 seliter, RON97 (RM2.25) dan diesel (RM1.60).

Harga jualan paling rendah tahun ini dicatat pada bulan Mac.

Berbanding harga itu, harga diesel menunjukkan perbezaan 48 peratus.

RON95 naik 22 peratus sejak Mac manakala RON97 pula 18 peratus.

Kerajaan menentukan harga minyak melalui sistem apungan terkawal yang mengambil kira harga pasaran minyak mentah dunia dan kekuatan mata wang negara untuk bulan sebelumnya.

Read More...

Idris Ahmad: PAS Tak Kisah Walaupun Sudah 13 Kali Ditipu UMNO



Pas tidak pernah kesah kalau ditipu oleh Umno sekali lagi dalam isu Rang Undang-undang Akta 355 (RUU 355), kata naib presidennya, Idris Ahmad.

Ketika berceramah di Kuantan malam tadi, Idris yang juga ahli parlimen Bukit Gantang berkata, Pas dan rakyat negara ini sudah lama ditipu oleh BN.

"Kita dah pilihan raya 13 kali. Dah 13 kali kita dikencing (ditipu) oleh BN. Sebab tu kita kalah selalu.

"Jadi kalau kena kencing sekali lagi kita tidak terkejutlah," kata Idris dalam ceramah itu.

Bagi beliau, Pas tidak rugi dikencing oleh Umno tetapi Umnolah yang rugi.

Ini kerana, menurut beliau, ramai ahli dan penyokong Umno khasnya imam-imam masjid sudah menyokong agar Akta 355 ini dipinda bagi meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

"Jadi jika Umno tipu dengan tidak sokong pindaan ini, Umno yang rugi bukan Pas," kata Idris.

Idris dipercayai mengulas kemungkinan RUU Akta 355 yang dibentang oleh presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dibahaskan kali ini.

Pas kini memberikan sepenuh tumpuannya untuk mempastikan RUU 355 yang dibawanya berjaya sehingga sanggup berbaik-baik dengan Umno, musuh tradisinya selama ini.

Pas juga tidak menentang skandal puluhan bilion ringgit wang 1MDB yang didakwa melibatkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan alasan tidak ada bukti.


Read More...

RUU Hudud: Hadi Kena Kencing Dengan Umno..



Dewan Rakyat mungkin tiada masa untuk tangani rang undang-undang (RUU) persendrian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata menteri bagi hal ehwal Parlimen.

Datuk seri Azalina Othman Said dalam satu wawancara berkata Dewan hanya mempunyai baki 2 hari lagi selepas perbahasan Bajet 2017 selesai, tetapi urusan kerajaan perlu didahulukan.

“Mengikut kalendar, ada 2-3 usul menanti untuk diluluskan selepas perbahasan Bajet selesai,” katanya lapor Sin Chew Daily.

Turut berada dalam agenda adalah usul menggantung Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng selama 6 bulan.

“Kami hanya ada 2 hari untuk selesaikan semua urusan, saya tak tahu sama ada kita ada masa kecuali kita semua bermalam di Parlimen,” katanya.

Sidang Dewan Rakyat dijadualkan berlangsung sehingga 24 November. Sebanyak 6 hari diperuntukkan untuk rang undang-undang dan urusan kerajaan lain, manakala 23 November hingga 24 November diperuntukkan untuk urusan lain.

Hadi mengemukakan usul mendapatkan persetujuan ahli Dewan untuk membentangkan rang undang-undang memperluaskan bidang kuasa jenayah mahkamah syariah.

Usulnya perlu dibahas dan diundi ahli Dewan. Sekiranya usul diluluskan, RUU dianggap sudah dibentangkan tetapi menteri berkaitan perlu kemukakan ia untuk dibahaskan.

RUU itu mahu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan mahkamah syariah negeri melaksanakan sebarang hukuman yang diperuntukkan dibawah undang-undang Islam kecuali hukuman mati lapor FMT

Read More...

Sunday 30 October 2016

KJ Minta Polis Tutup Laluan Peserta BERSIH5



Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta polis menutup semua laluan yang akan digunakan peserta BERSIH5 pada 19 November ini.

Kata Khairy polis bukan saja diharap tidak membenarkan Dataran Merdeka dijadikan tempat perhimpunan itu malah laluan yang akan digunakan ke kawasan berkenaan perlu ditutup.

Katanya segala langkah perlu wajar diambil supaya tiada perarakan bermula dari tempat yang sudah dikenal pasti.

“Kita sudah tahu lokasi berkumpul dan laluan akan digunakan kumpulan BERSIH untuk ke Dataran Merdeka, jadi saya harap polis menutup jalan tersebut supaya tiada laluan boleh digunakan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Anggota parlimen Rembau itu bercakap kepada media di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, semalam.

BERSIH5 akan diadakan pada November ini untuk menyatakan lima tuntutan kepada kerajaan, iaitu pilihan raya yang adil dan bersih, kerajaan yang bersih, mengukuhkan demokrasi berparlimen, mendapatkan kebebasan dan hak membantah, serta memperkasa Sabah dan Sarawak.

Kempen mempromosi perhimpunan itu dijalankan kumpulan BERSIH setiap hujung di beberapa lokasi terpilih. Ia masih berlangsung walaupun berlaku beberapa insiden keganasan sebelum ini.

Menurut Khairy langkah menutup laluan ke Dataran Merdeka perlu diambil kerana BERSIH5 dikhuatiri boleh cetuskan keadaan huru-hara.

“Kita tidak mahu kekecohan seperti yang berlaku pada BERSIH3 lalu berulang memandangkan pelbagai tindakan keterlaluan dilakukan waktu itu termasuk terbalikkan kereta polis serta banyak kedai pecah. Perhimpunan BERSIH ini boleh cetuskan keadaan huru-hara," katanya.

Sementara itu Khairy berkata kemunculan kumpulan baju merah adalah kesan tindak balas terhadap BERSIH5.

“(Baju) Merah hanya hendak tunjuk mereka menentang BERSIH, kalau BERSIH tidak buat-buat apa sudah tentu merah pun tidak akan buat apa-apa. Jadi bebannya terletak di atas BERSIH. Cara terbaik ialah tidak membenarkan perhimpunan BERSIH5 berlaku," katanya.

Khairy juga membayangkan tindakan disiplin akan dikenakan ke atas mana-mana ahli Pemuda Umno yang terlibat dalam BERSIH.

"Kita akan ambil tindakan sebab himpunan BERSIH menentang kerajaan Umno dan PM (perdana menteri), ini melanggar disiplin parti,” katanya.


Read More...

Thursday 27 October 2016

Foto Bom Nuklear Satan 2 Rusia Mampu Musnahkan Perancis



Rusia mendedahkan beberapa keping gambar yang menunjukkan misil nuklear terbesarnya dan dikatakan mampu memusnahkan kawasan sebesar sebuah negara Perancis.

Menurut Mail Online, misil berkenaan yang diberi nama RS-28 itu dan digelar Satan 2 oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), mempunyai kelajuan maksimum sehingga tujuh kilometer per saat dan direka untuk mengatasi sistem perisai anti-misil.

Misil Sarmat terbaharu itu boleh melancarkan kepala pele­dak sehingga 40 megaton iaitu 2,000 kali lebih berkuasa berbanding bom atom yang menghancurkan Hiroshima dan Nagasaki pada 1945.

Dalam pada itu, menurut rangkaian berita Rusia, Zvezda, yang dimiliki oleh Kementerian Perta­hanan Rusia, misil itu mempunyai keupayaan jarak sehingga 10,000 kilometer, yang dikatakan mampu menyerang London dan beberapa bandar Eropah lain serta Amerika Syarikat (AS).

Kementerian Pertahanan da­lam pada itu merancang untuk melaksanakan penggunaan Sarmat pada lewat 2018 dan menggantikan mi­sil ter­da­hulu, SS-18 pada 2020.

Misil terbaharu itu dikatakan sedang menjalani ujian berdekatan Miass di Rusia.

“Misil SS-18 sudah berusia le­bih 30 tahun, jadi walaupun anda mempunyai hubungan yang baik dengan NATO, kamu mesti mahu mengemaskinikan peluru berpandu anda.

“Tetapi Presiden Rusia, Vladi­mir Putin tentu gembira ke­ra­na langkah itu digambarkan sebagai satu langkah agresif. Beliau mahu menunjukkan kepentingannya,” kata seorang pakar nuklear di Institut Perkhidmatan Bersatu Diraja London, Igor Sutyagin.



Read More...

Tuesday 25 October 2016

Hospital Terbakar: Enam Pesakit Mati Terbakar



Johor Bahru: Polis mengesahkan enam mangsa terkorban dalam kebakaran di wad unit rawatan rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, seorang lagi mangsa melecur 80 peratus pada tubuh dan sedang di rawat di hospital berkenaan.

Katanya, ketika kejadian terdapat tujuh pesakit sedang mendapatkan rawatan di wad terbabit dan mereka dibantu lapan kakitangan hospital.

"Bagaimanapun kejadian itu mengakibatkan enam mangsa terkorban dalam kebakaran di wad unit rawatan rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, seorang lagi mangsa melecur 80 peratus pada tubuh dan sedang di rawat di hospital berkenaan.

Katanya, ketika kejadian terdapat tujuh pesakit sedang mendapatkan rawatan di wad terbabit dan mereka dibantu lapan kakitangan hospital.

"Bagaimanapun kejadian itu mengakibatkan enam pesakit termasuk empat perempuan dan dua lelaki ditemui mati akibat terperangkap di dalam wad itu.

"Tiga kakitangan hospital mengalami sesak nafas akibat terhidu asap dan dua daripadanya sudah dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, bagi mendapatkan rawatan lanjut, manakala seorang lagi dirawat di hospital itu," katanya.

Katanya, semua anggota keselamatan termasuk bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu memadamkan kebakaran dalam kejadian jam 9 pagi itu.

Katanya, siasatan mendapati ketika kejadian terdapat 294 pesakit dan 193 kakitangan berada di bangunan induk itu.

"Siasatan awal dipercayai litar pintas menjadi punca kepada kejadian kebakaran di wad itu," katanya.



Read More...

Azmin Ada Bukti BN Dan Umno Sabotaj Air Di Selangor



KUALA LANGAT - Kerajaan Negeri Selangor mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan terdapat kecenderungan unsur sabotaj oleh BN dan Umno berhubung isu pencemaran air di Semenyih, untuk memperlihatkan seolah-olah kerajaan negeri lemah.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kejadian pencemaran air sungai di negeri ini dilihat seperti bersiri di kala tempoh pilihan raya semakin hampir.

Menurutnya, bagi kes pencemaran air di Semenyih, kerajaan negeri sudah memperoleh bukti-bukti kukuh dan percaya Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Jabatan Peguam Negara telah menyiapkan kes tersebut.

"Di peringkat negeri memang kita sudah kenakan tindakan. Jadi biar rakyat yang hukum sebab kita sudah beri komitmen. Malah pasukan pemantauan dianggotai pelbagai agensi termasuk Luas (Lembaga Urus Air Selangor) dan Air Selangor  beroperasi 24 jam sekarang ini.

"Maknanya kita serius dan saya serah kepada rakyat untuk buat penilaian. Namun kita tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan ke atas pelaku-pelaku yang membuat pencemaran sungai sekiranya bukti-bukti dapat disediakan," tegasnya.

Katanya, kejadian pencemaran sungai dilihat sangat sistematik, namun jabatan persekutuan dilihat agak perlahan dalam menjalankan peranan mereka sedangkan bukti berkenaan sepatutnya diperoleh dengan cepat dan proses pengambilan sampel tidak boleh dilengahkan.

"Perkara ini tidak perlu berlaku dan saya menggesa kerjasama erat antara jabatan serta agensi persekutuan dengan kerajaan negeri daripada segi penguatkuasaan, juga pemantauan di lembangan sungai bagi memastikan kejadian pencemaran tidak berulang.

"Kita mesti ada kerjasama kuat dan padu kerana pelbagai jabatan ada, termasuk JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) dan JAS bagi menjamin keselamatan alam sekitar," katanya.

Ditanya sama ada tindakan akan diambil ke atas BN dan Umno, beliau sekali lagi berkata, biar rakyat menghukum serta menilai dan kerajaan negeri tetap bertindak tegas terhadap pelaku mengikut undang-undang semasa.

Beliau memberi contoh kes pencemaran sungai di Semenyih yang mana kerajaan negeri telah membuat tindakan rampas tanah dengan mengeluarkan Notis 7A kepada pemilik dan semua mesin serta peralatan di kilang terbabit disita oleh Majlis Perbandaran Kajang.

"Arahan juga telah dikeluarkan kepada semua pegawai daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar tidak melengahkan tindakan terhadap industri haram di lembangan sungai seluruh negeri.

"Mana-mana kilang haram yang sedang beroperasi akan berdepan tindakan tegas termasuk tanah  dirampas, premis disita dan tindakan undang-undang selepas mendapat laporan penuh daripada JAS," katanya.

Tambahnya, terdapat dua peringkat tindakan di bawah kuasa kerajaan negeri dan tindakan undang-undang dengan kerjasama JAS serta Jabatan Peguam Negara untuk membawa kes ke mahkamah.

Tegasnya, kerajaan negeri tidak akan berkompromi terhadap isu-isu berkaitan keselamatan pengguna ari di negeri ini.

- sharian


Read More...

Monday 24 October 2016

Dituduh Pecah Amanah, Bapa Saudara Buka Mulut



SHAH ALAM - "Saya bukanlah gemar membuka permasalahan keluarga untuk dijadikan tatapan dan sajian umum, tetapi melihat kepada tuduhan yang dilemparkan, (ia) memerlukan saya tampil memberikan penjelasan."

Demikian luahan bapa saudara anak mangsa nahas Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (Duke), Muhammad Faizznur Asyraf Hussain, 26, menerusi satu kenyataan.

Menurut Faizznur, tindakannya tampil memberi penjelasan adalah untuk meredakan keadaan dan kemarahan netizen yang sedang memuncak ketika ini.

"Selepas pemergian arwah, Amira dan Aqila (dua anak mangsa kemalangan Duke) tinggal bersama saya dan mak saya. Selepas itu, kedua-dua keluarga di sebelah pihak ayah dan ibu Amira dan Aqila telah berbincang mengenai penjagaan Amira dan Aqila.

"Mak saya (nenek kepada Amira dan Aqila di sebelah arwah abang saya) meminta izin Wirda (nenek kepada Amira dan Aqila arwah kakak ipar saya) untuk menjaga dua anak ini.

"Mak saya ada menyatakan hasratnya untuk mempertanggungjawabkan penjagaan Amira dan Aqila bersama-sama Alang iatu abang nombor tiga saya kerana Alang merupakan seorang bapa yang sangat tegas dalam mendidik anak-anak. Kesemua anak-anak Alang cemerlang dalam bidang akademik. 

"Ada yang menghafaz 30 juzuk al-Quran dan isteri Alang juga ialah dua pupu kepada arwah ibu Amira dan Aqila. Kami sekeluarga amat mementingkan tentang hala tuju pendidikan yang terbaik untuk anak-anak ini.

‎"Sewaktu perbincangan dijalankan, semua ahli keluarga bersetuju termasuk kakak saya, Yusnidah Asyraf Hussain mengenai penjagaan Amira dan Aqila yang akan dijaga oleh mak saya dan Alang serta isteri," katanya.

Bagaimanapun menurut Faizznur, seminggu selepas pemergian Allahyarham, Yusnidah bertegas untuk membawa pulang Amira dan Aqila ke rumah mereka.

Menurutnya lagi, kakaknya sering memberi alasan setiap kali dia atau adik beradik lain cuba membawa pulang dua beradik malang itu untuk dijaga di rumah ibu dan abangnya.

"Kakak saya sering menyatakan alasan seperti membawa mereka berjalan-jalan dan sebagainya.

"Tidak lama selepas itu, mak saya jatuh sakit dan Yusnidah pada ketika itu bertindak membuat tuntutan di mahkamah tanpa berbincang dengan mak dan adik-beradik yang lain bagi menuntut hak penjagaan sementara bagi Amira dan Aqila dan mahkamah memberikan hak penjagaan sementara kepada kakak saya, Yusnidah.

"Pada ketika itu, abang ipar (suami Yusnidah) menelefon saya dan meminta diberikan keseluruhan duit derma rakyat Malaysia kepadanya untuk diuruskan memandangkan beliau sedang menjaga Amira dan Aqila pada waktu itu.

"Pada hemat saya dan adik-beradik lain ketika itu, kakak saya hanya mendapat hak penjagaan sementara, dan saya hanya akan menyerahkan keseluruhan wang itu selepas keputusan mahkamah terhadap hak penjagaan kekal yang akan dikeluarkan (yang masih lagi berjalan di mahkamah)," jelasnya lagi.

Minggu lalu, Faizznur dan abangnya, gagal untuk mengetepikan perintah membekukan akaun mereka yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan.

Ini susulan Mahkamah Tinggi Syariah mengekalkan perintah membekukan tiga akaun bank itu dan menolak permohonan Faizznur dan Hamlizar Husain yang mencabar perintah berkenaan.

Sementara itu, tambah Faiznurr lagi, pemergian ibu mereka (nenek Amira, Aqila) pada Ogos tahun lalu menyebabkan keadaan bagi Amira dan Aqila bertambah rumit.

"Memandangkan usia kanak-kanak ini masih kecil, perancangan yang betul perlu dilakukan dalam menguruskan urusan perbelanjaan Amira dan Aqila. Kami bersepakat adik-beradik (kecuali kakak saya) perbelanjaan diberikan mengikut keperluan semasa anak-anak tersebut," katanya lagi.

Mengulas perkara berkaitan, Faizznur juga turut menafikan dakwaan serahan sebanyak RM12,000 sahaja kepada dua beradik berkenaan.

"Kakak saya meminta wang sebanyak RM12,000 daripada pemberian derma untuk digunakan bagi tujuan perbelanjaan menunaikan haji badal (arwah bapa dan ibu Amira dan Aqila), fidyah dan wakaf selebihnya untuk kegunaan membeli barang keperluan Amira dan Aqila. Kami adik-beradik sepakat memberi kepadanya.

"Selepas itu, duit belanja Amira dan Aqila diberikan secara konsisten kepada mereka berdua," jelasnya.

Tambah Faizznur lagi, pemberian duit belanja telah direkodkan dan ditandatangani oleh Yusnidah sebagai bukti penerimaan.

Segala proses penerimaan perbelanjaan turut disertakan saksi yang turut menandatangani dokumen tersebut, jelas Faizznur.

Faizznur pada masa sama turut menafikan salah faham tentang kenyataan Mufti Wilayah berhubung wang sumbangan orang ramai.

"Saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan seperti yang telah dihebohkan," sanggahnya dalam kenyataan sama.

Menurut Faizznur lagi, pihaknya dan keluarga akan akur dengan segala keputusan mahkamah demi memelihara masa depan serta kepentingan Amira dan Aqila ini.

"Cukuplah saya nyatakan bahawa netizen dan rakyat Malaysia perlu faham, memang mudah untuk mana-mana pihak membuat sebarang tuduhan tidak berasas dan memutar-belitkan fakta apabila pihak yang dituduh tidak diberikan ruang untuk membela diri secara telus serta rasional," jelasnya.



Read More...

Sunday 23 October 2016

Nik Abduh Dibidas Bela Kerajaan Yang Zalim



Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad membidas ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohd Abduh Nik Abduh Aziz yang didakwa membela pemimpin yang menzalimi rakyatnya sendiri.

Pengarah komunikasi Amanah itu mengingatkan Nik Abduh yang juga ketua pemuda Pas serta pemimpin lain parti Islam itu agar tidak dilihat bersama dengan pemerintah yang zalim sebaliknya menzahirkan penentangan terhadap mereka.

“Nik Abduh, Tantawi (Nasaruddin Hassan) dan yang lain wajar ingat, mereka sebagai wakil parti yang bernama Parti Islam sepatutnya mereka menjaga nama baik Islam, memimpin penentangan terhadap pemimpin kleptokrat, bukan membelanya.

”Ada pemimpin parti mereka yang sebut Pas mesti dijadikan pemimpin; bagaimana ingin diterima sebagai pemimpin sedangkan tidak diperlihat kepimpinannya? Duduk dan redha pada penzalim sambil yang lain bangun menentangnya?” katanya kepada pemberita.

Beliau juga berkata, tiada hak untuk mana-mana ahli parlimen mengganggu ucapan Najib walaupun wujud sindiran dan kecaman olehnya terhadap pembangkang.

Semalam, Nik Abduh menyifatkan tindakan pembangkang mengganggu pembentangan Bajet 2017 oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak profesional.

Wakil rakyat pembangkang daripada Pakatan Harapan dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertindak keluar dewan setengah jam sebelum Najib selesai membentang bajet.

Tindakan itu ekoran ucapan Najib yang dilihat menyindir mereka dan menganggap mereka sebagai bersalah kerana memburukkan nama baik negara.

Pas bagaimanapun kekal di dalam dewan sehingga selesai pembentangan bajet.

Khalid juga mendakwa pemimpin kleptokrat seperti Najib tidak layak berucap di parlimen yang membahaskan kepentingan rakyat.

“Pemimpin kleptokrat tak layak berucap dalam Parlimen. Parlimen adalah dewan mulia yang melambangkan kekuasaan dan kepentingan rakyat. Pemimpin yang mencuri dari rakyatnya sendiri dan seterusnya berlagak tidak bersalah sambil menyindir wakil-wakil rakyat yang bersuara menentang pencuriannya tidak layak berucap di dalam Parlimen. Tidak wajar diberikan ucapannya penghormatan dan tumpuan oleh ahli-ahli Parlimen Malaysia,” tegasnya.

Sewaktu pembentangan baejt Jumaat lalu, Najib mendakwa beliau mendengar ada pihak yang membuat tuduhan bahawa Bajet 2017 sebagai satu sandiwara kerajaan.

Ekoran itu, wakil rakyat pembangkang mengangkat plakad berkenaan MO1 iaitu singkatan bagi Malaysian Official 1 yang sebelum ini disebut dalam dokumen Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berhubung kontroversi 1MDB sebelum keluar daripada dewan.


Read More...

JASA: Penjawat Awam Yang Tak Suka Bajet 2017 Sila Berhenti



Penasihat Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Tun Faisal Ismail Aziz meminta para penjawat awam yang 'menentang' Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini meletakkan jawatan.

Bekas exco Pemuda Umno itu berkata, jika penjawat awam yang tidak menyokong kerajaan meletakkan jawatan, masih ramai rakyat negara ini yang akan mengisi kekosongan jawatan tersebut.

"Apa khabar penjawat awam? Kalau rasa tak boleh jadi penjawat awam yang baik dan menyokong kerajaan, sila letak jawatan.

"Ramai yang nak ganti..," kata beliau dalam laman tweetnya.

'Permintaan' Tun Faisal itu agak menghairankan kerana Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) belum mengeluarkan apa-apa kenyataan apatah lagi yang berbaur negatif berkenaan pembentangan Bajet 2017.

Semasa pembentangan belanjawan tersebut, kakitangan awam yang mengharapkan bonus pada Bajet 2017 kecewa kerana apabila Najib hanya mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 yang akan dibayar kepada 1.6 juta penjawat awam.

"Kepada kakitangan awam, saya tahu kamu tak tidur lena jika saya tidak mengumumkan perkara ini. Saya ada berita baik.

"Sebagai tanda penghargaan atas perkhidmatan yang terpuji oleh penjawat awam, saya dengan sukacitanya mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam dan bayaran khas sebanyak RM250 untuk pesara kerajaan.

“Bayaran ini akan dibuat pada awal Januari 2017," kata Najib.

Ini adalah tahun kedua kakitangan awam diberikan 'bantuan khas' dan bukannya bonus.

Namun begitu, Najib turut mengumumkan kelayakan pinjaman perumahan untuk penjawat awam dinaikkan daripada serendah RM120,000 kepada RM200,000 manakala pinjaman paling tinggi pula daripada RM600,000 kepada RM750,000.

“Selain itu, kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal untuk penjawat awam akan dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000,” ujar Najib.

Beliau turut mengumumkan kemudahan pembiayaan untuk pembelian komputer diperluaskan meliputi pembelian telefon pintar dengan had pinjaman sehingga RM5,000 untuk setiap tiga tahun.

“Kontrak pegawai penjawat awam yang terlibat dengan contract of service dan contract for service yang akan tamat penghujung tahun ini, akan dilanjutkan sekurang-kurangnya setahun lagi.

“Selain itu, sebanyak 30,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dengan harga jualan antara RM90,000 hingga ke RM300,000,” katanya.


Read More...

Ludah Tangan Saya Dulu, Khairuddin Cabar Jamal



PETALING JAYA : Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mencabar Datuk Jamal Yunos meludah tangannya terlebih dulu sebelum meludah tangan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas pemimpin Umno itu berkata tindakan ketua gerakan Baju Merah yang mahu meludah tangan bekas perdana menteri itu mengaibkan, memalukan dan menyebabkan bangsa Melayu nampak “haprak”.

“Saya tidak pernah kurang ajar dengan mengatakan mahu meludah muka atau tangan (Datuk Seri) Najib Razak. Ini budaya samseng dan haprak Jamal Yunos yang keseluruhan bangsa Melayu tidak boleh terima sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Khairuddin memuji tindakan Jamal itu kerana ia akan membuatkan rakyat negara ini lebih membenci Umno dan BN dan bakal terkubur selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Terdahulu, Jamal yang juga ketua Umno Bahagian Sungai Besar dilaporkan meluahkan rasa kesalnya kerana bersalaman dengan Dr Mahathir dan mencium tangan bekas perdana menteri itu sebelum ini.

Jamal berkata tingkah laku Dr Mahathir tidak wajar bagi seorang negarawan yang sudah berusia dan akan meludah tangan beliau jika bertemu dengannya sekarang, menurut Malaysiakini.

Katanya, parti baharu Dr Mahathir, Parti Pribumi Bersatu Malaysia juga tidak akan mampu mengumpul sokongan Melayu untuk pembangkang dan mengadakan himpunan jalanan Bersih 5 di Kuala Lumpur pada 19 November depan.


Read More...

Saturday 22 October 2016

Video: Jamal Nak Ludah Tangan Mahathir




Read More...

Ratu Naga Sertai PKR Untuk 'Tebus Kesalahan'



Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah hari ini menyerah borang keahlian untuk menyertai PKR.

Katanya, penyertaannya itu bagi menebus segala kesalahan selain ingin membantu PKR dalam mengenal pasti ‘parasit’ yang kini berada di dalam parti itu.

“Bagi saya sama ada masuk parti PKR, DAP atau pembangkang tidak penting. Saya banyak kesalahan pada PKR, saya nak baiki ketelanjuran saya.

“Dalam masa yang sama saya juga ada kenal pasti beberapa parasit dalam tu yang pernah kerjasama dalam Umno,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR.

Borang permohonan keahlian itu diserahkan kepada Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin.


Read More...

Nik Abduh Tegur MP Pembangkang Ganggu Ucapan Najib



KUALA LUMPUR 21 Okt. – Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan, mana-mana ahli Parlimen tidak berhak untuk mengganggu ucapan pembentangan bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun wujud sindiran dan kecaman ke atas pembangkang.

Katanya, pembentangan bajet adalah hari besar untuk negara dan rakyat, oleh itu ahli-ahli Parlimen perlu lebih profesional ketika berada di dewan persidangan.

“Masa untuk ahli Parlimen membahas dan menghujah bajet adalah selepas ini. Saya harap ia digunakan sebaik-baiknya oleh semua ahli parlimen tanpa membazirkan masa dengan perlakuan yang tidak profesional yang hujungnya mematikan masa dan peluang ahli-ahli Parlimen lain mengambil bahagian perbahasan dengan sempurna,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam Facebook bagi mengulas tindakan pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAN meninggalkan Dewan Rakyat ketika Najib membentangkan Bajet 2017, hari ini.


 

TerkiniLiveUtamaBeritaPolitikPilihan Raya
; orphans: auto; text-align: start; text-indent: 0px; text-transform: none; white-space: normal; widows: auto; word-spacing: 0px; -webkit-text-stroke-width: 0px; width: 0px; height: 0px;">


Read More...

Friday 21 October 2016

VIDEO: Ini Sebab Mengapa Pembangkang Keluar Dewan Semasa Bajet



Read More...

Mahkamah Kekal Beku Akaun Bapa Saudara Pemakan Harta Anak Yatim



KUALA LUMPUR - Dua bapa saudara kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa mereka dalam satu kemalangan maut di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (Duke) tahun lepas gagal untuk mengetepikan perintah membekukan akaun mereka yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan.

Ini susulan Mahkamah Tinggi Syariah mengekalkan perintah membekukan tiga akaun bank itu dan menolak permohonan Hamlizar Husain dan Muhammad Faizznur Asyraf Husain yang mencabar perintah berkenaan.

Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz membuat keputusan memerintahkan akaun itu dibekukan sehingga kes membabitkan hak penjagaan dan nafkah kanak-kanak tersebut iaitu Nur Firuza Amira, 8, dan Nur Firuza Aqila, 4, selesai.

Mahkamah itu turut memerintahkan pihak pengurusan Maybank memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membekalkan sebarang dokumen berkenaan transaksi sumbangan orang awam dalam ketiga-tiga akaun tersebut.

Selain itu mahkamah memerintahkan ibu saudara kanak-kanak itu Yusnidah Husain, 46, melantik akauntan bertauliah bagi mengaudit urusan transaksi ketiga-tiga akaun berkenaan.

Ianya bagi mendapatkan jumlah sebenar sumbangan orang awam yang dikreditkan dan jumlah sebenar yang telah dikeluarkan atau sebarang penemuan lain.

"Laporan berkenaan hendaklah difailkan di mahkamah sekurang-kurangnya dua hari sebelum prosiding perbicaraan kes induk nafkah didengar," katanya.

Sementara itu, Hamlizar dan Muhammad Faizznur Asyraf dilarang menjalankan sebarang transaksi terhadap akaun Maybank tersebut sehingga siasatan polis dan perbicaraan kes berkenaan selesai.

Pada 19 Mei 2016, Yusnidah berjaya mendapatkan perintah membekukan tiga akaun milik dua adiknya itu  namun Hamlizar dan Muhammad Faizznur Asyraf telah memfailkan permohonan itu secara ex parte bagi mencabar perintah berkenaan pada 19 Julai lepas.

Dalam pada itu isu salah guna wang sumbangan oleh dua bapa saudara kanak-kanak berkenaan heboh diperkatakan di media-media tempatan, dan media sosial baru-baru ini sehingga mendapat reaksi pelbagai pihak.

Bagaimanapun peguam Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar yang ditemui sejurus prosiding di mahkamah semalam, Hamlizar dan Muhammad Faizznur Asyraf akan memfailkan tindakan saman sivil berhubung dakwaan salah guna wang  sumbangan tersebut.

Dua kanak-kanak itu kehilangan ibu dan bapa mereka Fairuz Nizam Hussain, 35, dan Nova Safitri Azhari, 27, serta adik bongsu mereka Nur Firuza Annisa, enam bulan dalam kemalangan 2 Mei lalu.

- sharian

Read More...

Surat Terbuka Buat Bapa Saudara Anak Yatim Piatu Mangsa Duke



Surat Buat Bapa Saudara Mangsa DUKE

Assalamualaikum .. Hai.. Nama saya Amani, graduan uia dalam bidang psikologi dan kini memegang jawatan sbgai seorang kaunselor di sebuah jabatan kerajaan. Saya juga merupakan seorang anak yatim piatu yg kematian ibu dan ayah ketika masih kecil.

Saya terbaca tentang keadaan 2 orang anak kecil yg di “makan” haknya oleh Bapa Saudara sendiri. Mungkin ramai yg tidak tahu kesan dan akibat drpd perbuatan terkutuk ini terhadap golongan2 terpilih seperti kami.

Jadi, dengan lafaz bismillahirahmanirahim, saya tulis surat ini utk En.Faizz agar dpt diteliti dan diamati dgn jiwa yg tenang..

Saya kematian ibu dan ayah pada usia 7 tahun dan kini usia saya 26 tahun. Mungkin nasib saya sedikit baik sebab saya sudah memahami apa itu kematian. Saya mempunyai dua orang abang. Abang saya kini ialah seorang pegawai Bank dan seorang lagi pensyarah di uitm.

Ketika ibu dan ayah meninggalkan kami, kami awalnya “dijaja” kononnya bapa saudara kami akan membela kami kerana dia mempunyai kerja yang bagus utk menampung kami 3 beradik yatim piatu. Malangnya, jajaan cerita itu hanya satu bualan manis sang bapa saudara yg kami panggil Pak Ya.

Ya, Pak Ya seorang yg agak berada. Arwah ibu kami ialah kakak kandungnya. Bapa kami anak tunggal jadinya sebelah bapa kami tiada saudara mara. Jadi awalnya semua bersetuju utk kami tinggal dgn Pak Ya. Lama juga kami tinggal dgn Pak Ya. Tapi zaman kami tak macam zaman anak yatim skrg. Kami dlu wlpn tinggal dgn bapa sedara sendiri, kami dikerah utk bekerja. Saya disuruh mengemas rumah setiap hari sebelum ke sekolah dan selepas pulang dari sekolah. Abang Long dan Abang Ngah saya diarah utk tolong atok sedara di bendang. Kami tidak dibenarkan berkawan dgn kawan2 kampung sb menurut Pak Ya, anak2 kampung otaknya tidak bagus.

Selang 6 bulan sesudah itu, ibu saudara kami mendapat tahu kami diarah itu ini hinggakan pelajaran kami terabai. Yuran sekolah kami tidak dibayar. Buku2 sekolah kami diminta utk berkongsi. Pakaian sekolah kami disuruh pakai dari lebihan baju anak2 Pak Ya.

Ibu saudara saya yg kami panggil Umi menangis melihatkan keadaan kami. Pada ketika itu, Umi baru berusia 30-an dan belum berkahwin. Umi adik bongsu ibu yg sangat sygkan kami. Keadaan Umi dlm kejadian yg menimpa saya samalah juga sebagaimana ibu saudara mangsa DUKE yg sedih melihat nasib ank2 saudara.

Umi membuat keputusan mengambil kami 3 beradik utk dijaga. Pada ketika itu juga, Pak Ya tegas utk tidak melepaskan kami. Tahu kerana apa? Kerana Pak Ya menerima wang sumbangan dari org kampung dan kawasan kejiranan ini. Pak Ya bimbang andai Umi mengambil kami, tiada lagi sumbangan yg akan diterima.

Umi berkeras utk melaporkan ke pihak berkuasa andai Pak Ya tidak mahu melepaskan kami. Maka selepas berbincang, kami tinggal dgn Umi. Pada ketika itu barulah kami merasa bahagia. Umi menjaga kami dgn penuh kasih syg. Umi mengajar kami apa2 yg kami tidak faham di sekolah, Umi turut ajar kami kehidupan yg tidak brrgantung pd org lain. Ramai org melamar umi tapi umi menolak dgn cara yg baik semata mata demi menjaga kami. Cerita Pak Ya pula, dia masih menerima sumbangan bahkan cerita tentang perihal kami adik beradik yatim piatu dicanangnya ke merata tmpt. Hinggalah tabungan Anak2 Yatim buat kami penuh diterimanya. Suatu hari , Umi ke rumah Pak Ya kerana umi kekurangan duit utk bayar yuran pengajian abg long. Umi minta Pak Ya apa yg menjadi hak kami. Tapi malangnya, Pak Ya enggan utk memberi. Katanya, duit itu kepunyaannya kerana dia yg brsusah payah meminta pada org ramai utk menderma.

Saya ketika itu berusia 15 tahun mula sedih dgn sikap Pak Ya. Sedih kerana abg long saya akan menyambung pengajian tp wang yg sepatutnya menjadi hak kami ditidakkan oleh bapa saudara sendiri. Umi berkeras meminta tp malangnya umi dihalau keluar. Akhirnya kami pulang dgn tgn kosong. Ketika itu saya lihat Umi termenung panjang. Die berfikir cara terbaik utk dptkan duit bagi membayar yuran pengajian Abg Long. Abg Ngah pula bakal menduduki peperiksaan SPM dan saya PMR. Umi kelihatan tua dari usianya. Kerana umi letih mencari duit utk menyara kami sedangkan Pak Ya senang lenang bermewah dgn duit kami.

Malam harinya, kami melihat umi menangis sementara menunggu waktu isya. Jadinya abg long ajak kami 3 beradik utk ceriakan umi. Caranya, kami solat jemaah bersama. Habis solat isya, abg long berdoa dan hingga kini saya ingat doanya.

“Ya Allah, kami ini anak yatim piatu. Yang tiada sapa pedulikan kami melainkan ibu saudara kami. Dan kini ibu saudara kami ini sedang bersedih. Maka kami mohon padaMu wahai Tuhan, TARIKLAH NIKMAT KEMEWAHAN mereka2 yg menganiaya kami dan jadikanlah mereka manusia yg berada dalam kesedihan.”

Selesai doa ini, Umi lebih kuat menangis dan peluk abg long dan merayu agar menarik balik doa tersebut.

Tahu kerana apa? Kerana Umi takut abangnya terkena balasan atas penganiayaan yg dilakukan terhadap kami bertiga si yatim piatu.

Dan benarlah.. Doa anak2 yatim, doa fakir miskin, doa org2 yg dianiaya, tidak sesekali dibiarkan oleh Allah. Bahkan doa2 golongan beginilah tiada hijab disisi Allah..

Selang beberapa tahun, Pak Ya di tahan oleh Badan Pencegah Rasuah kerana mempunyai skandal rasuah. Atas kesalahan itu, seluruh harta Pak Ya disita dan semua wang simpanannya dibekukan. Pada masa yg sama, anaknya sakit teruk dan isterinya pula meninggal dunia. Pak Ya bagaikan org gila apabila sering meracau dan apabila bertemu kami, Pak Ya bagaikan tidak keruan. Hidup Pak Ya sama sekali tidak seperti dulu.

Umi yg melihatkan kesedihan abgnya memohon pada abg long dan kami semua utk memaafkan Pak Ya dan seluruh keluarganya yg telah berbuat jahat dgn mengambil hak2 kami dan menidakkan hak kami. Hingga kini, Pak Ya hidup sebatang kara. Anak2 lain mengabaikannya dan Pak Ya kini dihantar ke rumah org tua2.. Umi masih brrsama kami. Umi lah tempat kami bermadu kasih. Umi sanggup berkorban kebahagiaannya utk tidak berumahtangga demi membesarkan kami. Dan setiap hari jugalah, Umi meminta kami agar memaafkan Pak Ya kerana kasihankan keadaan Pak Ya yg seteruk itu.

Namun bagi kami, melihat kesedihan Umi jauh lebih kami fikirkan berbanding kesedihan Pak Ya. Sehingga kini, kami 3 beradik belum mampu “Menghalalkan” duit yg digunapakai oleh Pak Ya utk kepentingannya dan keluarga. Bagi kami, biarlah Allah sahaja yg menentukan pengakhiran hidup Pak Ya.

Jadi nasihat saya pada En.Faizz, beringatlah.. Doa anak2 yatim itu tiada hijabnya disisi Allah. Lebih2 lagi mereka masih dlm keadaan suci bersih hatinya. Moga En.Faizz masih mempunyai masa yg cukup utk MENGGANTIKAN duit anak2 yatim itu andai benar En.Faizz menggunakannya. Sekalipun mereka masih kecil, mereka tiada siapa utk melindungi, mereka masih mempunyai Allah yg melihat setiap air mata mereka. Yg Maha Mendengarkan doa2 malam hari mereka. Yg Maha Mengetahui isi hati mereka. Jangan sampai Allah terbalikkan kesedihan mereka terhadap keluarga En.Faizz.. Ketika itu, tiada lagi jalan utk En.Faizz berjalan dan tiada lagi ruang utk En.Faizz mencari peluang..

Semoga surat ini mampu menjentik hati kecil En.Faizz sekeluarga utk bertaubat.

Salam Ibrah dari Saya,
Nur Amani, si yatim piatu.

#MenitikAirMataBaca
#JanganMakanHartaAnakYatim

Read More...

Melayu Saja Bising Ambil Pekerja Asing, Kata Anak TPM



Hanya Melayu yang bising, bukan Melayu tidak persoalkan pun usaha kerjaan membawa masuk sejumlah besar pekerja asing ke Malaysia, itulah kata anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

Beliau dalam pada itu berkata orang Melayu sewajarnya tidak merungut dengan kedatangan pekerja asing ke negara ini kerana kaum lain juga mampu berjaya hasil usaha gigih mereka sendiri.

“Kalau hendak bergaduh kamu tidak boleh cari makan di negara sendiri, saya tidak tahulah kepercayaan orang dari luar ini macam mana?

“Orang yang bising ini orang Islam. Ada dengar orang Cina komen? Tidak ada, bukan? Kenapa orang Cina boleh hidup di negara kita? Mereka kerja apa?

“Mereka berniaga kuey tiaw, buka bengkel, tidak bising pun. Kenapa orang Melayu bising? Kenapa orang India tidak bising? Sebab hati,” katanya dipetik laporanProjekMMO malam tadi.

Ketua penerangan Majlis Belia Selangor berkata kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh sebenarnya tidak ahrus dijadikan isu, selagi pekerja asing terus dipandang negatif maka pelbagai persoalan lain yang tidak sepatutnya akan terus dibangkitkan.

“Dulu masa gadis Malaysia lari ke Lombok, marah kerajaan. Sekarang bawa buruh Bangladesh masuk, [buruh] Bangladesh salah.

“Habis, hendak bawa pekerja Korea? Hendak bawa pekerja Korea yang kacak itu bekerja dengan kita, boleh? Isu ini tidak akan selesai sebab hati,” katanya. - malaymail


Read More...

Thursday 20 October 2016

RUU 355: PAS MASIH LENA DIULIT MIMPI INDAH DENDANGAN UMNO

Speaker Dewan Rakyat tiada kuasa ubah kedudukan RUU 355 - Pandikar Amin



KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan beliau ada kuasa untuk mengubah atau mempengaruhi kedudukan Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat.

Jelasnya, apabila RUU 355 itu sudah berada dalam peraturan mesyuarat, maka ia tertakluk kepada Kerajaan sama ada mendahulukan atau tidak kedudukan rang undang-undang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

"Ia (RUU 355) sudah ada dalam peraturan mesyuarat dan apabila ia ada dalam peraturan mesyuarat maka ia tertakluk kepada Kerajaan sama ada ia mahu angkat balik atau tidak kerana Kerajaan ini walaupun dalam peraturan mesyuarat itu ada satu dua akta, tetapi esok dia boleh sisip lagi, lusa dia boleh sisip lagi.

"Kalau ikut peraturan mesyuarat kita kalau Kerajaan yang angkat (usul) dalam masa 24 jam pun boleh diberi masuk dalam," katanya dalam satu sidang media di Parlimen.

Jelasnya, Peraturan Mesyuarat 15 mengatakan bahawa urusan Kerajaan perlu didahulukan.

"Jadi usul dari ahli yang berhormat ini kalau menepati peraturan mesyuarat, itu sebab senaraikan dalam order paper. Apabila disenarai dalam order paper itu, ia tertakluk kepada mana usul yang telah dikemukakan dulu, maknanya mengikut turutan. Mana ahli berhormat yang buat usul, dan usul menepati segala syarat, maka kita masukkan dalam order paper," jelasnya lagi.

Beliau juga mahu semua pihak tidak membuat andaian bahawa RUU 355 boleh dibahaskan dengan hanya berpandukan kepada turutan usul yang ada dalam aturan mesyuarat.

"Pada hari pertama sidang, cuma ada tiga rang undang-undang, keempat usul RUU 355. Jadi ada yang memikirkan bahawa ini memang sudah boleh dibahas.

"Saya tidak boleh kata ia boleh dibahas atau dibuat-buat kerana selepas rang undang-undang dibahas ada lagi, malah undang-undang sebelum ini pun belum datang dalam pengetahuan saya kerana mereka (Kerajaan) berhak berbuat begitu dalam 24 jam," jelas beliau lagi.

Namun katanya, dalam keadaan tertentu dan untuk kepentingan orang ramai, speaker Dewan Rakyat mempunyai budi bicara untuk membenarkan sesuatu usul dengan mengubah peraturan mesyuarat.

"Di situ baharulah saya boleh buat peraturan mesyuarat 15.5 contohnya," tambahnya.

Masuk hari ketiga perbahasan di Dewan Rakyat, usul dikemukakan Abdul Hadi berada di kedudukan kelima dalam aturan urusan mesyuarat.

Sehingga kini, ramai tertanya-tanya sama ada RUU 355 akan dibahaskan sama ada sebelum atau selepas Bajet 2017 yang akan dibentangkan Jumaat ini.


Read More...

VIDEO TMJ: JDT KALAH JANGAN CAKAP BANYAK.. NANTI SAYA HANTAR MAT CANGKUL








Read More...

Tuesday 18 October 2016

Papagomo Diarah Bayar RM300,000



KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini mengarahkan blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris membayar ganti rugi sebanyak RM300,000 di samping kos sebanyak RM30,000 kepada seorang peguam yang juga bekas Ahli Parlimen, Datuk Sukri Mohamed.

Perintah ini dikeluarkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Mohamad Rosli Mohamed Nawi setelah perbicaraan taksiran ganti rugi dijalankan di sini.

Mahkamah sebelum ini  mendapati artikel yang ditulis   Wan Muhammad Azri merupakan  fitnah terhadap Sukri yang juga seorang Ahli Majlis Kerajaan Kelantan.

Wan Muhammad Azri didakwa mengeluarkan artikel  yang menyatakan Sukri menyelewengkan sejumlah wang yang dikaitkan dengan Istana Kelantan dan Yayasan Sultan Kelantan.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak tuntutan Sukri atas alasan tiada bukti jelas mengenai pemilikan blog “Papagomo”.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan kemudiannya membenarkan tuntutan Sukri dan kes ini berlanjutan hingga ke Mahkamah Persekutuan, Putrajaya yang di dengar pada bulan Jun yang lalu.

Sukri diwakili peguam Hisham Fauzi manakala Wan Muhammad Azri diwakili peguam Hanif Idris.

Jun lalu Mahkamah Persekutuan  menolak rayuan  Wan Azri untuk  menolak keputusan mahkamah yang memerintahkan dia  membayar ganti rugi RM800,000 dan kos guaman RM50,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim   berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.


Read More...

Parlimen: Hudud Hadi 'Ditolak' Ke Bawah



Usul kontroversi 'hudud' Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah ditolak ke bawah dalam kertas perintah pada hari kedua sesi ketiga dan terakhir Parlimen tahun ini.

Usul Hadi membentangkan rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), telah diturunkan daripada senarai nombor 4 semalam kepada nombor 7 hari ini.

Ia diturunkan apabila lebih banyak usul kerajaan dimasukkan dalam senarai.

Lazimnya, usul kerajaan didahulukan berbanding usul persendirian.

Dengan kedudukan di bawah senarai itu, ada kemungkinan usul Hadi tidak akan dibawa ke Dewan.

Malah, ia mungkin terus ditolak lebih bawah pada kertas perintah itu berikutan hari-hari akan datang.

Bermula minggu depan, debat parlimen akan memberi tumpuan kepada Bajet 2017 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Jumaat ini.

Perbahasan hanya akan beredar kepada perkara-perkara lain pada dua hari terakhir sesi Parlimen ini, yang berakhir pada 24 November.

Jika usul itu terus ditolak ke bawah, peluang Hadi adalah hanya jika beliau memohon kerajaan menaikkannya.

Ini yang berlaku pada sesi Parlimen lalu, apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berbuat demikian atas arahan Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Namun selepas bantahan daripada parti komponen BN seperti MCA dan MIC, peluang untuk perkara ini berulang menjadi persoalan.

- mkini

Read More...

Solat Jumaat Hari Sabtu: NGO Buat Laporan Polis



KUALA LUMPUR -  Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) hari ini membuat laporan polis berhubung satu cadangan seorang aktivis untuk mengadakan solat Jumaat pada hari Sabtu bagi memudahkan umat Islam melaksanakannya.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Damansara dan menggesa polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat cadangan itu yang kini menjadi viral yang dianggap biadap dan menghina kesucian agama Islam.


Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor berkata isu solat Jumaat pada Sabtu tidak seharusnya timbul kerana ia sudah termaktub dalam hukum agama.


Beliau berkata, solat Jumaat adalah hukum yang sudah ditetapkan dan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya.

Sumber: Bernama


Read More...

Nik Aziz Pesan Wajib Sertai BERSIH



Ahli PAS wajib menyertai perhimpunan BERSIH 5 yang dijadualkan 19 November depan kerana ini adalah pesanan bekas mursyidul Am parti Islam itu, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kata pemimpin, Datuk Husam Musa.

Sebelum ini, umum mengetahui Husam mempunyai hubungan rapat dengan Nik Aziz dalam kepimpinan kerajaan Kelantan sehingga menteri besar itu seringkali mempertahankannya dalam beberapa isu berbangkit.

"Saya nak ulang sekali lagi bagi yang was-was sampai BERSIH pun dia tak boleh hadir, minta maaf saya tak nak apologatik.

"Tok Guru Nik Aziz kata wajib hadir BERSIH masa dia hidup, ada orang kata dia lebih rapat dengan Tok Guru daripada Husam tapi dia lupa apa yang Tok Guru pesan," kata Husam.

Husam yang kini bersama parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata demikian ketika ucapannya dalam majlis sambutan setahun AMANAH Selangor di Dewan Alamanda, Shah Alam, semalam.

PAS sebelum ini memutuskan untuk tidak menyertai perhimpunan BERSIH 5, walaupun pada prinsipnya menyokong matlamat asal gabungan itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dilapor berkata, BERSIH 5 mempunyai banyak matlamat lain yang dirasakan tidak selari dengan pendekatan parti itu pada masa kini.

Namun Takiyuddin berkata ketetapan sama ada PAS akan membenarkan ahlinya menyertai himpunan itu secara peribadi belum diputuskan lagi.

Solat berjemaah

Mengulas lanjut, Husam yang juga adalah bekas naib presiden PAS berkata beliau masih ingat setiap pesanan Nik Aziz agar kepimpinan parti itu mendokong perjuangan bekas rakan sekutunya sebelum ini.

"Tok Guru (Nik Aziz) pesan dan saya masih ingat, tuan-tuan juga masih ingat. Tok Guru pesan hadir BERSIH bawa air untuk wuduk di mana azan bergema di situ terus solat berjemaah.

"Tunjukkan kepada rakan kita dari Cina dan India disiplin seorang muslim dan AMANAH alhamdulillah pada pendapat saya mewarisi semangat perjuangan Tok Guru Nik Aziz," katanya.

Malah, Husam berkata Islam itu bukan milik sesuatu kaum dan tidak membawa perseteruan dan persengketaan.

"Yang buruk itu buruk, yang baik itu baik, yang hitam itu hitam, yang putih itu putih dan yang paling penting Islam itu bukan milik kaum.

"Islam itu tidak boleh diikat dengan kelemahan satu-satu kaum, Islam itu adalah dalam framework multiracial all the time(rangka kerja berbilang kaum speanjang masa) membawa rahmat bukan membawa perseteruan dan persengketaan," katanya.

Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah mengumumkan pihaknya akan menganjurkan himpunan BERSIH 5 dengan bertemakan 'Satukan Tenaga, Malaysia Baru!'.

Malah, BERSIH kini mengadakan siri jelajah seluruh negara untuk membina momentum menjelang perhimpunan BERSIH 5 pada 19 November.


Read More...

Monday 17 October 2016

Najib: Malaysia Akan Lumpuh Tanpa GST



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan, ekonomi negara akan lumpuh tanpa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"(GST menyebabkan kemerosotan ekonomi domestik) adalah tafsiran pembangkang. Hakikatnya, GST adalah penyelamat ekonomi Malaysia.

"Tanpa GST, ekonomi negara akan lumpuh," katanya ketika menjawab soalan tambahan Liew Chin Tong (DAP-Kluang) pada sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini. 

Perdana Menteri menjawab soalan tambahan Chin Tong sama ada kerajaan bersedia kurangkan kadar GST kepada tiga peratus kerana GST didakwa menyebabkan kemerosotan ekonomi domestik.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/203011?m=1


Read More...

Sunday 16 October 2016

VIDEO: "Kita Nak PRU-14 Najib Iaitu UMNO Sdn Bhd Disingkirkan," Kata Bekas Pemimpin UMNO


Read More...

Saturday 15 October 2016

Menara Merdeka: RM7 Bilion Mercu Tanda Baru Malaysia



Permodalan Nasional Bhd (PNB) menjangkakan kos keseluruhan pembinaan Menara Merdeka PNB118 di bawah projek Warisan Merdeka,
bakal menelan belanja kira-kira RM7 bilion.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata bagaimanapun, buat masa ini PNB akan menumpukan perhatian terhadap pembinaan fasa pertama yang menelan belanja RM5 bilion.

"Projek ini mengandungi tiga fasa di mana fasa pertama terdiri daripada
pembinaan menara dan pusat membeli-belah, fasa kedua untuk pembinaan kediaman manakala fasa ketiga untuk pembinaan bangunan komersial yang lain.

"Kos (pembinaan) masih tetap pada RM5 billion bagi fasa pertama dan kami amat yakin kos ini di bawah rangkuman yang telah kita buat dahulu," katanya kepada pemberita pada majlis penuangan konkrit pembinaan asas menara Merdeka PNB118, di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu dalam ucapan beliau, Abdul Rahman berkata selepas siap kelak menara itu akan setinggi 630 meter, termasuk puncak menara, dan akan menjadi bangunan tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.

"Projek mega dan berimpak tinggi ini dijangka mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan, dan lebih-lebih lagi selepas fasa tersebut siap kelak apabila perniagaan dan aktiviti ekonomi lain mula beroperasi.

"Jangkaan kehadiran syarikat multinasional sebagai penyewa di menara ikonik ini juga mewujudkan pekerjaan pendapatan tinggi bagi pelbagai kemahiran dan kepakaran untuk rakyat Malaysia," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Merdeka Ventures Sdn Bhd Tengku Datuk Ab. Aziz Tengku Mahmud berkata 10,000 peluang pekerjaan itu dijangka diisi oleh tenaga kerja tempatan.

"Kita jangkakan penghuni menara ini kebanyakannya terdiri daripada
syarikat tempatan tetapi sudah tentunya apabila kita membina sesuatu yang ikonik seperti menara ini, akan ada pertanyaan daripada syarikat antarabangsa (untuk penghunian).

"Kami menjangkakan 20 tingkat akan dihuni syarikat antarabangsa manakala bakinya diisi syarikat tempatan," katanya.-Bernama


Read More...

'Deklarasi Rakyat lahir ketika Khairuddin bertemu Anwar di Sg Buloh'



Bekas naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menangkap dan menghantarnya ke penjara Sungai Buloh, Selangor.

Ia, kata Khairuddin, telah memberinya peluang untuk bertemu dengan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap di satu ceramah BERSIH di Pulau Pinang malam tadi, Khairuddin mendakwa dia bukan sahaja berpeluang berjumpa Anwar setiap hari tetapi juga dapat berbual panjang dengan bekas timbalan perdana menteri itu.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Sungai Buloh selepas disabit terhadap tuduhan liwat sejak Februari tahun lalu.

"Saya ingin mengambil peluang keemasan ini untuk menyuarakan penghargaan ikhlas saya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Apabila polis menangkap saya dan menahan saya di Sungai Buloh, saya akhirnya bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Khairuddin disambut sorakan kuat orang ramai.

Beliau mendakwa terdapat banyak perancangan antara beliau dan Anwar di dalam penjara sehingga mereka berjaya mencetuskan idea mengenai Deklarasi Rakyat.

"Terima kasih kepada kerajaan," katanya sambil menambah ada rahmat di sebaliknya.

Pada 23 September tahun lepas, Khairuddin telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) kerana didakwa mensabotaj negara.


Read More...

Friday 14 October 2016

Hadi: Tiada Faedah Jatuhkan Najib

PAS nak jatuhkan Najib, Hadi jawab Mahathir




Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menemui beliau tiga bulan lepas untuk membincang rencana menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Abdul Hadi berkata beliau bagaimanapun menolak pelawaan itu kerana menganggap ia tidak memberi sebarang faedah kepadanya mahupun parti itu.

“PAS tidak menentang individu... tidak menentang orang tapi menentang pendekatan menggunakan konsep dan dasar.

“Sekiranya (kalau) orang diubah tetapi dasar dan pendekatannya sama, tiada perubahan juga,” katanya kepada pemberita ketika melakukan sesi 'walkabout' di sekitar bazar Ramadan pekan Sekinchan hari ini.

Mengenai dakwaan Tun Mahathir bahawa Abdul Hadi “makan dedak” Najib, presiden PAS secara sinis memulangkan soalan “siapa yang mula mengajar memberi dedak sebelum ini?”

“Kerana PAS tidak makan dedak, maka dengan itu PAS boleh teruskan perjuangan tak ada politik wang, politik BR1M, siapa yang ajar?

“Selagi tak mengubah pendekatan, tak ubah perangai, selagi itulah perkara ini akan berlaku,” ujar beliau.

Mengulas saranan bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad agar Umno dan PAS berganding demi mengukuhkan kedudukan Melayu dan Islam, Abdul Hadi berkata:

“Kita ada garis panduan dalam al-Quran... kembali kepada al-Quran, hadis sepenuhnya barulah kita boleh bersatu.

“Kita tak gopoh, seperti mana rang undang undang persendirian, itu satu langkah kerjasama sangat baik dan positif,” katanya, merujuk laluan yang diberikan oleh kerajaan baru-baru ini untuk beliau mengemukakan rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah di Dewan Rakyat.

Pada sesi “walkabout” itu, jentera parti menawarkan beberapa aktiviti kepada orang ramai termasuk pemeriksaan kesihatan dan menukar minyak hitam motor secara percuma.

Pilihan raya kecil (PRK) parlimen Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Amanah Negara (Amanah) berikutan kematian Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lalu. — Bernama


Read More...

Sultan Johor Tolak Tawaran Jadi Agong



Sultan Johor telah menolak tawaran untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Menurut kenyataan di Facebook Johor Southern Tiger, tindakan itu dibuat demi memberi laluan kepada sultan Kelantan.

“Ini adalah kerana DYMM Sultan Johor ingin memberi tumpuan penuh kepada kedaulatan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat Johor,” menurut kenyataan itu.


Read More...

Thursday 13 October 2016

Hayat PAS Semakin Berakhir Bersama Mursyidul Am Yang Baru?

PAS tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi - Mursyidul Am



KANGAR: Mursyidul Am PAS yang baharu, Ustaz Hashim Jasin menegaskan parti itu tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi dan sanggup menghadapi pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau menyifatkan hubungan PAS dengan DAP ibarat 'berpatah arang' kerana DAP mungkir janji dan enggan bekerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya kerjasama dengan DAP pada PRU ke-13 lepas berdasarkan 'tahaluf siyasi' (pendekatan politik) bersyarat manakala kerjasama dengan UMNO atas dasar perpaduan umat Islam demi mendapat keredhaan Allah SWT.

"Kita tidak mahu ulangi kesilapan dipatuk dua kali di tempat sama kerana menjalin semula kerjasama dengan DAP," kata Hashim pada sidang media di sini hari ini.

Bekas Pesuruhjaya PAS Perlis lebih 20 tahun itu dilantik baru-baru ini bagi menggantikan tempat Allahyarham Datuk Dr Harun Din yang meninggal dunia di California, Amerika Syarikat, bulan lepas.

Menurut Hashim, PAS tidak kisah jika berlaku pentandingan tiga penjuru membabitkannya, Barisan Nasional dan parti-parti pakatan lain pada PRU akan datang.

Pendekatan berbaik-baik dengan UMNO bukan kerana PAS dilihat lemah menjelang PRU ke-14 berikutan perpecahan dalaman sehingga wujud PAN (Parti Amanah Negara), katanya.

"Dulu (zaman Allahyarham Datuk Nik Aziz) berbeza namun dasar perjuangan PAS untuk menegakkan syiar Islam tidak berubah, bukan mengikut kepala orang yang dilantik menjadi Mursyidul Am)," tambah beliau.

Hashim berkata kerjasama dengan PKR dan PAN akan ditentukan pada mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat pada 22 dan 23 Okt ini di markasnya di ibu negara yang akan membentangkan kajian kerjasama politik dengan parti-parti lawan.

Katanya PAS kini mengamalkan politik matang dan bukan politik 'cari makan' atau semata-mata untuk memenangi PRU.

Mengenai pujukan PKR dan PAN untuk PAS menyertai mereka dengan mendakwa peluang memenangi PRU akan lebih cerah, Hashim berkata PAS telah dapat melihat matlamat itu. -Bernama


Read More...

Terkini : Raja Thailand Disahkan Mangkat Selepas 70 Tahun Memerintah



Thailand, 13 Okt - Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej disahkan mangkat hari.

Baginda disahkan mangkat pada usia 88 tahun selepas ura-ura yang mengatakan baginda berada dalam keadaan tidak stabil dilapor oleh beberapa portal berita antarabangsa dan tempatan.

Pengesahan kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej disahkan oleh Biro Keraja Diraja hari ini sebagaimana lapor portal Xinhua.

Raja Bhumibol Adulyadej ditabalkan menjadi raja pada tahun 1946 dan memecah rekod pemegang takhta paling lama dalam sejarah Thai iaitu selama 70 tahun.

Baginda dilaporkan menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Siriraj sebelum pengumuman rasmi daripada pihak istana Thailand dikeluarkan lewat sejam kemudian. - Siakapkeli.my

Read More...

Ezam Sertai Parti Bersatu



Bekas senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dengan menyerahkan borang keahlian kepada Presiden parti serpihan Umno itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Ya benar, saya serah borang ahli parti kepada (Tan Sri) Muhyiddin pagi semalam.

“Sehari sebelum itu saya telah berjumpa Tun Dr Mahathir (Mohamad). Beliau telah menyakinkan saya perjuangan melawan rasuah lebih berkesan melalui platform politik,” ujar beliau menerusi whatsapp, memetik laporan portalBNBBC.

Sebelum ini, Mohamad Ezam meninggalkan Umno setelah mendakwa parti tersebut dicemari kelompok pemimpin yang teruja membangkitkan soal jawatan, habuan dan kebendaan untuk kepentingan peribadi.

Kata beliau, ini mendorongnya untuk meninggalkan parti itu kerana “nilai kepimpinan Umno sudah rosak”.

"Alhamdulillah, respons amat positif (keputusan keluar Umno). Keadaan semasa dalam Umno memperkukuhkan keyakinan saya bahawa memang benarlah saya meninggalkan sebuah parti yang sudah rosak nilai kepimpinannya.

"Lihatlah reaksi awal mereka, di benak pemikiran mereka hanya soal ganjaran dan habuan peribadi. Isu pokoknya adalah OSA (Akta Rahsia Rasmi) dan rasuah, tapi mereka tidak bincangkan soal itu.

“Jadi, tidak hairanlah Presiden Umno paling lama dalam sejarah parti itu, Mahathir sendiri tinggalkan Umno," katanya lagi.

Portal itu menambah, pimpinan BERSATU akan bermesyuarat hari ini bagi membincangkan permohonan Mohamad Ezam itu dan akan membuat keputusan sama ada menerima atau menolak.

Mohamad Ezam pernah menentang pentadbiran Mahathir sejak era reformasi pada tahun 1998 selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan kemudiaannya berakhir disumbat dalam penjara oleh bekas perdana menteri itu.

Mohamad Ezam juga pernah dilantik sebagai anggota Dewan Negara pada Mei 2010 dan beliau diberikan jawatan Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan pada 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Read More...

Tuesday 11 October 2016

"Sejak Bila Jamal Dan Ali Tinju Jadi Ketua Kami?" Soal NGO Melayu




Read More...

Lelaki kena terajang samseng baju merah anggota Polis rupanya



LELAKI memakai baju T Shirt Bersih 5, menunggang superbike yang diterajang oleh Samseng Baju Merah tempoh hari difahamkan adalah salah seorang anggota Polis.

Gambar beliau yang lengkap dengan uniform anggota polis turut disebarkan di media sosial sejak semalam. Nampaknya samseng baju merah sudah silap orang, penyokong Bersih 5 yang nak dibelasah, malangnya anggota polis kena terajang.

Pendedahan ini secara tak langsung turut menafikan dakwaan anak buah Jamal Jamban semalam yang mendakwa Biker Bersih 5 kena terajang sebab langgar beberapa penyokong Baju merah.

Aku ada beberapa kawan anggota polis yang pandangan politiknya cenderung kepada pembangkang. Namun mereka tak berani untuk sertai apa-apa program berkaitan pembangkang kerana bimbang dibuang kerja.

Pada pendapat aku, mamat yang kena terajang dengan samseng baju merah ini bukanlah datang menyokong Bersih 5 secara tulen, tetapi beliau sebenarnya sedang bertugas sebagai SB, atau mata-mata.

Tidak ada masaalah anggota Polis nak menyamar jadi penyokong Bersih untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. 

Aku percaya dalam kalangan Samseng Baju Merah yang diketuai oleh Jamal Jamban pun tentu ada SB yang menyelinap untuk menjaga keselamatan. Ini tugas Polis kita faham.

Cuma nasib tak baik jika anda SB kena menyamar jadi penyokong Bersih, terpaksa merasa sakit kena terajang dengan samseng baju merah.

Kalau menyamar jadi samseng baju merah insya Allah tak ada siapa nak terajang sebab baju kuning memang dilarang melakukan keganasan. Jika ada penyokong Bersih lakukan keganasan, serta merta kita tahu itu bukan penyokong Bersih.

Seperti semasa Bersih 4, ramai penyokong Bersih sudah siap siaga untuk tangkap mana-mana individu berbaju kuning yang buat provokasi atau bertindak ganas, ramai yang bawa 'cable tie' sebab mereka tahu kalau ada yang buat provokasi atau bertindak ganas mereka itu bukanlah penyokong Bersih sebaliknya penyamar yang mahu sabotaj Bersih.

Berbeza dengan Samseng Baju Merah, anak buah terajang orang pun ketuanya si Jamal Jamban boleh pertahankan siap sokong dan galakkan anak buah dia bertindak ganas.

- milosuam

Read More...

Sunday 9 October 2016

PARANG TERBANG - Polis Akan Ambil Tindakan Terhadap Jamal



KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap Datuk Jamal Md Yunos berhubung satu kenyataan yang dimuat naik di laman Twitternya, @JamalYunos, 21 September lalu.

Khalid menerusi laman Twitternya, @KBAB51 sebentar tadi memberi reaksi terhadap kenyataan Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO Melayu berhubung kenyataan yang dianggap sebagai menghasut itu.

"Kenyataan menghasut sebegini tidak boleh diterima. @PDRMsia akan ambil tindakan tegas dgn (dengan) segera," kata Khalid.

Di samping kenyataan itu, Khalid turut memuat naik salinan paparan kenyataan Jamal di laman Twitternya itu.

Kenyataan itu berbunyi, "Saya berjanji Tragedi 13 Mei akan berulang dan PARANG TERBANG akan terjadi jika BERSIH 5 dibuat pada masa, tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan #BERSIH5 yang dijadualkan pada 5 November ini. Hidup Melayu!".

Bagaimanapun, semakan BH sebentar tadi mendapati kenyataan dalam laman Twitter Jamal itu sudah tiada dipercayai sudah dipadamkan.

- bharian online

Read More...

KJ Kecam Aksi Ganas 'Macai Suruhan' Jamal Baju Merah



SUBANG JAYA: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengecam tindakan ganas yang dicetuskan penyokong Baju Merah ke atas aktivis Bersih 5 dalam kejadian di Sabak Bernam pada Sabtu.

Katanya, amalan demokrasi di negara ini tidak membenarkan keganasan serta kekerasan fizikal sebagai penyelesaian dalam berhadapan pandangan berbeza.

"Saya melihat video semalam, tindakan sekumpulan Baju Merah itu yang menyerang aktivis Bersih (dengan) menendang dan melakukan kekasaran fizikal. Ini kita tidak boleh terima. Siapa sahaja yang terlibat, tindakan ganas perlu kita kecam.

"Untuk menunjukkan pendirian masing-masing, kita perlu terima dalam demokrasi. Namun, jangan sehingga mencetuskan tindakan ganas yang boleh mencetuskan ancaman keselamatan terhadap individu-individu yang terlibat," katanya kepada media selepas menyampaikan ucapan Pertandingan Akhir Kejohanan Badminton Asics 2016 di sini, hari ini.

Selain mahu polis mengambil tindakan sewajarnya, beliau juga berharap individu yang memimpin gerakan tersebut untuk memberi nasihat kepada ahli-ahli mereka supaya tidak melakukan kekasaran dan keganasan.

"Saya harap polis ambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang terlibat.

"Saya tidak boleh terima dan saya harap mereka yang ada di belakang gerakan ini (Baju Merah dan Bersih) dapat memberi nasihat kepada ahli mereka supaya tidak lagi melakukan kekasaran dan keganasan," tegasnya.

Semalam, viral di media sosial video menunjukkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang memakai baju Bersih 5 dikepung oleh sekumpulan peserta Baju Merah.

Pada mulanya penyokong Baju Merah tersebut menolak motosikal lelaki itu dan kemudian salah seorang peserta Baju Merah menendang lalu mereka melemparkan objek seperti botol dan telur ayam ke arahnya.



Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP