Thursday 31 October 2013

Video Kebakaran di Flat PKNS Pantai Dalam


Beberapa unit rumah teratas di tingkat 17, Flat PKNS di Kampung Kerinchi terlibat dalam kebakaran petang ini - Bomba KL

Read More...

BN Cuba Kelirukan Pengundi Sungai Limau..



BN ‘mati angin’ apabila PAS mempelopori politik damai untuk PRK Sungai Limau kali ini. BN yang sudah terbiasa dengan politik putarbelit, fitnah dan menyerang peribadi calon lawan, tiba-tiba kali ini dihadapkan dengan politik lunak PAS.
BN menyedari bahawa langkah menyerang peribadi calon PAS membahayakan diri sendiri kerana tiada isu yang boleh dieksploit. Ustaz Mohd Azam Abd Samat adalah tokoh muda yang terpuji sekalipun terbabit dalam politik namun tidak pernah naik ke pentas menghentam sesiapa.

Di kalangan orang yang mengenali calon PAS, Azam terkenal dengan imej baik dan bersopan santun. Sumber bilik gerakan BN sendiri mengakui bahawa calon mereka sukar untuk mengatasi kelebihan wibawa calon PAS.

Azam adalah anak kelahiran Sungai Limau. Ibu dan ayahnya juga anak Sungai Limau, justeru mereka mempunyai rangkaian keluarga yang sangat besar di sini. Ke mana sahaja beliau turun berkempen, seolah-olah tidak perlu diperkenalkan lagi. Kelebihan ini tiada pada calon BN meskipun dia juga anak Sungai Limau.

Apapun peribadi calon tidak akan menyumbang peratus yang lebih besar dari sokongan berdasarkan parti. Realiti Sungai Limau sejak PRU 1959, PAS dan Umno wujud secara tradisi dari warisan keluarga.

Cuma akhir-akhir ini anak muda dari keluarga Umno sudah mula memecahkan tradisi itu. Sebahagian yang sudah biasa berhijrah ke tempat lain, kenal PAS atau Pakatan Rakyat, membawa balik ideologi yang berbeza dengan ibu bapa. Anak keluarga PAS biasanya menjadi PAS, tetapi anak keluarga Umno belum tentu jadi Umno.

Faktor kecenderungan politik berasaskan sentimen kepartian jauh mengatasi pengaruh isu semasa. Isu semasa semacam sekadar hanya untuk memeriahkan PRK. Namun isu semasa tetap jadi keutamaan dalam kempen dan penerangan.

Sekalipun PAS jadikan politik damai sebagai tema, namun seperti kata Dato’ Mahfuz Omar, ia tidak bermaksud pertentangan dasar dan isu dengan pihak lawan diketepikan.

"Memandangkan media arus perdana tidak memberikan liputan yang adil maka usaha mendedahkan penyelewengan dan kelemahan pentadbiran BN, Negeri mahupun Pusat akan tetap diteruskan,” ujarnya.

Antara isu yang dibangkitkan ialah kegagalan kerajaan negeri untuk meneruskan pembinaan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba Langkawi, walaupun kerajaan negeri sebelum ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk tahun 2013 bagi fasa pertama pembinaan.

Lagi isu ialah, kegagalan mereka meneruskan skim bantuan untuk keluarga si mati yang miskin iaitu Skim Kafalah sebanyak RM500 untuk setiap kematian. Skim kafalah sudah jadi ‘Kafanlah’. Sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat dahulu membelanjakan RM4.9 juta untuk hampir 10,000 penerima.

Mukhriz hanya melakukan gimik politik apabila seringkali menyebut bahawa semua projek pembangunan untuk rakyat akan dikaji, di dalam apa yang dinamakan, Makmal Tranformasi. Namun sepanjang tempoh kira-kira lima bulan, kerajaan asyik mengkaji tanpa sebarang hasil.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam keghairahan mempertahankan kenaikan harga gula, menggunakan status kesihatan Ustaz Azizan semasa hayatnya sebagai contoh. Kedua kakinya dipotong kerana penyakit diabetes. Kenyataan itu mengguris hati keluarga Ustaz Azizan.

“Sesungguhnya ucapan TPM telah menyentuh sanubari kami sekeluarga yang masih bersedih dan masih pilu dengan kehilangan insan yang paling kami sayangi di dunia ini. Air mata kami sekeluarga belum kering mengenangkan Allahyarham Ayahanda dan kerinduan kami kepada Allahyarham Ayahanda masih menyelubungi setiap detik yang kami lalui,” ujar Muhammad Rafiiy, anak Almarhum Ustaz Azizan.

Mukhriz menyifatkan PAS kekeringan idea kerana politikkan kenyataan Muhyiddin. Biasalah Umno, jika mereka yang lakukan kesalahan, maka ‘yang jahat’ adalah pihak lain.

Sementara di pihak BN, mereka benar-benar kekeringan isu kali ini. Beberapa bekas pemimpin picisan PAS yang kini menentang PAS terpaksa digunakan untuk mengitar semula isu lapok penuh dengan fitnah. Antaranya isu LGBT, DAP, tabung Memali, kafir mengkafir serta isu berkaitan, di mana rakyat sudah muak mendengarnya.

Di atas kertas PAS akan menang mudah. Itupun jika semua pengundi PAS keluar mengundi dan tiada pengundi PAS yang berjaya dirasuah. Insya-Allah saya yakin Sungai Limau akan dipertahankan dengan majoriti hampir serupa.

-ZULKIFLI YAHAYA

Read More...

Umno Layan Rakyat Macam Roti Canai


JERAI - Bekas pelakon dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman mengingatkan seluruh pengundi Dun Sungai Limau agar mengambil iktibar apa yang telah berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Tampil di pentas ceramah PAS di Padang Lumat, Batu 16 di sini malam tadi, Bob atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, melontar persoalan adakah rakyat di negara ini tidak serik diperlakukan seperti "roti canai" oleh Umno BN.


"Mula-mula dia uli tepung penuh kelembutan, campur majerin, jadikan kecil-kecil sebesar penumbuk, sapu minyak, tutup dengan tuala good morning, perap dan simpan tempat sejuk.

"Tapi bila nak makan, dia cengkam satu-satu, hempas atas meja, lenyek-lenyek, tarik-tarik, kemudian bakar atas tempat panas," katanya.

Menurut beliau, itulah cara Umno melayan rakyat selama ini dengan membelai penuh kasih sayang ketika kempen, namun selepas pilihan raya, rakyat dijadikan mangsa.
Beliau memberi contoh janji BN sebelum PRU13 lalu yang berjanji tidak akan menaikkan harga petrol dan barangan lain, namun selepas pilihan raya, petrol dan terbaru harga gula naik serta merta.

Itu belum lagi dengan perlaksanaan cukai GST, yang sebelum ini dicanang tidak akan dilaksanakan, namun selepas pilihan raya semuanya berubah.

"Waktu kempen PRU13 lalu saya dah kata jangan undi BN nanti minyak naik, gula naik, tapi ramai tak nak dengar.

"Jadi sekarang saya nak kata apa lagi. Cukup la, jangan sebab dapat kain sarung, helmet, kita lupa apa yang dah mereka buat.

"Jangan la kita jadi macam roti canai," katanya.

Turut berceramah sepentas dengan beliau malam tadi termasuk Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat Aiman Atirah Al-Jundi, serta Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu Muhyidin Abdul Rashid.

Semalam adalah malam kedua Bob Lokman hadir membantu kempen PAS di Sungai Limau di sini.

Pada 2011 lalu, Bob mengumumkan menyertai PAS dan telah menyerahkan borang keahliannya kepada mantan Menteri Besar Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Razak yang juga bekas Adun Sungai Limau dalan satu majlis di negeri ini.

Harakahdaily

Read More...

"Mana MP PAS..? Mana ADUN PAS?" Macai Menyalak..



MENJELANG PRK SG LIMAU.. Dalam siaran Buletin Utama TV3 malam tadi ..MPKJ roboh gerai org Melayu di Kajang.. Di highlight oleh TV 3 seseorang yg Terjerit2 ..

"Mana MP PAS..mana ADUN PAS".. Maka bersorak la para bloggers cap ayam , facebookers pemakan dedak dari suku sakat UMNO memainkan isu ini "Exco DAP arah roboh gerai Melayu!"

SELAGI MELAYU KURANG BERILMU..SELAGI ITULAH UMNO@ BN TERUS MENIPU.. Apa yg MP dan ADUN tu boleh buat?cuma boleh berunding shj... FAKTA YG TIDAK DI BERITAHU... PBT bukan bawah kerajaan negeri. PBT dibawah kementerian perumahan dan kerajaan tempatan. Kerajaan negeri hanya ada wakil ahli majlis je. Kuasa Lantik YDP BUKAN ditentukan kerajaan negeri Kuasa Mutlak Lantik YDP Masih Bidang Kuasa KERAJAAN PUSAT Jika YDP..menyebelahi MB..engkar arahan Pusat..dlm masa 24 jam boleh di tukarkan...

YDP MPKJ Dato' Hassan Nawawi bin Abd. Rahman UMNO semata-mata mahu menang di DUN Sungai Limau habis gerai peniaga melayu dirobohkan.. semata-mata utk menunjukan kerajaan di bawah Pakatan Rakyat kononnya tidak membelas nasib yang melayu.. Orang Tua, Perempuan serata kanak2 dihalau dan rumah mereka di robohkan oleh DBKL di Kampung Chubadak Tambahan , Sentul s23 Oktober 2013 lalu tak ada bunyi suku sakat UMNO karat biru nie.... malah 1001 alasan di beri membenarkan tindakkan kejam itu.. Melayu tipu melayu...Melayu tindas melayu....apa pun geng otak karat biru suku sakat UMNO Cina DAP juga disalahkan Cina MCA Cina Gerakan tidak disebut sekali..

Read More...

Presiden PAS tidak semestinya ulama, kata Nik Aziz

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, pemegang jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan menteri besar PAS tidak semestinya daripada golongan ulama.

Perkara ini disampaikan beliau melalui anaknya Nik Mohd Abduh Nik Aziz dalam kuliah Jumaatnya baru-baru ini.


“Ayah ambo (saya) suruh sebut hak tu. Ambo tak sir (mahu) sebut, tak berani mana nak sebut hak nih (perkara ini), takut orang marah, tapi dia ghoyat (beritahu) semalam, kalu tak ghoyat (beritahu) takut balik dia tanya susah pulak nak jawab,” kata Nik Abduh ketika memberikan kuliahnya di Kota Bharu.

PAS sedang menghadapi muktamar yang ke-59 bermula 22 hingga 24 November ini.

Kempen hangat sedang berlangsung dan antaranya kempen agar ulama memegang jawatan utama iaitu presiden dan timbalan presiden serta sebahagian naib-naib presiden.

Pandangan daripada Nik Aziz pula sangat mempengaruhi para perwakilan PAS di seluruh negara.

Dalam kuliah itu, ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, yang mesti dilantik di kalangan ulama (orang alim) adalah ahli Majlis Syura Ulama iaitu badan tertinggi dalam PAS.

"Presiden, timbalan presiden, naib presiden dan kepimpinan yang lebih bawah termasuk pesuruhjaya, "hak ni nih, adakah wajib ulama? Jawapan dia tidak," tegas Nik Abduh.

Menurut Nik Abduh, syarat utama untuk memegang jawatan eksekutif dalam PAS adalah kepimpinan politik.

“Nak jadi pemimpin politik, presiden atau timbalan presiden, syarat utama dia bukan kena reti baca kitab. Hak reti baca kitab ni duk dalam Majlis Syura tapi presiden, timbalan presiden, naib presiden ni kena ada satu syarat yang lebih daripada Majlis Syura, iaitu kepimpinan politik kena ada," katanya.

Read More...

Balu Azizan Razak Sedia Maafkan Muhyiddin

ALOR SETAR - Permohonan maaf Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak diterima dengan hati terbuka oleh isteri Azizan, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah.

“Saya sedia memaafkan dan percaya kemungkinan kenyataan itu disalah tafsir pihak tertentu dan disebarkan secara tidak betul,” katanya, ketika dihubungi, semalam.


Menurutnya, Muhyiddin beberapa kali mengunjungi Azizan ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Kedah dan beliau mengenali hati budi pemimpin nombor dua negara itu yang tidak pernah membuat kenyataan negatif terhadap Azizan.

“Saya terima penjelasan yang dibuat Muhyiddin menerusi akhbar, dan kami sekeluarga tiada masalah untuk memaafkan jika benar berlaku keterlanjuran kata beliau ketika berkempen,” katanya.

Kelmarin, Muhyiddin menegaskan tidak berniat menyinggung perasaan mana-mana pihak, terutama keluarga Allahyarham Azizan, berhubung kenyataannya yang mengaitkan keputusan kerajaan memansuhkan subsidi gula dengan masalah penyakit kencing manis.

Muhyiddin berkata, beliau tidak merujuk kepada bekas Menteri Besar Kedah itu, tetapi hanya bercakap secara umum.

Bagaimanapun, Muhyiddin memohon maaf secara terbuka jika kenyataan beliau itu disalah erti dan menyinggung perasaan keluarga Allahyarham.

Sebelum itu, anak kelima Azizan, Muhammad Rafi’iy pada sidang media, meminta Muhyiddin membuat permohonan maaf berikutan kenyataan berkenaan ketika berucap di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Limau.

Faekah berkata, hubungan baik antara Azizan dan Muhyiddin sudah lama terjalin, iaitu sebelum kedua-dua mereka terlibat dalam politik sepenuh masa.

“Mereka sudah saling mengenali sejak tahun 60-an lagi, di mana ketika itu Azizan melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar. Kebetulan kakak kepada Muhyiddin turut belajar di universiti sama dan daripada situ mereka berkenalan,” katanya.

Menurutnya, hubungan mesra itu masih terjalin selepas mereka aktif dalam politik, walaupun berbeza parti.

“Azizan sememangnya begitu. Allahyarham selalu ketepikan perbezaan politik apabila berkawan. Sebab itu Allahyarham mempunyai ramai kawan daripada pelbagai latar belakang politik berbeza,” katanya.

- SinarHarian

Read More...

Wednesday 30 October 2013

Muhammad Mohd Taib Belasah Umno

IPOH: Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib berkata, Umno tidak pernah merujuk kepada al-Quran dan Hadis dalam perjuangannya.

Menurutnya, perkara tersebut berbeza dengan PAS yang menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai pegangan dan rujukan utama setiap masa.


Itulah antara penyebabnya mengambil keputusan menyertai PAS setelah bergelumang dalam Umno sejak tahun 1964 lagi.

"Masa saya jadi Menteri Besar (Selangor), saya tidak pernah buka (rujuk) al-Quran untuk mentadbir negeri, begitu juga semua Perdana Menteri sehinggalah Najib ketika ini.

"Tetapi dalam PAS berbeza, Tok Guru Nik Aziz, Ustaz Hadi selalu rujuk al-Quran ketika mereka memerintah negeri masing-masing," katanya ketika membentangkan kertas kerja di Konvensyen PAS Perak di Hotel Tower Regency, Ahad lalu.

Mantan Naib Presiden Umno itu menjelaskan, beliau mengambil keputusan menyertai PAS apabila telah menyedari akan perjuangan Umno yang semakin menyimpang.

Katanya, beliau ingin membetulkan dirinya kembali dalam pengakhiran usianya dan ingin membantu PAS mencapai hasrat memerintah negara dan memimpin ummah.

PAS katanya diwakili golongan berkemahiran agama dan profesional yang cerdik pandai tetapi Umno hanya menjadi parti ikutan tidak berdasarkan pemikiran.

"Umno hanya jadi parti yang ikut-ikut sahaja, mereka yang masuk Umno bukan yang berfikir. Tidak seperti orang yang menyertai PAS.

"Saya melihat, PAS adalah parti yang paling relevan dan sesuai untuk memimpin masyarakat di negara ini khususnya orang Melayu," ujarnya lagi.

BN katanya hanya berjaya dalam pembangunan fizikal semata-mata sebaliknya gagal untuk mendidik rohani serta akhlak masyarakat.

Tambahnya, Rakyat perlukan usaha daripada kumpulan baru yang berani untuk merubah suasana masyarakat dinegara ini.

Jelas Muhammad, PAS sangat diyakini dapat melahirkan masyarakat yang selamat di dunia dan akhirat disamping mengukuhkan aspek modal insan dan membangunkan kemanusiaan.

Justeru, beliau menggesa agar PAS lebih bersedia dan mengukuhkan lagi kedudukannya agar dapat meyakinkan rakyat khususnya orang Melayu.

"Kita kena kerja daripada sekarang untuk meyakinkan pengundi dan masyarakat tentang keperluan untuk berubah.

"Kita perlu hebahkan tentang kelebihan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat berbanding BN antaranya betapa cekap dan amanahnya pemimpin Pakatan Rakyat membelanjakan duit kerajaan," jelasnya lagi.

Read More...

Selepas Menang Besar Pemilihan Umno, Zahir Pamer Sifat Angkuh Dan Bongkak

Janji Pakatan macam mengecat langit

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi menyindir Pakatan Rakyat dengan mendakwa manifesto pembangkang untuk mengurangkan pekerja asing sebagai "baik" tetapi seolah-olah mengecat langit dan tidak berpijak di bumi nyata.

Sambil menegaskan supaya Pakatan tidak membuat janji baru, Zahid yang juga ahli parlimen Bagan Datoh memperlekeh manifesto Pakatan dengan mengatakan sebagai rubbish (karut).


"Ia tidak dapat dilaksanakan. Hanya kira-kira 15 peratus yang telah dilontarkan pada pilihan raya umum 2008 sehingga pilihan raya 2013.

"Ertinya, dengan izin, manifesto rubbish. Jadi dalam perkara ini, janganlah buat janji baru.

"Apa yang penting buat manifesto berdasarkan realiti. Dan apa yang dilakukan oleh kerajaan dapat memuaskan hati semua pihak termasuk pihak kerajaan dan pembangkang, yang penting rakyat," katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (BN-Mersing) berhubung manifesto Pakatan yang mahu mengurangkan satu juta pekerja asing di pelbagai sektor dan mewujudkan satu juta pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Read More...

Tuesday 29 October 2013

Lawak Bodoh Dari Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, mustahil untuk calon dalam pemilihan Umno baru-baru ini melakukan politik wang kerana lebih 140,000 perwakilan yang terlibat dalam pemilihan itu.

"Bayangkan terdapat 146,500 perwakilan yang terlibat dalam pemilihan itu, dan untuk memastikan kemenanganya, seseorang calon yang mahu mengamalkan politik wang harus membayar lebih 60 peratus perwakilan iaitu lebih kurang 75,000 orang," katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini, hari ini.


Shahidan yang mengekalkan jawatan anggota majlis tertinggi pada pemilihan itu berkata calon yang dikatakan terlibat dengan politik wang itu harus mengeluarkan belanja yang banyak sehingga mencecah jutaan ringgit.

"Jika dia membayar hanya RM100 kepada 75,000 perwakilan, itu sudah mencecah RM7.5 juta, mustahil terdapat calon Umno yang begitu kaya, jika saya mempunyai wang sebegitu banyak lebih baik saya berikan kepada rumah kebajikan untuk anak yatim atau ibu tunggal," katanya.

Shahidan diminta mengulas dakwaan kononnya calon yang menang dalam pemilihan Umno baru-baru ini mengamalkan politik wang.

Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad meminta sesiapa yang mempunyai maklumat tentang politik wang, supaya melaporkannya kepada badan disiplin Umno secepat mungkin.

- Bernama

Read More...

Guris Hati Keluarga Azizan - Muhyiddin Mohon Maaf

YAN, 29 Okt- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada keluarga Tan Sri Azizan Abdul Razak jika ucapannya tempoh hari mengguris perasaan mereka.

Sebagai umat Islam, beliau memohon maaf walaupun ucapannya pada majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Limau beberapa hari lalu dipetik oleh portal berita di luar konteks sebenar.


"Siapa yang dengar ucapan saya di majlis itu akan memahami apa maksud saya mengenai bajet dan langkah menghapuskan subsidi gula.

"(Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri) Jamil Khir (Baharom) dan (Menteri Besar, Datuk) Mukhriz (Mahathir) boleh jadi saksi apa yang saya cakap hari itu," katanya kepada media selepas mengunjungi Madrasah Mazahirul Ulum di Bukit Choras di sini petang tadi.

Beliau diminta mengulas desakan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar dan anak kelima kepada isteri pertama bekas menteri besar itu, Muhammad Rafi’ie Azizan agar memohon maaf di atas kenyataannya tempoh hari.

Menurutnya, beliau hanya menyebut demi kesihatan, rakyat patut mengurangkan penggunaan gula menjadi punca penyakit kencing manis atau diabetes dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Saya hanya menyentuh sekali imbas mengenai Allahyarham Azizan yang yang turut menghidapi penyakit kencing manis dan terpaksa dipotong kedua-dua kaki ketika dimasukkan ke hospital.

"Bukan niat saya untuk merendah-rendahkannya sebab saya kenal dan rapat dengannya. Saya juga beberapa kali melawatnya ketika berada di hospital," katanya.

Bagaimanapun, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, memohon maaf jika ucapan itu mengguris perasaan banyak pihak termasuk keluarga Allahyarham.

"Sebagai manusia, kita mungkin tidak terlepas dari kesilapan boleh bermaaf-maafan sesama kita."Saya tidak ada niat untuk mengguris perasan sesiapa atau menjadikannya sebagai bahan kempen pilihan raya ini," katanya.

Untuk menguatkan kenyataan itu, beliau meminta pemimpn Pas agar melihat semula video ucapannya untuk mendapat kepastian dan kesahihan mengenai ucapannya itu.

Muhyiddin turut bertemu dengan sekumpulan pemuda Pas selepas menunaikan solat Asar di Masjid Bukit Choras yang ingin mendapat penjelasan mengenainya."Saya memberi penjelasan keadaan sebenar dan mereka memahaminya," katanya.

-SINAR HARIAN


Read More...

Pas Yakin Menang Di Sungai Limau

YAN 29 OKT: Rekod cemerlang Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak di DUN Sungai Limau akan diteruskan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mempertahankan kawasan itu dalam Pilihan Raya Kecil, 4 November ini.

Calon PAS bagi PRK tersebut, Mohd Azam Abdul Samat berkata, beliau optimis dengan kerjasama Pakatan Rakyat, kerusi DUN berkenaan bukan sahaja dapat dikekalkan, malah mampu meningkatkan majoriti yang diperolehi.


Menurutnya, beliau berikrar akan meneruskan pendekatan Allahyarham Azizan dalam membantu segenap lapisan rakyat tanpa mengira fahaman politik sekiranya diberi mandat oleh pengundi di kawasan itu.

Katanya, antara isu yang akan dibawa dalam kempen PRK tersebut adalah kegagalan kerajaan Kedah selepas lima bulan menerajui negeri itu di bawah menteri besarnya, Datuk Mukhriz Mahathir.

"Tiada pembangunan besar yang mampu dilaksanakan oleh kerajaan negeri BN sejak menerajui kepimpinan Mei yang lalu sehingga kini. Jika ada pun hanyalah dibuat oleh kerajaan Pusat sebagai tanggungjawab mereka menjadi pemerintah," jelasnya lagi.

Antaranya, kata Mohd Azam, cubaan memansuhkan skim kafalah yang diperkenalkan kerajaan terdahulu. Skim tersebut membantu mereka yang kematian keluarga untuk menerima sumbangan khairat dari kerajaan negeri.

Katanya lagi, kerajaan BN juga bertindak zalim apabila tidak membayar gaji 268 kakitangan Insaniah Holdings yang juga anak syarikat kerajaan negeri. Malah katanya, Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi diusahakan oleh kerajaan PR terdahulu
mungkin akan dibatalkan.

"Maahad Tahfiz ini adalah untuk melahirkan pelajar tahfiz yang mahir dalam ilmu sains supaya masyarakat tidak menganggap ilmu agama itu terasing dari ilmu duniawi. Selain itu ia juga untuk menyediakan peluang pekerjaan dan bekalan elektrik di mana janaan
elektrik akan disediakan di Pulau Tuba," kata Mohd Azam.

Menurutnya, kampus KUIN yang menelan kos RM330 juta di Kuala Ketil tidak dimanfaatkan oleh BN apabila melihat kejayaan tersebut hasil usaha kerajaan Pakatan terdahulu.

Dalam PRK Sungai Limau, Mohd Azam akan berdepan calon BN, Ahmad Sohaimi Lazim dalam pertandingan satu lawan satu. Pada PRU lalu, Pakatan berjaya mengekalkan kerusi berkenaan dengan majoriti lebih 2000 undi.


Read More...

Bunuh Pegawai Ambank - 11 Individu Ditahan

KUALA LUMPUR: Seramai 11 orang ditahan berhubung pembunuhan seorang pegawai bank wanita oleh pengawal keselamatan minggu lalu.

"Penahanan yang terbaharu dilakukan pada Ahad di Johor," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah ketika dihubungi Bernama.


Beliau berkata penahanan dibuat bagi membantu siasatan dalam mengenal pasti di mana suspek berada. Namun beliau enggan memberitahu maklumat tentang mereka yang ditahan dan hubungan mereka dengan suspek.

Pembunuhan berlaku pada 24 Oktober lalu apabila seorang pengawal keselamatan menembak mati Norazita Abu Talib, 37, selepas beliau membuka bilik kebal Ambank di Subang Jaya.

Pengawal itu turut melarikan kira-kira RM450,000.Polis kemudiannya melancarkan gerakan memburu pengawal itu dan menahan beberapa suspek termasuk isteri pengawal tersebut.


Read More...

Monday 28 October 2013

Dua Jam Mat Sabu Dalam Rumah Urut Di Danok..

Lagi fitnah yang tidak mengenal dosa yang dilakukan macai umno terhadap pimpinan dan penyokong Pas..

Read More...

Pas Kedah Akan Siasat Penyebaran Bahan Kempen Palsu

YAN, 28 Okt:- PAS Kedah hari ini mengaku satu daripada gambar kempen calonnya merupakan gambar palsu dan mereka sedang menyiasat bagaimana perkara itu boleh berlaku.

"Pihak kami tidak tahu bahawa gambar tersebut bukan asli dan PAS langsung tidak ada niat untuk mengadakan sesuatu yang tidak ada," kata Pengarah Operasi PAS bagi kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau Datuk Amiruddin Hamzah dalam sidang media, di sini.


Beliau mengulas penyebaran risalah kempen yang memaparkan gambar calonnya untuk PRK itu Mohd Azam Abd Samat bertemu dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, di pejabatnya ketika Azizan menjadi Menteri Besar Kedah.

Namun, akhbar Sinar Harian mendedahkan gambar itu sebenarnya gambar kunjungan mesra dua pemberita kanannya ke atas Allahyarham pada 25 Mei 2011 dan telah diubah suai menerusi teknik 'photoshop' bagi menampal wajah Mohd Azam pada wajah seorang daripada pemberita mereka.

Mengulas lanjut, Amiruddin berkata pihaknya akan meminta penjelasan daripada pereka grafik yang menghasilkan bahan kempen berkenaan.

Beliau juga mengaku lazimnya sebelum bahan kempen dicetak, pereka grafik akan menyerahkan contoh profil kepada mereka untuk diedit dan ditambah baik sebelum diserah semula bagi tujuan pencetakan.

Katanya PAS Kedah akan menarik balik risalah berkenaan dan mengeluarkan profil baharu dalam masa terdekat.

Ditanya sama ada isu itu akan menjejaskan kempen PAS, Amiruddin yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah, berkata: "Kita semua manusia biasa... yang bezanya ialah sama ada kita memang berniat untuk menipu atau terjadi di luar pengetahuan kita.

"Sinar Harian dalam laporan muka depannya hari ini menyifatkan risalah yang mengandungi foto wartawan akhbar tersebut sebagai taktik 'desperado' untuk mengelirukan pengundi pada PRK DUN Sungai Limau.

Laporan itu juga menyatakan Sinar Harian berasa terpanggil untuk menjelaskan mengenai foto terbabit bagi mengelakkan salah faham atau tanggapan bahawa akhbar berkenaan memihak kepada mana-mana parti politik.

PRK DUN Sungai Limau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Azam dan calon Barisan Nasional Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

-- BERNAMA


Read More...

Ramai PATI Miliki IC Palsu Dan Bekerja Sebagai Pengawal Keselamatan

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesan ramai warga asing yang memiliki kad pengenalan palsu dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sektor berisiko tinggi seperti di institusi perbankan di seluruh negara.

Perkara itu dikesan menerusi beberapa serbuan yang dijalankan di seluruh negara setiap tahun dan mendapati sebahagian besar warga asing ditahan kerana memiliki kad pengenalan palsu.


Lebih membimbangkan ialah mereka ini pekerja di syarikat-syarikat keselamatan yang diberi permit yang sah kemudiannya ditugaskan dalam pelbagai industri termasuk menjaga keselamatan bank-bank seluruh negara.

Pembunuhan kejam seorang pegawai operasi AmBank, Norazita Abu Talib, 37, di Subang Jaya pada Rabu lalu, membuka mata banyak pihak terhadap mudahnya warga asing ini memperoleh kad pengenalan palsu.

Dalam kejadian pukul 6.18 petang Rabu lalu, Norazita maut ditembak di muka sejurus selepas membuka sebuah peti besi berisi wang dan suspek melarikan wang berjumlah RM450,000.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua pengawal keselamatan dan isteri suspek, kesemuanya warga Indonesia yang dipercayai bersubahat dengan penjenayah kejam itu.

Pengarah Siasatan Dan Penguatkuasaan JPN, Wan Zakaria Wan Awang mendedahkan, pihaknya telah lama mengesan perkara tersebut melalui beberapa serbuan yang dijalankan di seluruh negara.

Katanya, meskipun tangkapan terhadap mereka yang memiliki kad pengenalan palsu tidak banyak, namun pasti ada yang ditahan berkhidmat di bahagian keselamatan seperti di sektor berisiko tinggi.

Lebih mengejutkan katanya, JPN pernah menahan seorang warga Filipina yang mempunyai kad pengenalan palsu tetapi bekerja sebagai pengawal keselamatan yang menjaga stor senjata api syarikat berkenaan.

"Menerusi pengalaman saya sendiri dalam satu serbuan yang dijalankan di Lembah Klang baru-baru ini, lebih 10 warga asing ditahan atas kesalahan memiliki kad pengenalan palsu bekerja sebagai pengawal keselamatan.

"Saya sendiri tidak terkejut apabila sekarang timbul isu pengawal keselamatan warga asing diambil bekerja di bank kerana ini sememangnya berlaku.

"Malah saya sendiri yakin masih ramai lagi pengawal keselamatan yang memiliki kad pengenalan palsu dibekalkan syarikat keselamatan untuk berkhidmat di sektor-sektor sensitif," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Utusan Malaysia semalam, mendedahkan suspek utama kes pembunuhan Allahyarham Norazita iaitu seorang pengawal keselamatan warga Indonesia dikatakan membeli kad pengenalan palsu dengan harga RM200 sahaja.

Kad pengenalan itu menjadi tiket kepadanya untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan selama setahun dan bekerja di beberapa buah bank di sekitar Lembah Klang.

Ditanya dari mana warga asing ini mudah mendapatkan kad pengenalan palsu, Wan Zakaria memberitahu, lokasinya tidak dapat dikenal pasti kerana warga asing yang melakukan kesalahan itu ditahan di banyak negeri.

"Serbuan terbesar kita adalah di Perak baru-baru ini dan banyak lagi kita kesan termasuk di Lembah Klang.

"JPN percaya mereka ini membayar kira-kira RM500 untuk mendapat sekeping kad pengenalan palsu dan mencari rezeki di negara ini," ujarnya.

Wan Zakaria turut mencadangkan agar setiap syarikat keselamatan membawa kesemua pengawal keselamatan yang mendakwa mereka memiliki kad pengenalan ke JPN untuk pemeriksaan cap jari.

Langkah mengimbas cap jari adalah yang paling berkesan kerana itu akan mengesan seseorang itu warganegara Malaysia atau sebaliknya, kata beliau.

"Malah setiap syarikat perbankan boleh melaporkan terus kepada JPN sekiranya mengesyaki pengawal keselamatan yang dibekalkan adalah warga asing menggunakan dokumen palsu.

"JPN akan melakukan serbuan untuk pemeriksaan kerana perkara sama sering dibuat terhadap kilang-kilang yang khidmat pengawal keselamatan mereka dicurigai pihak pengurusan," katanya.

- utusex

Read More...

Sunday 27 October 2013

Jin Ubah Surau Di Bangunan Aman Central Ke Tingkat 3

ALOR SETAR - Pelan asal dan reka bentuk surau di Kompleks Beli Belah Aman Central bagi menggantikan Madrasah Salihiah yang diroboh, didakwa diubah dengan meletakkan kedudukan surau di tingkat tiga kompleks itu.

Ura-ura mengatakan selepas kerajaan Pas kecundang dalam PRU13 lalu, pihak tertentu telah mengubah pelan asal yang dipersetujui pada Januari 2012 itu.


Sumber berkata, mengikut pelan asal, surau yang boleh diakses dari luar kompleks itu diubah ke tingkat tiga bagi memberi laluan kepada premis komersil.

Sebelum ini, bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak menegaskan, pada mulanya kedudukan surau di tingkat tiga, namun selepas perbincangan dan atas permintaan Azizan, pemaju bersetuju membina di tingkat bawah untuk kemudahan jemaah.

Berdasarkan persetujuan itu, pemaju akan membina surau satu setengah tingkat dengan seni bina bercirikan Islamik moden menggunakan cermin separa lut sinar atas keluasan 4,800 kaki persegi.

Sebuah kubah dan menara turut dibina pada bahagian sisi hadapan bercirikan Timur Tengah pada bahagian luar, menjadikan surau ini seolah-olah sebuah bangunan berasingan.
Saiz surau baru lebih besar dan mampu memuatkan 400 jemaah pada satu masa.

Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) yang membantah perobohan madrasah itu juga akur dengan keputusan, berikutan dijanjikan tapak baru bagi pembinaan surau baru.

Ketika diajukan perkara itu kepada Exco Agama, Mohd Rawi Abd Hamid, katanya, ia di luar pengetahuan kerajaan negeri jika benar berlaku seperti didakwa.

“Saya tidak dimaklumkan jika ada pihak mengubah pelan asal seperti dipersetujui dengan kerajaan negeri terdahulu. Pemaju atau pihak tertentu tidak boleh sewenang-wenangnya melanggar persetujuan asal, biarpun kerajaan bertukar tangan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya akan menyiasat dakwaan itu dengan segera.

Tambahnya, setakat ini, kerajaan negeri pimpinan BN tetap dengan persetujuan asal dan mengikut pelan terdahulu.

Sumber - kedahlanie

Read More...

Mahfuz Nafi Sebar SMS Fitnah

YAN: Kempen politik berhemah yang cuba diterapkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau telah dicacatkan dengan penyebaran Sistem Pesanan Ringkas (SMS) fitnah palsu yang kononnya disebarkan oleh Pengarah PRK Parti Islam Semalaysia (PAS) DUN Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar terhadap calon Parti Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohami Lazim.

SMS fitnah yang dikatakan menggunakan nombor telefon bimbit Mahfuz tersebut bertulis “Calun BN Sg Limau tu Ahmad Sohemi bukan pelajar pondok pak ya tapi jadi cikgu sementara ja.



Dia bukan pendidikan agama. Jadi pensyarah pun bidang sains politik ja. Beliau pernah mendapat rawatan mental satu masa dulu. La ni menetap di Tg Malim. Ramai orang tak kenal beliau di DUN Sg limau. Fikirlah" dikatakan telah mula tersebar sejak petang semalam.

SMS fitnah yang kononnya disebarkan oleh Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz Omar dalam sidang media di Markas PAS DUN Sungai Limau di Bukit Besar telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau terlibat dengan penyebaran tersebut.

“Saya menerima SMS tersebut sekitar jam 12.26 pagi tadi dari kawan saya yang menghubungi saya yang meminta kepastian adakah benar saya menyebarkan SMS tersebut kerana ianya telah tersebar di media sosial dan laman blog seperti ‘flyingkick.blogspot.com’ dan ianya menggunakan nombor telefon bimbit saya,” kata Mahfuz.

Beliau berkata cubaan tersebut merupakan suatu cubaan politik yang rendah dan tidak bermoral yang cuba dilakukan oleh BN.

“Yang bertanding bukan saya dan bukannya saya calon di Sungai Limau tetapi ayatnya seolah-olah saya yang menghantar mesej tersebut dan isunya ialah mesej ni menggambarkan bahawa calon ini (Dr Sohaimi) ini pernah mendapat rawatan penyakit mental. Ini adalah fitnah. Wallahi Wabillahi Watallahi. Saya tidak buat mesej tersebut kepada mana-mana pihak,” katanya lagi.

Beliau berkata ini adalah perbuatan keji cuba menimbulkan provokasi bagi menimbulkan kebencian dan kemarahan rakyat serta menghilangkan suasana politik harmoni dan damai yang tersedia ada di DUN Sungai Limau.

“Saya hairan bagaimana nombor saya boleh dicetak rompak untuk penyebaran fitnah seumpama ini. Saya percaya mungkin selepas ini calon PAS (Mohd Azam Samat) akan menerima fitnah-fitnah seperti ini untuk memburukkan imej PAS dan imej calon PAS di sini. Saya bukanlah ahli politik yang bodoh untuk memburukkan imej saya dan mencalarkan politik bermoral rendah seperti ini,” kata Mahfuz.

Mahfuz menambah beliau masih lagi belum membuat laporan polis dan akan meminta nasihat dengan peguam beliau terhadap perkara tersebut.

Read More...

Fathul Bari Jual Hudud Di Sungai Limau

YAN 27 Okt - PAS dilihat untuk tidak perlu menggunakan isu Hudud sebagai modal kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sunai Limau ekoran parti tersebut sendiri menolak usaha kerajaan negeri memerangi Syiah di negeri Kedah.


Exco Pemuda UMNO Fathul Bari berkata, PAS seharusnya berbicara kepada isu pembangunan setempat dengan menggariskan langkah-langkah proaktif untuk meningkatkan taraf ekonomi penduduk terutama bagi generasi belia.

"Saya amat teruja apabila Menteri Besar Kedah (Datuk Mukhriz Mahathir) memaklumkan bahawa beliau akan memerangi amalan Syiah habis-habisan dan mengharapkan sokongan dari Ahli Dewan Undangan Negeri PAS.

"Namun tiada sokongan," katanya di Dewan Kuala, Sungai Daun, malam tadi.

Menurutnya lagi, isu Hudud yang cuba dibangkitkan PAS pada kempen kali ini juga tidak mencerminkan jati diri Pakatan Rakyat ekoran ianya tidak terdapat kanun perlembagaan yang dipersetujui pembangkang.

Tambahnya lagi, perkara tersebut juga pernah disebut Setiausah Agung DAP, Lim Guan Eng yang tidak membenarkan undang-undang Islam dilaksanakan sekiranya PR berkuasa.

"Bagaimana Lim Guan Eng bercakap dengan belakangnya terdiri daripada wakil-wakil PAS dan PKR, Lim Guan Eng berani kata, tiada siapa dikalangan PAS mahupun PKR berhak melaksanakan hukum Islam melainkan setelah keizinan DAP.

"Dia (Guan Eng) pula bagi izin," ujarnya.

Jelasnya, PAS perlu memberikan pendirian dalam hal ini ekoran sebarang hal berkaitan agama Islam berada di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja dan bukannya dari DAP.

Read More...

Bapa Jamil Khir Baru Bayar Yuran Ahli Pas Bulan Mei Lalu..

JERAI: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dinasihatkan agar bersikap lebih matang dalam berpolitik dan tidak wajar mempersoalkan keikhlasan seseorang.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, Mukhriz mempersoalkan keikhlasan PAS apabila bertindak pantas memuat naik gambar mereka menziarahi bapa Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika berkempen Khamis lepas.


"Mukhriz mempersoalkan saya dan calon PAS apabila memuat naik gambar ziarah Pak Ngah Baharom itu di dalam FB.

"Saya hairan apabila kita sudah ada kemudahan, dan muat naik dalam tempoh segera pun dipersoalkan. Ini menunjukkan kemajuan internet yang dimanfaatkan sepenuhnya oleh kami," katanya dalam sidang media di Markaz Induk PRK N20 Sungai Limau.

Mahfuz turut membidas anak bekas Perdana Menteri itu yang diberi liputan meluas oleh media arus perdana apabila hanya turun ke pekan sehari di Bukit Besar.

"Saya nak tanya dia (Mukhriz) ikhlas ke melawat Pekan Nat (pekan sehari), masuk dalam TV3. Ikhlas ke dia pergi ke sana?

"Muhyiddin tu ikhlas ke datang Sungai Limau, hari ini dia datang sini. Kalau tidak ada PRK tidak ada mini RTC dan karnival Kerja Sungai Limau," katanya.

Menurut Mahfuz, PAS melawat bapa Jamil Khir itu kerana dia adalah ahli PAS dan banyak menyumbang kepada parti.

"Tidak salah untuk kita menziarahi orang tua yang uzur, lagipun beliau ahli PAS. Bulan Mei baru ni dia bayar yuran ahli, tak pernah 'miss'. Pergi ziarah siapa pun dan muat naik di FB ikut sukalah, tidak perlu persoalkan," katanya.

Dalam pada itu, Mahfuz sekali lagi membidas Mukhriz daripada beliau asyik mempersoalkan keikhlasan orang lain adalah lebih baik beliau membuat keputusan segera untuk mengisytiharkan cuti umum pada hari mengundi 4 November ini.

Katanya, cuti umum itu diperlukan bagi memudahkan pengundi yang berada di seluruh negeri kedah dan bekerja di luar boleh menunaikan tanggungjawab mereka dengan selesa pada hari itu.


Read More...

Kuil Hindu RM10 Juta Akan Dibina Di Klang

Bandar Diraja Klang akan mempunyai ikon pelancongan baharu apabila sebuah kuil Hindu berharga RM10 juta membuka pintunya kepada penganut agama itu dan pelancong menjelang pertengahan 2015.

Presiden Kuil Sri Sundararaja Perumal Klang, S. Anandakrishnan berkata kuil berkenaan, yang sedang dibina semula, merupakan kuil granit pertama di negara ini dan berpotensi untuk dimajukan sebagai ikon pelancongan bertaraf antarabangsa.


"Apabila kuil granit ini siap, perbincangan akan diadakan dengan Kementerian Pelancongan untuk memasukkkannya ke dalam kalendar pelancongan mereka sebagai tempat istimewa untuk kunjungan pelancong.


"Kami percaya kuil ini berpotensi menjadi daya tarikan pelancong dan mercu tanda menarik di Bandar Diraja Klang, yang boleh menarik ketibaan pelancong asing ke negara ini," katanya kepada Bernama.

Pembinaan kuil granit sepenuhnya yang disifatkan sebagai 'Thirupathi Asia Tenggara' ini menggunakan khidmat 50 pengukir batu serta keluarga mereka di Kanchipuram, 60km dari Chennai, India, untuk kerja menghasilkan ukiran.

Anandakrishnan berkata struktur granit kuil ini mengguna pakai secara terperinci formula reka bentuk yang menjadi amalan pembina kuil di selatan India sejak beribu-ribu tahun lepas.

"Penggunaan granit dipercayai membolehkan gegaran mantra yang dibaca bergema dengan lebih kuat," katanya sambil menambah bahawa pentahbisan kuil ini akan diadakan pada 9 Jun 2015.

Pada 2006, kuil ini dianugerahi persijilan ISO 9001:2000 kerana sumbangan berterusannya dalam bidang agama, budaya dan khidmat sosial kepada masyarakat Hindu.

– Bernama

Read More...

Polis Cari Penyebar Video Klip

KUALA LUMPUR - Polis telah mengambil keterangan dua anggotanya dari Balai Polis USJ, Subang Jaya bagi membantu siasatan berhubung penyebaran klip video rakaman kes tembak mati seorang Pegawai Operasi AmBank di Jalan USJ Sentral 2, Rabu lalu.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan, keterangan kedua-dua anggota itu telah dirakam bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan.


"Kita juga akan menjalankan siasatan ke atas pekerja di bank itu bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab menyebarkan gambar mangsa mati ditembak di dalam bilik kebal," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa, Norazita Abu Talib, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan bank yang dikenali sebagai Ardi Hamza, 37, selepas mangsa membuka pintu bilik kebal bank

Read More...

Perwakilan Gesa Gerakan Tinggalkan BN

Perwakilan di persidangan perwakilan nasional Gerakan hari ini mempersoalkan hubungan parti itu dengan rakan komponen Umno dan ada juga yang menggesa parti itu supaya meninggalkan BN.

Seorang daripada mereka, Johor perwakilan Tan Lai Soon (kanan),
merasakan bahawa Gerakan tidak diberi penghormatan sepatutnya sebagai rakan dalam BN.


"Kita tidak boleh lagi memberi alasan - bahawa jika kita diberi jawatan (dalam kerajaan), maka Umno melayan kita dengan baik. Ini tidak boleh diterima.

"Adakah resolusi Gerakan sedang dikaji dan diambil kira oleh kerajaan yang diterajui Umno untuk dilaksanakan sebagai dasar negara? Saya rasa tidak," tegasnya

Jadi, tegas Tan, apa gunanya setiap tahun di mesyuarat agung tahunan, resolusi yang baik dan munasabah, selepas dicadangkan dan diluluskan, tidak diendahkan oleh kerajaan.

Selain itu, katanya, apabila MCA memutuskan untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan walaupun Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin telah memperuntukkan dua jawatan untuk MCA, maka tanggapannya ialah satu daripadanya akan diberikan kepada Gerakan.

Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan dan sebaliknya, ADUN MCA Pulai Sebatang, Tee Siew Kiong dilantik ke jawatan itu, manakala ADUN tunggal Gerakan di negeri ini, Lau Chin Hoon, tidak diberi sebarang jawatan .

Menteri besar Johor, tegas Tan, telah berkata 'tidak' kepada Gerakan dan Tan mendakwa Umno tidak pernah bekerja bersama-sama dengan Gerakan.

Oleh itu, tegasnya, apabila mereka mengatakan tidak kepada Gerakan, maka mengapa parti itu masih mahu menyokong mereka secara membuta tuli.

Tan berkata, apabila Gerakan menyertai Perikatan untuk membentuk BN pada tahun 1974, parti itu membantu mengukuhkan kuasa parti pemerintah, tetapi menurutnya, perkara itu kini telah dilupakan.

Ketika ditemui selepas ucapannya, Tan menegaskan tidak ada sebab untuk Gerakan terus kekal dalam BN jika ia tidak dilihat sebagai rakan kongsi yang saksama.

Menurut Tan, ramai pemimpin akar umbi parti itu berkongsi pandangan beliau.

Read More...

Saturday 26 October 2013

Bajet Jerat Golongan Berpendapatan Rendah

KUALA LUMPUR - Pengumuman Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya akan menjerat golongan berpendapatan rendah.

Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata, pengumuman pelaksanaan GST dalam Bajet 2014 menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin PR.


“Pengenalan cukai GST ini pasti membebankan golongan berpendapatan rendah, iaitu kalau ada hujah yang mengatakan GST ini memacukan pelaburan dan simpanan, saya tidak nampak asasnya perkara ini, tetapi mungkin ia lebih sesuai untuk golongan kaya kerana pendapatan mereka lebih besar.

“Jadi mereka boleh peruntukan dan boleh bayar cukai barangan dan perkhidmatan, tapi tidak untuk mereka yang berpendapatan rendah,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, bajet selepas pilihan raya menambah beban rakyat berbanding Bajet 2013 yang memberi pelbagai bantuan kepada rakyat.

“Ini adalah belanjawan pasca pilihan raya dan sebab itu kita tidak nampak sebarang imbuhan untuk memancing undi. Tetapi merupakan bajet orang kaya dan menekan berpendapatan rendah.

“Apabila berbicara soal miskin bukan kita berbicara miskin tegar dan keperluan isi rumah, tapi dengan adanya GST ini ia akan memberi beban termasuk mereka yang baru berkahwin, baru dapat kerja dan mereka yang ada ramai anak,” katanya.


Read More...

Ramai Yang Tiba-Tiba Diserang Muntah Hari Ini..

Saya Pun Dah Mula Minum Teh Tanpa Gula Sekarang, Kata PM

KUALA LUMPUR – Senada dengan pengumumannya semalam bahawa kerajaan memansuhkan subsidi gula demi kesihatan rakyat, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, beliau juga sudah mula mengurangkan pengambilan bahan itu dalam minumannya.

“Saya pun telah mula belajar minum teh tanpa gula sekarang,” katanya sambil tersenyum.


Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika perasmian majlis Persidangan Perwakilan Nasional ke-42 parti Gerakan di sini, hari ini.

Semalam perdana menteri mengumumkan subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuat kuasa hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.

“Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes,” katanya.

Beliau berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong.

“Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman,” katanya.

Harga runcit gula sebelum ini ialah RM2.50 sekilogram naik kepada RM2.84 selepas subsidi dimansuhkan bermula hari ini.


Read More...

Kaitkan Azizan dan harga gula, kempen tidak berakhlak

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan kempen yang tidak berakhlak dan tidak beradab.

Muhyiddin hari ini cuba mempertahankan pemotongan subsidi gula sebanyak 34 sen dengan mengaitkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang terpaksa memotong kakinya akibat kencing manis.


Jelas Mahfuz, kenyataan Muhyiddin itu tidak berakhlak khususnya kepada ahli keluarga Allahyarham iaitu isteri dan anak-anaknya.

"Kenapa hendak kaitkan keputusan pemotongan subsidi gula dengan Allahyarham yang potong kaki.

"Jangan guna orang yang dah mati untuk menghalalkan mereka menaikkan harga gula," tegas Mahfuz kepada Harakahdaily.

Katanya, Muhyiddin langsung tidak ada rasa hormatkan isteri dan ahli keluarga Allahyarham.

Justeru, Mahfuz menggesa Muhyiddin memohon maaf kepada isteri dan anak-anak Allahyarham serta seluruh pengundi Sungai Limau yang rata-rata begitu rapat dengan Allahyarham.

Hari ini, Muhyiddin dalam majlis pertemuannya bersama guru dan ibu bapa pelajar sekolah sekitar Yan dan Kuala Muda pagi tadi mempertahankan pengurangan subsidi gula sebanyak 34 sen yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014 semalam dan berkuatkuasa hari ini.

Menurutnya sebagaimana yang dilaporkan Malaysiakini, ia dilakukan untuk manfaat orang ramai dan hadirin yang hadir perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis yang dideritai allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

"Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tapi di dunia ini disebabkan banyak makan, di samping itu banyak ambil gula sampai tak usahlah saya cerita tentang almarhum (Azizan).

"Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong.

"Jadi kerajaan umum tak ada subsidi umum tak ada gula keputusan tepat hendak menjaga maslahah am - hendak menjaga kesihatan," katanya.

Read More...

Sg Limau: Muhyiddin gesa ibubapa dan guru sokong calon BN

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir bertemu dengan ibubapa pelajar dan guru sekolah-sekolah di sekitar daerah Kuala Muda dan Yan pagi ini.

Kira-kira 1,500 orang menghadiri majlis ini yang dinamakan 'Majlis Perjumpaan TPM merangkap menteri pendidikan bersama waris pelajar dan warga pendidik daerah Kuala Muda/Yan'.


Dalam ucapannya dalam kawasan Sekolah menengah Kebangsaan Sungai Limau itu, Muhyiddin menggesa hadirin agar mengundi calon BN pada 4 November nanti.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, yang juga bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon PAS Mohd Azam Abd Samat dan calon BN Ahmad Sohaimi Lazim.

Menurut Muhyiddin lagi, gesaan itu adalah satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan beliau.

"Kalau saya tak ambil peluang ini untuk minta tuan-tuan dan puan-puan sokong kita, tak adil bagi saya"

"Saya minta tuan-tuan sokong calon kita Ahmad Sohaimi Lazim," kata Muhyiddin.

Read More...

Syukur Dan Terima Kasih Najib Kerana Makanan Orang Miskin Tidak Dikenakan GST..

Semalam Malaysiakini telah melaporkan.. Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Belanjawan 2014 yang menurutnya menghukum rakyat dan gagal menyentuh isu asas kebocoran dan urus tadbir yang baik.

"Kamu menghukum rakyat dengan GST. Tiada perubahan antara jurang kaya dan miskin. Kita akan bersungguh-sungguh menentang GST," kata ketua pembangkang.


Anwar juga menyifatkan belanjawan kali ini sebagai paradoks kerana dianggap menyebelahi syarikat dan "orang kaya tetapi dalam masa yang sama memperkenal cukai yang melibatkan banyak pihak.

"Cukai lebih rendah untuk orang kaya, dana khas kepada syarikat, dalam masa yang sama kamu kenakan cukai umum yang akan jejaskan segmen besar masyarakat. Ini paradoks."

Setelah pelbagai spekulasi, kerajaan akhirnya hari ini mengumumkan GST 6 peratus akan diperkenal bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan.

Ia akan berkuat kuasa pada 1 April 2015.

Menyentuh pengurangan subsidi gula mulai esok, ketua umum PKR itu menyifatkan hujah yang digunakannnya "remeh".

..... Mungkin Anwar Ibrahim terlupa atau tidak mendengar sepenuhnya apa yang diucapkan oleh Najib kerana asyik menjawab apa yang telah di 'Tweet' oleh pengikutnya dilaman Twitter, jadi beliau tidak nampak pilihan yang telah dikemukakan oleh Najib kepada rakyat yang tidak setuju dengan perlaksanaan GST itu..

Najib bukanlah sebegitu kejam sebenarnya, beliau telah memberikan kita semua pilihan dan ianya diutarakan secara berhemah bukannya seperti lain-lain Menteri UMNO yang menghalau rakyat keluar dari negara jika tak setuju dengan mereka..

Ini kerana jika kita tidak setuju dengan GST yang akan dilaksanakan itu.. gunakanlah barangan yang Najib kecualikan ini untuk meneruskan hidup..

Antara barangan yang dikecualikan GST itu ialah beras, gula, minyak masak, kacang dal, cili, herba, ikan kering, cencalok, budu, belacan dan minulah air paip...

... Syukur.. Beras dan Ikan Kering tak akan dikenakan GST.. kata macai... ha.. ha.. ha...

- ASD

Read More...

KEMARAHAN MAHATHIR: Bencana buat kita

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memberi amaran bahawa perbalahan yang lebih besar akan berlaku dalam parti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Umno dan ini bukanlan petanda yang baik untuk negara.

Beliau merujuk kepada kegagalan ketua menteri Kedah, Mukhriz Mahathir untuk memenangi salah satu kerusi timbalan naib presiden yang begitu berharga dalam Umno. Mukhriz merupakan anak bongsu bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, yang tidak langsung merahsiakan hasratnya untuk melihat Mukhriz mengikuti jejak langkahnya


Walau sekuat manapun usaha Mahathir yang berusia 88 tahun itu, tanpa sokongan Najib, dia tidak akan mampu menarik undi yang cukup untuk Mukhriz. Malah berkempen saat-saat akhir yang dilakukan oleh Siti Hasmah juga dilaporkan tidak berupaya membantu anak mereka untuk merebut salah satu daripada jawatan timbalan naib presiden itu, yang akhirnya dikekalkan oleh rakan-rakan rapat Najib - Hishammuddin Hussein, Zahid Hamidi dan Shafie Apdal .

Khalid, yang juga seorang pemimpin senior PAS, meramalkan tidak akan ada banyak perubahan positif kepada Malaysia selepas pemilihan Umno, yang menyaksikan beberapa muka-muka baru menyertai kepimpinan pusat parti.

Menurut Khalid, bukan sahaja pemimpin Umno tertinggi kekal muka yang sama, peningkatan ketegangan dalaman yang melanda Umno ia tidak dapat dielakkan dan ini bakal menghalang kemajuan dan pembangunan dalam program-program di peringkat nasional.

"Saya rasa tidak akan ada banyak perubahan. Mungkin terdapat beberapa muka-muka baru di peringkat cawangan tetapi budaya politik Umno tidak berubah dan pemimpin-pemimpin tertinggi tetap sama. Sharizat, dengan isu-isunya (skandal rasuah), masih menang. Khairy masih lagi ketua Pemuda. Presiden dan naib Presiden bukan orang baru, jadi ia akan tetap sama," Khalid memberitahu Malaysia Chronicle.

"Jelas sekali dia tidak gembira kerana anaknya tidak menang. Itu baik untuk kita, tetapi tidak baik untuk negara. Tetapi, selagi Umno menerajui, tiada apa yang positif boleh diharapkan untuk negara, jadi semua cakap tentang transformasi, (sebenarnya) kita masih lagi di tempat yang sama."

Paling menyakitkan
Mungkin yang paling menyakitkan hati Mahathir ialah jalan 'mudah' Khairy untuk mencapai kemenangan. Khairy, menantu kepada pengganti Mahathir, Abdullah Badawi, dianggap sebagai pesaing utama Mukhriz dalam Umno.

Terdapat kebencian yang mendalam antara puak Mahathir dan puak Badawi, dengan Khairy sebagai orang yang paling dibenci oleh para pengikut di kem Mahathir.

Tidak seperti Mukhriz, Khairy telah memperolehi kemenangan besar untuk dipilih semula sebagai Ketua Pemuda dan semasa Badawi membantu untuk meraih undi, dia tidak melakukannya terang-terangan seperti Mahathir.

Malah, pemilihan Umno Sabtu itu telah menjadi satu episod yang paling menyakitkan bagi Mahathir yang angkuh dan tiada belas kasihan dalam berpolitik. Oleh itu, adalah djangka bahawa Najib akan menawarkan Mukhriz kerusi majlis tertinggi sebagai tanda berdamai.

Walaupun begitu, tidak ramai pemerhati Umno berpendapat ini akan menenangkan Mahathir dan merasakan bahawa dia dan pengikutnya akan melancarkan 'perang gerila' menentang kem Najib.

- Malaysia Chronicle


Read More...

Friday 25 October 2013

Mukhriz Gelabah Bila PAS Guna Bapa Jamil Khir Sebagai Modal Kempen

YAN: Datuk Mukhriz Mahathir kesal dengan tindakan PAS yang cuba meraih simpati apabila mempolitikkan kunjungan mereka ke rumah bapa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang diserang penyakit angin ahmar sejak tiga tahun lalu.

Menteri Besar Kedah itu berkata, tindakan calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat bersama Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar menziarahi Baharom Ramli, 77, di kediamannya di Kampung Ulu Sedaka menimbulkan tanda tanya khususnya mengenai keikhlasan dan motif disebalik tindakan tersebut.


"Ini soal keikhlasan, saya tertanya-tanya mengenai niat calon PAS apabila beliau menziarahi bapa kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kemudian ambil gambar dan terus muat naik (di internet)," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) PRK Sungai Limau di sini, Jumaat.

Mengulas lanjut Mukhriz yang juga Pengerusi BN Kedah berkata BN juga ada menziarahi balu Allahtarham Tan Sri Azizan Abdul Razak iaitu Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah di Alor Setar.

Namun menurut Mukhriz beliau tidak menghebahkan mengenai kunjungan tersebut kepada media demi kepentingan politik BN.

"Kalau nak cakap mengenai ikhlas, malam selepas hari pengumuman calon BN (Isnin malam), saya bawa (calon BN) Dr Ahmad Sohaimi (Lazim) buat kunjungan hormat kepada Puan Sri Faekah dan keluarganya di Alor Setar.

"Saya berada di rumah tersebut selama dua jam, bersembang-sembang mengenai pelbagai perkara dan memperkenalkan calon kita sebagai kunjungan hormat," katanya.

Jelas Mukhriz, BN tidak terdesak menghebahkan kunjungan tersebut bagi meraih sokongan khususnya di kalangan penyokong Azizan sebaliknya menghormati kredibiliti bekas pemimpin PAS itu.

"Maklumlah tempat ini (Sungai Limau) adalah tempat arwah. Tapi tidak pula kita nampak gambar daripada pertemuan itu yang saya muat naik.

"Kerana saya fikir kita perlu tunjuk hormat, bak kata orang nak masuk kawasan orang, elok beri salam dulu. Tidak pula saya gunakan pertemuan itu sebagai modal kempen," katanya.

Read More...

Najib: Cukup-cukuplah berbohong..

Datuk Seri Najib Razak berkata, pembangkang berbohong apabila mendakwa terdapat puluhan ribu warganegara Bangladesh dibawa masuk sebagai pengundi dalam pilihan raya umum lalu.

"Walhal, hinggalah hari ini, tiada siapapun yang pernah melihat kelibat, apatah lagi bayang mereka itu.


"Cukup-cukuplah pembohongan, beristighfarlah banyak-banyak, Astaghfirullah-hal azim," kata perdana menteri yang merujuk mereka sebagai "Mat Bangla".

Menteri kewangan berkata demikian ketika menyatakan jumlah rakyat Malaysia kini seramai 27.4 juta, "tidaklah termasuk 40,000 orang Bangladesh yang didakwa oleh pembangkang".

Ketika pembentangan Belanjawan 2014 hari ini, Najib berkata, menurut bancian, anggaran penduduk 2013 menunjukkan jumlah warganegara Malaysia lebih 27.4 juta orang.

Ia terdiri daripada Melayu dan Bumiputera, sama ada Islam mahupun bukan Islam adalah sebanyak 18.6 juta (67.9 peratus), Cina 6.6 juta (24 peratus), India 2 juta (7.2 peratus) dan lain-lain kaum 259,000 (0.9 peratus).

"Pendek kata, setiap kaum atau suku tidak kira peratusannya adalah mustahak dan penting dalam perjalanan negara menuju kejayaan," katanya.

Read More...

Harga Gula Naik Esok

Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.


"Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," katanya.

Beliau berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong.

"Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," katanya.

- Bernama

Read More...

RM450,000 Dilarikan Suspek Samun Ambank

Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai wanita dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya Rabu lepas, melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supt Tan Ah Chua ketika dihubungi Bernama hari ini, berkata maklumat itu disalurkan oleh pihak bank kepada polis.


Mengenai identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza itu, beliau berkata perkara berkenaan masih dalam siasatan.

"Polis sedang menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara," katanya. Dalam kejadian 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.

-Bernama


Read More...

Mahkamah Bebas Ling Liong Sik Setelah Didakwa Tipu RM1 Billion Wang Rakyat

Bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini daripada tuduhan menipu kerajaan Malaysia berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi membebaskan Dr Ling selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesemua pertuduhan di akhir kes pembelaan.


Dr Ling, 70, yang diperintah membela diri pada 9 Mac tahun lepas, didakwa menipu kerajaan untuk memberi persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang bagi pembinaan projek 'Mega Distribution Hub' yang kini dikenali PKFZ.

Dia didakwa menipu kerajaan apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 sekaki persegi (skp) iaitu RM1.088 bilion sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Kementerian Kewangan, dalam menentukan nilai itu, telah mengambil kira kadar kupon.

Dr Ling juga berdepan dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.

Dr Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, antara 25 Sept dan 6 Nov 2002.

- Bernama

Read More...

"Aku hanya jalankan tugas"

KUALA LUMPUR: Pengedar rokok yang mengamuk dan menikam orang ramai di dua buah stesen LRT di Gombak dan Taman Melati sehingga membawa kepada dua kematian telah mengeluarkan kata-kata; “Aku hanya menjalankan tugas...” sebelum menikam salah seorang mangsanya iaitu pembantu kedai runcit di stesen berkenaan.


Peristiwa ini diceritakan sendiri oleh mangsa tikamannya, Sulianti Johari, 31, yang terselamat daripada insiden tersebut.

Katanya, selepas menusuk abdomennya dengan sebilah pisau rambo, suspek dengan tenang dan bersahaja kemudian berjalan menuju ke van yang dipandunya semula sambil tersenyum dan melambai tangan lalu memandu pergi dari Stesen LRT Gombak - tempat pertama dia mengamuk.

Menurut Sulianti, dia memang mengenali pemuda berusia 26 tahun itu kerana pemuda itu adalah pengedar barangan regular di kedai dia bekerja.

"Kami tidak pernah bertengkar atau berselisih pendapat dengannya. Selalunya dia ramah dengan saya malah saya anggap dia bagaikan seorang adik,” katanya selepas berjaya menjalani pembedahan untuk menutup semula luka akibat tikaman di bahagian abdomennya itu.

Tetapi sebelum itu, para saksi yang lain menyedari yang suspek kelihatan seperti seorang yang dirasuk.Pemilik kedai runcit di stesen berkenaan, Lau Siew Ling, 49, berkata, suspek adalah seorang yang mereka kenali dan merupakan seorang pembekal rokok di kedainya.Bagaimanapun Lau yang turut ditikam oleh suspek menyedari yang suspek tidak kelihatan seperti biasa malah seperti telah dirasuk oleh sesuatu.

"Selepas dia berhentikan vannya di hadapan kedai saya dia terus keluar sambil memegang sebilah pisau. Dia tidak berkata apa-apa kepada saya tapi dia terus berjalan ke arah saya dan menghunuskan pisau itu ke sebelah kiri pinggang saya,” kata wanita itu kepada para pemberita ketika ditemui di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Suami Lau yang enggan namanya disebut menyifatkan peristiwa yang menimpa isteri dan pekerjanya itu sebagai satu kejadian malang.

"Tapi nasib baik mereka selamat...,” tambahnya lagi.Menurut Lau, sebaik sahaja suspek menikam isterinya, suspek kemudiannya dengan selamba berjalan kembali ke arah pekerjanya Sulianti pula lalu menikam wanita itu.

Kedua-dua mereka kini berada dalam keadaan stabil dan selamat.Sementara itu seorang pemandu bas yang enggan dikenali berkata, dia telah menyaksikan kejadian itu di hadapan matanya dan nampak seorang lelaki yang kelihatan seperti “tidak betul” berjalan menuju ke vannya selepas menikam mangsa-mangsanya itu.

“Saya berlari ke arah mereka (mangsa) yang ketika itu sedang berdarah teruk dan salah seorang daripada mereka telah menunjuk ke arah van putih itu,” katanya.

Dia kemudiannya telah menjerit ke arah pengawal keselamatan berhampiran stesen tersebut dan memintanya menembak ke arah van putih berkenaan tetapi pengawal itu tergamam dan tidak dapat melakukan apa-apa.

Katanya, jika mereka berjaya menahan van tersebut daripada beredar dari situ mereka mungkin telah berjaya menyelamatkan dua nyawa yang lain daripada melayang.

(Suspek kemudiannya memandu ke arah Stesen LRT Taman Melati pula dan dalam perjalanan ke situ telah menikam dua lagi mangsa - seorang lelaki tua dan seorang lagi pelajar kolej - yang membawa kepada kematian mereka).

Sementara itu seorang rakan serumah suspek seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku dan telah dilakukan oleh suspek.

“Sukar untuk percaya akan apa yang dah berlaku kerana dia adalah seorang yang baik. Dia tidak pernah menimbulkan sebarang masalah sebelum ini,” ujar rakan serumah suspek yang telah enam tahun tinggal serumah dengannya di Selayang.

Dia telah bergegas pergi ke HKL untuk memastikan apakah benar rakan serumahnya itu yang terlibat dengan kejadian amuk dan bunuh tersebut selepas membaca berita mengenai kejadian itu dalam laman sosial Facebook.

“Saya tidak pernah melihat dia menghadiri atau terlibat dalam mana-mana kumpulan silat atau dakwah sebelum ini,” katanya lagi.


Read More...

Thursday 24 October 2013

Kempen beli undi cemari PRK Sg Limau

JERAI: BN dikesan menawarkan habuan kewangan kepada para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau dengan mensyaratkan pengundi menunjukkan rakaman gambar kertas undi yang telah dipangkah sebagai bukti telah mengundi parti itu.

Sehubungan itu Pengarah PRK Sungai Limau, Dato' Mahfuz Omar mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis bertindak segera menghalang tindakan tidak beretika BN itu dan menyifatkannya sebagai budaya politik kotor yang perlu dicegah.


Tindakan membeli undi ini, jelas beliau melanggari hak asasi pengundi untuk memilih secara bebas serta melanggari prinsip-prinsip asas demokrasi.

"Saya mengingatkan semua pihak khasnya Umno-BN bahawa kami mahukan suasana damai, harmoni dan sejahtera agar semua pengundi diberikan ketenangan membuat pilihan yang bermaklumat, " ujarnya dalam sidang akhbar di Markaz Besar PRK Sungai Limau, dekat sini, pagi tadi.

PAS juga jelas Mahfuz, telah bergerak bersama panel peguamnya untuk memantau secara terperinci perkara tersebut dan bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa bagi memastikan proses pilihan raya berjalan dengan adil dan saksama.

Mengulas tentang prestasi Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui Menteri Besar, Dato' Mukhriz Mahathir, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, rakyat Kedah belum melihat perancangan kerajaan baru untuk membangunkan negeri sebaliknya masa banyak dihabiskan bagi menangani urusan pemilihan parti.

"Sebagai Menteri Besar, Dato' Mukhriz perlu memberikan fokus kepada hal rakyat teramai bukan menghabiskan masa menangani urusan pertandingan dalam parti, " jelasnya.

Kerajaan BN negeri juga, ujar beliau tidak menghargai usaha kerajaan negeri penggal lalu yang telah mewujudkan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil yang serba lengkap dan moden.

Malah beliau menyifatkan pemimpin Umno negeri sebagai tidak menghormati Yang di-Pertua Agong yang telah merasmikan kampus tetap Kuin apabila mengarahkan para pelajar dan kakitangan Kuin berpindah ke kampus asal di Alor Setar yang serba kekurangan.

Read More...

'Malaysia lebih teruk dari era perang mafia Amerika'

Kerajaan terpaksa memasukkan kesalahan jenayah terancang dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana suasana sekarang sangat buruk.

Malah, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, samseng Melaysia kini lebih berani daripada mafia Amerika Syarikat (AS) semasa perang antara kumpulan kongsi gelap sekitar 1920-an.


Antaranya, kata Wan Junaidi, ada kumpulan yang tampil berarak jika ada kematian melibatkan anggota kumpulannya.

"Mafia di Amerika Syarikat sendiri antara 192-30-an tidak berani buat dan bergerak secara rahsia," katanya.

Perang mafia AS pada masa itu itu dirakam insiden keganasan yang menyaksikan pembunuhan beramai-ramai pada hari kekasih 1929.

Ia melibatkan pertempuran tujuh kumpulan, termasuk mafia terkenal Al Capone

Peristiwa ini dibandingkan oleh Wan Junaidi dengan kesesakan teruk lalu lintas di Pulai Pinang pada Ogos lalu apabila diadakan perarakan sempena kematian seorang anggota samseng.


Read More...

Ini Pemilik Syarikat Keselamatan Yang Terlibat Dalam Kes Tembak Pegawai Bank

Gua masih lagi menunggu aper komen Maznah Hamid selaku pemilik Securiforce Sdn Bhd atas kejadian rompak dan bunuh yang berlaku di Ambank USJ semalam.

Menarik perhatian gua, dikhabarkan bahawa kad pengenalan suspek (pengawal keselamatan tersebut) adalah palsu dan tiada dalam rekod JPN.


Persoalannya sekarang ini ialah bagaimana seseorang pekerja kawalan keselamatan boleh terlepas dari tapisan keselamatan tambah lagi yang berkaitan dengan penggunaan senjata api.

Adakah KDN dan Cawangan Khas juga cuai dalam menyiasat dan menentusahkan latar belakang seorang pekerja keselamatan bersenjata.

Adakah ada unsur-unsur rasuah dalam semua perkara ini. Harap SPRM boleh campurtangan menyiasat Syarikat Securiforce Sdn Bhd, Kementerian Dalam Negeri dan juga Cawangan Khas bagi menentukan bahawa tiada unsur rasuah atau salahguna kuasa berlaku.

Sementara itu wajarlah KDN menggantung operasi Syarikat Securiforce Sdn Bhd sehingga semua kakitangannya disiasat dan disemak sepenuhnya latar belakang mereka. Itupon kalu KDN ader telur la nak buat camnie...

Sebab kita tau Maznah Hamid tue siapa dalam Wanita UMNO..

Dipetik dari- cipantapirtenuk.blogspot


Read More...

PANAS - Anak VIP Mana Seludup 22 Buah Kereta Mewah?



Kuala Lumpur: Sejumlah 22 kereta mewah milik anak orang kenamaan (VIP) dan ahli perniagaan termasuk 15 Ferrari yang didapati tidak membayar cukai dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam beberapa serbuan termasuk menahan 12 kereta itu ketika pemiliknya mahu mengadakan majlis perjumpaan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, 16 Oktober lalu.

Hasil rampasan itu, pihaknya melakukan serbuan kedua di sebuah rumah di Bandar Manjalara, Kepong, jam 9 malam, 18 Oktober dan merampas sebuah Ferrari dan sebuah Lamborghini.

Dalam serbuan ketiga Ahad lalu pula, dua Ferrari, Bentley dan Posche dirampas dalam treler yang menghala ke utara tanah air di Hentian Rehat dan Rawat Tapah, Perak, jam 2 pagi.

Pemandu treler berusia 50 tahun itu kemudian ditahan dan mendakwa diupah membawa empat kereta mewah itu ke Langkawi dipercayai untuk mengelak dirampas kastam kerana melebihi tempoh berada di Kawasan Utama Kastam (KUK).

Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, dalam serbuan keempat jam 7 pagi hari sama, dua Lamborghini dan sebuah Nissan GTR 35 dirampas di pusat pameran kereta di Cheras dan dalam serbuan terakhir jam 9 malam kelmarin di Manjalara, Kepong, sebuah lagi Ferrari dirampas ~ Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

-myMetro

Read More...

Hentikan Budaya Sebar Gambar Mangsa Tembak

KPN : Harus Hentikan Budaya Menyebar Gambar Mangsa Jenayah

Sejak petang tadi tersebar luas gambar seorang pegawai bank wanita, Noazita bt Abu Talib yang ditembak di bahagian muka dan mati ditempat kejadian.

Tindakan menyebarkan gambar mangsa kejadian jenayah membabitkan seorang pegawai bank wanita ditembak di muka sejak petang tadi merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.


Jika ia dilakukan oleh pegawai polis, maka tindakan tersebut merupakan satu tindakan yang tdak beretika.Ini bukan kali pertama gambar-gambar yang mengerikan membabitkan mangsa jenayah diedarkan melalui telefon dan ruang siber.

Dipercayai hampir 90% penyebaran ini dibuat oleh anggota polis yang tiba d tempat kejadian atau mengendalikan kes tersebut.

Kita tidak pasti apakah tujuan anggota polis yang pernah melakukan tindakan ini. Mereka mungkin berniat baik mahu mendapat simpati masyarakat. Tapi sebahagian besar saya percaya bertujuan mencari perhatian, sakit jiwa dan sekadar membuang masa tanpa memikirkan implikasi perkara ini kepada pelbagai pihak.

Pengedaran gambar-gambar membabitkan mangsa jenayah dan tempat kejadian jenayah (crime scene) merupakan pembocoran maklumat siasatan secara tidak langsung.

Tidak mustahil suatu hari nanti gambar-gambar ini akan menjadi pertikaian umum dan akhirnya menjejaskan siasatan dan pendakwaan.Gambar-gambar sebegini juga memberi trauma kepada keluarga mangsa dan juga rakyat biasa.

Prihatinlah sama dengan keluarga mangsa dan juga rakyat biasa yang tidak biasa melihat gambar-gambar mengerikan sedemikian. Bayangkan ahli keluarga mangsa yang melihat gambar-gambar tersebut bertebaran di ruang siber.

Bagaimanakah seorang bapa boleh menghalang anaknya daripada melihat wajah ngeri ibu yang ditembak tersebut?

Suatu ketika dahulu negara digemparkan dengan pengedaran gambar bedah siasat allahyarham adik Nurin Jazlin yang berusia 8 tahun, hilang pada 20 Ogos 2007 selepas dia pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di Kuala Lumpur.

Dua puluh tujuh hari kemudian, mayatnya ditemui dalam sebuah beg gimnasium di depan sebuah kedai di Jalan PJS 1/48 di Petaling Jaya dan laporan bedah siasat mendedahkan dia didera secara seksual.Gambar tersebut dipercayai diedar oleh seorang anggota polis berpangkat lans koperal.

Apakah tindakan ke atas anggota tersebut?Sejak kebelakangan ini semakin kerap gambar dan laporan jenayah tersebar melalui telefon bimbit dan ruang siber sehinggakan ia menjadi satu kemegahan kepada penyebarnya.

Anggota polis sebagai mereka yang dilatih dengan disiplin, peraturan dan tanggungjawab sewajarnya menunjukkan empati dan simpati yang lebih kepada mangsa bukannya bersuka hati menyebarkan gambar mangsa jenayah dan maklumat tempat jenayah berlaku.

Dalam satu kes pembunuhan di Bukit Putih pada April tahun lalu (2012), Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh pernah memberi peringatan agar orang ramai jangan sewenangnya memuat turun sebarang rakaman video dan gambar bagi mana-mana kes jenayah kerana ia akan mengganggu siasatan selain mengaibkan mangsa terlibat.

Malangnya, dalam kebanyakan kes penyebaran ini dilakukan oleh para anggota sendiri berdasarkan eksklusiviti gambar dan laporan seperti laporan polis.

Saya fikir sudah masanya, Ketua Polis Negara wajar memberi peringatan serius dan juga mengambil tindakan kepada para anggota polis mengenai isu ini. Bukan kerja anggota polis membantu jualan akhbar atau rating media sosial melalui penyebaran gambar-gambar mangsa jenayah.



Read More...

Wanted - Pembunuh Ini Dicari



SUSPEK dirakam kamera litar tertutup selepas dipercayai menembak Norazita Abu Talib di AmBank di Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya, Selangor, semalam.

AMAT MERBAHAYA..! SESIAPA YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT IBLIS DIATAS NI SILA LAPOR KEPADA PIHAK POLIS DENGAN SEGERA.! IBLIS KEJAM BERADA DI PERSEKITARAN ANDA..! AWAS..!!!


Read More...

Perbelanjaan Mewah Khazanah Disiasat

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) kini menyiasat dana kekayaan berdaulat Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) berikutan perbelanjaan melampau dalam pengeluaran cip Silterra, pembekalan makanan Malaysia Agrifoods dan pelaburan kewangan lain yang gagal memberikan pulangan kepada kerajaan beberapa tahun kebelakangan ini.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa Khazanah gagal untuk menjawab pertanyaan daripada Ketua Audit Negara pada bulan lalu mengenai pelaburan itu walaupun menerima rang undang-undang bersih dalam Laporan Audit Negara 2012.


"Ketua Audit Negara menulis surat kepada Khazanah selepas mendapati beberapa pelaburan yang semakin teruk  dan tidak didedahkan dalam audit 2012 tetapi masih belum mendapat jawapan.

"PAC mengambil berat hal ini kerana ia melibatkan dana awam, " kata satu sumber kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.

Pengurus aset diaudit kali pertama tahun ini untuk akaun antara 2009 dan 2012 dan menerima pujian daripada Ketua Audit Negara untuk amalan pengurusan yang baik.

Tetapi Ketua Audit Negara tidak mendapat jawapan daripada pertanyaan baru bulan ini selepas audit dibentangkan di Parlimen, menyebabkan PAC  mula menyiasat pengurus aset negeri.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed enggan mengulas mengenai perkara itu tetapi berkata, panel bi-partisan akan mengeluarkan senarai kepada kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang perlu menjelaskan pelaburan mereka.

"PAC akan memanggil pegawai Khazanah untuk menerangkan pelaburan ini," kata seorang anggota PAC yang enggan namanya disiarkan.

Ahli PAC itu berkata, jawatankuasa berminat dalam Malaysia Corporation Agrifoods yang menubuhkan rangkaian pembekalan makanan dan kemudahan bilik sejuk tetapi gagal untuk membuat keuntungan sejak penubuhannya.

Ia juga berminat dengan Silterra, yang disenaraikan sebagai satu projek berkepentingan negara, tetapi gagal memenuhi sasaran keuntungan serta penyenaraian di Nasdaq, New York pada suku kedua 2002.

Difahamkan juga bahawa Ketua Audit Negara meminta Khazanah mendedahkan butir pelaburan yang dibuat dalam dana amanah yang dipanggil Olivant dan dividen daripada perjanjian itu.

"Seseorang perlu mengambil kira semua pelaburan ini dan sama ada ia membuat keuntungan atau hilang begitu saja, " kata sumber itu.

The Malaysian Insider turut difahamkan bahawa Ketua Audit Negara meminta Khazanah menjelaskan kerja perunding, gaji pegawai dan prosedur dalam pengurusan aset negara sejak penubuhannya.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang hari ini mendedahkan bahawa kerajaan dan agensinya terlalu bergantung kepada perunding dan pakar untuk membuat dasar  walaupun mempunyai kakitangan awam seramai 1.4 juta.

Lim berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, dalam jawapan bertulis parlimen, gagal memberi jawapan "munafik" pada identiti laporan dan perunding bertauliah, kos setiap individu, kecuali jawapan umum pada kos yang ditanggung oleh Jabatan Perdana Menteri untuk sumber luar bagi penggubalan laporan kebangsaan dan pelan induk.

Jawapan itu, katanya, menyatakan negara membelanjakan RM3.3 juta pada 2008 untuk outsource kepada pihak luar, RM17.7 juta pada 2009, RM20.1 juta pada 2010, RM71.9 juta pada 2011, RM84.5 juta pada 2012 , dan RM18.3 juta sehingga setakat tahun ini.

- tmi


Read More...

Wednesday 23 October 2013

Pegawai Bank Mati Ditembak Pengawal Keselamatan

SUBANG JAYA: Seorang pegawai bank maut selepas ditembak seorang pegawal keselamatan bank yang mahu merompak wang di dalam bilik kebal bank terbabit.


Kejadian berlaku di cawangan bank berkenaan di USJ 2 Sentral, Subang Jaya.

Menurut sumber polis, mangsa seorang wanita berusia 37 tahun, difahamkan bersama suspek serta empat lagi pegawai bank  berada di dalam bilik kebal dipercayai mahu menyimpan sejumlah wang kira-kira pukul 6.18 petang.

Bagaimanapun suspek yang berasal dari Sabah yang bersenjatakan 'pump gun' itu telah melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa.

Suspek kemudiannya telah melarikan diri bersama sejumlah wang dengan menaiki motosikal.Bagaimanapun, jumlah wang yang dilarikan tidak diketahui.

- http://www.astroawani.com

Read More...

Foto Panas Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia

Read More...

Sewa Homestay Di Sg. Limau Meningkat RM1500

YAN, 22 Okt: Kadar sewa rumah serta inap desa di daerah ini tiba-tiba melonjak daripada RM300 kepada RM1,500 sebulan, menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 Nov ini.

Janji mulut tidak diterima malah wang pendahuluan sekurang-kurangnya RM500 perlu dibayar dan keadaan itu tidak berhenti setakat itu kerana akan ada pihak lain sanggup menawarkan harga lebih tinggi semata-mata untuk mendapatkan tempat penginapan.


Malah perebutan mendapatkan tempat penginapan di daerah ini bukan sahaja di kalangan anggota-anggota parti politik, baik Barisan Nasional dan pakatan pembangkang, terutama dari PAS dan Parti Keadilan Rakyat, tetapi juga dari pasukan keselamatan serta pihak media.

Oleh kerana Pekan Sungai Limau terletak kira-kira 35km dari bandar raya Alor Setar dan 45km dari bandar Sungai Petani, dan untuk berulang-alik dari kedua-dua tempat itu mengambil masa hampir sejam, ramai yang lebih selesa tinggal di kawasan berdekatan DUN berkenaan.

Bagi pengusaha inap desa Norhayati Abdul Mutalib, 43, PRK ini bagaikan rahmat kepada beliau dan keluarga kerana memperoleh rezeki yang tidak disangka-sangka.

"Rumah ini baru saja saya beli dan tak duduk lagi. Dengar kata ada PRK, saya jadikannya sebagai homestay untuk jana sedikit pendapatan," kata pemilik Irtizam Homestay kepada Bernama ketika ditemui di Pekan Sungai Limau di sini.

Norhayati berkata beliau tidak meletakkan harga yang keterlaluan kerana faham kemampuan penyewa yang datang dari jauh kerana bertugas.

Beliau turut kesal dengan tindakan segelintir orang tengah yang mengambil kesempatan meletakkan harga terlalu tinggi untuk sewaan inap desa walaupun pemilik memberikan mereka kadar sewa yang berpatutan.

"Saya juga guna orang tengah untuk dapatkan penyewa tapi akhirnya saya sendiri yang cari penyewa untuk tinggal di rumah saya ini. Bukan apa kita tak mahu dilabel sebagai 'cekik darah'," katanya.

Sementara itu seorang guru di sebuah sekolah rendah di sini berkata beliau tidak melepaskan peluang untuk menawarkan perkhidmatan inap desa berikutan permintaan luar biasa kerana PRK..

"Saya peroleh pendapatan RM3,500 dalam tempoh lebih dua minggu sahaja," katanya yang tidak mahu dikenali.

Sementara itu pemilik Homestay Taman Yan, Jamil Zakaria, 40, berkata pengusaha inap desa dari luar kawasan Sungai Limau, seperti di pekan Yan, Guar Chempedak dan Jerai turut mendapat faedah daripada pilihan raya kecil itu.

"Faktor jarak yang dekat dengan Sungai Limau menyebabkan semua homestay di sini telah ditempah," katanya.

Sementara itu, seorang pengusaha inap desa yang hanya mahu dikenali sebagai Az berkata beliau telah menyewa tiga rumah kosong di sekitar Yan untuk disewa sebagai inap desa.

Walaupun penat membersih dan menyediakan rumah berkenaan dengan pelbagai peralatan dalam masa yang singkat, beliau merasa amat teruja kerana pendapatan yang diperolehnya amat berbaloi dengan segala usaha yang dilakukannya.-

- BERNAMA

Read More...

Peneroka Felda Kini Berpeluang Menginap Di Apartment Mewah Di London



'Felda lebih bayar RM100 juta harta tanah di London'

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menuntut Felda menjelaskan pembelian pangsapuri perkhidmatan (serviced apartment) hampir RM500 juta di London, yang didakwanya bertambah sebanyak RM100 juta.

Katanya, langkah Felda itu mencabar salah satu teras utama dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP), iaitu penjualan aset bukan teras.Memetik laporan sebuah portal berita, Lim berkata, jual beli bernilai 198 unit pangsapuri perkhidmatan Grand Plaza dengan harga £97.9 juta (RM495 juta) terlalu mahal.

Sedangkan, tambahnya, agen harta tanah mewah Savills and Knight Frank hanya menilainya sekitar £80 (RM408 juta) sahaja beberapa tahun lalu.

 "Dengan kata lain, Felda terlebih bayar hampir RM100 juta!" kata anggota Parlimen Bagan itu.Lim, juga setiausaha agung DAP, berkata, perkara itu menimbulkan kegusaran terhadap kelembapan ekonomi yang boleh menyebabkan kerugian jutaan ringgit dana awam.

Menurut Lim juga, Felda tidak mempunyai sebarang kepakaran atau pengetahuan dalam menguruskan pangsapuri perkhidmatan.


Read More...

Empangan Cameron Highlands lepaskan air, dua maut

Pasukan bomba mengesahkan dua orang individu maut selepas satu empangan di Ringlet, Cameron Highlands melepaskan air melalui pintu kawalannya.

Ketua balai bomba dan penyelamat Cameron Highlands Yusri Abdullah Sani berkata, seorang lagi individu masih hilang.


Bercakap kepada Malaysiakini ketika dihubungi, beliau berkata seluruh kekuatan pasukannya seramai 28 orang ditugaskan untuk operasi mencari dan menyelamat.


Tambahnya, pihak Tenaga Nasional Berhad yang menjadi pemilik empangan hidroeletrik Sultan Abu Bakar itu membunyikan siren amaran pada jam 12 tengah malam tadi sebelum air berkenaan dilepaskan 20 minit kemudian.

Gambar yang diperolehi dari kawasan kejadian hari ini antara lainnya menunjukkan kesan limpahan air serta lumpur yang menenggelami kenderaan dan kawasan penduduk.

ADUN Teja yang melawat kawasan tersebut pula berkata seramai tiga orang maut dan seorang lagi hilang di Bertam Valley.

"Jumlah kematian mungkin meningkat. Pihak berkuasa sedang memeriksa punca kejadian," katanya.

Laporan The Star Online pula menyebut, seramai tiga orang didapati masih hilang.
Kejadian itu berlaku selepas hujan berterusan yang menyebabkan kejadian banjir Perak dan Kedah.

Seramai 1,158 orang dilaporkan dipindahkan di daerah Manjung hari ini akibat banjir.

Keadaan banjir di Kedah pula bertambah baik dengan jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 692 orang berbanding 2.176 orang pada hari sebelumnya.

Read More...

Ribuan Dipenamaan Calon Sungai Limau

Ribuan penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) berhimpun di hadapan Pusat Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Dewan Madi, di Yan, Kedah untuk memberikan sokongan kepada calon parti mereka pagi ini.

Ada yang tiba seawal jam 3.00 pagi dari Terengganu dan Kelantan untuk menunjukkan sokongan mereka bagi proses penamaan calon yang bermula jam 9.00 pagi.


Penyokong berbaju biru dan hijau dilihat bersorak ketika pemimpin kedua-dua parti politik tiba di dewan.Antara yang awal hadir mewakili PR adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.Calon BN, Ahmad Sohaimi Lazim diiringi pemimpin BN ke dewan penamaan calon.

BN pula diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pilihan raya kecil Sungai Limau diadakan selepas penyandangnya Tan Sri Azizan Razak meninggal dunia pada 26 September lalu. - tmi

Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP