Friday 18 August 2017

Nik Amar Meroyan Mengalahkan Pemimpin UMNO

Liwat: Dr Mahathir perlu mohon maaf


BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed perlu memohon maaf secara terbuka pada bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tuduhan liwat pada 1998.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, sekiranya tuduhan itu palsu, Dr Mahathir perlu memohon maaf kerana mengaibkan Anuar.

"Kalau betul tuduhan itu tuduhan palsu, pada pandangan saya Dr Mahathir perlu minta maaf secara terbuka.

“Benda ni (tuduh liwat) mengaibkan Anwar dan keluarganya, bukan benda kecil, dah jadi isu negara, dunia,” katanya di Kota Bharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mencabar Dr Mahathir menjelaskan kepada rakyat mengenai kenyataannya terhadap Anwar pada September 1998.

Pada 22 September 1998 Dr Mahathir dilapor mendakwa Anwar terbabit dalam perlakuan luar tabii dan tidak layak menjadi pemimpin negara.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, sekiranya benar dakwaannya selama ini, bagaimana sekarang beliau boleh bersama Anwar. –HARAKAHDAILY 17/8/2017





Read More...

Wednesday 16 August 2017

Hadi Kena Bertaubat: Amanat Hadi Punca Tragedi Memali


‘Siapa terlibat perlu bertaubat’

MARANG - Presiden Pas meminta mereka yang terlibat peristiwa Memali pada 19 November 1985 bertaubat dan meminta maaf.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ketika itu Pas menjadi mangsa apabila diserang hebat sehingga mengorbankan salah seorang pemimpinnya, Ibrahim Mahmud atau dikenali sebagai Ibrahim Libya bersama 13 individu lain.

Menurutnya, semua pihak menuding jari menyalahkan pihak lain dengan melupakan punca asas tercetusnya kekecohan apabila menerima jawapan yang tidak memuaskan hati terhadap peristiwa itu ketika forum Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam, Ahad lalu.

“Terima kasih kepada mereka yang meminta penjelasan berkenaan peristiwa Memali. Kepada yang tak mampu jawab sepatutnya tidak marah dan orang lain tidak membuat kekecohan.

“Anak-anak muda sahaja tidak sepatutnya dipersalahkan, sepatutnya juga dipersalahkan yang menjadi penyebabnya,” kata Abdul Hadi di Facebooknya, semalam.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, ketika peristiwa itu, para ulama Pas mengisytiharkan mereka yang terkorban akibat dibunuh sebagai syahid kerana mempertahankan Islam.

Menurutnya, ketika itu Ibrahim Mahmud dan rakan-rakannya dipersalahkan, manakala orang yang menghina Islam dan hukumnya tidak pula dipersalahkan.

“Pas mempunyai pendekatan sebagai parti yang berdakwah, bukan menghukum kafir-mengkafir kerana kejahilan umat terhadap Islam, yang mengharamkan pendekatan itu.

“Akhirnya Pas berjaya membendungnya secara ilmu dan mereka yang paling kuat mengkafirkan Umno pula akhirnya ramai yang masuk Umno atau diam sahaja. Hari ini dapat diwujudkan kerjasama Pas dan Umno dalam perkara Islam,” katanya.



Read More...

Thursday 10 August 2017

'Takziah Pas, kami ahli Pas dukacita'



SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendakwa partinya telah diperdaya dalam isu 'penjelasan 1MDB'.

Rentetan itu, Mahfuz berkata, beliau hanya boleh menzahirkan ucapan takziah kepada partinya itu.

"Di mana rasionalnya plan rasionalisasi 1MDB yang membuatkan parti saya (Pas) berasa 'puas hati' itu?

"Dalam hal ini, tiada apa yang dapat saya katakan melainkan saya ingin mengucapkan takziah kepada Ustaz Tuan Ibrahim dan parti saya yang terang-terang diperdayakan oleh 'ahli silap mata' sedangkan hakikat sebenar skandal 1MDB ini amat jauh lagi jalan penyelesaiannya," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebelum ini, pimpinan tertinggi Pas yang diketuai oleh Tuan Ibrahim bertemu dengan Arul  bagi mendengar penjelasan daripadanya mengenai isu 1MDB.

Di akhir pertemuan dilaporkan Pas berpuas hati dengan hasil sesi meja bulat bagi membincangkan isu tersebut.

Tuan Ibrahim sebelum ini dipetik berkata, pihaknya menerima penjelasan oleh Arul mengenai pelan rasionalisasi yang dicadangkan beliau bagi mengatasi kemelut 1MDB.

Bagaimanapun katanya, Pas melihat ada keperluan untuk parlimen memantau aset 1MDB yang diambil alih Kementerian Kewangan.

Justeru, Mahfuz berkata, beliau turut mahu mengucapkan 'tahniah' kepada Arul Kanda Kandasamy dan 'pakar ekonomi' yang turut serta dalam pertemuan meja bulat itu kerana berjaya meyakinkan Tuan Ibrahim dan partinya sehingga rasa berpuas hati dengan langkah-langkah pemulihan 1MDB yang sedang dilaksanakan sekarang.

"Skandal 1MDB yang disimpulkan sebagai 'nasi sudah menjadi bubur' itu amat jijik dan meloyakan rakyat kerana bubur yang terhasil itu sudah basi akibat ketidaktahuan tentang selok belok peralatan yang menjadi penyebabnya," katanya.

Katanya lagi, rakyat seluruh negara termasuk beliau dan ahli-ahli Pas seluruh negara dukacita apabila pimpinan partinya sedang dilihat oleh rakyat Malaysia sebagai 'tukang cuci najis' 1MDB.

"Kenyataan 'Pas puas hati plan rasionalisasi 1MDB' bukanlah satu solusi sebaliknya menyebabkan rakyat sakit hati pada Pas dan menjadi bahan ketawa peminat lawak jenaka sampai tak kering gusi," katanya.






Read More...

Wednesday 9 August 2017

Pendirian PAS Dalam Isu 1MDB Mengecewakan


Saya membaca beberapa kali laporan mengenai taklimat 1MDB oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arul Kanda Kandasamy kepada pimpinan tertinggi PAS.

Saya juga menonton rakaman sidang media oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, untuk memastikan saya tidak tersalah dengar.

Kesimpulan yang dibuat oleh kepimpinan PAS selepas taklimat itu dilaporkan seperti berikut:

1. Bahawa PAS berpuas hati dengan proses rasionalisasi 1MDB;

2. Bahawa PAS berasakan perlu ada pemantauan ke atas syarikat-syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) yang mengambil alih aset dan hutang 1MDB itu

Saya tidak pasti sama ada pimpinan PAS yang hadir dalam taklimat itu faham apa makna proses rasionalisasi 1MDB yang dihukumkan sebagai “memuaskan” itu.

Proses rasionalisasi 1MDB seperti yang dijaja oleh Arul Kanda dan pimpinan Umno/BN ialah proses memindahkan hutang-hutang 1MDB kepada syarikat-syarikat milik penuh kerajaan melalui MOF Inc.

Segala yang diterangkan oleh Arul Kanda itu sudah pun diketahui umum dan melibatkan perkara-perkara berikut:

* Menjual aset-aset negara kepada syarikat swasta dan asing, dengan harapan dana yang dibayar itu akan dapat mengurangkan hutang 1MDB disamping memindahkan hutang-hutang lain yang diwarisi semasa 1MDB membeli asetnya kepada pembeli baru itu. Contohnya, penjualan Edra kepada syarikat milik kerajaan China;

* Menjual aset negara kepada syarikat swasta dan asing, dengan harapan pembangunan di tanah-tanah itu akhirnya akan membawa keuntungan yang sebahagiannya akan dikongsi oleh kerajaan Malaysia suatu ketika nanti. Penjualan itu juga diharap akan dapat membawa dana untuk membantu 1MDB mengurangkan hutangnya. Contohnya, penjualan tanah di Pangkalan Udara Sungai Besi kepada syarikat swasta dan syarikat milik Kerajaan China untuk dibangunkan menjadi Bandar Malaysia.

* Menjual aset-aset negara kepada tabung-tabung dana rakyat pada harga yang berkali ganda mahalnya atau memindahkan operasi tabung-tabung dana rakyat ke pembangunan baru yang diusahakan 1MDB walaupun tidak ada keperluan tabung-tabung tersebut membelanjakan wang untuk ibu pejabat yang baru. Contohnya, penjualan tanah kepada Tabung Haji dan keputusan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) untuk membina ibu pejabat baru di Tun Razak Exchange;

* Memindahkan anak-anak syarikat 1MDB yang dibebani hutang kepada kerajaan sepenuhnya dan mewarisi hutang-hutang tersebut. Contohnya, SRC International Sdn Bhd dipindahkan kepada MOF Inc dan mewarisi hutang RM4 bilion yang kini ditanggung rakyat.

Sebab itu saya ingin bertanya kembali kepada kepimpinan PAS: apabila mereka berpuas hati dengan kemajuan proses rasionalisasi itu, adakah mereka bersetuju dengan kaedah memindahkan hutang 1MDB kepada rakyat, sedangkan wang yang dipinjam oleh 1MDB itu telah jelas lesap dan diselewengkan untuk membeli harta-harta mewah?


Di mana baiknya tindakan-tindakan merompak wang rakyat, kemudian menjual harta-harta rakyat untuk menutup lubang hutang setelah hutang-hutang itu dipindah milik kepada kerajaan?

Pada masa sama, kerajaan terpaksa mengutip cukai yang baru (GST), meningkatkan kutipan cukai sedia ada sehingga orang yang mati pun masih perlu membayar cukai dan memotong perbelanjaan-perbelanjaan penting seperti pendidikan dan kesihatan?

Saya kecewa dengan kenyataan Tuan Ibrahim dan pendirian pimpinan PAS itu kerana akan dijadikan modal oleh Umno/BN untuk menghalalkan tindakan memindahkan hutang kepada rakyat.

Sewajarnya, apabila pengurusan 1MDB menawarkan untuk memberi taklimat, Tuan Ibrahim mengambil peluang itu untuk membawa Arul Kanda berhadapan dengan parlimen kerana selama ini beliau mengelak daripada hadir menjawab soalan-soalan anggota parlimen, terutamanya daripada pembangkang.

Saya menasihatkan pimpinan PAS supaya lebih berhati-hati dan tidak terperangkap dengan permainan propaganda Umno/BN yang hanya mahu menggunakan PAS untuk mengurangkan kritikan rakyat terhadap penyelewengan yang berlaku dalam 1MDB.

RAFIZI RAMLI ialah anggota parlimen Pandan merangkap naib presiden PKR.

- malaysiakini





Read More...

Monday 7 August 2017

Siapa Tanggung Kos Saman Hadi Di London


PENGARANG Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown yang sedang berdepan saman fitnah daripada Presiden PAS Abdul Hadi Awang mempersoalkan sumber dana yang membolehkan pemimpin parti Islam itu mengambil tindakan undang-undang di London walaupun kos guaman di United Kingdom (UK) sangat tinggi.

Wartawan berpangkalan di London itu disaman kerana rencana diterbitkan Ogos lalu yang mendakwa Hadi menerima rasuah sebanyak RM90 juta daripada Perdana Menteri Najib Razak sebagai balasan memberikan sokongan kepada pentadbiran Najib.

Walaupun masa yang tinggal hanya kurang tiga minggu sebelum Rewcastle-Brown memulakan sesi pembelaan dirinya, peguam Hadi di UK masih enggan mendedahkan siapa yang menanggung kos kes itu, katanya.

“Mereka juga tidak menjelaskan mengapa anak guam mereka menyaman (saya) di London dan bukan KL, di mana ramai orang pernah mendengar (nama) Hadi Awang.

“Mungkin Hadi boleh mendedahkan sekiranya dia atau partinya yang mengeluarkan wang untuk kes yang mahal ini, yang pada peringkat ini sahaja boleh menelan belanja sekitar £100,000 atau RM600,000?” katanya dalam email menjawab persoalan yang diberikan The Malaysian Insight.

Rewcastle-Brown mengetengahkan persoalan itu selepas mahkamah di London menerima tawaran Hadi minggu lepas untuk membayar wang pendahuluan RM80,000 sebagai jaminan sekiranya Hadi kalah dalam saman itu.

Rewcastle-Brown juga berkata semasa prosiding pengurusan kes itu pada 2 Ogos, beberapa orang pegawai dari Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London hadir untuk mendengar dan mencatat nota tetapi tiada wakil PAS berada di situ, situasi yang membuatkan dia kehairanan.

Setiausaha Politik Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar semalam dalam kenyataan menjelaskan kehadiran pegawai kedutaan itu dengan berkata:
“Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London juga menghantar wakil dalam prosiding ini, dan memaklumkan bahawa kehadiran mereka adalah sebagai pemerhati prosiding kerana banyak tuduhan politik yang dibuat terhadap perdana menteri dan kerajaan Malaysia serta badan kehakiman di Malaysia oleh CRB (Clare Rewcastle-Brown) dalam dokumen beliau yang dikemukakan ke mahkamah,” katanya.

Rewcastle-Brown berkata yang situasi ini “melegakan” beliau kerana saman Hadi ini memberikannya peluang untuk “mengeluarkan semua bukti tentang situasi kepentingan awam yang saya laporkan tentang Malaysia- termasuk apa yang saya dedahkan dan akan dedahkan dengan lebih banyak- mengenai kes 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dan ke mana hilangnya semua duit (1MDB)”.

“Mengenai kehadiran (pegawai) Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London pula, ya saya boleh dakwa ada korupsi peringkat tertinggi di Malaysia,” katanya.

Editor Sarawak Report itu juga cuba meminta mahkamah memaksa Hadi membayar wang jaminan sekiranya Hadi kalah dalam saman itu.

Mahkamah memutuskan yang Brown perlu membayar £15,000 (RM83,700) kepada Hadi atau dua pertiga kos permohonannya, dan baki selebihnya akan dinilai mahkamah dalam masa terdekat, kerana mahkamah tidak menerima hujah Rewcastle-Brown yang dia tidak akan berjaya mengambil tindakan undang-undang kepada Hadi di Malaysia, di mana “kehakiman, kerajaan dan perdana menteri korup dan bersubahat dengannya (Hadi)”.

Hadi menawarkan membayar wang pendahuluan sebanyak RM80,000 yang diterima mahkamah.

Bagaimanapun, Rewcastle-Brown memberitahu The Malaysian Insight yang Mahkamah London tidak mengatakan yang Mahkamah Malaysia korup.

“Mahkamah (London) tidak membuat keputusan lain selain daripada, pada peringkat ini, Hadi perlu membayar wang pendahuluan sebanyak £14,400 (hampir RM80,000) sebagai jaminan untuk kos memaksa penghakiman (melaksanakan keputusan mahkamah) ke atasnya di Malaysia sekiranya dia kalah.

“Mahkamah menganugerahkan dua pertiga kos permohonan-- £15,000 – kerana Hadi sudah menawarkan diri untuk membayar £14,400 sebagai jaminan. Mahkamah mengatakan permohonan lain untuk Jaminan boleh dilakukan,” katanya.

-The Malaysian Insight.


Read More...

Ahli Sejarah Kedah: Dari Mana Datangnya Iskandar Kutty


Nama rasmi bekas perdana menteri keempat negara seperti yang tercatat di Jabatan Pendataran Negara Alor Setar ialah Mahathir bin Mohamad - iaitu dibinkan kepada bapanya.

Bapa Tun Dr Mahathir itu pula bernama lengkap Mohamad bin Iskandar dan keturunannya tertera perkataan Melayu, kata seorang sejarawan.

Timbalan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Baharuddin Abd Majid, 71, berkata Mohamad itu lahir di Pulau Pinang pada 1881 dan meninggal dunia pada 1961.


"Datuk Dr Mahathir, Iskandar, berasal dari Pulau Pinang," katanya seperti dipetik Sinar Harian hari ini.

Menurut Baharuddin lagi pada kad pengenalan (IC) biru milik Dr Mahathir, turut tertera nama Mahathir bin Mohamad dan bukannya "anak lelaki Iskandar Kutty" seperti didakwa sesetengah pihak.

Nama berkenaan, katanya, juga digunakan pada semua sijil pengajian Dr Mahathir di peringkat rendah dan tinggi.

Bukan kisah peribadi

Kenyataan Baharuddin itu disiarkan kira-kira seminggu selepas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa IC Dr Mahathir memaparkan namanya sebagai "Mahathir a/l Iskandar Kutty".

"Ini IC biru dia dulu. Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Nombor IC biru dia […] Ini yang dihantar oleh ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Betullah dia kata kita ni mudah lupa sebab dia anak laki-laki Iskandar Kutty," katanya semasa menutup mesyuarat agung tahunan Umno Kelana Jaya pada 30 Julai lalu.

Selain timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid juga berkhidmat sebagai menteri dalam negeri dan JPN berada di bawah kementeriannya.

Walaupun pernah menjadi perdana menteri dan presiden Umno selama 22 tahun, Dr Mahathir kini menjadi antara pengkritik paling lantang terhadap kerajaan dan dilantik sebagai pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) serta Pakatan Harapan.

Gabungan pembangkang utama itu menyatukan BERSATU dengan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Ramai tokoh terkemuka

Baharuddin juga berkata walaupun Dr Mahathir kini tidak lagi sealiran dengan kerajaan, jasa dan sumbangannya tetap tidak boleh dinafikan.

“Kita perlu melihat aspek positif, sumbangan seseorang itu, bukan kisah peribadinya.

"Kita tak wajar memperlekehkan jasa beliau semata-mata kerana isu politik atau kerana keturunan nenek moyangnya, (apatah lagi) individu yang telah meninggal dunia,” kata Baharuddin.

Baharuddin pernah berkhidmat sebagai Pengetua Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) untuk tempoh 2000-2001 berkata bapa Dr Mahathir bukanlah orang sembarangan, sebaliknya individu yang mengasaskan pendidikan Inggeris di Kedah.

“Mohamad seorang guru Bahasa Inggeris dan pengasas pertama Government English School (GES) yang kini dikenali KSAH.

"Kita wajar beri penghargaan atas usahanya kerana berjaya meletakkan asas kukuh dalam pembangunan KSAH hingga muncul sekolah cemerlang kini.

“KSAH lahirkan ramai tokoh terkemuka, termasuk pemimpin politik.

"Wajar kita kenang jasa beliau pelopori pendidikan Inggeris di Kedah walau siapa keturunan dia sekarang. Kita tak boleh nafi sejarah, tak kira siapa individu itu, tak perlu ungkit keburukan tapi kenanglah jasa mereka,” katanya.

- mkini





Read More...

Saturday 5 August 2017

Himpunan Ateis Di Kuala Lumpur, Ada Anak Melayu Yang Hadir, Bangga Dengan Gelaran 'Bekas Muslim'


Tindakan, cara dan raut wajah mereka yang tersenyum gembira seakan-akan tidak melakukan satu kesalahan, yang mana pada dasarnya ia merupakan satu perbuatan yang boleh dikatakan tidak bermoral.

Apa yang lebih memeranjatkan, terdapat anak Melayu yang dengan bangganya menggelar diri mereka sebagai 'bekas muslim' atau 'ex-muslim', walaupun pada asasnya pertubuhan keanggotaan pertubuhan ini tidak terbatas kepada mana-mana bangsa.

Cuma syarat yang paling utama adalah, ahlinya perlu yakin bahawa Tuhan tidak wujud. Pegangan inilah yang dibawa oleh Atheist Republic Consulate of Kuala Lumpur atau Kedutaan Republik Ateis di Kuala Lumpur.

Laman Facebook dengan nama Atheist Republic menjadi sebutan apabila baru-baru ini mengadakan perjumpaan tahunan persatuan ateis, yang telah berjaya dilaksanakan di ibu kota.

Maklumat perjumpaan berkenaan lokasi dan waktu akan dikongsi bersama di dalam satu kumpulan tertutup di Facebook, menurut menara.my.

Gambar yang dimuat naik dengan kapsyen, "Kedutaan Republik Ateis Kuala Lumpur, Malaysia adakan perhimpunan tahunan dan ianya sangat menggemparkan! Ateis dari semua latar belakang datang untuk bertemu satu sama lain, ada yang pertama kali berjumpa...setiap mereka berkongsi kisah dan buat ikatan persahabatan yang baru, diharap akan berkekalan seumur hidup! We rock!"

Pertubuhan ini telah diasaskan oleh Armin Navabi, kelahiran Tehran, Iran, yang mana dirinya hanya mendapat pendedahan minimum kepada amalan agama semenjak kecil.

Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga Muslim Liberal, di mana ibu bapanya tidak amalkan Islam dalam ibadah mahu pun kehidupan seharian serta tidak menunaikan solat.

Pada usia 12 tahun, dia beberapa kali gagal dalam percubaan bunuh diri, dan semenjak itu Armin semakin percaya bahawa Tuhan tidak wujud.

Dengan adanya laman Facebook yang telah diwujudkan olehnya pada tahun 2011, khusus buat para Ateis seluruh dunia, gerakan ini telah berjaya menjejak mereka yang menolak kewujudan Tuhan dari serata dunia, dan sehingga kini telah mempunya pengikut lebih 1.6 juta di Facebook.

- Siakap Keli






Read More...

Azeez Cabar Tun M Buat Sumpah Laknat


Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad agar mengangkat sumpah laknat berhubung dakwaan bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cuba menjatuhkan perdana menteri.

Azeez berkata, beliau percaya dakwaan Mahathir mengenai pertemuan dengan Zahid 10 hari selepas dilantik sebagai timbalan perdana menteri adalah tidak benar.

"Kalau Datuk Seri Najib (Razak) berani buat sumpah laknat mengatakan tak terlibat dan tak kenal Altantuya (model kelahiran Mongolia, Altantuya Shaaribuu, yang mati dibunuh kejam) kenapa Dr Mahathir tak boleh.

"Saya percaya kunjungan Datuk Seri Zahid (berjumpa Mahathir) untuk menyatupadukan dan tawar diri untuk sama-sama bantu supaya tak ada jurang perpecahan.

"Kalau betullah Datuk Zahid pergi situ (jumpa Mahathir) nak minta sokongan sebab nak jatuhkan Datuk Seri Najib (seperti didakwa Dr Mahathir), saya minta Tun Dr Mahathir buat angkat sumpah laknat, saya cabar dia," beliau dilapor oleh BH Online.

Isnin lalu, Mahathir mendakwa Zahid pernah menemuinya apabila dilantik sebagai timbalan perdana menteri untuk memohon simpati dan sokongan untuk menggantikan Najib.

Bagaimanapun Zahid tampil menafikan perkara itu dan menegaskan beliau mempunyai rakaman pertemuan itu.

Namun, Zahid tidak menghuraikan lanjut berkaitan jenis rakaman itu sama ada perbualan suara atau pun video.

Sementara itu, Abdul Azeez yang juga Ketua Umno Bahagian Baling ketika mengulas isu sama, percaya tuduhan dibuat Dr Mahathir mempunyai agenda tertentu.

"Saya kaji isu ini dan saya lihat sebab utama dia (Dr Mahathir) nak pecahkan keutuhan tali silaturahim antara Datuk Seri Zahid, Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Hisham (Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein)," beliau dilapor sebagai berkata.








Read More...

Friday 4 August 2017

‘Budak-Budak Berhingus Umno Sedang Mengutip Bola’


Kesilapan moral Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menimbulkan soal keturunan dalam kepimpinan Umno hingga menjadi bahan lucu dalam Parlimen tidak penting.

Namun yang penting sekarang, tindakan itu memarakkan "fitnah" Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menutup blunder Zahid.

"Fitnah" itu telah menimbulkan prasangka buruk antara kepimpinan dan ahli akar umbi yang boleh memecah-belahkan perpaduan Umno yang seberapa daya cuba dibendung oeh presidennya Datuk Seri Najib Razak.

Semua jentera porpaganda Umno sekarang dikerahkan untuk menyemarakkan dakwaan Mahathir mengatakan Ahamda Zahid meminta pertolongannya untuk menggantikan Najib sebagai perdana menteri tidak lama selepas Najib melantiknya menjadi timbalan sebagai fitnah.

Apakah ini benar-benar fitnah?

Cuba diperhatikan dalam persengketaan Umno dengan Mahathir, Ahmad Zahid. Mahathir nampak seperti ada satu macam persafahaman antara mereka dengan dirinya tidak pernah menyerang Ahmad Zahid dan Ahmad Zahid pula berhati-hati dalam menyerang Mahathir.

Bagaimanapun Ahmad Zahid barangkali menyedari bahawa sikapnya ini disedari tidak menunjukkan kesetiaan yang cukup dan tidak membantunya ke arah No 1 dan beliau memerlukan tindakan lebih berani dan agresif untuk menyerang Mahathir.

Seperti kebiasaannya dalam beberapa kes, beliau goneoverboard dan kali ini terperangkap dengan keterlanjurannya sendiri.

Mahathir kehilangan satu-satunya orang harapan dalam Umno dan Ahmad Zahid kehilangan kredebiliti di dalam dan di luar parti.

Malangnya media yang lantang ke hadapan untuk memulihkan imejnya juga tidak lagi berkredibliti, tidak dibaca dan tidak ditonton oleh ramai orang.

Kesilapan besar bukan fakta kad pengenalan (IC) Mahathir atau Mahathir pecah rahsia Ahamd Zahid minta pertolongannya untuk jadi PM.

Namun Ahmad Zahid telah memberikan senjata kepada Mahathir dalam keadaan beliau memerlukannya dan lebih buruk lagi mereka yang tampil ke hadapan untuk menjalankan gerakan pembersihan fitnah dengan mendakwa Mahathir berbohong terdiri dari hingus politik Umno.

Budak-budak ini tidak tahu sejarah Umno. Mahathir membunuh musuh politiknya Tun Musa Hitam yang mahu merebut jawatannnya dengan mendedahkan surat Musa mahu Tengku Razaleigh Hamzah disingkirkan dari parti dan marahkan Mahathir kerana melantiknya semula sebagai menteri.

Sampai sekarang Musa dan Tengku Razaleigh dalam keadaan mata berpandangan, hati berdendaman.

Mahathir tidak ada kerugian apa-apapun bila dihina sebagai keturunan keling. Ahmad Zahid telah memberikan bola changgung (istilah sepak takraw) kepada bekas perdana menteri itu tepat pada masanya. Jadi, dia tendanglah. Budak-budak berhingus Umno sedang mengutip bola.

TAN SRI ZAINUDDIN MAIDINbekas menteri penerangan dan bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu. Artikel ini dimuatkan kali pertama dalam blog beliau dengan tajuk asal "Fitnah apa? Zahid beri bola changgung, Mahathir tendanglah”.














Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP