Saturday 30 November 2013

Abang kurang setuju Ustaz Kazim sertai MT Umno

IPOH – “Secara peribadi saya kurang bersetuju beliau terlibat secara keseluruhan dalam parti,” luah Kapten (B) Datuk Mohd Najmuddin Elias berhubung pelantikan adiknya, Mohammad Kazim sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Mohd Najmuddin berkata, sebagai ahli keluarga, beliau melihat situasi pelantikan itu hanya akan menguntungkan sebelah pihak berbanding tugas pendakwah bebas yang boleh menyebar ilmu kepada kerajaan mahupun pembangkang.


Menurutnya, sekiranya benar perdana menteri mahu menempatkan Ustaz Kazim dalam kerajaan, satu jawatan yang lebih sesuai boleh diberikan agar tugas sebagai pendakwah masih boleh dijalankan tanpa perlu ada ‘double standard’.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan, penerimaan jawatan itu kelak akan mengganggu perjalanan Pusat Pendidikan Al-Barakah yang selama ini di bawah tanggungjawab Ustaz Kazim.

“Buat masa ini, saya tidak mendapat penjelasan dari mana-mana pihak mengenai perkara ini. Saya juga tidak tahu di sebalik perlantikan tersebut.

“Sebagai abang saya tidak bersetuju, kecuali perdana menteri menyediakan satu jawatan yang lebih sesuai agar dia boleh terus berdakwah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Beliau yang juga Pegawai Penerangan Agama Pejabat Menteri Besar Perak memaklumkan akan mengadakan satu sidang media khas bersama seorang lagi adiknya yang juga Adun Kubu Gajah, Ahmad Hasbullah setelah mendapat penjelasan daripada Ibu Pejabat Umno mengenai pelantikan itu.

Mengulas mengenai keahlian Pas, Mohd Najmuddin tidak menafikan Ustaz Kazim pernah menjadi ahli parti itu 15 tahun lepas, bagaimanapun sudah mengisytiharkan diri keluar parti.

“Setahu saya memang (Ustaz) Kazim pernah jadi ahli Pas, tapi dah lama keluar dan sejak itu dia jadi pendakwah bebas,” katanya.



Read More...

Dr. Maza Sokong Kenaikan Gaji Dun Selangor

Pentadbiran yang jujur bebas rasuah dan memiliki kemampuan kewangan kukuh layak menerima kenaikan gaji. Langkah tersebut juga mampu membendung MB, Speaker dan Timbalan Speaker, Exco dan Ahli DUN negeri itu dari terjebak dalam rasuah.

Ini kata-kata Dr Asri tentang kenaikan tersebut;

“Kalau soal akauntabiliti itu betul-betul sudah ditekankan, kemudian dinaikkan gaji sebagai  satu lagi langkah mengangkat akauntabiliti, tidak mengapa.


“Tidak kira Menteri Besar, ADUN atau Ahli Parlimen sekalipun boleh naik gaji kalau benar terbukti mereka tidak pernah ambil apa-apa keuntungan  selain gaji mereka semata-mata.

“Bukan Selangor sahaja naik gaji, Ahli Parlimen, Perdana Menteri juga akan naik gaji pada tahun hadapan. Sebelum ini, Sarawak juga naik gaji lebih tinggi dari Selangor.

“Ada laporan 300 peratus kenaikan gaji di Selangor, memanglah. Saya mula-mula terkejut tetapi bila teliti gaji lama memang sangat rendah.

“Dalam kerangka politik Malaysia, perbelanjaan ahli politik besar sebab ramai rakyat datang minta duit. Walaupun bukan wajib diberi tetapi dalam pengurusan politik selalunya  bagi juga, tidak banyak sedikit.

“Bukan YB sahaja, tokoh lain seperti tokoh agama, selebriti pun begitu, orang jumpa orang minta. Kalau gaji rendah, untuk keluarga sendiri tak lepas. Sebab RM10,000 bukan besar untuk seorang tokoh yang ke sana ke mari.

“Selangor ada beberapa kelebihan. Pertama, duit  banyak. (Tapi) sebab Selangor negeri Pakatan Rakyat, jadi banyak mata tertumpu. Ini bagus sebab menjadikan mereka lebih berhati-hati.

“Selangor sebuah negeri yang efisyen dari sudut laporan audit dan sebagainya. Tiada kes rasuah disabitkan dan pendapatan tinggi. Cuma kena fikirkan bagaimana nak belanjakan duit yang banyak itu kepada rakyat.” – Selangorkini.net


Read More...

Ramai kasihan dengan nasib Ustaz Kazim selepas ini

KUALA LUMPUR: Ramai yang bimbang jika Ustaz Kazim Elias tidak lagi dapat menggunakan ilmu dan pengetahuan agama yang dimilikinya dengan sewajarnya selepas menduduki kerusi MT kerana tenggelam dalam persekitaran dan budaya Umno yang tidak begitu sesuai dengan seseorang yang berlatar-belakangkan agama.

“Sudah terbukti sebelum ini bagaimana begitu ramai golongan agama yang berada dalam Umno dan diberi kedudukan, akhirnya tenggelam dan hanyut,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.


Menurutnya, golongan terbabit akhirnya turut terpalit dengan budaya bermewah, memiliki rumah dan kereta besar serta dikaitkan dengan beberapa perlakuan yang berunsurkan rasuah.

“Inilah yang menyebabkan ramai yang kasihan dengannya kerana beliau dijangka akan menjadi golongan agama terbaru yang menjadi mangsa dan akan hanyut serta tenggelam selepas ini,” tulisnya lagi.

Berikut ialah tulisan penuh beliau.

Semoga Ustaz Kazim Elias tidak sekadar berperanan baca doa dalam Umno

UMNO semalam mengumumkan perlantikan sembilan ahli MT untuk melengkapkan barisan kepimpinan tertingginya, sesuai usainya pemilihan parti pada 12 Oktober lalu dan dalam menghadapj Perhimpunan Agung UMNO minggu depan. Perlantikan yang dibuat dan disahkan oleh Presiden UMNO, Najib Razak itu bagaimanapun hanya diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor.

Mereka yang dilantik ialah Nazri Aziz, Hamzah Zainuddin, Sharkar Shamsuddin, Irmohizam Ibrahim, Johari Abdul Ghani, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Dr Asraf Wajdi Dusuki, Prof Ibrahim Abu Shah dan seorang pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias.

Sudah tentu yang paling mengejutkan ialah perlantikan Ustaz Kazim Elias manakala yang lain tidaklah begitu memeranjatkan seperti Dr Asraf dan Prof Ibrahim Abu Shah. Dr Araf, walaupun menjadi Pengerusi YADIM tetapi beliau memang orang UMNO. Ayahnya, Dusuki Ahmad ialah bekas Ahli Parlimen di Kelantan dan pernah menjadi Setiausaha Politik Mahathir dan Dr Asraf juga pernah menjadi calon pilihanraya mewakili BN.

Prof Ibrahim pula memang dikenali sebagai ahli akademik dan pernah menjadi Naib Canselor UiTM tetapi sejarahnya dengan UMNO sudah berakar umbi sejak zaman pelajar lagi di mana pernah menjadi pengasas sebuah kelab UMNO di luar negara.

Lantaran itu, perlantikan mereka menduduki kerusi MT tidaklah mengejutkan, ia tidak jauh berbeza dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain yang turut dilantik itu. Tetapi agak berbeza dengan Ustaz Kazim. Walaupun dalam banyak ceramahnya yang boleh ditonton melalui Youtube, kecondongannya kepada UMNO dan kerajaan agak jelas, tetapi keahliannya dalam UMNO masih belum pasti. Ramai yang mengatakan beliau bukanlah ahli UMNO dan dalam sebuah ceramahnya juga, Ustaz Kazim ada mengaku beliau bukanlah ahli UMNO.

Menurut Ustaz Kazim dalam ceramahnya, beliau tidak peduli kepada hal-hal lain kerana dalam hatinya hanya ada Allah saja.

(Gambar: Ustaz Kazim bersama Ustaz Azhar Idrus dalam program Maal Hijrah bertajuk Hijrah Menuju Ilahi di Pusat Pendidikan Al-Barakah, Manjoi pada 11 Disember 2011.)

Dalam UMNO sendiri kedengaran suara-suara yang mempertikaikan kewajaran perlantikan beliau itu. Sementara ada yang berpandangan bagaimana Najib boleh melantik seseorang yang bukan ahli UMNO menduduki kerusi MT dan ini seakan mengesahkan lagi bahawa pemimpin UMNO tiada harga di mata Presiden UMNO dan Perdana Menteri, ramai yang lain berasa kasihan dengan nasib Ustaz Kazim selepas ini.

Mereka bimbang jika beliau tidak lagi dapat menggunakan ilmu dan pengetahuan agama yang dimilikinya dengan sewajarnya selepas menduduki kerusi MT ini kerana tenggelam dalam persekitaran dan budaya UMNO yang tidak begitu sesuai dengan seseorang yang berlatar-belakangkan agama. Sudah terbukti sebelum ini bagaimana begitu ramai golongan agama yang berada dalam UMNO dan diberi kedudukan, akhirnya tenggelam dan hanyut.

Golongan terbabit akhirnya turut terpalit dengan budaya bermewah, memiliki rumah dan kereta besar serta dikaitkan dengan beberapa perlakuan yang berunsurkan rasuah. Ilmu agama yang dimiliki kerap kali tidak lagi menjadi pemandu dalam kehidupan dan kecintaan kepada dunia akan menenggelamkan kecintaan kepada akhirat.

Inilah yang menyebabkan ramai yang kasihan dengannya kerana beliau dijangka akan menjadi golongan agama terbaru yang menjadi mangsa dan akan hanyut serta tenggelam selepas ini.

Lebih daripada itu, dengan menerima perlantikan sebagai ahli MT juga, ramai yang percaya Ustaz Kazim tidak akan berperanan dalam dakwah Islam seperti dulu lagi. Beliau akan menjadi sibuk dengan pelbagai program dan aktiviti dalam UMNO dan mungkin juga bakal diberi jawatan di mana-mana agensi kerajaan.

Akhirnya beliau hanya berperanan membaca doa di majlis-majlis berkaitan UMNO saja. Dan mungkin tugas pertamanya membaca doa ialah dalam mesyuarat MT sebelum Perhimpunan Agung UMNO minggu depan ini ataupun ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO di PWTC nanti.

Amatlah malang, daripada berdakwah, berceramah dan menyampaikan ilmu, akhirnya hanya berperanan membaca doa saja.

Lebih malang lagi, jika selepas bergaul lama dalam UMNO dan mula hanyut dalam persekitaran UMNO sebagaimana yang sudah terbukti berlaku kepada ramai golongan agama sebelum ini, nama Allah juga semakin kurang bertakhta di hatinya, sebaliknya sudah diganti dengan Najib dan Rosmah.

- http://shahbudindotcom.blogspot.com/



Read More...

Lelaki meninggal dunia di balai polis, 4 ditahan

Seorang lelaki disahkan meninggal dunia sebaik tiba di balai polis daerah Sentul pada malam hari Khamis.

Menurut kenyataan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa, lelaki itu didakwa dipukul oleh orang ramai sebelum dileraikan oleh polis.

Menurut Khairi, lelaki itu dalam perjalanan di dalam kereta yang dilaporkan dicuri pada hari Rabu di Puchong, Selangor.


Sehubungan itu, polis menahan empat lelaki berusia antara 22 dan 37 tahun, jam 10 pagi semalam ketika mereka datang ke Balai Polis Sentul untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu, yang berlaku di jalan susur ke Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Sentul.

Khairi berkata berdasarkan laporan yang diterima pihaknya, dalam kejadian pukul 7.50 petang itu, kira-kira 15 orang awam mengelilingi serta memukul mangsa yang berumur 32 tahun dan anggota polis yang tiba di tempat kejadian meleraikan keadaan sebelum membawa lelaki berkenaan ke Balai Polis Sentul dengan kereta peronda.

Khairi berkata siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku berikutan kes kecurian kereta Honda Civic dari tempat letak kereta Taman Putra Perdana, Puchong pada Rabu lepas.

Rakan pemilik kereta itu yang bermotosikal berjaya mengesan kenderaan berkenaan terperangkap dalam kesesakan lalulintas di Lebuhraya DUKE menghala ke Jalan Duta petang semalam.

Beliau berkata mereka cuba menahan dua lelaki, termasuk mangsa yang berada dalam kereta yang dilaporkan dicuri itu.

Katanya, seorang daripada mereka berjaya meloloskan diri manakala mangsa dibelasah.

Menurutnya lagi, lelaki yang dipukul itu kemudiannya dibawa ke balai polis Sentul dengan sebuah kereta peronda.

"Sebaik tiba di perkarangan balai polis Sentul, anggota kereta peronda mendapati lelaki berkenaan telah tidak sedarkan diri.

"Pihak polis kemudiannya menghubungi hospital bagi memberi bantuan kecemasan kepada lelaki terbabit.

"Sebaik pihak ambulans tiba bersama pegawai perubatan memberi bantuan kecemasan, mendapati lelaki berkenaan telah meninggal dunia," kata Khairi.

Polis juga mendakwa bahawa pemeriksaan awal mendapati lelaki berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Mayat lelaki berkenaan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut dan bedahsiasat.

Kenyataan itu tidak menyebut hasil bedahsiasat ke atas lelaki terbabit.
Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian itu tampil memberi maklumat kepada Pegawai Penyiasat ASP Wan Abdullah Wan Said di talian 03-6256 2280 atau 03-6256 2307.

Sementara itu, anggota keluarga si mati telah mengenalpasti mangsa sebagai Mohd Nazri Nusi .

Kumpulan Lawyers for Liberty (LFL) telah didatangi keluarga mangsa dan kini sedang cuba untuk mendapatkan fakta-fakta di sebalik kejadian itu.


Read More...

Kenduri kahwin guna air keladak




KUALA LIPIS - “Sudah lebih seminggu kami tidak mendapat bekalan air secara terus sehingga memaksa kami menggunakan air kolam yang berkeladak untuk membasuh pinggan mangkuk semasa kenduri kahwin kelmarin."

Demikian luahan penduduk Kampung Sai, Gua yang berdepan dilema masalah bekalan air bersih yang telah berlarutan sejak sekian lama.

Penduduk, Rosdan Ishak, 42, berkata, sehingga kini penduduk di sekitar kawasan berkenaan masih menunggu untuk menikmati bekalan air yang sempurna bagi melancarkan rutin harian mereka.

Menurutnya, penduduk berdepan masalah tekanan air sehingga menyebabkan mereka terpaksa menunggu dalam tempoh agak lama untuk mendapatkan bekalan air.

“Kami berasa sengsara sejak sekian lama ekoran kegagalan pihak berkaitan membekalkan air bersih secukupnya.

“Pihak terbabit bukan sahaja gagal membekalkan air secukupnya secara berterusan tetapi bantuan kecemasan juga tidak dihantar segera apabila aduan dibuat hanya akan diselesaikan selepas beberapa hari,” katanya semalam.

Sementara, Ishak Subuh, 70, berkata, masalah ini boleh diatasi dengan meletakkan pam penggalak baru di laluan utama kampung berkenaan.

“Sekarang ini, proses mengepam air di tangki utama yang terletak di Bukit Sarang lambat sedangkan keperluan air di rumah penduduk meningkat, lebih-lebih lagi pada waktu puncak.

“Kami juga setuju sediakan tapak khas untuk meletakkan pam penggalak baru yang dijangka boleh tampung keperluan penduduk kerana kadar mengepam air ke tangki rumah penduduk dapat dilakukan lebih cepat,” katanya.


Read More...

Friday 29 November 2013

Jalan Paling Gila Dan Menakutkan Di China

Heaven-Linking Avenue, juga dikenali sebagai Big Gate Road, di Gunung Tianmen di Hunan, China telah dikenali sebagai jalan "paling berbahaya" di China. Bermula dari 200 meter di bawah paras laut jalan bas mencapai 1300 meter di atas paras laut menjadikan jumlah 99 selekoh maut sepanjang jalan. Ianya mengambil masa selama lapan tahun untuk di selesai dengan kerja bermula pada tahun 1998, dan tamat pada tahun 2006.

Jika jalan raya adalah sedikit terlalu menakutkan untuk anda, terdapat satu alternatif. Sebuah kereta kabel dari Bandar Zhangjiajie ke puncak Gunung Tianmen. Cableway adalah 7455 meter panjang yang menjadikan ia sebagai keperluan rakyat Cina, laluan atau talian kabel yang terpanjang di dunia.













- Sumber



Read More...

Ustaz Kazin Dilantik Majlis Tertinggi UMNO

PUTRAJAYA, 29 Nov – Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah melantik sembilan ahli Majlis Tertinggi (MT) tambahan sebagai melengkapkan jumlah barisan MT sesi 2013-2016.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam sidang media hari ini.


“MT lantikan ini akan dapat beri input baik kepada parti dan akan bergerak bersama barisan MT yang lain dan mereka juga akan dijemput untuk turut serta dalam mesyuarat MT akan datang dan akan mengangkat sumpah,” katanya.

Berikut adalah senarai MT tambahan:
1. Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
2. Datuk Hamzah Zainudin
3. Datuk Mohd Shakar Samsudin
4. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
5. Datuk Irmohizam Ibrahim
6. Datuk Johari Abdul Ghani
7. Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah
8. Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
9. Ustaz Mohammad Kazim Elias

Sumber: http://www.umno-online.my/?p=96709


Read More...

Azmin Ali Tikam Khalid Ibrahim Dari Belakang

Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Teng Chang Kim, berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menyediakan borang untuk mereka yang berasakan kenaikan gaji anggota Dewan terlalu tinggi dan hendak diserahkan kepada badan kebajikan.

Kenaikan gaji yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu menimbulkan pelbagai kritikan termasuk daripada partinya sendiri, PKR.


"(Adun) Sekinchan (Ng Suee Lim) dah buat surat, membenarkan Dewan serahkan (lebihan gaji) kepada badan kebajikan," kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan itu kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.

Katanya, DUN Selangor amat berbesar hati sekiranya surat berkenaan ditandatangani oleh pihak yang berpendapat kenaikan gaji ahli Dewan Selangor itu terlalu tinggi dan ingin menyerahkan lebihan kepada kerajaan negeri untuk disalurkan kepada badan kebajikan.

"Kami tuliskan surat, kalau ada yang tak tahu buat surat, Sekinchan dalam Dewan dah tunjukkan surat itu," kata Teng.

Beliau membangkitkan tindakan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC), Mohamed Azmin Ali mempersoal perkara itu semalam, sedangkan ketika sesi perbahasan kenaikan berkenaan dilakukan di Dewan, tidak membuat sebarang bantahan.

"Tiada pihak yang bangkitkan (kenaikan gaji) di dalam Dewan. Malah ketika bacaan ketiga pun mereka ada di dalam Dewan.

"Kalau rasa terlalu tinggi perlu dibangkitkan dalam Dewan, jadi akan ada dalam hansard. Dia (Azmin) ada dalam Dewan bila kenaikan gaji dibacakan, dia ada dalam Dewan masa perkara itu diluluskan," katanya.

Ditanya tujuan sebenar Azmin membangkitkan perkara itu di luar sidang DUN, Teng berkata:"Itu kena tanya dia."

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Pelancongan, Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong, berkata perkara kenaikan gaji ahli Dewan Selangor itu dimaklumkan ketika mesyuarat khas PKR hujung minggu lalu.

"Dalam mesyuarat itu kita diberitahu berkenaan kenaikan gaji," katanya ketika ditemui di lobi DUN Selangor, di Shah Alam.

Ditanya sama ada Azmin turut berada dalam mesyuarat tersebut, Elizabeth bagaimanapun tidak pasti berhubung perkara itu.

"Saya tidak ingat," katanya.

Azmin yang ditemui hari ini bagaimanapun enggan mengulas isu berkenaan, sebaliknya dilihat cuba mengelak pertanyaan daripada pemberita.

"Terima kasih. 'No Comment',” kata Azmin ketika ditemui sebelum sidang DUN berhenti rehat hari ini.

Malah, Azmin berkata, hubungan beliau dengan Menteri Besar "tersangat baik" ~ The Malaysian Insider



Read More...

Jangan halang saya beli nombor ekor - Zaid Ibrahim

Langkah menghalang umat Islam daripada berjudi bertentangan dengan perlembagaan negara ini, kata bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim.

"Melarang orang Islam daripada berjudi bertentangan dengan perlembagaan. Tanggungjawab kerajaan bukan menjadikan orang Melayu lebih alim atau lebih beragama," katanya


Menulis di Twitter semalam, Zaid (kiri) juga berkata, larangan itu, sekali gus menunjukkan sikap pemimpin Islam yang hipokrit.

"Mereka berpura-pura alim dengan mencegah khalwat atau pembelian (nombor ekor) 4 digit. Saya suka membeli Sports Toto apabila hasilnya digunakan membantu sukan dan kebajikan. 

"Kemudian pemimpin-pemimpin Islam memutuskan bermurah hati kepada Vincent," sindirnya.

Beliau dipercayai merujuk kepada Vincent Tan, ketua eksekutif Berjaya Corporation Berhad, yang antaranya terkenal dengan perniagaan perjudian.

Kerajaan Melaka semalam dilaporkan bercadang mewujudkan pos kawalan dan menempatkan seorang pegawai agama 24 jam di premis perjudian di negeri itu sebagai usaha mengelak umat Islam terlibat dalam kegiatan perjudian.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron (kanan) berkata pegawai agama bertaraf pegawai syarak itu akan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan, laporBernama.

Kerajaan Melaka juga dilaporkan tidak menolak kemungkinan memberikan kuasa lebih besar kepada pihak berkuasa tempatan bagi membanteras kegiatan perjudian.

Ekoran itu, Zaid menyindir, sekiranya Melaka serius ingin memeriksa orang Islam yang berjudi, mereka harus pergi ke kasino-kasino terkenal seperti di Melbourne, Vegas atau London.

"Jangan hukum pembeli 4 digit seperti saya," katanya lagi.


Read More...

Nizar dicabar ulang dakwaan di luar DUN

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) mencabar ketua pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya mengulangi dakwaan yang diucapnya ketika membahas Bajet 2014 negeri Perak yang menyentuh persempadanan semula kawasan pilihan raya di luar persidangan itu.

Datuk Mohd Khusairi Mohd Talib (BN-Slim) berkata Mohammad Nizar bersikap tidak bertanggunggjawab apabila membuat dakwaan bahawa bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengaku membuat persempadanan semula semata-mata untuk meneruskan kuasa Umno dan parti PAS menjadi mangsa terhadap langkah itu.


"Saya harap ADUN Changkat Jering dapat mengulangi kenyataan di luar persidangan supaya tindakan dapat diambil oleh pihak yang dituduh iaitu bekas pengerusi SPR yang telah menyatakan rasa terkilan dan kesal terhadap tuduhan (Yang Berhormat) Changkat Jering.

"Ini kerana kita (ADUN) tahu di dalam ini (DUN) kita mempunyai kekebalan, boleh kata apa sahaja tanpa risau dikenakan tindakan undang-undang," katanya ketika membahaskan Bajet 2014 negeri Perak di persidangan DUN di Ipoh semalam.

Beliau berkata dakwaan ketua pembangkang yang dibuat Selasa lepas itu satu tohmahan yang cukup tidak bertanggungjawab, fitnah dan satu niat buruk.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita di luar persidangan DUN, Mohammad Nizar berkata dakwaan itu dipetiknya daripada laporan media sosial termasuk portal berita Malaysian Insider yang melaporkan Abdul Rashid mahu melangsungkan pemerintahan Umno.

"Saya cuma menyatakan apa yang dilaporkan, saya bukan nak sahut cabaran dia (Mohd Khusairi). Saya cuma ulang apa yang saya terbaca, maka jika yang saya baca tidak betul, dia perlu saman surat khabar, media sosial atau Abdul Rashid sendiri boleh buat sedemikian," katanya.

Mohammad Nizar mendakwa persempadanan kawasan pilihan raya memang untuk BN meneruskan kuasa kerana tiada pertambahan kerusi bagi DUN Kelantan, Kedah dan Terengganu.

"Mana-mana tempat yang ramai pengundi Melayu memang sengaja SPR tidak tambah bilangan kerusi. Kalau SPR tambah kerusi seperti di Baling, kita ada 90,000 pengundi, kalau dibuat dua kerusi sudah tentu PAS akan bertanding dengan Umno dan PAS menang," dakwanya.

- Bernama


Read More...

Thursday 28 November 2013

Kenaikan Gaji MB Dan Speaker Selangor Tak Munasabah

Beberapa anggota pembangkang Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor hari ini menganggap sebagai tidak munasabah kenaikan gaji termasuk elaun menteri besar, speaker dan timbalan speaker seperti yang diputuskan sidang dewan semalam.

Mereka menyifatkan kenaikan itu sepatutnya perlu dikaji secara mendalam sebelum ia diputuskan kerana peratusan kenaikan itu terlampau tinggi bagi ketiga-tiga jawatan berkenaan.


Adun Kuang Datuk Abdul Shukor Idrus berkata berdasarkan kenaikan gaji dan elaun bagi tiga jawatan itu, timbalan speaker DUN mencatatkan peratusan kenaikan tertinggi iaitu 373 peratus bersamaan RM15,750 sebulan daripada RM3,327.

"Begitu juga dengan gaji menteri besar yang naik 106 peratus iaitu RM29,250 daripada RM14,175 sebulan diikuti gaji Speaker DUN yang turut naik mendadak pada kadar 268.3 peratus iaitu kira-kira RM22,500 daripada RM6,109 sebulan.

"Bagi saya, kenaikan (bagi ketiga-tiga jawatan ini) tidak mengambil kira denyut nadi rakyat di peringkat bawahan yang masih memerlukan lebih pembelaan daripada kerajaan negeri," katanya ketika ditemui di luar sidang dewan di Shah Alam.

Semalam, Rang Undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 diluluskan persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor untuk membolehkan kenaikan gaji menteri besar, exco dan Adun, dengan timbalan speaker mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN daripada RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250.

Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 2011.

Adun Semenyih Datuk Johan Abdul Aziz pula berkata peratusan kenaikan gaji itu sepatutnya diselaraskan dan bukan hanya untuk menteri besar, speaker dan timbalan speaker.

"Melihat gaji menteri besar, speaker dan timbalan speaker, kadar kenaikannya jauh lebih tinggi. Sepatutnya, kalau semua naik, maka peratusannya perlu selaras serta munasabah bagi semua jawatan" katanya.

Namun, Johan bersetuju dengan kenaikan gaji termasuk elaun bagi Adun di negeri ini yang mendapat pertambahan 87.5 peratus iaitu RM11,250 daripada RM6,000 sebulan kerana sebahagiannya mungkin dipulangkan semula kepada rakyat atas peranan serta tanggungjawab seorang wakil rakyat.

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankenaikan gaji beliau, anggota exco, speaker dan timbalan speaker yang dianggap masih rendah dan munasabah.

Beliau berkata kenaikan gaji antara 80 hingga hampir 400 peratus itu dibuat selepas mengkaji pelbagai faktor termasuk mengambil kira kenaikan yang diterima Adun serta anggota pentadbiran negeri Sarawak.

-Bernama


Read More...

Ibrahim Ali Marah Gaji Adun Naik

"Kalau gaji besar, bergantung pula pada peruntukan kerajaan, sesiapa pun boleh jadi wakil rakyat. Orang pekak,bisu dan buta pun boleh jadi wakil rakyat."

Begitu sindir Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berhubung kenaikan gaji Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), menteri besar, exco, speaker dan timbalan exco Selangor mulai tahun depan.


Pemimpin kumpulan pendesak Melayu itu berhujah, menjadi wakil rakyat bermaksud pemimpin mesti berkorban, malah harta sendiri demi kepentingan rakyat.

"Kalaulah kerajaan BN yang naikkan gaji seumpama ini, riuh rendah mereka serang," katanya sambil menyeru kakitangan kerajaan membantah kenaikan itu. 

"Mereka juga ada beban tugas lebih dari wakil rakyat. Inilah yang dikatakan pagar makan padi."

DUN Selangor semalam meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 ADUN berkuat kuasa tahun depan, dengan timbalan speaker mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.

Dalam kenyataannya melalui SMS hari ini, Ibrahim menyindir, kenaikan "hebat dan luar biasa" itu boleh dimasukkan dalam buku 'rekod perniagaan antarabangsa'.

"Inilah yang dikatakan kerajaan berjiwa rakyat. Apakah ini salah satu janji dalam Buku Jingga? Saya semak, tak ada pun," katanya.



Read More...

Naik Tarif Letrik Munasabah - Menteri

KUALA LUMPUR - Malaysia mungkin menaikkan tarif bekalan elektrik antara enam dan tujuh sen bagi satu kilowatt tahun depan, kata Menteri Tenaga. Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili.

Bagaimanapun, Ongkili berkata kerajaan akan memastikan kenaikan tarif tidak menjejaskan kumpulan berpendapatan rendah.


"Kerajaan masih mengkaji kadarnya. Ia mungkin antara 10 peratus dan 20 peratus," katanya dan menambah angka di bawah 20 peratus adalah munasabah.

"Kadarnya adalah munasabah. Ia merupakan semakan minimum bagi Tenaga Nasional Bhd yang memastikan ia mencerminkan kos modal, pengurusan dan gaji," katanya kepada pemberita, semalam.

Ongkili membayangkan kerajaan akan mengekalkan struktur semasa dengan pengguna yang menggunakan 300 kWh sebulan atau kurang, tidak dikenakan tarif baharu itu.

Oleh itu, tiada kenaikan tarif dijangkakan untuk 75 peratus pengguna isi rumah (4.4 juta pengguna), pengguna 'lifeline' (3.3 juta pengguna) dan pengguna 201-300 kWh (1.1 juta pengguna).

Ongkili menambah, kadar itu juga bergantung kepada sejauh mana kerajaan mahu mengurangkan subsidi dan menyalurkannya kepada pembangunan sosioekonomi.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa memberi isyarat bahawa subsidi akan dikurangkan dan ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Tambahnya lagi, kerajaan membelanjakan kira-kira RM130 juta untuk subsidi setiap tahun untuk tarif manakala selebihnya ditanggung oleh Petronas kira-kira RM8 bilion hingga RM10 bilion setahun untuk sektor tenaga.

Berbanding tarif semasa negara anggota Asean, Ongkili berkata Malaysia lebih rendah berbanding Thailand dan Filipina, namun tinggi berbanding Indonesia memandangkan republik itu merupakan negara yang paling banyak memberi subsidi kepada sektor tenaga.

"Kami (menteri kabinet) akan bermesyuarat minggu ini. Kami akan mengkajinya," katanya.

Kali terakhir tarif elektrik dinafikan pada Jun 2011 apabila harga gas subsidi dinaikkan kepada RM13.70 (mmbtu) daripada RM10.70 mmbtu sebelumnya. - Bernama



Read More...

Persempadanan Semula - Kerja-Kerja Kotor SPR Kini Bermula

Persempadanan semula: SPR tak perlu rujuk sesiapa

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu merujuk mana-mana parti politik dalam urusan persempadanan semula kawasan pilihan raya, kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas soal kenyataan Pas yang mendakwa SPR tidak merujuk PR dalam urusan persempadanan semula kawasan pilihan raya.


Menjelaskan tentang perkara itu, beliau memberitahu bahawa Perlembagaan menetapkan, SPR tidak perlu merujuk kepada sesiapa berkaitan perkara itu.

“Itu pandangan yang tidak benar dan tidak tepat. Dalam urusan persempadanan semula pilihan raya, undang-undang tidak menetapkan yang SPR perlu merujuk kepada sesiapa. Tidak merujuk kepada kerajaan, Umno ke tidak merujuk kepada mana-mana parti politik.

“Kenapa? Kalau kita rujukkan kepada parti-parti politik, sampai 10 tahun pun tak selesai. Tak ada orang yang akan puas hati. Mereka nak ikut kepentingan masing-masing,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui, hari ini.

Beliau menyeru agar parti-parti politik terbabit melihat perkara itu secara rasional.

“Parti-parti politik lihatlah perkara ini dengan cara yang rasional. Jangan membantah... tak percaya.

“Perlembagaan suruh SPR buat tapi mereka kata jangan buat. Tak percaya pada SPR. Sedangkan kita membuat urusan persempadanan semula ini mengikut undang-undang.

“Sila baca bahagian satu dan bahagian dua, jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan. Barulah jelas bahawasanya, urusan persempadanan pilihan raya ini adalah mengikut undang-undang dan dibuat dengan telus,” katanya.

Terdahulu, SPR akan memulakan kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya yang akan bermula hujung tahun ini selepas tertangguh pada 2011.

Sebelum ini, Pas mendakwa persempadanan semula yang dilakukan SPR tidak merujuk kepada PR dan dilihat tidak adil bagi sebuah negara demokrasi.


Read More...

Wednesday 27 November 2013

Dua Ahli Parlimen Dihalau Keluar Dewan

KUALA LUMPUR: Persidengan Dewan Rakyat hari ini menyaksikan dua ahli parlimen diarah keluar dewan oleh yang Dipetua Dewan Rakyat.

Sivarasa Rasiah (PKR-Subang) menjadi ahli parlimen pertama dihalau keluar dewan hari ini kemudian dikuti V.Sivakumar (DAP-Batu Gajah).


Kedua dua mereka dihalau ketika sesi perbahasan Belanjawan 2014 peringkat jawatankuasa melibatkan Kementerian Wilayah Persekutuan, krtika cuba membangkitkan isu perobohan sebahagian kuil Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur.

Sivarasa dihalau ketika sesi perbahasan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, manakala Sivakumar dihalau oleh Timbalan Yang Dipertua Datuk Ismail Mohd Said.

Pandikar Amin Mulia mengeluarkan perintah itu selepas beberapa kali mengarahkan Sivarasa duduk dan tidak membangkitkan perkara itu kerana sudah dibangkitkan sebelum ini oleh Anggota Parlimen Padang Serai, N Surendran.

Sivarasa bagaimanapun bertegas mahu bertanyakan perkara itu kepada Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan Jaganathan yang menjawab soalan hari ini.

Ekoran itu, Pandikar menggunakan kuasanya mengarahkan Sivarasa keluar dewan mengikut Peraturan Mesyuarat 44(2).


Keadaan serupa berlaku kira-kira setengah jam kemudian selepas mesyuarat dewan dipengerusikan pula oleh Ismail.

Ketika itu Sivakumar bangun untuk bertanyakan soalan serupa kepada Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

Selepas beberapa kali mengarahkan beliau duduk dan tidak diendahkan, timbalan speaker kemudian mengarahkan Sivakumar untuk keluar dewan.


Read More...

Mahkamah Arah Tangkap Papagomo..


Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini memerintahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap pengendali blog Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris.


Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili bekas isterinya, Bellina Omar Sharifuddin Chin supaya satu waran tangkap dikeluarkan berikutan kegagalan responden untuk hadir ke mahkamah berhubung pelanggaran perintah hak jagaan sementara dan penyerahan dua anak perempuannya.

Sebelum itu, mahkamah pada 2 September lalu memerintahkan Wan Muhammad Azri menyerahkan dua anak mereka, Wan Cassandra yang berusia empat tahun dan Wan Camillea, dua tahun kepada bekas isterinya namun, dia ingkar untuk berbuat demikian.

~ Berita Harian



Read More...

Naik cukai pintu 300% untuk balas dendam?

KUALA LUMPUR:Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah Persekutuan membantah sekeras-kerasnya tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menaikkan cukai pintu 300 peratus secara mendadak dan tidak masuk akal. 

Penyelarasnya, Azmir Mustafa berkata, warga kota hidupnya penuh kesempitan, ditambah pula dengan kenaikan harga petrol, kenaikan harga barang-barang keperluan harian, namun kerajaan terus menghukum rakyat yang menolak mereka.


Justeru, ujarnya SAMM menyifatkan tindakan itu adalah satu siri balas dendam terhadap warga Kuala Lumpur kerana hampir semua parlimen kekal di tangan pembangkang sedangkan kerajaan telah 'melabur' dengan jumlah yang besar menjelang PRU13.

Kenyataan penuh seperti di bawah.

Belum pun lagi mencapai tempoh setahun dalam pembentukan kerajaan Malaysia selepas Pilihan raya Umum ke-13, warga Kuala Lumpur telah dikejutkan dengan satu lagi 'bala' yang diberikan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional, iaitu dengan kenaikan cukai pintu sebanyak 300 peratus.

Solidariti Anak Muda Malaysia Wilayah Persekutuan (SAMM Wilayah) membantah sekeras-kerasnya akan kenaikan cukai ini secara mendadak dan tidak masuk akal. 

Warga kota hidupnya penuh kesempitan, ditambah pula dengan kenaikan harga petrol, kenaikan harga barang-barang keperluan harian, namun kerajaan terus menghukum rakyat yang menolak mereka.

SAMM menyifatkan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menaikkan cukai pintu sebanyak 300 peratus adalah satu siri balas dendam terhadap warga Kuala Lumpur kerana hampir semua parlimen kekal di tangan pembangkang sedangkan kerajaan telah 'melabur' dengan jumlah yang besar menjelang PRU13.

Adalah diingatkan bahawa pihak Datuk Bandar dan DBKL tidak wajar sewenang-wenangnya menaikkan cukai pintu. 

Apakah benar ia rasional hanya kerana untuk menaikkan nilai hartanah di Kuala Lumpur sedangkan sebelum ini nilai harta tanah di Kuala Lumpur sememangnya telah meningkat tanpa kenaikkan cukai taksiran.

Pendapatan DBKL juga dilihat cukup besar jumlahnya dan tetap meningkat walaupun cukai taksiran berada pada kadar yang sama selama 21 tahun. 

Peningkatan jumlah pendapatan sebanyak RM511 juta kepada RM1.69 billion dari tahun 2010 adalah cukup memberangsangkan, ia tanpa kenaikan cukai pintu. 

Malah DBKL turut menyatakan dalam buku Bajet 2013 bahawa prestasi hasil ini akan meningkat bagi tahun kewangan 2012. 

Tidak cukupkah sumbangan warga kota setakat hari ini?

Justeru, SAMM melihat cadangan DBKL untuk menaikkan cukai taksiran 300% adalah keterlaluan dan hasrat seperti ini harus dilupakan. 

Sebaliknya DBKL harus menumpukan usaha penuh bagi mengutip hasil-hasil yang tertunggak seperti tunggakan cukai taksiran, tunggakan sewa perumahan dan sewaan gerai penjaja. 

Kenaikan kadar cukai pintu yang tidak seimbang dengan prestasi keselamatan dan perkhidmatan yang ala kadar adalah satu bentuk penganiayaan.

Ternyata, Menteri Wilayah cuba menyembunyikan tindakan khianat mereka atas nama ‘pembangunan’. 

Tidak ada satu pun alasan yang boleh mewajarkan tindakan kerajaan untuk menaikkan harga cukai pintu terhadap rakyat di mana-mana wilayah sekalipun. 

Bagi SAMM, sebelum bercakap tentang pembangunan, kerajaan perlu terlebih dahulu membangunkan nilai amanah dalam pentadbiran dan pengurusan dana negara yang semakin tiris.

Sekali lagi SAMM Wilayah mencabar kerajaan agar berhenti mengkhianati rakyat! 

Perlu diingat, tidak ada kenaikan cukai tanpa pilihan raya kerajaan tempatan. Wang cukai juga dibazirkan tanpa pertanggungjawaban kepada rakyat.

Hentikan kenaikan cukai pintu atau rakyat tidak akan teragak-agak menghumban DBKL keluar dari ‘pintu’ pentadbiran!


Read More...

Saya tak akan pulang selagi tak jumpa adik..

Kakak kepada Siti Aishah Abdul Wahab yang dipercayai terkurung selama 30 tahun di kota London akibat "perhambaan psikologi" berikrar melakukan apa sahaja asalkan dapat bertemu adiknya.

Kamar Mahtum Abdul Wahab yang berlepas ke Britian malam tadi berkata, walaupun masih belum pasti 100 peratus Siti Aishah adalah adiknya, tetapi, naluri hatinya tetap teguh dengan kepercayaan itu.


“Jika saya tidak dapat berjumpa dengannya, saya tidak akan pulang ke Malaysia,” katanya kepada The Malaysian Insider di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.

Siti Aishah adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan.

Dua lagi wanita terbabit ialah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian, 30 tahun.
Akhbar Daily Mail semalam mendedahkan nama wanita termuda di antara ketiga-tiga tahanan itu bernama Rosie Davis.

“Jika dia adalah adik saya, saya gembira. Tetapi, apakah beliau gembira bila berjumpa saya?” kata Kamar, seorang pesara guru.

“Adik saya mungkin berubah, tetapi saya ada firasat. Allah bagi kita ‘the sixth sense.’ Saya akan tetap tahu dia adik saya jika dia benar-benar adik saya.”

Kamar berkata, apa sahaja yang Siti Aishah lakukan, wanita itu sudah membayar segala kesalahannya.

“Mereka harus bantu saya. Mesti tolong saya,” katanya merujuk kepada Pejabat Kedutaan Malaysia di United Kingdom.

“Nak buat apa dia duduk di London. Lebih baik balik sini. Dia pelajar yang pintar. Dia patut lakukan sesuatu untuk negara,” katanya sambil menahan sebak.

Katanya, beliau yakin adiknya yang kini berumur 69 tahun adalah wanita Malaysia ditahan oleh pemimpin Komunis ajaran Mao Tse Tung sejak 30 tahun lalu.

Katanya, kehilangan Aishah menyebabkan kesedihan kepada keluarganya.

Buku nota terlekat gambar Siti AIshah antara bekalan Kamar Mahtum ke Kota London. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 November, 2013.

Buku nota terlekat gambar Siti AIshah antara bekalan Kamar Mahtum ke Kota London. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 November, 2013.

Kamar berkata, ibunya memberikan wasiat agar menjejaki apa yang berlaku kepada anak perempuannya yang tidak pernah pulang itu.

"Saya sangat sedih tanpa dia di sini tahun demi tahun. Dia sangat berbakat, dia juga menjadi buah hati pada emak saya. Emak menyebut namanya sebelum menutup matanya.

"Bila emak saya meninggal, dia (Aishah) tidak mahu bercakap dengan kami dan saya tidak boleh berbuat apa-apa," katanya kepada akhbar Britian The Daily Telegraph.

Hishamuddin akan membantu Kamar Mahtum di London dalam usaha bertemu adiknya. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 November, 2013.

Hishamuddin akan membantu Kamar Mahtum di London dalam usaha bertemu adiknya. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 November, 2013.

Sementara itu, Hishamuddin Rais yang akan membantu Kamar untuk berurusan di London berkata, mereka masih belum pasti berapa lama akan berada di sana.

"Saya tolong atas dasar kekeluargaan. Saya kenal keluarga Siti Aishah sejak kecil.

"Bahkan, kakaknya adalah guru saya di sekolah. Semasa di London dulu, abangnya pernah datang meminta bantuan untuk cari Siti Aishah," katanya kepada The Malaysian Insider.

Hishamuddin yang hidup dalam buangan di London pada lewat 1970-an berkata, Siti Aishah aktif dengan kumpulan mahasiswa Malaysia berhaluan kiri yang menggelarkan diri mereka "New Malayan Youth" di ibu kota Britian pada ketika itu.
Perkara ini disahkan Kamar kepada The Daily Telegraph bahawa Siti Aishah hilang sejak 30 tahun lalu di London selepas menyertai kumpulan Maois.

Akhbar Britian melaporkan pasangan yang ditahan ialah Aravindan Balakrishnan, juga dikenali sebagai “Comrade Bala” dan isterinya Chanda dari Tanzania, tetapi Hishamuddin berkata, lelaki itu turut dikenali sebagai “Chairman Ara” dan berasal dari Singapura.
Polis Britian mengesahkan pasangan itu pernah ditahan pada 1970-an tetapi tidak menyatakan sebabnya.

Polis juga enggan mengesahkan identiti pasangan itu yang dibebaskan dengan ikat jamin sehingga tarikh perbicaraan pada Januari depan tetapi mengatakan ketiga-tiga wanita itu tidak kelihatan seperti didera secara seksual. - tmi


Read More...

Islam Diharamkan, Masjid Ditutup Dan Dirobohkan



LUANDA - ANGOLA. Agama Islam kini diharamkan diAngola kerana dikatakan bertentangan dengan adat dan budaya negara itu.

Media melaporkan, masjid akan ditutup dan diruntuhkan pada bila-bila masa.

Menteri Kebudayaan Rosa Cruz Silva menyifatkan, Islam sebagai mazhab dan amalannya tidak diluluskan Kementerian Kehakiman serta hak asasi manusia.

"Selepas ini pengaruh Islam di Angola akan berakhir dan lenyap," katanya dipetik DailyMail.


Read More...

Pendakwah bebas tegur majlis perkahwinan Che Ta dan Zain

Kuala Lumpur: “Di mana keberkatannya sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin, kita sudah membuat perkara yang dilarang Allah termasuk dalam hal membabitkan pembaziran dan bermegah-megah ketika mengadakan majlis.

“Itu belum lagi dalam perkara yang seolah-olah menjadi trend sekarang bagi pasangan sebelum berkahwin untuk kononnya bergambar pra-perkahwinan sambil berpelukan dan berpegangan tangan,” kata pendakwah bebas, Zawiyah Hassan.


Menurutnya, hukum sebenar kenduri kahwin hanya sunat sebagaimana sabda Rasulullah iaitu mengadakan kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing.

Bagaimanapun, katanya, apa yang membimbangkan apabila perkahwinan besar-besaran hingga berlaku pembaziran seolah-olah menjadi trend ketika ini sedangkan pada masa sama terdapat ramai lagi orang yang memerlukan.

“Kahwin itu satu ibadat, tetapi kita buat perkara yang dilarang seperti membazir, bermegah dan berbangga dengan kekayaan yang dimiliki, bagaimana nak dapat keberkatan Allah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam. Zawiyah yang juga bekas Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata, sebaik-baik perkahwinan itu sederhana belanjanya supaya mendapat rahmat dan keberkatan.

“Kalau nak kata buat majlis besar sebab kepuasan diri, memang manusia ini selalunya tidak pernah puas, cuma kalau boleh dielak, elaklah. Kita berkahwin sebab nak dapat reda Allah, bukan pandangan orang sekeliling terhadap majlis yang akan dilaksanakan,” katanya.

Semalam, Metro Ahad melaporkan mengenai hari bahagia pelakon sensasi, Rozita Che Wan dan pasangannya, Zain Saidin yang layak digelar ‘Wedding of The Year’ atau “Perkahwinan Paling Gah Tahun Ini” berikutan belanja keseluruhan majlis berkenaan dianggarkan mencecah RM1.21 juta.

Pasangan popular itu bertuah kerana sebaik mengumumkan akan berkahwin dalam masa terdekat, pelbagai pihak tampil menawarkan diri untuk menaja hari bahagia mereka.

Tanpa mahu bergantung kepada penaja semata-mata, Che Ta dan Zain dilaporkan mengeluarkan belanja kira-kira RM300,000 bagi merealisasikan majlis perkahwinan idaman mereka.



Read More...

Tuesday 26 November 2013

PANAS - Pemimpin 11 cabang PKR Sabah keluar parti

KUALA LUMPUR - Pemimpin 11 cabang PKR Sabah mengambil keputusan untuk keluar parti hari ini dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua penerangan cabang parti itu dari Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media di sini berkata mereka mengambil keputusan itu kerana sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan PKR dan memberi kepercayaan kepada kepimpinan BN di peringkat nasional dan negeri.

Beliau berkata gelombang kedua akan berlaku tidak lama lagi apabila banyak lagi pemimpin PKR Sabah akan keluar parti dan menyokong BN.

"Dengan apa yang sudah berlaku dan akan berlaku bererti bahawa parti PKR di Sabah hampir lumpuh dan sebaliknya parti BN semakin kuat, semakin utuh dan semakin mendapat kepercayaan rakyat Sabah," katannya.

Mereka yang hadir pada sidang media itu ialah Akhmain Sabtu (Ketua Cabang PKR Kudat), Anthony Mandiau (Ketua Cabang Kota Marudu), Juhani Abd Halim (Ketua Cabang Silam), Mohd Jun (Ketua Cabang Kalabakan), Mustapha Tambuyung (Ketua Cabang Kinabatangan), Lokman Ureh (Ketua Cabang Semporna), Timothy Lim (Ketua Cabang Sepanggar), Apandy Sipin (Ketua Cabang Pensiangan) dan Aris Remigius (Ketua Cabang Batu Sapi), Angki Addek (Timbalan Ketua Cabang Kota Marudu) dan Soloh Yuna (Ketua Penerangan Kota Belud).

Hanya wakil Beluran tidak hadir.

Turut serta ialah dua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang mengisytiharkan keluar parti pada 4 Nov lepas iaitu Adun Matunggong Datuk Jelani Hamdan dan Adun Kedamaian Jeremy Malajad.

Najib berkata turut sama mengisytiharkan keluar parti pada hari ini ialah bekas anggota Parlimen Bandau Henry Madatang dan calon PKR Parlimen Papar pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Jomi Kamadan.

Beliau telah dimaklumkan banyak lagi dalam kalangan penyokong pemimpin-pemimpin PKR itu akan turut serta keluar parti dan memberi sokongan kepada BN.

"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada mereka atas keyakinan untuk mengalih sokongan kepada BN dan ini menggambarkan usaha kita untuk melakukan perubahan dan transformasi kepada negara khususnya Sabah, mendapat kepercayaan dan keyakinan mereka.

"Mudah-mudahan dengan ini BN akan dapat berkhidmat dengan lebih berkesan kepada rakyat Sabah," katanya.

Najib berkata tindakan mereka keluar parti tidak sekali-kali dipengaruhi BN.

"Tak mungkin, sebab mereka sudah hilang kepercayaan (kepada parti PKR), itu pokoknya," katanya.

Ditanya sama ada PKR akan terus lumpuh dengan perkembangan itu, beliau berkata PKR akan cuba mengumpulkan semula kepimpinan parti itu di Sabah tetapi kekuatan sebenar parti terletak kepada pemimpin yang keluar PKR hari ini dan mereka yang bakal keluar parti. - Bernama




Read More...

Baru teringat nak panggil duta Singapura? hehehe...

Wisma Putra akan panggil duta Singapura

Wisma Putra dalam proses memanggil duta Singapura bagi memohon penjelasan mengenai dakwaan terhadap intipan republik itu terhadap Malaysia, seperti dilaporkan media, kata timbalan perdana menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun enggan mengulas lebuh lanjut dan menyatakan perkara tersebut kerana ia dalam bidang kuasa nenteri luar.

"Kita memandang serius dakwaan (pengintipan) ini, jadi kita sudah ambil langkah (berkaitan)," kata beliau.

Read More...

Peguam saman peguam negara RM47 juta

KUALA LUMPUR - Seorang peguam telah memfailkan saman berjumlah lebih RM47 juta terhadap Peguam Negara, bekas Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kerajaan Malaysia dan tujuh lagi atas dakwaan mendakwanya secara salah.

Rosli Dahlan, memfailkan saman itu Jumaat lepas di Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Kumar Partnership.


Media memperoleh writ samannya hari ini.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau menamakan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, SPRM, Kerajaan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, tiga Timbalan Pendakwa Raya, seorang pegawai penyiasat SPRM, dan seorang pegawai polis sebagai defendan.

Rosli mendakwa defendan-defendan dengan niat jahat menangkapnya dan mendakwanya di mahkamah berhubung kes di bawah SPRM.

Peguam itu berkata bagaimanapun beliau telah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 20 Disember 2010.

Beliau mendakwa tindakan defendan-defendan telah menyebabkannya dan keluarganya mengalami trauma, penghinaan, cemuhan, ejekan, kesakitan dan penderitaan.

Rosli menuntut ganti rugi punitif, teruk dan teladan berjumlah RM47 juta dan ganti rugi khas berjumlah RM750,000, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah. - Bernama



Read More...

Bil elektrik: Najib angkuh, hina rakyat miskin

Kenyataan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertahankan bil elektrik di kediaman rasminya berjumlah RM2.2 juta setahun, disifatkan menghina rakyat miskin, tegas Rafizi Ramli.

“Najib lupa masih ada rakyat negara ini tidak menerima bekalan elektrik terutama di pedalaman. Kalaupun ada, mereka masih menggunakan lilin setiap kali bekalan elektrik terganggu waktu malam.


“Kenyataan ini sangat angkuh, tidak wajar dan satu penghinaan kepada rakyat miskin,” kata Pengarah Strategi KEADILAN itu ketika dihubungi.

Najib hari ini dilapor menyelar pihak yang mempertikaikan bil elektrik di kediaman rasminya di Seri Perdana dengan mengatakan “Bila presiden China datang, takkan nak makan dengan diterangi cahaya lilin”.

Sebelum ini KEADILAN mempersoalkan bil elektrik dan air kediaman rasmi PM dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin RM10 juta setahun.

Manakala kos penyelenggaraan bagi tempoh sama kedua-dua kediaman rasmi mereka RM49 juta setahun.

Sementara itu, Rafizi turut menyelar kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan di Parlimen kononnya kerajaan menjadikan pemotongan subsidi secara berperingkat sebagai kaedah menangani hutang negara yang kian melonjak.

Katanya, tanpa pemotongan subsidi, negara mampu menangani hutang dengan memotong perbelanjaan termasuk bayaran jutaan ringgit kepada perunding swasta, seperti didedah baru-baru ini.

“Jika perbelanjaan kerajaan berhemah, tidak rasuah, kita yakin subsidi bukan sahaja tidak perlu dipotong, malah boleh ditambah sekaligus harga barang boleh diturunkan khasnya harga minyak,” katanya lagi.

- http://www.keadilandaily.com/?p=56803


Read More...

Dua Kem Tentera Digadai Untuk Dapat Duit..

KUALA LUMPUR - PR hari ini mempertikaikan tindakan kerajaan yang membiarkan sebuah syarikat kontraktor menggadaikan tanah seluas kira-kira 155 hektar milik dua kem tentera bagi tujuan mendapatkan pembiayaan kewangan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengulangi pendedahan yang dibuat dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 berkata, syarikat Kausar Corporation Sdn Bhd telah mencagarkan tanah yang menempatkan Kem Majidee dan Tebrau itu kepada Malaysian Building Society Berhad (MBSB) bagi mendapatkan pinjaman berjumlah RM465 juta.


Menurut Mahfuz, tindakan kontraktor itu bertujuan menyiapkan projek Pembinaan Kompleks 7 Briged, Kem Skudai, Johor Bharu yang sehingga kini masih terbengkalai.

"Sehingga hari ini, laporan kemajuan kerja projek tersebut masih berada di tahap 18.3 peratus dan perkara itu juga disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara 2002 dan 2009.



Read More...

Speaker Parlimen Anggap Isu Malaysia Diintip Tidak Penting..?

Usul tergempar mengecam pengintipan tiga buah negara ke atas Malaysia yang dibentangkan Shamsul Iskandar Md Akin (PKR-Bukit Katil) ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia atas alasan ia tidak perlu disegerakan untuk dibincangkan.

Usul itu yang dibentangkan menurut Peraturan Mesyuarat 18(1) bertujuan mengutuk tindakan Amerika Syarikat, Singapura dan Australia yang didakwa bekerjasama sesama mereka untuk memintas maklumat radio, telekomunikasi dan Internet negara bagi mengintip pimpinan negara.


Dakwa Shamsul, akhbar Australia Der Spiegel dan Sydney Morning Herald sendiri melaporkan terdapat risikan dibuat ke atas Malaysia oleh kedutaan AS dan Australia seperti didedahkan bekas kontraktor keselamatan AS, Edward Snowden.

"Yang terkini, seperti dilaporkan media Belanda iaitu NRC Handelsblad, Singapura juga didedahkan sebagai turut membantu menyediakan akses komunikasi dan menjadi rakan utama dalam kumpulan perisikan '5-Eves' yang diketuai AS bagi tujuan merakam perbualan telefon dan memantau rangkaian komunikasi di Kuala Lumpur.

"Selanjutnya media Australia, Fairfax pula mendedahkan bahawa Singapura merupakan rakan kepada agensi risikan elektronik Australia iaitu "Defence Signals Directorate" untuk memintas kabel SEA-ME-WE 3 yang merupakan kabel telekomunikasi terpanjang di dunia dan diuruskan Singtel, syarikat telekomunikasi milik kerajaan Singapura.

"Sementara kita memperakui hubungan diplomatik yang terjalin antara Malaysia dan AS, Australia serta Singapura di mana asas utama kepada perhubungan ini ialah kepercayaan sesama negara, akan tetapi aktiviti pengintipan dan risikan terhadap setiap pimpinan negara ini tentunya mencabuli negara Malaysia yang berdaulat dan merdeka," katanya sewaktu membacakan usul tersebut.

Menurutnya, Malaysia perlu mencontohi Brazil, Jerman dan Indonesia yang telah menzahirkan protes mereka antaranya dengan menuntut permohonan maaf serta memanggil pulang duta mereka di Australia.

"Kegagalan pihak kerajaan khususnya perdana menteri untuk mengeluarkan pendirian yang tegas akan menyebabkan tindakan biadap ini terus berlaku," katanya di dalam Dewan Rakyat.




Read More...

Bekas pengarah CID dedah sogokan wang dalam kes Pulau Batu Puteh



Bekas Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini mendedahkan wujud sogokan wang yang menyebabkan kekalahan Malaysia dalam kes Pulau Batu Puteh pada tahun 2007.

Pendedahan tersebut telah dilakukan dalam bentuk Akuan Bersumpah (SD) setebal 31 muka surat, yang telah juga dihantar Pejabat Perdana Menteri 9 Oktober lalu.

"Dalam surat iringan kepada Perdana Menteri, saya merayu beliau untuk memfokuskan perhatian kepada perenggan 54 (e),(f) dan (g) SD tersebut, yang melibatkan maklumat mustahak, berkaitan salahlaku Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail, ketika mengendalikan kes Pulau Batu Puteh.



"Turut dimuatkan ialah maklumat menyatakan bahawa terdapat wang dalam amaun yang besar, telah bertukar tangan dan dipindahkan kedalam sebuah akaun di-Hong Kong," kata Mat Zain dalam satu kenyataan yang ditandatanganinya hari ini.

Beliau mempertahankan dakwaannya sebelum ini ke atas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, menuduhnya menjadi punca kepada kekalahan Malaysia dalam perbicaraan di Mahkamah Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2007 tersebut, yang menyebabkan pulau itu terpaksa diserahkan kepada Singapura.

"Dalam perenggan penting ini,telah dirakamkan maklumat menyatakan bahawa Gani Patail telah dengan sengaja, menyebabkan kekalahan kes Pulau Batu Puteh kepada Singapura,ketika prosiding di-Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang berlangsung dalam tahun 2007," katanya lagi.

Mat Zain mengulangi tuduhannya ke atas Gani dengan mengatakan beliau meletak gambar salah ketika perbicaraan tersebut.

"Untuk membuat penilaian mengenai kebenaran maklumat ini,ianya hendaklah dibaca bersama dengan nota prosiding ICJ berkaitan perbalahan Pulau Batu Puteh yang diumumkan pada 23.5.2008.

"Kajian menunjukkan memang benar terdapat perbuatan memasukkan satu keping 'gambar kontroversi' beberapa hari sebelum prosiding bermula, yang boleh dilihat sebagai percubaan untuk memperdayakan Panel ICJ.

"Bagi membuat appraisal yang lebih tepat,maklumat mustahak ini juga hendaklah dibaca bersama dengan apa apa perbuatan memalsukan keterangan dan termasuk gambar yang dikemukakan sebagai keterangan dalam sesuatu prosiding kehakiman yang lampau dan melibatkan Gani Patail jika ada," tambahnya lagi.

Sebelum ini, Putrajaya telah menafikan tuduhan tersebut menerusi jawapan di Dewan Rakyat, dengan berkata tuduhan tersebut tidak berasas dan dilakukan tanpa menyemak terlebih dahulu.

"AG tidak mengetuai kes tersebut dan mempunyai kata putus dalam mengendalikan kes tersebut.

"Jadi tuduhan bahawa AG menunjukkan gambar salah seperti didakwa oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berasas dan dibuat tanpa semakan," jawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri selepas isu tersebut dibangkitkan di Dewan Rakyat.

Menurut Mat Zain, sekiranya pendedahan awal dibuat sebelum pemilihan Umno yang berakhir baru-baru ini, ia pasti memberikan impak kepada perwakilan dari Sabah yang bertanding memandangkan pertalian yang wujud antara Gani dengan ahli politik negeri tersebut.

Sementara itu, Mat Zain menggesa supaya Putrajaya menimbangkan untuk membuat rayuan di ICJ dalam kes Pulau Batu Puteh demi maruah negara.

"Kita masih mempunyai empat setengah tahun lagi,untuk mengemukakan rayuan kepada ICJ sekiranya mempunyai bukti kukuh untuk berbuat demikian.

"Walau sekecil mana pun peluang yang kita ada,kita tidak boleh membiarkannya begitu sahaja," tegasnya lagi.

Media sebelum ini mendedahkan pertemuan Mat Zain dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan salah laku Gani. Pertemuan itu dikatakan turut dihadiri peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan bekas setiausaha politik kepada Dr Mahathir, Matthias Chang.

Selain kes Batu Puteh, mereka juga dikatakan berbincang mengenai kes mata lebam Anwar.

Selepas pertemuan itu, Mat Zain pada 7 Oktober membuat satu akuan bersumpah yang antara lain mendakwa salah laku Gani dalam kes mata lebam Anwar.

Akuan bersumpah itu kemudiannya dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dengan salinan kepada Peguamcara Negara Datuk Idrus Harun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan juga dikatakan diterima oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin. – TMI


Read More...

Langsuir ganggu penduduk

PASIR PUTEH - Cerita langsuir mengganggu penduduk yang sebelum ini hanya diketahui penduduk di beberapa kampung di sini dan Jerteh, Terengganu akhir-akhir ini menjadi perbualan hangat apabila isu itu tersebar melalui laman sosial.

Cerita itu menarik perhatian penduduk dari luar kawasan yang memasuki kampung terlibat seperti Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang (Pasir Puteh) dan Kampung Penaga Putar (Jerteh) secara berkumpulan.


Tinjauan Sinar Harian mendapati ada penduduk mengakui terserempak dengan lembaga berambut panjang yang berterbangan sambil mengilai dengan suara mengerikan tapi ada sesetengah penduduk menafikannya.


Rujuk mereka yang layak

Pegawai Agama Jajahan, Ahmad Talhah Ab Rahman berkata, beliau tidak jelas mengenai perkara itu kerana hanya mengetahui cerita mengenai langsuir itu melalui Facebook.

“Susah nak cakap sebenarnya. Tak nak percaya tak boleh juga kerana kita kena ingat Islam juga mengajar umatnya mempercayai perkara ghaib seperti wujudnya jin dan syaitan.

“Cuma jangan kita panik dan terlalu takut kerana ia boleh menjejaskan iman. Kena sama-sama jaga akidah dengan sentiasa merujuk kepada pakar atau orang yang layak membicarakannya,” katanya.

Beliau tidak menafikan ada mendengar cerita mengenai bomoh yang berjaya ‘menangkap hantu’ namun katanya, perlu berhati-hati kerana jin juga mungkin menipu dengan berpura- pura terperangkap.

Ahmad Talhah berkata, sekali pun langsuir didakwa penduduk itu betul, makhluk itu tidak memudaratkan kerana ia mungkin jin yang mahu mengganggu manusia.


Suara mengerikan

Penduduk Kampung Penaga Putar, Tuan Muda Tuan Mat, 48, berkata, dia melihat kelibat lembaga yang berterbangan sambil mengilai panjang ketika pulang ke rumah dengan menunggang motosikal jam 12 tengah malam, minggu lalu.

Katanya, walaupun tidak nampak dengan jelas ketika dia memberhentikan motosikal, suara lembaga itu menyebabkan bulu romanya meremang dan memaksanya bergegas pulang.

Perasaan takut datang lagi ketika saya tersedar dari tidur pada malam itu. Sebelum ini saya ada dengar orang kampung cerita pasal langsuir tetapi saya tidak percaya sehinggalah saya berdepan dengannya.

"Saya pernah beberapa kali terserempak dengan hantu. Suara langsuir menyeramkan tapi saya tak endahkan,’ katanya.


Sudah dipasung

Seorang bomoh dari Kampung Gong Manak, Ramli Yusof, 41, ketika ditemui mendakwa telah menangkap kesemua empat langsuir yang mengganggu penduduk iaitu dua di Gong Pasir, satu di Gong Tinggi dan satu di Gong Lapang.

Katanya, lembaga dengan ketinggian paras pinggangnya itu ditangkap dengan bantuan seorang rakan tidak sampai 10 minit dengan menggunakan ayat al-Quran.

“Saya ‘memasungkannya’ di satu tempat khusus dan akan ‘menghantarnya balik ke tempat asal’ selepas 40 hari ditangkap. Saya tidak tahu dari mana ia datang kerana inilah kali pertama saya menangkap langsuir.

“Sebelum menangkap, saya membaca jampi di rumah dan ketika itu, penduduk memberitahu terdengar langsuir berteriak seperti kesakitan, bukan lagi mengilai,” katanya yang terlibat dengan aktiviti seperti itu sejak empat tahun lalu.



Read More...

Mahfuz 'Lepas Geram' Di Parlimen

KUALA LUMPUR: Kegagalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mempertahankan jawatan naib presiden dalam pemilihan parti yang diumum semalam, menjadi bahan usikan beberapa penyokong kerajaan di Dewan Rakyat hari ini sekali gus mencetuskan kekecohan.

Mereka menyifatkan Mahfuz yang membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan, berucap seolah-olah "melepas geram".


Mahfuz yang dalam perbahasannya menganggap kerajaan tidak serius menjaga kebajikan tentera kedengaran berkata: "Walaupun tak ada jawatan, saya datang sini pagi-pagi untuk lawan Umno".

Kenyataannya mendorong Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) bangun mencelah dengan mengatakan walaupun kalah, Mahfuz masih bersemangat dan ternyata anggota PAS silap kerana tidak mengekalkannya sebagai naib presiden parti itu.
Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) yang turut bangun mencelah berkata PAS sendiri gagal menguruskan pemilihan parti dengan baik sehingga Mahfuz gagal mempertahankan jawatan itu.

"Saya dengar ucapan Pokok Sena ada bernasnya, tetapi peliknya orang PAS tidak pilih. Dok (Sibuk) cakap pengurusan negara, kewangan dan tanah, yang PAS urus pilihan raya parti pun tak betul pasal apa?

"Jadi, sebab pengurusan parti tidak betullah Yang Berhormat (YB) kalah, mungkin kalau kira kali keempat YB boleh menang," katanya.

Sindiran Noh itu menyebabkan Mahfuz membalas dengan menyasarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai "pekak badak" kerana tidak mendengar aduan berhubung proses pilihan raya umum baru-baru ini.

"SPR orang dah beritahu berpuluh kali, tunjuk perasaan pun tak reti, pekak badak...mereka (penunjuk perasaan) kena tangkap, sembur dengan gas pemedih mata pun buat tak reti juga," katanya.

Keputusan pemilihan PAS yang diumum semalam menyaksikan Mahfuz kalah dengan perbezaan 16 undi kepada Datuk Husam Musa yang meraih tempat ketiga selepas menerima 520 undi.

Dua lagi jawatan naib presiden dimenangi oleh Salahuddin Ayub (917 undi) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (849 undi).
Persidangan Dewan bersambung esok. BERNAMA


Read More...

Monday 25 November 2013

'Kerana Satu Lubang..'

Sidang Dewan Rakyat yang agak suram petang ini bertukar gamat seketika apabila Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof menyelar pihak yang jarang berterima kasih dengan jalan raya yang dibina oleh kerajaan BN.

Menurutnya, kerajaan telah banyak membina jalan raya selama ini namun, rakyat hanya memandang kepada lubang-lubang kecil yang muncul pada jalan-jalan itu.


"Dari dahulu sampai sekarang 50 tahun dulu, jarang kita bercakap dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan BN.

"Begitu banyak jalan dilakukan, kita jarang ucap terima kasih. Sebab kita hanya bercakap 100 kilometer jalan cantik yang kita jalan, kita akan mengutuk jalan yang satu lubang yang kita lalui.

"Jadi saya harap kita kena praktikal, banyak sudah yang dilakukan kerajaan BN," katanya dalam Dewan Rakyat petang tadi.

Kenyataan itu mendorong MP Shah Alam, Khalid Samad untuk bangun mencelah dan membantah.

"Menteri jangan membutakan mata, banyak negara lain bina jalan tapi tak ada tol.

"Berapa banyak negara lain bina lebuh raya tetapi tiada penswastaan.

"Cukai pendapatan kita, mana pergi semua itu?" tegas Khalid Samad.

Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya diam sepanjang pertengkaran kecil itu kemudiannya mengusik Khalid Samad apabila beliau duduk.

"Saya menanti-nanti satu hari nanti Shah Alam (Khalid Samad) jadi menteri kerja raya, tengok macam mana dia hendak menjawab," usik Pandikar Amin.

Usikan tersebut mendorong G Manivanan (PKR-Kapar) untuk bangun dan mengaminkan usikan tersebut.

"Amin, amin," kata Manivanan sambil Khalid Samad tersenyum-senyum dengan kenyataan itu.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan Stephen Wong Tien Fatt (DAP-Sandakan) dan Datuk Wilfred Madius Tangau (BN-Tuaran) tentang status Lebuh Raya Pan Borneo di dua negeri itu.

Beliau sebelum itu menyebut tentang hasrat kerajaan untuk mencari pelabur yang sanggup melabur untuk membina lebuh raya bertol di negeri-negeri itu.


Read More...

Dap dan PKR bergaduh kerana 'seekor kucing kurap'

Ahli Parlimen Nibong Tebal Mansor Othman hari ini menegur rakan sejawatnya daripada DAP ekoran kenyataan kontroversi "kucing kurapnya" yang merendah-rendahkan pegawai berpangkat rendah.

Mansor yang juga pengerusi PKR negeri itu menggesa Ooi menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kerana ia bertentangan dengan semangat dalam Pakatan Rakyat.


"Jika mahu menegur penjawat awam, beliau perlu melakukannya melalui saluran yang betul.

"Gangguan sedemikian tidak mencerminkan profesionalisme sebagai seorang anggota Parlimen," kata Mansor.

Tambahnya lagi, komen Ooi itu tidak sesuai dan tidak sepatutnya kerana istilah yang digunakan itu bersifat keji dan tercela.

Ooi: Mansor jangan jadi 'tokong'

Ooi bagaimanapun mempertahankan ucapannya dan menyindir kembali Mansor: 

"Kita hampir terlupa beliau di Pulau Pinang. Adakah dia 'tokong' di sini? Jangan cuba jadi tokong."

Ogos tahun lalu, Mansor terpalit kontroverso ekoran bocornya minit mesyaurat PKR yang mendedahkan beliau melabelkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai tokong.

Bernama semalam melaporkan, lawatan Ooi di Pasar Jelutong di George Town bertukar 'kecoh' apabila seorang pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menggesanya menggugurkan label 'kucing kurap' yang ditujukan kepada kakitangan bawahan MPPP, Sabtu lepas. 

Ketika ditanya, Ooi mengaku memberi label 'kucing kurap' kepada kepada beberapa pegawai MPPP kerana mereka tidak membawa perangkaan terkini mengenai kedudukan penjaja di Jelutong selain tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi lawatan itu.

"You are insulting me by sending a lower officer itu 'kucing kurap' (anda menghina saya dengan menghantar pegawai pangkat rendah itu 'kucing kurap')... 

"Kita nak selesaikan masalah tetapi pegawai kanan itu serah kepada seorang yang lebih junior dan mereka tidak boleh buat keputusan," beliau dipetik sebagai berkata oleh Bernama. 



Read More...

Bekas Pengerusi SPR Sertai Perkasa

Setelah lama menyepi, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dengan harapan penyertaannya dapat membantu kaum majoriti itu untuk terus berkuasa.

Beliau tampil dalam Mesyuarat Agung Perkasa Wilayah Persekutuan semalam selepas menyertai pertubuhan itu enam bulan lalu.


Sebab menyertai Perkasa: Abdul Rashid mahu memperjuangkan hak orang Melayu dan memastikan ia terus relevan selepas pilihan raya umum akan datang.

Walaupun Perkasa dilihat berpihak kepada Umno, namun nama parti itu tidak pernah disebutkan dalam ucapan mahu pun sidang media.

“Dengan pengalaman dan pengetahuan saya bersama SPR, saya akan membantu Perkasa mencapai matlamat tersebut,” katanya yang ditemui semasa mesyuarat di Kuala Lumpur semalam.

Abdul Rashid, 69, berkata beliau telah berulang kali dijemput menyertai pertubuhan itu oleh presidennya, Datuk Ibrahim Ali.

“Ketika saya memutuskan untuk turut serta, saya memberitahu Ibrahim tidak mengapa sekiranya saya menjadi ahli biasa namun beliau meminta saya untuk menjadi ahli majlis kerana menurutnya lebih mudah bagi saya melontarkan pandangan bagi menambah baik organisasi,” kata Abdul Rashid.

Pastikan Melayu kekal berkuasa

Semalam, Abdul Rashid dalam ucapannya mencadangkan sepintas lalu beberapa perkara yang harus dilakukan pertubuhan Bumiputera itu.
“Banyak perkara yang harus kita lakukan. Bukan sekadar bercakap tetapi harus bertindak.

Pertama sekali kita harus hormat pemimpin kita (Ibrahim Ali),” katanya berucap di hadapan 300 ahli Perkasa.

Beliau turut mengingatkan bahawa Perkasa perlu lebih fokus.

Abdul Rashid berkata Perkasa kini bertindak seperti anggota bomba yang bergegas memadamkan kebakaran, Perkasa hanya bercakap dan bertindak jika terdapat isu berkait dengan hak orang Melayu.

“Kita tidak boleh berkejar ke sana sini. Kita perlu fokus dan terus berjuang sehingga sesuatu yang dikerjakan berhasil,” katanya.

Beliau berkata Perkasa bukanlah tempat mendapatkan wang atau pun kuasa dan ahlinya tidak perlu mempersoalkan hal itu.

“Saya tidak ke sini mencari kuasa dan wang. Menyertai Perkasa bermakna saya perlu sedia berjuang,” katanya.

Bekas pengerusi SPR itu berkata, orang Melayu perlu kekal mendapat kuasa politik kerana negara ini kepunyaan mereka.

“Tanah ini dipanggil Persekutuan Tanah Melayu. Semasa mendapatkan kemerdekaan ia telah ditukar kepada Malaya dan selepas beberapa negeri menyertainya, ia ditukar kepada Malaysia Barat.
Beliau berkata selaku bekas pengerusi SPR, beliau tahu cara mengekalkan kuasa orang Melayu.

Katanya, tiga proses persempadanan semula yang berlaku semasa beliau berada dalam SPR telah mengekalkan kuasa orang Melayu.

“Kami lakukan secara sah dan teliti. Mereka yang kalah semasa pilihan raya umum lalu mendakwa kami melakukan kesalahan. Jika betul, mengapa Barisan Nasional tewas di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor?” tanya Abdul Rashid.



Read More...

Bodoh Bertingkat-Tingkat..


lepas ni kita yang sokong PR tak payahlah dikutip cukai oleh kerajaan...

naimniamat


Read More...

Sunday 24 November 2013

Bloggers Umno Meroyan Gila Dengan Kepimpinan Baru Pas..














Read More...

Tak bayar cukai, pengkhianat negara..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata mereka yang mengelak daripada membayar cukai boleh dianggap melakukan pengkhianatan kepada negara.

Ini kerana, katanya kewajipan membayar cukai merupakan satu daripada semangat patriotisme terhadap negara.



"Definisi patriotisme dalam negara kita ialah apabila kita melunaskan tanggungjawab kepada negara untuk kebaikan negara dan rakyat.

"Bila bayar cukai kita tolong rakyat, kita tanamkan semangat ini, dengan ini negara kita akan lebih berjaya," katanya ketika merasmikan Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (Pena) di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri
Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalan Menteri
Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang juga Pengerusi Sekretariat Pena. - Bernama,


Read More...

Ulama Pas Perlu Berfikiran Terbuka Berkaitan Seni

Pengerusi Lajnah Kesenian dan Kebudayaan PAS Dr Muhaimin Sulam menyeru para pemimpin parti tersebut, khususnya golongan ulama untuk lebih berfikiran terbuka dalam isu kesenian bagi membolehkan parti Islam itu dilihat lebih inklusif.

Katanya, golongan itu harus mengenali dan mendampingi insan seni bagi membolehkan mereka lebih mengenali masyarakat.


"Orang PAS kena tahu beza ghazal, zapin dan sebagainya. Jangan hanya fikir warak, feqah, dan siasah syariah. 

"Kita perlu tahu terma semasa supaya mengenali masyarakat, bukan hanya mengenali batang tubuh sendiri," katanya dalam ucapan penggulungan lajnah tersebut di persidangan Muktamar PAS ke-59 di Shah Alam.

Muhaimin yang tampil dengan imej rambut dan janggut panjang turut menarik perhatian perwakilan, yang kebanyakannya hadir dengan berjubah, apabila memetik bait-bait dari lagu kumpulan balada popular Jerman, Scorpions dalam ucapannya.

Petikan lirik lagu balada bertajuk Wind of Change tersebut bagi menguatkan saranannya agar golongan dalam PAS berani untuk berubah.

Beliau menonjolkan perkara tersebut bagi mengulas pandangan oleh seorang perwakilan Kedah, yang mempertikaikan penganjuran Program Karnival PAS For All selama tiga hari bermula hari Jumaat lalu.

Program tersebut dikritik kerana menampilkan persembahan kumpulan rock bersama artis yang kini bersama PAS – Sham Kamikaze dan Nazmi Karim – pada hari Jumaat.


Read More...

Pemilihan PAS: Kempen agresif kumpulan pro ulama memakan diri




Sejak selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu, kumpulan pro ulama dalam PAS sudah memulakan kempen di media sosial seperti Facebook untuk menyerang kumpulan profesional dalam parti Islam itu bagi memastikan calon-calon mereka terpilih.

Kempen yang dikendalikan oleh jentera-jentera muda menggunakan pelbagai label seperti Syiah, liberal dan macam-macam lagi untuk memburukkan musuh mereka.

Akan tetapi, keputusan pemilihan PAS di Muktamar ke-59 yang masih lagi berlangsung hari ini membuktikan sebaliknya apabila kebanyakan pemimpin yang diserang dengan pelbagai label terpilih oleh majoriti perwakilan parti Islam itu dari seluruh negara.

Mohamad Sabu yang dikatakan ketua kepada kumpulan profesional atau Erdorgan berjaya menewaskan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah daripada kem pro ulama dengan majoriti 98 undi.

Keputusan bagi jawatan tiga Naib Presiden PAS hanya akan diumumkan hari ini selepas selesai kiraan semula undi malam tadi akibat perlawanan terlalu sengit di antara lima calon yang bertanding iaitu Datuk Husam Musa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Abu Bakar Chik.

Sementara bagi jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat menyaksikan 11 dari 18 anggotanya daripada kumpulan profesional yang kesemuanya merupakan penyandang mempertahankan jawatan mereka.

Mereka adalah Mazlan Aliman, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, Datuk Ir Amirudin Hamzah, Dr Mohd Hatta Ramli, Datuk Dr Mujahid Yusof, Dr Dzulkefly Ahmad, Mohamed Hanipa Maidin, Datuk Kamarudin Jaffar, Khalid Samad, Dr Syed Azman dan Dr Siti Mariah Mahmud.

Kumpulan pro ulama pula berjaya menghantar empat tokoh muda mereka ke dalam Jawatankuasa PAS Pusat iaitu Nasrudin Hassan, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, Nik Zawawi Salleh dan Dr Ridhuan Mat Nor.

Selain itu, tiga lagi yang menang yang dikira penyokong pro ulama adalah Idris Ahmad, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Nuridah Salleh.
Ini membuktikan kempen-kempen menghentam kumpulan profesional di media sosial yang turut mendapatkan sokongan akhbar milik Umno seperti Utusan Malaysia tidak berjaya membuahkan hasil.

Seorang penganalisis politik memberitahu penulis beberapa hari lepas ramai yang terlupa bahawa walaupun PAS kini mempunyai penyertaan ramai daripada golongan profesional dan sudah menggunakan media sosial untuk berkomunikasi, ia tetap merupakan sebuah parti politik konservatif.

“Watak parti konservatif ahli-ahli akan mengekalkan penyandang jawatan selagi mana pemimpin itu ‘tidak buat hal’.

“Nasharuddin Mat Isa dahulu buat hal itu dan ini. Sebab itulah beliau kalah,” kata penganalisis politik veteran itu dengan syarat namanya dirahsiakan.

Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu sebelum ini memberitahu portal The Malaysian Insider kempen kali ini paling buruk dalam sejarah 35 tahun penyertaannya dalam PAS.

''Sepanjang 35 tahun saya berada dalam PAS iaitu sejak 1978, inilah kempen paling teruk pernah saya lihat.''

Mohamad menegaskan, pelbagai kempen dijalankan oleh ahli PAS termasuk dengan cara menyerang dan melabelkan pihak yang tidak dipersetujui oleh masing-masing dengan menjadikan Facebook, SMS dan blog sebagai medan utama.

''Untuk menjatuhkan seseorang pemimpin PAS, pelbagai label diberikan. Paling popular ialah Syiah dan yang kedua, liberal,'' katanya.
Dalam analisis wartawan veteran Zulkifli Sulong, beliau mengatakan pemilihan PAS kali ini membuktikan perwakilan dari seluruh negara memilih tokoh dan bukannya label atau sesuatu kelompok dalam parti Islam itu.

Ternyata kempen agresif kumpulan pro ulama untuk menyerang individu tertentu dan memberikan pelbagai label kepada mereka tidak berjaya membuahkan hasil. – tmi


Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP