Monday 29 April 2019

Adinda TMJ Dipuji Kerana 'Anak Jantan'



CARA TUNKU TEMENGGONG JOHOR BARU BETUL!! BERTANDING PADA PRU15 CEBURI POLITIK SECARA SEPENUH MASA!! TMJ PATUT IKUT CARA INI!!



Sekiranya benar Tunku Temenggong Johor berhasrat bertanding pada pru15 dan ceburi politik secara sepenuh masa; itu barulah cara yang betul!!

TMJ sepatutnya ikut prinsip ini!! Kalau hendak cakap politik; turun dari takhta ceburi lah bidang politik secara sepenuh masa!! Kaedah ini baru betul!!

Jangan berselindung di sebalik takhta dan membuat kenyataan-kenyataan berbaur politik!!

Sejarah telah membuktikan bahawa ramai daripada kerabat diraja berjaya dalam bidang politik.

Antara kerabat-kerabat diraja yang berjaya dan cemerlang di bidang politik seperti almarhum ytm tunku abdul rahman putra al haj, ybm tunku razaleigh hamzah, ym tengku ahmad rithaudeen, ym tengku azlan shah serta beberapa lagi.

Kita bukan marah pada tmj tetapi beliau tidak memahami asas perlembagaan berteraskan raja berperlembagaan.

Adalah tidak adil untuk melibatkan diri serta buat pelbagai kenyataan-kenyataan politik kerana kerabat diraja dapat berselindung di sebalik takhta.

Mereka boleh kritik dan kutuk orang-orang politik tanpa asas kukuh tetapi rakyat marhaen tidak boleh mengkritik kerabat diraja kerana tertakluk di bawah akta hasutan serta berbagai akta-akta lain yang menyalahi undang-undang.

Seandainya benar Tunku Temenggong Johor berhasrat untuk bertanding pada pru15; saya secara jujur dan ikhlas 'angkat topi' pada beliau!!

Dalam masa yang sama juga saya secara ikhlas dengan penuh perasaan rendah diri ingin menasihati TMJ untuk ikut jejak langkah ini!!

Selepas itu TMJ nak cakap apa pun berkaitan dengan isu-isu politik sudah menjadi hak mutlaknya!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Penyelaras Parlimen Jasin
29 April 2019

https://m.malaysiakini.com/news/474189











Read More...

Raja Muda Pahang Murka Nama Digunakan Untuk Program UMNO



Tengku Hassanal tak terbabit program 4 putera mahkota


Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah menafikan terbabit dalam program 'Santai Teh Tarik Bersama 4 Putera Mahkota' yang dikatakan berlangsung esok.

Sumber Istana Pahang berkata program tersebut yang tular di laman sosial, tidak terkandung dalam jadual program Tengku Hassanal.


"Tuanku Tengku Hassanal juga dijadualkan menghadiri program di Pahang seharian pada esok," kata sumber itu semasa dihubungi Bernama di Kuantan, hari ini.

Sumber tersebut juga berkata Tengku Hassanal bertitah supaya namanya tidak digunakan oleh mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya tanpa kebenaran rasmi Istana Pahang.

Sebelum ini, poster yang mendakwa 'Program Santai Teh Tarik Bersama 4 Putra Mahkota' yang dikatakan akan berlangsung di Mahkota Parade, Bandar Hilir, Melaka pada 5.30 petang esok tular di laman media sosial.

Poster itu memaparkan gambar Tengku Hassanal, Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah serta seorang lagi 'Putera Mahkota' yang tidak dinyatakan identitinya.

- Bernama

Read More...

Saturday 27 April 2019

Ketua Pemuda Umno Buat Kecoh Di Forum Statut Rom




Suasana di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Universiti Malaya Kuala Lumpur gamat seketika ketika sesi soal jawab dalam forum awam membincangkan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Kekecohan berlaku apabila Ketua Pemuda Umno Wilayah, Mohd Razlan Rafii tidak berpuas hati dengan barisan ahli panel forum bekenaan yang didakwa tidak profesional apabila menggelarkan pihak lain sebagai 'bodoh'

Dakwa Razlan, ungkapan itu ditujukan kepada empat ahli akademik yang menulis ringkasan mengenai Status Rom kepada Majlis Raja-raja sebelum ini.


"Kita ini orang yang berpelajaran tetapi tadi kamu menggelar orang lain bodoh dan menggelar empat profesor itu sebagai bodoh.

“Kita semua sepatutnya boleh bercakap dan kamu pun boleh bercakap tetapi kamu tak sepatutnya menggelar orang lain bodoh, kangkung. Tak perlu pun,” tegasnya

Hadir dalam forum itu ialah Peguam Negara Tommy Thomas, anggota G25, Noor Farida Ariffin, pakar perlembagaan Professor Emeritus Dr Shad Saleem Faruqi dan peguam Lim Wei Jiet.

Penganjur forum yang juga aktivis pelajar Asheeq Ali Sethi Alivi sebelum ini turut menjemput empat ahli akademik yang menulis ringkasan Statut Rom kepada Majlis Raja-raja untuk menyertai forum berkenaan.

Bagaimanapun, keempat-empat mereka tidak hadir.

- mkini

Read More...

'Kamu telah masukkan jari dalam kemaluan mangsa'..




Media tempatan sebelum ini melaporkan seorang pembantu perubatan didakwa mencabul pesakit di dalam ambulans yang dalam perjalanan ke Hospital Selayang, Gombak.

Menurut mangsa, ketika kejadian itu berlaku dia berada dalam keadaan sedar tetapi lemah, telah dicabul oleh suspek. Mangsa terus memaklumkan kepada majikannya yang kemudian membuat laporan polis.

Dalam perkembangan terkini kes tersebut, seorang wartawan mendedahkan gambar dan butiran kes tersebut.


"Suspek berusia 22 tahun mengaku dalam soal siasat kepada polis, dia mencabul remaja perempuan berusia 17 tahun kerana mangsa sangat cantik.

"Hari ini tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang. Tuduhan sangat 'SX" jadi boleh baca dalam kertas pertuduhan di bawah," kata Mohd Rezuan Abdul Manap.

Berdasarkan kertas pertuduhan itu, suspek didakwa telah memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa dan menjilat payudara mangsa.

Jika sabit kesalahan, lelaki itu boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.


Read More...

Friday 26 April 2019

Forum Statut Rom : 2 Pensyarah Pengecut Tarik Diri



Aktivis pelajar Asheeq Ali Sethi Alivi mencabar empat ahli akademik yang membentangkan rumusan eksekutif yang digunakan majlis raja-raja untuk menolak Statut Rom, menyertai forum yang membincangkan isu berkenaan esok.

Katanya, keempat-empat ahli akademik itu perlu tegas dalam mempertahankan hujah mereka.

"Saya menggesa mereka untuk hadir sebagai panelis dalam perbincangan sihat, menjawab soalan hadirin, dan mempertahankan hujah mereka.

"Saya mencabar mereka untuk mempertahankan hujah yang mereka bentangkan kepada majlis raja-raja. Jangan lari dan bersembunyi di belakang ahli politik yang mahu kelirukan rakyat. Jadi profesional," katanya kepada Malaysiakini.

Asheeq merupakan jurucakap kepada kumpulan aktivis pelajar yang mendedahkan rumusan eksekutif yang digunakan majlis raja-raja untuk menolak Statut Rom dan mendakwa hujah yang digunakan sebagai berat sebelah.

Tiada usaha rasmi jemput TMJ

Kumpulan aktivis pelajar itu mengadakan forum di Universiti Malaya esok, yang akan menampilkan Peguam Negara Tommy Thomas sebagai salah seorang panelis.

Asheeq berkata dua daripada ahli akademik itu sudah menolak jemputan menghadiri forum berkenaan, sementara dua ahli akademik lain tidak menjawab jemputan mereka.

"Dua yang menolak adalah profesor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Sharahayu Abdul Aziz dan pensyarah undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) Fareed Mohd Hassan.

"Dua yang belum menjawab jemputan ialah profesor undang-undang Rahmat Mohamad dan pensyarah undang-undang Usim Hisham Hanapi," kata Asheeq.

Asheeq berkata, selain dia dan Thomas, panelis lain yang akan tampil ialah pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi, wakil G25 Noor Farida Ariffin dan peguam Lim Wei Jiet.

Aktivis pelajar itu juga menjelaskan tiada usaha rasmi untuk menjemput Tunku Mahkota Johor Sultan Ismail Sultan Ibrahim menyertai forum itu meskipun kumpulan aktivis berkenaan mengalu-alukan kehadirannya.

"Mungkin selepas forum ini, boleh cuba berhubung (dengan istana Johor)," katanya.

Tunku Ismail merupakan antara yang lantang menentang Statut Rom dengan menyifatkan ia akan menggugat kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Awal bulan ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa Malaysia akan menarik diri dari menyertai Statut Rom.

Semalam, peguam negara menafikan dakwaan yang menuduhnya gagak meyakinkan majlis raja-raja berhubung Statut Rom.

Thomas dan Shad Saleem sebelum ini membentangkan kertas kerja kepada majlis raja-raja bagi pihak kerajaan berhubung Statut Rom.

-mkini

Read More...

Jamal Tongkol Buat Lawak Bodoh Sampai Ke Mahkamah




Jamal Md Yunos yang pernah lari ke Indonesia tetap didakwa di mahkamah meskipun mengadu sakit. – Foto MalaysiaGazette

Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa wujud arahan pihak atasan di sebalik pendakwaan kes beliau di mahkamah majistret Ampang hari ini.

Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia itu, tidak menolak kemungkinan pendakwaan tergesa-gesa itu didalangi oleh Peguam Negara, Tommy Thomas yang bertegas meneruskan prosiding meskipun beliau sakit.

“Saya ada bertanya kepada pendakwaraya pada perbicaraan lepas. Kenapa terlalu tergesa-gesa dalam kes saya ini.

“Jadi jawapan mereka kes saya ini dipantau sendiri Tommy Tomato (Thomas), di mana failnya berada di atas meja beliau.

“Saya pun tak tahu motif kerajaan baharu ini. Saya amat yakin dan percaya, mahkamah tidak bersalah, pendakwaraya pun tidak bersalah.

“Tapi ada arahan-arahan yang lain di atas sana untuk menerus dan mempercepatkan pertuduhan ini kepada saya,”

“Apa saja keputusan daripada arahan Tommy, jadi tak apa beliau tergesa-gesa, mungkin dia habiskan (tugas) tamat kontrak dia pada 5 Mei ini, saya tak tahu…Wallahualam.

Jamal mendakwa, perbicaraannya itu merupakan kes pertama dalam sejarah yang mengheret tertuduh ke mahkamah dalam keadaan sakit dan sedang mendapatkan rawatan perubatan.

“Ini adalah kali pertama ada kes sebegini (tertuduh sakit tapi terus dibicarakan),” katanya seperti dilapor MalaysiaGazette.

Sebelum ini bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut melawat Jamal yang terlantar di hospital.

Najib turut merayu agar pihak berkuasa berperikemanusiaan terhadap Jamal yang sakit. – Majalah Review Malaysia

Read More...

MANA NAJIB NAK LARI...




KANTOI !!!.. Akhirnya mahkamah mendedahkan bhw Rosmah & anak2nya juga terima duit sebahagian drpd cek RM2.5 juta yg diterima Najib guna duit2 SRC International.

MANA NAK LARI NAJIB !!!

Ini baru satu kes SRC International RM42 juta dah kantoi.

Belum lagi kes 25 pertuduhan rasuah 1MDB RM2.282 bilion, kes ubah wang haram RM27 juta, 6 kes pecah amanah RM6.6 bilion duit kerajaan Malaysia dan ubah laporan akhir audit 1MDB !!!

#JanganTakutBossKurr

http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1719744

Suara Rakyat

Read More...

Penyamun Melawat Penyamun...




Mahkamah Ampang hari ini keluarkan waran tangkap pada Jamal Tongkol petang tadi kerana gagal hadirkan diri ke mahkamah.

Seperti yang seluruh rakyat Malaysia tahu, Jamal Tongkol berlakun sakit, sengaja masuk ke Hospital Ampang, kononya demam campak.

Najib datang melawat Jamal Tongkol, dan mintak pihak bekuasa bagi keadilan pada Jamal Tongkol yang sedang sakit katanya. Padahal semua pun tahu tektik Jamal Tongkol suka guna hospital. Sebelum ni pun cabut lari ke Indonesia dari hospital yang sama.

Saya harap Polis jangan berlembut lagi dengan puak Penyangak yang sanggup buat apa saja untuk melepas diri. - Otai BERSIH

Baca lanjut apa kata Jamal: https://www.malaysianreview.com/191732/najib-rayu-berperikemanusiaan-jamal-sakit/

Read More...

Wednesday 24 April 2019

Perlembagaan Johor, Terengganu terbatal apabila Perlembagaan Persekutuan dibentuk




Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa Perlembagaan Negeri Johor dan Terengganu terbatal apabila Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk.

Perdana Menteri menerusi catatan dalam laman blog beliau, chedet.cc turut menjelaskan secara ringkas mengenai pembentukan Perlembagaan tersebut serta kegagalan mematuhinya akan menidakkan kedaulatan undang-undang.

Berikut merupakan terjemahan kenyataan Dr. Mahathir yang dimuat naik dalam bahasa Inggeris:

Ketika Triti (atau perjanjian) MacMichael ditandatangani, negeri-negeri di Malaysia telah menjadi jajahan kepada British. Malayan Union akan diperintah sepenuhnya oleh British. Orang-orang Melayu tidak lagi mempunyai tuntutan terhadap negeri-negerinya. Tiada lagi Tanah Melayu.

Orang Melayu bersatu, bangkit menentang. Perpaduan itu telah menyebabkan pihak British terpaksa memansuhkan semua Triti MacMichael. British bersetuju untuk menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu. Secara rasminya nama yang diterima ialah “Persekutuan Tanah Melayu”. Ia tidak lagi menjadi negeri naungan disebabkan triti tersebut.

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi sebagai ketua eksekutif, yang mengetuai Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan. Semua anggotanya dicalonkan oleh Pesuruhjaya Tinggi.

Pada 1955, British memutuskan mengadakan pilihan raya untuk 52 daripada 98 kerusi dalam Majlis Legislatif Persekutuan.

British percaya tiada satu parti akan menang lebih 49 kerusi untuk menuntut hak membentuk kerajaan majoriti.

Tetapi dalam pilihan raya tu Perikatan UMNO, MCA dan MIC telah memenangi 51 daripada 52 kerusi dan berjaya menuntut hak membentuk kerajaan pemerintahan sendiri.

Sejurus selepas itu kedengaran suara-suara dalam kalangan rakyat dan parti dalam kerajaan menuntut untuk kemerdekaan.

Rundingan telah dibuat di London dan akhirnya dipersetujui bahawa Malaya akan merdeka pada 1957.

Sebagai persediaan untuk itu, Suruhanjaya Reid telah ditugaskan merangka Perlembagaan Persekutuan yang merdeka.

Telah dipersetujui Malaya akan menjadi negara demokrasi yang rakyat bebas memilih kerajaan. Raja-raja akan menjadi ketua berperlembagaan tanpa kuasa eksekutif. Kedudukan mereka akan dijamin oleh Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dalam negara.

Parti yang memenangi pilihan raya akan menamakan Perdana Menteri (atau ketua menteri-menteri besar) dan ketua berperlembagaan akan merestuinya.

Jika raja berperlembagaan menolak merestuinya dan mencalonkan serta merestui calon sendiri, parti pemenang boleh menolaknya dalam Dewan, melalui undi tidak percaya.

Perlembagaan Johor dan Terengganu yang diisytiharkan sebelum itu dibatalkan dengan Perlembagaan baharu yang diterima oleh semua negeri dalam Malaysia. Pada 9 Mei 2018, rakyat Malaysia telah pergi mengundi untuk memilih Kerajaan (Persekutuan) Malaysia dan kerajaan-kerajaan negeri.

Penting untuk semua orang menghormati Perlembagaan dan patuh kepadanya. Gagal untuk berbuat demikian akan menidakkan kedaulatan undang-undang. - UTUSAN ONLINE

Read More...

Kes Cabul Shahidan Kassim : Malam Ini Pergi Rumah..




Pendakwaan kes Anggota Parlimen Arau Shahidan Kassim yang didakwa mencabul seorang remaja perempuan bawah umur pada Oktober tahun lepas bermula hari ini dengan dua saksi dipanggil memberi keterangan.

Saksi pertama, guru muzik Sekolah Kebangsaan Kampung Salang, Arau, selaku pengurus kumpulan Buskers DSSK, Azhar Hasan, 49, manakala saksi kedua, Adzleen Junaira Mohd Nasir, 27, yang juga isteri kepada seorang anggota kumpulan itu.

Ketika disoal Pengarah Pendakwa Raya Perlis, Mohd Nordin Ismail, Azhar menggunakan perkataan "sentuhan luar biasa" bagi menggantikan perkataan cabul.

Azhar berkata kumpulan itu sedang membuat persembahan di hadapan Stadium Tuanku Syed Putra Kangar apabila Shahidan tiba menaiki Toyota Harrier dan berhenti tidak jauh dari tempat mereka membuat persembahan kira-kira pukul 11.30 malam.

Katanya seperti biasa dia pergi kepada Shahidan dan melambai ke arah remaja itu (yang berusia 15 tahun tujuh bulan semasa kejadian) supaya datang.

Menurutnya setelah berada dua atau tiga minit dalam kereta, remaja itu dilihat keluar dari kenderaan berkenaan dan berjalan ke arah khemah tempat ibu, bapa dan adik remaja itu menyaksikan kumpulan Buskers DSSK membuat perembahan.

Katanya dia berpendapat sesuatu luar biasa berlaku di antara remaja itu dan tertuduh apabila bapa remaja itu tiba-tiba mengajak pulang sebaik dimaklumkan sesuatu oleh ibunya.

“Saya pula tidak melihat atau mendengar perbualan mereka kerana berada di belakang kenderaan,” kata Azhar

Dia berkata Shahidan kemudian meninggalkan kawasan itu setelah menyerahkan wang RM300 kepadanya.

Shahidan dituduh melakukan amang seksual dengan menyentuh bahu hingga tangan seorang remaja perempuan bawah umur dalam kereta Toyota Harrier di tepi jalan pada kira-kira pukul 11.30 malam di pekarangan Stadium Syed Putra, Kangar pada 20 Oktober tahun lepas.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dituduh mengikut seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Adzleen Junaira pula berkata dia melihat remaja itu berjalan agak laju semasa keluar dari Toyota Harrier Shahidan dan hampir menangis semasa menceritakan kejadian di dalam kenderaan itu.

“Dia cakap kat mak dia, dia dipegang di bahu dan tangan kiri oleh DSSK (gelaran untuk Datuk Seri Shahidan Kassim).

"Saya juga dengar bapanya cakap: Malam ni pi rumah DSSK pun tak apa.” Ini ayat-ayat marah setelah mendapat tahu kejadian pegang bahu anaknya itu daripada isteri beliau,” kata Adzleen.

Katanya dia bersama suami, Saiful Anuar, menemani keluarga itu membuat aduan di Balai Polis Kangar pada kira-kira pukul 3 pagi.

Shahidan diwakili peguam bela Zamri Ibrahim yang dibantu Zuhair Ahma Zakwan, Thalia Rohana Abdul Latiff dan Syed Muhammad Anwar Syed Lokman.

Pendakwaan dijalankan Mohd Nordin Ismail manakala Hakim Mahkamah Sesyen Kangar, Ainul Shahrin Mohamad, mendengar kes itu.

Perbicaraan bersambung esok dengan saksi ketiga akan dipanggil untuk memberi keterangan.

- Bernama

Read More...

Tuesday 23 April 2019

PU Abu Kena Basuh Kaw-Kaw Dengan Wardina



‘Ustaz & Orang Beragama Gatal Sangat Menjijikkan’ – Ini Pesan Wardina Buat PU Abu



Isu Pencetus Ummah Abu yang menceraikan isterinya yang sedang mengandung 7 bulan menerusi Whatsapp mendapat liputan meluas media. Netizen rata-rata mengkritik tindakan pendakwah itu yang disifatkan tidak berperikemanusiaan apatah lagi ke atas isteri sendiri.

Wardina Safiyyah menerusi Instagramnya melontarkan pandangannya berkenaan isu tersebut.

Fitnah wanita terlalu hebat


Sebenarnya tak komen lagi bagus tapi, macam nilah, pada saya bukan juga soal PU or whatever Dai’ ceraikan isterinya waktu sarat TAPI si Abu miang ni dok bercinta dengan perempuan lain (tak kisahlah janda atau tidak) lepas baru dua bulan berkahwin dan sedang menanti kelahiran cahaya mata sulung.

Like seriously? Dua bulan??? Pada saya sebenarnya lagi merana hidup sekiranya terpaksa berhadapan dengan suami yang sedang angau dengan wanita lain. So memang elok lah dilepaskan. But the fact that he fell in love with another women after just 2 months of marriage is just absurd.

Buat para lelaki (tak kisahlah Ustaz ke tidak) Fitnah wanita ni memang terlalu hebat. JANGAN mula. JANGAN berani -berani tanya khabar and disguise it with something else. It’s not worth it. Not worth the heartache and emotional pain that your wife has to go through.

Tak berbaloi berantakan rumah tangga dan berpecah-belah keluarga kerana seorang wanita demi mengejar nafsu yang tidak pernah kenal erti puas. Lepas tu suruh mereka sabar demi agama dan demi pahala sedang hang happy melayan nafsu. Eloklah tu.

Pesan buat Abu dan Hana Azra


Buat Encik Abu semoga Allah buka hati dan mata. Buat Hana Azra (yang kena sama nama dengan anak I ni kenapa *grrrr*?) benarkah anda boleh berbahagia di atas kesengsaraan wanita lain? It’s not worth it. Satu hari nanti anda akan menyesal.

Oklah sorry komen banyak sangat pasal rumah tangga orang. Cuma saya sempat check siapa Abu ni dengan dua orang rakan yang kenal beliau sebelum post ni. Now to all men, go home and for goodness sake just love your wife! .
Sekian

Ustaz dan orang beragama gatal are truly disgusting. I can’t stand their jokes especially randomly dropping hints about marrying another on social media or in their ceramah. (tak class la Ustaz) not taking into account the feelings of their wives or women. Try educating men to value and respect women instead. Above all, they think they can get away with it because they are alim, because they are men and use whatever verses or Hadith to justify their bloody gatalness. Be a man. Respect your wife first and foremost.

Sumber: Wardina Safiyyah

Read More...

ECRL : Fitnah Raja Petra China Dapat Tanah Percuma





China tidak akan diberi tanah percuma di Malaysia sebagai pertukaran kepada pengurangan RM21.5 bilion dalam projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan bahawa 4,500 ekar tanah akan diberi kepada negara itu.

Beliau berkata tiada maklumat berkenaan dakwaan itu kerana tidak dibincangkan dalam mesyuarat kabinet tetapi yakin ia tidak benar.

"Saya tidak fikir (dakwaan) betul kerana kita melihat kepada kontrak (perjanjian tambahan ECRL). Jika ada (terma) tambahan, ia perlu dibawa ke kabinet.

"Setakat ini kami tidak dimaklumkan seperti apa yang dimaklumkan kepada anda (media) berkenaan tambahan 4,500 ekar tanah diberi percuma.

"Apa yang ingin saya katakan ialah 4,500 ekar tanah tidak akan diberi percuma," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Pada 12 April lalu, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) memeterai perjanjian tambahan ECRL di Beijing.

Kos pembinaan projek itu diumumkan telah dikurangkan sebanyak 32.8 peratus kepada RM44 bilion.

Bagaimanapun penulis blog Raja Petra Kamaruddin mendakwa potongan yang diberi CCCC itu adalah untuk pertukaran dengan 4,5000 ekar tanah di tujuh taman perindustrian berdekatan stesen ECRL.

Read More...

2 Pakar Forensik Dakwa Diugut Bersetuju Adib Mati Berpunca Pintu EMRS




Dua pakar forensik yang menjadi saksi pakar bagi prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, terpaksa membuat laporan polis di IPD Subang Jaya pada Sabtu lalu selepas mendapat ugutan serta cubaan mempengaruhi penilaian mereka berhubung kes itu, lapor Malaysia Gazette.

Salah seorang pakar forensik mendakwa, seorang lagi saksi pakar telah cuba menyakinkannya serta seorang lagi saksi lain untuk menandatangani surat persetujuan bahawa kecederaan di bahagian dada kanan dan lengan atas sebelah kanan Adib adalah berpunca daripada pintu kenderaan EMRS.


"Saya membuat laporan ini kerana beliau telah cuba pujuk dan yakinkan saya dan Dr. XX, di luar prosiding mahkamah, untuk bersetuju mengesahkan kecederaan di dada kanan dan lengan atas kanan berpunca dari pintu kiri kenderaan EMRS.

"Selain itu, saya merasa tidak berpuas hati dengan kata-kata beliau "Jika tidak bersetuju, either you going down or I'm going down..."," katanya memetik laporan dari Malaysia Gazette hari ini.

Seorang lagi saksi pakar berkata, tindakan pihak berkenaan bukan sahaja menjejaskan integriti mereka sebagai saksi, bahkan dilihat sebagai satu perbuatan yang tidak menghormati mahkamah.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisionre Fadzil Ahmat, mengesahkan pihaknya menerima laporan itu pada jam 9:28 malam 20 April 2019.

"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 189 Kanun Keseksaan iaitu ugutan bencana kepada seseorang Penjawat Awam," katanya.

Dua pakar forensik yang memberi keterangan dalam inkues tersebut adalah Dr Ahmad Hafizam Hasmi dan Datuk Dr. Md Shah Mahmood.

Sumber: Malaysia Gazettte

Read More...

Bekas Eksukutif SPAD Terencat Akal Ini Dakwa Dianiaya PH



Masa PRU14, mamat ni undi PAS bukan PH...apa plak dakwa PH aniaya..?? otak mana.?





Kepala bapak kau kakitangan kerajaan tak pernah kena tegur bila kritik kerajaan BN dahulu.. Ada yang disenaraihitam dan ditukarkan serta diberhentikan kerja la mangkuk..





Read More...

Monday 22 April 2019

LEBAI PAS yang Failed 🤣😂




LEBAI PAS yang Failed 🤣😂

1. Lebaikrat penyokong Lanunkrat aka Klepetokrat tak pyh le nak hina konon kabinet PH "Failed" nak terjemahkan vision Tun.

2. Tun tu PM yg bijak, otak lebai KELARAH tak akan sampai nak pikir BUKAN anggota Kabinet PH "Failed". So jgn harap nak "PA$sed" lah... kompom lebai sendiri akan "Failed Miserably" klau lebai nak faham vision Tun. Lebai tak akan boleh terjemahkan pun, nak faham pun tak mampu.

3. Kabinet ni bukanlah sempurna, tapi mereka bukan penyamun, tetap berusaha sedaya upaya membuat keputusan yg terbaik secara "collective" dgn kekangan angkara Lanunkrat yg lebai sokong. Lanunkrat tu dengar nasihat EPU pun tak mahu, apa lebai ingat puak tu "Pa$sed"??

4. Kerajaan PH yg diterajui PM dgn barisan Kabinet hari ni TIDAK DAPAT lari dari Perangkap Hutang China gara2 kebodohan Lanunkrat Durjana yg Lebai cinta.

5. Sudah jelas, Perangkap Hutang (Debt Trap) ini angkara shbt Ta'awun lebai la. Klau hadap masalah ni lebai kompom "Failed" jutaan kali ganda. Sekurg2nya byk "re-nego" dgn China sudah berjaya tapi lebai BUTA...Buta kayu..!!

Kredit Zus Din

Dalam Islam harta bukan perlu isytihar, kata PAS
Baca: https://www.malaysiastylonews.com/179929/dalam-islam-harta-tak-perlu-isytihar-kepada-umum-kata-pas

Berita Mimpi - ΔNΔ GHOIB

Read More...

MACAI NAJIB KOYAK GARA-GARA KENA REMOVE DARI GRUP WHATSAPP..




PUTRAJAYA - Pengerusi Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil akan memfailkan saman ke atas pihak yang membuang namanya daripada kumpulan aplikasi WhatsApp Persatuan Penduduk Presint 10 Putrajaya (kejiranan Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri).


Katanya, WhatsApp itu bukan WhatsApp group biasa, ia adalah group persatuan penduduk yang berdaftar.

"Saya adalah tuan punya satu 'property' di sana.

"Namun kini saya tidak lagi boleh 'posting' dan mengikuti perkembangan kejiranan saya di Presint 10 Putrajaya. Ini adalah satu bentuk diskriminasi dan double standard. Saya tahu undang-undang dan saya tahu hak saya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dakwanya namanya telah dibuang daripada kumpulan WhatsApp itu kerana dia selalu berkongsi bahan-bahan dan artikel mengkritik kerajaan.

"Saya pasti ini adalah kerana desakan daripada penyokong-penyokong Kerajaan PH atau admin sendiri yang tidak tahan dan 'panas' apabila membaca artikel-artikel dan hujah-hujah berfakta yang saya tulis yang tidak menyebelahi mereka," dakwanya.

Dakwanya, selama ini terutama sebelum PRU14 banyak posting-posting anti-BN dan maki hamun serta cerca kepada bekas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib) pada ketika itu dalam kumpulan WhatsApp itu tetapi tiada siapa pun dibuang daripada kumpulan tersebut.

"Oleh itu admin dan beberapa orang dalam persatuan penduduk penyokong PH ini telah membuang saya atas sebab pendirian politik saya," dakwanya.

Read More...

Sunday 21 April 2019

Kisah PU Abu Ramas Tetek Anak...



'Menggigil ketakutan anak aku masa tu' - Ibu kongsi kisah anaknya pernah dianiaya ustaz viral



Pada mulanya, si ibu enggan mengendahkan aduan anak lelakinya yang mendakwa dibuli oleh guru agama sehinggalah pada kemuncak dia enggan pergi ke sekolah lagi, membuatkan ibu bapa dan nenek mangsa bersemuka dengan ustaz terbabit.

Namun, alangkah kesalnya bilamana ustaz terbabit memberikan alasan yang tidak munasabah. Dan untuk pengetahuan, ustaz itu kini dikaitkan dengan isu menceraikan isterinya yang hamil demi seorang ibu tunggal.

TENGAH skrol Facebook, tiba-tiba ternampak posting tentang ustaz PU Abu Sufyan ini. Kisah tentang dia ceraikan isterinya semata-mata mengejar si janda atau ibu tunggal. Kasihan pada si isteri dan anak yang bakal dilahirkan.

Aku sendiri pernah ada peristiwa hitam dengan PU Abu ini. Anak aku, Akmal Hareez pernah dimalukan dalam kelas sewaktu beliau mengajar di Sekolah Agama Al Furqan Bandar Baru Selayang. Apa yang aku nak ceritakan ini bukan sebab nak aibkan dia tetapi aku bengang dengan sikap dan keegoan dia pada masa itu.

Al-kisah terjadi pada tahun 2016, ketika anak aku darjah 3. Dia selalu menangis dan mengadu pada aku kerana kerap dibuli oleh ustaz ini. Pada mulanya aku malas nak ambil peduli sangat aduan anak aku sebab aku fikir anak aku ini manja sangat. Tapi bila sampai satu tahap dia dah tak nak pergi sekolah, aku pun mulalah marah.

Aku pun tanya pendapat mak aku. Mak aku cakap, benda seperti ini tidak boleh dibiarkan dan kena menghadap ustaz ini. Jadi aku, suami dan mak aku pun pergilah ke sekolah. Sebelum itu aku minta izin dengan ketua guru di sekolah agama itu sekali dan dia pun terkejut dengan aduan anak aku.



Oh ya, anak aku ini jenis bambam orangnya. Ustaz ini suruh anak aku ke depan kelas dan ustaz ini bukakkan baju melayu anak aku sampai nampak tetek dia. Pastu dia boleh perah tetek anak aku di depan satu kelas sambil suruh satu kelas gelakkan dan standby baling botol air pada anak aku. Menggigil ketakutan anak aku pada waktu itu. Yela, anak aku itu walaupun baru darjah tiga, tapi badan dia agak besar.

Bila ustaz ini dipanggil ke bilik guru, mak aku pun mempersoalkan tindakannya itu. Oh ya, mak aku ini bekas penolong kanan dan bekas guru disiplin. Jadi, dia memang tahu semuanya etika seorang guru.

Ustaz itu selamba saja jawab dia nak bergurau. Maka semakin marahlah ketua guru itu apabila mendengar jawapan selamba ustaz ini. Langsung tak ada rasa bersalah aibkan anak aku sampai ke tahap seperti itu.

Endingnya dia minta maaf, itupun selepas diminta oleh ketua guru itu. Nampak sangat dia bengang dan tercalar egonya pada masa itu. Tapi kesan yang dia buat pada anak aku itu menyebabkan anak aku diejek sehingga aku terpaksa tukarkan dia ke sekolah agama yang lain.

Aku pun tak faham kenapa perlu dia aibkan anak aku sampai macam itu sekali, padahal dia seorang ustaz.

Tapi kini bila baca pasal ustaz ini, aku sedar yang dia pun hanya hamba Allah yang biasa. Bukannya maksum. Cuma aku ralat yang dia masih tidak berubah.

Sumber: Puan Zahara Mohd Yusof

Read More...

Demi Rakyat, Raja Tidak Boleh Berkuasa Mutlak – PM




KUALA LUMPUR 12 April – Belum reda lagi kehangatan pertikaian mengenai siapa yang berkuasa melantik Menteri Besar Johor yang baharu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi memberi penjelasan tentang sebab raja tidak boleh diberikan kuasa mutlak.

Memetik laporan portal Malaysiakini, Dr. Mahathir yang berucap dalam majlis di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam memberi ingatan tentang kemungkinan raja menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi dan bukan untuk negara sekiranya memperoleh kuasa mutlak.

“Sebab itu kita mengadakan sistem pemerintahan yang mana raja tidak mempunyai kuasa eksekutif dan ini boleh menyelamatkan rakyat. Rakyat akan tentukan dasar-dasar negara melalui wakil-wakil mereka. Wakil-wakil mereka pilih kerajaan. (Jika) Menyeleweng, rakyat boleh menjatuhkan mereka.

“Kita lihat bila kita beri kuasa mutlak kepada raja-raja, kerana kadang-kadang mereka lebih mengutamakan kepentingan diri daripada negara yang mereka memerintah. Ini bukan sekali sahaja, ini berlaku berkali-kali,” katanya di sini.

Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) melihat orang Melayu sebagai masih berfikiran feudal kerana masih menganggap raja tidak boleh dibantah walaupun mereka melakukan sesuatu jenayah atau melanggar undang-undang.

Katanya, perkara itu menyebabkan raja bertindak melakukan beberapa perkara yang bercanggah dengan undang-undang dan sehingga kini masih sukar untuk melihat sebarang tindakan diambil terhadap mereka.

“Ini masalah kita hadapi kerana di satu pihak kita akan berpegang kepada ‘rule of law’. Di satu pihak yang lain adalah mengatasi undang-undang dan kita ketepikan undang-undang kerana adat.

“Apakah kita rela ini berterusan? Ini adalah keputusan boleh diambil oleh rakyat sendiri kalau rakyat begitu sekali takut untuk tidak melayan raja-raja, dan raja-raja menjadi raja yang luar daripada perlembagaan, maka rakyat akhirnya yang akan menjadi mangsa. Raja juga akan jadi mangsa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Read More...

Saturday 20 April 2019

Anina Saadudin Anda Tak Layak Memakai Tudung..




Memusnahkan keharmonian agama adalah apa yang dilakukan oleh ekstrim ini !

#AninaSaddudin

Maaf Dgn Izin...Sya Seorang Beragama Islam Dan Sya Sentiasa Menghormati Walau Apa Sekali Pun Agama Di Dunia...Kerna Sesungguhnya Allah Tuhan Yg Satu Amat Mengetahui Akan Perbuatan Umatnya..Sya Kongsikan Perbuatan Seorg Hamba Allah Yg Bernama Anina Saadudin Yg Begitu Gairah Memperlekeh Dan Memandang Serong Dgn Agama Lain...Anina Saadudin Anda Tak Layak Memakai Tudung...Bertakwah & Bertaubatlah...


Hafiz Lian

Read More...

TUDIA.. NAJIB BAIKI TANGKI RM56 RIBU UNTUK KEGUNAAN BUDAK-BUDAK TAHFIZ




TU DIA!!!!!

"BAIKI TANGKI RM56 RIBU UNTUK KEGUNAAN BUDAK-BUDAK TAHFIZ", KATA NAJIB

Naratif propaganda seperti yang dijangkakan.
Benda boleh tunggang agama, buat apa tak tunggang?
Kan?

Cuba dia tunggang agama untuk ini pula.

---------

1. CEK RM100 RIBU UNTUK BUAT SETOR DENGAN ALMARI BAJU
Silap-silap Najib nak kurungkan budak-budak tahfiz dalam almari baju bilik setor pula.

2. CEK RM1.3 JUTA UNTUK UMNO PENANG & JOHOR BAHRU
Silap-silap Najib nak bawa budak-budak tahfiz makan angin di Pulau Pinang & Johor Bahru pula.

3. CEK RM6 JUTA UNTUK FIRMA GUAMAN HAFARIZAM WAN & AISHA MUBARAK DAN FIRMA GUAMAN ZULKARNAIN & CO
Silap-silap esok Najib kata dia bayar legal fees budak-budak tahfiz pula.

4. CEK RM238 RIBU UNTUK LIM SOON PENG, SEORANG PEMAJU HARTANAH
Silap-silap Najib nak bina rumah untuk budak-budak tahfiz pula.

5. CEK RM1 JUTA UNTUK UPKO, SEBUAH PARTI KOMPONEN BN DI SABAH
Silap-silap Najib nak bawa budak-budak melancong di Sabah pula.

6. CEK RM300 RIBU UNTUK CENTRE FOR STRATEGIC ENGAGEMENT SDB BHD, SEBUAH SYARIKAT PROPAGANDA
Silap-silap Najib nak persiapkan budak-budak tahfiz untuk bertanding dalam PRU pula.

7. CEK RM1 JUTA UNTUK SOLAR SHINE SDB BHD, PENCETAK BAJU, PAYUNG, KALENDAR, CAWAN 1 MALAYSIA
Silap-silap Najib kata tempah baju & payung untuk budak-budak tahfiz pula.

Ini lagi. Nak tengok juga macam mana Najib nak menunggang agama.
8. Cek RM240,000 untuk Vital Spire Sdn Bhd
9. Cek RM56,000 untuk Moz Malaysia Sdn Bhd
10. Cek RM77,000 untuk Syadilah Enterprise
11. Cek RM50,000 untuk Asmadi Abu Talib
12. Cek RM13,000 untuk Manisah Othman

Benda boleh tunggang agama, buat apa tak tunggang?
Kau tengoklah, nanti dia akan up gambar-gambar dia berdoa, berjubah putih, pakai kopiah, pergi tanah suci. Nantikan.

----------------------------------------------------------------

Lampiran
1. http://www.kosmo.com.my/terkini/dana-src-najib-bayar-lebih-rm250-000-kepada-kontraktor-1.884832

2. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/04/446190/dibayar-rm100000-ubah-suai-stor-orang-no-1

3. https://m.malaysiakini.com/news/472812

4. https://www.sinarharian.com.my/article/24192/BERITA/Mahkamah/Saksi-ke-6-bina-stor-rumah-Najib-berharga-RM243000

5. https://www.malaysiastylonews.com/179908/saksi-buat-dapur-almari-pakaian-harga-rm200000-di-rumah-najib-jalan-duta/

6. http://bernama.com/bm/news.php?id=1717743

7. https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/04/18/saksi-rm10-7-juta-diberi-kepada-15-penerima-melalui-akuan-najib/

8. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/04/554410/najib-bayar-firma-guaman-hafarizam-wan-aisha-mubarak-rm35-juta

9. https://www.sinarharian.com.my/article/24176/VIDEO/Sinar-PM/Najib-bayar-firma-guaman-penasihat-undang-undang-UMNO-RM35-juta

10. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/perbicaraan-src-najib-keluarkan-beberapa-cek-bernilai-rm10-5-juta-saksi-205049?amp=1



Sumber

Read More...

Friday 19 April 2019

Nik Amar Yang Dengki Dan Perut Busuk




Dengki yang tak sudah - itulah sifat pemimpin2 PAS. Nak tanya Nik Amar, Najib, mantan Menteri Pertahanan dulu boleh bercakap pasal agama ke? Mengapa sekarang kamu orang sayang sangat ke Najib dan mengangkat dia sebagai BossKu? Mengapa marah benar bila menengok isteri Mat Sabu merasmikan pelancaran kapal? Busuk hati perut tu.

" Sebab matlamat kita matlamat Islam. Kalau kita duduk di Putrajaya boleh jadi menteri pun, tapi kalau setakat boleh naik kereta besar, gaji besar, bini boleh rasmi kapal tapi kita tak boleh bercakap bab Islam buat apa? " - Nik Amar Hati Perut Busuk.

Abu Zato

—---------------------------------

Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah menempelak pemimpin Amanah sebagai tidak mampu menjaga kepentingan agama Islam meski memegang jawatan tinggi dalam kerajaan persekutuan, hari ini.

Walaupun tidak menyebut nama pemimpin tersebut, beliau dipercayai menyindir Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang kini menteri pertahanan.

Jelas Mohd Amar, PAS tidak sesekali menyesal dengan keputusan untuk tidak bersama PH pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu

Menurutnya, kalau diambil kira dalam konteks parti sahaja, PAS boleh duduk dengan PH dan hari ini boleh menjadi kerajaan hari ini dan beliau mungkin sudah menjadi menteri.

"Nak banding dengan seorang dua dalam kabinet, rasanya cerdik ambo (saya). Ambo rasa cerdik ambo.

"Selepas PRU ke-14 wartawan tanya presiden, PAS tak menyesal ke tidak bersama PH dan beliau jawab mudah. Sikit pun tak disesalkan. Tiada kesalan walaupun kita tak dapat apa-apa.

"Sebab matlamat kita matlamat Islam. Kalau kita duduk di Putrajaya boleh jadi menteri pun, tapi kalau setakat boleh naik kereta besar, gaji besar, bini boleh rasmi kapal tapi kita tak boleh bercakap bab Islam buat apa?

"Dijaga (kawal) bukan main dengan kereta kebal, askar tetapi nak jaga Islam tak boleh. Itu benda penting untuk kita ingat, jadi bagi kita kepentingan Islam lebih utama. Saya sengaja sebut nak bagi kita faham," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung ke-58 PAS Kawasan Tanah Merah, Kelantan, semalam.

Sebelum ini isu perasmian sebuah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia oleh isteri menteri pertahanan menjadi tumpuan umum, malah dikritik pelbagai pihak walaupun ia adalah amalan tradisi dalam institusi pertahanan itu.

Sementara itu, Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan menyifatkan krisis perpecahan yang pernah berlaku dalam PAS sebelum ini adalah disebabkan kegagalan sesetengah individu memahami perjuangan PAS.

Katanya, sebarang keputusan dibuat oleh presiden dan PAS pusat adalah mengambil kira pelbagai perkara dan ahli perlu faham dan terima.


"Sebelum PRU berlaku krisis dalam PAS sehingga wujudnya Amanah, orang-orang ada jawatan penting dalam parti (PAS) masuk Amanah dan bertanding dalam PRU. Puncanya kerana tidak faham.

"Kenapa presiden buat gini, kenapa parti buat gini? sebab kita tak faham suasana, dan sifat parti kita sendiri. Itu yang jadi masalah," katanya.

Beliau turut menjelaskan keputusan politik dalam PAS dibuat dengan menilai kepentingan Islam.

Maka katanya, seluruh objektif dan pertimbangan PAS semuanya dibuat atas kepentingan Islam dan bergerak mengikut kaedah agama.-mkini


Read More...

ECRL : Hebat Cara Tun Menganjing Lebai Pas..




Laluan Baru ECRL

Cara Tun menganjing lebai2 kelarah Kelantan dn Trengganu mmg sngat menyakitkan...

Cuba korang bayangkan, selepas dpt info, Najib nk buat ECRL melalui beberapa tempat di Trengganu dn Kelantan, Lebai2 kelarah yg dpt maklumat ni, diam2 pi beli tanah dari org kampunh... konon di laluan yg dijangka akan dibina trek ECRL.... Dgn harapan, lps ni kerajaan pusat akan bayar pampasan dgn harga yg berlipat kali ganda lebih tinggi.

Ada yg beli hutan belukar, ada yg beli kwsn paya, ada yg beli kebun getah tua....depa beli dgn harga murah....maklumlah sbhgnnya kwsn pedalaman yg tak ada nilai komersil apa2.......

Lps beli, dh tukar nama...maka tunggulah mereka, menanti2 bila kerajaan nk mai ukur utk pengambilan tanah nk bina trek....

Tunggu punya tunggu....dtg pilihanraya. Keluar keputusan Najib dan BN bungkus.....

Dipendekkan cerita...bila PH ambil alih Putrajaya, Tun dpt maklumat tu semua...

Seperti sengaja Tun nak menganjing puak lebai kelarah tu, dlm sekelip mata, Tun buat keputusan utk tukar laluan....lalu kot tempat lain....

Maka kecewa bernanah pungkoq lah para lebai2 kelarah.. Masakan tidak, angan2 nk jd kaya segera, sekali kena pedajei dgn Tun.... Tanah yg dulunya diharap untung berjuta, daripada hutan belukar, kini dh mula jd hutan belantara.... Yg beli kwsn paya.... Tun nasihatkan lebai...elok la, dlm tu boleh bela boya!

Jahat la Tun ni...."mati nanti, kita tanam kat jirat"...

😂😂😂😂😂😂😂😂

muhammad yahaya

Read More...

Thursday 18 April 2019

Tudia... Najib Faraid Duit SRC Didedah Di Mahkamah..




Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang dan Umno Bahagian Johor Bharu menerima pembayaran melalui cek masing-masing berjumlah RM1 juta dan RM300,000 daripada akaun Ambank milik bekas perdana menteri Najib Razak pada 2015.

Pengurus Kanan Pusat Pemprosesan Cek Ambank, Badrul Hisam Mohamad, 45, berkata kesemua cek itu telah berjaya ditunaikan berdasarkan kepada maklumat yang lengkap dan mengesahkan tiada kesalahan terdapat pada kesemua cek berkenaan.

Badrul Hisam berkata kedua-dua transaksi itu dikeluarkan melalui cek daripada akaun AmIslamic bernombor 2022011906.

Melalui pertuduhan pengubahan wang haram, dinyatakan bahawa nombor akaun 2022011906 adalah milik bekas perdana menteri itu.

Badrul Hisam, yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang pemprosesan cek turut mengesahkan sebuah parti dari Sabah iaitu Upko juga menerima pembayaran melalui cek bernilai RM1 juta manakala Trustee of Rumah Penyayang Tun Abdul Razak menerima bayaran RM400,000 melalui cek daripada akaun sama.

Semasa pemeriksaan utama, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi meminta saksi itu membuat pengesahan ke atas kesemua cek berkenaan pada hari kelima perbicaraan kes bekas perdana menteri itu berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Selain itu, Badrul Hisam juga mengesahkan sebanyak 13 lagi cek telah dikeluarkan daripada akaun AmIslamic Bank bernombor 2022011906 (akaun Najib) kepada beberapa individu dan syarikat.

Saksi pendakwaan kelima itu mengesahkan juga pengeluaran cek dari akaun yang sama berjumlah RM240,000 kepada Syarikat Vital Spire Sdn Bhd; Zulqarnain & Co. berjumlah RM2.5 juta; Centre of Strategic Engagement Sdn Bhd sebanyak RM300,000, sejumlah RM238,914 kepada penerima bernama Lim Soon Peng; ABS Trend Master Sdn Bhd berjumlah RM100,000; Solar Dhine Sdn Bhd (RM1 juta); Asmadi Abu Talip (RM50,000); Manisah Othman (RM13,800); MOZ Malaysia Sdn Bhd (RM56,500) dan Syadilah Enterprise (RM77,300) antara 30 Jan dan 26 Feb 2015.

Badrul Hisam turut mengesahkan sekeping cek berjumlah RM3.5 juta telah dimasukkan ke dalam akaun penerima atas nama Hafarizam Wan & Aisha Mubarak melalui akaun bernombor 2022011898 pada 21 Jan 2015.

Beliau juga turut mengesahkan dua keping cek dikeluarkan oleh syarikat SRC International Sdn Bhd melalui dua transaksi kepada Ihsan Perdana Sdn Bhd, masing-masing berjumlah RM20 juta dan RM103,361.17 pada 12 Dis 2014 dan 9 Mac 2015.

Najib, 66, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung petang ini.

- Bernama

Read More...

Wednesday 17 April 2019

Lebai Walaun Memang Bodoh..




TAK PELIK jika walauncai rajin tabur berita palsu & fitnah..

TETAPI lebai PAS a.k.a ADUN PAS-Panching Muallim Tarmizi Yahaya, boleh gak turut serta sama2 tabur fitnah jajaran baru ECRL 7 stesen ??!

Dah berkali2 pihak kerajaan jelaskan sebelum ini jajaran baru ECRL 20 stesen, TETAPI lebai PAS & walauncai tetap degil tabur fitnah tu, kenapa ??!

Hakikatnya jika kat atas pon dah kurang cerdik (bodoh) apatahlagi kuli di bawahnya. Sukar nak terima hujah & fakta yg dibentangkan.

#LebaiWalaunMemangBodoh

Sumber fitnah:
https://twitter.com/UsTarmiziYahaya/status/1118161261462728705

https://www.facebook.com/muallimtarmizi/posts/2462631703747377

Suara Rakyat

Read More...

Monday 15 April 2019

Bila aku sebut kerajaan PH ni bodoh, ramai yg marah...




Nah aku bagi contoh...korang pikir lah sendiri, bodoh ker tak bodoh...

1. Menteri Luar Bandar... Perlantikan MPKK kat negeri pembangkang mcm negeri aku Perlis....habih lintang pukang bila komposisi dlm tu penuh dgn puak2 UMNO yg sewaktu PRU dulu, depa bermati2an lwn dgn kita...bila kita menang, kita tatang depa kononnya atas nama politik malaysia baru...konon kita kena adil. Menteri tak pa la... Duduk dlm pej kerusi empuk...kami kat bwh ni la dok kena hempok!

2. Menteri Pembangunan Usahawan... Smpai ke hari ni masih dok sibuk dgn kereta terbang dia...sdgkan rakyat kat bwh ni ,nak beli ikan temenung buta pun dh tak tahan dgn harga....
Kereta terbang tu kalau harga sebijik rm 5,000 boleh gak kita sembang...tp sebijik menatang tu paling murah pun rm 1.68juta...berapa kerat melayu yg boleh jd usahawan dgn jual kereta terbang....yg jadi tak ketahuan, ramai lah....

3. Menteri kesihatan....dgn egonya mempertahankan isu larangan merokok kat kedai makan...walhal, isu berkaitan lambatnya rawatan kat hospital, isu parking sesak kat hospital, isu kekurangan ubat, sampai kena beli kat farmasi luar, semua isu2 yg mendasari rakyat, sikit pun tak berganjak dan berbeza berbanding zaman Najib haramjadah.... Tapi isu rokok jgk yg jd keutamaan.

4. Menteri Komunikasi.... Membiarkan media elektronik memaparkan apa saja membantai kerajaan PH atas nama kebebasan media... Nik Amar dok tutoh isu UEC pun diberikan masa dekat 5 minit dlm TV, walhal yg dia ckp tu penuh dgn fitnah dan adu domba perkauman.... Itu baru satu contoh dari berlambak lagi contoh2 lain berkaitan media...media sosial lagi lah sakan..nak tulis dan fitnah apa...silakan....konon malaysia baru, kita amalkan keterbukaan!

5. Menteri KDN....Bnyk la yg aku nk komen...dh berturut2 PRK, staf KDN hampir semua undi pembangkang...menteri masih steady...relax jer..
Menteri ni...aku nk tulis lelebih pun seriyau jgk...kot malam ni ada org mai bagi salam!

Itu baru contoh jer....tak masuk lg menteri KPDNHEP, Menteri Kerjaraya, .Menteri Pengangkutan..dan banyak lagi lah.....ko

Korang nilai lah sendiri...
🙄🙄🙄🤔🤔

muhammad yahaya

Read More...

Tun M Berani Lawan Kerajaan China..




Seorang penyumbang kepada majalah perniagaan Forbes memuji Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kerana berani melawan China manakala pemimpin dunia lain tidak.

Ahli ekonomi Yunani Panos Mourdoukoutas berkata ini merujuk tindakan Putrajaya untuk merunding semula projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan China, berjaya mengurangkan kosnya dari RM65.5 bilion kepada RM44 bilion.

"Masalahnya ialah banyak projek infrastruktur China tidak berdaya maju, kerana ia dibina dengan kos yang melambung hingga membebankan negara-negara dengan hutang besar kepada Beijing.

"Perangkap hutang ini yang Perdana Menteri Mahathir Mohamad cuba elakkan. Pada Ogos lalu, beliau membatalkan projek ECRL dan ini memaksa China kembali ke meja rundingan.



"Dan beliau menang, seperti yang dibuktikan oleh perjanjian baru, kos projek berjaya bdikurangkan dengan ketara," tulisnya di Forbes.

Sebaliknya, Mourdoukoutas berkata, negara seperti Sri Lanka menjadi terhutang budi kepada China melalui projek-projek seperti pelabuhan Hambantota, Bandar Pelabuhan Colombo dan Lapangan Terbang Antarabangsa Mattala Rajapaksa.

Katanya lagi, Filipinan dan Pakistan juga mengalami masalah sama dengan terikat dengan projek-projek mega yang dibiayai dan dibina oleh China.

"Adakah Duterte dan Imran Ahmed Khan berani melakukan perkara yang sama, dan menyelamatkan negara mereka daripada mengalami nasib yang sama seperti Sri Lanka?” soalnya.

Read More...

Sunday 14 April 2019

Selamat Tinggal PH..




Selagi PH tidak menukar menteri kayu dan pimpinan sombong masih menyimpan saki baki Umno dalam organisasi..apatah lagi beri jawatan khas kepada barua Umno ni selagi itu PH akan berterusan gagal memenangi hati rakyat semula..jangankan di dalam kerajaan, di dalam parti sekali pun barua Umno bnyak yg salin kulit!!!!..pejuang lama pon jelek dengan pimpinan yg di angkat tapi lagak dan sombong dalam mengekalkan kebodohan prinsip mereka dengan mengetepikan akar umbi..😊..Ingat!!..tempat kamu di angkat sekarang dari tangan dan usaha perjuangan akar umbi!!!😎

mohd hasni izuan

Read More...

Saturday 13 April 2019

TAHTA BERPINDAH KE MUZIUM- Jika Kehendak Rakyat Dimakbulkan Allah




TAHTA BERPINDAH KE MUZIUM- Jika Kehendak Rakyat Dimakbulkan Allah

Inilah titah almarhum SULTAN AZLAN SHAH YANG TERBAIK ....

“Walau seberapa banyak sekalipun Askar, Polis atau pengawal Istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi Kehendak dan Aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat.

Jika kehendak Rakyat Jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari Istana ke Muzium Seni dan Budaya” .

– Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.

https://ejournal.um.edu.my/index.php/JMCL/article/view/15350/9182

Sumber - chedet fb

Read More...

Hujah TMJ Betul-Betul Tak Cerdik..




Kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) mengkritik hujah Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menentang usaha Malaysia meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

“Hujah seperti ini betul-betul tak cerdik (downright silly) dan tidak matang.

“Kenapa kita ada undang-undang trafik – jika kita masih ada kemalangan? Dengan logik anda, biar kita buang peraturan trafik.

“Pergi baca sejarah sikit dan lihat bagaimana masyarakat antarabangsa membuang Apartheid,” kata Pengarah eksekutif LFL Latheefa Koya.


Latheefa Koya
@LatheefaKoya
this kind of argument is downright silly and immature. why are we still having traffic laws then - since we still have accidents? by your warped logic, lets get rid of traffic rules lah.. Go read up some history & find out how the international community got rid of apartheid.

HRH Crown Prince of Johor
@HRHJohorII
If all these international treaties are really good and effective, then why do we still see the atrocities towards Palestinians in Palestine over the last few decades? Full stop.

149
3:34 PM - Apr 12, 2019
Twitter Ads info and privacy
115 people are talking about this

Beliau merujuk tulisan TMJ di Twitter pada 6 April yang mempersoalkan kenapa kita memerlukan perjanjian antarabangsa ketika kekejaman masih berlaku terhadap rakyat Palestin.

Kenyataan TMJ itu dibuat sehari selepas Mahathir mengumumkan Malaysia menarik diri dari menyertai Statut Rom kerana kekeliruan ditimbulkan “seorang individu yang mahu bebas memukul orang”.

Dalam perkembangan berkaitan, lebih 12,000 telah menandatangani petisyen atas talian menggesa kerajaan meneruskan usaha menyertai Statut Rom.

Petisyen itu dimulakan kumpulan pelajar yang membocorkan ringkasan eksekutif empat ahli akademik yang didakwa meyakinkan Mahjlis Raja-raja untuk menolak Statut Rom. - mkini

Read More...

Friday 12 April 2019

TMJ JANGAN AJAR 'ITIK BERENANG!!' PERHATI SIASAH DIRI SENDIRI TERLEBIH DAHULU!!





Tolong jangan campuri urusan pentadbiran kerajaan persekutuan!! TMJ jangan 'ajar itik berenang!!'

Urusan dan pentadbiran kerajaan persekutuan tiada kena mengena dengan TMJ!!

Sebenarnya TMJ tak menghormati undang-undang serta tidak memahami perlembagaan berteraskan raja berperlembagaan!!

Siapa yang nak alih pandangan?! Alih pandangan apa?!

Bagi saya yang cuba nak alih pandangan itu adalah TMJ sendiri!! Beliau tidak menghormati undang-undang serta gagal untuk memahami perlembagaan negara!!

Saya hanya menasihati beliau selaku Tengku Mahkota Johor agar jangan melibatkan diri atau buat kenyataan yang berbaur politik!!

Ini pun TMJ gagal untuk memahaminya!!

Sesungguhnya TMJ juga harus menghayati kenyataan DYMM Sultan Perak!!

Kita pun tak tahu apa yang TMJ cuba nak buktikan?!

Di zaman kerajaan kleptokrasi merompak khazanah kerajaan dan duit rakyat sehingga negara kita bermasalah sepertimana hari ini; di mana TMJ pada waktu itu?!

Kenapa tak nak tegur segala salahlaku kerajaan kleptokrasi pada ketika itu yang merosakkan sistem politik mahupun ekonomi negara dengan begitu teruk sekali?!

Siapa TMJ hendak dibandingkan dengan tun dr mahathir mohamad?!

TMJ baru berapa lama lahir di muka alam ini jika hendak dibandingkan dengan seorang tokoh negarawan yang sudah 93 tahun menjalani penghidupan di dunia ini nengharungi pelbagai cabaran hidup?!

Umur setahun jagung dan 'kalau kail panjang sejengkal; jangan nak uji lautan gelora!!'

Ini bukan negara 'koboi!!' Kita ada undang-undang yang harus ditaati serta dihormati oleh semua pihak!!

Sesiapa pun di negara yang bertamaddun dan merdeka tertakluk pada prinsip keluhuran undang-undang!!

Tolong jangan terlalu angkuh kerana semua warganegara malaysia akan tertakluk di bawah undang-undang!!

Tiada sesiapapun yang boleh dikecualikan dari hukum undang-undang sekiranya mereka melanggari atau tidak menghormati undang-undang!!

Yang ikhlas;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Penyelaras Parlimen Jasin
11 April 2019

Sumber - SINI

Read More...

Thursday 11 April 2019

Statut Rome: Aktivis Siswa Desak TMJ Berhenti Kelirukan Rakyat




Tunku Mahkota Johor (TMJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam mengeluarkan kenyataan di Twitter bertitah jika perjanjian antarabangsa itu bagus mengapa rakyat Palestin masih dizalimi.

Tunku, saya mohon untuk tunku berhenti mengelirukan rakyat Malaysia. Apa yang Tunku tahu mengenai campur tangan Mahkamah Jenayah Antarabangsa dalam isu Palestin?

Biar saya beritahu Tunku apa yang sedang dilakukan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa dalam isu Palestin.

Pada 1 Januari 2015 Palestin mengeluarkan suatu perisytiharan di bawah Perkara 12 (3) Statut Rom untuk membuka laluan kepada Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa membuka siasatan.

Pada 16 Januari 2015, Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa telahpun membuka siasatan awal ke atas Palestin.

Setelah siasatan awal, pada 13 Julai 2018, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (PTC 1) telah bersidang dan telah mengeluarkan keputusan memerintahkan pendaftarnya "untuk mewujudkan, secepat mungkin, sistem maklumat awam dan outreach activity ke Palestine untuk manfaat mangsa dan komuniti terjejas di Palestin.

Hak kepada mangsa beri keterangan

Perkara ini terpaksa dilakukan untuk menggalakkan mangsa dalam keganasan Palestine berpartisipasi dalam prosiding mahkamah tersebut.

Statut Rom memberikan hak kepada mangsa untuk tampil memberi keterangan semasa kes berlangsung di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Untuk menggalakkan mangsa mangsa tersebut tampil memberi kenyataan, outreach activity ini ke Palestine adalah satu langkah yang patut dilakukan.

Jika Tunku sendiri terkeliru dan tertanya kenapa ambil masa yang sangat lama untuk Mahkamah Jenayah Antarabangsa bertindak, ingin saya jelaskan bahawa sememangnya mereka mempunyai kekangan terutamanya kerana ia melibatkan kedaulatan dua buah negara di mana mereka perlu berhati-hati mengorak langkah supaya tidak mencabar atau campur tangan dalam kedaulatan negara negara tersebut.


Tunku, di saat etnik Rohingya terseksa di Malaysia akibat tidak diberikan hak bekerja dan hak untuk pendidikan, pada 19 September 2018, Mahkamah Jenayah Antarabangsa telah memulakan siasatan awal ke atas Myanmar atas laporan yang telah dibuat oleh kerajaan Bangladesh.

Tunku, jika Perjanjian Antarabangsa seperti ini tidak berguna, mengapa Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mahu menarik balik visa yang diberikan kepada Ketua Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa, Fatou Bensouda pada 5 April 2019 kerana mahkamah tersebut telah memulakan siasatan ke atas keganasan yang dilakukan oleh Amerika di Afghanistan dan juga kerana siasatan telah dibuka ke atas Israel?

Tunku, ingin saya ingatkan bahawa rakyat bawahan tidak mempunyai kapal terbang emas seperti Tunku. Rakyat tidak mempunyai kuasa dan kekayaan seperti Tunku.


Statut Rom ini akan beri perlindungan kepada rakyat supaya tidak dizalimi oleh mereka yang memegang takhta dan kuasa.

Jadi Tunku, berhentilah mengelirukan rakyat jelata. Jangan mempergunakan isu ini untuk kepentingan peribadi Tunku.

ASHEEQ ALI SETHi ALIVI ialah mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia dan Presiden Gabungan Pembebasan Akademik IPT (GPA-IPT).

-mkini

Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP