Saturday 26 April 2014

Jurujual Ramas Punggung Rakan Sekerja

Seorang jurujual mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret semalam terhadap tuduhan mencabul rakan sekerjanya yang berusia 34 tahun di sebuah pasar raya di Taman Dagang, Ampang Ahad lalu. 

Tertuduh, Japli Panaiman, 42, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Zulyana Zollkapli selepas tuduhan dibacakan terhadapnya. 


Mengikut kertas tuduhan, dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap wanita itu dengan niat mencabul kehormatan jam 1.30 tengah hari, 20 April lalu. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan. 

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum menawarkan wang jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin. 

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela memohon agar mahkamah mengurangkan wang jaminan atas alasan dia mempunyai dua anak untuk ditanggung. 

Selepas mempertimbangkan permohonan dan rayuan kedua-dua pihak, Zulyana membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah juga menetapkan 29 Mei depan sebagai tarikh serahan dokumen.


Read More...

Susulan Kakitangan MAS Ditahan Keluarga Penumpang MH370

SUBANG: Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan bahawa kakitangannya ditahan di sebuah dewan utama di Lido Hotel di Beijing oleh anggota keluarga Penerbangan MH370 semasa mereka melahirkan rasa tidak puas hati untuk mendapatkan butiran berhubung kehilangan pesawat itu, pada 3 petang 24 April.

Dalam satu kenyataan hari ini MAS berkata lebih 200 anggota keluarga meminta seorang pegawai Malaysia hadir memandangkan hanya kakitangan MAS yang hadir semasa sesi taklimat.


"Sepuluh kakitangan syarikat penerbangan itu kemudian dimaklumkan supaya menunggu di dewan utama sementara sekumpulan 60 anggota keluarga pergi ke kedutaan Malaysia untuk mendapatkan pegawai kerajaan menghadiri taklimat itu.

"Kumpulan itu kemudian melepaskan kakitangan itu pada 1.44 pagi, 25 April," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi dalam satu lagi insiden, penyelia keselamatan MAS, S.Kalaichelven diserang seorang anggota keluarga rakyat China semasa bertugas di Lido Hotel di Beijing pada 22 April.

"Kakitangan syarikat penerbangan itu cuba menghentikan tindakan agresif seorang anggota keluarga terbabit yang SUBANG: Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan bahawa kakitangannya ditahan di sebuah dewan utama di Lido Hotel di Beijing oleh anggota keluarga Penerbangan MH370 semasa mereka melahirkan rasa tidak puas hati untuk mendapatkan butiran berhubung kehilangan pesawat itu, pada 3 petang 24 April.

Dalam satu kenyataan hari ini MAS berkata lebih 200 anggota keluarga meminta seorang pegawai Malaysia hadir memandangkan hanya kakitangan MAS yang hadir semasa sesi taklimat.

"Sepuluh kakitangan syarikat penerbangan itu kemudian dimaklumkan supaya menunggu di dewan utama sementara sekumpulan 60 anggota keluarga pergi ke kedutaan Malaysia untuk mendapatkan pegawai kerajaan menghadiri taklimat itu.

"Kumpulan itu kemudian melepaskan kakitangan itu pada 1.44 pagi, 25 April," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi dalam satu lagi insiden, penyelia keselamatan MAS, S.Kalaichelven diserang seorang anggota keluarga rakyat China semasa bertugas di Lido Hotel di Beijing pada 22 April.

"Kakitangan syarikat penerbangan itu cuba menghentikan tindakan agresif seorang anggota keluarga terbabit yang menuntut akeses kepada sekretariat, apabila dia menendang staf berkenaan di lutut kirinya.

"Mereka yang berada di tempat kejadian dapat meredakan keadaan dan kemudian membawa Kalaichelven ke sekretariat untuk mendapatkan bantuan pertolongan cemas," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kakitangan terbabit hanya cedera ringan dan MAS membuat laporan polis berikutan insiden itu.


Read More...

Friday 25 April 2014

PANAS - 10 Kakitangan MAS Dijadikan Tebusan Keluarga Penumpang MH370 Di Beijing



Sepuluh kakitangan Malaysia Airlines ( MAS ) telah dijadikan tebusan di dewan di Lido Hotel di Beijing malam tadi telah pun dibebaskan .

Mereka dibebaskan pada kira-kira 03:00 selepas ditahan selama lebih daripada lapan jam.

Adalah dipercayai pelepasan itu berikutan tekanan daripada pegawai kerajaan walaupun butir-butir di mana pihak-pihak yang terlibat berunding pembebasanmasih tidak lengkap.

Difahamkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya kini dalam mesyuarat teknikal peringkat tinggi dan butir-butir apa yang berlaku akan disediakan semasa sidang akhbar lewat petang .

The Mole semalam melaporkan  bahawa 10 kakitangan MAS telah dijadikan tebusan di dewan di Lido Hotel, Beijing selama lebih daripada lapan jam oleh ahli keluarga dan waris penumpang pesawat MH370 yang hilang.

Sumber mengambil bahagian dengan perkara itu memberitahu The Mole kejadian itu berlaku pada petang sejurus selepas taklimat harian untuk menjelaskan apa yang dibincangkan dalam sidang akhbar yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia.

" Keluarga dan waris penumpang amat kecewa apabila mendengar penjelasan dari kakitangan MAS di sana ( Beijing) apabila mereka dimaklumkan bahawa bahan yang tidak dikenali yang telah dihanyutkan ke darat di Augusta pantai barat daya Australia bukan daripada MH370 ," kata sumber itu.

Menurut sumber, ia adalah prosedur standard untuk kakitangan MAS di Beijing untuk memberi taklimat kepada ahli keluarga kepada semua yang dibincangkan semasa sidang akhbar diadakan di Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun , hari ini, taklimat itu tidak berlaku seperti yang dijangkakan menyebabkan keluarga penumpang enggan menerima berita yang sebagai objek yang dikenali itu bukannya dari MH370 .

" Mereka enggan mendengar penjelasan kakitangan MAS dan menuntut bahawa pegawai-pegawai kerajaan sama ada dari Malaysia atau Australia secara peribadi memberikan mereka satu kenyataan rasmi pada objek yang tidak dikenali dan tidak melalui pekerja MAS ," kata sumber itu.

Difahamkan , Kedutaan Malaysia telah pun menghubungi dengan keluarga tetapi tidak diberikan sebarang respon kerana mereka hanya akan bercakap dengan pegawai-pegawai kerajaan dan tidak sesiapa dari kedutaan.

Ditanya mengenai peranan pegawai China atau kakitangan hotel , sumber itu berkata : "Mereka tidak pernah dan tidak akan melibatkan diri kerana dari hari pertama lagi hanya kakitangan MAS sahaja yang terlibat dalam taklimat tersebut".

Kakitangan MAS yang di jadikan tebusan  di Beijing itu telah berhubung dengan rakan sejawatannya dari Malaysia mereka melalui SMS.

Difahamkan , kesemua kakitangan MAS sangat berhati-hati untuk tidak membuat sebarang panggilan telefon kerana mereka takut boleh mendatangkan kemarahan oleh ahli-ahlim keluarga penumpang MH370 sehingga tefeon mereka di rampas.

Read More...

Terkini: Pesawat Virgin Australia Dari Brisbane Ke Bali Dirampas!



Sebuah pesawat penumpang Virgin Blue dari Australia jenis boeing 737-800 dipercayai dirampas dan dipaksa mendarat di Bali demikian menurut laporan berita Indonesia, Metro Tv.

Sementara itu, menurut laporan Sydney Morning Herald pula melaporkan bahawa pesawat penumpang Virgin Australia disahkan dirampas dan pesawat kini berada di hujung landasan Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali.

Laporan yang memetik jurucakap tentera Indonesia, Mejar Jeneral Fuad Basya, mengesahkan bahawa pesawat dirampas dan pihak terbabit cuba mengadakan komunikasi dengan pesawat namun setakat ini masih gagal berbuat demikian.
Ads by H12 Media

Dikemaskini

Menurut laporan Yahoo News “rampasan” pesawat berkenaan dipercayai dilakukan oleh seorang penumpang mabuk. Laporan menjelaskan ketika insiden itu, penerbangan VA41 meninggalkan Australia kira-kira jam 11 pagi (waktu tempatan) terganggu apabila salah seorang penumpang yang mabuk memaksa untuk masuk ke dalam kokpit.

Juruterbang terbang terpaksa menghantar signal rampasan pada jam 1.05pm sementara anak kapal mengawal situasi dan perkara ini sekali gus menyebabkan beberapa media melaporkan bahawa pesawat berkenaan dirampas.

Pesawat itu mendarat pada 2.43pm (waktu Bali), kini berada di selatan lapangan terbang Ngurah Rai Denpasar dan polis Bali telah menahan penumpang berkenaan manakala kesemua penumpang lain yang berada dalam pesawat itu dilaporkan selamat Kesimpulannya pesawat itu tidak dirampas, sebaliknya penumpang mabuk cuba memasuki kokpit yang mencetuskan kekacauan dalam pesawat.

Read More...

Suami Paksa Isteri Buat Hubungan Seks Luar Tabii Depan Anak

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis kini mengesan seorang wanita yang sering dipaksa suaminya melakukan aksi seks termasuk di luar tabii di hadapan ketiga-tiga anaknya di ruang tamu rumah sejak tujuh tahun lalu.

Jurucakap JKM negeri berkata, pihaknya mahu mengumpul maklumat lengkap mengenai kejadian terbabit selain cuba memberi khidmat kaunseling dan perlindungan kepada mangsa berusia 30-an serta tiga anaknya berusia tujuh hingga 15 tahun.


Katanya, ketiga-tiga anak mangsa boleh dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 bagi menghalang mereka diperlakukan dengan kejam oleh bapa mereka.

“Mangsa yang juga isteri suspek juga boleh dilindungi di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 yang memberi perlindungan kepadanya daripada dianiaya suami walaupun tinggal sebumbung.

“Kami akan berjumpa mangsa bagi mendapatkan gambaran kejadian dan menyiasat kes ini sama ada dia serta anaknya benar diperlakukan sedemikian rupa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, pada masa sama, pihaknya perlu terlebih dulu mendapatkan laporan perubatan mangsa jika suaminya pernah melakukan hubungan seks di luar tabii ke atasnya.

Katanya, pihaknya juga akan berhubung dengan polis bagi mendapatkan maklumat dan perkembangan siasatan bagi tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri (JPWN) Perlis, Muhamad Hazimin Jamaludin berkata, pihaknya bersedia untuk memberi khidmat kaunseling kepada mangsa jika dia bercerai, sekali gus bergelar ibu tunggal.

Selain itu, katanya, pihaknya akan membantu daripada segi sokongan moral dan bantuan sokongan perniagaan kepadanya bagi menampung kos kehidupan pada masa depan.

“Di Perlis, terdapat lebih 5,000 ibu tunggal berdaftar dengan JPWN bagi mendapat bantuan yang dimaksudkan.

“Kami bukan menggalakkan mangsa untuk bercerai, cuma mahu orang ramai tahu perceraian itu bukan satu perkara yang bermaksud pengakhiran bagi kehidupan seseorang wanita,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan seorang penjawat awam mengharungi neraka dunia apabila sering dipaksa suaminya melakukan aksi se ks termasuk aksi luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka di ruang tamu rumah mereka.

Lebih menjijikkan, suami bernafsu binatang itu juga sudah merakam aksi ‘bersama’ mereka sejak dari malam pertama perkahwinan sehingga kini.

Read More...

Respon Harussani Tentang Kubur Ibu Tunggal Bercahaya



“Kalau betul kubur berkenaan bercahaya, ia membawa tanda yang cukup baik kepada jenazah berkenaan, namun setiap penyebaran berita itu mestilah dilakukan dengan bukti yang sahih,” kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran berita dan gambar liang lahad wanita berusia 35 tahun dari Bukit Gantang, Taiping, dekat sini yang dikatakan bercahaya ketika arwah mahu dikebumikan Ahad lalu.

Penyebaran gambar serta maklumat kejadian itu tersebar di media sosial dengan memberitahu jenazah berkenaan ketika hidupnya adalah seorang yang kuat berzikir.

Menurut Harussani, kemungkinan besar sekiranya perkara sedemikian terjadi kepada kubur mangsa, ia membawa petanda baik kepada jenazah berkenaan.

Katanya, kejadian kubur bercahaya seperti itu tidak pernah tertulis dalam al-Quran mahupun hadis dan disebabkan itu penyebaran kejadian seperti itu mestilah dengan bukti sahih.

“Dulu-dulu pernah ada kes seperti ini, namun ia tidak pernah tertulis di dalam al-Quran mahu pun hadis. Kalau penyebaran perkara membawa kebaikan kepada jenazah tidak apa kerana dalam Islam, kita tidak dibenarkan memburukkan jenazah,” katanya. ketika dihubungi Harian Metro.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin ketika dihubungi berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

Read More...

Murid Tahun 2 Maut Dilenyek Treller



Tindakan seorang murid berusia lapan tahun berteduh daripada panas terik di bawah lori seberat 10 tan sementara menunggu ketibaan bas sekolahnya berakhir tragedi apabila badannya hancur digilis tayar kenderaan berat itu selepas pemandunya dikatakan tidak menyedari kehadiran kanak-kanak berkenaan.

Dalam kejadian jam 11 pagi di Jalan Kastam Baru di sini semalam, mangsa Syarif Junior Langbas Jul Husin ditemui dengan masih berpakaian seragam dan menggalas beg dengan hampir seluruh badannya hancur digelek tayar kenderaan itu.

Pemandu yang menyedari menggilis sesuatu kemudian melakukan pemeriksaan sebelum terkejut apabila mendapati badan murid Sekolah Kebangsaan Pekan III itu hancur sebelum melarikan diri.

Difahamkan, mangsa dikatakan menunggu bas untuk ke sekolah dan berteduh di bawah lori berkenaan.

Pemandu lori berkenaan dipercayai cuba mengundurkan kenderaan itu untuk membantu seorang lagi rakannya membaiki kenderaan.

Akibat tragedi itu, mangsa mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Superintendan Samsudin Mat ketika dihubingi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut dijalankan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk dibedah siasat dan polis masih memburu pemandu lori yang dipercayai melarikan diri sebaik menyedari kejadian itu.

“Polis giat memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmood berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.10 pagi sebelum mengarahkan sebuah jentera bersama enam anggota ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati mangsa berada di bawah tayar lori dalam keadaan badan dan otak bersepai. “Mayat mangsa yang masih menggalas beg dan berpakaian sekolah dikeluarkan selepas mengalihkan tayar lori itu,” katanya.

Read More...

Thursday 24 April 2014

“Tak Tahu Macam Mana Air Mani Saya Boleh Ada Dalam Kemaluannya”



Seorang pengurus restoran berusia 40 tahun yang mengahwini gadis bawah umur yang juga mangsa rogolnya berkata dia tidak tahu bagaimana kesan air maninya boleh ditemui pada anggota intim gadis itu.

Riduan Masmud berkata ia juga sesuatu yang tidak logik apabila dua helai sapu tangan di tempat duduk belakang turut terdapat kesan air maninya.

“Saya tidak melakukannya (rogol) dan saya tidak tahu bagaimana kesan air mani saya boleh ditemui di tempat-tempat yang telah disebutkan dalam mahkamah ini,” katanya dalam prosiding pembelaan memetik laporan The Star Online hari ini.

Prosiding berlangsung di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu di depan Hakim Ummu Kalthom Samad semalam.

Riduan berkata demikian dalam hujan pembelaan atas tuduhan merogol seorang pelajar sekolah berusia 13 tahun dalam sebuah kereta berdekatan Air Terjun Kionsom di Inanam antara pukul 9 pagi dan 10 pagi, 18 Februari tahun ini.

Tertuduh mengendalikan sendiri kesnya selepas peguamnya Loretto P Padua menarik diri dari mewakilinya pada September lepas.

Dakwaan itu tidak diketahui hanya apabila ibu saudara mangsa membuat laporan polis ke atas Riduan.

Pengurus restoran kemudian didakwa di mahkamah 10 hari kemudian.

Mangsa kemudian menarik balik laporan dan dakwaan berkenaan pada 18 April.

Tertuduh yang turut mengahwini mangsa selepas itu berkata perkahwinan mereka dipersetujui.

Riduan mengahwini mangsa sebagai isteri kedua biarpun belum menerima kebenaran daripada Mahkamah Syariah untuk berpoligami.

Pada hari kejadian, Riduan berkata dia menghantar isterinya pergi bekerja di pusat membeli-belah 1Borneo pada pukul 9.45 pagi dan menurutnya mustahil untuknya berada di lokasi kejadian sebelum pukul 10 pagi.

Apabila ditanya oleh Timbalan Pendakwaraya Raja Zaizul Faridah bersetuju atau tidak, dengan mengahwini mangsa tanpa kebenaran mahkamah, tertuduh sudah melanggar keputusan Mahkamah Syariah dan melanggar syarat ikat jaminnya oleh Mahkamah Sesyen, tertuduh tidak bersetuju.

“Saya dibenarkan untuk berkahwin dengan gadis itu, saya tidak tahu pula saya tidak dibenarkan berhubung dengan mangsa atau keluarganya yang akan melanggar syarat ikat jaminan,” katanya.

Riduan tidak bersetuju apabila ditanya tujuan dia berkahwin dengan mangsa secara tergesa-gesa adalah untuk memastikan tuduhan ke atasnya digugurkan.

“Saya ada bertanya pihak ketiga untuk mencarinya, dengan melihat beberapa maklumat yang dikongsikan di dalam akaun Facebooknya,” katanya.

Dia juga menafikan bahawa dia berkahwin dengan gadis itu dengan tergesa-gesa tetapi dia memaklumkan, dia mempunyai cukup masa untuk membuat persiapan membeli cincin dan juga menyediakan RM5,000 sebagai wang hantaran.

Kemudian dalam prosiding, tertuduh yang mengendalikan kesnya sendiri memanggil ibu dan bapa mangsa sebagai antara saksi pembelaan.

Menurut bapa mangsa yang berusia 47 tahun, yang bertugas sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah kolej dan ibu mangsa berusia 41 thun berkata mereka bersetuju dengan perkahwinan itu kerana mangsa dan Riduan saling mencintai.

Hakim Ummu Kalthom kemudian menetapkan 24 Januari sebagai hari terakhir prosiding pembelaan.

Read More...

FOTO - SUASANA CEMAS DALAM PESAWAT FIREFLZ SEMALAM



Gambar dari pesawat sia baru-baru ni, turbulence agak dahsyat
Rilek jangan kecoh-kecoh, jangan panik semua. Harap bertenang..'Pada pandangan aku, ini situasi biasa dalam penerbangan terutamanya semasa melalui cuaca buruk. Ia dinamakan 'Air Pocket' dimana ia boleh berlaku dalam mana-mana penerbangan apatah lagi membabitkan pesawat kecil seperti Fireflyz. Dalam bahasa mudahnya turbulence.. terjadi sebab kapal terbang tu against the power of atmosphere.




Read More...

Doktor Tolak Potong Tangan Pesalah Hudud Di Kelantan

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyatakan rasa terkejut mereka berhubung rancangan Kelantan menggunakan khidmat pakar bedah untuk memotong tangan pesalah hudud jika ia undang-undang itu dikuat kuasa.

Presidennya Dr NKS Tharmaseelan (kanan) berkata, memotong anggota badan seseorang, walaupun penjenayah, “bertentangan dengan amalan dan etika perubatan”.


Katanya, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menasihatkan doktor-doktor supaya tidak menyaksikan atau memperakui hukuman sebat terhadap penjenayah, apatah lagi pemotongan anggota badan.

“Saya mohon kerajaan Kelantan memikirkan semula hasrat mendapatkan pakar bedah bagi melakukan kerja 'kasar' melaksanakan undang-undang yang bertentangan dengan amalan dan etika perubatan.

“Saya secara peribadi menentang sebarang undang-undang yang memerlukan pencacatan...

“Meminta pakar bedah untuk melaksanakan pemotongan jauh lebih serius dan sudah tentu ditentang oleh MMA,” katanya dalam kenyataan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (kiri) semalam dilaporkan berkata, pihaknya merancang menggunakan khidmat pakar bedah bagi memotong tangan penjenayah yang disabitkan kesalahan jika hudud mula dikuatkuasakan tahun depan.

Katanya, selesai hukuman itu, pesalah terbabit sudah boleh pulang ke rumah tanpa perlu menjalani sebarang hukuman lain seperti penjara.

Tharmaseelan berkata, doktor dilatih untuk menjaga, merawat dan menyembuhkan dan ia mesti mendapat persetujuan pesakit, walaupun seorang penjenayah.

Beliau juga berkata, MMA akan membuat laporan terhadap doktor yang terlibat dengan pemotongan tangan kepada Majlis Perubatan Malaysia jika ia berlaku.

“Ia boleh menyebabkannya disingkir daripada daftar perubatan sebagai doktor. MMA juga akan bertindak terhadapnya dan mengeluarkannya daripada persatuan.

Read More...

Anwar yakin beliau akan dipenjarakan kerana dakwaan meliwat

Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) yakin beliau akan dipenjarakan bahkan mungkin lebih lama daripada tempoh lima tahun sebagaimana yang diputuskan ekoran kes liwatnya kerana mendakwa proses mahkamah terlalu bias terhadapnya.

Atas dasar itu, ketua umum PKR itu mendedahkan pemimpin negara luar termasuk bekas naib presiden Amerika, Al Gore dan presiden Irish Mary Robinson menasihatkan beliau semasa kunjungannya ke  London baru-baru ini agar tidak pulang ke Malaysia dan masuk penjara.


Beliau juga berkata, keengganan Pendaftar Mahkamah Persekutuan semalam memberikan waktu tambahan untuk memfailkan petisyen rayuan terhadap penghakiman Mahkamah Rayuan adalah cubaan terakhir yang terpaksa beliau hadapi.

Hari terakhir untuk memfailkan petisyen itu adalah hari ini (Khamis).

Menyifatkan penolakan itu sebagai penyalahgunaan proses kehakiman, Anwar berkata ia jelas satu lagi testimoni bahawa mahkamah dipergunakan pemimpin Umno untuk mengganggu beliau.

"Ia sudah pasti satu gangguan dan penyalahgunaan proses (mahkamah)," katanya.

"Saya hanya menunggu masa dan saya tidak tahu berapa lama masa saya ada.

"Sebulan, dua bulan sebelum mereka menghantar saya ke penjara," kata Anwar, yang berada di Kuching bagi berucap dalam himpunan Reformasi 2.0 malam tadi.

Anwar juga menceritakan gangguan yang didakwa terpaksa beliau hadapi ketika rayuan didengar di Mahkamah Rayuan.

Beliau mendakwa, mahkamah mempercepatkan rayuannya sebulan untuk menyesuaikannya dengan tarikh pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Anwar dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) di PRK DUN Kajang pada 23 Mac lalu selepas ia dibuat berikutan perletakan jawatan mengejut Adun, Lee Chin Cheh pada 27 Januari.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan membuat keputusan segera apabila menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar dengan memutuskan Anwar bersalah dan tidak layak untuk bertanding.

Isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail kemudiannya bertanding menggantikan beliau sebagai calon PR.

Ketua Biro Undang-undang PKR, Latheefa Koya semalam berkata, walaupun tarikh akhir hari ini, pendaftar Mahkamah Persekutuan mengarahkan Anwar memfailkan permohonan rasmi, termasuk notis permohonan, bagi mendapatkan masa yang lebih untuk memfailkan asas rayuannya.

Karpal Singh yang merupakan ketua peguam Anwar sepatutnya memfailkan rayuan ini.

Namun Karpal bersama pembantunya mati dalam satu kemalangan tragik Khamis lepas.

Latheefa menyifatkan penolakan mahkamah itu sebagai satu tindakan tidak bertoleransi dan kurang simpati serta memahami terhadap apa yang berlaku kepada Karpal.

Anwar dalam pada itu berkata, ketua pasukan peguam beliau yang baru, Datuk Sulaiman Abdullah tidak akan mempunyai masa yang cukup untuk "mengkaji semua fail dan nota."

"Ia nampak semacam Mahkamah Persekutuan tergesa-gesa dalam rayuan ini dan ia boleh dilihat dalam kegagalannya memberikan tambahan masa," kata Latheefa.

Apa yang berlaku kepadanya menyebabkan Anwar memberikan amaran kepada semua pemimpin pembangkang bahawa mereka juga akan mengalami nasib yang sama seperti beliau.

Katanya, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Naiib Razak "menyalahgunakan peguam negara dan sistem kehakiman", pemimpin pembangkang seperti Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Pandan yang juga Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke dan Adun Batu Buruk, Terengganu, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi "tersenarai sebagai mereka yang didakwa dan akan dipenjarakan".


Read More...

Luahan Hati Isteri Pramugara MH370 - Mereka Tahu Semuanya Tetapi Menipu, Merancang Dan Tamak..






Read More...

Saya Tidak Sokong Hudud - Nur Jazlan

KUALA LUMPUR: Usaha PAS mendekati Umno untuk menyokong pelaksanaan hudud adalah sia-sia kerana parti itu pasti telah melaksanakan hukum jenayah Islam itu jika ia menjadi satu keutamaan.

Walaupun terdapat sokongan jelas di kalangan beberapa pemimpin Umno untuk menyokong dua rang undang-undang persendirian yang bakal dibawa wakil PAS di Dewan Rakyat bagi mengetepikan halangan pelaksanaan hudud di Kelantan, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar) berkata, ia tidak termasuk dalam perancangan Umno bagi masyarakat berbilang kaum di negara ini.


“Jika tidak, datuk nenek kita telah melaksanakannya (hudud) sejak lama dulu. Secara peribadi saya tidak menyokong ini (pelaksanaan hudud)," kata Nur Jazlan kepada The Malay Mail Online ketika dihubungi.

Walaupun menentang, Nur Jazlan berkata adalah hak Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang Islam di negeri itu, namun beliau mencadangkan PAS untuk mendapatkan pandangan daripada negeri-negeri lain bagi memastikan konsistensi dalam sistem perundangan negara.

"Kita tidak boleh mempunyai dua sistem undang-undang yang berbeza di negara ini. Adalah bagus jika (PAS) mendapatkan referendum daripada negeri-negeri lain juga," ujarnya.

Beberapa Ahli Parlimen BN daripada Umno telah menyatakan sokongan terhadap cadangan Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum jenayah syariah termasuk hudud antaranya Ahli Parlimen Peringat, Tan Sri Annuar Musa, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar.


Malah Annuar berjanji untuk melobi sokongan anggota Parlimen BN daripada Umno bagi menyokong rang undang-undang persendirian yang bakal dibawa wakil Kelantan ke Dewan Rakyat bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan dilaksanakan. - Harakah Daily

Read More...

Wednesday 23 April 2014

Malaysia gagal kesan isyarat kecemasan kapal Jepun?

KUALA LUMPUR 23 APR: Ahli parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid mempersoalkan mengapa penguatkuasa maritim Malaysia gagal mengesan isyarat kecemasan dari kapal Jepun yang disamun dekat Pulau Ketam awal pagi Selasa lalu.

Beliau yang juga bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempersoalkan apakah pengawasan agensi penguatkuasaan maritim negara begitu longgar sehingga tidak peka terhadap kapal bermasalah di perairan Selat Melaka.


"Kapal Jepun ada alat kecemasan, kenapa Malaysia tak kesan?

"Takkan mereka tak boleh kesan. Sebab kapal Jepun itu ada radio signal untuk kecemasan, kapal-kapal lain boleh kesan. Takkan APMM tak boleh," kata Imran kepada Keadilandaily.

Ia kerana proses pemindahan diesel tersebut mengambil masa antara tujuh hingga lapan jam dan selepas itu kesemua suspek meninggalkan kapal berkenaan.

Kawasan perairan dan pantai di Malaysia dikawal empat agensi maritim iaitu Agensi Penguakuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malysia (TLDM) Polis Marin dan Pasukan Gerakan Marin (PGM).

"Kita persoalkan dimana mereka sewaktu kejadian ini berlaku. Kalau mereka buat rondaan dan lakukan kerja pasti kapal tersebut boleh dikesan," kata Imran.

Dalam kejadian awal pagi Selasa, 18 kru termasuk kapten kapal berhadapan detik cemas apabila kapal yang membawa lima juta liter diesel dilaporkan disamun kira-kira 16 batu nautika dari Pulau Ketam berhampiran Klang.

lima lelaki dengan dua bersenjatakan pistol dan parang mengikat kapten dan anak kapal menyamun kapal Jepun yang tidak dinamakan itu dengan memindahkan dua juta liter minyak diesel ke dalam dua buah kapal tanker.

Bernama melaporkan tiga kru dipercayai diculik ketika kapal tersebut yang dalam perjalanan ke Myanmar selepas berlepas dari Singapura 21 April lalu.

Tambah Imran, kerajaan bertanggungjawab terhadap insiden tersebut.

"Belum selesai isu penculikan di Sabah, kapal Jepun pula disamun.

"Ini membuktikan kerajaan tidak mampu untuk menyelesaikan banyak masalah yang melibatkan negara termasuk isu kehilangan peswat MH370," kata Imran.

Read More...

Kes liwat Anwar: Mahkamah tolak tangguh rayuan

SHAH ALAM – Permohonan bagi lanjutan tempoh memfailkan rayuan terhadap kes liwat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak mahkamah.

Menurut ketua undang-undang PKR, Latheefa Koya, Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan meminta Anwar memfailkan permohonan formal termasuk notis usul bagi meminta lanjutan masa untuk memfailkan alasan rayuan.


"Perkara ini berlaku meskipun mereka tahu esok merupakan hari terakhir untuk memfailkan petisyen itu.

 “Ini dianggap sangat tidak bertimbang rasa dan tiada rasa simpati ke atas kematian Karpal Singh, katanya yang dipetik sebuah portal.

Karpal maut dalam kemalangan lebuh raya pada 17 April lalu di Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Kampar, Perak.

Karpal merupakan peguam utama yang mewakili Anwar bagi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada 7 Mac lalu, Anwar disabitkan bersalah oleh Mahkamah Rayuan terhadap tuduhan meliwat, enam tahun lalu.

Mahkamah Rayuan menghantar alasan rayuan kepada firma guaman Karpal 16 April lalu yang memberikan mereka tempoh 10 hari.


Read More...

Sekolah tak dibenar jadi tempat peringati Karpal

Jabatan Pendidikan telah menolak penggunaan sebuah sekolah di Kuala Lumpur untuk majlis memperingati Karpal Singh kerana ia dilihat sebagai satu acara politik, kata penganjurnya DAP dalam satu sidang akhbar hari ini.

Majlis peringatan itu dijadualkan berlangsung malam esok di SJK (C) Chung Kwo berhampiran Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, kata pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai.


"Saya sedih untuk mengatakan bahawa (penggunaan) tempat itu telah ditolak oleh Jabatan Pelajaran.

"Apa yang saya faham, guru besarnya telah diberitahu bahawa kerana ini adalah satu acara politik, ia tidak boleh diadakan di premis sekolah."

Katanya, beliau telah dimaklumkan tentang perkembangan terkini itu oleh seorang ahli lembaga pengarah sekolah tersebut pagi ini, dan ini kemudiannya disahkan oleh guru besar.

Read More...

Kapal Jepun disamun lelaki bersenjata dekat Pulau Ketam



Lima lelaki, dua bersenjatakan pistol seorang lagi parang, menyamun sebuah kapal Jepun dengan memindahkan dua juta liter minyak diesel ke dalam dua buah kapal tanker berhampiran Pulau Ketam awal pagi Selasa.

Tiga kru kapal dipercayai diculik.

Pegawai Pemerintah Polis Marin Pelabuhan Klang, DSP Norzaid Muhammad Said berkata kejadian berlaku pada pukul 1 pagi pada jarak 16 batu nautika dari Pulau Ketam di sini.

Kapal bermuatan lima juta liter itu dalam perjalanan ke Myanmar dan berlepas dari Singapura pada 21 April.

Beliau berkata lima lelaki terbabit bertindak mengikat 18 kru termasuk kapten kapal sebelum memindahkan diesel itu.

"Difahamkan proses pemindahan mengambil masa antara tujuh hingga lapan jam dan selepas itu kesemua suspek meninggalkan kapal berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini.

Norzaid berkata selepas berjaya melepaskan diri, kapten kapal kemudian menghubungi pembekal minyak diesel itu di Singapura, bagi memaklumkan kejadian berkenaan.

Katanya pembekal itu membuat laporan di Balai Polis di Johor Baharu sebelum pihak polis di situ memaklumkan kepada Polis Marin di Pelabuhan Klang.

"Pihak kami kemudian dihantar ke lokasi kejadian dan menemui kapal Jepun berkenaan di Pulau Angsa. Kapal itu dibawa pulang ke Pelabuhan Utara di sini untuk siasatan lanjut," katanya.

Norzaid berkata kesemua kru kapal dan kapten tidak mengalami sebarang kecederaan.

- Bernama

Read More...

Menteri Kesihatan Dipecat

Jumlah kematian akibat MERS-CoV meningkat kepada 81 kes

RIYADH: Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Saudi memecat menteri kesihatan negara itu Abdullah al-Rabiah kelmarin, pada ketika jumlah kematian akibat virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) di negara itu meningkat kepada 81 dan kes jangkitan turut meningkat.

Agensi berita negara itu melaporkan bahawa menteri buruh Adel Faqih mengambil tugas sementara sebagai menteri kesihatan sehingga seorang pengganti dipilih. 


Ia menyatakan al-Rabiah kini menjadi menjadi penasihat kepada Mahkamah Diraja. 



Tiada sebab diberikan atas pemecatan itu, tetapi ia berlaku ketika negara itu sedang berusaha keras untuk mengawal MERS daripada merebak.

Al-Rabiah, minggu lalu melawat hospital di Jeddah untuk menenangkan penduduk yang dilanda panik berhubung penularan virus berkenaan di kalangan kakitangan perubatan yang mencetuskan penutupan sementara bilik kecemasan hospital.

Sementara itu kementerian kesihatan lewat kelmarin menyatakan seorang warga Arab Saudi berusia 73 tahun yang menderita penyakit kronik meninggal dunia di Riyadh, dan seorang lagi yang didiagnos dengan virus itu berusia 54 tahun, meninggal dunia di Jeddah.

Kementerian berkata, ia mendaftarkan 261 kes jangkitan di seluruh negara itu sejak penemuan MERS pada September 2012. 
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata pada 17 April lalu, ia dimaklumkan mengenai 243 kes jangkitan MERS yang disahkan makmal di seluruh dunia, termasuk 93 kematian.

MERS pada awalnya bertumpu di timur Arab Saudi tetapi kini melanda kawasan lain.

Virus berkenaan dianggap membawa maut tetapi kurang dipindahkan berbanding virus Sindrom Pertahanan Yang Teruk (SARS) yang melanda Asia pada 2003 dan menjangkiti 8,273 orang, sembilan peratus daripadanya meninggal dunia.

Pakar masih berusaha memahami MERS, dan masih tiada vaksin.

Kajian terbaru menunjukkan virus berkenaan amat biasa pada unta sekurang-kurangnya sejak 20 tahun lalu, dan mungkin dipindahkan secara langsung daripada haiwan kepada manusia. – AP/AFP

Read More...

Daim sifatkan Anwar 'kaki goreng'

KUALA LUMPUR 22 April - Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘kaki goreng’ kerana mendakwa mempunyai bukti kukuh tentang penyelewengan yang beliau lakukan di luar negara.

Katanya, jika Ketua Pembangkang itu mempunyai bukti berhubung perkara itu, Anwar sepatutnya membuat laporan terperinci kepada pihak berkuasa dan bukannya memperbesar-besarkan isu yang tidak sahih.


"Dia (Anwar) ketika itu berjumpa dengan Presiden Tanzania dalam sesi pelaburan dan bertanya tentang aset saya. Presiden itu berkata, memang saya ada bank di Tanzania, jadi apa masalahnya?

"Anwar lepas dibuang daripada parti, semua dia kata tak betul, jadi apa yang dibuat masa dalam parti? Anwar ini ‘kaki goreng’," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Bicara Petang yang dianjurkan oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud, Presiden Perdasama, Datuk Moehamad Izat Emir dan Pengerusi Biro SME Perdasama, Datuk Norizan Bakar.

Daim diminta mengulas dakwaan Anwar bahawa beliau mempunyai akaun di luar negara hasil penyelewengan semasa beliau dalam Kabinet.

Daim menjelaskan, pada tahun 1999 ketika Anwar dalam Kabinet, Ketua Pembangkang itu pernah membuat laporan dan melakukan siasatan ke atasnya.

"Siasatan berdasarkan salinan surat-surat yang saya serahkan padanya. Tetapi, dia potong nama saya, dan dia kata memperoleh surat itu sendiri. Saya telah dua kali disiasat tentang pemilikan aset.

"Masa tu dia (Anwar) Menteri Kewangan dan juga pengerusi tentang rasuah. Kenapa tak ambil tindakan? Lepas kena buang daripada parti UMNO, semua dia kata tak betul," jelas beliau.

Beliau juga mempersoalkan dakwaan Anwar yang menyatakan mempunyai beberapa kotak mengandungi dokumen penyelewengan oleh tokoh-tokoh politik.

"Tetapi sehingga kini tidak ada apa yang didedahkan oleh ketua pembangkang itu," katanya.

- utusan

Read More...

Tuesday 22 April 2014

Aksi “gelojo” wanita bertudung dengan kekasih dalam kereta 



MEMALUKAN, itulah perkataan yang sesuai menggambarkan perbuatan tidak senonoh dua individu dipercayai sepasang kekasih apabilatanpa segan silu melakukan maksiat dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta belakang lorong kedai, Jalan Datuk Lim Hoe Lek di sini, petang semalam.

Perbuatan terkutuk pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu sempat dirakam orang awam kebetu-lan berada di kawasan itu.

Lebih memalukan, pasangan wanita yang melakukan adegan itu nampak sopan dengan bertudung dan berbaju kurung. Orang awam dikenali sebagai Fook berkata, adegan memalukan dalam keretajenis Proton Saga itu berlaku kira-kira 20 minit.

Menurutnya, dia kebetulan di pejabat berhampiran kawasan itu ternampak kelibat mencurigakan pasangan terbabit sebelum keluar meninjau kerana bimbang berlaku kejadian jenayah di situ.

“Selepas mengamati barulah saya tahu peristiwa sebenar di mana pasangan kekasih itu sedang asyik bermadu asmaradi tempat terbuka tanpa segan silu,” katanya.

Fook berkata, tidak lama kemudian dia ternampak kereta itu beredar namun masih berlegar di kawasan terbabit sebelum meninggalkan kawasan itu.

Sementara itu, seorang pekerja swasta di kawasan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Rahman berkata, lorong belakang yang agak tersorok dan jarang dilalui kenderaan memberi kesempatan kepada pasangan gelojoh nafsu seperti itu melakukan aksi terlarang.

Dia berkata, beberapa rakannya pernah menceritakan terserempak dengan pasangan kekasih yang sedang memadu asmara dalam kereta seperti mana aksi yang dirakamkan itu.

“Kalau boleh, pihak berkuasa agama turut memberi tumpuan dan membuat rondaan di kawasan lorong belakang bagi membendung gejala negatif ini.

“Mungkin pasangan kekasih seperti itu berani melakukan maksiat kerana mereka tahu kawasan itu ‘selamat’ dan tersorok,” katanya.


Read More...

Putrajaya Sahkan Tujuan Lawatan Obama Adalah TPPA

Putrajaya mengakui Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) antara agenda utama yang akan dibincangkan dalam lawatan tiga hari Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia hujung bulan ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed bagaimanapun menegaskan tiada sebarang persetujuan akan ditandatangani semasa lawatan tersebut.


"Sudah pasti ia menjadi agenda utama yang akan dibincangkan," kata Mustapa semasa taklimat dengan media di pejabatnya hari ini.

"Tapi tiada sebarang perjanjian akan ditandatangani."

Mustapa menolak sama sekali khabar angin mengatakan lawatan Obama ke Malaysia bertujuan untuk memberi tekanan kepada Malaysia menandatangani perjanjian perdagangan kontroversi itu.

Menurut Mustapa, beberapa perkara berbangkit masih lagi dalam perbincangan dan belum dimuktamadkan.

TPPA merupakan inisiatif membentuk kawasan perdagangan bebas (FTA) di kalangan 12 negara yang berjumlah 800 juta penduduk dan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Malaysia menyertai TPPA sebagai anggota perunding penuh pada pusingan ke-3 yang diadakan di Brunei pada Oktober 2010 lalu.

Rundingan terakhir diadakan di Singapura pada Februari lalu tetapi keputusan muktamad masih buntu setakat ini.

Kontroversi TPPA mendapat perhatian banyak pihak, antaranya kumpulan sivil, pertubuhan bukan kerajaan dan juga pembangkang.

Lawatan ini akan digunakan sebaiknya untuk Malaysia berkongsi pandangan mengenai halangan yang dihadapi dalam perjanjian tersebut, kata Mustapa.

"Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib akan berkongsi halangan yang kita hadapi dalam perbincangan ini dengan Obama. Itu sahaja yang boleh saya katakan," kata beliau.

Kali terakhir Malaysia menerima lawatan Presiden Amerika Syarikat ialah pada 1966, oleh Presiden Lyndon Johnson.

Mustapa berkata beberapa isu berbangkit masih lagi belum diselesaikan dan memberi jaminan kajian manfaat kos TPPA akan dibentangkan sebelum sebarang perjanjian tersebut dimuktamadkan.

"PM mengarahkan ia dibincang ke Parlimen. Kami akan bawa ia ke Parlimen," kata Mustapa.

Analisis itu, terbahagi kepada dua seksyen, dilaksanakan oleh Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Jabatan Perdana Menteri.

Beberapa halangan dikenalpasti dalam perbincangan TPPA, menurut Mustapa, beberapa perkara yang masih menjadi pertikaian antaranya mengenai polisi, isu perniagaan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan agenda Bumiputera.

"Isu-isu umum dan melibatkan orang awam masih lagi dibincangkan," kata Mustapa.

Termasuk Malaysia, 12 negara lain yang terlibat dalam rundingan rahsia TPPA adalah AS, Australia, Brunei, Chile, New Zealand, Peru, Singapura, Jepun, Vietnam, Mexico dan Kanada.

Peningkatan bantahan beberapa badan bukan kerajaan termasuk Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) terhadap TPPA menyebabkan Putrajaya mengambil keputusan menangguhkan sebarang keputusan muktamad sehingga selesai dua analisis kos manfaat terhadap kesannya ke atas kebajikan nasional dan industri kecil dan sederhana Bumiputera. 

Read More...

AS gugur 3 pertuduhan terhadap pegawai TUDM selidup pistol



Amerika Syarikat menggugurkan tiga daripada empat pertuduhan terhadap pegawai Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang ditahan di lapangan terbang Texas atas tuduhan cuba menyeludup sepucuk pistol pada 16 April lalu.

Dalam kenyataan medianya hari ini, TUDM bagaimanapun menjelaskan perbicaraan yang dijadual pada 21 April telah ditunda ke tarikh baru yang ditetapkan oleh Mahkamah Lubbock, Texas.

"Pada peringkat awal, Mejar Mohd Faiz Abdul Jalil telah dicadangkan untuk dikenakan dengan empat pertuduhan oleh pihak pendakwa.

"Namun demikian, beliau kini hanya dipertuduhkan atas satu kesalahan iaitu pemilikan senjata atau bahan letupan oleh seorang bukan pendatang," kata TUDM.

TUDM berkata Mohd Faiz ditahan di Lapangan Terbang San Angelo Texas, Amerika Syarikat pada 16 April lalu telah dipindahkan dari penjara Taylor Country ke penjara Lubbock Country pada 21 April.

Manakala laporan portal berita tempatan Texas Bigcountryhomepage.com melaporkan Mohd Faiz ditahan selepas dipercayai cuba menyeludup senjata api ke dalam penerbangan itu.

Beliau dilaporkan dalam perjalanan untuk menaiki satu lagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Dallas.

Pada masa yang sama, TUDM turut menumpukan perhatian untuk menjaga kebajikan keluarga Mohd Faiz terutama dalam menghadapi situasi sukar tersebut.

Manakala pejabat atase pertahanan Malaysia di Washington mengikuti perkembangan kes itu dan akan memaklumkan sebarang perkembangan kepada Kementerian Pertahanan.

Read More...

Jamil Khir enggan ulas tindakan pemimpin BN hina mayat Karpal

Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini enggan mengulas berhubung tindakan sewajarnya yang perlu diambil ke atas Ahli Parlimen ‎Langkawi, Dato Nawawi Ahmad setelah menghina kematian Karpal Singh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, kenyataan penuh Nawawi masih belum dibaca dan menyifatkan itu bukan urusan di bawah kementeriannya.


"Itu saya tidak baca. Lagi pula bukan tanggungjawab saya," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Kuala Lumpur hari ini.

Ketika ditanya adakah sebarang tindakan akan diambil ke atas Nawawi setelah kenyataannya tersebar di media sosial, Jamil berkata: "Oh begitu ya."

Khamis lalu, sebagai reaksi kepada kematian Karpal, Nawawi memuat naik kenyataan di laman Facebooknya dengan menyatakan: "Siapa hendak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama,  he he," tulis Nawawi di akaun 'Dato Ir Nawawi Ahmad', merujuk pada paparan keratan akhbar yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu – Karpal Singh".

Beliau bagaimanapun memadam gambar dan kenyataan berkenaan selepas dikritik ramai.


Read More...

Rafizi Akan Saman Kerajaan Negeri Sarawak

Selepas dihalang untuk memasuki Sarawak buat kali kedua, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini menegaskan akan mengambil tindakan mahkamah di Kuching untuk mencabar salah guna kerajaan kuasa kerajaan negeri itu. – Gambar The Malaysian Insider, 22 April, 2014.Selepas dihalang untuk memasuki Sarawak buat kali kedua, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini menegaskan akan mengambil tindakan mahkamah di Kuching untuk mencabar salah guna kerajaan kuasa kerajaan negeri itu.

Rafizi berkata selain memfailkan kes di mahkamah, beliau juga akan meneliti Akta Imigresen di Parlimen.


"Tindakan menghalang saya dan pimpinan PKR lain benar-benar merencatkan persediaan pemilihan PKR Sarawak yang memerlukan sokongan daripada semua pemimpin di seluruh negara.

"Kerana itu saya akan mengambil tindakan mahkamah di Kuching dalam masa terdekat  termasuk membawa ke Parlimen supaya ada mekanisme 'check and balance' (keseimbangan) untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa ahli politik," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Semalam, Rafizi disekat daripada memasuki Sarawak sebaik saja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kira-kira jam 6.20 petang.

Beliau memaklumkan hal itu dengan menulis di entrinya melalui laman Twitter @rafiziramli.

Rafizi pada sidang medianya hari ini berkata melalui rujukan dengan pegawai kanan Jabatan Imigresen negeri itu mengesahkan bahawa beliau tidak akan dapat memasuki ke Sarawak selagi namanya masih lagi berada d‎alam senarai hitam yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri Sarawak.

Beliau berkata, pegawai itu juga memaklumkan kepadanya bahawa jabatan tersebut diberikan arahan keras untuk menguatkuasakan larangan masuk itu tanpa sebarang budi bicara.

"Itu larangan daripada pejabat Ketua Menteri Sarawak, bermakna sekiranya saya dapat melepasi masuk ke negeri itu dan apabila ditahan penguatkuasa imigresen juga terpaksa menangguh akibatnya," katanya.

Kali pertama pemimpin PKR itu disekat memasuki Sarawak ialah pada 25 Mac lalu bersama Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. – tmi


Read More...

Akhirnya Anwar Mengalah Kepada Wan Azizah..

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menarik diri daripada bertanding jawatan presiden parti itu menentang isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan (JPP) PKR Datuk Johari Abdul dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.


Penarikan itu sekali gus memberikan laluan mudah kepada Wan Azizah untuk menang tanpa bertanding.

Azizah mengekalkan jawatan yang disandangkan sejak penubuhan parti pada 1999.

Johari berkata, JPP menerima surat minggu lalu daripada Anwar yang menyatakan keputusannya itu.

"Beliau (Anwar) bagi surat minggu lalu, saya hanya umumkan sekarang.

"Ketika sidang media (JPP) terakhir dulu, beliau sudah bagi isyarat untuk tarik diri.

"Tetapi banyak perkara berlaku seperti kematian saudara Karpal dan kes mahkamah lain (menyebabkan ia tidak diumumkan)," kata beliau.

Read More...

Mahathir Desak Tambak Johor Dirobohkan

Tambak Johor sudah tidak lagi relevan dalam dunia moden sekarang kerana ia dilihat menyekat laluan di Selat Tebrau.

Malah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Tambak Johor juga menyebabkan pelbagai masalah terutamanya melibatkan isu alam sekitar dan kesesakan lalu lintas di Johor Bahru.


Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya Tambak Johor dirobohkan bagi membolehkan pembinaan jambatan baru antara Malaysia dan Singapura yang dikenali sebagai ‘Jambatan Persahabatan’ seperti yang dicadangkan kerajaan.

“Jika ia adalah sebuah jambatan, adakah kita masih perlukan sebuah tambak? Tambak ini menghalang air mengalir keluar dan ia juga sangat kotor”.

“Ia menyebabkan laut menjadi sangat kotor dan terdapat kesesakan lalu lintas yang teruk di Johor Bahru kerana jambatan tidak dibina,” katanya selepas menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘Leaders in Today’s Society: Issues, Challenges and Way Forward’ di Universiti Teknologi Petronas di Seri Iskandar, Perak pada Rabu.

Beliau juga berharap kerajaan tidak akan membina jambatan di tempat lain dan kemudian meninggalkan Tambak Johor di tempatnya kerana ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Johor.

“Ia (Tambak Johor) perlu dirobohkan, jika tidak tak adalah persahabatan,” katanya.

Dr Mahathir juga melahirkan kekecewaan beliau berhubung pembatalan projek pembinaan ‘Jambatan Bengkok’ di Selat Johor, sebelah Malaysia menghubungkan Tambak Johor ke Singapura.

Beliau berkata sewajarnya jambatan berkenaan dibina kerana Tambak Johor menghalang pergerakan aliran air timur-barat yang boleh digunakan bagi tujuan komunikasi.

Pada 7 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan pembinaan ‘Jambatan Persahabatan’ semasa sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong selepas kedua-dua mereka mengakhiri Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura selama dua hari di Putrajaya.

Read More...

Monday 21 April 2014

Foto Ngeri Murid Sekolah Tercucuk Besi Longkang Di Muka







Laporan Insiden Kemalangan Pelajar Di SK. Secreat Heart, Kota Kinabalu.

SABAH, Kota Kinabalu, bertarikh 21hb, April 2014, kira kira jam 12.50 tengahari telah berlaku suatu insiden kemalangan melibatkan pelajar lelaki tahun 4 di SK Secred Heart.

Pelajar yang terlibat berlari mengejar bas yang beliau naiki di luar kawasan dan terpijak besi penutup parit yang terlepas daripada rangka asalnya lalu tertusuk ke dalam mulut menembusi ke luar bahagian pipinya.

Pelajar tersebut telah di bawa oleh seorang ibu bapa yang kebetulan menunggu anaknya pulang sekolah di kawasan yang sama. Pihak sekolah telah memanggil bomba dan ambulan untuk membantu pelajar ini. Perjalanan ke hospital diiringi oleh bomba dan polis yang hadir.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip telah hadir sendiri ke lokasi kejadian untuk melihat sendiri dan memahami bagaimana insiden tersebut berlaku. Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu juga turut hadir.

Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu telah membuat lawatan ke hospital melihat keadaan pelajar tersebut dan berjumpa dengan ibu bapa pelajar berkenaan yg kebetulan berada di hospital. Keadaan pelajar stabil dan akan dimasukkan ke hospital Likas.

Pihak sekolah telah dimintakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya tentang aspek keselamatan pelajar sepanjang masa. Laporan lengkap dan gambar kejadian sedang diminta dari pihak sekolah.

Sekian, terima kasih.

Sulaiman Hj Awang.
PPA PPD KK.
21hb April 2014
4.12 petang.

Read More...

Selepas Harimau Jelutung Mati, Kini Muncul Seekor Lagi Harimau Yang Lebih Ganas


Lim Guang Eng menegaskan manifesto pilihan raya 2008 dan 2013 Pakatan Rakyat tidak memuatkan pelaksanaan hudud ataupun penubuhan negara Islam, malah ia turut dipersetujui semua parti komponen PAS, PKR dan DAP.


DAP tidak bersetuju dengan rancangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan kerana ia tidak pernah dipersetujui ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat (PR), kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Menurut Lim, ketiga-tiga parti komponen dalam PR jelas tidak pernah membincangkan soal hudud mahupun negara Islam, sebaliknya semua parti bersetuju dalam soal dasar bersama seperti membanteras rasuah, memastikan urus tadbir yang baik, mewujudkan kedaulatan undang-undang dan keadilan, memastikan kemakmuran ekonomi dikongsi secara saksama dengan rakyat dan tidak hanya dinikmati oleh kroni.

"Pendirian PR tidak berubah kerana pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud tidak berubah. Di bawah PR, mesti ada konsensus ketiga-tiga parti dalam hal dasar.

"Memandangkan DAP tidak menyokong pelaksanaan hudud, isu sokongan PR terhadap hudud tidak berbangkit," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur

Menurut ketua menteri Pulau Pinang itu, manifesto pilihan raya 2008 dan 2013 PR juga tidak memuatkan pelaksanaan hudud ataupun penubuhan negara Islam, malah ia turut dipersetujui semua parti komponen PAS, PKR dan DAP.

"Semua parti komponen boleh mematuhi objektif masing-masing dalam rangka demokrasi, namun keutamaan dan fokus harus diberikan kepada dasar bersama PR," katanya.

Lim berkata, pendirian PR turut dipertegaskan semula oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila berkata, "model dan pelaksanaan hudud yang bakal diguna pakai oleh kerajaan negeri Kelantan perlu difahami terlebih dahulu sebelum PR mengambil keputusan bersama untuk mempersetujuinya."

Kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob menyatakan kesediaannya melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud selewat-lewatnya pada 2015 dan akan membentangkan undang-undang berkenaan di Parlimen.

Meskipun menerima bantahan keras daripada pemimpin bukan beragama Islam dari DAP dan Barisan Nasional (BN), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan negeri Kelantan sudah melalui proses demokratik sepenuhnya sebelum memutuskan untuk membawa rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat mengenai undang-undang jenayah Syariah termasuk hudud.

Beliau berkata, sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan undang-undang berkenaan, ia melalui proses yang betul dan mengikut amalan demokrasi.

Tan Sri Annuar Musa turut menyatakan kesediaan membantu mendapatkan sokongan terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan dan akan melobi ahli Parlimen Umno untuk menyokong pembentangan rang udang-undang persendirian kerajaan Kelantan di Parlimen.

Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh berkata, sebahagian besar daripada 88 pemimpin Umno di Parlimen akan menyokong pembentangan tersebut di Parlimen.

Isu hudud berlarutan sejak sekian lama, sebelum penubuhan PR apabila PAS Kelantan pada 1993 meluluskan enakmen berkenaan undang-undang Syariah.

Sejak itu, isu berkenaan turut menjadi perdebatan hangat dalam kalangan ahli Parlimen dari BN dan PR, serta dijadikan senjata politik dalam Pilihan Raya Umum 2013 lalu.


Read More...

PDRM Boikot Pengkebumian Karpal?



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri akan mengkaji masalah yang timbul sehingga polis tidak muncul untuk mengawal kehadiran orang ramai di majlis pengebumian MP Bukit Gelugor Karpal Singh semalam.

“Kami berharap orang ramai dapat memaafkan dan tidak mempedulikan masalah yang timbul semasa pengebumian itu. Polis tidak muncul seperti dirancang untuk mengawal orang ramai di luar Dewan Sri Pinang,” kata Lim dalam kenyataannya.

“Kerajaan negeri akan menjalankan siasatan untuk mengenalpasi punca polis tidak muncul seperti dirancang, dan seterusnya mengatasi kelemahan yang mungkin menyulitkan orang ramai,” katanya.

Lim mendakwa seramai 25,000 orang hadir di majlis penghormatan peringkat negeri itu.

"Kehadiran begitu ramai orang itu tidak disangka. Kami ingin memohon maaf kepada semua yang datang dari jauh tertapi tidak berpeluang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Karpal Singh.

Lim turut memuji seramai 3,000 penunggang motosikal yang mengiringi keranda Karpal untuk pengebumian.

Katanya, penghormatan dari golongan berkenaan amat bermakna kepada Karpal kerana ia menunjukkan rakyat biasa menyanjungi MP tersebut.

Menurut Lim, pengebumian tersebut “mungkin yang terbesar dalam sejarah Pulau Pinang”. - mkini

Read More...

Cara Akhbar Umno Layan Pemimpin Pembangkang



Perarakan besar menghantar mayat tokoh DAP Karpal Singh ke tempat pembakaran semalam nampaknya gagal menghiasi muka depan harian berbahasa Melayu dan Inggeris negara ini.

Sebaliknya, kesemua harian berbahasa Cina menyiarkan laporan berkaitan yang dianggarkan 15,000 memberikan penghormatan terakhir dalam perarakan 2 kilometer yang menyebabkan kesesakan teruk jalan raya.

Berita Harian, sebagai contoh, memaparkan acara tangkapan 88 orang dalam “pesta liar” di George Town.

Laporan berkaitan Karpal dimuatkan di halaman ke-13 dengan gambar acara penghormatan itu.

Akhbar Umno Utusan Malaysia pula memilih insiden nahas bas di Pekan yang mengakibatkan seorang pelancong meninggal dunia.

Manakala laporan berkaitan penghormatan terakhir kepada Karpal di halaman 8.

Harian berbahasa Inggeris seperti NST dan the Star pula memuatkan laporan itu di halaman 12, lapan dan enam.

Sebaliknya, kesemua akhbar berbahasa Cina memberikan halaman penuh bergambar di muka depan berkenaan kematian Karpal, malah, dengan gambar-gambar menarik hari penghormatan terakhir di dalamnya.

Untuk ketiga-tiga harian berbahasa Cina, kesemua 19 halaman didedikasikan untuk mendiang.

Read More...

Penyiasat: MH370 mungkin mendarat di satu tempat

Pasukan penyiasat antarabangsa dilaporkan sedang melihat semula kemungkinan bahawa penerbangan Malaysia Airlines pesawat MH370 mungkin mendarat di satu lokasi tertentu dan tidak berakhir di Lautan Hindi.

Laporan New Straits Times yang memetik satu sumber tidak dinamakan menyebut, ia merupakan antara kemungkinan yang sedang diteliti memandangkan pencarian yang dijalankan sehingga hari ini masih belum menemui sebarang serpihan pesawat.


Bagaimanapun, pencarian di selatan Lautan Hindi yang masuk hari ke-45 hari ini masih perlu diteruskan, kata sumber tersebut dalam laporan NST.

“Kita mungkin terpaksa berkumpul semula untuk melihat kemungkinan ini jika tiada hasil positif dalam tempoh beberapa hari lagi... tapi pada masa sama, pencarian di Lautan Hindi mesti diteruskan.

“Sangkaan bahawa ia mendarat di satu tempat itu tidak mustahil kerana kami masih belum menemui sebarang serpihan yang mungkin berkaitan dengan MH370.

“Bagaimanapun, kemungkinan bahawa terdapat negara tertentu menyembunyikan pesawat tersebut ketika lebih 20 negara mencarinya nampak tidak masuk akal,” kata sumber tersebut seperti dipetik NST

Read More...

Gambar Wira MH192 : Juruterbang Pesawat MH192 Harungi 4 jam Detik Cemas Dengan Tenang !



Kuala Lumpur : Apalagi yang ingin di ucapkan selain memanjatkan rasa syukur ke hidrat ilahi, mengharungi detik cemas selama 4 jam berlegar di udara kerana masalah tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanan meletup ketika berlepas.

Namun masalah ini di tangani dengan tenang oleh Kapten kapal yang bertugas itu Kapten Nor Adam Azmi dan dibantu pembantu juruterbang Prakash Kumar.

Malah juruterbang itu memaklumkan kepada penumpang melalui sistem interkom setiap 20 minit mengenai langkah dan tindakan yang diambil olehnya semasa berlegar-legar di ruang udara selama empat jam..

Semua penumpang tenang sahaja di dalam pesawat, semuanya dalam keadaan baik di dalam kabin,” katanya salah seorang saksi Masluhuddin Khan, 30-an, warga Australia.

Penerbangan MH192 dengan 159 penumpang dan 7 kru akan berlepas semula dari KLIA jam 3.30 petang ini dan tiba di Bangalore 5 petang ini. 



Read More...

Malaysia Berjaya Cipta Kaedah Hebat Untuk Hapuskan Rasuah..



UMNO/BN sudah menemui jalan untuk menghapuskan rasuah di Malaysia.... DENGAN BERLARI!...

Betul keni Tok Najib..buat larian beberapa meter.. boleh hapuskan rasuah..haha kut kut orang yang makan rasuah .gelak je ni..boleh ambil rasuah la..sebab depa kempen ..hapuskan rasuah hanya berlari..

Cuba Kita mengikut langkah negara terdekat Cara Indonesia dan Singapura hapus rasuah ..mengikut apa yang yang dengar dan baca di akhbar..Indonesia telah semakin hebat membenteras rasuah semenjak kejatuhan presiden Suharto..ramai Menteri dan Gabenor telah di penjara.. di Malaysia Menteri hanya dipenjara semasa di zaman Tun Abdul Razak je..sekarang hem hem..mau tau je la..

- media orang kampung

Read More...

VIDEO - Pesawat MAS Mendarat Cemas Di KLIA




Penerbangan Malaysia Airlines yang menuju ke Bangalore, India, hari ini berpatah balik selepas mengalami kerosakan gear dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melalui Twitternya berkata penerbangan itu membuat pendaratan cemas pada pukul 1.56 pagI dan semua penumpang serta anak kapal selamat.

Beliau dalam perjalanan ke KLIA.

Pengurus Penyelidikan Van Diemen John, 40-an, berkata juruterbang pesawat MH192 itu amat profesional ketika mengendalikan pendaratan.

"Juruterbang itu begitu tenang ketika beliau mengumumkan bahawa kami terpaksa berpatah balik ke KLIA tetapi perlu menghabiskan sebahagian minyak dahulu.

"Kami berlegar-legar di Selat Melaka dan Kuala Lumpur. Beberapa jam kemudian kami mendarat dengan selamat.

"Beliau memberikan arahan dengan jelas. Beliau amat profesional dan melakukannya dengan baik," kata John yang terbang dari Shanghai untuk ke Bangalore berjumpa dengan pasukan penyelidiknya.

Sementara itu, seorang lagi penumpang dari Pulau Pinang yang enggan dinamakan berkata pendaratan kecemasan itu dikendalikan dengan baik.

"Juruterbang dan anak kapal mengikut prosedur dengan betul. Ia dikendalikan dengan baik dan saya tidak panik," katannya sambil menambah, beliau tidak memberitahu keluarganya mengenai insiden itu.

Sementara itu warga Australia Miranda Jason Juse, 30, berkata disebabkan  jurutebang dan anak-anak kapal bertindak secara profesional, semua penumpang berasa tenang semasa empat jam terbang, berlegar-legar di udara Selat Melaka.

"Juruterbang melakukan yang terbaik untuk mendarat dengan selamat dan pesawat itu mendarat lembut dan lancar. Keadaan di dalam pesawat pun tenang sebaik kami selamat mendarat," katanya.

Semua penumpang agak keletihan selepas melalui pengalaman cemas itu tetapi mereka masih mampu memberikan senyuman kepada para pemberita sebagai menyatakan terima kasih kepada dunia yang mereka mendarat dalam keadaan selamat.

- Bernama


Read More...

Sunday 20 April 2014

Video Aksi Bodoh Raja Bomoh Sedunia Di Lebuhraya




Pejabat Agama Jangan Hanya Tonton Saja Perlakuan Raja Bomoh

Selepas kematian Karpal Singh dalam kemalangan jalanraya di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung beberapa hari lalu, individu yang mendakwa dirinya Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zain semalam muncul di kawasan berlakunya kemalangan itu untuk melakukan ritual yang didakwanya untuk menghalau makhluk jahat yang di kawasan itu.

Dalam ritualnya sambil membawa bunga malai yang digantungkan di salah satu tiang penghadang lebuhraya itu, Raja Bomoh mendakwa, kemalangan yang menimpa keatas Karpal Singh adalah disebabkan angkara makhluk jahat di persekitaran Gua Tempurung itu.

Tambahnya, beliau hadir untuk menghalau makhluk jahat atau penunggu itu untuk mengelakkkan lebih ramai pengguna jalanraya terus diganggu dan terlibat dalam kemalangan jalanraya selepas ini.

Ternampak niat dan tujuannya memang baik tetapi jelas cara atau kaedah yang dijalankannya adalah salah. Adakah Islam menganjurkan cara demikian? Bolehkah kita percaya kemalangan semata-mata disebabkan gangguan penunggu dan mengenepikan faktor kecuaian manusia?

Adakah makhluk jahat, penunggu, hantu lebuhraya atau lebih tepatnya iblis dan syaitan dapat dihalau dengan cara yang beliau lakukan itu?

Apakah yang Raja Bonoh ini mahukan sebenarnya? Siapa yang menyuruhnya berbuat demikian, kenapa perlakuannya tidak dihalang dan macam-macam persoalan lagi muncul apabila melihat perlakuan terbaru beliau ini.

Sebelum ini, beliau telah melakukan dua kali ritual merungkai misteri kehilangan pesawat MH370 di KLIA dan kemudian apabiia diumumkan pesawat itu hilang di Lautan Hindi, Raja Bomoh itu juga dirakan melakukan ritual pencarian di sebuah kawasan tepi pantai.

Jika semasa di KLIA beliau membawa kelapa, tikar dan teropong buluh digunakan sebagai alat mencari MH370 yang masih misteri, dan di tepi pantai itu, buah kelapa dan teropong buluh terus menjadi alatan wajib bagi Raja Bomoh. Namun ritualnya langsung tidak membantu mencari pesawat yang hilang itu.

Tindakan Raja Bomoh itu mendapat kecaman banyak pihak, termasuk oleh Anwar Ibrahim yang membangkitkannya di Dewan Rakyat manakala tindakan Khairy Jamaluddin menegurnya pula mengundang kemarahannya sehingga beliau mengugut mahu menamparnya sepertimana beliau kononnya pernah menampar seekor buaya tidak lama dulu.

Beberapa pemimpin lain seperti Zahid Hamidi dan Shahidan Kassim juga menegur perbuatan Raja Bomoh, walaupun kemudian didedahkan bahawa kedua-dua pemimpin itu pernah dipakaikan selempang silat oleh Raja Bomoh beberapa tahun sebelum ini.

Raja Bomoh yang terlibat dalam bidang perbomohan ini sebenarnya adalah guru silat gayong sejak sekian lama, bahkan pernah mengadakan majlis penganugerahan selempang yang dihadiri oleh beberapa VVIP. Selain itu beliau juga terlibat dalam bidang perbomohan. Wajah dan iklan perubatannya sering muncul dalam beberapa akhbar tabloid sebelum ini.

Tetapi di awal tahun 80an dulu, ketika di Teluk Intan, ilmu persilatannya banyak dipertikaikan oleh orangramai dan beliau juga pernah ditampar ketika itu. Dalam kejadian lain pula, beliau juga pernah dibelasah sehingga terdampar di dalam longkang di Teluk Intan akibat masalah lain yang diwujudkannya.

Sejak itu beliau lama menghilang dah kemudian lebih popolar di Kuala Lumpur dengan acara perbomohan dan mengadakan majlis-majlis anugerah persilatan atau perhimpunan anak-anak muridnya sambil dihadiri oleh VVIP tertentu.

Dilaporkan juga sejak 2002 lagi, JAWI telah mengisytiharkan amalan perbomohan yang dijalankannya adalah bertentangan dengan Islam, namun beliau tidak pernah ditangkap atas kesalahan itu.

Berlakunya insiden kehilangan MH370 merancakkan kembali kemunculannya di tempat awam, walaupun tidak diketahui siapa yang menyuruhnya berbuat demikian. Dalam pencarian MH370, rasanya tiada sesiapa yang memintanya melakukan ritual di KLIA dan tepi pantai itu walaupun beliau didakwa menyebut nama seseorang VVIP yang memintanya berbuat demikian.

Begitu juga, selepas kematian Karpal Singh berhampiran Gua Tempurung, juga rasanya tiada mana-mana pihak yang tergamak memintanya melakukan ritual menghalau penunggu itu, apatah lagi semua perlakuan atau ritual yang dilakukannya itu amat memalukan sesiapa juga yang berfikiran waras menyaksikannya. Nampak lawak dan bodoh.

Sudahlah bertentangan dengan akal yang waras dan pemikiran logik, ia juga seperti menghina Islam sendiri. Apakah amalan Islam begitu hina dan kolot?

Dalam hal ini, oleh kerana JAWI dikatakan sudah pernah mengisytiharkan amalannya salah dan bertentangan dengan Islam, JAWI atau mana-mana pejabat agama lain tidak seharusnya sekadar menjadi penonton saja kepada perlakuan beliau itu. Bertindaklah segera untuk mengelakkan lebih banyak kekeliruan dan kejadian yang memalukan agama.

Meskipun Raja Bomoh ini sudah berusia lebih 80 tahun, pejabat agama tidak harus ada simpati atau helah untuk tidak menahannya. Jika Kassim Ahmad yang didapati mengeluarkan pandangan anti hadis masih boleh ditahan dan bakal didakwa dalam usianya yang juga lebih 80 tahun, biar kurang disenangi oleh Mahathir Mohamad, tiada alasan juga untuk tidak bertindak sama terhadap Raja Bomoh yang lebih menyeleweng dan memalukan agama ini.

Jika dibiarkan, tidak mustahil nanti apabila berlaku saja sesuatu kejadian dalam negara, maka akan muncullah Raja Bomoh ini dengan segala ritual dan peralatannya yang pelil-pelik.

Sudahlah kita di negara ini dipelikkan dengan perangai Zulkifli Noordin dan Nawawi Ahmad, Ahli Parlimen Langkawi (nasib baik sudah meminta maaf) yang mencemar dan menghodohkan wajah Islam seolah-olah kematian bukan Islam boleh dipermain dan dihina, perlakuan Raja Bomoh ini jika dibiarkan akan mencacatkan lagi wajah Islam di negara ini dan di mata bukan Islam.

Kepada Jamil Khir Baharom, menteri yang bertanggungjawab kepada hal ehwal agama Islam serta jabatan agama seluruh negara, segeralah banteras kekotoran dan karut-marut ini. -shahbudindotcom


Read More...

Bas Ekspres Terbalik Di Pahang



PEKAN: Sebuah lagi bas terbabit dalam kemalangan di Pahang dalam tempoh seminggu. Sebelum ini kita dikejutkan dengan kemalangan bas ekspres di Lipis yang mengakibatkan dua kematian.

Semalam pula, sebuah bas ekspres kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Temerloh yang menyebabkan ramai mangsa cedera parah.

Hari ini, sebuah lagi bas terbabit dengan kemalangan dan kali ini ia berlaku di daerah Pekan pula.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 4.30 petang tadi. Bas dua tingkat yang membawa pelancong asing dari Pulau Redang, Terengganu ke Singapura dipercayai terbabas di kawasan Ladang Sungai Jernih, Paloh Hinai berhampiran simpang Felda Chini  dekat sini.

Difahamkan, bas itu turut membawa pelancong dari United Kingdom dan Amerika Syarikat. Seorang peelancong dipercayai telah meninggal dunia dalam kejadian terbaru ini.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Pekan ketika dihubungi mengesahkan menerima panggilan jam 4.25 petang dan sudah menghantar jentera ke lokasi kejadian.


Read More...

Polis Serbu Pesta Seks Muda Mudi

Seramai 88 individu termasuk 38 wanita ditahan ketika meraikan pesta hari jadi dalam keadaan mabuk dan khayal di sebuah banglo yang dijadikan inap desa di Jalan Masjid Negeri, di Georgetown awal hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Ismail Idris berkata kesemua mereka yang berusia antara 16 dan 35 tahun itu ditahan dalam serbuan unit narkotik pada pukul 2.45 pagi hasil maklumat orang awam.


"Hasil siasatan seorang lelaki berusia 27 tahun mendakwa menganjurkan majlis hari jadi di banglo itu, bagaimanapun ia dijalankan dalam suasana yang mencurigakan kerana lagu dipasang dengan kuat dan polis turut menemui pelbagai botol arak.

"Mereka juga dalam keadaan khayal dipercayai akibat pengaruh dadah dan arak," katanya pada sidang akhbar, di Georgetown hari ini.

Ismail berkata kesemua mereka yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dan hasil ujian saringan air kencing mendapati 35 lelaki dan 25 wanita positif dadah.

Beliau berkata siasatan awal mendapati 16 daripada yang ditahan itu ialah  pelajar sekolah dan turut positif dadah.

Ismail berkata polis akan memanggil pemilik inap desa berkenaan bagi membantu siasatan kes itu.

"Menurut siasatan juga ada pengunjung yang menghadiri majlis itu dikenakan bayaran dan difahamkan ia adalah bagi menampung kos sewa inap desa serta makanan untuk majlis berkenaan," katanya.

- Bernama


Read More...

Bodohnya AC Mizal Dan Mazidul Botak Gendut..

Gambar empangan hulu selangor yang baru dirakamkan..
agak kering,,
sesungguhnya manusia hanya mampu merancang..
Allah juga yang menentukan segalanya...
Sumber: FB






Ini pula kisah Penchacai Angkat Najis Umno ajak mandi kat rumah MB Selangor sebab benggang masaalah air di Selangor.


Sumber - orangni.blogspot.com/

Read More...

Foto Pelakon Terkenal Ditahan Positif Dadah



Kuala Lumpur: Seorang pelakon lelaki terkenal antara 41 individu yang ditahan dalam Ops Cantas Khas, Polis Daerah Dang Wangi, di dua premis hiburan di Jalan P Ramlee, awal pagi semalam.

Selain pelakon berusia 35 tahun dan pernah membintangi beberapa filem box office, termasuk Khurafat itu, 20 wanita warga asing dipercayai pelacur.

Ujian positif ganja

Berdasarkan dua ujian air kencing, pelakon itu disahkan mengambil ganja, manakala dua pengunjung lelaki terbabit dalam pengambilan syabu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata operasi bertujuan membanteras kegiatan jenayah keganasan dan jenayah sosial, selain pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata, pihaknya memeriksa 110 individu iaitu pengunjung dan pekerja premis hiburan bagi mengesan rekod kesalahan lampau.
“Mereka yang ditahan diarah menjalani ujian air kencing dan tapisan awal dilakukan dengan 41 daripada mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.


Tawar seks

“Dalam serbuan di kedua-dua premis ini, kita menahan wanita Vietnam dan Filipina yang menawarkan khidmat seks kepada pelanggan di hadapan serta di dalam kelab berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Zainuddin berkata, pihaknya turut menahan tiga deejay warga tempatan kerana menggunakan cakera padat cetak rompak.

“Operasi seperti ini akan dijalankan setiap masa bagi memastikan kawasan utama pusat bandar raya Kuala Lumpur (Dang Wangi), bebas jenayah,” katanya.

-BeritaHarian

Read More...

Masa Anwar Semakin Suntuk.. Tinggal 5 Hari Sahaja Lagi..

Majlis pengebumian Karpal Singh adalah hari ini, namun anak guamnya yang paling terkenal, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai urusan yang lebih mencabar - untuk memenuhi tuntutan agar menyerahkan petisyen rayuannya terhadap hukuman meliwat oleh Mahkamah Rayuan Jumaat ini.

Petisyen rayuan itu perlu difailkan di Mahkamah Persekutuan sebelum 25 April ini.


Karpal, 73, mati dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara Selatan dekat Kampar, Perak awal pagi Khamis. Beliau dalam perjalanannnya ke Pulau Pinang untuk mewakili anak guamnya dalam satu perbicaraan kes bunuh dan akan menemui pengundinya di Bukit Gelugur sepanjang hujung minggu itu.

Ketua Biro Undang-undang PKR, Latheefa Koya memberitahu The Malaysian Insider, dia bercakap dengan peguam Zaleha Al-Hayat yang turut bersama dengan pasukan peguam Karpal untuk membantu menyiapkan petisyen rayuan itu.

"Kami juga mengkaji penghakiman Mahkamah Rayuan untuk turut menyumbang kepada rayuan itu," katanya.

Latheefa berkata, satu mesyuarat dengan Anwar akan dibuat bagi membincangkan tindakan selanjutnya, termasuk melengkapkan lagi pasukan guaman bagi berhujah dalam Mahkamah Persekutuan.

"Buat masa sekarang yang penting adalah memfailkan petisyen rayuan tepat pada masanya tetapi kami juga mungkin memohon untuk melanjutkan masanya kerana hal yang tidak dapat dijangka," kata Latheefa merujuk kepada kematian Karpal.

Karpal memberitahu The Malaysian Insider petang Rabu sehari sebelum kematiannya di pejabat beliau di Kuala Lumpur, dia akan memfailkan petisyen itu pada 24 April ini.

Firma guamannya menerima asas penghakiman pada Rabu yang bermakna bermulanya permulaan tempoh 10 hari sebelum petisyen rayuan perlu difailkan.

Karpal berkata, dia akan membuat deraf asas di mana Mahkamah Rayuan salah ketika  mengenepikan pembebasan Anwar oleh Mahkamah Tinggi semasa beliau berada di Pulau Pinang.

Peguam itu berkata, beliau memerlukan masa untuk meneliti asas penghakiman bertulis itu kerana ia mempunyai 85 muka surat.

Semasa perbicaraan kes liwat itu, Karpal dibantu oleh peguam S N Nair, Datuk Param Cumaraswamy, Datuk C V Prabhakaran dan Ramkarpal Singh.

Pada 7 Mac, Mahakamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Balia Yusof Wahi menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar.

Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu sehingga mendapat keputusan Mahkamah Persekutuan dan membenarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Anwar, 66, didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, di kondominium mewah dekat Bukit Damansara pada 25 Jun 2008.

Putrajaya juga turut membuat rayuan balas untuk meminta hukuman penjara dinaikkan.

Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP