Wednesday, 4 March 2020

Syaitan politik bersama pengkhianat





Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan.
Pengkhianat juga ingin berkuasa boleh mendapat sokongan parti politik yang sudah sah perompak ,pencuri,penyamun,perasuah wang rakyat.

Hari ini wakil rakyat kurang akal melakukan perkara yang menjijikkan mengkhianat sesama sendiri yang memikirkan perut sendiri dan menggila kerana hendak menjadi perdana Menteri atau sebangsat-bangsatnya jawatan setiausaha politik.

Sudah beberapa minggu wakil rakyat yang seterus saya gelar mereka syaitan politik ini keluar masuk istana negara dan istana sultan dengan kereta-kereta mewah bertujuan hendak melobi sultan jawatan perdana Menteri ,menteri besar atau ketua Menteri ,yang rakyat hanya mampu membulatkan mata.

Sehingga ini belum nampak syaitan-syaitan politik terlantik sebagai Menteri dan timbalan Menteri.Syaitan politik telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mengkhianat demi rakyat. Kelam-kabutkan politik negara lebih seminggu apakah ini rakyat diutamakan.lebih meloyakan bercakap berkaitan kabinet bersih,bercakap bersama dengan penyamun.

Saat hendak membuat perubahan stail pentadbiran negara oleh beberapa orang pemimpin politik yang mungkin ikhlas selepas bulan mei 2018, namun beberapa orang syaitan politik ini terus berusaha menghancurkan niat mereka.

Hari ini syaitan politik ini sanggup menjaga kepentingan diri dari kepentingan negara dan rakyat dengan memecahkan gabungan politik yang sedang memerintah dikira terbaik dalam tempoh 60 tahun lalu.

Syaitan-syaitan ini tidak memandang kekurangan diri mereka sebaliknya nampak suatu hari mereka terkeluar dari blok kepimpinan sama ada ditolak oleh rakan politik atau penghakiman rakyat.

Mereka sentiasa merencana menjadi gunting dalam lipatan dan duri dalam daging ,serta api dalam sekam gerombolan politik mereka bertujuan menghancurkan kerajaan.

Mereka yang bertopengkan reformasi dan taubat dasar politik lama hari ini telah menghancurkan harapan rakyat yang memilih mereka pada pilihanraya ke 14.

Rakyat yang sentiasa berfikiran mahukan kebaikan dari kerajaan telah faham bahawa syaitan politik ini mementingkan perutnya serta poketnya dan berfikir,kalau-kalau akan berlaku perubahan kepimpinan dia tidak terlantik sebagai menteri maka syaitan-syaitan ini telah mencipta krisis

Takutkan bayang-bayang sendiri ini disebabkan sikap atau kelakuan mereka sendiri yang menjerumuskan kearah perangai si Kitol atau menubuhkan grembolan pengkhianat.

Kita bimbang binatang -binatang perasuah perompak,wang rakyat akan hidup semula berikutan parutnya masih segar yang berada di 42 tempat kawasan parlimen.

Perompak yang masih aktif tidak dapat di bunuh kerana undang-undang berstatus sarang labah-labah.
Ahli serakah dan kleptrokasi yang sedang dibacarakan mengitai-ngitai peluang untuk berkuasa semula atau mencari simpati rakan seperjuangannya membebaskan dari tuduhan merompak berbilion ringgit.

Saya beristaghfar beberapa kali melihat wakil rakyat mempermainkan mandate rakyat .Saya tahu mereka ini mahukan bubarkan parlimen serta mengadakan semula pilihanraya kerana perasan bahawa gabungan parti politik mereka memenangi beberapa siri pilihanraya kecil.

Mengharapkan perubahan kerajaan dengan mengadakan pilihanraya ,syaitan-syaitan politik ini berangan bahawa rakyat akan memilih parti politik mereka atau mengekalkan mereka sebagai wakil rakyat.

Mereka lupa apa yang berlaku di negeri Selangor selepas pilihanraya ke 13 banyak syaitan-syaitan politik kehilangan kerusi.

Kebimbangan negara kearah kehancuran apabila parti-parti politik bertaraf syaitan ini telah berusia lebih 60 tahun tidak akan bertaubat mengumpul wang berbilion untuk diri sendiri berbelanja wang derma untuk memiliki kereta mewah,menjual dan memiliki tanah rezab melayu menyerahkan kepada bangsa lain.

Syaitan-syaitan politik tentu melepaskan dendam dan menyambung kembali program memperkaya diri dan kroni dengan menjual atau menganugerah kewarganegaraan keapada bangsa lain .

Menyekat aktiviti syaitan politik ini hanya mampu, selama dua tahun dua bulan. kini ada parti politik bekas gabungan kerajaan duduk semeja bagi menambat hati perompak ,pencuri bersama melambai-lambai jawatan perdana Menteri kelapan.

Untuk menghalalkan mereka bersekongkol dengan perompak,penyamun dan perasuah ada yang berkata “undang-undang ada tidak boleh melabelkan mereka bersalah “.

Kini pengkhianat telah Berjaya menguasai perdana Menteri kelapan kita hanya bergantung kepada “untung sabut timbul,untung batu tenggelam”
Untuk menyelamatkan negara cukup terus istiqamah dalam kerajaan yang diberi mandat bermula 9 mei 2018 bukan melakukan perjumpaan dan keluar dari pakatan politik.

Sumber SINI





PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

5 comments:

powertrain1648 5 March 2020 at 07:43  

Oooo....cam langgar baiah la...faham2....good anal-orgy
Dulu kjaan perak dan sabah pun main lompat2 gak kan...damned setan

Wizard 5 March 2020 at 13:20  

MP yg lompat telah langar janji dan sumpah.Kerana rakyat itu alasan shaitan. Mereka telah langgar supah yg memgundi mereka. Jawab lah di akhirat nanti.Di mana ugama skg. Tak kira parti. Yg langgar jangi akan sama seperti berhutangjanji. yang maaf ok lah. yang tak maaf tanggunglah nanti.

Wizard 5 March 2020 at 13:21  

MP yg lompat telah langar janji dan sumpah.Kerana rakyat itu alasan shaitan. Mereka telah langgar supah yg memgundi mereka. Jawab lah di akhirat nanti.Di mana ugama skg. Tak kira parti. Yg langgar jangi akan sama seperti berhutangjanji. yang maaf ok lah. yang tak maaf tanggunglah nanti.

Unknown 9 March 2020 at 01:30  

If you're trying to lose weight then you absolutely need to jump on this brand new custom keto diet.

To create this keto diet, certified nutritionists, fitness trainers, and professional chefs have united to produce keto meal plans that are effective, painless, money-efficient, and delightful.

From their launch in 2019, thousands of people have already remodeled their figure and well-being with the benefits a smart keto diet can give.

Speaking of benefits: in this link, you'll discover 8 scientifically-certified ones offered by the keto diet.

nenisyahir@gmail.com 19 March 2020 at 14:06  

instagram: Aasimahaadilaaloanfirm
twitter: ... aasimahaadilaahmedloanfirm
E-mel: aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com

         
salla Llâhu ‘alayhi wa sallam, nama saya Neni Syahir, saya adalah korban penipuan di tangan kreditor palsu. Saya kehilangan sekitar Rp.65.000.000 karena saya membutuhkan modal besar Rp. 5,5 miliar. Saya hampir mati, saya tidak punya tempat untuk pergi dan bisnis saya hancur, dan dalam proses itu saya kehilangan suami saya. saya tidak tahan lagi dengan hal ini. 4 November 2019 ini, saya bertemu dengan seorang teman lama di sebuah restuarant di Bandung yang memperkenalkan saya kepada seorang ibu yang baik, Ny. AASIMAHA ADILA MEMILIKI LOAN FIRM, yang akhirnya membantu saya mendapatkan pinjaman di sebuah perusahaan. Tolong, bantu saya untuk berterima kasih kepada ibu muslim yang memberikan pinjaman besar kepada pemilik perusahaan, pabrik burung hantu dan orang pribadi. Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk menasihati sesama orang Indonesia, Jika Anda ingin pinjaman modal besar, Anda dapat menghubungi mereka dan melihat situs web mereka Anda perlu tahu bahwa ada banyak scammers di blog ini yang tidak memiliki situs web di google map, saya menawarkan pinjaman dengan tingkat sangat rendah 1% dan saya mendapat pinjaman dalam 1 jam. .
                              Kontak Aplikasi pinjaman besar

E-mel: *******aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
WhatsApp ::: ************ + 447723553516
Email saya; ***************** nenisyahir@gmail.com
Bismillâh ar-ra.hmân ar-ra.hîm

Popular Posts

Blog Pro BN

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP