Friday 22 February 2019

Najib Sudah Gila...


2002: Mahathir letak jawatan sebagai PM
2012: FGV disenaraikan
2019: Najib salahkan Mahathir.

Najib senaraikan FGV 10 tahun selepas Tun letak jawatan.
Kemudian 7 tahun selepas Najib senaraikan FGV, dia salahkan Mahathir. Jumlahnya 17 tahun selepas Tun letak jawatan.

Sah. Wayar otak bossku putus. Kita nantikan macai-macai Najib back up statement Najib. Nak tengok juga macam mana macai Najib back up. Ke dah masuk gua?

friendsofselangor



Najib dakwa Mahathir punca masalah FGV


Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini mendakwa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai punca masalah semasa FGV Holding Bhd kerana memotong dana Felda pada tahun 1996.

Najib berkata Mahathir yang adalah perdana menteri keempat ketika itu, memaksa Felda supaya mencari dana sendiri daripada bergantung kepada kerajaan persekutuan. Ini kata Najib mengakibatkan Felda menghadapi kesukaran untuk menanam pokok kelapa sawit baru.

"Akhirnya, tanaman lama pokok kelapa

Najib dakwa Mahathir punca masalah

Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini mendakwa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai punca masalah semasa FGV Holding Bhd kerana memotong dana Felda pada tahun 1996.

Najib berkata Mahathir yang adalah perdana menteri keempat ketika itu, memaksa Felda supaya mencari dana sendiri daripada bergantung kepada kerajaan persekutuan. Ini kata Najib mengakibatkan Felda menghadapi kesukaran untuk menanam pokok kelapa sawit baru.

"Akhirnya, tanaman lama pokok kelapa sawit menjadi tua. Ketika, saya menjadi perdana menteri, jumlah hasilnya kepada satu hektar berkurang buat kali pertama dalam sejarah. Lebih parah, kebajikan peneroka Felda turut diabaikan.

“Mereka menggesa saya mengambil langkah-langkah proaktif, seperti meminjam dana dan menyenaraikan FGV di pasaran saham untuk membiayai kos penanaman semula secara besar-besaran, dan untuk membantu kebajikan peneroka.

"Sekiranya saya tidak melakukannya, pokok-pokok akan berumur dan hasilnya akan menurun, menyebabkan kehilangan Felda dalam satu atau dua dekad," kata Najib di Facebook hari ini.

FGV adalah sebuah syarikat pelaburan yang tersenarai di Bursa Malaysia pada tahun 2012, dengan mengumpul RM10 bilion sebagai tawaran awam permulaan (IPO) terbesar di dunia pada tahun itu.

Bagaimanapun, harga saham FGV terus merudum sejak ia disenaraikan. Ia kini jatuh sebanyak 74.6 peratus daripada harga tawarannya iaitu pada RM4.55.


Pada Januari lalu, Pengerusi FGV, Azhar Abdul Hamid dalam satu kenyataan kepada pemegang saham berkata pengurusan yang lemah, prestasi lembab oleh syarikat-syarikat usaha sama dan perniagaan bukan teras, selain kos penanaman semula pokok tua menyaksikan kemerosotan syarikat itu.

Merujuk kenyataan Azhar, Najib hanya memberi tumpuan kepada kos penanaman semula, dan menjelaskan bahawa ini mengurangkan pendapatan FGV kerana anak pokok mengambil masa lima tahun untuk matang.

"Ini menyebabkan kesan besar ke atas keuntungan FGV pada tahun-tahun awal selepas penyenaraian. Ganjaran sebenar sebelum menghadapi tahun-tahun kesukaran pada awal penanaman hanya akan dinikmati pada masa akan datang.

"Ia sangat kejam untuk memfitnah saya mengenai isu-isu Felda dan FGV kerana tujuan sebenar saya adalah untuk menyelesaikan masalah warisan yang tidak disebabkan oleh saya dan menyelamatkan Felda dan menjaga kepentingan peneroka," katanya.

Pada November lalu, FGV memfailkan saman terhadap 14 bekas pengarah atau eksekutif untuk mendapatkan semula RM514 juta kerugian yang dakwa syarikat itu disebabkan oleh pengambilalihan Asia Plantation Limited (APL) pada tahun 2014, perjanjian yang menurut banyak penganalisis adalah terlalu mahal.

FGV menuduh mereka yang dinamakannya itu sebagai gagal menunaikan kewajipan fidusi masing-masing, dan/atau kewajipan untuk menjalankan penjagaan, kemahiran dan ketekunan yang munasabah.

Syarikat itu juga menyaman bekas pengerusinya Mohd Isa Samad yang dilantik oleh Najib berhubung pembelian sebuah kondominium mewah yang juga didakwa dibeli pada harga yang melebihi nilai pasaran.

Read More...

Sunday 17 February 2019

Clare dakwa di London Hadi cakap lain, di Malaysia lain


Clare Rewcastle-Brown mendedahkan isi kandungan audio Nik Abduh Nik Abdul Aziz - yang panas sebelum ini - dijelaskan dengan terperinci oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang kepadanya.

Menurut pengarang Sarawak Report itu Abdul Hadi mengemukakan "analisis terperinci" berhubung kandungan serta maksud Nik Abduh dalam audio tersebut melalui dokumen yang diserahkan kepada mahkamah dalam saman presiden PAS berkenaan.

Saman itu sudah ditarik balik dan Abdul Hadi serta Clare bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah melalui syarat-syarat rahsia.

Dalam laporan terbaru Sarawak Report Clare juga menyiarkan inti pati kandungan dokumen tersebut. Antara lain Abdul Hadi menegaskan rakaman berkenaan tidak bermaksud PAS mengaku terbabit dalam rasuah dengan Umno.

Sebaliknya kata Abdul Hadi dalam dokumen terbabit, ia merujuk kepada sumbangan berbentuk kebajikan.

"Memandangkan dominasi Umno dalam politik, dan mengambil kira Umno ialah parti yang dianggotai ramai Melayu dan Islam, anggota dan penyokongnya mungkin berkongsi matlamat melakukan kebajikan dengan anggota dan penyokong PAS (justeru) tidak dapat dielakkan bahawa ahli-ahli PAS atau penyokong erpotensi menerima sumbangan sedemikian daripada ahli atau penyokong Umno," kata keterangan tersebut.

Kenyataan itu dibuat Clare sehari selepas Abdul Hadi mendakwa beliau belum mendengar kandungan rakaman suara Nik Abduh berkenaan.

Untuk rekod apabila rakaman audio itu mula menjadi tular Nik Abduh berkeras menafikan beliau adalah orang yang ada di sebalik suara berkenaan.

Malah anggota parlimen Bachok itu menganggapnya sebagai fitnah, karut dan marut. Beliau juga menyifatkan audio tersebut sebagai "sampah yang tak layak dimakan kecuali pelahap fitnah seperti PAN (Parti Amanah Negara) dan sekutunya".

Selepas mengaku sebenarnya beliau adalah orang yang bercakap dalam rakaman audio berkenaan Nik Abduh - yang juga anggota Jawatankuasa Pusat PAS - mempartahankan tindakannya itu sebagai keperluan demi parti.

Malah kata Nik Abduh, arwah bapanya - Nik Abdul Aziz Nik Mat - pernah mengambil pendekatan sama sebelum ini.

Kata Clare dakwaan dibuat Abdul Hadi mengenai rakaman suara Nik Abduh itu menunjukkan sikap presiden PAS terbabit memberi kenyataan berbeza-beza di Malaysia dan mahkamah London.

"Dokumen berkenaan boleh dilihat semua orang dan ia tidak sepadan dengan kenyataan beliau kepada umum," katanya.

Abdul Hadi sebelum ini mengemukakan saman terhadap Clare ekoran rencana disiarkan portal terbabit yang mendakwa PAS menerima dana RM90 juta daripada BN sebelum PRU ke-14 lalu.

Dalam hujah pembelaannya Clare turut memasukkan rakaman audio Nik Abduh itu untuk dipertimbangkan dalam perbicaraan mahkamah.

Abdul Hadi menarik balik saman tersebut dengan alasan ia terlalu mahal untuk diteruskan.


Read More...

Saturday 16 February 2019

Tun M Dedah Janji Hadi Tak Sokong BN Di Semenyih


Beberapa jam selepas pemimpin kanan PAS hadir memberi sokongan kepada Umno dan BN di Semenyih, maklumat baru didedahkan Dr Mahathir Mohamad agak mengejutkan.

Menurut perdana menteri, dalam pertemuan beliau dengan Presiden PAS semalam Abdul Hadi Awang memberi perakuan untuk tidak menyokong Umno.

Ditemui di Petaling Jaya hari ini Mahathir mendakwa pada asasnya beliau dan Abdul Hadi berbincang mengenai politik semalam.

Ditanya mengenai butiran lanjut, Mahathir berkata PAS tidak akan menyokong Umno lagi.

"Tak akan menyokong Umno, ada juga pengakuan secara tertulis dan ditandatangani," katanya.

Malaysiakini sedang menghubungi PAS, termasuk Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, dan Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, yang turut menghadiri pertemuan semalam, bagi mendapatkan pengesahan.

Semalam Abdul Hadi hadir di pejabat Mahathir di Yayasan al-Bukhari di Kuala Lumpur untuk mengadakan kali kedua dengan pengerusi PH itu.

Ia berlaku sehari sebelum penamaan calon bagi PRK Semenyih di Kajang.

Semenyih tak sama Cameron

Tidak banyak maklumat didedahkan mengenai pertemuan tersebut. Namun ketika ditemui media di Alor Limbat, Terengganu semalam Abdul Hadi menyatakan pertemuan tersebut untuk membincangkan hal-hal pentadbiran.

"Lebih bincang penyelarasan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

"Isu Majlis Tindakan Ekonomi Negara, projek-projek ada di bawah kerajaan pusat dan kerajaan negeri supaya tiada percanggahan," katanya.




Abdul Hadi juga mengesahkan kerajaan persekutuan sudah membayar royalti minyak kepada kerajaan Terengganu.

Pertemuan semalam diadakan ekoran permohonan daripada Abdul Hadi.

Semasa ditanya di Alor Limbat sama ada Abdul Hadi membincangkan isu PRK Semenyih, anggota parlimen Marang itu berkata: "Semenyih, nama calon pun tak ada lagi. Secara umumnya seperti yang kita tahu, Semenyih tak sama dengan Cameron (Highlands).

"Cameron ni, PAS lawan DAP. Semenyih ni kita lawan bukan perkauman, (tapi) Melayu dengan Melayu dan kita serah kepada kebijaksanaan pengundi di situ, dan keperluan melihat kepentingan Melayu dan Islam."

Abdul Hadi juga menambah PAS akan melihat keadaan sama ada akan membantu BN selepas mendapat maklumat terperinci daripada PAS Selangor.

"Apa yang penting, kita mahu kedudukan orang Melayu dan Islam kuat," katanya.

Ditanya mengenai isu calon pembangkang, Abdul Hadi menjawab: "Soal calon kita tak ada hak sebab kita dah tarik diri dengan tidak bertanding."

<-- ad tags Size: 320x50 ZoneId:15417-->

Read More...

Friday 15 February 2019

Edisi Kantoi Nik Abduh : Ana Setuju Terima Duit Umno..


*PERTEMUAN PUCHONG ADALAH MAJLIS PERPISAHAN TEAM LAWAN JEBON*

Ramai bertanya kepada saya, latar belakang audio YB Nik Mohamad Abduh (UNA) menerima duit UMNO. Tentu sahaja orang yang hadir sahaja yang tahu latar belakangnya dan tujuan pertemuan tersebut.

Banyak dakwaan songsang berkenaan audio tersebut. Ada yang mengaitkan dengan kes Sarawak Report. Padahal kes Sarawak Report hanya masuk mahkamah pada 21 April 2017.

Ada pula dakwaan mengatakan tujuan pertemuan itu adalah untuk menjatuhkan UNA. Ini pun tak betul kerana tujuan pertemuan kami ialah majlis perpisahan untuk bersemuka dengan pemimpin tertinggi PAS Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi (Tantawi) dan YB Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri (Takiri).

Lebih jauh tersasar ada yang kata, ini mesyuarat sulit UNA dan Ustaz Zaharudin Muhammad (UZM) sehingga semua yakin dan menuduh UZM yang rakam dan sebar. Justeru, hanya mereka berdua sahaja dalam pertemuan itu.

Yang sebenarnya, pertemuan malam itu adalah majlis perpisahan team "Lawan Jebon" daripada seluruh Malaysia. Pertemuan malam tu ada 2 dua grup. Satu grup di bawah pengaruh Takiri, dan satu grup lagi di bawah pengaruh UZM.

Waktu itu kami tak tahu, antara sebab team lawan Jebon dibubarkan adalah kerana pendedahan UZM berkenaan beberapa individu yang terlibat mengambil duit UMNO. Hanya malam itu, baru kami tahu sebab pembubaran.

Apa yang kami tahu sebelum itu, team ini dibubarkan dengan tuduhan kami adalah “jemaah dalam jemaah”. Malam itu baru kami tahu isu sebenar, dan barulah kami faham, kami dibubarkan sebab team uzm telah mendedahkan perbuatan 2-3 individu ini berkaitan dengan dedak.

Kami tidak dimaklumkan kedatangan UNA kerana beliau tiada kaitan dengan kami tetapi kebetulan Takiri dan Tantawi datang daripada Parlimen, jadi UNA join sekali. Walaupun beliau tidak diundang, tetapi pengakuan dan emosinya pada malam itu (sebagaimana yang terdapat dalam audio tersebut) sangat mengejutkan kami dan di luar pengetahuan kami.

Kandungan ucapan UNA bukan sesuatu yang kami harapkan kerana perjumpaan tersebut merupakan Majlis Perpisahan dan Pembubaran Team Lawan Jebon.

Biarlah orang nak kata apa tetapi kedatangannya sebenarnya tidak dialu-alukan. Saya bertanya kepada UNA, “Dari mana ni?”. Dia bagi jawapan bahawa dia dari parlimen dan tumpang kereta Takiri untuk datang ke sini.

Kedatangan UNA, tiada apa-apa manfaat untuk kami kerana soalan-soalan yang kami ingin tujukan hanya kepada Tantawi dan Takiri. Bahkan kedatangan UNA merosakkan majlis perpisahan kami apabila UNA melenting dengan memperakui menerima duit UMNO. Apabila UZM membacakan dalil, UNA melenting lagi dan meminta berhenti. UNA turut menyebut kepada UZM, "kalau anta (UZM) tak setuju terima duit UMNO, teruskan. Ana (UNA) dengan pendirian setuju terima duit UMNO". Kemudian, UNA angkat punggung dan keluar dengan amukan. Majlis berakhir dengan kebingungan.

Sekalipun UNA datang tanpa diundang, tetapi kenyataannya itu jelas menunjukkan Tantawi dan Takiri menipu kami bahawa konon-kononnya mereka mempertahankan team ini, tetapi akhirnya UNA sendiri mendedahkan mereka berdua ini termasuk dalang pembubaran. Malah, tujuan kami bertanyakan kepimpinan tertinggi mengenai sebab kami dibubarkan juga tidak kesampaian.

Kesimpulan majlis perpisahan pada malam itu, 3 individu ini suka berbohong dan mereka ambil duit UMNO atas nama parti tetapi tanpa pengetahuan Parti. Disebabkan keborosan mereka mendedak, Sarawak Report terus mendapat nafas menangguhkan dengan bukti bukti perbuatan mereka termasuk audio tersebut. Kesannya ahli terpaksa tampung kos dan akhirnya selesai luar mahkamah akibat tidak mampu menanggung kos untuk jangka panjang.

Dr. Muhammad Atiullah Othman
15 Februari 2019


Read More...

TERKINI : HADI JUMPA TUN M MINTAK NYAWA?


Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir Mohamad di pejabat perdana menteri itu di Yayasan Al-Bukhari, Kuala Lumpur.

Pejabat Perdana Menteri memberitahu Malaysiakini, Abdul Hadi tiba di pejabat tersebut kira-kira jam 9 pagi dan kedua-dua tokoh berkenaan mengadakan pertemuan kira-kira 45 minit.

Bagaimanapun setakat ini butiran pertemuan berkenaan belum dapat disahkan.

Menurut sumber, pertemuan itu berlangsung ekoran permohonan daripada Abdul Hadi.

Ia adalah pertemuan kedua membabitkan Mahathir dengan salah seorang pengkritik tegarnya itu sejak beliau menjadi perdana menteri kali kedua Mei tahun lalu.

Pertemuan pertama berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Ketika itu Mahathir bertemu Abdul Hadi yang datang bersama Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan veteran PAS, Mustafa Ali.

Secara kebetulan pertemuan hari ini berlangsung ketika PH dan pembangkang bersiap sedia memulakan kempen secara rasmi bagi menentukan pemilik kerusi kawasan dewan undangan negeri di Semenyih esok.

Menurut sumber menyertai pertemuan tersebut ialah Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dan Ahmad Samsuri.

Untuk rekod Takiyuddin dan Ahmad Samsuri boleh dianggap antara orang kepercayaan Abdul Hadi.

Menteri besar Terengganu itu pernah menjadi setiausaha politik Abdul Hadi dan diletakkan bertanding dalam PRU lalu di kerusi yang selamat, iaitu Rhu Rendang di Terengganu.

Kerusi DUN berkenaan sebelum ini diwakili Abdul Hadi.

mkini


Read More...

Rosmah Bantah Kes Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi


Peguam Datin Seri Rosmah Mansor hari ini membantah permohonan pihak pembelaan untuk memindahkan ke Mahkamah Tinggi kes rasuah dihadapi isteri bekas Perdana Menteri itu berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, ketika sebutan semula kes berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azman Ahmad.

Bagaimanapun, Dusuki berkata tarikh pendengaran bagi permohonan memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi sudah ditetapkan pada 15 Mac depan.

Katanya, permohonan masih tertangguh (pending) dan belum lagi diselesaikan di Mahkamah Tinggi, maka pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan lain.

Mahkamah menetapkan 20 Mac untuk sebutan semula kes itu yang membabitkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi sekolah luar bandar di Sarawak.

Sementara itu, peguam mewakili Rosmah, Datuk Akberdin Abdul Kader, mengesahkan perkara itu dan pihaknya sudah menyerahkan afidavit, namun pihak pendakwaan masih belum memberi jawapan.

Pada 15 November 2018, Rosmah, 68, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima rasuah RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak, dua tahun lalu.

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Dia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding hari ini, Rosmah turut diwakili peguam Datuk Jagjit Singh dan turut hadir bersama Rosmah ialah suaminya, yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta anak lelaki mereka Mohd Ashman.


Read More...

Thursday 14 February 2019

Polis Sahkan RM2.973 Bilion Masuk Akaun Najib


KUALA LUMPUR: Sebanyak AS$972 juta atau bersamaan RM2.973 bilion wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dikesan dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Transaksi kewangan berkenaan berasal dari tiga syarikat iaitu Good Star, AABAR dan Tanore yang berjaya dijejak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata menerusi siasatan dijalankan juga, polis sudah mengenalpasti sebanyak 132 transaksi penggunaan wang haram dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Katanya, polis juga mengenal pasti seramai lebih 50 individu termasuk ahli politik dari dalam dan luar negara turut menerima wang yang diseleweng daripada 1MDB.

"Kita menjangkakan bahawa mereka yang sudah dikenal pasti itu akan hadir memberi keterangan dalam waktu terdekat.

"Malah sehingga kini juga seramai 64 individu sudah diambil keterangan termasuk keterangan Najib serta anaknya Nooryana Najwa," katanya pada sidang media mengenai siasatan 1MDB di Bukit Aman, hari ini.

Noor Rashid berkata, siasatan terhadap 1MDB dibuat sejak 17 Mei lalu menerusi Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Urus Setia Ketua Polis Negara berdasarkan laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

"Ekoran laporan itu, polis menjalankan serbuan di lima premis dan mengambil tindakan penyitaan mengikut Seksyen 45(2) AMLATFPUAA 2001.

"Penyitaan itu membabitkan barang seperti wang tunai termasuk mata wang asing berjumlah RM114 juta, 12,080 barang kemas, 566 beg tangan, 537 utas jam tangan dan 234 unit cermin mata pelbagai jenama," katanya.

Beliau berkata, mengikut peruntukan di bawah AMLATFPUAA 2001, polis diberi tempoh setahun untuk menyiasat harta alih atau tidak alih yang disita.

Katanya, rampasan barangan yang turut dipertikaikan oleh Najib itu dibuat berdasarkan alasan munasabah serta disyaki sebagai barang hasil perolehan haram berkaitan 1MDB.

"Sehingga kini juga, pihak AMLA PDRM tidak menerima sebarang tuntutan rasmi daripada mana-mana pihak membabitkan barangan yang dirampas yang dipertikaikan individu tertentu itu," katanya.

Menurut Noor Rashid, pihak AMLA PDRM juga sudah menyerahkan perintah di bawah Seksyen 32 AMLATFPUAA 2001 kepada Najib untuk hadir memberi keterangan berhubungan kenyataan Ahli Parlimen Pekan itu bahawa wang tunai dirampas adalah milik UMNO.

Katanya, polis juga sudah mengenal pasti beberapa beg tangan dan jam tangan yang disyaki diperoleh menggunakan hasil wang haram.

"Pasukan siasatan kini dalam proses mengumpulkan bukti agar tindakan pendakwaan dan pelucutan hak harta dapat diambil. Malah, bagi melengkapkan siasatan itu, kita turut mendapatkan kerjasama Amerika Syarikat, Switzerland, Arab Saudi dan Singapura.

"Jadi, dalam proses mengumpul bukti yang cukup, PDRM mempunyai masa sehingga Mei 2019 bagi melengkapkan siasatan. "Siasatan itu memang sangat sukar dan akan mengambil masa panjang kerana membabitkan maklumat serta saksi dari negara lain,” katanya.





Read More...

Monday 11 February 2019

Gelaran “Datuk Seri” Najib Dan Rosmah Ditarik Balik



SEREMBAN 26 Oct 2018- Istana Besar Seri Menanti hari ini menarik balik dua darjah kebesaran Negeri Sembilan membawa gelaran Datuk Seri Utama dan Datuk Seri masing-masing kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pembatalan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SPNS) kepada Najib dan Darjah Seri Paduka Tuanku Ja’afar Yang Amat Terpuji (SPTJ) kepada Rosmah berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu diumumkan oleh Pendaftar Darjah, Dr. Razali Ab. Malik dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan negeri memaklumkan, keputusan penarikan darjah kebesaran tersebut bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan Institusi Diraja di negeri ini

sumber: Kosmo Online



Read More...

Saturday 9 February 2019

Penjawat Awam Khianati Kerajaan PH..

Penjawat awam yang secara sengaja tidak melaksanakan arahan kerajaan baru wajar dikenakan tindakan disiplin, kata Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Mohamed Arshad Raji.

Mohamed yang merupakan sebahagian daripada Jawatankuasa Pembaharuan Institusi berkata semua penjawat awam harus mendukung usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi memulihkan keadaan setelah mengambil alih tampuk pemerintahan daripada kerajaan terdahulu.

"Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa masih terdapat pegawai kementerian dan jabatan yang masih menyokong kerajaan terdahulu.

"Aktiviti dan tindak tanduk mereka yang melambat-lambatkan kerja termasuk juga yang bertentangan dengan prinsip kerajaan yang memerintah amatlah mengecewakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Napoleon kecil juga wujud di kalangan penjawat awam di pelbagai kementerian serta di kerajaan tempatan.

"Sesiapa pun, tanpa mengira status dan kedudukan perkhidmatan awam mereka, didapati secara sengaja atau secara tidak sengaja tidak melaksanakan arahan kerajaan baru harus menghadapi tindakan disiplin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamed turut menyatakan beberapa menteri juga melahirkan kekecewaan mereka apabila berurusan dengan penjawat awam yang menjerat kaki mereka.

"Kerajaan baru kita mempunyai banyak usaha untuk meletakkan perkara yang betul. Oleh itu, semua penjawat awam perlu henti mengamalkan sikap kerja yang tidak masuk akal," katanya

Read More...

Friday 8 February 2019

Siti Kasim Dakwa Polis Cuba Penjarakanya..




Peguam Siti Kasim dijangka akan didakwa di mahkamah minggu depan kerana menunjukkan isyarat lucah kepada hadirin sebuah forum pada 2016.

Beliau juga mendakwa tuduhan terhadapnya dibuat oleh seorang pegawai polis kanan yang menurutnya cuba memasukkannya ke dalam penjara.

Menurutnya lagi, seorang inspektor polis menghubunginya semalam dan memberitahu ada arahan untuk mendakwanya mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan susulan insiden itu yang berlaku di Shah Alam.

"Sebelum ini saya berdiam diri tetapi saya rasa perlu menyatakannya kepada umum. Saya tahu OCCI Selangor (Ketua Jabatan Siasatan Jenayah), bernama Fadzil, cuba memenjarakan saya.

"Saya percaya dia merancang serbuan ke rumah saya dengan tuduhan menculik yang mengarut. Jika tidak kerana rakaman yang tak dirancang yang tular kemudiannya, saya mungkin berhadapan dakwaan yang lebih besar. Kesalahan menculik membawa hukuman bunuh," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau merujuk Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat, dan serbuan polis ke rumahnya di Kajang, pada Jun tahun lalu.

Ketika serbuan itu, beliau ditahan atas kesalahan menghalang penjawat awam melakukan tugas selepas polis mengambil seorang perempuan yang berlindung di rumahnya.

Pada insiden 5 September 2016, Siti didakwa menunjukkan isyarat jari tengah kepada seorang hadirin ketika forum tentang RUU 355 di Kompleks Karangkraf, Shah Alam.

Ia didakwa berlaku selepas beliau ke forum itu dan mula mengkritik RUU tersebut, yang mengundang sindiran daripada hadirin.

'Arahan dari Pejabat Peguam Negara'

Sementara itu, Fadzil ketika dihubungi berkata polis menerima arahan daripada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk mendakwa Siti Kasim sejak April tahun lalu.

Katanya lagi, polis bagaimanapun meanngguhkan perkara itu kerana sibuk dengan persediaan PRU ke-14.

Fadzil berkata kes itu ditangguhkan sekali lagi kerana polis menerima satu lagi kes melibatkan Siti berhubung insiden serbuan di Kajang.

"Ada dua kertas siasatan dibuka untuk kes Kajang. Dan kami merancang untuk membuat pendakwaan serentak; (kami) menunggu arahan lanjut daripada (AGC) di Putrajaya.

"Tapi kerana AGC belum ada keputusan berkenaan kes Kajang, saya memutuskan untuk meneruskan insiden (jari tengah) dulu kerana arahan daripada AGC masih terpakai," katanya lagi.

Berhubung dakwaan Siti bahawa beliau cuba memenjarakan peguam itu, Fadzil berkata selaku pengamal undang-undang Siti patut lebih tahu berhubung proses perundangan.

"Dia seorang peguam dan patut tahu proses undang-undang...Dia boleh buktikan (di mahkamah) jika tak bersalah," katanya lagi.


Read More...

Thursday 7 February 2019

PAS Bayar Sarawak Report RM2 Juta Untuk Selesai Kes Luar Mahkamah



Saman SR : Dedahkan Terma London

1. Maafkan saya kerana memberikan ulasan lanjut terhadap fiasco penarikan saman fitnah Presiden Pas yang berakhir dengan kredibiliti Pas semakin dipersoalkan.

Bermakna, persetujuan penyelesaian itu nampaknya terdesak dan gagal melindungi maruah Pas yang menjadi tujuan saman itu dimulakan sedangkan peguam Pas sana dan sini adalah hebat belaka.

2. Sebolehnya, saya tidak ingin memanjangkan perbahasan saya dalam isu parti lain selagi tidak melibatkan kepentingan publik, sejauh kejujuran dan kebenaran dihormati.

Saya menulis selepas adanya fakta yang salah cuba diketengahkan dan sedikit sebanyak nama saya cuba diheretkan untuk melindungi kedudukan yang sebenar.

A. Kesahihan Audio Abduh Diakui

3. Semakan saya mendapati, rakaman audio seorang pimpinan kanan Pas berisi pengakuan adanya pimpinan Pas menerima wang dari Umno masih kekal dalam dokumen pembelaan Claire.

4. Sarawak Report juga menegaskan ia masih mengguna pakai audio itu sebagai sebahagian pembelaan.

Sarawak Report maju selangkah lagi dengan menyiarkan kandungan penuh transkrip pengakuan itu. Antara lain, audio itu menyebut Pas menerima wang Umno termasuk dalam PRN Sarawak yang lalu, untuk tujuan kempen mengalahkan lawan BN.

5. Dengan megahnya tuan punya suara itu meletakkan perbuatan Umno memberikan wang kepada Pas sebagai ’Umno bodoh, Pas cerdik’. (Pada hal, jika Umno boleh mengubah hala perjuangan Pas dengan hanya beberapa jumlah wang yang boleh dibilang, saya agak Umno tidak merasai dirinya bodoh dan sememangnya parti yang terjual itulah kurang cerdik kerana termakan gula-gula itu).

6. Untuk berlaku adil, sudah tentu tidak semua pimpinan Pas ada menerimanya dan saya percaya, ramai dari mereka tidak pun mengetahui ianya ada berlaku. Bahkan, tidak percaya ia berlaku dan boleh berlaku, tanpa perasaan ingin menyiasat untuk mencari kebenaran.

Semua petanda wujudnya gejala itu, bagi kumpulan ini, dianggap remeh, atau lebih buruk, ‘fitnah’. Habis cerita.

7. Berdasarkan dokumen, ada tambahan info terbaharu. Ini diperkuat oleh dakwaan terbaru Sarawak Report, kesahihan audio itu diakui sendiri oleh Presiden Pas melalui afidavit balasnya.

Dakwaan Sarawak Report ini belum dinafikan oleh mana-mana pemimpin Pas termasuk peguam-peguam handal parti itu yang menasihatkan Presiden Pas segala-galanya dari awal sampai akhir.

Mengikut Claire, dalam tulisan selepas 1 Februari, Presiden Pas selaku plaintif hanya memberikan penjelasan apa maksud sebenar tuan punya suara rakaman itu. Identiti suara itu tidak langsung dipertikaikan.

8. Yang penting di sini, itu adalah suara Abduh yang sebenar.

9. Bila Presiden Pas sudah mengesahkan melalui afidavit beliau sendiri itu suara Abduh, apakah yang menyukarkan Pas untuk menyiasat Abduh tentang itu?

Demi untuk kebaikan Pas dan menunjukkan Pas lebih mementingkan integriti perjuangan Islamnya dari orang. Lagi pun, tentulah Pas percaya Abduh bukan Pas dan Pas bukan Abduh.

10. Bahkan, pihak berkenaan yang ingin menjalankan siasatan perlu mendengar keterangan Abduh, siapakah pemimpin atau ejen atau wakil Umno yang telah menyampaikan wang itu? Jumlahnya? Dan yang lain berkaitan.

11. Abduh pula, ketika sinar matahari telah membuktikan kedudukan yang sebenar dan sesiapa yang mengenali Abduh arif itu adalah suara beliau, inilah masa untuk menunjukkan keberanian supaya kata-katanya ‘Ana tau!!’ tidak dipermainkan.

12. Jika contoh Islam hendak diambil kira, Pas tentu sangat arif bahwa kebenaran perlu ditegakkan tanpa mengira bulu, dekat atau jauh.

13. ‘Ana Tau !!’ adalah menunjukkan keyakinan tinggi dan pengetahuannya adalah berstatus ’first hand’. Tidak mungkin orang sehebat Abduh akan menukar menjadi ‘Ana Tak Tau!’.

B. Claire Dibayar RM 2 juta?

14. Dalam dimensi lain, RPK pula dalam satu komunikasi media sosialnya telah mengandaikan Claire tidak mungkin bersetuju dengan penarikan saman itu jika sekiranya plaintif/Presiden Pas tidak membayar kos guamannya sebanyak RM 2 juta atau percaya beliau boleh kalah dalam saman berkenaan.

15. Ini adalah fakta atau unsur baru dalam isu ini.

16. Adakah benar Presiden Pas membayar Claire RM 2 juta untuk penyelesaian itu? Atau bagaimana?

17. Saya tidak ingin membuat kesimpulan. Tetapi untuk memudahkan semua perkara dan mengelakkan maniupulasi berterusan, saya cadangkan terma penyelesaian luar mahkamah itu didedahkan kepada umum.

18. Sesetengah pemimpin Pas akan nanti memberi alasan, ianya telah dipersetujui bersama sebagai sulit dan tidak boleh disiarkan.

19. Hujah balas saya pula ialah, ia masih boleh dilakukan dengan persetujuan bersama kedua pihak. Tidak ada masalah.

20. Caranya mudah sahaja. Pas menulis kepada Claire untuk mendapat persetujuan beliau. Jika Claire enggan, dedahkan kepada umum keengganan Claire itu.

21. Dengan cara itu, menunjukkan Pas telus dan bersikap akauntable kepada ahli dan rakyat Malaysia.

22. Saya pula yakin, tidak ada sebab untuk Claire menolak. Lagi pun, sejak penyelesaian itu dimeterai di mahkamah London pada 1 Februari, kedua pihak telah membuat ulasan masing-masing, sebahagiannya kita dapati cuba mengelirukan dan tidak selari dengan fakta.

c. Siasatan SPRM

23. Serentak itu, sedang viral tulisan yang mengaku mereka ahli Pas dan turut hadhir dalam perjumpaan ‘Ana Tau !!’.

Saya tidak ingin memberikan sebarang komen.

24. Namun, dalam keadaan terdesak mungkin, ada pula yang memuatkan mesej ada satu perhimpunan untuk membuat laporan SPRM di Putrajaya Juma’at ini dan saya akan mengetuai laporan itu.

25. Mesej palsu ini, jika tujuannya untuk melindungi Pas atau apa-apa jua tujuan lain, tidak akan berkesan.

26. Laporan kepada SPRM, antaranya dibuat oleh Rafizi, wujud sejak 2017 lagi. SPRM tidak patut lupa terhadap laporan asal itu, walau pun untuk sekian masa kebelakangan ini begitu terbeban dengan tugas siasatan yang begitu banyak.

27. Tetapi itu zaman Bossku. (Boss Apa Muka Tak Malu - maaf ). Boleh ditanya Bossku tersebut sama ada siasatan ada dibuat atau tidak dan jika tidak dibuat, apakah sebabnya.

28. Dalam laporan Rafizi, antara lain secara spesifik menyebut nama seseorang. Orang itu kemudian membuat kenyataan menafikan penglibatannya dan berjanji akan menyaman Rafizi.

29. Bila janji nak saman tetapi tidak menyaman, itu antara lain menambahkan lagi kesangsian. Masyarakat tidak lupa janji itu dan sekarang sudah tahun 2019 sejak kenyataan itu dibuat pada tahun 2017.

30. Pas pula membawa hujah, pemimpin itu telah menjadi bekas pemimpin.

31. Yang penting di sini adakah beliau menjadi ‘conduit’ atau tidak. Manjadi penghubung atau tidak. Terserah kepada SPRM meletakkan lampu suluhnya ke atas semua sudut dan kesemua figure secara adil dan telus.

32. Semua pihak harus memberikan kerjasama terhadap siasatan ini.

33. Pas melalui Naib Presidennya telah pun menyatakan kesediaan.

Tentulah tidak wajar saya tidak ikut memberikan kerjasama, setakat mana maklumat yang ada pada saya.

34. Skop penyiasatan mestilah luas. Kebanyakan transaksi adalah tunai tetapi SPRM sudah tentu ada caranya untuk mengesan ‘bekas’ dan ‘denai duit/money trail’.

Punca dari mana wang berkenaan. Tiada siapa pernah menyatakan wang yang disalurkan hanya bersumber dari 1MDB.

34. Ini semua boleh berlaku dengan pertukaran kerajaan dari bekas Bossku. Pergantian musim menzahirkan suasana yang berbeza.

35. Kepada Allah kembali semua urusan. Semoga Allah sentiasa memandu kita semua.

Husam Musa
Naib Presiden Parti Amanah Negara,
7 Februari 2019

Read More...

Wednesday 6 February 2019

Usahawan babikan Syed Saddiq rupanya penyokong kuat Umno


Samping Umno


GARA-GARA tindakan pengusaha minuman botol jenama "Hausboom" mem 'babi' kan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, netizen bertindak menyiasat latar belakang lelaki itu.

Biasalah salah satu cara paling cepat untuk menyiasat latar belakang seseorang, ialah menerusi akaun Facebook miliknya.

Salah satu hasil carian popular netizen ialah gambar usahawan bernama Azri Zahier Azmi berbaju Melayu lengkap dengan kain samping bercorak logo-logo Umno.

"Jangan pernah berani kome (kau) bercakap soal perjuangan kalau kome kecut menunjukkan identiti kita! Walaupun kita kalah, biarlah kalah bergaya," tulisnya.

Semakan di laman Facebook miliknya juga mendapati usahawan itu sering mengkritik pemimpin Pakatan Harapan serta dasar-dasar kerajaan.

Ketika hari raya sebelum ini, Azri turut memuat naik gambar bekas perdana menteri Najib Razak menziarah keluarganya.


Boss Hausboom bersama Najib

"Thanks DS Najib sudi datang beraya sambil bermesyuarat merangka strategi pergerakan selepas ini," tulisnya.

Sebelum ini Azri menerusi akaun Facebook miliknya mengatakan lebih baik Syed Saddiq jadi babi daripada jadi ahli politik penipu dan penindas orang muda.

"Jangan main-main. YB Syed Saddiq, better jadi babi daripada jadi ahli politik penipu penindas orang muda. At least, babi tu ada juga orang bela, ada juga kegunaan." tulisnya

Justeru orang ramai menganggap tindakan usahawan itu membabikan menteri mempunyai unsur politik kerana mereka berada dalam parti yang berbeza.

Sumber — https://www.milosuam.net/2019/02/usahawan-babikan-syed-saddiq-rupanya.html#ixzz5ejWpebHx


Read More...

Rasuah RM90 Juta : Rakyat Tuntut Penjelasan Sebenar Pas




Persatuan Patriot Kebangsaan menegaskan bahawa rakyat Malaysia menuntut kebenaran ke atas penyelesaian di luar mahkamah kes saman presiden PAS, Abdul Hadi Awang terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Presidennya, Mohamed Arshad Raji berkata ia tidak bermakna kes itu ditutup.

"Rakyat Malaysia juga menuntut kebenaran ke atas kes ini kerana walaupun ia tidak akan diadili, namun tuduhan Brown bahawa RM90 juta telah dibayar kepada para pemimpin PAS kekal.

“Ini termasuklah rakaman audio Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang bercakap tentang menerima RM2 juta dari Umno, yang telah diajukan sebagai bahan bukti oleh Brown dan tidak dicabar oleh (Abdul) Hadi Awang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamed Arshad berkata rakyat Malaysia ingin mengetahui hakikat sebenar perkara ini kerana wang yang dibayar itu didakwa diperoleh daripada dana 1MDB.

Beliau turut menyeru Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memula siasatan terhadap kes ini dan menyeru sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat untuk memfailkan laporan dengan pihak berkuasa.

"Sekalipun tiada laporan dibuat, pihak polis dan SPRM seharusnya memulakan siasatan sendiri,” katanya.

Abdul Hadi memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi London berikutan artikel ditulis Rewcastle-Brown yang disiarkan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 berhubung jumlah RM90 juta yang didakwa dibayar UMNO kepada pemimpin PAS untuk meraih sokongan.

Pada 3 Februari lepas, Abdul Hadi menyelesaikan kes itu di luar mahkamah apabila menarik balik tuntutan terhadap defendan iaitu Brown serta defendan menarik balik tuntutan balas terhadap Abdul Hadi.

- Bernama

Read More...

Tuesday 5 February 2019

Azmin Jangan Mimpi Nak Jadi TPM..



Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri?


Ia hanya cuit-cuit politik yang tidak menganggu sistem pentadbiran Kabinet.

Itu pandangan penganalisis politik, Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani berkaitan penulisan sebuah blog hari ini yang mendakwa Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas Tahun Baharu Cina.

Menerusi tulisan bertajuk “Azmin appointed DPM after CNY?” di laman blog anotherbrickinwall.blogspot.com, ia berkata terdapat khabar angin bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan melantik Mohamed Azmin sebagai timbalannya.


Kata Mohd Azizuddin, ini adalah polemik yang sengaja menghangatkan desas-desus rombakan Kabinet yang dijangka berlaku dalam waktu terdekat.

Katanya, pemimpin serta penyokong Pakatan Harapan sendiri sedia mengetahui kontrak peralihan kuasa di antara Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah termaktub dalam perjanjian.

“Saya melihat ia (tulisan blog) sebagai satu khabar angin. Siapa akan menggantikan (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan siapa akan menggantikan Dr Mahathir pun masih belum tentu lagi. Walaupun ada perjanjian antara Dr Mahathir dan Anwar, namun bila masanya (peralihan kuasa) masih tidak jelas.

“Ura-ura yang menyatakan Mohamed Azmin akan menjadi Timbalan Perdana Menteri mungkin tidak akan berlaku, sehingga ada gambaran daripada peringkat Kerajaan sendiri,” kata Mohd Azizuddin.

Tambahnya, kebijaksanaan penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga sepatutnya mampu menilai hasil tulisan penulis blog itu.

Menerusi catatan blog itu juga, penulis mendakwa Anwar, yang juga Presiden PKR, akan ‘sekali lagi menjadi mangsa fitnah’, namun kali ini tidak melibatkan kes liwat tetapi mungkin berkaitan isu dana amanah.

Desas-desus itu bertiup kencang terutamanya selepas Dr Mahathir memberikan pelbagai tugas penting kepada Mohamed Azmin, termasuk sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan serta kemungkinan mengetuai Majlis Tindakan Ekonomi Negara.


Read More...

Monday 4 February 2019

40 saksi pengakuan Nik Abduh terima duit Umno, kata ulama Pas





Poster yang dibuat naik oleh Dr Muhammad Atiullah ke dalam facebook beliau.


Seorang pemimpin ulama muda Pas, Dr Muhammad Atiullah Othman mendakwa ada lebih 40 saksi yang masih hidup mendengar pengakuan Ahli parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz bahawa dia menerima duit Umno.

Dalam satu posting di facebooknya, pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu berkata, beliau hadir sendiri dalam majlis pengakuan Nik Abduh itu.



Dr Muhammad Atiullah berkata… Wajahnya bagaikan Al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz tetapi hatinya sudah sama mendiang Marcos.

“Selepas hari kejadian, saya sangat kecewa dengan pemimpin-pemimpin tertinggi dalam Pas. Memang bukan semua, tetapi saya sangat kecewa dengan UNA. Wajahnya bagaikan Al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz tetapi hatinya sudah sama mendiang Marcos,” tulis Muhammad Atiullah yang sebelum ini banyak menyerang pemimpin profersional dalam Pas sehingga parti itu berpecah sehingga terbentuknya Amanah.

Menurut tulisannya hari ini, yang dibuat selepas Presiden Pas menarik balik samannya terhadap Sarawak Report, Dr Muhammad berkata ia berlaku dalam bulan Oktober 2016.

“Bulan Oktober 2016 adalah paling hitam dalam hidup saya. Buat pertama kali menjadi saksi hidup pengakuan menerima suapan.

“Saya sebagai penjawat awam, tentu kenal bahawa apa yang disebut oleh YB Nik Mohamad Abduh adalah rasuah, bukan hadiah. Semua penjawat awam telah diberi pendedahan perbezaan antara hadiah dan rasuah sebagai syarat pengesahan jawatan,” tulis beliau.

Pada hari hari kejadian, katanya, beliau duduk betul-betul di hadapan Ustaz Nik Abduh (UNA).

“Tiada seorang pun depan saya. Telunjuk UNA yang marah terhadap Ustaz Zaharuddin Muhammad (UZM) yang membantah ‘ambil duit UMNO’, secara fizikalnya menuding kepada saya.

“Pimpinan lain yang hadir dan bersama dengan pandangan UNA adalah Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi dan YB Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri,” tulisnya lagi.

Menurut Dr Muhammad, UZM persoalkan hujah Nik Abduh.

“Cuba memerhati hadis Nabawi dan perbahasan Fiqh. Tetapi, UNA pula melenting tak tentu pasal. Lentingannya di hadapan saya. Bagaikan saya dimarahi sebab saya betul-betul di hadapan UNA. Antara UNA dan UZM, ada dua orang iaitu Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi dan YB Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri,” katanya.

Dr Muhammad bertegas, tiada seorang pun di hadapan beliau yang menghalang beliau mendengar penyataan Nik Abduh itu

“Tiada kepala yang menghalang saya dari memandang UNA. Di belakang saya pula adalah Ustaz Hazmi Dibok. Saya turut memerhati di sekeliling dan cuba mengenali satu persatu orang yang hadir. Jumlah mereka yang patut jadi saksi mencecah ataupun lebih empat puluh (40) orang,” katanya.

Tulisan Dr Muhammad Atiullah adalah sebahagian dari cerita bagaimana rakaman video Nik Abduh yang membuat pengakuan menerima duit dari Umno.

Rakaman itu dikatakan bakal menjadi sebahagian dari bahan bukti dalam kes pembelaan Sarawak Report terhadap saman Abdul Hadi terhadap editornya Clare Rewcastle Brown.

Namun beberapa hari lepas, Presiden Pas itu telah menarik balik samannya dengan satu penyelesaian di luar mahkamah.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/40-saksi-pengakuan-nik-abduh-terima-duit-umno-kata-ulama-pas/



Read More...

Sunday 3 February 2019

Patriot Tempelak Pemuda Umno



Pertubuhan bekas tentera, Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menolak kritikan berhubung pelantikan seorang wakil rakyat DAP sebagai ahli lembaga pengarah pertubuhan dakwah kerajaan, dengan menyifatkannya sebagai “jahil dan bersifat perkauman”.

Presiden Patriot, Datuk Mohamed Arshad Raji menempelak pandangan Ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, walaupun beliau merupakan ilmuan pengajian Islam dan bekas ahli Yadim.

Arshad berkata, Asyraf fikir Sheikh Omar Sheikh Ali tidak layak dilantik ke jawatan itu kerana “pandangan politik beliau yang sempit”.

Beliau berkata, Sheikh Omar memiliki ijazah sarjana muda daripada Universiti Malaya dalam bidang Pengajian Islam dengan pengkhususan Dakwah.

“Kelayakan akademik apa lagi yang Asyraf mahu daripada Sheikh Omar untuk layak menjadi ahli lembaga pengarah Yadim?

“Apakah Asyraf fikir bahawa Sheikh Omar, yang hanya merupakan ahli biasa DAP, kurang Melayunya atau kurang Islam?,” katanya dalam satu kenyataan.

Asyraf sebelum ini mengkritik pelantikan Sheikh Omar, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, dengan mendakwa Omar merupakan ahli sebuah parti yang tidak mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara.

Beliau juga berkata, instutusi Islam di negara ini kini diancam oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang didominasi oleh DAP.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa, yang bertanggungjawab ke atas hal-ehwal Islam, mempertahankan lantikan Sheikh Omar dengan merujuk kepada kelulusanya dalam bidang Pengajian Islam.

Mujahid berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga bersetuju dengan pelantikan itu.

Yadim, atau Yayasan Dakwah Islam Malaysia, ditubuhkan pada 1974 bagi menyelaraskan kegiatan dakwah Islam, kini diketuai oleh Nik Omar Nik Aziz, anak bekas menteri besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat.



Read More...

Saturday 2 February 2019

TERKINI : Hadi Awang Tarik Balik Saman Sarawak Report





Presiden PAS Abdul Hadi Awang memutuskan untuk menyelesaikan kes saman terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown di mahkamah di London, Unied Kingdom.

Hal ini dimaklumkan Setiausaha Politik kepada presiden PAS, Syahir Sulaiman.

“Setelah Datuk Seri Abdul Hadi Awang meneliti keseluruhan tindakan mahkamah yang telah difailkan oleh beliau terhadap Clare Rewcastle Brown (Defendan) dari semua aspek, dan juga setelah mempertimbangkan pandangan serta nasihat peguam beliau, adalah dimaklumkan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membuat ketetapan untuk memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah (out of court settlement) melalui Perintah Persetujuan (Consent Order) bertarikh 1 Februari 2019 di Mahkamah Tinggi London (High Court of Justice, Queen’s Bench Division),” katanya dalam suatu kenyataan terbit di Harakahdaily hari ini.


Syahir berkata penyelesaian yang dibuat itu adalah seperti berikut:

“Abdul Hadi Awang menarik balik tuntutan (claim) terhadap Defendan;

Kata dah menang saman, buat apa pungut derma lagi?


“Clare Rewcastle Brown (Defendan) menarik balik tuntutan balas (counter claim) terhadap YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang;

“Tiada perintah berkenaan kos (no order as to costs); dan kedua-dua pihak adalah tertakluk kepada persetujuan kerahsiaan mengenai terma-terma berkaitan penyelesaian ini,” kata kenyataan itu.

Syahir berkata presiden PAS mengucapkan terima kasih dan merakamkan setinggi penghargaan kepada barisan peguam, ahli-ahli PAS dan semua pihak yang telah memberikan sumbangan dan sokongan sepanjang perjalanan kes ini.

Sebelum ini PAS melalui presidennya, Abdul Hadi Awang mengambil tindakan undang-undang terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown di London pada 21 Apr 2017.

Ia berkaitan laporan portal itu pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa pemimpin PAS menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong BN dan Umno.

Pada 9 Januari lalu, Malaysiakini melaporkan PAS berjaya mencapai matlamat memungut RM400,000 bagi membiayai kos guaman untuk saman ke atas Sarawak Report.

Malah berdasarkan kenyataan Bendahari PAS Razman Zakaria jumlah yang dipungut setakat ini melebihi jumlah yang diperlukan.

Razman berkata PAS berjaya mengumpul lebih setengah juta ringgit daripada sumbangan anggota parti dan pihak lain hasil kempen kutipan dana selama dua minggu itu jumlah yang diperolehi melepasi sasaran yang diperlukan buat masa ini.




Baca lagi https://inforakyat.net/2019/02/02/kes-saman-sarawak-report-presiden-pas-tarik-balik-saman/

Read More...

Friday 1 February 2019

Peguam gesa ambil tindakan terhadap Hadi kerana ucapan pecah-belah




Seorang peguam menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat laporan polis terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang memberitahu pengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands bahawa orang Islam wajib mengundi hanya calon beragama Islam.

Syed Iskandar Syed Jaafar al-Mahdzar berkata, dengan berkata demikian, pemimpin PAS itu melanggar undang-undang dengan menggunakan sentimen agama untuk mempengaruhi pengundi beragama Islam.

“SPR mesti menunjukkan bahawa ia serius, dan tiada sesiapa dibenarkan melanggar undang-undang seperti menggunakan kaum dan agama untuk mempengaruhi sebahagian anggota masyarakat supaya mengundi menurut cara tertentu,” katanya kepada FMT.

Katanya, kegagalan bertindak boleh menggalakkan pemimpin daripada kedua-dua kumpulan politik melakukan perkara sama dalam PRK Semenyih akan datang, yang tempoh berkempennya akan bermula selepas hari penamaan calon pada 16 Feb depan.

Hadi dilaporkan berkata, orang Islam wajib mengundi calon beragama Islam bagi membawa “suara Islam” ke Parlimen.

Beliau menggesa pengundi Islam supaya hanya mempercayai orang Islam sebagai wakil mereka, dengan berkata, orang bukan-Islam tidak mempunyai konsep dosa dan pahala, lalu menjadikan mereka tidak layak berada di Parlimen.


Syed Iskandar Syed Jaafar.
Syed Iskandar berkata, SPR hendaklah konsisten dalam tindakannya kerana ia telah membuat laporan polis terhadap calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran kerana memakai baju dengan logo parti itu di sebuah pusat mengundi.

SPR yang membuat laporan itu di balai polis Sungai Koyan berkata, Manogaran melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya (EOA) 1954.


Syed Iskandar berkata, beliau percaya Hadi melanggar akta yang sama dengan menimbulkan perasaan tidak baik atau permusuhan.

Seksyen 4A EOA menyebut, mana-mana orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan dengan tujuan atau dengan kecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau permusuhan antara orang yang terdiri daripada kaum yang sama atau kaum yang berlainan supaya mengundi atau tidak mengundi adalah melakukan satu kesalahan.

Mereka yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 5 tahun, denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Mereka juga boleh dilarang daripada mengundi atau menjadi calon pilihan raya selama 5 tahun.

Peguam Lim Wei Jit berkata, peruntukan itu dimasukkan ke dalam EOA kerana badan perundangan telah melihat kesan percubaan mengapi-apikan perpecahan kaum dan agama semasa pilihan raya.

“Ahli politik juga perlu sedar bahawa membuat kenyataan yang menjurus kepada perpecahan kaum dan agama adalah kesalahan di bawah Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, perkara ini boleh dilihat di dalam banyak peruntukan undang-undang, termasuk Seksyen 298 (membuat kenyataan bertujuan melukakan perasaan orang lain), Seksyen 504 (sengaja mengaibkan dengan niat mengganggu keamanan) dan Seksyen 505 (membuat kenyataan yang mendatangkan khianat awam).

Read More...

‘Saya dah turun, tetapi ringgit turun lebih dahsyat’, kata Najib kepada Guan Eng




Najib berkata, walaupun kerajaan BN telah kalah pada pilihan raya umum ke-14, tetapi nilai ringgit telah turun lebih dahsyat.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mendesak penjelasan menteri kewangan berhubung kemerosotan besar mata wang Ringgit berbanding Baht Thailand sehingga mencecah nilai RM13 bagi setiap 100 Baht, semalam.

Najib berkata, walaupun kerajaan Barisan Nasional (BN) telah kalah pada pilihan raya umum ke-14, tetapi nilai ringgit telah turun lebih dahsyat.

“Laungan PH pada suatu masa dahulu, ialah “Najib turun, Ringgit naik”. Saya dah turun dan Guan Eng (Menteri Kewangan, Lim Guan Eng) sudah naik. Tetapi ringgit turun dengan lebih dahsyat lagi. Apa alasan Lim,” kata beliau di laman Facebooknya.

Sebelum itu, beliau berkata, PH pernah memainkan isu kemerosotan nilai ringgit berbanding mata wang Thailand 3 tahun dahulu.

Najib berkata, ketika itu harga minyak dunia jatuh 80% dan Malaysia merupakan negara pengekspot minyak, manakala Thailand pengimport minyak.

“Pada masa itu, apabila ringgit merosot sehingga 100 Baht mencecah RM12.00 (RM1 bersamaan 8.33 Baht), PH mengeluarkan propaganda yang telah tular kononnya peniaga negara Thai tidak mahu menerima mata wang kita lagi.

“Nilai ringgit semakin memulih berbanding mata wang Thailand sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14),” katanya,

Bagaimanapun kata Najib, nilai ringgit jelas bertukar hala dan terus merosot selepas PRU14 sehingga mencecah penanda 100 bBaht bersamaan RM13.00 buat kali pertama, semalam.

Beliau berkata, pada masa ini harga minyak dunia sudah memulih dan kini 2 1/2 kali ganda berbanding harga 3 tahun dahulu.

“Semalam ringgit mencatat nilai paling rendah dalam sejarah berbanding Baht Thailand, iaitu 100 Baht Thai bersamaan RM13.15 (RM1 bersamaan 7.60 Baht),” katanya.

Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP