Kit Siang : Demonstrasi bukan cara DAP
SEGAMAT – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyelar tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa parti itu berniat mengguling kerajaan menerusi demonstrasi jalanan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menolak tuduhan itu yang disifatkan demonstrasi bukan cara DAP.
“Kami (DAP) tidak akan melakukan perkara yang membuang masa seperti ini. DAP sudah 47 tahun ditubuhkan dan telah melalui 10 pilihan raya umum negara.
“Sepanjang tempoh berkenaan, DAP hanya menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap sistem pilihan raya negara sahaja. Kami tidak takut menerima keputusan. Saya sendiri pernah kalah pilihan raya,” katanya yang mengadakan lawatan ke Segamat, semalam.
Tegasnya, tuduhan yang mengatakan DAP menggunakan kekerasan juga tidak berasas dan parti itu nekad mengemukakan petisyen di mahkamah terhadap keputusan PRU13.
Mengulas mengenai lawatannya ke Segamat, Kit Siang berkata ia adalah bertujuan meninjau perkembangan Adun Jementah, Tan Chen Choon dan seterusnya ke Muar, Bentayan dan Bakri.
“Saya akan berbincang dengan mereka (wakil rakyat DAP) mengenai persediaan yang harus dibuat untuk meningkatkan mutu perkhidmatan mereka kepada rakyat,” katanya.
- sinarharian
Read More...
Summary only...
PUTRAJAYA, 23 Mei — Kehilangan 133,000 MyKad dalam tempoh tiga bulan iaitu dari Januari hingga Mac tahun ini menimbulkan kebimbangan kepada kerajaan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menyifatkan jumlah itu agak tinggi, Ahmad Zahid berkata kehilangan MyKad, walaupun tidak disengajakan, menyebabkan ia boleh diguna untuk tujuan jenayah.
“Apa yang membimbangkan kami ialah jika kehilangan itu mempunyai kaitan dengan sindiket. Kami khuatir MyKad ini diguna untuk pelbagai tujuan terutama jenayah,” katanya kepada pemberita selepas melawat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini hari ini.
Beliau berkata sekiranya siasatan mendapati ada sindiket terlibat dalam menghilangkan MyKad dan menggunakannya untuk tujuan jenayah dan sebagainya, JPN perlu mengambil langkah-langkah pencegahan dan pemantauan bagi menyelesaikan masalah itu.
“Saya yakin JPN mampu menyelesaikan masalah itu agar tidak berterusan,” katanya.
Ahmad Zahid berkata bayaran denda mungkin akan ditingkatkan terhadap individu yang menghilangkan MyKad selepas ini.
“Saya minta Ketua Pengarah JPN mencadangkan (bayaran denda) kepada KDN dan saya akan bawa ke kabinet untuk mendapatkan pandangan dan kelulusan daripada kabinet,” katanya.
Pada masa ini denda kehilangan MyKad bagi kali pertama ialah RM100, RM200 kali ke-2 dan RM300 bagi kehilangan kali ke-3. – Bernama
Dipetik dari TMI
Read More...
Summary only...
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi percaya polis mempunyai bukti dan asas kukuh apabila bertindak menahan tiga orang pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO di bawah Akta Hasutan hari ini.
Tegasnya, beliau tidak campur tangan dalam penahanan itu dan menyerahkan operasi berkenaan untuk ditangani polis sepenuhnya.
"Segala urusan operasi saya serahkan keada polis dan saya yakin tentu polis ada bukti dan asas kukuh.
"Saya langsung tidak ada campur tangan dalam penahanan itu," katanya.
Zahid berkata demikian sewaktu mengulas penahanan naib presiden PKR Tian Chua, aktivis PAS, Tamrin Ghafar Baba dan pemimpin NGO Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim di bawah Akta Hasutan 1948 pagi ini.
Dalam perkembangan lain, Zahid berkata beliau bersedia menyiasat dakwaan penipuan pilihan raya yang didakwa berlaku kerana daftar warganegara Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang tidak kemas.
Namun jelasnya, kementeriannya hanya boleh menyiasatnya jika pihak yang membuat dakwaan menyerahkan bukti bagi menyokong dakwaan berkenaan kepada JPN.
"Saya alu-alukan sebarang aduan dan jika benar dan ada bukti, berikan kepada kami dan saya akan tentukan tarikh dan masa dengan pegawai kanan KDN (untuk menelitinya)," kata Zahid ketika menjawab pertanyaan wartawan selepas melakukan lawatan kerja di JPN Putrajaya petang tadi.
Read More...
Summary only...