Tuesday, 11 July 2017

Beza Antara Bodoh Nik Amar Dan Cerdik Tuan Ibrahim


Dua pemimpin kanan PAS memberi pandangan berbeza mengenai kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi mangsa konspirasi politik.

Akhbar rasmi PAS Harakahmemetik timbalan presiden parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai berkata bahawa kenyataan Mahathir adalah konsisten dengan apa yang dikatakan parti itu - bahawa bekas timbalan perdana menteri adalah mangsa konspirasi politik selagi tiada pembuktian dakwaan terhadapnya secara syarie.

“Bagi saya kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Anwar menjadi mangsa politik sebenarnya PAS sudah lama memperkatakan mengenainya.

“PAS sejak awal lagi meminta isu-isu yang berkaitan syarak perlu dikembalikan kepada mahkamah syariah.

“Ini kita harapkan,” kata Tuan Ibrahim dalam satu sidang akhbar di Kota Bharu.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan. Beliau dan penyokongnya mendakwa bahawa pertuduhan berkenaan bermotivasi politik.

Tuan Ibrahim berkata, Anwar diakui menjadi mangsa politik BN, di mana beliau dipecatkan daripada kerajaan dan ditumbuk sehingga lebam mata.

“Bagi saya kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Anwar menjadi mangsa politik sebenarnya PAS sudah lama memperkatakan mengenainya.

“Dan akhir-akhirnya selepas tiada tokoh lain maka Pakatan Harapan cuba hendak menaikkan semula Anwar. Sebenarnya kemelut itu berlaku pada Pakatan Harapan,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mempunyai pandangan berbeza mengenai isu berkenaan.

Beliau dipetik oleh akhbarUtusan Malaysia sebagai berkata bahawa kenyataan Mahathir itu sebagai terdesak dan mempunyai kepentingan politik apabila sanggup menyokong Anwar untuk menjadi perdana menteri.

“Kalau benar kesalahan itu, adalah pelik dia (Mahathir) sanggup bersekongkol dengan dengan orang yang melakukan liwat.

“Saya lihat situasi ini lebih pada kepentingan politik Mahathir untuk mencapai cita-citanya sendiri.

“Mahathir juga dilihat terdesak untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan akhirnya terpaksa bergabung dengan musuh politiknya sendiri,” kata Mohd Amar.

Mahathir, yang kini menjadi pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam satu temubual baru-baru ini dengan The Guardian dari UK, berkata beliau tidak ada masalah jika Anwar menjadi perdana menteri, sekiranya berjaya mendapatkan pengampunan diraja.

“Keputusan mahkamah (untuk memenjarakan Anwar) jelas dipengaruhi oleh kerajaan", katanya.








PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP