KUALA LUMPUR 9 Mei - Kira-kira 60.8 peratus daripada 34,899 responden dalam bancian yang dijalankan oleh portal My Two Cents memberikan gred E kepada pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam tempoh setahun ini.
Pengendali portal tersebut, Najib Saahari berkata, daripada jumlah responden itu juga, 18.9 peratus memberikan gred D, 10 peratus memberi gred C dan selebihnya gred B dan A.
“Kita boleh simpulkan hanya sekitar 22 peratus memberi gred lulus dan ke atas. Seramai 82.9 peratus responden pula mengatakan mereka tidak akan mengundi kerajaan PH sebaliknya akan mengundi kerajaan BN-PAS dalam pilihan raya terdekat manakala 11.6 peratus masih lagi akan mengundi kerajaan PH dan selebihnya tidak akan mengundi,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.
Jelas Najib, 92.4 peratus daripada yang mengambil bahagian dalam bancian adalah orang melayu dengan 56.4 peratus merupakan golongan yang berumur 25 hingga 40tahun, 30.2 peratus golongan berumur 40 hingga 60 tahun, 9.3 peratus golongan berumur bawah 25 tahun dan bakinya merupakan golongan berumur 60 tahun ke atas.
“Secara umumnya 76.7 peratus merasakan kerajaan sekarang lebih teruk daripada kerajaan terdahulu, hanya 12.5 peratus merasakan kerajaan sekarang lebih baik dan selebihnya 10.8 peratus merasakan tiada perubahan .
“Ini mungkin kerana majoriti yang mengambil bahagian dalam bancian merasakan kerajaan sekarang gagal menunaikan janji pilihan raya umum. Sebanyak 78.9 peratus merasakan janji pilihan raya tidak ditunaikan, 18.8 peratus merasakan hanya sebahagian janji berjaya ditunaikan dan hanya sekitar 2.3 peratus merasakan janji pilihan raya berjaya ditunaikan,” katanya.
Dalam pada itu, tambahnya, menerusi bancian yang sama juga, sebanyak 78 peratus daripada responden merasakan kos sara hidup tidak berkurang, sembilan peratus merasakan kos sara hidup berkurang dan 12.9 peratus merasakan kos sara hidup masih lagi sama .
Majoriti juga katanya, beranggapan kerajaan PH gagal untuk membela rakyat iaitu sebanyak 81.9 peratus manakala 9.2 peratus merasakan rakyat terbela dan selebihnya tidak pasti sama ada nasib mereka terbela ataupun tidak.
“Berkenaan dengan keadaan ekonomi keluarga, sebanyak 72.7 peratus responden merasakan ekonomi keluarga mereka bertambah buruk, 21.3 peratus merasakan tiada perubahan dan enam peratus merasakan keadaan ekonomi mereka bertambah baik.
“Bagi keadaan ekonomi negara, 83.2 peratus merasakan ekonomi negara bertambah buruk, sembilan peratus tidak pasti dan 7.7 peratus responden merasakan keadaan ekonomi negara bertambah makmur,” katanya lagi.
Sementara itu, menerusi hasil bancian yang turut dipaparkan dalam akaun Facebook My Two Cents itu juga, menyaksikan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menerima undi tertinggi dalam senarai Lima Menteri Paling Cemerlang iaitu dengan sebanyak 4,059 undi.
Ia diikuti oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan 1,884 undi, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook sebanyak 1,843 undi, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, 1,663 undi dan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dengan 1,093 undi.- UTUSAN ONLINE.
Friday, 10 May 2019
60.8 % Responden Beri Kerajaan PH Gred E
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
2 comments:
Gred E dari gred F- yang sedia ada lebih baik. Masyarakat sebenarnya tak nampak apa yg dihadapi oleh kerajaa PH dalam menguruskan kewangan negara yang teruk. Yang memahaminya hanyalah aekitar 15% sahaja dari rakyat keseluruhan yang memegan dan menjalankan dasar pengurusan negara. Mentadbir dan mengurus memang sukar. Peringkat tertinggi terpaksa menghadapi kekangan kewangan. Terpaksa meminjam dari beberapa negara lain untuk belanja mengurus dan mengurangkan liabiliti keqangan negara yang ditinggalkan oleh kerajaan BN dulu. Kesan yang ditanggung oleh PH hanya difahami oleh orang yang menguruskan kewangan ini... sebab itu keadaan nampak teruk tetapi kesan jangka panjangnya akan dapat dilihat sekurang2nya 5 tahun kehadapan apabila tekanan kewangan negara ini dapat diserap perlahan2 oleh dasar kerajaan. Zaman cash is king memang sukar dilawan dan rakyat subsidi seperti masyarakat melayu sudah berakar umbi...
Yang byk tak puas hati majoriti org melayu. Sikap yg bermusim dan tidak ada kesabaran. Inginkan benda-benda yg mudah/senang bergolek depan mata. Patutla bangsa lain maju kedepan ttpi bangsaku masih tak nmpk hala tuju.
Post a Comment