Tuesday, 30 April 2013

Bimbang Dipanah Petir, Artis Bodoh Ini Buat Laporan Polis



KUALA LUMPUR, 30 April -- Pelakon, Azhar Sulaiman menunjukkan laporan polis yang telah dibuat oleh beliau mengenai akaun facebook yang didakwa telah digodam oleh kumpulan cyber troopers parti pembangkang semasa sidang media di sini, hari ini.

Beliau membuat laporan polis kerana khuatir tentang keselamatan dirinya yang diugut dan dicemuh melalui akaun Facebook.



Read More...

Dey Macha.. Berapa kali Mau Umum Keluar PKR Hah..??

 
(Ini kali ketiga dia umum keluar PKR)

PERMATANG PAUH: Individu India yang mengistiharkan diri keluar parti Keadilan Rakyat (PKR) di Dewan Undangan Negeri (Dun) Seberang Jaya dua hari lepas pernah mengumumkan keluar parti dua kali sebelum ini.


Naib Ketua Cabang PKR Permatang Pauh, Abdul Jalil Che Ros dalam kenyataan berkata, N. Ponnusamy bukan Pembantu Khas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sepertimana yang tonjolkan dalam media sebaliknya jawatan tersebut dilantik oleh beliau sendiri kononya mewakili kaum India.

"Mana mereka ambil sehingga 1,200 orang India sedangkan di bahagian Permatang Pauh sendiri hanya 440 sahaja ahli PKR keturunan India," terangnya.

Baginya, pertama kali N.Ponnusamy istihar keluar parti ialah kerana kecewa dan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar.

Keduanya beberapa bulan lalu di mana beliau berserta 200 orang ahli PKR Permatang Pauh keluar parti dan sertai DAP kerana kecewa dengan sikap Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman kerana langsung tidak memperdulikan nasib masyarakat India.

Manakala pada 28 April sekali lagi N.Ponnusamy sekali lagi buat pengumuman keluar parti bersama 1,200 ahli PKR menerusi jurucakap kumpulan terbabit bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, S. Jenapala.

"Peristiwa terbabit amat memalukan. Semua kepimpinan Umno termasuk calon BN Parlimen Permatang Pauh, Dr.Mazlan Ismail diperbodohkan begitu sahaja," ujarnya senyum sinis melihat Umno sudah terkena perangkap N.Ponnusamy.


Read More...

Bodoh Muhyiddin Makin Menjadi-jadi..

Kuasa asing masuk campur jika Anwar jadi PM - Muhyiddin

BATU PAHAT - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, negara bakal berhadapan dengan ancaman besar jika pembangkang memerintah negara ini kerana ada kuasa asing yang bersedia masuk campur jika ketua pembangkang dilantik menjadi perdana menteri.

"(Jadi) jangan masuk kepada kubu pembangkang kerana di sebalik pembangkang ini ada kuasa-kuasa asing yang memang bersedia masuk ke Malaysia kalau (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) menjadi perdana menteri.


"Mereka akan mencampuri dasar mereka (pembangkang), program mereka dan ini bahaya sebab itu ALLAH nak tunjuk, dan parti pembangkang kini (pun)kian rapuh," kata timbalan perdana menteri ketika berucap merasmikan SJKC Yong Peng 2 di sini hari ini.

"Saya baca dalam surat khabar hari ini, macam-macam berita...dia mula bergaduh sesama sendiri. Mungkin setahun dua dahulu dia simpan... nak keluar, tetapi mereka tahan, mereka tutup jangan cakap tetapi orang dia (DAP) kini sudah mula bercakap minta jangan sokong Pas," katanya.

Timbalan perdana menteri berkata Pas pula sibuk hendak mewujudkan negara Islam dengan melaksanakan hudud tetapi sekutunya DAP menentang keras pelaksanaan hukum itu.

Pas juga hanya mampu membina sebuah masjid sepanjang tempoh memerintah Kelantan, katanya.

Selain itu Muhyiddin berkata, pelabur asing turut menyuarakan kebimbangan jika sekiranya pembangkang menguasai negara termasuk Johor.

Mereka khuatir pelaburan mereka berbillion ringgit akan rugi jika sekiranya DAP menang di kawasan parlimen Gelang Patah, katanya.

- Bernama

** Bakal Perdana Menteri ke Bakal Cikgu Tadika Kemas Mamat Nie..



Read More...

Fitnah Tanah RM 10 Juta Ibrahim Ali Terhadap TGNA Dijawab..

Isu Tanah RM10 juta : Bunga Raya Layu Sebelum Kembang

Saya membaca lontaran fitnah daripada calon Bebas di Parlimen Pasir Mas yang bertanding menggunakan logo Bunga Raya, Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa kononnya Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memiliki tanah bernilai RM10 juta di Bandar Baru Tunjong. Ia disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini 30 April 2013.

Saya kira Ibrahim Ali tidak lebih nilainya daripada sekuntum bunga raya yang sedang layu sebelum berkembang. Ia sudah buruk di tangkai dan menunggu jatuh untuk dipijak-pijak sebelum dilupakan daripada kamus politik rakyat Malaysia.


Dalam misi untuk menjatuhkan lawan di Pasir Mas yang merupakan anakanda kepada Menteri Besar Kelantan, Ibrahim Ali menggunakan strategi kotor yang semenangnya sudah sinonim dengan perjuangan politiknya semenjak zaman muda lagi. Generasi lama pastinya tidak lupa insiden demonstrasi di Kota Bharu pada akhir tahun 70-an yang melibatkan peristiwa bakar tayar yang mengakibatkan berlakunya peristiwa Mageran di Kelantan. Siapa lagi dalangnya jika bukan calon Bunga Raya ini?

Dalam isu pemilikan tanah yang dihebohkan ini, perlu dinyatakan kesemua 14 lot tanah tersebut adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang mana ia dibeli oleh PMBK secara terus daripada orang perseorangan antara tahun 2006 sehingga tahun 2007. Kesemua tanah tersebut berada di dalam kawasan Tanah Rezab Melayu dan di atas pegangan hakmilik selama-lamanya (perpetuity).

Di dalam definisi ‘Melayu’ sebagai syarat untuk memiliki tanah Rezab Melayu di Kelantan, institute PMBK tidak ditakrifkan sebagai Melayu. Inilah yang termaktub di bawah Seksyen 13A Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930 dan Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan 1938.

Dalam situasi pemilik asal tanah ingin mendapatkan segera bayaran daripada pembeli yang terdiri daripada pelbagai badan korporat, PMBK mengambil pendekatan untuk mempercepatkan proses pindah milik bagi memudahkan sebarang usaha memajukan tanah dapat dilaksanakan segera. Justeru pada tahun 2007, PMBK membuat keputusan agar Menteri Besar Kelantan selaku Pengerusi PMBK dinamakan sebagai Pemegang Amanah bagi kesemua 14 lot tanah tersebut bagi pihak PMBK.

Bagi mengesahkan keputusan tersebut satu Surat Ikatan Amanah (Deed Trust) bertarikh 5 November 2007 telah dimeterai antara PMBK dan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. Surat ini mensyaratkan bahawa YAB Tuan Guru selaku Pemegang Amanah wajib melepaskan pegangan tanah tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh PMBK. Ia berkuatkuasa sehingga ke saat ini.

Berasaskan kepada fakta0fakta ini, YAB Tuan Guru bukanlah pemegang pemilik sebenar bagi 14 lot tanah seluas 4.4 ekar (1.76 ekar) sebagaimana yang didakwa oleh calon Bunga Raya. Beliau hanyalah pemegang amanah bagi pihak PMBK. Bila-bila masa hak pemilikan ke atas tanah tersebut boleh dituntut oleh PMBK.

Dengan penjelasan ini, saya kira kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh calon Bunga Raya tersebut dapat dijernihkan. Seeloknya saya nasihatkan calon Bunga Raya agar dapat mencari strategi yang lebih bersih dan jernih untuk menang. Janganlah pula kerana maruah jatuh di mata Tun Mahathir kerana hanya berjaya mengerah 200 orang sahaja dua hari lepas, beliau meracau bagaikan hantu raya mencari mangsa sehingga terlupa telur yang ditelan ialah telur buaya bukannya telur ayam.

Sekian.

Ahmad Fadhi bin Shaari,
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.



Read More...

SPR Menipu - Dakwat Kekal Boleh Dibasuh..


Anggota tentera menunjukkan kepada Nurul Izzah Anwar, bagaimana cara untuk hilangkan dakwat kekal. - Sumber



KENYATAAN AWAL DARI PAS

IPOH: PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan mengenai penyebaran maklumat tentang keraguan penggunaan dakwat kekal oleh para pengundi yang turun membuat undian awal pada hari ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Asmuni Awi berkata, PAS mendapat aduan bahawa dakwat yang digunakan pada pengundian awal hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

Menurutnya, gambar tentang cap jari yang tidak kekal itu telah tersebar luas di laman sosial menyebabkan kegusaran rakyat khususnya yang akan mengundi pada Ahad ini.

“Kami mendapat banyak maklumat tentang dakwat kekal yang digunakan pada hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

“Adakah benar maklumat yang kami terima ini? Jika benar, PAS meminta penjelasan daripada pihak SPR kerana sebelum ini mereka telah memberi jaminan bahawa dakwat kekal tersebut boleh bertahan sekurang-kurangnya selama tiga hari,” katanya dalam sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Ipoh, dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Setiausahanya, Dr Khairuddin Abdul Malik dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat itu berkata, penyebaran gambar-gambar jari pengundi yang boleh dipadam itu telah menyebabkan rakyat meragui ketelusan sistem yang diguna pakai pada pilihanraya ini.

“Jika perkara ini benar-benar berlaku, tidak mustahil akan ada pengundian dua kali akan dilakukan. Ini telah bermain dalam fikiran masyarakat ketika ini,” jelas beliau lagi.

Sumber berita



Read More...

Foto Panas Ustaz Azhar Idrus Pasang Poster Pas

 

Rakaman gambar pendakwah terkemuka negara Ustaz Azhar Idrus jam lebih kurang 1.00 pagi tadi telah turun padang menjenguk persiapan para petugas PAS di depan Pejabat Pos Chabang Tiga, Kuala Terengganu.

Kehadiran beliau telah menyuntik semangat para petugas parti terutamanya anak-anak muda untuk berkerja keras tanpa mengharap dibalas demi menjatuhkan kerajaan UMNO/BN yang zalim lagi korup.




Read More...

Daim perlekehkan Anwar dan Pakatan dalam kempen di Putrajaya

PUTRAJAYA, 30 April — Tun Dr Daim Zainuddin menyelar Pakatan Rakyat (PR) sebagai “pakatan keliru” dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah “penipu besar” malam tadi, selepas bekas menteri kewangan itu menjadi veteran Barisan Nasional (BN) terbaru untuk berkempen di Putrajaya.

Daim berkempen untuk calon BN di pusat pentadbiran kerajaan itu tiga hari selepas Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan perkara sama. BN juga menggunakan bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam untuk berkempen menjelang pilihan raya yang dikatakan paling sengit dalam sejarah.


“Bila nak pilih kerajaan mesti pilih yang baik, bukan yang nak menjahanamkan ... Keliru tak habis-habis, kerana mereka yang keliru. Jangan percaya yang keliru ni, nanti kelak merana,” kata Daim di sini merujuk kepada PR.

Beliau menuduh Anwar sebagai tidak kompeten semasa menjadi menteri kewangan pada awal 90an, mengatakan Anwar terpaksa merujuk kepadanya hampir setiap hari tentang bagaimana untuk menguruskan kementerian tersebut.

Daim merupakan menteri kewangan dari 1984 hingga 1991 dan Anwar mengambil alih selepas itu. Beliau kembali ke jawatan tersebut pada 1999 selepas membantu Malaysia menghadapi krisis kewangan Asia pada 1997.

Beliau mengatakan Anwar menipu dan menggunakan namanya untuk mendapatkan sokongan ketika mahu merebut jawatan timbalan presiden Umno yang melayakkan beliau untuk menjadi timbalan perdana menteri.

Bercakap kepada hadirin yang kebanyakkannya ahli dan pekerja parti, Daim menggesa penyokong BN di Putrajaya untuk bersatu dalam pilihan raya 5 Mei dan mengundi Tengku Adnan untuk mengalahkan calon PAS Datuk Husam Musa untuk kerusi Parlimen itu.

“Yang boleh menyelesaikan masalah ni cuma Tengku Adnan je, dia setiausaha agung Umno ... Presiden Umno pula ialah perdana menteri,” katanya.

Daim membuktikan dirinya masih popular apabila ratusan hadirin di Presint 8 di sini mengejutkannya dengan lagu “Selamat Hari Jadi” awal malam tadi.

Hadirin walau bagaimanapun, kurang daripada ketika Dr Mahathir memberikan ucapan di Presint 9 minggu lepas. Lebih kurang 15,000 pegundi, kebanyakkannya penjawat awam akan mengundi di Putrajaya yang di lihat sebagai kubu kuat kerajaan.

Sehari sebelum itu pada Ahad, Daim muncul dalam muka depan akhbar harian berbahasa Melayu Mingguan Malaysia, yang dimiliki Umno, dimana beliau menjangkakan kekalahan PR.

“Saya melihat pembangkang tidak akan menang kali ini kerana mereka ada banyak perbeaan. Dalam banyak hal mereka gagal berpakat.

“Kita lihat bukan sahaja soal pembahagian kerusi dan calon, ini termasuk perbezaan antara prinsip perjuangan,” kata beliau kepada Mingguan Malaysia.



Read More...

Monday, 29 April 2013

"Tangkaplah saya, heretlah saya ke mahkamah" - Dr Mahathir..

KUALA PILAH - "Tangkaplah saya, heretlah saya ke mahkamah. Saya tetap ulang lagi, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang sebagai rasis dan dia memang rasis".

Demikian respons bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh semalam bahawa pembangkang akan menangkap dan menghadapkannya ke mahkamah kerana mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Lim sebagai perkauman, jika berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.


Beliau berkata Karpal Singh membuat kenyataan itu kerana mahu menghalangnya daripada menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai sikap Lim yang didakwanya rasis.

"Terkejut saya, pucat muka saya (nada menyindir)...fasal Pengerusi DAP Karpal Singh mahu tangkap saya kerana saya mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.

"DAP hanya mahu bertanding di kawasan majoriti Cina kerana mereka hanya diterima pengundi di kawasan berkenaan dan tindakan DAP ini ternyata menunjukkan sikap rasis mereka," katanya semasa berucap pada satu majlis di Kampung Padang Jual, Johol, di sini hari ini.

Dr Mahathir mendakwa sekutu DAP iaitu Pas juga bersikap rasis kerana hanya mahu bertanding di kawasan majoriti kaum Melayu terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Katanya ini berbeza dengan Umno dan MCA yang tidak menunjukkan sikap perkauman kerana boleh bertanding di mana-mana kawasan di seluruh negara tanpa mengira majoriti kaum.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat bersikap hipokrit apabila menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya Jumaat lalu kerana mahu meraih undi di sana.

"Dulu Pas kata mereka nak lelong pusat pentadbiran persekutuan Putrajaya tapi sekarang tak mahu lelong pula dan mahu menawan Putrajaya dalam PRU ini...buat la pusat pentadbiran seperti Putrajaya di Kelantan," katanya. Turut hadir pada majlis itu isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan calon BN untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Johol Abu Samah Mahat.

- Bernama


Read More...

Hodohnya Kelakuan Wanita Umno.. Memalukan..

Dangdut Di Program Umno







Read More...

Video Panas - Lagi Penipuan SPR Didedahkan Anwar

42 undi pos tentera daftar di bawah kod bangsa luar negara



Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim hari ini menyoalkan 42 undi pos di bawah kategori tentera dan polis yang didaftarkan di bawah kod bangsa Pakistan,Bangladesh,Indonesia&Filipina.

Beliau juga mendedahkan dokumen SPR yang ditemui di luar lokasi rahsia di mana peti undi disimpan.

Anwar berkata bukti ini mempersoalkan kredibiliti SPR dan menyeru mereka mengemukakan jawapan dengan segera.



Read More...

36 Ribu Pengundi Diragui Di Selangor

SHAH ALAM: Pakatan Rakyat (PR) mendakwa satu langkah agresif sedang diambil untuk membawa pengundi ragu ke Selangor melalui pengangkutan udara secara besar-besaran menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hujung minggu ini.

Dalam satu sidang media, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Shamsuddin mendedahkan beberapa senarai penerbangan berstatus ‘charter flights’ Malaysia Airlines (MAS) yang akan berlepas daripada Kota Kinabalu bermula 2 Mei sehingga 4 Mei ini.

PR percaya rancangan penerbangan khas ini akan membawa lebih 36,000 pengundi yang statusnya diragui sebagai talian hayat terakhir Umno-BN untuk merampas Selangor dan kekal berkuasa di Putrajaya.

Pengundi-pengundi tersebut termasuk mereka yang yang lahir dan bermastautin di luar Selangor tetapi berdaftar sebagai pengundi Selangor dan pengundi yang bukan warganegara Malaysia.

“Kita juga percaya terdapat pihak tertentu yang mengawasi dan mengubah beberapa penerbangan khas itu daripada terus dikesan pihak kita.

“Sebagai contoh, pada 28 April, kita telah memantau di KLIA setelah menerima maklumat penerbangan tempahan khas MH 8601 akan mendarat pada pukul 6 pagi namun penantian sehingga jam 11.30 pagi tidak mendapati sebarang pendaratan.

“Pemberi maklumat dalaman kemudian memberitahu bahawa jadual penerbangan itu telah ditunda kepada tarikh lain iaitu pada 1 Mei nanti,” jelas Jaafar.

Dalam pada itu, beliau berkata pasukan risikan PR akan terus memantau lapangan terbang di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan Low Cost Carrier Terminal (LCCT) di Sepang, Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi serta Lapangan Terbang Subang di Subang.

Mereka kini juga sedang dalam pemerhatian untuk mengenal pasti tempat kediaman penumpang-penumpang penerbangan ini.

Selain itu, PR turut melahirkan kebimbangan dengan operasi membawa pulang anggota tentera Semenanjung daripada operasi keselamatan di Lahad Datu yang kini sudah memasuki hari ke-empat di KLIA.

“Ini jarang berlaku lebih-lebih lagi dalam jumlah yang besar dan kita bimbang jika operasi ini turut digunakan untuk mengangkut pengundi bukan warganegara untuk dijadikan pengundi kerana ini merupakan cara yang paling lancar dan mudah,” tambah Jaafar.

Sehubungan itu, PR meminta kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan tiada masa tambahan mengundi dibenarkan pada 5 Mei nanti.

SPR juga digesa untuk menggunakan daftar pemilih yang sudah diwartakan dan diberikan kepada parti-parti politik, bukan daftar yang lain.

Read More...

Musa Hassan penasihat 'projek alih kuasa aman Putrajaya'

MUSA Hassan (dua dari kiri) bersama Md. Hashim Hussein (dua dari kanan).

Tan Sri Musa Hassan bersetuju untuk membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim memastikan proses peralihan kuasa secara aman dilakukan semasa Umno BN di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak tewas PRU13.


Pengumuman bekas Ketua Polis Negara (KPN) itu diumumkan dalam satu sidang media bersama-sama Pengerusi Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat (MPKPR), Jeneral (B) Tan Sri Md. Hashim Hussein hari ini.

Musa berkata beliau bersetuju untuk menjadi penasihat bagi majlis itu bukan atas kepentingan politik, tetapi demi menyelamatkan masa depan negara.

"InsyaAllah saya kan bantu tapi sekali lagi nak saya sebut bahawa saya tidak terlibat politik. Siapa nak nasihat saya, saya akan bagi untuk kebaikan negara dan rakyat.

"Saya akan berikan nasihat terbaik untuk menentukan tidak ada sesuatu masalah keselamatan akan berlaku daripada kedua-dua belah pihak," katanya.

Ditanya skop nasihat yang akan diberikan, beliau berkata ianya lebih kepada bagaimana untuk berkerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa.

Beliau yang juga Patron, Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch) berkata, beliau sangat prihatin terhadap isu keselamatan negara dan melahirkan harapan agar proses kuasa berlaku secara aman.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa dengan beberapa insiden keganasan yang berlaku sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13 kali ini.

Ianya termasuk isu letupan dalam satu ceramah di Nibong Tebal serata beberapa siri perbuatan khianat ke atas markas pilihan raya kedua-dua belah pihak.

"Saya prihatin isu ini kerana kita nak pilih sebuah kerajaan dan pemimpin bukan nak bergaduh. Saya berharap penyokong tidak akan mengganggu gugat mana-mana parti yang mahu berkempen.

"Saya juga ingin menasihatkan polis agar adil dalam siasatan terhadap kedua-dua pihak, jangan ambil bahagian dalam mana-mana politikal parti," katanya.

Dalam pada itu beliau turut menasihatkan agar parti-parti yang bertanding memaklumkan kepada pihak polis untuk sebarang ceramah yang diadakan.

"Dengan ancaman letupan ini saya rasa polis perlu lebih memantau. Mungkin selepas dimaklumkan akan dibuat ceramah, polis akan menghantar anggota lebih awal untuk memastikan kawasan itu selamat untuk digunakan," katanya.



Read More...

Bimbang Dipanah Petir, Artis Bodoh Ni Dakwa Akaun FB Digodam




Read More...

Pakatan Rakyat Dari Pandangan Seorang Penjawat Awam Putrajaya..

Catatan seorang penjawat awam mengenai program Pakatan Rakyat d Putrajaya

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas peluang dan kesempatan yang diberi kepada saya sekeluarga menghadiri sesi ceramah politik oleh Pakatan Rakyat amnya dan PAS khasnya yang berlangsung di Presint 3, Putrajaya.

Terima kasih kepada pihak JPA yang membenarkan penjawat awam untuk hadir ke acara demikian bagi memberi peluang kepada kami membuat penilaian sebelum memangkah pada Pilihanraya ke-13, 5 Mei 2013 nanti.


Berikut merupakan sebahagian kesimpulan yang dapat saya rumuskan sebagai seorang rakyat marhaen yang pertama kali hadir ke sesi penerangan oleh parti bukan kerajaan yang belum memerintah.

1. Sikap kesemua anak-anak muda yang saya temui amat menginsafkan saya. Waktu kami baru sampai sebaik meletakkan kereta di bahu jalan, tiba sekumpulan konvoi bermotor yang memegang bendera PAS dan PKR dalam keadaan yang aman. Mereka sama2 meletakkan motorsikal dalam keadaan tersusun dalam suasana yang sungguh tertib, tiada hiruk pikuk atau jerit pekik sebelum mereka mengambil gambar bersama bendera parti masing2. Saya, suami dan anak2 terkedu...

Cara berpakaian dan adab anak2 muda dan orang ramai yang hadir juga amat menyejukkan mata dan hati yang memandang. Semuanya dalam keadaan tenang dan mengukir senyuman.

Terdapat sekumpulan anak2 muda yang bertugas sebagai sukarelawan yang memakai vest Unit Amal yang tugasnya mengutip sampah sarap yang tertinggal di kawasan ceramah. Saya masih ingat, sebelum sempat pengacara mengingatkan supaya hadirin tidak meninggalkan sebarang sampah di kawasan ceramah semasa sesi berakhir, beberapa orang hadirin sudah mula mengingatkan ahli keluarga supaya mengutip sampah dan bersihkan tempat duduk sebelum beredar.

2. Tiada sebarang kata-kata kesat, caci maki atau fitnah yang dikeluarkan sepanjang majlis oleh kesemua penceramah. Ini sangat jauh berbeza dengan apa yang sering dipaparkan di tv arus perdana yang sering mengatakan pihak mereka ini suka menyebarkan fitnah dan menakut-nakutkan orang ramai. Semua kenyataan yang diberikan contohnya mengenai hutang adalah berdasarkan fakta. Mereka lebih banyak menyatakan tawaran dan perubahan yang akan ditawarkan kepada rakyat dan penjawat awam khasnya jika diizinkan Allah untuk memerintah. Antara yang saya ingat selain dari pembinaan maahad tahfiz sains dan bonus empat bulan (penjawat awam):

i. Rumah kuaters yang diduduki akan ditawarkan secara sewa beli dan boleh menjadi hak milik penjawat awam.

ii. Pinjaman kenderaan dan perumahan sebanyak 4% akan dihapuskan sebagai mana yang dibuat di negeri Kelantan.

iii. Lebih banyak program keagamaan dan berbentuk kekeluargaan berlandaskan syarak akan diadakan di Putrajaya.

3. Ramai hadirin yang hadir bersama keluarga dan membawa sekali anak2 yang masih kecil dan berpiknik di sana. Menurut laporan, kehadiran dianggarkan seramai 20,000 orang bukan sahaja dari Putrajaya, malahan kawasan sekitarnya. Suasana pada malam itu meleset daripada apa yang saya jangkakan. Pada anggapan saya, sudah tentu akan berpeluh dan panas kerana orang yang ramai. Tetapi alhamdulillah kuasa Allah suasana terasa nyaman dan mendamaikan walaupun dalam suasana berpuluh ribu manusia. Ada hujan rintik2 sekejap tapi tidak ada seorang pun yang berganjak bila hujan turun.

4. Sebelum majlis dimulakan, lagu qasidah dipasang untuk diperdengarkan. Sebelum dan sesudah majlis diiringi dengan doa dan menyerahkan segalanya kepada Allah.

5. Alhamdulillah anak2 tidak banyak meragam dan masing2 tidur sendiri bila mengantuk. Keberkatan dan aura dalam majlis bersama ulama menjadikan suasana di situ tidak dapat saya gambarkan dengan kata2.

6. Sejak kecil lagi saya mengimpikan suasana dan kehidupan sebegini yang menjadikan ulama sebagai ikutan dan Al-Quran dan hadith sebagai panduan tidak kira parti mana yang memerintah. Semoga Allah perkenankan impian hamba yang lemah lagi hina ini... - mae


Read More...

Umno Beufort Lumpuh. 2000 Murut Sertai Pakatan

KUALA LUMPUR: Gelombang kebangkitan rakyat Sabah semakin ketara berikutan kira-kira 2,000 orang masyarakat Murut di negeri itu menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat apabila menyertai PKR ketika kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Beaufort, kelmarin.

KeadilanDaily melaporkan, di sebalik itu, Umno Beaufort terus lumpuh berikutan 16 ahli jawatankuasa bahagian, Pemuda (32 orang) dan Wanita (59 orang) menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR.

Selain Umno, parti komponen BN, MCA juga menerima nasib yang sama apabila 23 pemimpin dan ahli mereka meninggalkan parti berkenaan.

Mereka menyerahkan borang keahlian itu kepada Anwar dan calon PKR di Parlimen P.177 Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin pada program di pekarangan rumahnya yang dihadiri ribuan rakyat.




Read More...

Putrajaya Dalam Bahaya

PUTRAJAYA: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menyerang calon PAS Datuk Husam Musa bertubi-tubi di ceramahnya semalam memberi petunjuk bahawa Putrajaya dalam bahaya buat BN.

“Saya datang sebab saya tak mahu Putrajaya jatuh kepada orang yang tak sepatutnya, tentukan Husam dikalahkan dengan teruk sekali,” kata Dr Mahathir ketika berceramah di Presint 9, Putrajaya kelmarin bertajuk Pertahankan Putrajaya.

Dalam ucapannya juga semalam, Mahathir dengan angkuhnya merendah-rendahkan Husam dengan berkata;

“Balik betulkan Kelantan dahulu. Kalau dah berjaya baru mohon izin untuk bekerja di Putrajaya. Kalau dia nak jual goreng pisang pun saya benar. Itu latihan terbaik untuk jadi PM, bagi kuali,minyak kelapa dah pandai baru bercita-cita jadi PM.

“Sebelum daripada itu duduk diam-diamlah di Kelantan, itu tempat tinggal kamu. Tiru presint-presint di Putrajaya ini. Buat pejabat-penjabat dan rumah yang baik di Kelantan, Selepas itu baru minta kerja di Putrajaya,” kata Mahathir.

Mahathir terlupa, jikalau bukan kerajaan pusat menyekat duit royalti pada Kelantan, sudah pasti Kelantan hari ini jauh terkehadapan berbanding mana-mana negeri BN.

Persoalan yang terpenting yang perlu dibaca daripada cacian Mahathir ialah; jika Putrajaya kubu kuat Umno BN, mengapa ada terlintas di fikiran Mahathir bahawa Putrajaya akan jatuh kepada “orang yang tak sepatutnya.”

Pertanding di P125-Putrajaya ini adalah antara Husam dan calon BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Kedua-duanya bukan berasal daripada Putrajaya. Tengku Adnan berasal daripada Melaka.

Kedua-duanya bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Jadi apa kriteria “orang yang tak sepatutnya” bagi Mahathir.

“Bagi Mahathir, Putrajaya adalah jantungnya. Bayangkan di umur 87, beliau terpaksa menerima hakikat bahawa jantungnya akan jatuh ke tangan PAS enam hari lagi. Pastilah gelabah,” kata satu sumber Umno kepada Harakahdaily.

“Saya di program Mahathir. Kemudian saya mengikuti ceramah Husam selepas balik ke rumah di ustream. Nampaknya Mahathir tersilap langkah lagi. Husam menjual idea, gambaran masa depan yang lebih baik, Mahathir masih menjual nilai kebencian dan mencaci pada Husam. Orang muda dah tak suka benda itu,” kata sumber Umno itu lagi.

Tapi, bagi beliau, taktik Mahathir dan BN memang sudah dijangka.

“Selain mencaci dan lucah, apa lagi yang BN mampu main? Manifesto hancur. Janji Ditepati hancur. BR1M sudah tak berkesan. Yang tinggal hanya populariti Najib, itupun sudah dipintas Anwar. 6 hari terakhir ini, BN bakal 'mengganas' seperti orang yang hampir lemas, PR kena bersedia,” nasihat beliau.

Selepas Mahathir, kata sumber Umno itu, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak akan turun padang menyelamatkan Putrajaya. Husam, katanya, harus berdepan dengan serangan Najib pula.

“Saya dengar mereka sedang merancang satu drama untuk mendapatkan undi simpati pada Najib pada saat-saat akhir kempen. PR kena bersedia dengan segala kemungkinan,” nasihat beliau lagi, sambil menasihatkan Harakahdaily untuk membaca semula insiden yang melanda bekas Presiden Taiwan Chen Shui Bian di 2004 sehari sebelum pilihanraya.



Read More...

Abdullah Saamah Diserang Stroke.. Mulut Berbuih..

Abdullah Saamah pengasas Pondok Geting Tumpat, dikhabarkan kini diserangi penyakit strok sehingga mulutnya menjadi kaku.

Beberapa bulan yang lalu, Abdullah pernah mengeluarkan fatwa sendiri "Haram Undi PAS" dengan alasan yang dangkal dan emosional. "Fatwa"nya itu telah digembar-gemburkan oleh akhbar Utusan Malaysia dan dipromosikan pula oleh parti UMNO yang kini sedang nazak melalui billboard-billboard sepanjang tempoh kempen PRU13 ini.


Pihak polis telah mengeluarkan arahan supaya semua pihak jangan mengeluarkan fatwa yang boleh mengelirukan orang ramai dan menyebabkan perbalahan antara masyarakat semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini. (sila rujuk berita dibawah).

Berikut ialah maklumat dari laman sosial fb:

Harap sahabat berdoa kepada Tuan Guru Abdullah Saamah pondok geting, kerana dia telah mengalami strok dan mulutnya menjadi kaku tidak boleh bercakap.

Segala tomahan beliau kepada individu yg bergelar ulamak serta memperjuangkan agama jangan kita pandang remah kerana Allah MAHA berkuasa! Harap beliau Tok Guru ABDULLAH Saamah sedar apa yang beliau telah lakukan dan tomahkan!

Sumber daripada cucu tok guru Pondok Berangan Tumpat.

Sumber


Read More...

Sunday, 28 April 2013

Kelakar Sungguh Bila Najib Gelabah.. Kahkahkah

Najib tak setuju keputusan tinjauan Umcedel

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak bersetuju dengan tinjauan oleh satu jabatan dalam Universiti Malaya yang menyebut beliau berada empat mata di belakang ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya tidak bersetuju dengan tinjauan itu, kami ada tinjauan sendiri. Tinjauan saya menunjukkan kami mendahului,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyertai satu jamuan bersama 1,000 penduduk di Rawang, Selangor.


Beliau merujuk kepada tinjauan pusat demokrasi dan pilihan raya Universiti Malaya (Umcedel) yang menyebut 43 peratus responden percaya Anwar layak menjadi perdana menteri, berbanding 39 peratus lagi yang berpendapat Najib lebih layak menjadi PM.

Beberapa orang tokoh akademik juga mempersoalkan keputusan tinjauan berkenaan dengan dakwaan bahawa saiz sampel 1,407 adalah terlalu kecil dan juga kemungkinan keputusan tinjauan itu dimanipulasi Pakatan Rakyat.

Najib pula berkata beliau yakin BN akan menang dengan majoriti dua pertiga di parlimen sekiranya parti itu tidak mengalami sabotaj dalaman.



Read More...

Takut kalah punca Najib roboh papan iklan kes Altantuya

SARAWAK 28 APRIL: Perbuatan menurunkan papan iklan yang menyentuh kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu di Kuching, baru-baru ini menunjukkan BN bimbang ia mengingatkan rakyat kepada kejadian yang cuba disorok itu.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari, berkata kes yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak itu sangat dekat dengan rakyat termasuk di Sarawak.


“Isu itu dekat dengan rakyat Sarawak. Jadi, BN arah Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) untuk turunkan papan tanda itu supaya tidak jadi bahan kempen.

“Apatah lagi, kes berkenaan tidak pernah diselesaikan secara menyeluruh, malah mengaitkan Najib Razak yang hingga kini mengelak menjawab,” katanya.

Bercakap kepada Keadilan Daily, beliau percaya perbuatan menurunkan papan tanda yang dipasang DAP sempena kedatangan Najib 27 April lalu, gagal menyorok kes itu dari pengetahuan rakyat.

Kes itu kekal misteri berikutan motif sebenar pembunuhan Altantuya belum terjawab. Anehnya, Mahkamah Tinggi Shah Alam 7 Mac 2012 menyatakan ia tidak penting bagi kes pembunuhan itu.

Dalam pada itu, Ahmad Nazib turut mempersoal tindakan kerajaan Sarawak yang seolah-menyekat kebebasan pembangkang untuk berkempen secara adil.

“Saya juga memasang papan tanda di bulatan Abang Kapali di Petra Jaya mengenai masalah kesesakan jalan raya,” kata calon KEADILAN bagi Parlimen Petra Jaya itu.

Sebaliknya, beliau berkata, polis memberi kata dua sama ada menukar gambar pada papan tanda atau berdepan risiko diroboh, kononnya menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya.

- keadilandaily



Read More...

Umno Kempen Guna CD Lucah Mustafa Ali..




Mereka rasa bangga sangat kerberkempen dengan cara begitu.. Semoga Allah segera memusnahkan puak2 bodoh ini...

Read More...

Husam jawab Hisham: Tak perlu serang saya, tangkap penjenayah

PUTRAJAYA - Datuk Husam Musa menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menghentikan 'serangan' yang tidak berasas terhadapnya berhubung isu kematian Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim kelmarin.

Sebaliknya Naib Presiden Pas itu mendesak kerajaan supaya memberi fokus untuk menangkap segera penjenayah yang masih bebas sebelum hari pengundian 5 Mei.


"Itu bukan isunya. Isunya adalah sudah tiga hari jenayah ini berlaku, kita tak dapat tangkap penjenayah terbabit juga.

"Jadi saya cadangkan kepada beliau fokus kepada penjenayah tersebut, jangan jadikan ini satu isu, nanti penjenayah itu pula bergelak ketawa," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Mini Karnival Kanak-kanak, di sini, hari ini.

Semalam, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno membidas Husam kerana mendakwa pembunuhan Shaharuddin adalah disebabkan kerajaan korup.

Hishammuddin berkata, kenyataan calon Pas bagi kawasan Parlimen Putrajaya itu adalah biadap dan sama seperti kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua berhubung kejadian pencerobohan Lahad Datu bulan lalu.

Tian Chua sedang berhadapan dengan kes mahkamah.

Hishammuddin berkata, Husam patut berhati-hati kerana kata-katanya boleh menyinggung perasaan penjawat awam di seluruh negara.

"Beliau tidak bertanggungjawab kerana mengaitkan kematian pegawai kastam tersebut dengan rasuah," katanya.

Mengulas lanjut, Husam yang juga calon kerusi Parlimen Putrajaya mendakwa Hishammuddin cuba menyembunyikan masalah keselamatan dengan membangkitkan isu tersebut.

"Datuk Hishammuddin cuba nak sembunyikan hal ehwal keselamatan, kawalan keselamatan negara dengan membuat serangan terhadap saya tidak fasal-fasal," katanya lagi.



Read More...

Khianat - Billboard Besar PAS Di Bakar Di Perak

 
keadaan pagi tadi

Lokasi: sebelah Arena Square Batu Gajah. Laluan ke rumah Kak Midah


Malas nak cakap banyak, memang dah jangka perkara ini akan berlaku. Malas nak tuduh sapa-sapa tapi rakyat tahu siapa punya angkara.

Kesian kat semua pihak khususnya geng2 ara payong yang berusaha bertungkus lumus menaikkan billboard ni. Guna duit mereka sendiri.

Billboard ini dibakar seolah-olah membakar hati dan perasaan mereka dan makin bersemangat nak tumbangkan Kak Midah.

 
Masa baru dipasang


ni pula di berdekatan Surau Kg Tersusun, dekat dengan jalan masuk ke rumah Kak Midah. tidak jauh dari jarak Bilik Gerakan BN

- Sumber



Read More...

BERITA PANAS - 60 Cawangan Umno di Selangor Akan Dibubar

Maklumat belum sah. Umno Selangor terus menghadapi masalah dan jalan untuk merampas Selangor jadi semakin sukar sekiranya berita ini benar. Katanya terdapat 60 cawangan di seluruh Selangor bersiap sedia untuk dibubarkan dan ahlinya akan menyertai Pakatan Rakyat.

Tindakan itu dibuat kerana cawangan Umno berkenaan tidak suka dengan Mohd Zain Abdullah, calon UBN Sepang. Tidak dijelaskan kenapa Mohd Zain menjadi punca kemarahan?


Perkara ini diceritakan oleh seorang wartawan akhbar arus perdana 'khulub' kepada saya semasa ditemui di lokasi ceramah Merampas Putrajaya di Presint 19 malam tadi.

Menurut wartawan itu ada orang tertentu menghubunginya untuk membuat pendedahan perkara itu di media arus perdana kelmarin tetapi ia tidak dapat dilakukan kerana ada sedikit masalah. "Media arus perdana tidak mungkin akan menyiarkannya," ujarnya.

Beliau tidak menyebut siapakah yang menjadi dalang di sebalik protes besar-besaran itu. Apakah kesediaan 60 buah cawanagn itu ekoran penyertaan Muhammad Mohd Taib ke dalam PAS? Muhammad antara pemimpin Umno Selangor yang berpengaruh.

Tambah wartawan itu sekiranya media arus perdana enggan menyiarkan kemungkina berita pembuburan 60 cawangan itu Umno itu akan dibuat menerusi blog atau Facebook. - mso[wm.kl. 8:53 am 28/04/13]


Read More...

Azhar Rela Dipanah Petir.. Jom Bantu Aminkan Doa Artis Bodoh Ni..










Read More...

Mahathir Terus Melatah Dipenghujung Hayat Umno..

PUTRAJAYA, 28 April — Tun Dr Mahathir Mohamad mengejek PAS dan calon Putrajaya Datuk Husam Musa malam tadi semasa menyampaikan ucapannya sebagai usaha Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan pusat pentadbiran negara itu.

Dalam perhimpunan yang digelar ‘Pertahankan Putrajaya’, bekas perdana menteri itu mendakwa, parti Islam yang diketuai oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah gagal mentadbir negeri Kelantan dan tidak seharusnya dipercayai untuk memerintah Malaysia selepas pilihan raya 5 Mei.


“Apakah sumbangan Husam, Nik Aziz, PAS terhadap Putrajaya? ... Cubalah perintah Kelantan elok-elok dulu, baru boleh fikir nak tadbir negara ni,” kata Dr Mahathir kepada ratusan hadirin yang terdiri daripada ahli parti dan jentera di Presint 9 di sini.

Perdana menteri paling lama berkhidmat di Malaysia itu disambut sebelum itu dengan sorakan kuat dan lagu “Inilah Barisan Kita”. Bersama-sama dengan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, kedua-duanya dilihat memakai baju seragam biru BN.

Dr Mahathir, dengan gaya biasanya malam tadi, menyelitkan unsur-unsur lucu dalam kata-katanya di bandar yang beliau terlibat untuk bangunkan dan berjaya membuat hadirin tertawa sepanjang masa.

Mengulas tentang cabaran Husam untuk berdebat dengannya, Dr Mahathir menyelar ahli politik lebih muda itu yang beliau dakwa lebih banyak membuat bising daripada mendebatkan hujah.

“Lagipun siapa dia Husam? Kalau banding dengan umur saya dia masih budak-budak. Pergilah debat dengan budak-budak sama umur, tak usahlah cabar orang,” katanya.

Bekas ahli Parlimen Kubang Pasu itu mendakwa Husam dihantar untuk bertanding di Putrajaya kerana PAS dan Pakatan Rakyat (PR) takut selepas mendengar khabar angin beliau akan bertanding di situ.

Husam, turut bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor sebelum ini mengatakan sebaliknya: khabar angin mengatakan Dr Mahathir dikhabarkan akan bertanding mewakili BN kerana populariti beliau yang tidak dijangka.

Kebanyakkan masa perhimpunan itu dihabiskan untuk menyerang kredibiliti Husam. Sebelum itu, sebuah video dimainkan menyenaraikan kegagalan Husam sebagai Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Buku juga telah disebarkan kepada pengundi Putrajaya beberapa hari lepas oleh sesetengah pihak, menuduh naib presiden PAS itu dan kroninya terlibat dengan rasuah dan rundingan diragui.

Semasa memperkenalkan Dr Mahathir malam tadi, penyandang kerusi Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyelar penyokong PAS kerana membawa budaya samseng ke bandar tersebut.

“Dia pun buat himpunan, tapi himpunan dia import orang,” kata Tengku Adnan merujuk kepada perhimpunan kempen pilihan raya di belakang Istana Keadilan di Presint 3 malam tadi yang menyaksikan ribuan penyokong PAS menyambut Nik Aziz.

Pengundi yang kebanyakkan pekerja kerajaan, keluarga mereka dan dari kawasan berhampiran memenuhi kawasan tempat letak kereta pada Jumaat, jumlah hadirin yang kebiasaanya di dilihat di karnivel dan acara oleh kerajaan.

Dr Mahathir akan meneruskan sokongannya untuk BN di Pasir Mas pagi ini, dimana beliau akan menyokong Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang akan melawan satu lawan satu dengan calon PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz.



Read More...

Saturday, 27 April 2013

Hanya Di Kedah - Anak Muda Kencing BN



Hanya di Kedah!!!lepas pasang bendera BN.. dapat duit upah... mai makan kat markas PAS .. duit boleh simpan.. Anak muda makin bijak.. Kalau dah cam ni gaya.. Agak2 5 Mei nanti siapa mereka akan undi?? hehehe... lu pikiaq la sendiri bro..!!


Read More...

Karam Singh Walia Hantar SMS Ugutan Seks Kepad Fauziah

Calon KEADILAN Kuantan, Fuziah Salleh hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan berbaur gangguan seksual yang diterimanya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) lewat pagi ini.

Tanpa mendedah kandungan SMS itu, Naib Presiden KEADILAN itu, berkata kandungannya mengugut untuk mencemar kredibilitinya selaku calon dan mengancam untuk menyebar perkara ‘buruk’ mengenainya.


Beliau mengesyaki ia dilakukan seorang wartawan sebuah stesen penyiaran kawalan Umno BN selepas membandingkan nombor telefon berkenaan dengan kad media yang ada dalam simpanannya.

“Setiap nombor media saya simpan. Nombor sama sejak tahun lalu selalu hantar SMS terutama melibatkan isu Lynas tapi saya tidak pernah ambil peduli.

fuzi“Kali ini, melampau. Saya sebagai calon wanita risau, ini agak menakutkan. Kalau SMS sekadar marah-marah dan tak suka, lainlah.

“Saya risau ada insiden yang tak diingini berlaku. Dalam keadaan sekarang, semua boleh berlaku. Jadi saya tampil buat laporan,” katanya.

Fuziah berkata, SMS itu diterimanya jam 3.32 pagi menggunakan nombor 019-3314898 yang kemudian didapatinya sama dengan kad media tertera nama Karam Singh Waliya tetapi beliau masih membuat semakan lanjut untuk pengesahan.

Keadilan Daily beberapa kali cuba menghubungi nombor berkenaan tetapi telefon bimbit itu ditutup.

Ketika dihubungi, Fuziah sedang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan itu jam 11.40 pagi tadi ditemani beberapa penyokong dan suami.

Beliau berkata, nombor sama juga sebelum ini sering menghantar SMS peringatan berbentuk amaran berkaitan isu Lynas tetapi tidak diendahkannya.


Read More...

Video Khas - Derita Rakyat Kubang Pasu




Read More...

Doa Wanita Umno Untuk Rosmah..


“Ya Allah, mereka berdua contoh teladan kami. Engkau Peliharakanlah mereka, kurniakan kesihatan untuk mereka agar dapat mereka meneruskan tugas sebagaimana ummu Mukminin, Isteri Nabi-Nabi dan As-Solafussoleh. Perkenankanlah Doa Kami Ya ALLAH.. AMIN.” – Daripada Pergerakan Wanita UMNO Malaysia

- Sumber


Read More...

Sebut la nama kalau berani..

KUALA LUMPUR:PAS meminta Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan bukti berhubung kenyataan kononnya tiga pemimpin pembangkang terlibat sebagai dalang di Lahad Datu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar), berkata Zahid perlu sebut siapa nama pemimpin terbabit, dan bukan hanya cakap kosong semata-mata.

"Siapa? Sebut nama dia. Kalau ada bukti, kena cakaplah.  Jangan main cakap saja, bagitau nama. Jangan cakap kosong," kata beliau pada satu sidng media, di Pusat Media PAS, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zahid yang mendakwa kononnya tiga pemimpin pembangkang sebagai dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Zahid dilaporkan berkata segala butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Zahid bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemimpin pembangkang tersebut.  

Read More...

Husam : Tiada Menteri Hadir Majlis Pengebumian Arwah TKP Kastam

PUTRAJAYA 27 APRIL : Datuk Husam Musa melahirkan rasa terkilannya apabila tiada wakil kerajaan mahupun menteri memberi penghormatan terakhir kepada Datuk Shaharudin Ibrahim semalam.

Shaharudin,58, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) maut ditembak mati di persimpangan lampu isyarat Lebuh Sentosa di sini.

Husam hadir menyempurnakan solat jenazah dan mengiringi jenazah hingga ke tanah perkuburan.


“Saya yakin beliau terbunuh kerana operasi-operasi tugas negara yang telah dilaksanakan beliau,” kata Husam dalam ceramah di Putrajaya semalam.

Mengambil kira lokasi kejadian yang berlaku di Putrajaya, Husam menggesa agar tangkapan segera dapat dilakukan bagi menunjukkan kesungguhan Kerajaan Umno-BN dalam usaha memerangi jenayah.

“Kalau betul pasukan keselamatan kita cekap, sepatutnya penjenayah itu boleh ditahan serta merta dalam hari yang sama.

“Seandainya menjelang hari mengundi nanti penjenayah masih tidak dapat ditahan, ia menunjukkan ketakutan rakyat Malaysia terhadap keselamatan mereka adalah satu perkara yang memerlukan pendekatan yang berbeza dalam menghadapi jenayah,” ujar calon PAS bagi Parlimen Putrajaya ini.

Selain itu, Husam melahirkan kebimbangan berkenaan kadar jenayah di Malaysia pada masa kini.

Menyifatkan negara kini dalam perjalanan menuju tahap negara Bolivia ekoran ancaman kadar jenayah yang semakin membimbangkan, termasuk ancaman pembunuhan, pengedaran dadah, rompakan dan lain-lain, ujar Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Lebih merunsingkan menurut Husam, tahap jenayah yang berlaku di Putrajaya iaitu sebuah kota yang dianggap paling selamat dengan aplikasi pembinaan ‘smart city’ itu adalah lebih tinggi daripada tahap nasional.

“Untuk Putrajaya yang mempunyai bilangan penduduk 75, 000 orang, kadarnya adalah bagi setiap 195 penduduk, berlaku satu jenayah berbanding kadar nasional iaitu satu jenayah bagi setiap 750 penduduk,” jelas Husam.



Read More...

Ku Nan Pening Dan Muntah-Muntah.. Najib Dan Muhyiddin Demam..




Read More...

Kesian Najib.. Terpaksa Jual Ubat..

SARATOK, Sarawak - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan slogan 'ubah" yang dilaungkan pembangkang tidak lebih daripada sekadar gimik bagi meraih perhatian, menasihatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengannya.
Perdana Menteri berkata di sebalik slogan yang kononnya mengandungi madu itu sebenarnya tersembunyi racun berbisa yang mana telah dirasai penduduk di empat buah negeri yang ditadbir pakatan pembangkang ketika ini.

Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang ditadbir pakatan pembangkang.

"Empat buah negeri yang ditadbir pembangkang, setengah daripada kita termakan dengan slogan ubah, tetapi hari ini keempat-empat negeri itu sarat dengan kekecewaan sebab kerajaan yang dipilih tidak dapat laksana apa yang dijanjikan.


"Jadi, saya ingin mengingatkan rakyat supaya jangan sesekali tertarik dengan ungkapan ubah sebab tidak ada apa-apa yang mereka lakukan sebelum ini selepas diberi amanah menjadi kerajaan di negeri berkenaan," katanya ketika berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di dataran Krian di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu dan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Saratok Tan Sri William Mawan Ikom, yang juga Menteri Pembangunan Sosial negeri.

Menjadikan kegagalan kerajaan pakatan pembangkang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor sebagai contoh, Perdana Menteri berkata kekecewaan ditanggung rakyat negeri itu perlu dijadikan iktibar penduduk, khususnya di Sarawak supaya tidak memberi peluang calon parti itu untuk dipilih menjadi pemimpin.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata berbanding BN yang mempunyai perancangan dan peta jalan yang jelas ke mana negeri dan negara hendak dibawa, PKR yang diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan ternyata gagal memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat yang sentiasa mahukan perubahan.

"Saya tahu di sini ada calon PKR, tetapi kita kena ingat PKR tidak boleh membela masa depan masyarakat di sini. Percayalah, kalau mereka sudah gagal di Selangor, sudah pasti mereka juga akan gagal di Sarawak," katanya.

** Kat orang Sarawak boleh lee kelentong.. Cer ko cuba kat Putrajaya.. Berguling-guling rakyat gelak.. Hehehe...



Read More...

Husam Iringi Jenazah Tim. Pengarah Kastam Hingga Ke Kubur

PUTRAJAYA: Calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa mengiringi jenazah bekas Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak pagi semalam sehingga ke tanah perkuburan.

Allahyarham Shaharuddin, 58, ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya, ketika kereta yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi semalam.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20.

Solat jenazah di Masjid Putrajaya dihadiri kira-kira 2,000 jemaah.

Husam dalam kenyataannya melahirkan sedih yang amat sangat dengan kejadian ini.

"Saya merasa sangat terkejut dengan peristiwa pembunuhan Datuk Shaharudin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kastam di Putrajaya pagi ini. Negara kehilangan seorang pegawai berdedikasi yang bertugas memerangi jenayah. Saya berharap warga kastam tidak patah semangat untuk terus melaksanakan tugas mereka.

"Saya berharap pihak berkuasa memandang berat insiden ini dan dapat mengesan pihak terlibat dengan segera," kata Husam dalam kenyataannya.

Bagi Husam, apa yang berlaku ini menunjukkan Putrajaya juga tidak selamat seperti yang diharapkan.

"Saya ragu-ragu sama ada sistem CCC (communication control n command) berfungsi atau tidak.

Read More...

Tiada Cukai Pendapatan Jika Pakatan Memerintah

PUTRAJAYA: Calon PAS bagi Parlimen Putrajaya Datuk Husam Musa memberi jaminan bahawa kakitangan awam bergred 41 ke bawah tidak pelu membayar cukai jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Katanya, ianya sesuai dengan tuntutan agama Islam yang mengajar bahawa cukai hanya dikutip dari golongan kaya sahaja.

"Apa yang kerajaan Pakatan Rakyat boleh buat, gred 41 ke bawah tak pelu bayar cukai jika Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Persekutuan.

"Dalam Islam cukai hanya untuk orang kaya sahaja," katanya ketika berceramah di hadapan puluhan ribu rakyat yang hadir di Presint 3 di sini malam tadi.

Turut hadir malam tadi Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta calon PKR Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Selain itu, Pakatan Rakyat juga kata Husam akan menurunkan cukai bandar di Putrajaya yang sekarang ini sangat membebankan masyarakat di sini.

"Di Putrajaya ini cukai bandarnya adalah paling tinggi di Malaysia. Orang-orang kaya datang mengadu minta turunkan, orang yang berpendapatan rendah pun minta diturunkan.

"Saya kata insya Allah kita akan turunkan cukai bandar di Putrajaya ini," kata beliau lagi.

Sementara itu beliau turut memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat juga akan menghapuskan caj 4 peratus pinjaman perumahan dan kenderaan bagi kakitangan awam.

Katanya perkara itu telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan sejak mengambil alih pentadbiran negeri itu pada tahun 1990.

"Kalau Pakatan Rakyat menang memerintah Malaysia, dasar Tok Guru Nik Aziz di Kelantan akan kita gunakan di seluruh negara.

"Caj 4 peratus pinjaman akan kita hapuskan, Di Kelantan kita dah buat, tak bankrap pun" ujarnya.

Seperkara lagi yang turut ditawarkan Husam adalah penurunan harga sewa kedai di Putrajaya.

Katanya, ramai di kalangan peniaga di Putrajaya merungut ekoran harga sewa kedai yang terlalu mahal.

"Kita boleh turunkan harga sewa kedai ini kerana bangunan disini dibina oleh Perbadanan Putrajaya dan Putrajaya Holding menggunakan wang negara wang Petronas.

"Kita hapuskan peranan orang tengah," katanya.
 

Read More...

Friday, 26 April 2013

Dr Asri Bidas Juanda Jangan Jadi Jalang Politik


Secara terbuka dengan rasa tanggung jawab terbit dari hati yang suci lagi ikhlas, Mantan Mufti Perlis, Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah bidas Mufti Perlis Dr Juanda Jaya atas kata-kata beliau tempoh hari yang dikatakan turut berkempen untu calon Barisan Nasional bersama-sama dengan TSMY di bandar Tun Razak tempoh hari betapa selama ini beliau mengundi BN dan akan terus melakukannya perkara yang serupa.


Kata Dr MAZA undi adalah rahsia maka tidak perlu diumumkan kepada orang ramai.

Sebagai pemegang jawatan tertinggi dalam Institusi Agama sesebuah negeri maka wajar dan sebaik-baiknya Dr Juanda Jaya tidak mengumukan pendirian dan sokongan politiknya.

Jawatan Mufti suatu jawatan mulia yang sepatutnya berada diatas politik bukannya sama-sama bergelumang dengan rentak rencah ahli-ahli politik.

Bila rakyat beragama Islam mengetahui akan pegangan politik kita secara terbuka, terimalah kenyataan pengikut yang tidak sealiran dengannya sudah pasti hilang rasa hormatnya dan akan pandang serong dan sinis.

Jangan gunakan kapisiti sebagai Mufti untuk kepentingan diri.. Jadi tidak menjadi kehairanan jika apa jua gelagat dan tingkah laku yang dilakukan oleh pemerintah BN, tidak berani ditegur kerana sokongan yang kita beri secara terbuka.

Pssttt...Calon BN di Bandar Tun Razak itu orang Islam ke atau dia lawan calon PR beragama Islam.


Read More...

Anwar Layak Jadi PM - Kangkung Belaan Umno Sanggah kajian Umcedel

KUALA LUMPUR - Kaji selidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim calon popular untuk menjadi perdana menteri, tidak menggambarkan aspirasi keseluruhan rakyat dan pengundi.

Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Profesor Dr Azmi Hassan menegaskan hasil kaji selidik itu tidak mewakili aspirasi 28 juta rakyat negara ini serta 13.2 juta pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.

"Kalau berdasarkan jumlah pengundi yang layak mengundi pada PRU13 ini, kaji selidik itu terlalu kecil kerana responden hanya 0.010 peratus daripada jumlah pengundi," katanya ketika dihubungi Bernama.


Kaji selidik itu yang dilaporkan beberapa portal berita, hanya melibatkan 1,407 responden sahaja berbanding lebih 13 juta pengundi.

Kaji selidik itu tidak menyatakan kaedah kaji selidik, profil responden serta lokasi kaji selidik. Sambil menegaskan hasil kaji selidik itu tidak logik dan rakyat tidak harus mempercayainya, Dr Azmi menarik perhatian pergolakan dalam pembangkang sendiri jelas mencerminkan ia tidak layak menjadi pemerintah.

Sentimen Dr Azmi turut dikongsi Penyandang Kursi Pengajian Tun Abdul Ghafar Baba, Universiti Pendidikan Sultan Idris Prof Datuk Dr Zainal Kling yang berkata kaji selidik itu tidak sekali-kali melambangkan pandangan keseluruhan rakyat mahupun bayangan pola pengundian kelak.

"Ianya boleh dipersoalkan termasuk dari segi kaedah, individu yang terlibat di dalam kaji selidik itu dan tidak mustahil pembangkang ada meletakkan orang mereka di dalam institusi yang membuat kajian tersebut," katanya kepada Bernama.

Beliau juga berkata tidak mustahil ini antara taktik pembangkang untuk mengalih perhatian umum daripada kemelut yang dihadapi mereka ketika ini seperti percanggahan pendirian berhubung pelaksanaan hukum hudud, klip video seks melibatkan individu yang mirip pemimpin pembangkang serta masalah calon bertindih dalam PRU13.

"Macam-macam mereka buat. Inilah antara perang psikologi mereka kerana moral mereka telah jatuh ketika ini," katanya.
Zainal tidak menolak kemungkinan akan ada lagi cubaan licik mereka untuk meraih simpati pengundi dan berkata pastinya BN perlu bersiap sedia untuk 'melawan' perang psikologi tersebut.

Hasil kaji selidik itu turut dipertikai penganalisis politik Prof Madya Datuk Dr Zainal Abidin Borhan yang menegaskan ia tidak memberikan gambaran tepat mengenai keadaan semasa.

"Setiap penyelidikan ada kaedah dan kita nak tahu kaedah bagaimana yang digunakan sama ada temu bual melalui telefon, e-mel atau bersemuka. Kita juga nak tahu adakah jumlah yang terlibat hanya daripada Universiti Malaya ataupun termasuk orang luar," soalnya.

"Biarlah 5 Mei ini menjadi penentu," katanya.

- Bernama


Read More...

Tajuddin Pecat Pengurus Felcra Kerana Enggan Bayar Artis

Tajuddin memecat pengurus FELCRA Seberang Perak!

Berita baru diterima Tajuddin Abdul Rahman (gambar) selaku pengerusi FELCRA telah memecat tugas Pengurus FELCRA Seberang Perak (bertempat di Parlimen Pasir Salak) kerana keengganan beliau menggunakan dana FELCRA untuk membiayai perbelanjaan konsert Ella, Amy Search dan kumpulan MAY yang telah dilangsungkan pada 20 April yang yang lalu.

Menurut sumber lagi, bayaran untuk artis Ella adalah sebanyak 30 ribu manakala untuk Amy Search dan May sebanyak 40 ribu.


Penolakan tersebut juga berpunca kerana sebelum itu wang FELCRA turut digunakan untuk membiayai majlis bacaan tahlil UMNO.

Walau bagaimanapun pengurus besar FELCRA yang telah dipecat tidak dapat berpindah buat masa ini kerana beliau telah dilantik oleh SPR untuk memegang jawatan Pengurus Besar Pilihanraya yang akan dilangsungkan pada 5 Mei ini.


Read More...

Najib Serlahkan Kebodohan Didepan Rakyat Bagan Serai

Ketika berada di Bagan Serai, Najib telah dilaporkan menyerlahkan kebodohannya dalam bidang ekonomi, sila baca laporan di bawah..

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jika dibuat perbandingan antara janji pembangkang yang mahu kurangkan harga minyak dan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) - bantuan yang diberikan kerajaan itu lebih baik dan menguntungkan rakyat.



"Kita kurangkan (harga) minyak siapa untung? Orang kaya yang untung. Orang kaya yang bawa kereta besar pun untung. Pekerja asing pun untung.

"Bila kita bagi BR1M siapa untung? Rakyat yang untung. Sekarang ini kita dapat lima keping. Ada yang ketaq lutut orang Kedah kata.

"Bila dapat BR1M bukan sahaja rakyat untung tapi pekedai untung, peniaga pasar tani, pasar minggu pun untung.

"Ekonomi semakin berkembang," katanya yang disambut sorakan oleh kira-kira 1,000 hadirin.


Najib yang juga pengerusi tiba di perkarangan Dataran Umno, Gerbang Malam, Bagan Serai dari Kuala Kangsar, Perak bagi menghadiri program Himpunan Rakyat 1Malaysia ~ Malaysiakini


Apa yang bodohnya Presiden UMNO itu dalam hal ini ialah beliau gagal memahami kesan disebalik menurunkan harga minyak itu..

Yang mana antaranya ialah..

1. Rakyat dapat guna minyak murah, oleh itu beban hidup rakyat akan dapat dikurangkan.

2. Penurunan kos pengangkutan dan logistik akan menyebabkan harga barangan juga akan turun.

3. Kos penjaanan tenaga elektrik juga akan menurun kerana kebanyakan penjana elektrik atau power plant di Malaysia adalah menggunakan diesel, kesan dari penurunan kos itu akan membolehkan rakyat menikmati bil elektrik yang lebih murah.

4. Penurunan kos dalam bidang pembuatan membolehkan harga barangan dikeluarkan dan dijual lebih murah, barangan yang lebih murah akan menyebabkan permintaannya bertambah dan secara tidak langsung keuntungan meningkat.. oleh itu peluang pekerjaan yang baru terpaksa diwujudkan untuk menampung pengeluaran yang meningkat itu.

5. Pertambahan peluang pekerjaan akan mengurangkan pengangguran dan kurangnya pengangguran secara automatik akan menurunkan kadar jenayah yang disebabkan oleh tekanan ekonomi..

6. Yang paling penting.. Kos operasi pengeluaran dalam negara yang rendah akan meningkatkan pelaburan asing.. oleh itu ekonomi negara pasti meningkat..

Siapa yang bersetuju dengan pendapat aku di atas.. UNDILAH PR!!

Maka tidak hairanlah kerana Najib jadi Menteri Kewangan.. hutang negara mencanak meningkat..



Orang kata.. Kalau Najib itu bodoh.. yang menyokong dia sudah tentu lebih bodoh..

Oleh itu jangan kita biarkan orang bodoh terus memerintah negara.. TOLAK SIAPA SAJA CALON DARI BARISAN NASIONAL!!



Read More...

Takbir Bergema Sambut Tok Guru Nik Aziz Di Masjid Putrajaya


(TG Nik Aziz solat Jumaat di Masjid Besi hari ini)

PUTRAJAYA: Masjid Tuanku Mizan atau lebih dikenali Masjid Besi Putraja bergema dengan teriakan takbir 'Allahuakbar' apabila jamaah solat Jumaat masjid itu merlihat Tuan Guru Datuk Nik Aziz di sana.

Kehadiran Tg Nik Aziz, Mursyidul Am PAS itu disedari apabila beliau keluar dari masjid selepas selesai solat Jumaat.


TG Nik Aziz yang menunaikan solat di situ hari ini selepas tiba pagi tadi untuk menyertai kempen menuju Putrajaya sepanjang hari ini.

Sepanjang berada di Ibu Negara, Menteri Besar Kelantan itu mempunyai jadual yang padat hari ini.

Petang ini, beliau dijangka ke Lembah Pantai bagi memberikan sokongan moral kepada Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar.

Malam ini pula beliau akan berceramah membantu calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa di Presint 3 iaitu di belakang komplek Mahkamah Persekutuan.

Dalam pilihan raya kali ini, TG Nik Aziz mempertahankan kerusinya di Chempaka, Pengkalan Chepa.



Read More...

Putrajaya Sudah Goyang, BN Mula Gelabah

KUALA LUMPUR: Sumber Umno memberitahu Harakahdaily pertandingan yang paling dirisaukan para pemimpin tertinggi Umno-BN kali ini ialah Putrajaya dan Gelang Patah.

Persaingan kerusi di Putrajaya, katanya, semakin memihak kepada calon PAS iaitu Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS.


“Umno-BN gelabah sehingga mengenakan pelbagai tekanan pada penjawat awam di sana untuk menghindarkan mereka menghadiri ceramah Husam. Tapi semakin ditekan, semakin ramai penjawat awam yang setiap hari bertanya mengenai sambutan ceramah Husam.

"Ramai tak? Berapa ramai? Itulah soalan yang ditanya tiap-tiap malam oleh penjawat awam yang tidak berani hadir ceramah Husam kerana takut dikenakan tindakan oleh ketua jabatan,” kata sumber Umno itu.

Semalam, Husam melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan satu maklumat yang diterimanya berhubung ada AJK di sebuah surau di Putrajaya dipecat berkuatkuasa serta merta hanya kerana membenarkan beliau mengadakan majlis suai kenal di surau tersebut.

(Orang ramai yang memenuhi ceramah Husam di Putrajaya)

"Saya mohon pada semua sahabat-sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, penduduk-penduduk Putrajaya dan seluruh rakyat negara Malaysia yang beragama Islam berdoa mohon kepada Allah supaya budaya politik sempit begini ditamatkan pada 5 Mei ini," katanya.

Beliau berkata situasi itu menyebabkan mood perubahan warga Putrajaya semakin meningkat.

Menjawab persoalan Harakahdaily mengapa Umno harus gelabah di Putrajaya sedangkan itu kubu kuat mereka, sumber Umno itu menyatakan kerana mood di ceramah Husam sungguh memberi inspirasi ke arah perubahan.

“Sesiapa saja hadir akan terpukau dan akan tergerak hatinya untuk mengundi PAS dan Pakatan Rakyat kali ini,” katanya lagi.
Sumber Umno itu turut menyatakan bahawa pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir bakal bertandang ke Putrajaya tidak lama lagi untuk menyelamatkan calon mereka Setiausaha Agong Umno Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Muhyiddin dah turun ke Putrajaya dan terus serang Husam. Selepas ini Najib dan Mahathir akan datang menyerang Husam, itulah indikator Putrajaya dah goyang,” katanya.

Hasil kajian yang dikeluarkan Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) yang menyatakan populariti Najib lebih rendah berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siapa lebih layak menjadi Perdana Menteri telah memberikan keyakinan untuk penjawat awam untuk membuat keputusan.

(Lim Kit Siang di Gelang Patah)

“UMCEDEL dah bagi bayangan Umno-BN akan tumbang. Kalau ada kakitangan kerajaan di Putrajaya yang sebelum ini takut undi Husam, ketakutan itu semakin berkurangan.

"Mereka dah berbisik sesama sendiri - nak takut apa, saya undi untuk kerajaan, tapi kerajaan yang baru. Mereka undi menyokong kerajaan baru, jadi apa nak takut?” katanya dengan berseloroh.

Sumber Umno itu turut memuji kenyataan bersama Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memberi jaminan kepada para kakitangan awam yang dianiaya akibat politik kotor dan peras ugut ini akan dibela oleh Pasukan Guaman PAS dan Pakatan Rakyat, terutamanya mereka yang berada di Putrajaya.

“Pengumuman itu sangat ditunggu-tunggu oleh seluruh warga Putrajaya,” kata beliau, yang yakin ada YB Putrajaya yang baru selepas 5 Mei ini



Read More...

Tok Pa Dah Tak Sabar Nak Jadi MB Kelantan..

BN Kelantan tidak mustahil menang 30 kerusi Dun

PASIR PUTEH - Barisan Nasional (BN) Kelantan tidak mustahil membuat kejutan lebih besar kemungkinan memenangi 30 kerusi dewan undangan negeri (Dun) pada pilihan raya umum 5 Mei ini, kata Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata ia di luar sasaran awal sebanyak 23 daripada 45 kerusi Dun yang akan dimenangi memandangkan sambutan positif rakyat sejak hari penamaan calon Sabtu lepas, yang di luar dugaan sama sekali.


"Perubahan itu amat ketara terutama di Pasir Puteh apabila ramai anggota Pas dan PKR menyertai Umno sama ada secara senyap atau terbuka," katanya kepada pemberita selepas berucap pada perjumpaan khas dengan lebih 1,000 anggota jentera Umno Parlimen Pasir Puteh di Cherang Ruku di sini malam tadi.

Turut hadir calon BN Parlimen Pasir Puteh Tuan Mustaffa Tuan Mat, calon Dun Limbungan Mohd Rujhan Salleh, calon Dun Semerak Zawawi Othman, Calon Dun Gaal Redzuan Stapha dan calon Dun Selising Zulkifli Ali.

Beliau berkata perubahan itu hasil kerja kuat seluruh jentera BN selama dua tahun terutama di Pasir Puteh di bawah program 'Selamat Tinggal Pas' dan 'Gelombang Merah' sehingga berjaya menarik penyertaan antara 40,000 hingga 50,000 rakyat pada satu-satu majlis.

Mengenai pengundi yang berada di luar Kelantan, Mustapa berkata pendirian mereka juga banyak yang sudah berubah memihak kepada (BN) hasil kerja kuat Umno setiap bahagian yang lebih tersusun dengan mengadakan perjumpaan bagi mendekati mereka.

Pada pilihan raya umum 2008, Pas menang 38 kerusi Dun, BN (enam) dan PKR (1) namun pada pilihan raya kecil Galas 2010, BN memperoleh satu lagi kerusi.

Bagi kerusi parlimen pula dua kerusi parlimen milik BN, Pas (lapan), PKR (3) dan Bebas (1).

- Bernama



Read More...

TERKINI - Timbalan Ketua Pengarah Kastam MATI DITEMBAK!

Timbalan Ketua Pengarah 2, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Shaharuddin Ibrahim ditembak mati oleh dua orang yang menaiki motosikal di Putrajaya sebentar tadi.

Menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris The Star, Shaharuddin ditembak mati dalam kereta yang dipandu oleh pemandunya semasa berada lampu isyarat Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya dalam perjalanan ke pejabat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohmad Salleh mengesahkan kejadian tersebut.


Shaharuddin dipercayai ditembak ketika berada di kawasan pentadbiran kerajaan persekutuan itu, kata pemandunya yang enggan ditemubual akibat masih trauma.

Sejurus mengetahui majikannya ditembak, pemandu itu segera menghantarnya ke Hospital Putrajaya tetapi telah disahkan meninggal dunia setelah tiba di hospital berkenaan.

Polis kini sedang menyoal siasat kejadian tersebut dan rakaman percakapan bersama pemandunya sedang diambil.

Calon PAS parlimen Putrajaya, Husam Musa turut menulis di laman Facebooknya sebentar tadi:

Pagi ini kita mendapat berita kurang baik. Timbalan Pengarah Kastam 2 Putrajaya dilaporkan telah ditembak penunggang motorsikal di persimpangan lampu isyarat Lebuh Sentosa dan Leboh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.


Beliau juga dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Putrajaya.

Takziah kepada Keluarga mangsa. Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan mereka2 yang beriman.

Al-Fatihah...



Read More...

Gambar Kereta Anak Calon Adun PR Terbakar Dibaling Bom Petrol

Anak dia bakar kereta dia sendiri. Tak pun anak dia mesti banyak hutang. Ada kes dengan kongsi gelap. Jangan2 anak dia kacau anak orang tue la sampai kena macam tue.

Betul tak?

Aku suspect penyokong2 BN mesti bagi alasan seperti di atas. Confirm. Dorang nya komen aku dah hafal dah. Ada dalam kepala hotak aku neh. Aku dah study dorang nya akal macam mana. Takpun dorang akan cakap macam neh..

Anak kereta orang kafir kena bakar, kita orang islam nak sibuk2 buat apa. Padan la muka.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Dorang memang tak boleh blah. Kalau dah dasar totok tue, totok la juga. Berikut adalah gambar2 kejadian. Kereta anak adun Pakatan Rakyat, Dr. Xavier Jayakumar terbakar apabila dibaling dengan bom petrol. Kes masih dalam siasatan polis. Dalang sedang dicari.





Buatnya terbakar rumah orang tue.. adoi. Ini kes bermotifkan apa? Nampak macam bermotifkan politik neh. Takpe, tunggu kes siasatan selesai. Tapi tah camne aku rasa kes neh pun akan terbelangkai macam kes2 keganasan lain yang melibatkan pakatan rakyat. Kalau anak adun BN yang kena neh, siap esok atau lusa dan2 ada tangkapan. Sabar je la weh. Hehe.

- Dipetik dari sini

Read More...

16 Ribu Pendatang Asing Bakal Mengundi BN Dalam PRU13





Read More...

Tangan Blogger Fitnah Umno Ini Hancur.. Balasan Allah Terhadapnya..



Barangkali sudah suratan dan takdir Tuhan, apa saja perbuatan kita di dunia ini sesetengahnya 'dibayar secara tunai' semasa kita masih hidup.

Ia juga merupakan peringatan dan amaran dari Allah SWT supaya menghentikan kerja-kerja fitnah dan mengadu domba sesama manusia.

Ketua perang siber Umno Pulau Pinang, Novandri Hassan Basri atau lebih dikenali dengan nama Dr MiM (Minda Intelek Melayu) disahkan telah hancur sebahagian dari tangan kirinya akibat kemalangan yang berlaku di kilometer 381.2 arah selatan Lebuhraya PLUS dekat Slim River, Perak, awal pagi semalam.

Novandri dikejarkan ke Hospital Slim River dengan bantuan ambulans dan dirawat sebagai pesakit luar.

Bagaimanapun ekoran kecederaan serius yang dialami Novandri akibat impak dari kemalangan tersebut, dia ditahan di wad kecemasan dan doktor yang merawatnya mengesahkan sebahagian tangan kirinya hancur teruk.

Kemalangan yang berlaku membabitkan Novandri yang juga naib ketua Umno bahagian Bukit Gelugor dan seorang rakannya berpunca dari masalah kegagalan mengawal kenderaan hingga menyebabkan kereta yang dinaiki terbabas.

Pemilik Blog Minda Intelek Melayu (MiM) sebelum ini telah disaman oleh Khalid Samad kerana fitnah.

Novandri melalui blognya, novandri.blogspot.com pada 15 Januari 2010 lalu menulis satu tulisan berbentuk fitnah dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid Bishop Samad'.

Ekoran itu, Khalid melalui peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin menuntut supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya serta memohon maaf.

Novandri bersetuju untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan memohon maaf secara terbuka kepada Khalid ekoran dakwaan beliau kepada AJK PAS Pusat itu.

Selain itu dia juga bersetuju membayar sejumlah wang ganti rugi yang tidak disebutkan.

Penyelesaian luar mahkamah ini dinyatakan di depan hakim mahkamah tinggi di Pulau Pinang 7 Januari 2013 lalu.

Bagaimanapun, beberapa blogger Umno kesal dengan laporan Utusan Malaysia kerana tidak menjelaskan bagaimana Novandri boleh mengalami kemalangan dahsyat itu.

Sesetengahnya mendakwa kereta yang dinaiki Novandri telah tercabut tayarnya disyaki angkara perbuatan khianat.

Nampaknya blogger Umno ini sudah pandai mereka-reka cerita sebagaimana tulisan mereka yang cukup jijik dengan fitnah dan video lucah.

Jika mereka tidak berpuas hati dan mengesyaki ada unsur-unsur khianat, mengapa tidak laporkan terus kepada polis dan jangan salahkan Utusan sebab barangkali media rejim Umno tersebut pun sudah tidak percaya dengan fitnah yang dilemparkan, asyik terkantoi saja.

Sudahlah jualan akhbar Umno itu merudum, laman versi internet juga mencatatkan bilangan pembaca unik (unique readers) sedikit mendahului pesaingnya, Berita Harian dan jauh sekali jika dibandingkan dengan portal berita berpengaruh, Malaysiakini di seluruh dunia.

Malaysiakini - Kedudukan 2,545 (Malaysia tempat ke 13)
Berita Harian - Kedudukan 7,987 (Malaysia tempat ke 42)
Utusan Malaysia - Kedudukan 5,526 (Malaysia tempat ke 25)
Harian Metro - Kedudukan 8,492 (Malaysia tempat ke 47)

(Sumber : www.alexa.com - 26 April 2013)

Insiden membabitkan Novandri jelas memberi peringatan kepada semua blogger Umno agar jangan memfitnah dan menyebarkan video lucah kerana apa yang dialami Novandri cuma sekelumit dari balasan yang sewajarnya diterima di sana nanti!

Papa Gomo, Jas Salleh malah Bro Jinggo, apakah kamu semua masih tidak sedar dan terus sebarkan berita palsu dan video lucah sesudah melihat gambar Novandri terlantar?

- Sumber



Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP