Monday, 30 September 2013

412,245 peminjam PTPTN tak buat bayaran balik

Seramai 412,245 peminjam tidak membuat bayaran balik kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga 31 Ogos lepas, kata Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata daripada jumlah itu, kaum Melayu mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu seramai 328,550 diikuti Cina (55,445) dan India (28,250).Katanya jumlah keseluruhan peminjam PTPTN ialah 1.24 juta orang.


Perkara itu dinyatakan beliau dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur hari ini.

Lim dalam soalannya meminta menteri pendidikan menyatakan statistik peminjam mengikut bangsa, jantina dan negeri yang tidak membayar balik pinjaman PTPTN sehingga 16 September lepas.

Muhyiddin berkata tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan dengan menyenaraihitam peminjam ke luar negara dan tindakan saman adalah antara langkah PTPTN untuk meningkatkan tahap kesedaran, kefahaman dan tanggungjawab peminjam terhadap kewajipan membayar balik pinjaman.

Beliau menjelaskan tindakan sedemikian juga tidak dibuat secara sewenang-wenangnya tanpa memberi ruang kepada peminjam.Katanya berdasarkan prosedur kerja sedia ada, PTPTN telah melaksanakan pendekatan fleksibel dalam mendapatkan bayaran balik pinjaman sebelum menyenarai hitam peminjam.

Katanya tindakan menyenaraihitam di Jabatan Imigresen adalah sebagai langkah terakhir dalam memberi peringatan kepada peminjam tegar selepas mereka tidak mempedulikan ingatan supaya membayar balik pinjaman.

Katanya PTPTN telah membuka 12 pejabat PTPTN negeri, dua buah one stop centre dan empat pejabat cawangan di lokasi strategik bagi membolehkan peminjam mengadakan rundingan untuk penyelesaian hutang. 

Selain itu, katanya PTPTN turut memberi insentif kepada peminjam di bawah insentif mengurangkan kos pembelajaran pelajar yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2013 tahun lepas.

Insentif itu meliputi diskaun 20 peratus ke atas baki pinjaman mereka yang menyelesaikan hutang sekaligus dalam temmpoh setahun bermula 1 Oktober 2012 hingga hari ini (30 Sept 2013).

PTPTN turut memberi diskaun 10 peratus setahun kepada peminjam yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual mulai 1 Oktober 2012.

-Bernama



Read More...

Imam Syiah Ditangkap Di Pahang

Read More...

PEMILIHAN UMNO: ANTARA WANG POLITIK DAN POLITIK WANG

Setiap kali menjelangnya pemilihan UMNO, maka muncullah istilah politik wang. Anehnya, apabila menjelang pilihan raya, istilah ini tidak kedengaran pula. Saya timbulkan persoalan ini kerana saya lihat semasa pilihan raya, bukan hanya politik wang yang berleluasa tetapi juga rasuah politik berlaku di mana-mana. Tetapi mengapa kita diam? Mengapa politik wang dan rasuah politik tidak dijadikan isu?

Saya betul-betul tidak faham tentang hal ini. Lebih-lebih lagi tadi petang seorang kawan datang ke rumah saya dan mengeluh tentang berleluasanya politik wang. Saya tanya beliau, apakah bentuk politik wang yang berlaku itu? Apakah bakal perwakilan disogokkan wang untuk mendapatkan undi?


Kawan saya menjawab mudah. Di hotel-hotel katanya, ramai calon 'menggunakan wang' berbelanja pengikut mereka minum dan makan. Aduh! Itu bukan politik wang. Itu adalah wang politik atau kos politik yang perlu digunakan oleh calon untuk bersama dengan penyokong masing-masing.

Takkanlah dalam politik calon tidak boleh mendekati penyokong dan belanja mereka makan dan minum? Jika soal ini pun ditafsirkan sebagai politik wang, maka hambarlah persaingan untuk apapun jawatan dalam politik negara. Jika ini pun dikira sebagai politik wang, maka lesulah politik negara kerana calon yang bertanding sama sekali tidak boleh mengeluarkan kos untuk bersama penyokong mereka sambil makan dan minum untuk merancang strategi dan gerak kerja bagi mencari sokongan.

Jika ini pun dikira politik wang, maka bagaimana kempen boleh dilakukan oleh calon yang bertanding? Dan tanpa kempen, bagaimana perwakilan boleh tahu seseorang calon itu mempunyai wibawa atau sebaliknya? Aduh! Jika begini, ertinya masih jauhlah UMNO dari mencapai transformasi yang diharapkan oleh ahlinya. Jika beginilah sekatan kempen dalam pemilihan parti UMNO, ertinya masih jauhlah untuk UMNO berubah ke arah 'transformasi' yang sesuai dengan tuntutan politik semasa.

Hairannya lagi, apabila musim pilihan raya parti yang berbelanja besar memberikan kain sarung, rokok dan wang tambang pulang mengundi tidak pula dikatakan sebagai politik wang, jauh sekali untuk menyatakannya sebagai rasuah politik. Inilah yang peliknya pada saya. Ingatlah, dalam pemilihan tanpa kempen dan kos politik, maka itu adalah pertandingan yang sakit. Sakitnya bukan ringan, tetapi sakit yang tenat kerana pemilihan diadakan tanpa perwakilan mempunyai maklumat yang mencukupi tentang wibawa calon yang bertanding.

Politik wang bukan soal calon berbelanja untuk meraikan pengikut mereka. Politik wang ialah menggunakan wang untuk membeli kuasa politik, dan menggunakan kuasa politik untuk mendapat wang. Misalnya, terdapat seramai 269 calon menarik diri dari bertanding dalam pemilihan UMNO Oktober ini setelah mendaftarkan diri untuk bertanding jawatan tertentu.

Persoalannya, adakah mereka ini ikhlas menarik diri atau berbuat demikian kerana didesak supaya menarik diri atau ada ganjaran tertentu? Hal ini ‘mungkin sesuai’ untuk disiasat atas andaian calon yang menarik diri tersebut ‘mungkin’ didesak atau diberi ganjaran. Saya tidak menuduh, cuma memberi contohnya sahaja untuk memahami konteks politik wang yang sesuai.

Tetapi jika calon sekadar berbelanja dan memberikan wang kepada penyokong mereka untuk bekerja dan berkempen bagi mendapatkan sokongan, maka itu adalah wang politik. Di negara maju, wang politik ini dipanggil kos politik atau ‘political financing’ yang dibenarkan.

Jadi, mengapa kita perlu terlalu takut dengan politik wang ini sehingga menyekat kreativiti calon yang bertanding untuk berkempen secara bebas dan sihat? Bilakah politik kita boleh maju jika definisi politik wang kita masih belum jelas sehingga kini? Atau apakah politik wang ini hanya terpakai untuk calon yang tidak ada jawatan sahaja kerana bagi calon yang ada jawatan dalam kerajaan atau parti, mereka boleh berselindung di sebalik jawatan mereka untuk mengadakan pertemuan dengan ahli atau perwakilan atas alasan menjalankan tugas rasmi kerajaan dan parti? Saya tidak mengerti tentang hal ini.

Selepas pemilihan UMNO kali ini, sudah sampai masanya kita melihat semula definisi politik wang untuk membezakannya dengan istilah wang politik. Ingatlah, dalam sebuah sistem demokrasi, politik tidak boleh maju jika semua peraturannya dikawal oleh mereka yang berkuasa sahaja.

UMNO, berubahlah ke arah membenarkan kempen yang sihat dalam pemilihan, bukannya mengenakan sekatan kempen yang ketat! Itulah sebenarnya semangat pindaan peraturan pemilihan parti yang dibuat empat tahun lalu.

Mohammad Agus Yusoff

Read More...

Mahathir - Kembalikan ISA

Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) mengatakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah undang-undang paling relevan bagi menangani dan mencegah jenayah berat di negara ini.

Menurut bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu, ISA harus dikembalikan semula dalam usaha mencegah kegiatan jenayah berat di negara ini.

"Kita buang ISA, mereka menggunakan itu untuk melakukan jenayah yang dahsyat.


"Kerana itu, mahu atau tidak, kita perlu kembali kepada cara yang lama," katanya dipetik dari laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Dr. Mahathir diminta mengulas Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (PCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang dibacakan untuk kali pertama di Dewan Rakyat pada Rabu lalu.

Bacaan pertama pindaaan PCA dibacakan Ahmad Zahid minggu lalu di Dewan Rakyat bertujuan mengukuhkan kedudukan untuk menahan penjenayah tanpa bicara sehingga dua tahun.

Pindaan berkenaan akan menyamai ISA yang tidak memasukkan semakan kehakiman, kecuali melibatkan langkah prosedur.

PCA ketika ini hanya membenarkan tahanan selama 72 hari terhadap individu yang ditahan di bawah akta berkenaan.

Akta itu juga mengkehendaki tahanan dibawa ke mahkamah sebelum ditahan selama 72 hari.

Ia digunakan secara efektif sebelum ISA dikuatkuasakan dan melalui pindaan itu, Putrajaya ingin menggunakan akta berkenaan sekali lagi.

PCA bagaimanapun tidak meliputi kawasan Sabah dan Sarawak kerana ia dikuatkuasakan pada 1959 sebelum negeri Borneo menyertai Malaysia, dan pindaan hari ini akan memasukkan peruntukan melibatkan dua negeri berkenaan. – TMI

Read More...

Pemilihan UMNO - Pekung Sudah Mula Terdedah

SEBERANG JAYA - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) perlu menyiasat pemilihan jawatan dalam Umno yang akan berlangsung bulan depan kerana ada prosesnya yang tidak telus.

Ahli Umno Tasek Gelugor yang dibatalkan pencalonan untuk jawatan ahli jawatankuasa bahagian, Asmidy Mohamad berkata, langkah itu perlu bagi memastikan pemilihannya mengikut perlembagaan parti dan tiada ahli yang diketepikan hak.


Beliau berkata, tiada sebab ahli yang digantung hak keahlian tidak dibenarkan atau hilang kelayakan untuk bertanding kerana perlembagaan parti membenarkannya.

"Lembaga disiplin Umno adalah pihak yang berkuasa menyiasat kes atau kesalahan dalam pemilihan parti. Tetapi kenapa surat penggantungan ditandatangani oleh setiausaha agung," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Jasmin Mohamed yang dibatalkan pencalonan untuk ketua bahagian, Dr Md Rozi Yusof (timbalan ketua bahagian), Salmah Ahmad (naib ketua wanita Umno), Rahim Che Noor (ahli jawatankuasa bahagian) dan Mahamad Tahir Yusof (pengerusi tetap bahagian).

Dr Md Rozi berkata, ibu pejabat Umno perlu menjelaskan mengenai status mereka yang berjaya menjadi ketua cawangan dalam pemilihan yang diadakan sebelum ini.

"Adakah penggantungan hak keahlian kami turut menyebabkan jawatan kami sebagai ketua cawangan terbatal."Saya menang ketua cawangan dalam pemilihan pada 8 September lalu. Adakah surat penggantungan kami pada 20 September turut menyebabkan jawatan di cawangan terjejas," katanya.

Rahim pula meminta jawatankuasa disiplin menyiasat ketua bahagian Tasek Gelugor kerana didakwa terlibat dengan politik wang dengan memberi wang tunai kepada semua ketua cawangan pada bulan puasa lalu.

Beliau mendakwa pemberian wang itu dilakukan dalam satu majlis yang diadakan di Penang Golf Resort, Kepala Batas.

"Kami sudah membuat aduan kepada lembaga disiplin mengenai perkara itu dan berharap ia disiasat segera. Jika terlibat, ketua bahagian juga tidak layak untuk bertanding dalam pemilihan kali ini," katanya.


Read More...

BRIM Dua Kali Setahun

Ipoh: Kerajaan bercadang melaksanakan agihan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada penerima yang layak sebanyak dua kali setahun, mulai tahun depan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kaedah penyaluran BR1M juga kemungkinan dibuat melalui transaksi terus kepada akaun bank penerima.


Katanya, langkah itu bertujuan menggalakkan penerimanya melakukan perbelanjaan berdasarkan keperluan semasa, sekali gus menggalakkan perbelanjaan berhemah.

“Kerajaan sedang melihat kemungkinan melakukan agihan pembayaran BR1M sebanyak dua kali setahun mulai tahun depan dan bukannya sekali gus seperti diamalkan sejak ia diperkenalkan.Perbelanjaan berhemah

“Ia bagi membolehkan penerimanya melakukan perbelanjaan berdasarkan keperluan semasa, sekali gus menggalakkan perbelanjaan berhemah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Agama Rakyat Ehsaniah di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan II, Gugusan Manjoi di sini, semalam.

Husni berkata, kerajaan juga sudah bersetuju untuk menaikkan kadar bayaran BR1M daripada RM500 yang diterima sekarang mulai tahun depan, namun nilainya hanya akan diumumkan pada pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 25 Oktober ini.

“Deraf pertama sudah dibentangkan kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Pertama dan sedang diperkukuhkan lagi, jumlahnya belum dipastikan, tetapi mesti lebih daripada RM500 daripada yang diberikan sekarang,” katanya.

Agihan BR1M 1.0 kepada golongan yang layak mula dilaksanakan oleh kerajaan pada 2012.Bagi BR1M 2.0 yang terkandung dalam pembentangan Belanjawan 2013, bantuan tunai RM500 diberi kepada rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan, sementara individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan layak menerima bantuan RM250.

Sementara itu, Husni berkata, sejajar dengan pelaksanaan dasar rasionalisasi subsidi baru-baru ini, kerajaan juga sedang meneliti model bantuan terbaik bagi membantu golongan yang mempunyai pendapatan bulanan keluarga RM4,000 sehingga RM5,000.


Read More...

Sunday, 29 September 2013

Selamat Pengantin Baru Blogger Milo Suam


Read More...

Mukhriz Adalah Ancaman Kepada Najib

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal laporan The Economist bahawa anaknya, Datuk Mukhriz akan menjadi ancaman kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya beliau menang dalam perebutan jawatan Naib Presiden UMNO kelak.

Dr Mahathir berkata, majalah kewangan yang berpejabat di London, United Kingdom itu tidak boleh memikirkan sebarang perkara baik untuk ditulis terhadap sesiapapun.


"Di Malaysia, kita (anggota politik) tidak mengamalkan budaya jahat itu.. iaitu menyingkirkan sesiapa," katanya secara ringkas kepada pemberita selepas menghadiri Hari Terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.


The Economist, dilaporkan berkata jika Mukhriz yang juga menteri besar Kedah menang, beliau akan diajak oleh kumpulan anti-Najib sebagai proksi bapanya dan kemudiannya seorang perdana menteri yang lemah boleh digulingkan melalui satu gerakan dalaman.

Ditanya mengenai pandangan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu ceramah baru-baru ini bahawa kerajaan perlu menyemak semula perjanjian dengan Sabah dan Sarawak dalam memastikan kepentingan dua negeri itu dilindungi selepas membantu pembentukan Malaysia beliau berkata: "Kerajaan telah menguruskan perkara itu."

Bagaimanapun, Dr Mahathir enggan mengulas lanjut mengenainya.

Read More...

Menteri Besar Pendendam..

MP Seputah Teresa Kok berata Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir menunjukkan tanda-tanda seorang menteri besar yang pendendam dan ingin menghukum golongan Cina kerana tidak mengundi BN.

Kok dalam kenyataan medianya hari ini menyebut, Mukhriz menunjukkan sikap tidak wajar apabila menyatakaan bahawa beliau tidak akan melayani permintaan dari sekolah Cina di Kedah.


"Mukhriz perlu menerima bahawa pengundi berhak untuk memilih siapa yang mereka mahu sokong dan beliau perlu sedar bahawa pengundi Cina juga merupakan pembayar cukai.

"Maka diskriminasi ke atas masyarakat Cina dan sekolah Cina adalah amat tidak adil, tidak demokratik dan tidak boleh diterima," katanya.

Calon naib presiden Umno itu pada 24 September memberitahu pemberita di Shah Alam bahawa pentadbirannya akan menunpukan pada sekolah kebangsaan kerana beliau tidak dapat mengabaikan golongan yang memilih BN di Kedah.

“Saya nak bersifat adil tapi saya pun manusia juga. Akhirnya saya terpaksa membantu orang yang bantu saya dulu.

“Jadi kalau ada yang lebih-lebih tu barulah saya bantu orang lain,” katanya seperti dipetik dalam laporan Free Malaysia Today.

Kok berkata Mukhriz sebelum ini juga telah menimbulkan saranan agar sekolah vernakular digantikan dengan sekolah aliran tunggal untuk memupuk perpaduan.

"Saya nak beritahu pada dia, bahasa atau vernakular bukan penyebab polarisasi kaum, tetapi kerajaan yang tidak adil adalah penyebabnya.

Read More...

RON95 Akan Naik Selepas PRK Sungai Limau

SHAH ALAM, 29 SEPT: Sekalipun tiada pengumuman kenaikan harga minyak yang heboh diperkata dalam media sosial, Biro Kepenggunaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin ia tetap berlaku dalam masa terdekat.

Menjangkakan kerajaan sekali lagi akan menaikkan harga bahan api petrol dan diesel dalam jangka masa terdekat ini.


Pengarahnya, Yahya Mat Sahri, kenaikan harga bahan api itu sukar dielak berikutan faktor kelemahan pengurusan kewangan pemimpin dan amalan rasuah dalam kerajaan Umno BN itu.

“Ini disebabkan penyusutan nilai mata wang kita yang terpaksa ditampung, pendapatan dan perbelanjaan tak seimbang, perbelanjaan terlalu tinggi dan hutang negara juga terlalu tinggi dan rasuah tidak dibendung.

“Kerajaan terdesak mencari sumber kewangan dan akhirnya mereka letakkan beban kepada rakyat.

Kalau begini senanglah kerja kerajaan, tak cari penyelesaian lain. Asal ada masalah ekonomi, semua hadapkan kepada rakyat untuk dipikul,” katanya kepada TV Selangor.

Yahya tidak menolak kemungkinan kerajaan mengambil kira faktor pilihan raya kecil DUN Sungai Limau tidak lama sebelum membuat keputusan menaikkan harga petrol.

Beliau turut menyelar kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang memberi alasan kenaikan itu disebabkan kenaikan harga antarabangsa.

“Kata terpaksa naikkan sejajar harga pasaran antarabangsa tetapi sebenarnya pasaran minyak antarabangsa ketika ini turun. Kita sahaja yang menaikkan harga,” katanya.

Selain itu, katanya alasan kenaikan bagi membenteras penyeludupan petrol di sempadan juga tidak masuk akal berikutan masalah itu sudah berlarutan sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

“Ini bukan perkara baru, sudah berpuluh tahun dulu lagi. Kenapa sampai sekarang tidak dapat diatasi. Setiap kali timbul isu kenaikan harga minyak, mulalah timbulkan isu penyeludupan untuk jadikan alasan,” katanya.-selangorku

Read More...

TERKINI - MASJID YANG BARU SAJA SIAP DI BINA DI KUALA TERENGGANU RUNTUH










Sebuah Masjid di Kampung Terbauk, Bukit Tunggal, Kuala Terengganu, Terengganu yang baru siap di bina oleh Kerajaan UMNO/BN telah runtuh dibahagian siling pagi tadi kira-kira jam 2.00 pagi.

Tiada kemalangan jiwa dan kerugian masih lagi ditafsir.

Tidak dapat Omak Kau bayangkan ketika kejadian siling tersebut runtuh ramai jemaah sedang bersolat didalam masjid.

Ini bukan perkara terpencil bangunan runtuh di Terengganu.

Dipetik dari sini


Read More...

Saturday, 28 September 2013

Mahathir Tersentak Dengan Kebodohan Kerajaan

Langkah Putrajaya membelanjakan RM20 juta melantik firma luar untuk menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2012-2015 dibidas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana tidak mengambil penasihat tempatan.

Dr Mahathir secara sinis mempersoalkan langkah tersebut, walaupun Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankannya sebagai "kos memadai".

"Saya boleh jadi pakar tempatan, kenapa dia (Putrajaya) tidak lantik saya?" kata bekas perdana menteri tersebut dalam sidang media di Sunway Universiti.


Pembangkang mempersoalkan tindakan Kementerian Pendidikan menggunakan khidmat firma pakar runding dalam penyediaan PPPM.

Firma pakar runding McKinsey & Co dikatakan menerima bayaran sebanyak RM20 juta bagi khidmat mereka.Muhyiddin enggan mengulas lanjut mengenai hal itu tetapi berkata kerajaan akan mengumumkan butiran perbelanjaan itu kelak.

Pelan PPPM menyenaraikan 20 individu yang berkebolehan tinggi yang menjadi sebahagian dari projek tindakan dan projek pengurusan pejabat termasuk Pengarah Bahagian Perancangan Dasar Pendidikan dan Kajian, Dr Faridah Abu Hassan, serta Pengarah NKRA dan NKEA, Tengku Azian Tengku Shahriman.

Dalam sebuah jawapan diberikan di Dewan Rakyat pada Isnin, Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa McKinsey and Co dibayar RM20,566,400 bagi penyediaan pelan pendidikan negara.

Bayaran tersebut dibahagikan kepada dua fasa iaitu pada fasa pertama membabitkan sejumlah RM4,706,400 dan fasa kedua pula sebanyak RM15,860,000.

Menyentuh mengenai kedudukan universiti Malaysia yang jatuh setiap tahun, Dr Mahathir berkata kerajaan terlalu "gopoh" khususnya dengan membuka terlalu banyak universiti dan kolej, disamping tenaga pengajar berkualiti yang tidak mencukupi.

"Kerajaan terlalu gopoh... kualiti tenaga pengajar juga kurang," kata Dr Mahathir.

Ranking universiti dunia yang dikeluarkan QS World University Ranking baru-baru ini yang menunjukkan bahawa rata-rata kedudukan universiti awam Malaysia terus merosot dalam senarai, dengan hanya Universiti Malaya masih berada dalam kelompok 200 universiti terbaik dunia tahun ini.

Hanya tujuh universiti Malaysia berada dalam kelompok 800, dan hanya Universiti Teknologi Malaysia menunjukkan sedikit peningkatan iaitu daripada kedudukan 358 pada tahun 2012, kepada 355 tahun ini.


Read More...

Friday, 27 September 2013

RM20 Juta Untuk Bayar Perunding Luar Negara Adalah Kerja Bodoh Dan Gila

Kenyataan Media MAPIM
25 hb September 2013

MEMBAYAR PERKHIDMATAN PERUNDING LUAR NEGARA ADALAH SUATU SKANDAL .

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa kerajaan menyemak semula amalan melantik dan membayar yuran perunding luar negara yang sangat tinggi untuk perkhidmatan perundingan tertentu .


Kami tidak faham kenapa amalan ini berterusan sehingga melibatkan jutaan ringgit yang menguntungkan syarikat perunding luar negara . Apatah lagi perunding yang dilantik bukan pakar dalam bidang yang dimandat untuk mendapatkan perkhidmatannya.




Apapun alasan yang diberi untuk melantik syarikat perunding luar , wang awam telah digunakan yang sepatutnya diurus dengan amanah dan telus.

Namun bila perunding luar dipilih yang tidak mempunyai kedalaman faham dan kepakaran mengenai negara ini ,maka perbelanjaan membayar perunding luar berjumlah jutaan ringgit , bagi kami adalah suatu skandal.

Kami terkejut bila diumumkan di Parlimen bahawa Kementerian Pendidikan melantik sebuah syarikat perunding McKinsey and Co dengan bayaran RM20.56 juta untuk menghasilkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia .

Lebih mengejutkan lagi ada dakwaan bahawa syarikat perunding itu tidak mempunyai kelayakan dalam bidang kajian pendidikan. Soalnya kenapa pula ia dimandatkan untuk melakar sebuah perancangan sektor yang terpenting dalam pembangunan negara iaitu sektor pendidikan.

Soalnya bagaimana keputusan dibuat untuk melantik perunding ini , apa tujuan dan untuk keperluan apa syarikat itu dilantik serta apakah kriteria syarikat perunding itu dipileh?

Persoalannya ialah bukan sahaja peruntukan yang sangat tinggi dibayar untuk menghasilkan dokumen PPM dibayar kepada syarikat perunding luar , akan tetapi apakah setelah 56 tahun negara ini merdeka kita maseh memerlukan konsultasi orang luar untuk menghasilkan sistem pendidikan kita sendiri?

Dimanakah yang dikatakan Majlis Professor Negara yang menghimpun ratusan ahli sarjana yang pakar dalam pelbagai bidang? Apakah mereka lebih rendah ilmunya untuk menjadi pemikir bagi melakar rancangan sistem pendidikan negara ini , lalu kita memerlukan orang luar untuk melaksanakan tugas ini?

Kami kesal amalan melantik dan membayar perunding luar negara menjadi amalan biasa kerajaan yang ada.

Pengelaman kerajaan selama ini dapat direkodkan bahawa ia telah sering membayar perunding luar untuk mendapat nasihat bagaimana mempromosi pentadbiran pemimpin negara .

Khidmat itu diguna adalah untuk memberi nasihat bagaimana membina imej Malaysia termasuk untuk menaikan imej pemimpin . Bayaran yang dilaporkan bernilai RM 1.2 juta dibayar kepada syarikat perunding yang dilantik tanpa pengetahuan rakyat.

Sehingga ini tidak ada penafian syarikat perhubungan awam AS yang dilantik itu mengenai pendedahan ia menerima pembayaran dari kerajaan Malaysia diatas khidmat nasihat yang diberi itu.

Demikian sebelum ini pada 2002 suatu perbelanjaan untuk mengatur pertemuan antara PM Malaysia dengan Presiden US melibatkan RM 4.4 juta dibayar kepada perunding yang dilantik.

Begitu juga betapa jutaan ringgit dihabiskan untuk membayar perunding mengatur pembelian pelbagai barangan dan alatan tentera . Komisyen untuk perunding yang mengkordinasi pembelian kapal selam sahaja melibatkan pembayaran RM 510 juta.

Kami menegaskan ini adalah suatu amalan yang pincang , tidak sensitif dengan amanah wang rakyat serta dilakukan dengan tidak telus.

Walaupun Kementerian Kewangan ada menyediakan manual perolehan Khidmat Perundingan , kami berpandangan bahawa rasional memilih dan meluluskan perkhidmatan perundingan hendaklah dikaji semula , terutama yang melibatkan syarikat perundingan luar negara.

Kami mendesak kerajaan menghentikan amalan ini dan segala perlantikan perunding yang melibatkan projek dan khidmat kerajaan hendaklah diutamakan syarikat tempatan. Itupun hendaklah dilakukan dengan telus dan dikawal selia dengan ketat supaya tidak berlaku penyelewengan dan pembaziran wang awam.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM


Read More...

Elaun Guru KAFA Di Selangor Naik RM1500

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor sedang mangkaji dan merancang untuk menaikkan elaun guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan.

Exco Pendidikan Dr Halimah Ali berkata, ianya akan diperincikan secepat mungkin sesuai dengan Belanjawan Selangor 2014 yang memberi tambahan peruntukan dalam bidang pendidikan bagi memperkasa institusi pendidikan dan latihan kepada belia.


“Jumlah itu selaras dengan gaji minimum yang sebelum ini dua kali dinaikkan sejak Pakatan Rakyat memerintah negeri ini.

“Lebih kurang 7,000 guru KAFA akan menerima manfaat,” katanya dipetik Selangorku.Selain itu, beliau turut mengulangi komitmen kerajaan negeri yang akan menaikkan had kelayakan bagi mendapat hadiah masuk ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Had kelayakan tersebut dinaikkan dari keluarga berpendapatan RM1500 sebelum ini kepada yang berpendapatan RM3,000. Menurut Halimah, ia bagi memberikan peluang lebih ramai menikmati bantuan itu.

Antara 2008 hingga 2013, Halimah berkata seramai 40,000 individu memohon mendapatkan hadiah itu tetapi hampir 10,000 permohonan ditolak kerana tidak mematuhi syarat.

Beliau berkata, golongan belia pula terus dibantu bagi mendapatkan latihan kemahiran bagi membantu mereka mendapatkan pekerjaan sesuai.

“Kita mahu tahap pembelajaran di negeri ini dalam keadaan kondusif sebagai sebuah negeri maju,” katanya.


Read More...

RON95 Naik Lagi Malam Ini

Entah kenapa Mat Maslan nafi ada penurunan RON95 pada malam ini. Ketika orang ramai bercerita tentang RON95 akan naik lagi, Mat Maslan nafi RON95 turun 10 sen.


Adakah Mat Maslan mendengar khabar angin tentang penurunan harga RON95 lalu dia membuat tweet menafikannya. Kenapa dia tak nafi RON95 akan naik? Atau mungkin betul ia akan dinaikkan dan tak berani menafikannya.

Semalam berita tentang orang ramai yang menjangkakan RON95 akan naik lagi dalam masa terdekat kerana kerajaan nak kurangkan subsidi.

Langkah ini juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke negara-negara jiran, kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Juga siapa yang buat cerita kepada Mat Maslan, RON95 diturunkan?

Ekele

Read More...

Bini Mat Yo Buat Lawak Di Balai Polis

PADA 12/09/13 JAM LEBI KURANG 1150HRS SEMASA SAYA BERADA DI KAWASAN AIRPORT SUBANG BERSAMA SUAMI SAYA, KAMI MERANCANG DAN BERBINCANG DI DALAM KERETA UNTUK MEMBELI TIKET KAPAL TERBANG DI TERMINAL 3 SKYPARK. 

SEMASA SAYA MEMBERHENTIKAN KERETA SAYA WVQ 9090 JENIS MINI COOPER BERHADAPAN DENGAN PINTU MASUK TERMINAL 3, TIBA TIBA SEORANG SEKURITI SKYPARK BERNAMA (AZMAN) DATANG KEARAH KERETA SAYA DAN MENYURUH SAYA MENGALIHKAN KERETA SAYA.


LALU SAYA MEMINTA UNTUK BERHENTI SEKETIKA. SELEPAS DUA MINIT SEKURITI ITU DATANG DAN MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT TERHADAP SAYA, SEPERTI PEREMPUAN BODOH, SIAL, BANGANG, PEREMPUAN GILA DAN BANYAK LAGI. 

SEMASA KEJADIAN TERSEBUT SEKURITI ITU CUBA MENYERANG SAYA BEBERAPA KALI WALAUPUN SUAMI SAYA ADA DI SITU, SAYA TERASA AMAT MALU DI PERLAKUKAN SEBEGITU SEBAGAI WANITA.

SAYA JUGA ADA MERAKAM KEJADIAN TERSEBUT. SAYA DATANG KE BALAI POLIS UNTUK BUAT LAPORAN UNTUK TINDAKAN PIHAK POLIS. SEKIAN LAPORAN SAYA.

Begitulah ayat yang ditulis oleh isteri Mat Yo terhadap insiden seorang Pengawal Keselamatan bernama Azman Nayan di maki hamun dengan perkataan .. SAYA BUKAN BODOH .. SAYA BUKAN BODOH .. SAYA BUKAN BODOH .. SAYA BUKAN BODOH ... SAYA BUKAN BODOH.. SAYA BUKAN BODOH ...PAK CIK BODOHLAH PAK CIK .. PAK CIK BODOH ... PAK CIK BODOH ... PAK CIK BODOH ..... JANTAN DAYUS ... JANTAN DAYUS .. JANTAN DAYUS ...JANTAN DAYUS.

Jika di dengar pada rakaman Youtube yang di muat naik sendiri oleh isteri Mat Yo tiada sepatah perkataan pun Pengawal Keselamatan itu memaki hamun isteri Mat Yo dengan perkataan perempaun bodoh, sial, bangang perempuan gila ..

Jelas sekali isteri Mat Yo berbohong ketika membuat laporan polis.Kalau dengan pihak polis pun beliau berani dan sanggup berbohong, apa jaminan perkara lain-lain beliau tidak berbohong.

Isteri Mat Yo jelas telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu, boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

~ OMAK KAU

Read More...

Adun Lunang Umum Keluar DAP

Kota Kinabalu: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Dr Hiew King Cheu sebentar tadi mengumumkan keluar DAP dan menjadi wakil rakyat bebas.

Bekas Ahli Parlimen Kota Kinabalu dan bekas Penasihat DAP mengesahkan perkara itu di sini.Beliau akan menghantar surat peletakkan jawatannya ke Ibu Pejabat DAP Pusat, hari ini

Read More...

Thursday, 26 September 2013

Dia Nak Beli Istanapun Bukan Masalah Saya

Nazri Jr 'beli banglo RM7j', Nazri Sr: Bukan masalah saya

Sekali lagi anak menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz mencuri perhatian atas dakwaan negatif. Dan sekali lagi, bapanya menolak dakwaan itu dengan dengan gayanya tersendiri.

Kali ini, anaknya Mohamed Nedim didakwa membeli rumah banglo dengan harga RM7.2 juta.


"Dia boleh beli istana, ini bukan masalah saya," kata Nazri kepada pemberita ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen hari ini. Bagaimanapun, beliau nampaknya seperti tidak tahu menahu berhubung laporan itu dan bertanya kembali: "Rumah apa?

"Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mendakwa memperoleh dokumen mengenai pembelian banglo RM 7,242,555.07 yang didakwanya dikaitkan dengan Nedim.

Penyelaras NGO itu Badrul Hisham Shaharin (kanan) berkata, bagi seorang anak muda dan setelah diteliti pekerjaan atau perniagaannya, kemampuannya membeli harta tanah itu "amat meragukan",



Read More...

RON 95 Naik Lagi?

KUALA LUMPUR - Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.

Langkah ini juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol kenegara-negara jiran, kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman.    


"Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murahdi Malaysia," kata beliau kepada Bernama.    

Menurut laporan akhbar, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand.    

Di sebalik usaha untuk membantu orang ramai menerusi subsidi, beliau kesal terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan daripadanya.    

Presiden PDAM itu berkata, pengurangan subsidi itu boleh menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti itu.    

Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80.    

Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.    

PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc.

- Bernama

Read More...

Dari Mana Anak Nazri Aziz Dapat RM7 Juta Beli Rumah Mewah?






Kenyataan Umum

Tarikh: 26 September 2013

MEMOHON PENJELASAN DATO' SERI MOHAMED NAZRI B. TAN SRI AZIZ MENGENAI PEMBELIAN RUMAH MEWAH LEBIH RM7 JUTA OLEH ANAK LELAKINYA.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memperolehi dokumen mengenai milikan harta kekayaan anggota keluarga dan individu - individu rapat dengan beberapa orang Menteri Kabinet kira – kira sebulan yang lalu oleh pihak yang tidak dikenali. Setelah diteliti diyakini beberapa dokumen tersebut ada kesahihannya dan SAMM tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan pertembungan dalaman Umno menjelang pemilihan parti itu.

Mengenepikan sentimen mengapa pemberi maklumat menyalurkan maklumat itu dan niat politiknya tetapi atas keinsafan mempertahankan kepentingan rakyat maka SAMM secara berperingkat akan menyiarkan dokumen dokumen tersebut sebagai persoalan untuk dijawab oleh Menteri terbabit.

Dokumen yang pertama ialah berkenaan pembelian sebuah banglow bernilai RM 7,242,555.07 yang dikaitkan dengan seorang yang bernama Mohamed Nedim B. Mohamed Nazri. Diperiksa dia ialah anak seorang menteri kabinet.

Bagi anak yang sangat muda dan setelah diteliti pekerjaan atau perniagaannya, adalah amat meragukan dari sudut kemampuan. Bagaimana anak menteri ini punya kemampuan untuk membeli banglow dengan harga yang sedemikian tinggi?

Maka perbagai persoalan muncul. Ini bukan tuduhan tetapi sebagai seorang Menteri sudah tentu rakyat berhak bertanya kepada Nazri mengenai banglow anaknya ini.

Bagaimana anaknya dapat membeli banglow ini? Adakah dia layak? Adakah dia membeli dengan tunai? Jika melibatkan pinjaman bank berapa banyak pinjaman dibuat dan berapa jumlah tunai yang dibayar? Bagaimana bank boleh memberikan kelulusan bernilai jutaan ringgit kepadanya, adakah kerana dia anak menteri?

Nasib kita sebagai rakyat biasa, untuk mendapatkan pinjaman bank bagi membeli kereta kancil atau rumah kos rendah pun bagai nak gila memanjat tangga dari bank ke bank bagai mengemis.

Semua persoalan ini juga seharusnya membawa kepada Jabatan Hasil dalam Negeri dan individu tersebut harus dipanggil untuk diteliti milikan sebenar pendapatannya. Juga melalui sumber rekod Jabatan Hasil Dalam Negeri ada terdapat keraguan bagaimana dia mampu memiliki kediaman mewah bernilai tinggi dengan pendapatan yang diistiharkan.

Menarik juga dilihat dari dokumen yang diperolehi ialah bagaimana dalam proses membeli rumah mewah ini pembeli menikmati diskaun RM500,9444.08 (-7%) selaku bumiputera. Orang biasa termasuk pimpinan Umno diperingkat cawangan yang gila–gila mempertahankan Umno ada yang hanya menikmati diskaun tak sampai RM10,000 atas nama bumiputera ketika membeli rumah kerana itulah sahaja kemampuan kita orang biasa - biasa.

Melalui kenyataan ini SAMM bagi pihak anak muda Malaysia yang bergelut dengan peningkatan kos hidup dan dihimpit perbagai masalah kewangan menuntut untuk Nazri tampil dan menjawab. Anaknya ini juga yang satu ketika dahulu pernah didedahkan oleh Rafizi Ramli berkenaan menggunakan kenderaan mewah milik seorang jutawan dengan siap pengawal peribadi.

Berkenaan perkara ini kami mempunya dokumen sebut harga, perjanjian dan gambar aset tersebut. Sekali lagi kami tegaskan ini bukan tuduhan tetapi persoalan yang perlu dijelaskan.

Selain itu berkenaan individu terbabit kami punya beberapa dokumen lain yang akan kami bangkitkan persoalanya dalam berperingkat. Kami juga dalam proses penelitian peringkat akhir beberapa dokumen lain yang mengaitkan anggota Kabinet yang lain.

Sekian.

Che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan


Read More...

Ustaz Azizan Razak Meninggal Dunia

Ust AZIZAN diberitakan telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.15 pagi sebentar tadi.

Jenazah allahyarham akan disolatkan sebaik sahaja selesai solat asar di masjid markaz Pokok Sena dan akan dikebumikan di muassasah Darul Ulum pada jam 5.30 ptg ini. Penghormatan terakhir boleh dilakukan di Markaz Pas Pokok Sena, Langgar. Alor Setar.


Read More...

PANAS - Ku Nan Jual Nama Najib

Malam semalam di Prince Court Hotel 25/9 dan lepas magrib, Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan mengadakan majlis untuk perkenalkan Dato AHmad Zahid Hamidi sebagai calun Naib Presiden UMNO.

Sebaik di perkenalkan, Dato Ahmad Zahid banggun bercakap. Uacapannya amat sedap dan berhemah sekali.


Dia hanya kata bukan dia saja bertanding tapi ada lima kawan-kawan lain. Disebut satu persatu Dato Hishamuddin, Dato Shafie, Dato Ali Rustam, Tan Sri Isa Samad, dan Dato Mukhriz.

"Semua ini adalah kawan-kawan kita," katanya.Dia hanya meminta untuk dirinya tidak dilupakan apabila pemilihan. Dua yang lain itu pilihlah dari lima yang lain. Biasalah orang kempen diri sendiri.

Selepas itu, Tengku Adnan Mansor bangun berucap selaku Ketua Perhubungan UMNO WIlayah Persekutuan. Ku Nan juga adalah Setiausaha Agong UMNO.

Menurut mereka yang hadhir, ucapan Ku Nan agak pelik. Dia boleh marah ada ramai sangat bertanding jawatan Naib Presiden. Dia turut mengatakan PM hanya mahu tiga yang ada dikekalkan.Turut hadhir adalah Dato Syed Ali Alhabshi Cheras Bandar Tun Razak dan Dato Faridah Hasan Bandar Tun Razak.

Hairan pula... ada ke Majlis Tertinggi buat keputusan supaya tiga jawatan Naib tidak dipertandingkan?Jawatankuasa politik pun tidak ada buat keputusan sedemikian. Tak tahu kenapa ada kata-kata demikian dari PM kerana tak ada pemimpin yang  ada buat kenyataan supaya tiga jawatan tersebut tak dipertandingkan.

Sebelum ini, sudah dengar desas desus Ku Nan kata buat apa Tan Sri Isa nak tanding bila dia pernah digugurkan.Betul ke salah untuk bertanding jawatan dalam UMNO? Kalau salah, sebutlah piha pengurusan atau PM kata tiga jawatan naib tak perlu dipertandingkan dalam usaha nak meremajakan UMNO dan membawa transformasi politik.

Ditakuti ini hanya Ku Nan jual nama PM. Kalau PM tak mahu Isa atau Mukhriz atau Ali tanding, pasti dia sudah suarakan dan orang ketahui. Setakat yang diketahui, ketiga-tiga ada memberitahu PM sebelum tanding dan PM hormati hak mereka nak tanding dan menawarkan diri.

Keadaan menjadi bising dan sorak dari yang hadhir hingga ada suara dari bawah yang bangun berkata, "Kalau malam ini untuk perkenalkan Dato Zahid, badan Perhubungan patut adakan majlis untuk perkenalkan kelima-lima calun Naib yang lain."

Ku Nan jawab, "Tak boleh, saya tak benarkan. Hanya untuk tiga Naib Presiden yang ada saja."

Keadaan menjadi hingar bingar. Ku Nan tidak berhenti di situ. Dia turut mengkritik secara terbuka seorang bernama Sara yang membantu bekas Ketua Bahagian Seputih Dato Hisham Majid untuk tanding jawatan Ketua Bahagian Seputih.

Ini betul-betul pelik. Sorak dan bising terus menggegerkan.Ku Nan naik marah lalu membuat amaran kepada penuntun yang ada.

Katanya, "Saya kepala gxxxxxr"Ini adalah sesuatu yang tak patut berlaku. Sebagai Setausaha AGong dia patut bebas dari menyokong mana-mana pihak. Ditambah lagi, dia juga terlibat dengan pemilihan.

Dikhuatiri bahawa calun-calun tidak akan dapat proses pemilehan yang adil.

Harapnya Ku Nan menarik balik kata-kata dan jelaskan ini hanya ketelanjuran, Mintak maaf ... settle.

- malaysiansmustknowthetruth


Read More...

Wednesday, 25 September 2013

EKSLUSIF - Isteri Mat Yo Memohon Maaf

Read More...

Spaeker Parlimen Tonjolkan Sikap Bodoh, Angkuh Dan Sombong

Ahli Parlimen Padang Serai dari PKR, N Surendran (gambar) diarah keluar sidang Dewan Rakyat oleh speaker kerana membangkitkan pertanyaan berkenaan kes kematian dalam tahanan sebelum bermulanya sesi sidang Dewan Rakyat.

Naib Presiden PKR itu diarahkan keluar serta-merta oleh Tan Sri Pandikar Amin Mulia.Surendran ketika sidang media sejurus dihalau keluar berkata, beliau menggunakan Peruntukan 14 F yang membenarkan petisyen dibawa ke Dewan Rakyat sebelum sesi soal jawab.


"Mengikut Peruntukan 14 F, petisyen boleh dibawa sebelum sesi soal jawab. Tapi speaker halau saya sebab bangkitkan perkara ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Sebelum itu, kekecohan berlaku apabila keluarga Karuna Nithi Palani Velu, individu yang terlibat dalam kes kematian dalam tahanan di Negeri Sembilan cuba memasuki kawasan sidang media namun dihalang pegawai keselamatan Parlimen.

"Tengok bahasa yang digunakan Ahli Parlimen BN, seperti 'biadap', dan itu ini. Umno menghancurkan negara ini," kata Surendran."Ini peringkat tertinggi kesombongan speaker yang dilantik oleh BN (Barisan Nasional)," katanya.

Surendran berkata, rayuan petisyen berkenaan dibangkitkan beliau selepas Karuna meninggal dunia dalam tahanan polis pada 1 Jun lalu dan doktor mengesahkan terdapatnya 49 kesan pukulan di badan mangsa.

Disebabkan tiada pembelaan, Surendran cuba membawa isu berkenaan ke Parlimen, namun ditolak speaker.Pandikar bagaimanapun sejurus Surendran meninggalkan sidang berkata, tindakan itu terpaksa dilakukannya kerana tidak menghormati ahli Parlimen yang lebih senior.

"Ini bukan soal baru, ini pernah dibangkitkan ahli Parlimen yang lebih lama."Dalam keadaan seperti ini, suara-suara itu walaupun tidak berdiri saya dengar juga, jangan suatu hari nanti saya halau juga, jangan," katanya memberi amaran. ~the malaysia today

Read More...

Tuesday, 24 September 2013

Mukhriz Cadang Lantik Adun Pas Jadi Exco Kedah

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata beliau pernah mempertimbangkan untuk menawarkan satu slot exco negeri buat wakil rakyat PAS demi mengurangkan perseteruan politik di negeri itu selepas BN kembali menawan Kedah.

"Kita sebenarnya pertimbangkan segala macam cara untuk mengurangkan sedikit 'suhu' politik dalam negeri Kedah.

"Antara caranya yang dicadangkan salah satunya mengenai tawaran kerusi exco," kata calon naib presiden Umno itu pada sidang media petang tadi.

Read More...

Jamuan Raya Mewah PM Malaysia

RM2.88 juta - ini kosnya bagi menjamu 80,000 tetamu yang melawat kediaman perdana menteri semasa sambutan rumah terbuka hari raya Aidilfitri, Parlimen diberitahu hari ini.

Dalam jawapan bertulis, menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim juga mendedahkan, katerer Kuzie Catering telah menyediakan makanan untuk tetamu dengan kos RM36 seorang.


Anggota Parlimen Seremban Anthoney Loke yang bertanya soalan itu kemudian berkata beliau tidak dapat memberikan komen yang adil kerana tidak tahu sama ada jumlah itu berbaloi atau tidak.

"Bagaimanapun, saya mahu umumkan angka yang saya peroleh ini, jadi rakyat, terutama yang berkunjung ke rumah perdana menteri dan isterinya, sebelum makan, mereka tahu sama ada RM36 itu berbaloi atau tidak," katanya.

Read More...

Video Perangai Hodoh Isteri Mat Yo Maki Hamun Orang Tua




Read More...

Lagi Tindakan Gila Kerajaan Selangor

Rakyat negeri Selangor akan terus menikmati pemberian 20 meter padu air percuma untuk tempoh 10 tahun akan datang, kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Jaminan itu dinyatakan Khalid ketika berucap pada Majlis Dialog Belanjawan 2014, di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya hari ini.


Menurutnya, jika penstrukturan air di Selangor berjaya dilaksanakan, maka susidi air percuma itu akan diteruskan kepada tempoh yang lebih panjang.

“Penyusunan semula industri air ketika ini ada nampak cahaya di hujungnya tetapi masih belum selesai dan kita akan meneruskan program subsidi ini untuk tempoh 10 tahun akan datang.

“Kita harap dapat selesaikannya kerana kita tidak mahu aset yang paling penting untuk rakyat ini diuruskan oleh pihak yang tiada kepakaran,” katanya dipetik Selangorku.

Sebelum ini, Khalid memberitahu penyusunan itu akan diselesaikan sebelum 31 Disember depan selaras dengan Akta Industri Perkhidmatan Air (Wasia) 2006.

Perkara berkenaan diputuskan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam surat bertarikh 9 September lalu.

Khalid turut memaklumkan penstrukturan itu akan memberi kemampuan kepada Kerajaan Negeri untuk menjelaskan hutang kira-kira RM1 bilion kepada Kerajaan Pusat.

“Selepas hutang itu diselesaikan, hutang Kerajaan Negeri hanya tinggal tidak lebih RM200 juta.

“Jadi oleh kerana rizab negeri ketika ini sebanyak RM3 bilion, jadi negeri Selangor tidak perlu meminta sedekah lagi, dengan ini kita dapat melaksanakan pembangunan negeri dengan baik,” katanya.


Read More...

Monday, 23 September 2013

Kerajaan Selangor Buat Kerja Gila..

SUBANG JAYA 23 SEPT : Sempena Belanjawan Selangor 2014, Kerajaan Negeri akan menaikkan had kelayakan Hadiah Anak Masuk Universiti daripada pendapatan seisi rumah RM1,500 sebulan kepada RM3,000 sebulan.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kedudukan kewangan negeri yang kukuh membolehkan pemerkasaan program-program pro-rakyat seperti ini.


“Kita mampu meningkatkan insentif ini berikutan rezab negeri yang semakin bertambah sehingga mencecah hampir RM3 bilion,” katanya dalam majlis perasmian Majlis Dialog Belanjawan 2014 di Hotel Grand Dorsett Subang Jaya.

Skim ini merupakan salah-satu daripada program pro-rakyat dibawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).Hadiah RM1,000 diberi kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah, untuk memudahkan mereka melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.

Setakat ini, jumlah direkodkan mencatatkan lebih RM35.7 juta dibelanjakan dengan kira-kira 35,722 peserta mendapat manfaat dari program Hadiah Anak Masuk Universiti itu.

“Sambutan kepada program ini amat membanggakan dan ia ternyata membawa manfaat besar kepada rakyat Selangor,” tegas beliau.


Read More...

Thailand Malukan Kerajaan Umno

Read More...

Sunday, 22 September 2013

Mukhriz Hanya Menumpang Aura Mahathir

SHAH ALAM – Sama ada mampu atau tidak mengenepikan bayangan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Mukhriz Mahathir dilihat mampu berdiri sendiri dan memberi saingan sengit untuk memenangi jawatan Naib Presiden Umno dengan prestasi yang ditunjukkan sepanjang karier politiknya.

Penganalisis politik, Prof Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, Mukhriz layak untuk bertanding jawatan tersebut kerana memenuhi landskap politik semasa  di dalam Umno.


Menurutnya, ketokohan dan kredibiliti yang ditunjukkan Mukhriz semasa menganggotai Kabinet juga salah satu kekuatan sehingga layak untuk dipilih sebagai naib presiden parti itu.

“Kekuatan Mukhriz ini sebab beliau kompeten kepada tuntutan politik semasa yang mahu tokoh muda dan imej bersih untuk meremajakan Umno.“

Beliau juga ada ketokohan dan rekod yang baik dalam Umno yang boleh menjadi indikator baru pada parti,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Mengikut laporan media, jawatan Presiden Umno bakal menyaksikan persaingan enam penjuru di mana tiga penyandang sedia ada dan tiga calon baru termasuk Mukhriz.

Calon yang menawarkan diri untuk bertanding dan mempertahankan jawatan dilihat lebih “berpengalaman” dalam bidang politik seperti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad berbanding Mukhriz.

Dalam pada itu, Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM),  Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani turut menyenaraikan tiga kekuatan Mukhriz yang melayakkannya memenangi jawatan tersebut.

Katanya, meskipun Mukhriz tidak boleh lari daripada bayangan Dr Mahathir namun kehebatannya menjaga “track record” penyumbang untuk kemenangan dalam perebutan itu.

Azizuddin berkata, kejayaan Mukhriz yang selaku Menteri Besar Kedah membawa senario baru dalam pentadbiran  juga bakal meraih sokongan penuh daripada ahli Umno di negeri tersebut.

“Beliau yang jadi timbalan menteri sebelum ini dapat mengekalkan imej bersihnya dengan tidak mengamalkan politik wang, rasuah dan sebagainya.

“Selain itu, Mukhriz juga dilihat mampu mengalahkan calon lain kerana kepercayaan yang diberikan serta kasih sayang terhadap Tun Mahathir yang ditunjukkan rakyat negeri itu pada PRU lalu di mana Mukhriz dipilih menjadi Menteri Besar,” jelasnya.

Selain itu, Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan berkata, kehebatan Mukhriz adalah prestasinya yang ‘negatif’.

Katanya, ini kerana Ahli Parlimen Jerlun itu tidak pernah mempunyai jawatan yang mencabar dalam Umno selain pernah menjadi timbalan menteri dan timbalan ketua Pemuda.

“Dia orang baru, dia ada rekod ‘negatif’ dalam Umno, orang tak tahu lagi apa prestasi dia dalam parti.“Itu kelebihan dia sebab rekod ‘negatif’ (tak ada rekod),” jelasnya.

Beliau turut berkata, calon baru yang lain juga tidak begitu menonjol akan memberi kelebihan kepada Mukhriz untuk merebut jawatan tersebut.

“Yang ada tiga orang penyandang lama dan dua calon baru pun tak hebat sangat, tak menonjol sangat,” tambahnya.

“Beliau juga tak boleh nak ketepikan pengaruh bapanya, Tun Mahathir bagi memastikan kemenangannya, beliau perlu bangga sepatutnya,” kata Jayum.

Proses penamaan calon pemilihan Umno 2013 berlangsung serentak di seluruh negara semalam, menyaksikan buat pertama kalinya kaedah pemilihan baharu yang lebih telus dan demokratik digunakan parti itu.


Read More...

P. Pinang Beri RM40 Ribu Kepada Adun BN

GEORGE TOWN: 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang Umno BN di negeri ini diberikan peruntukan untuk projek pembangunan kecil sebanyak RM40,000 setahun mulai 2014. 

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu dibincangkan dalam mesyuarat Exco negeri pada 18 September lalu dan telahpun diluluskan secara prinsip. 


“Selepas mekanisma peruntukan RM40,000 setahun ini ditetapkan, maka ia akan dibentangkan dalam Belanjawan 2014 kepada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada akhir tahun ini,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Selepas kemenangan Pakatan Rakyat (PR) dengan tambahan undi popular sebanyak 10 peratus kepada 68 peratus dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) pada bulan Mei lepas, ada 30 Adun PR dan 10 Adun Umno BN. 

Sebelum ini, kata Lim kerajaan negeri telah cuba menjemput Adun-Adun Umno untuk menyertai keahlian jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri agar mereka ada membuat kerja sambil menerima peruntukan. 

Akan tetapi, ujarnya tawaran ikhlas kerajaan negeri telahpun ditolak sama sekali dengan begitu angkuh sekali oleh Adun Umno kerana tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan PR.

Katanya, kerajaan negeri mahu Adun Umno menjadi ahli jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana bimbang mereka tidak akan ikut standard operating procedure yang ditetapkan seperti tender terbuka secara kompetitif, berintegriti dan melarang penglibatan ahli keluarga pemimpin-pemimpin daripada melibatkan diri dalam urusniaga dengan kerajaan.

Read More...

Utusan Buat Cerita Bodoh Lagi

Utusan Malaysia berspekulasi bahawa tarikh kematian bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dirancang daripada 15 kepada 16 September bagi mengaitkannya dengan semangat nasionalisme Hari Malaysia.

Memetik sumber, Utusan Onlinemelaporkan, Chin Peng dipercayai meninggal dunia di Hospital Bangkok pada petang 15 September tetapi kematiannya dilaporkan pada awal pagi 16 September, ketika sambutan Hari Malaysia.


"Dipercayai tarikh (kematian) pada hari Isnin itu dipilih supaya Chin Peng diingati oleh penyokongnya yang secara kebetulan jatuh pada hari penting buat seluruh rakyat Malaysia menyambut hari pembentukan negara Malaysia."

Pihak kami mendapat maklumat ini merupakan agenda terancang pihak-pihak tertentu kononnya mahu mengaitkan kematian Chin Peng sebagai semangat nasionalisme," beliau dipetik sebagai berkata kepada Mingguan Malaysia.

Menurut sumber itu lagi, pihaknya akan cuba bekerjasama dengan hospital di Bangkok bagi mendapatkan kesahihan maklumat yang diterima mengenai tarikh sebenar kematian pemimpin kanan PKM itu.


Read More...

Hanya Di Malaysia - Wartawan Dikejar Warga Bangladesh..

KUALA LUMPUR - Paparan sisipan X-klusif mengenai kebanjiran warga asing mendominasi kawasan-kawasan tertentu di Lembah Klang yang disiarkan Rabu lalu, mendapat pelbagai reaksi pembaca.

Pejabat operasi Sinar Harian di Shah Alam, dihujani panggilan telefon daripada pembaca yang rata-ratanya memuji usaha meninjau kawasan terbabit.


Semalam, sekali lagi wartawan dan jurufoto Sinar Harian melakukan tinjauan di Jalan Silang, sebaik menerima maklumat terdapat aktiviti perjudian di kalangan warga asing di salah sebuah kedai makan di situ.

Bagi mendapatkan kesahihan itu, kami menyelinap masuk ke dalam kedai makan dimaksudkan oleh orang yang memberi maklumat.

Selepas hampir satu jam menunggu, sekumpulan lelaki warga Bangladesh berusia antara awal 30-an dan 40-an muncul dan duduk di meja berhampiran.

Kumpulan itu dilihat bersembang selama beberapa minit sebelum salah seorang daripada mereka menyusun buah dam.

Gerak-geri mereka diperhatikan oleh wartawan Sinar Harian. Ternyata sangkaan mereka mahu bermain dam meleset apabila salah seorang daripada warga Bangladesh yang agak tua mula mengeluarkan wang secara sembunyi-sembunyi dari bawah meja.

Jurufoto Sinar Harian cuba merakamkan gerak-geri kumpulan warga Bangladesh itu, namun tidak berjaya kerana mereka bijak menyembunyikan wang terbabit, namun selepas beberapa ketika, kehadiran kami mula disedari mereka.

Ketika itu wartawan, Ahmad Ismadi Ismail dan jurufoto, Zulfadhli Ahmad Zaki berhadapan detik cemas apabila kumpulan terdiri daripada lima lelaki warga Bangladesh itu bangun dari kerusi dan berkata sesuatu dalam bahasa mereka, sebelum bertindak mengejar kedua-dua mereka.

Mereka terpaksa melarikan diri sejauh kira-kira 100 meter dan bersembunyi di salah sebuah restoran makanan segera selepas melihat kelima-lima lelaki Bangladesh itu memegang senjata seperti pisau lipat.

Selepas keadaan reda, wartawan dan jurufoto bergegas keluar dari kawasan berkenaan.

Sementara itu, jejambat di Kampung Pandan Dalam dekat sini turut menjadi lokasi tumpuan warga asing berkumpul.

Seperti di Jalan Silang, kawasan bawah jejambat itu turut dijadikan 'port' bermain judi secara terbuka selain aktiviti tidak sihat lain. - SH

Read More...

Saturday, 21 September 2013

Persaingan Tiga Penjuru Jawatan Ketua Wanita Umno

Saingan bagi jawatan Ketua Wanita Umno bakal menyaksikan perlawanan tiga penjuru, selepas bekas timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan menghantar borang penamaan calon pada saat akhir hari ini.

Dengan perkembangan terbaru ini, penyandang Ketua Wanita Umno Datuk Shahrizat Jalil tidak mendapat laluan mudah untuk mempertahankan jawatan yang disandangnya.


Maznah, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Muadzam Shah, dikatakan adalah musuh utama kepada Shahrizat.

Wakil kepada Maznah hadir pada jam 4.50 petang untuk menyerahkan borang bagi pihaknya tetapi enggan memberikan sebarang komen mengenai penyerahan borang tersebut.

Shahrizat juga akan berdepan seorang lagi lawannya iaitu Ketua Wanita Umno Kulim Bandar Baru, Raihan Sulaiman Palestin.

Bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia dan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai tersebut bergelut dengan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) selepas projek kontroversi  berkenaan diserahkan kepada syarikat milik keluarganya.

Pendedahan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa dana RM250 juta bagi projek berkenaan disalahguna daripada tujuan projek ternakan lembu fidlot dan digunakan untuk membeli hartanah.

Minggu lalu, bekas Setiausaha Politik Shahrizat Datuk Suhaimi Ibrahim telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana 1Azam.

Beliau memegang jawatan Ketua Wanita setelah mengalahkan pencabarnya yang juga merupakan penyandang terdahulu iaitu Tan Sri Rafidah Aziz semasa Perhimpunan Agung Umno 2009. - TMI

Read More...

Dari Mana Ambiga Dapat Duit?

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mempertahankan dakwaannya yang BERSIH pernah menghantar warganegara Bangladesh yang menyamar sebagai warganegara ke kawasan parlimen Putrajaya dalam pilihan raya umum lalu.

"Dengan mata saya sendiri, saya nampak satu teksi, dengan tiga orang Bangladesh dan satu orang putih.


"Dia sengaja masuk dalam tempat mengundi dan tentunya kerja kita maklumkan kepada EC (SPR) bahawa ini bukan pengundi, jangan bagi dia masuk.

"Apabila kita kejar, dia lari. Bila kita tanya dia, dia kata dia diupah. Jadi siapa yang hantar?" kata Tengku Adnan kepada pemberita sewaktu ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi tadi.

Beliau turut menegaskan yang beliau tidak berminat untuk berbincang dengan BERSIH dan sebarang perbincangan akan hanya berlangsung di antara BN dan Pakatan Rakyat di Parlimen.

"Kalau segi nak bincang dengan mereka, mereka akan politikkan."Kalau nak bincang, kita ini anggota Parlimen, dia (Pakatan Rakyat) ada 89 (MP dan) kita ada 133 (MP).

"Bincang di parlimen sajalah," katanya.Beliau mengulas kenyataan Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga yang menggesa Adnan agar memberi keterangan di hadapan Tribunal Rakyat yang dianjurkan BERSIH berkenaan dakwaannya itu.

Bercakap lanjut, Adnan mencabar Ambiga agar mendedahkan sumber dana BERSIH dalam menjalankan aktivitinya. "Saya pun nak tanya dengan Ambiga, daripada mana dia dapat duit?

"Barangkali dia ada dalang-dalang tertentu yang mengguna pakai kononnya atas nama BERSIH sebagai NGO tetapi menjahanamkan negara ini," katanya.


Read More...

Thursday, 19 September 2013

Sah, Mukhriz tanding naib presiden

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan parti itu bulan depan.

Mukhriz yang juga pengerusi Umno Kedah, mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan tersebut di kediaman rasminya di Seri Mentaloon di Alor Setar petang ini.

Read More...

Taib Mahmud Sumbang Berbillion Dollar Untuk Universiti di Australia

Sekumpulan pelajar Adelaide University di South Australia hari ini berhimpun bagi membantah tindakan universiti yang menamakan satu kawasan laman di kampus tersebut sempena nama Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.


Kumpulan tersebut berhimpun pada kira-kira jam 10.30 pagi di kawasan yang digelar ‘Taib Mahmud Court’ itu.Ia dinamakan demikian pada Disember 2008 sebagai memperingati “sokongan besar dan usaha yang tidak mengenal penat lelah untuk mempromosi dan mengukuhkan hubungan antara Austalia dan Malaysia”,  menurut satu tulisan dalam penerbitan kampus tersebut, Adelaidean.

Taib yang juga alumni Adelaide Universituy diketahui membuat sumbangan berjumlah berbilion dolar kepada kampus tersebut.Bagaimanapun, siswa yang membuat bantahan hari ini menyeru agar pihak universiti menjauhkan diri dari “wang darah” Taib.

Satu gambar yang dimuatkan di Facebook pagi ini menunjukkan kira-kira 40 orang berhimpin dengan kain rentang besar bertulis: Katakan tidak pada Laman Taib Mahmud dan wang darahnya di Adelaide University”.

Kumpulan berkenaan sebelum ini menyatakan di Facebook bahawa mereka membantah kerana “enggan menerima bahawa pendidikan mereka... dibiayai oleh penderitaan orang, hutan dan binatang.

”Siswa berkenaan menyatakan bahawa mereka tidak mahu Taib Mahmud, serta rangkaian atau syarikat terlibat mempunyai hubungan dengan  pendidikan tinggi di Australia Selatan.


Read More...

Tidak Salah Jika Tak Bayar Saman AES

KOTA KINABALU:Peguam Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Shariff menjelaskan sesiapa yang mendapat saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan tidak membayar saman tersebut bukan satu kesalahan.

Beliau berkata, di dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 tidak mengandungi arahan bahawa saman atau kompaun itu wajib dibayar.


"Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengeluarkan arahan agar membayar saman dengan kadar yang baru iaitu RM150 tetapi jumlah tersebut akan meningkat jika engkar arahan.

"Saya nak cabar Hishamuddin tunjukkan dalam akta tersebut yang mengarahkan saman itu perlu dibayar, kalau dia boleh tunjuk sepatah ayat mengatakan bahawa saman atau kompaun perlu (wajib) dibayar, saya akan membayar kesemua saman-saman AES  yang telah dikeluarkan," ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan keputusan kerajaan yang meminta pemandu yang mendapat saman membayar kompaun dengan jumlah denda yang baru.

"Kompaun tidak wajib dibayar. Saman AES ialah perintah supaya hadir mahkamah bukan minta dibayar RM300 atau RM150 atau berapa sekali pun.

"Jika penerima saman tidak membayar kompaun, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika telah diserahkan kepada PDRM, tidak boleh menyenarai hitam kerana saman itu tidak tertunggak selagi tidak dibawa ke mahkamah.

Sekarang prosiding AES di mahkamah masih ditangguhkan, jadi tiada apa-apa tindakan boleh diambil jika penerima saman abaikan saja saman-saman tersebut.

"Yang tidak mahu ke mahkamah itu ialah Peguam Negara bukan penerima saman. Jadi kenapa penerima saman hendak dihukum atas tindakan Peguam Negara yang tidak mahu ke mahkamah?" tanya beliau.

Beliau melihat keputusan tersebut adalah kerana kerajaan perlu membayar kepada syarikat pembekal mengikut perjanjian yang telah dipersetujui.

Katanya, atas sebab pemandu yang kena saman AES tidak dapat didakwa dan terdapat saman-saman yang dibatalkan di mahkamah kerana mempunyai masalah teknikal dari sudut pendakwaan, maka kerajaan mengugut agar pemandu membayar saman-saman tersebut agar syarikat pembekal mendapat bayaran.

"Saya pasti kerajaan terdesak untuk bayar kepada syarikat pembekal, jika sebelum ini setiap satu saman mereka akan dapat RM16 dan jumlah denda sekarang RM150 sudah pasti pembekal mendapat RM8.

"Untuk kerajaan tidak membayar komisyen tersebut adalah satu yang mustahil kerana ia terkandung di dalam perjanjian, dan jika benar kerajaan tidak mahu bayar, satu jumlah pampasan yang besar perlu dikeluarkan untuk kos ganti rugi mereka," tambah beliau.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pemandu yang menerima saman AES agar tidak membayar saman tersebut dan hadir ke mahkamahBeliau bersedia untuk mewakili mereka kerana terdapat saman-saman yang sebelum ini telah dibatalkan oleh mahkamah.


Read More...

PANAS - Anwar Arahkan Chin Peng Dibunuh Pada 16 September


Baca seterusnya di sini

Read More...

Kereta Mewah Itu Bukan Kereta Saya..

KUALA LUMPUR - Bekas setiausaha politik kepada bekas menteri kabinet, Datuk Suhaimi Ibrahim hari ini menafikan laporan akhbar semalam bahawa sejumlah kereta mewah yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah milik beliau.

"Tidak satu pun kereta saya ditahan oleh SPRM," katanya kepada Bernama di sini semalam.


Suhaimi juga mendakwa bukan beliau seorang sahaja yang dipanggil oleh SPRM berhubung siasatan berkaitan satu projek kerajaan, tetapi juga beberapa individu lain.

SPRM baru-baru ini mengesahkan suruhanjaya itu sedang menjalankan siasatan mengenai perkara tersebut dan telah memanggil seorang bekas setiausaha politik untuk membantu siasatan. - Bernama

Read More...

Wednesday, 18 September 2013

Apa Sahaja Demi Memenangi Hati Kaum Cina?

Gambar Hiasan


MCA desak kerajaan benar abu mayat Chin Peng dibawa pulang

Putrajaya perlu membenarkan abu mayat Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya Chin Peng di bawa masuk ke Malaysia demi menghormati Perjanjian Hatyai, kata MCA.

Naib Presiden parti komponen Barisan Nasional (BN) itu, Gan Ping Siew menegaskan, masyarakat antarabangsa akan memandang serong terhadap Malaysia sekiranya terus melarang abu mayat Chin Peng di bawa masuk ke negara.

"Kubur Karl Marx sekali pun ditempatkan di tengah ibu kota London walaupun empayar British menderita akibat ideologi Komunis yang dibawanya," kata Gan merujuk kepada pengasas ideologi komunis itu.

Tindakan diambil Putrajaya itu menurut Gan hanya akan menambah derita negara ketika pendudukan komunis di negara ini dan rakyat akan terus terseksa dengan bisa peperangan terdahulu.

"Perjanjian Damai Hatyai memperuntukan jaminan kerajaan terhadap mereka yang meletakkan senjata...ia seharusnya turut terpakai terhadap mendiang Chin Peng," kata Gan lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, meskipun Jepun pernah menjajah Malaysia suatu ketika dahulu, negara ini tetap mengadakan hubungan diplomatik dengan negara itu dan mengapa tidak dengan Chin Peng.

Semua agama tegas Gan menuntut penganutnya mengamalkan budaya memaafkan.

Putrajaya sebelum ini menolak gesaan agar abu mayat pemimpin Komunis itu di bawa ke negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan mempertimbang sebarang permintaan daripada anggota keluarga Chin Peng supaya mayat bekas pemimpin PKM itu dibawa pulang ke negara ini untuk urusan pengebumian.

Najib menegaskan bekas ketua pemimpin komunis yang meninggal dunia di Bangkok itu akan terus diingati sebagai pemimpin pengganas yang terlibat melakukan pelbagai kekejaman terhadap rakyat dan serangan ke atas pasukan keselamatan.

Chin Peng dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok kira-kira jam 6.20 pagi kerana sakit tua.

Dia dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di Sitiawan, Perak. – TMI






Read More...

Blogger Umno Tiba-Tiba Jadi Pembela Nombor 1 Harun Taib

Inilah bukti betapa mudahnya puak - puak Pakatan Haramjadah tu membuat spekulasi dan persepsi untuk memburuk - burukkan sesuatu keadaan.

Dengan hanya menggunakan sebaris ayat sahaja sudah cukup untuk membuat kesimpulan terhadap apa yang diperkatakan sebelum ini. Itu ke yang dinamakan Keadilan?

Jika sebelum ini, kenyataan penuh pemimpin Pakatan Haramjadah tu disiarkan oleh pihak media, pasti ada sahaja yang menuduh ianya telah diputar belitkan.


Sudah tentu ada orang akan kata yang kenyataan mereka itu diambil dari luar konteks. Tapi bagaimana pulak kalau diorang sendiri yang buat benda macam tu?

Adakah ianya Halal bagi mereka untuk melakukan perkara sedemikian? Lebih teruk, diorang buat pada pemimpin diorang sendiri. Bukannya kepada orang lain.

Semalam Ketua Dewan Ulama PAS tu mencadangkan supaya PAS menkaji semula kerjasama mereka dalam Pakatan Haramjadah tu demi untuk kelansungan perjuangan.

Apa yang dijelaskan oleh Harun Taib secara panjang lebar tu adalah untuk demi kebaikkan parti dan ianya perlu dipandang secara serius oleh PAS sendiri.

Harun Taib melihat kerjasama PAS dengan komponen lain dalam Pakatan Haramjadah tu hanya merugikan mereka. Terutama sekali dengan PKR.

Tetapi, kenyataan Si Harun Taib tu telah disalah ertikan oleh Pencacai Pakatan yang lain dan mendakwa kononnya Harun Taib nak PAS keluar dari Pakatan.


Nah!!! Lihat sendiri bagaimana mereka cipta persepsi dan memaki hamun pemimpin mereka tanpa merujuk kepada kenyataan penuh yang dikeluarkan sebelum ini.

Diorang ambik apa yang diorang nak tau je dan selebihnya diorang buang dalam tong sampah. Jadi, memang patut sangat la orang jenis ni amat mudah diperbodohkan oleh Si Ketua Penipu tu sebab diorang memang senang sangat kena Tipu!!!

Dipetik dari Blog Pencacai Umno

Berita Berkaitan : Apa Habuan Yang Dijanjikan Umno Kepada Harun Taib Agaknya??


Read More...

Apa Habuan Yang Dijanjikan Umno Kepada Harun Taib Agaknya??



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan PAS.

Menurut beliau, BN sentiasa terbuka mengambil apa jua langkah termasuk mengadakan perbincangan bersama PAS bagi tujuan menyatu padukan umat Islam.

"Kita tidak kisah bekerja bersama PAS atau Pakatan sekiranya ia demi kepentingan Muslim di negara ini dan kita yakin sekiranya Umno bekerjasama dengan PAS banyak yang dapat dicapai," kata beliau dalam Program Sesi Dialog Timbalan Perdana Menteri bersama pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak hari ini.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib dalam ucaptamanya semasa Multaqa Ulama Se-Malaysia yang dianjurkan PAS telah mencadangkan agar kerjasama politik di antara parti Islam itu dan Pakatan Rakyat (PR) terutamanya PKR dikaji semula.

Ini ekoran rasa tidak puashati mereka dalam kerjasama dengan PR khususnya PKR.



Read More...

Tuesday, 17 September 2013

Ditahan Bersama Lima Kereta Mewah

Seorang bekas setiausaha politik kepada seorang ahli politik terkemuka Umno ditahan Jumaat lalu untuk disiasat berhubung tudughan menyalahguna dana kerajaan menerusi program 1Azam (Akhiri Zaman Miskin).

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan tersebut, dan turut mengakui bahawa individu berkenaan juga adalah bekas ADUN dan bekas pemimpin pelajar.


"SPRM mengesahkan penahanan individu tersebut untuk tujuan membantu siasatan. Beliau dibebaskan pagi ini selepas keterangannya dirakam," kata pegawai yang enggan dinamakan itu.

Menurut sumber SPRM, penahanan itu dibuat susulan maklumat orang ramai. Dipercayai beberapa kenderaan mewah milik individu tersebut turut dirampas SPRM.

Program 1Azam adalah program perintis yang merupakan sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diusahakan pentadbiran Najib dan diuruskan kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Progam 1Azam yang mensasarkan golongan miskinn tegar direka untuk menyediakan peluang pekerjaan dan latihan kemahiran.


Read More...

Utusan Diperintah Bayar RM40 Ribu Kepada Husam Musa

Mahkamah hari ini memerintahkan akhbar Utusan Malaysia menarik kembali satu laporan bertarikh 31 Mei 2009 yang didapati memburuk-burukkan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Akhbar itu juga diperintahkan untuk menyiarkan pengumuman penarikan balik rencana itu pada halaman 9 akhbar edisi hujung minggu Utusan, Mingguan Malaysia pada 22 September ini.


Peguam Husam Balan Nair Dahmodaran berkata akhbar milik Umno itu juga diperintahkan membayar kos sebanyak RM40,000 kepada HusamBalan ketika dihubungi Malaysiakini berkata, keputusan itu dibuat oleh Hakim Siti Khadijah S Hassan Badjenid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

Husam sebelum ini menamakan Utusan Malaysia, penulis rencana Zulkiflee Bakar dan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak dalam tuntutannya.Ia berhubung rencana bertajuk 'Menilai hujah Husam' yang disiarkan akhbar itu yang dianggap memburuk-burukkan Husam sewaktu pemilihan PAS semakin hampir pada masa itu.

Menurut Husam, rencana itu memberikan gambaran beliau tidak setia kepada PAS dan idealismenya, tidak boleh dipercayai, berniat untuk membahayakan kepentingan PAS, serta merupakan musuh kepada PAS. 


Read More...

Perbezaan pengganas PKM dengan Perasuah Negara

Pengerusi Parti Komunis Malaya yang di haramkan, Chin Peng, telah mati di Bangkok pada Hari Malaysia, 16hb September 2013. Kematiannya telah menjadikan ahli politik mengambil kesempatan untuk menunjuk-nunjukkan kesetiaan kepada negara dengan membuat kenyataan yang garang-garang terhadap orang yang telah mati dan tidak bernyawa itu.

Ada pemimpin UMNO dan NGO yang dahagakan isu untuk di sebut menggunakan kematian Chin Peng ini untuk menempelkan rasa sayang dan cintakan negara dengan meminta mayatnya tidak dikebumikan di negara ini kerana tindakan parti itu masuk kehutan dan menjadi pengganas kepada negara.


Saya tidak mahu memberikan komen tentang kematian Chin Peng ini kerana dia telah meninggal dunia dan ramai orang tidak sedar pun yang Chin masih hidup sehingga mendapat berita tentang kematiannya pada 16hb September yang lalu.

Saya lebih cenderung untuk memberikan ulasan tentang kenyataan-kenyataan yang ‘made belief heroes’ dalam UMNO dan beberapa orang pemimpin NGO yang sibuk untuk menunjukkan kesetiaan kepada negara dengan membidas orang yang telah mati itu.

Benar Chin Peng telah membunuh dan menyeksa ramai rakyat yang bertuankan British semasa parti itu masuk kehutan dahulu. Tetapi kita jangan lupa yang keganasan Chin Peng itu tidak ada bezanya dengan parti dan pemimpin yang merosakkan negara melalui tindakan rasuah dan menyalahgunaan kuasa.

Pemberontakan Chin Peng itu menghasilkan kematian banyak tubuh dan jasad manusia tetapi sikap rasuah yang menjahanamkan negara juga telah banyak menindas perasaan dan membunuh jiwa rakyat yang berjuta bilangannya dinegara ini.

Pendeknya Chin Peng telah membunuh tubuh ribuan manusia tetapi sikap rasuah dan salahguna kuasa pemimpin itu telah membunuh keseluruhan sistem kerajaan dan demokrasi negara kita. Rasuah telah membunuh jiwa berjuta rakyat negara ini. Kerajaan yang rasuah dan menggunakan kuasa telah merobohkan segala sistem dan ‘fabric’ politik dan kenegaraan kita dan itu sangat membunuh perasaan rakyat.

Kadang-kadang kita lupa apabila kerajaan itu rasuah ia akan membawa kekecuhan politik dan minda rakyat. Kelemahan dan kesalahan itu telah diperguna oleh pihak parti politik yang bertentangan untuk mendapat simpati rakyat untuk mengambil kuasa yang sesungguhnya belum tentu boleh membaik pulih budaya rasuah itu. Ada tanda-tanda jika pihak yang lain mendapat kuasa pun belum tentu sistem pentadbiran kerajaan serta politik negara itu akan mampu dipulihkan.

Parti Komunis Malaya telah diharamkan dan pimpinannya telah pun mati seorang demi seorang. Tidak perlu kita jadikan sebagai isu untuk mendapat publisiti murahan kerana politik masing-masing. Tidak perlu di ingati peristiwa lama itu.

Kalau pun kita hendak mengingatinya biarlah kita mengingati bagaimana ahli-ahli parti komunis itu keluar untuk memaksa rakyat memberikan makanan untuk mereka didalam hutan dan mencuri makanan rakyat untuk dibawa kedalam hutan di seluruh negara.

Apa yang mereka curi hanyalah makanan untuk menyambung hidup mereka dihutan, tetapi apa yang di curi oleh perasuah negara ini bukan untuk mengalas perut yang lapar tetapi untuk membina ‘empire’ kekayaan untuk mereka sendiri dan keluarga terdekat mereka.

Pengganas komunis semasa itu hanya mencuri beras dan binatang ternakan orang kampung sahaja. Jika dibandingkan jumlah yang dicuri oleh pengganas rasuah negara sekarang ini dan apa yang dicuri oleh pengganas komunis semasa itu adalah terlalu kecil. Lagi pun kecurian makanan dan beras oleh pengganas itu sudah lama berlalu dan tidak berlaku lagi.

Yang kita takuti dan masih merasakan kesakitannya ialah jumlah wang rakyat yang dicuri oleh pengganas rasuah yang belum tentu lagi akan berakhir. Entah bila lagi ia akan berakhir, kita tidak tahu. Ia berlaku dimana-mana dalam skala yang besar dan melibatkan banyak pihak.

Pendeknya kalau di pandang dari sudut nilai dan moral diantara perasuah negara dengan pengganas komunis dahulu, ia tidak lah begitu besar dan jelas perbezaannya. Ia lebih kurang sama tahap nilai dan moralnya.

Cukuplah menjadikan Chin Peng itu modal politik murahan semata-mata. Carilah modal politik yang lain yang boleh menunjukkan perbezaan dengan kita.

Kalau kita masih mahu mengingatinya, kita ingati apa persamaan diantara PKM itu dengan kita untuk dijadikan sempadan dianatar yang baik dan yang salah.

Read More...

Tribunal Penipuan Pilihanraya Bermula Esok

Tribunal Rakyat bermula esok tanpa penyertaan SPR, polis

Tribunal Rakyat yang dibentuk Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk menyiasat rungutan berlakunya kesalahan ketika pilihan raya umum pada 5 Mei akan mendengar testimoni kira-kira 30 saksi pada pendengaran pertama esok.

Ahli Jawatankuasa Penganjur Tribunal Rakyat, Ivy Josiah berkata, selain pengundi, ahli akademik dan wakil badan bukan kerajaan, jemputan turut dihantar kepada polis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.


"Polis memaklumkan mereka tidak akan menghantar wakil," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kepada The Malaysian Insider bahawa SPR tidak akan menyertai tribunal berkenaan kerana tiada sebarang peruntukan undang-undang memerlukan mereka menyertai tribunal sedemikian.

Penyertaan BN masih samar-samar namun ruang disediakan untuk menempatkan mereka, kata Josiah.Bermula 18 September, tribunal yang berlangsung selama lima hari itu akan menyiasat dakwaan ketidakadilan dalam pilihan raya umum ke-13.

Antaranya adalah integriti daftar pemilih yang digunakan SPR dan sama ada dana berlebihan digunakan untuk menarik pengundi. Menegaskan mereka tidak akan menghentam pihak berkuasa, Josiah berkata, mereka akan mendedahkan bukti dengan cara yang bertanggungjawab.

"Atas sebab itu kumpulan perundangan seramai 30 orang menyemak bukti dan menjadikannya perakuan bersumpah," katanya.

Josiah berkata, inkuiri berkenaan amat signifikan kerana ia adalah mahkamah rakyat untuk mencari kebenaran."Ia tribunal rakyat untuk rakyat, bagi mencari kebenaran dan semangat cintakan tanah air," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tribunal itu juga akan menyaksikan penyertaan pakar dari dalam dan luar negara, dan ia adalah inisiatif mereka dari luar jentera kerajaan.BN memperolehi 133 kerusi, hilang sembilan kerusi kepada Pakatan Rakyat (PR) yang memperolehi 89 kerusi.

"Tribunal menyediakan pentas untuk orang ramai menyuarakan suara mereka," katanya.Hampir 70 petisyen pilihan raya direkodkan selepas 5 Mei lalu yang ditolak hakim atas kesalahan teknikal.

Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, tribunal berkenaan tiada kuasa perundangan, namun berkuasa dari segi moral.

Tribunal itu dipengerusikan pakar undang-undang Perlembagaan dan Ketua Penasihat Perlembagaan Unit Khas Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Nepal, Yash Pal Ghai.

Selain itu, panel antarabangsa turut terbabit iaitu bekas Timbalan Pengerusi Komite Pemilihan Umum Indonesia, Ramlan Surbakti, dan  Presiden Kaukus Antara Parlimen Asean Myanmar, Kraisak Choonhavan

Wakil Malaysia dalam Tribunal Bersih ialah bekas pegawai diplomatik dan pentadbiran Kementerian Luar Malaysia, Datuk Azzat Kamaludin; bekas pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Dr Mavis Puthucheary; dan Rev Dr Hermen Shastri, Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia.

"Laporan akan dibentangkan kepada Bersih yang saya percaya akan disiarkan kepada rakyat untuk dihakimi," katanya.Sementara itu, Wan Ahmad berkata, SPR tidak terkejut sekiranya keputusan hasil tribunal berkenaan mendesak anggota suruhanjaya berkenaan meletakkan jawatan.

"Mengadakan forum tribunal itu bunyinya seolah-olah menjatuhkan hukuman. Nanti saya tidak pelik kalau dia (Bersih) buat hukuman semua ahli SPR letak jawatan sebab dia sudah macam satu mahkamah rakyat.

"Pertikaian keputusan pilihan raya hanya boleh dibuat di mahkamah melalui petisyan," katanya. - tmi


Read More...

Monday, 16 September 2013

Kaji Kedudukan Dalam PR - Ini Reaksi Penyokong Pas

Malas nak update berkenaan politik sejak akhir-akhir ini, tapi disebabkan isu resolusi ulama yang bersidang di Kedah baru-baru ini, aku rasa berminat pulak nak lihat reaksi orang ramai terutamanya orang yang menyokong Pas sejak bergabungnya Parti-Parti besar dari pembangkang seperti DAP, PAS dan PKR bagi menafikan kuasa dominan 2/3 barisan nasional selama ini.

Berikut antara reaksi yang menarik yang boleh kita baca di FB:

Reaksi 1



"Seumur hidup aku, tak pernah aku mengundi selain dari Pas, Kerana aku yakin dengan Pas, yang mempunyai badan pemantau iaitu Majlis Syura Ulamak yang memandu kerja buat Jawatankuasa Pas Pusat, walaupun aku bukan dari pendidikan agama tapi aku selesa, dengan Pas,


tapi akhir ini aku Nampak puak dari Dewan Ulamak ni, tamak... Bukan hanya menguasai Majlis Syura tapi sampai ke Jawatankuasa Pas Pusat pula mahu dikebas, setakat ini aku beluim lagi nampak golongan bukan ulamak dalam Pas yang melakukan perkara membelakangi syariat kecuali perkara khilafiah.

Kita boleh terima semua golongan tapi yang penting mereka yang boleh buat kerja, dan yang penting keyakinan masyarakat Malaysia pada individu itu. Resolusi Ulamak di Kedah baru ni seolah-olah menidakkan golongan bukan berpendidikan ugama, kami hanya tukang pacak bendera aje.

Peranan dinafikan. Pas sekarang mundur kebelakang disaat orang melihat Pas sebagai barisan alternative menggantikan Umno, bersama PR. Mungkinkah golongan bukan ulamak perlu mencari parti lain, bagi menerus perjuangan ????"

Reaksi 2

" KALAU DAH TERPAKSA...BIAR GOLONGAN ULAMAK SAJA YG TINGGAL ...YANG LAIN TERMASUK PEMIMPIN2 TERTINGGI PAS DARI GOLONGAN PROFESSIONAL BESERTA ULAMAK2 YG MAHU BERSAMA KITA KELUAR SAJA DAN DIRIKAN SEBUAH PARTI BARU DAN MENJADI PARTI KOPONEN PR !!!

MUNGKIN ITU YG MEREKA MAHU ???? ATAU YANG UMNO/BN MAHU ???

TAK MENGAPA...MUNGKIN KITA LEBIH KUAT DARI SEBELUMNYA....KITA GUNA PAKAI SAMA SEPERTI APA YG PAS PAKAI IAITU AL-QURAN DAN SUNNAH...JANJI GOLONGAN2 PEROSAK DAH TIADA LAGI BERSAMA KITA....

BUKAN SENANG NAK BINA KEKUATAN YG BARU TAPI TAK MUSTAHIL...CUMA IA TIDAK AKAN BERLAKU DALAM JANGKAMASA YG DEKAT KERANA TERLALU BANYAK PERKARA YG BERSANGKUTAN DENGAN UNDANG2 CONTOH SEPERTI SEKARANG PAS MEMPUNYAI BANYAK KERUSI2 DI SETIAP NEGERI DAN DI PARLIMEN...

JIKA KESEMUANYA MAHU BERSAMA KITA UNTUK BERADA DIDALAM PARTI BARU.....SENANG KIRA-KIRA

LAGI PUN KITA MAHU TERUS BERSAMA DENGAN PR...SEBALIKNYA MEREKA MAHU KELUAR DARI PR !!!! NAMPAK....GERAK KERJA MEMECAH BELAH OLEH MUSUH2 KITA....SENANG MEREKA SAJALAH YG KELUAR BUAT PARTI BARU....

PARTI ULAR-MAK !!! HANYA SEKADAR PERBINCANGAN...MENGASAH MINDA...AGAR LEBIH TAJAM....BERSEDIA UNTUK SEGALA KEMUNGKINAN...SETAKAT INI...BAIK TERUS BERSAMA PAS KERANA TGNA DAN TGHA TELAH MENYATAKAN KESETIAAN PAS BERSAMA PR....

PERLU SELESAIKAN SEBARANG ISU BERBANGKIT DIDALAM PR...SEMOGA APA YG RAKYAT HARAPKAN DARI PR IAITU KUAT MANTAP BERSEDIA.... DAPAT DIJELMAKAN SEGERA !!!! TAKBIR !!!"

Dipetik dari sini

Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP