Friday, 16 August 2019

ZAKIR NAIK, BOM JANGKA SELEPAS CHIN PENG.




Di ketika Allahyarham Tungku Abdul Rahman mahu berjumpa dengan Parti Komunis Malaya pihak British telah awal-awal lagi tidak bersetuju dengan cadangan tersebut tetapi selepas Tungku yang ketika itu merupakan Ketua Menteri Malaya berkeras juga untuk berjumpa dan berunding pihak British terpaksa akur dengan syarat Tungku tidak boleh buat sebarang keputusan.

Rundingan akhirnya di lakukan dengan PKM di wakili oleh pemimpin tertinggi parti tersebut Mendiang Chin Peng telah sanggup mengadaikan nyawanya keluar dari hutan menandakan keiklasan pihak PKM untuk mencari jalan damai serta menamatkan perbalahan bersenjata dengan pihak kerajaan.

Seperti kehendak British rundingan tersebut tidak memberi apa-apa jawapan namun Tungku berjanji akan mengadakan sekali lagi rundingan selepas Malaya mencapai kemerdekaan.

Namun keiklasan PKM dalam mahukan perdamaian hanyalah tinggal harapan apabila selepas merdeka pihak kerajaan dari zaman Tungku menjadi Perdana Menteri hinggalah ke Zaman Tun Hussin Onn terus meneruskan perang saudara dengan PKM.

Kenapa?

Sebab kerajaan sengaja biarkan PKM berada di dalam hutan untuk di jadikan kambing hitam kepada ahli politik di luar agar mudah bagi pihak kerajaan menuduh serta menahan mana-mana ahli politik pembangkang mahu pun kerajaan yang menentang kerajaan akan di cop sebagai penyokong komunis.

Allahyarham Dr Burhanuddin Al Helmi adalah mangsa pertama ahli politik pembangkang yang di tahan ISA kerana di cop sebagai penyokong komunis hasil daripada sokongan Pas kepada usul Akta keselamatan dalam negeri mengantikan Akta Darurat.

Berpuluh-puluh ahli politik pembangkang telah di tahan kerana di kaitkan dengan komunis malah ahli politik kerajaan yang mahu di bunuh kerier politiknya juga akan di kaitkan dengan komunis.

Ini kerana rakyat mudah menerima alasan ahli politik yang di tangkap jika di kaitkan dengan komunis kerana komunis telah di momokkan dengan berbagai momokkan atau pendek kata tidak ada yang baik melainkan jahat belaka.

Komunis adalah bom jangka yang di tinggalkan British kepada kerajaan Barisan Nasional yang boleh di letupkan pada bila-bila masa di perlukan dan bom jangka ini terus berkesan walaupun setiausaha agung PKM telah meninggal dunia sehinggakan abu mayat mendiang pun menjadi satu ketakutan kepada rakyat Malaysia.

Begitulah juga Zakir Naik adalah bom jangka baru yang di bawa khas dari India sebagai bahan peledak yang akan di gunakan oleh pihak kerajaan terdahulu bagi memecah belahkan penyatuan kaum dan agama di Malaysia.

Walaupun kerajaan yang membawa bom jangka dari India ini telah pun hilang kuasa namun timernya sudah pun di hidupkan dan hanya menunggu bom tersebut meledak.

Zakir Naik adalah jenama bom jangka yang mengantikan jenama Chin Peng.

- Rosly Yusuf

Read More...

Thursday, 15 August 2019

Kerajaan Pakatan Harapan Perlu Diselamatkan - Masa Sudah sampai Untuk Tun Dr Mahathir Berundur

Ni


Tajuk: Kerajaan Pakatan Harapan Perlu Diselamatkan

Masa Sudah sampai Untuk Tun Dr Mahathir Berundur

2.Pada tahun 1996 selepas Pilihanraya Umum 1995, apabila Parti Semangat 46 menjadi semakin ektrem Melayu dengan mengubah menjadi Parti Melayu Semangat 46, maka Gagasan Rakyat iaitu Gabungan Parti-Parti Pembangkang yang terdiri daripada Parti Melayu Semangat 46, DAP, PRM dan IPF gagal menangani isu-isu perkauman, lalu menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak, Gagasan Rakyat pecah dan terkubur.

3.Selepas Pilihanraya Umum ke-11 pada tahun 2004, Barisan Alternatif nama baru bagi Gabungan Parti -parti pembangkang yang terdiri daripada PAS, DAP, Parti Keadilan Nasional dan PRM sekali lagi pecah dan terkubur menjelang pilihanraya Negeri Sarawak apabila PAS dan DAP berbalah secara terbuka dalam isu-isu yang melibatkan kaum dan agama.

4. Selepas bebas dari penjara Anwar Ibrahim telah menjelajah ke seluruh tanahair untuk membina gabungan parti-parti pembangkang dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-12 pada tahun 2008. Usaha gigih Anwar itu membina asas Pakatan Rakyat dan buat pertama kali dalam pilihanraya Umum ke-12 tahun 2008 itu Barisan Nasional hillang kuasa di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, dan Kelantan. Anwar Ibrahim muncul sebagai tenaga yang menyatukan parti-parti pembangkang pelbagai kaum dan agama itu.

5. Sekali lagi dalam pilihanraya umum ke-13 Anwar Ibarhim menjadi tenaga penggerak membina Gabungan Pakatan Rakyat untuk tujuan mengambil alih Kerajaan Persekutuan di Putrajaya. Walaupun Pakatan Rakyat gagal mencapai tujuan itu tetapi buat pertama kali dalam sejarah Malaysia merdeka, Barisan Nasional hilang majoriti dua pertiga di parlimen. Anwar Ibrahim dilihat sebagai ancaman kepada Rejim Barisan Nasional. Lalu konspirasi politik yang jahat dilancarkan untuk menyerang Anwar sehingga beliau dipenjarakan selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh.

6.Apabila berlaku vakum dalam kepimpinan Pakatan Rakyat selepas PRU-13 dan selepas Anwar dipenjarakan dan sikap PAS yang semakin ektreme dalam isu-isu berkaitan kaum dan agama, maka Pakatan Rakyat juga pecah menjelang pilihanraya Negeri Sarawak yang diadakan berasingan dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia.

7.Kini isu 3 R (race,religion dan royalty) muncul kembali di persada politik Malaysia, iaitu isu kaum, agama dan raja. Yang terkini dilihat Tun Dr Mahathir Mohamaed selaku Pengerusi Pakatan Harapan dan Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan sudah seperti hilang punca dan hilang daya untuk menghadapi kritikan-kritikan dari pelbagai pihak terutama dari Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) sehingga menuduh Dong Zong sebagai pertubuhan rasis atau perkauman.

8. Sebagai seorang Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (Pakatan Harapan) yang turut menandatangani surat yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberi sokongan kepada Tun Dr Mahathir untuk dilantik menjadi Perdana Menteri sebaik sahaja PH memenangi cukup majoriti untuk membentuk kerajaan selepas PRU-14 pada 9 Mei 2018, saya berpendapat masa sudah sampai untuk Tun Dr Mahathir Mohamaed berundur sebagai Perdana Menteri. Beliau sudah jelas kelihatan tidak dapat menangani banyak isu dalam negara sekarang.

9. Untuk selamatkan Kerajaan Pakatan Harapan, saya percaya tiada jalan lain ketika ini untuk elakkan PH supaya jangan pecah menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi seperti apa yang berlaku pada Gagasan Rakyat, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat, saya berharap dan memohon supaya Tun Dr Mahathir yang berjiwa besar mengambil langkah yang berani seperti Sir Winston Churchil Perada Menteri British yang berundur selepas berjaya membawa Britain dan Pihak Berikat memenangi Perang Dunia Kedua mengalahkan Kuasa Paksi Fasis Jerman dan Jepun dan menyerahkan kuasa Perdana menteri kepada pemimpin yang lain.

10, Tun Dr Mahathir Mohamaed akan tetap dikenang dan dihormati kerana telah berjaya memimpin PH menumbangkan BN dalam PRU-14 dan membentuk kerajaan baru PH melalui proses peralihan kuasa dengan aman dan teratur. Tetapi perkembangan terkini dalam tanahair dengan munculnya isu-isu yang banyak untuk memecahbelahkan rakyat, maka sudah sampai masanya proses peralihan jawatan Perdana Menteri dari Tun Dr Mahathir kepada Anwar Ibrahim dapat dilaksanakan dengan segera sekarang ini sekiranya Kerajaan Pakatan Harapan hendak diselamatkan.

Sekian.

Hassan bin Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang

Rabu 14 Ogos 2019

Read More...

Wednesday, 7 August 2019

ANWAR KUASAI 166 KERUSI PKR DI PARLIMEN




Perlembagaan dan Undang-Undang.

1. Mahathir dan kumpulannya yang mahu menghalang Anwar jadi PM8 mungkin lupa dari segi Undang-Undang yang menang PRU 14 dulu BUKAN PH TETAPI PKR.

2. Kerusi Parlimen Langkawi yang Mahathir menang itu..adalah KERUSI PKR BUKAN KERUSI BERSATU.

3. Begitu juga kerusi-kerusi Amanah, DAP, Bersatu SEMUA MILIK PKR sebab semua bertanding dengan WATIKAH CALON daripada PKR yang di tandatangani oleh PRESIDEN PKR, WAN AZIZAH ketika itu sebelum diambil alih oleh ANWAR IBRAHIM.

Anwar Ibrahim sekarang adalah Presiden PKR.

Dari segi undang-undang PKR memiliki 116 Kerusi Parlimen selepas PRU 14 yang telah berjaya menumbangkan BN.

Kerajaan hari ini adalah kerajaan PKR bukan kerajaan PH.

INI LAH PERKARA YANG MEMIHAK DAN MENJADI KELEBIHAN KEPADA ANWAR IBRAHIM.

4. Anwar Ibrahim selaku PRESIDEN PKR boleh jumpa Yang DiPertuan Agong bila-bila masa ISTIHAR DIRI SEBAGAI PM8 kerana ditangan Anwar sekarang ada 116 kerusi Parlimen.Tetapi Anwar tetap mengotakan janji 2 tahun Tun sebagai PM SEMENTARA.

5. Dari segi undang-undang sebenarnya PKR yang menang PRU 14 yang mendapat 116 kerusi Parlimen dan Kerajaan hari ini adalah KERAJAAN PKR bukan PH.

6. Sebab itu Mahathir menghadapi masaalah mengangkat sumpah pada malam 10 Mei 2018 sebagai PM ke 7 kerana Mahathir BUKAN PRESIDEN PKR YG MENANG PRU 14 LEPAS...Ada halangan perundangan dan perlembagaan....

7. Mahathir dapat mengangkat sumpah kemudian setelah PRESIDEN PKR WAN AZIZAH menyelesaikan isu perundangan dan perlembagaan dengan ISTANA NEGARA DAN MENGESAHKAN BAHAWA PKR MENCALONKAN SECARA RASMI MENGIKUT UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN.

Mahathir CALON RASMI PKR MENJADI PM KE 7... bukan calon dari BERSATU...setiap rakyat kena faham perkara ini...

8. Semua kerusi PARLIMEN sebanyak 116 dan DUN yg di pegang oleh parti-parti di dlm PH adalah MILIK PKR YANG SAH DI SISI UNDANG-UNDANG.....termasuk kerusi LANGKAWI Mahathir.

9. Kedudukan dan nasib Mahathir sebagai PM berada di tangan PRESIDEN PKR SEKARANG ia itu ANWAR IBRAHIM.

10. Anwar Ibrahim bila-bila masa boleh turunkan Mahathir dari jawatan PM7 yang SEMENTARA tetapi Anwar tetap berpegang pada janji selama 2 tahun.

11. Mahathir sendiri pernah bercakap hanya Anwar yang boleh menjadikan jawatannya lebih dari dua tahun.

12. Anwar berkata jawatan PM7 SEMENTARA selama dua tahun sahaja dan tidak boleh lebih walau pun satu hari.

Memperkasa Reformasi Memaknai Demokrasi.

SUMBER

Read More...

TUN M DAN ANWAR UMPAMA BAPA DAN ANAK





Ada kisah lama. Kabarnya sewaktu Wan Azizah merawat keluarga Tun Siti Hasmah, pada waktu itulah dia bertemu Anwar Ibrahim.

Tun M pada zaman mudanya pernah mencadangkan agar petani di daerah Kubang Pasu menjual terus tanaman mereka di bandar supaya pendapatan boleh ditingkatkan tanpa penglibatan orang tengah.

Anwar di zaman mudanya menghabiskan masa membela petani di Baling.

Tun pernah mengkritik kerajaan pada zaman Tuanku Abdul Rahman. Anwar pernah disumbat ISA pada tahun 1974 hingga 1976 kerana mengkritik kerajaan.

Satu perjuangan yang sama di antara 2 tokoh besar ini.

1982 Dr Mahathir membawa Anwar masuk ke dalam kerajaan bagi memperkukuhkan kerajaan baru beliau.

Bumi mana tidak ditimpa hujan... Dalam perhubungan mesti ada pasang surut. Hubungan bapa dan anak ini renggang dek kerana hasutan luar. Bertahun lamanya mereka menyimpan duka.

Namun janji Allah swt pasti. Doa umat islam agar pada satu hari mereka kembali bertaut akhirnya dimakbulkan Allah.

Mereka bertemu dan bersalam di mahkamah. Bapa datang ziarah anaknya di mahkamah untuk melakukan sesuatu magik politik yang langsung mengundang gempar pada umat !!!

Anwar ayuh kita bersama menentang kerajaan kelptokrasi !!!!!

Anwar menyambut salam bapa politiknya !!!

Sengketa lama ditanam azam baru menyelamatkan Malaysia disulam.

Persetemuan 2 insan besar ini telah memberikan impak cukup besar dalam lanskap politik negara !!!

Mei 2018 BN tumbang. Kemudian Anwar dibebaskan !!

2 insan besar ini bertemu dan bergabung semula untuk menyelamatkan Malaysia.

Tun PM ke 7
Anwar bakal PM ke 8.

Allah swt merencanakan hidup 2 insan ini penuh makna. Bertemu berpisah dan bertemu semula.

Keangkuhan MONEY IS KING DITUMBANGKAN !!!

Orang melayu dan rakyat mahukan 2 insan ini memperbetulkan semula negara.

Anwar menang di parlimen PD dan laluan menjadi PM ke 8 bakal terlaksana.

Allah swt menjaga 2 insan ini untuk mereka menjaga bumi bertuah.

MONEY IS KING sudah tumbang. Rakyat kini menanti gabungan Tun dan Anwar untuk menyelamatkan negara.

Perjanjian Mnifesto PH sedang laksanakan.

Baru setahun..berikan masa perbaiki rosak dalaman dan penyerahan kuasa berjalan lancar. Kita tidak mahu PH hilang kepercayaan pengundi.

Anwar mampu meneruskan legasi Malaysia Baharu dibawa Tun M.

ALLAH swt menyayang pemimpin yang menolong rakyat .

Rakyat berkeyakinan tinggi Anwar mampu menggalas PM ke 8 cukup 2 tahun ini.

Tun Mahathir akan memberi dan amanahkan janji yang DSAI bakal menjadi Perdana Menteri Ke-8.

Jangan ada adu domba yang boleh merosakkan PH.

Read More...

Tuesday, 6 August 2019

SEBENARNYA AZMIN BUAT PERANGAI DAH LAMA !





Ya sesuai dengan tajuk di atas admin nak cerita sedikit sejarah Azmin dalam parti. Ini cerita sejak awal penubuhan Parti Keadilan Nasional dan kemudiannya Parti Keadilan Rakyat.

Cerita lama ini admin nak bagitau si Zuraidah waktu itu tiada dalam radar. Apatahlagi MB Selangor sekarang dan barisan cicak mengkarong yang cuba menafikan Anwar menjadi PM ke 8.

2 september 1998 Anwar dipecat. 20 september 1998 selepas perhimpunan terbesar rakyat di Masjid Negara yang kemudiannya berarak ke Dataran Merdeka , Anwar di tahan.

Dalam tempoh 18 hari ini masyarakat pelbagai lapisan masyarakat dan NGO berkumpul di jalan setiamurni 2 untuk bergabung menumbangkan kerajaan.

Allahyarham Fadhil Noor , Allahyarham Haron Din , Lim Kit Siang dll pimpinan masyarakat mengenepikan pandangan politik dan bertemu Anwar. Muhyidin Yasin antara individu awal ziarah Anwar selepas pemecatan.

Admin ingat lagi kata Muhyidin selepas Anwar dipecat... ' Saya sedih apa yang berlaku '. Waktu ini Zuraidah takde lagi dalam radar.

Kumpulan aktivis ini menubuhkan GERAK dan kemudiannya ADIL dalam usaha mengembeleng tenaga menentang kerajaan.

April 1999 Parti Keadilan Nasional ditubuhkan. Ia merangkumi pelbagai kumpulan masyarakat bergabung mewujudkan parti. Keputusan pru 1999 semua tahu.

Pemilihan PKN admin pertama adalah tahun 2001. Di sini Azmin buat perangai apabila kumpulan darah Umno dalam PKN ini bergabung menendang keluar pimpinan parti yang berasal dari NGO seperti Abim dan Jim.

Nama-nama besar pimpinan awal PKN seperti Anuar Tahir ( kini Amanah), Chandra Muzaffar dll terkeluar dalam cai Azmin.

Pada pemilihan parti yang pertama ini Azmin dilabel kumpulan Umno manakala lawannya digelar Pakatan Utara.

PKN bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia pimpinan Dr Syed Husin Ali. Anwar memberitahu ahli PKN perlu dilihat multiracial supaya lebih ramai kaum lain datang dan menyokong perjuangan reformasi Anwar.

Inilah tujuan asal penggabungan PKN dan PRM. PRM yang berjuang puluhan tahun sanggup membubar dan beralih arah menyokong PKN kerana kepercayaan yang Anwar berikan .

Nama besar seperti Syed Husin Ali, Rustam A Sani, Dr Sanusi, Faizal Sanusi, Latheefa Koya dll menyertai PKN pada tahun 2004.

Sepertimana biasa dalam pemilihan parti kali ke 2 ini Azmin sekali lagi berdegil tidak mahu mendengar cakap Anwar . Azmin melanggar Dr Syed Husin Ali untuk jawatan Timbalan Presiden.

Azmin besar kepala sudah lama. Dalam krisis parti yang berlaku Azmin yang banyak menjadi punca. Saifudin Nasution bekas SU pemuda Umno yang bersama Anwar pada hari 2september 1998 pun akhirnya angkat kaki pada awal tahun 2000 kerana malas melihat rakus Azmin.

Nasib baik Anwar jemput masuk Saifudin masa kongres PKR di seremban .

2 cerita di atas orang lama sahaja yang tahu sejarahnya. Ramai pimpinan awal parti terpelanting keluar kerana perangai bos zuraidah.

Langkah kajang perangai no 3.

Kini perangai no 4. Nak lawan Anwar dan mahu jadi PM ke 8. Antara sebab besar orang melayu terutamanya undi PH bila Anwar sanggup mengenepikan semuanya dan bersalam dengan Tun M di mahkamah sebelum dibebaskan !!

Ini antara faktor besar orang melayu hatta penyokong Umno pun undi PH. Jiwa besar ada pada Anwar, dan jiwa sailang ada pada Azmin.

2001 dia sailang.

2004 dia sailang.

2014 langkah kajang dia sailang.

2019 pun kau berani sailang ya min !!!?????

Hodoh perangai kamu !

kisah bersambung ..

Sumber

Read More...

RAKYAT MELUAT, INI SEMUA SALAH TUN MAHATHIR!!!




Sabar Nuar ooiiii, mungkin Tun M takut bakal PM Anwar lembik hadapi Najib Zahid Lebai Hadi?

RAKYAT MELUAT, INI SEMUA SALAH TUN MAHATHIR!!!

Menurut kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, kenyataan berulang-ulang berkaitan isu tempoh jawatan Perdana Menteri hanya membuatkan rakyat rasa meluat.

Adakah ia berpunca daripada Tun Mahathir Mohamad?

Atau ia berpunca daripada Anwar Ibrahim?

Mungkinkah ia disebabkan penyokong Tun Mahathir?

Barangkalikah ia berpunca daripada penyokong Anwar?

Mengimbas apa yang sudah berlalu, tidak sukar kita mengatakan bahawa semua ini tidak lain berpunca daripada Tun Mahathir sendiri.

Beliaulah punca segala-galanya. Sebelum dapat kuasa dan sebelum jadi Perdana Menteri dengan setelah ada kuasa serta setelah menjadi Perdana Menteri, segala-galanya adalah berbeza.

Cakap Tun Mahathir mengenai peralihan kuasa dan tempoh beliau seharusnya memegang jawatan Perdana Menteri tidak pernah sama, meskipun usianya semakin hari semakin tua.

Sekejap dua tahun, kemudian dua setengah tahun, selepas itu tiga tahun, kemudian sehingga ekonomi pulih dan terbaru pula sehingga keadaan negara stabil.

Kenapa Tun Mahathir tidak boleh statik dengan kata-katanya yang pernah diucapkan sebelum jadi Perdana Menteri iaitu beliau hanya perlukan dua tahun saja memegang jawatan itu?

Jika itu dapat dilakukannya dan beliau terus konsisten dengan ikrar janjinya, tidak seperti sesumpah yang selalu berubah-ubah mengikut warna tanah, pasti isu peralihan jawatan ini tidak menjadi masalah dan ulangan yang berlarut-larut tanpa penyudah.

Malah, sesuai dengan itu, jika Tun Mahathir dapat pula menetapkan tarikh peralihan kuasa, sudah tentu juga para pembodek, pengampu dan penjilatnya tidak mengeluarkan kenyataan yang mendesaknya berkhidmat sehingga ke akhir penggal.

Tetapi, sudahlah beliau selalu berubah-ubah macam sesumpah dan membiarkan para pembodek, pengampu serta penjilatnya mengeluarkan kenyataan demi kenyataan, di waktu yang sama Tun Mahathir turut menyusun agenda di belakang tabir dengan menjemput segelintir barua daripada UMNO, Pas dan GPS untuk menyokong perlanjutan tempohnya sebagai Perdana Menteri.

Apabila semua ini berlaku, para penyokong Anwar tentu saja tampil memberi reaksi kerana janji peralihan kuasa itu sebenarnya sudah pun ada sejak sebelum PRU14 lagi.

Jika tidak dimulakan oleh Tun Mahathir dan cakap beliau juga tidak macam sesumpah, Anwar dan para penyokongnya memang tiada masalah menunggu tempoh dua tahun peralihan kuasa kepadanya menjadi kenyataan.

Di dalam penjara, diaib dan dimalukan, malah dipukul sehingga separuh mati pun, kesabaran tetap menjadi teman akrabnya selama 20 tahun, apalah sangat dengan bersabar menunggu tempoh dua tahun yang dijanjikan itu.

Cumanya, janji tetap janji dan jangan cuba berlaku khianat di belakang. Khianat dan tikam kawan yang memudahkan kita menang, tentu saja tidak boleh diterima.

Maka, agar isu peralihan ini tidak terus diulang-ulang serta membuatkan rakyat tambah meluat, Tun Mahathir mesti berhenti terlebih dahulu daripada membiarkan lidahnya terus menuturkan kata yang berbeza-beza.

Cakap terus-terang dua tahun akan berhenti dan disertakan tarikhnya sekali, pasti tiada lagi sesiapa akan terus bercakap mengenai bila Anwar akan jadi Perdana Menteri. (Shahbudindotcom 05/08/2019)

Read More...

Sunday, 4 August 2019

ZAKIR NAIK YANG KU BENCI KINI..




Zakir Naik...

Dulu aku suka kamu, tp sejak kamu mencampuri urusan politik dalaman negara aku, aku mula benci kamu...

Benci bila kamu secara terang menyatakan sokongan kpd penyatuan PAS UMNO.. Aku benci, bukan dengki...

Kamu org luar yg diberikan keistimewaan utk tinggal dan berdakwah kat negara aku... Buat lah cara org berdakwah. Tunjukkan kat org, Islam itu indah...

Yg kamu pi sokong Hadi penjual agama, utk bersatu dgn Najib penyamun negara tu, apa alasan kamu?, ..Penjual agama dan penyamun negara, kamu sokong utk bergabung , semata2 utk melawan kami yg bertungkus lumus utk menyelamatkan negara kami dari tangan2 jahat mereka... Tu dakwah kepala bapak apa?

Utk makluman kamu, depa dua ekoq tu org politik. Kamu kena belajar dulu politik negara aku sebelum kamu nak sokong siapa. Org politik negara aku, terutama politik yg menjual agama, depa ni bukan ikut Quran, tapi ikut keadaan. Bukan ikut cara nabi, tapi ikut perangai babi...itu org politik dlm negara aku....

Hari ni depa jadi kawan, esok depa boleh jadi lawan. Hari ni depa kapiaq, esok boleh jadi Islam dan lusa jadi kapiaq balik.. Itu politik dan org politik dlm negara aku...

Zakir naik.... Kami penat bekerja utk menumbangkan depa... bagi membersihkan dan membetulkan balik negara kami....kamu org asing jgn pulak pandai2 nak mencampuri urusan kami. Negara kami, biar kami yg uruskan.

Kamu duduk elok2 di sini, buat dakwah cara Islam, bukan bawa cara PAS.

Jgn dok ikut depa,... sama2 tumpang berebut 'susu dari lori terbalik'...!

🙄🙄🙄🙄🙄🙄

Muhammad Yahaya

Read More...

Thursday, 1 August 2019

Throwback what Najib did to TUN M last time





1. Tidak disediakan kerusi, surat jemputan kerajaan kepada Tun M dan Tun Hasmah ditarik balik ketika angkat sumpah YDP Agong ke 15.

2. Pengiring polis bermotorsikal ditarik balik

3. Unit Tindak Khas (UTK) dan bodyguard dikurangkan seminima mungkin

4. Sewaan Pejabat Bekas Perdana Menteri di Yayasan Kepimpinan Perdana dihentikan, pekerja am juga dipanggil balik

5. Gambar Tun M di Bangunan UMNO dihilangkan

6. Gambar KLCC dalam poster BN / TV3 dihilangkan

7. Pembantu Rumah dan tukang masak ditamatkan kontrak

8. Pesawat yang akan bawa Tun M dan rombongan disabotaj

Weh kalau nak list lagi banyak dan lagi kejam apa yang Najib dan sekutu buat kat Tun M. Kita semua saksi semua ni berlaku, saya nampak dan rasai sama sama masa dulu. Nak list orang sekeliling Tun M apa kena. Siapa yang baik dengan Tun M kena apa?

Tun M sedikit pun tak berdendam, Najib siap dapat escort sekarang. Ada ke ditarik? Dia siap mintak rumah kerajaan untuk dia letak barang2 dia. Tun M siap bagi lagi. Utk bodyguard semua ada. Tukang masak. Even muka Najib kat mana mana pun ada lagi. Kalau korang nak tahu Rosmah tu react macam dia masih bini PM tau. Ke sana kesini ada butler sendiri. Bawakkan payung. Tun Hasmah takde pun macam tu. Berjalan pun sorang diri bersama sorang bodyguard. Korang apa tau?

Kejam ke Tun M ni?

Isu kerusi tu? Kerusi tu ada je, dia je tak nak datang. Mengada ngada. Nak layan macam dia tu PM pulak, banyak cantik muka bini dia

MELAYU NI MEMANG MUDAH LUPA

- Ratu Naga

Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP