Tuesday, 31 October 2017

Sudah Kena Tangkap! Wajah & Identiti ‘Datuk Seri’ Pukul RELA Akhirnya TERBONGKAR!


October 30, 2017 fruuoogg Viral
Datuk Seri‘ berpelakuan gangster yang dikehendaki polis selepas didakwa memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ketika sedang bertugas di sebuah tokong dekat Kampung Baru, Jumaat lalu, telah ditahan pada jam 4 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata suspek berusia 29 tahun itu ditahan ketika hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Katanya, perintah reman terhadap lelaki itu akan dibuat di Mahkamah Majistret Ampang, esok (31 Oktober).


Wajah & Identiti “Datuk Seri” itu sudah dikenal pasti

Hasil pendedahan netizen, Datuk Seri itu dikenali sebagai Nicky Liow Soon Hee, berusia 29 tahun dan berbangsa cina.

Dilihat pernah bergambar bersama bekas IGP, Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan mengenakan pakaian kemeja logo ‘PDRM’.


Dipercayai menerima darjah kebesaran daripada KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada tahun 2012.



Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, tiga anggota RELA iaitu Melvin Cheong Mun Khai,19; Leong Jiun Jie,21, dan Lee Weng Poh, 27, masing-masing cedera bengkak di mata kiri, selain sakit di beberapa bahagian badan selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki itu.

Mereka mendakwa kejadian berlaku hanya kerana mereka meminta ‘Datuk Seri’ itu untuk mengalihkan kenderaan jenis Toyota Vellfire yang diletakkan di tepi jalan besar kerana menghalang lalu lintas.



Berikutan kejadian, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Ampang, selain turut membuat aduan kepada Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Kehormat RELA.

Datuk Seri itu juga didakwa cuba rasuah anggota RELA terbabit untuk menarik balik laporan polis yang dibuat.

Ketua Pengarah Rela, Zulkifli Abidin berkata, salah seorang mangsa telah dihubungi oleh seorang individu yang didakwa menawarkan wang RM10,000 jika mereka sanggup membatalkan laporan polis tersebut.

Datuk Seri terbabit telah mengarahkan seorang individu yang bertindak sebagai ‘orang tengah’ membuat tawaran itu.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

Suspek juga boleh dikenakan hukuman dibawah seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 kerana menawarkan suapan.

Sumber: INFOKINI




Read More...

Monday, 30 October 2017

Video: Anggota Polis dah di depan mata pun nak bertumbuk lagi



PUCHONG - Viral di media sosial
video enam lelaki bergaduh selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara Puchong, berhampiran pusat beli-belah, IOI Mall, Puchong, semalam, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 1.15 petang semalam, berlaku kemalangan yang membabitkan kereta Proton Satria Neo dengan Toyota Vios lalu menyebabkan pergaduhan di antara kedua-dua pihak.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu terus mengarahkan sepasukan anggota unit kereta peronda (MPV) ke lokasi kejadian.


Semasa anggota tiba di lokasi, didapati berlaku pergaduhan antara pemandu kenderaan terbabit dan anggota mengarahkan supaya mereka bersurai tetapi mereka enggan mematuhi arahan polis.

"Malah, pemandu kereta Proton Satria Neo bertindak masuk ke dalam kereta dan mengundurkan kenderaan dengan laju serta melanggar kereta Toyota Vios terbabit.

"Kejadian turut menyebabkan kereta MPV polis yang berada di belakang kereta Toyota Vios turut dilanggar akibat rempuhan kuat itu," katanya.


Susulan kejadian itu, pihak polis telah menahan enam suspek berusia 40-an dan kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk tindakan lanjut.



Read More...

Belum PRU14 Pas Sudah Mengaku Kalah...

Pas mungkin boleh kalah dalam PRU: Nasrudin


SHAH ALAM - Pas mungkin boleh kalah dalam pilihan raya tetapi tidak pernah kalah dalam perjuangannya.

Ini kerana menurut Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan, Pas mempunyai masa depan yang cerah dalam arena politik negara.

Kata Nasruddin, Pas memiliki generasi pelapis yang mantap dan ia berjaya dibuktikan menerusi pelancaran Jentera Pilihanraya Perak dan Kedah.

"Berdasarkan pemerhatian saya, kedua-dua himpunan tersebut melepasi angka sasar. Kehadiran lima ribu sasaran di Kuala Kangsar Perak dan 12 ribu sasaran di Kota Sarang Semut Kedah.

"Saya berkesempatan hadir di dua himpunan tersebut. Majlis berlangsung pada 28 Oktober (Sabtu). Jam 2.30 petang di Kuala Kangsar dan 9.30 malam di Kota Sarang Semut.

"Sekali lagi menyaksikan anak-anak muda menepati 80 peratus kehadiran dengan semangat waja dan kental berjuang di ruang demokrasi untuk memenangkan Pas dalam PRU14 kelak," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau dalam masa sama yakin yang Pas akan terus mara dan teguh bersama perjuangan Islam dan prinsipnya.

"Biar menempuh 1001 ujian. Pemimpin pergi dan datang, isu semasa pasang dan surut, namun 'temperature' perjuangan Islam tidak pernah rendah.

"Dasar perjuangan Islam, prinsipnya yang teguh, pendekatannya yang matang dan sejahtera, langkah yang konsisten, sikapnya yang jelas dan kesatuannya yang mantap menjadikan Pas terus mendekati pelbagai pihak dan didekati oleh semua," katanya.


Read More...

Sunday, 29 October 2017

Bekas Mufti Kedah Sertai Pas



Bekas mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhammad Baderudin Ahmad antara tiga tokoh yang diumum menyertai PAS sempena himpunan 12K Jentera Pilihan Raya PAS Kedah hari ini.

Selain Sheikh Muhammad Baderudin, turut diisytihar menyertai PAS ialah bekas pegawai Majlis Agama Islam Kedah, Sheikh Mohd Uzaidz Baharom dan bekas Penolong Pengarah Jakim, Mahadir Mohd Noor.

Bagaimanapun, Harakahdaily melaporkan Sheikh Muhammad Baderudin dan Sheikh Mohd Uzaidz tidak dapat hadir pada himpunan yang diadakan di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut itu kerana tugasan lain.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan sama ada Sheikh Muhamad Baderudin dan Sheikh Mohd Uzaidz menjadi ahli atau hanya 'menyertai' PAS bagi menunjukkan sokongan mereka.

Ini berikutan awal September lalu, PAS turut mengumumkan beberapa tokoh ternama akan menyertai parti itu pada himpunan Fastaqim 2.0 yang diadakannya di Terengganu.

Namun pengumuman itu berakhir dengan hanya pengisytiharan sokongan beberapa tokoh berkenaan terhadap PAS.

Ketua penerangan PAS, Nasarudin Hasan kemudian berkata maksud 'bersama' atau 'menyertai' perjuangan PAS tidak semestinya menjadi ahli.

Sementara itu, Mahadir berkata beliau tertarik menyertai PAS kerana pendekatan budaya politik matang dan sejahtera yang dilaksanakan PAS dan beberapa pendekatan lain.

"Ikhlas saya katakan, ahli-ahli dan pemimpin PAS ini ikhlas dan penat lelah mereka tidak mengharapkan bayaran atau ganjaran," ujar beliau.

Beliau juga yakin PAS akan beroleh kemenangan memandangkan gelombang momentum rakyat berpihak kepada parti itu termasuk mendapat sokongan golongan muda.

"Saya juga menyokong penuh PAS bertanding sendirian kerana PAS mempunyai kekuatannya tersendiri dan mampu menarik sokongan rakyat," tambahnya lagi.

Mahadir menerima sijil keahlian PAS dari Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada himpunan yang dilapor disertai sekitar 15,000 ahli PAS itu.



Read more at https://m.malaysiakini.com/news/399981#q9s0GsiLDgDxeHPW.99

Read More...

Datuk Seri Berusia 28 Tahun Diarah Serah Diri


KAJANG 29 Okt. - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada seorang lelaki berpangkat ‘Datuk Seri’ untuk segera menyerah diri kepada polis ekoran tindakannya yang memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Ampang, dekat sini pada Jumaat lalu.

Kata Timbalan Perdana Menteri, individu tersebut masih belum ditangkap namun pihak polis mengetahui siapa dan di mana lokasi lelaki itu berada.


Menurutnya, sesiapa sahaja di negara ini tertakluk di bawah perundangan, dan gelaran atau pangkat bukan merupakan lesen untuk mengambil tindakan kekerasan terhadap orang lain terutamanya petugasberuniform.


“Kita mengetahui siapa dia dan di mana beliau berada, eloklah menyerah diri sebelum polis tangkap.


“Ini pengajaran kepada semua bahawa sesiapa yang mempunyai gelaran bukan bermakna undang-undang berada dalam tangan mereka,” kata beliau selepas merasmikan Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri Tahun 2017 di Maktab Penjara Malaysia di sini hari ini.


Beliau mengulas kejadian yang berlaku di sebuah Tokong di Kampung Baru Ampang, apabila lelaki berpangkat Datuk Seri itu berang kerana ditegur oleh anggota Rela yang meminta beliau mengalih kenderaan Toyota Vellfire miliknya yang diletakkan di tepi jalan kerana menghalang lalu lintas.


Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, tiga anggota Rela, Melvin Cheong Mun Khai,19, Leong Jiun Jie, 21 dan Lee Weng Poh, 27 mengalami kecederaan akibat diserang oleh ‘Datuk Seri’ yang berusia 28 tahun itu.-UTUSAN ONLINE


Read More...

Saturday, 28 October 2017

3 Anggota RELA Dakwa Dipukul Datuk Seri Berusia 28 Tahun


ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong menunjukkan kecederaan yang dialami anggota RELA yang didakwa dipukul seorang lelaki berstatus 'Datuk Seri'.


KUALA LUMPUR: Tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) cedera selepas mendakwa dipukul seorang lelaki berstatus 'Datuk Seri' ketika sedang bertugas di sebuah tokong dekat Kampung Baru, pagi semalam.

Salah seorang daripada mangsa, Melvin Cheong Mun Khai,19, berkata kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu bermula ketika dia yang melakukan kawalan bersama rakannya, Leong Jiun Jie,21, meminta Datuk Seri berusia 28 tahun untuk mengalih kenderaan jenis Toyota Vellfire yang diletakkan di tepi jalan besar kerana menghalang lalu lintas.

Mun Khai mendakwa, teguran itu menyebabkan lelaki berkenaan naik berang sebelum dia bertindak menepuk meja dan memaki hamun mereka.

"Seorang rakan, Lee Weng Poh, 27, yang turut bertugas ketika itu datang dan cuba meleraikan keadaan tetapi, dia ditampar lelaki itu.

"Datuk Seri itu turut memukul dan menendang kami selain mengugut akan mengapa-apakan kami selepas ini," katanya.

Mereka ditemui selepas membuat aduan kepada Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong yang juga Timbalan Pesuruhjaya Kehormat RELA di Wisma MCA, di sini, hari ini.

Mun Khai berkata, kejadian mengakibatkan mereka masing-masing cedera bengkak di mata kiri selain sakit di beberapa bahagian badan.

Katanya, satu laporan polis turut dibuat di Balai Polis Ampang bagi membolehkan tindakan lanjut diambil polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Mohd Zaid Hassan mengesahkan menerima laporan daripada mangsa.

Beliau berkata, setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat dan siasatan lanjut masih dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

"Kita juga sedang menyiasat bagi mengenal pasti suspek serta pengesahan berhubung status Datuk Seri itu," katanya dalam satu kenyataan.


Read More...

Pas Diramal Akan Kalah Di Kelantan



KETUA Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan, Hazmi Hasan (tiga dari kiri) bersama dengan Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan, Mohd Sukiman Mustafa (tiga kanan) bersama ahli-ahlinya menunjukkan kad jemputan bagi menghadiri Konvensyen Pemuda Pakatan Harapan yang akan diadakan pada Sabtu ini jam 8.30 pagi di Dewan Perniagaan Cina Kota Bharu dalam pertemuan di sebuah kedai makan, bandar Kota Bharu. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Pemuda Pakatan Harapan menyifatkan PAS mungkin akan mengalami kekalahan di Kelantan seandainya mereka tidak bersama dengan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan, Hazmi Hasan, berkata peluang untuk PAS tumbang di negeri ini amat cerah jika mengikut kepada perkembangan situasi politik masa kini.

"Kita semua tahu hakikatnya PAS sebelum ini pun sudah kalah, dan hanya bergantung harap kepada undi perantau yang pulang ke kampung untuk mengundi.

"Daripada data terkini yang kita dapat, lebih 42,000 pengundi luar menukarkan alamat mereka (kepada tempat tinggal terkini) dan jika sesuatu tidak dilakukan untuk mengambil hati mereka, sudah tentu pemerintahan PAS di negeri ini akan tumbang," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Hazmi berkata sesuatu perlu dilakukan untuk membentuk kembali pakatan pembangkang bagi memudahkan pertandingan satu lawan satu pada PRU akan datang.

"Jadi kami mengambil inisiatif untuk menjemput semua pemuda parti politik di negeri termasuk Dewan Pemuda PAS bagi sama-sama menghadiri Konvensyen Pemuda Pakatan Harapan yang diadakan pada Sabtu ini jam 8.30 pagi di Dewan Perniagaan Cina Kota Bharu," katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Kelantan, Mohd Sukirman Mustafa, berkata PAS dijangka tidak akan memberikan laluan mudah kepada PKR di dalam PRU14 terutama di Kelantan.

"Kita masih lagi menganggap PAS di pihak pembangkang dan akan cuba bekerjasama dengan mereka namun jika gagal, PKR tetap akan mempertahankan serta meletakkan calon di negeri ini dalam PRU kali ini," katanya.


Read More...

Anggota MT Umno Ditikam Di Kepala Dan Bahu



Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Sohaimi Shahadan dilaporkan ditikam di kepala dan bahu di depan rumahnya di Sungai Buloh pada pukul 9 malam tadi, oleh seorang lelaki yang dipercayai tidak siuman.

Menurut laman mStar Online, isterinya Datin Nurul Azni Roslan berkata, kejadian itu berlaku ketika Sohaimi baru keluar dari rumah bersama-sama pemandu dan adik iparnya untuk ke Shah Alam.

"Mula-mula orang itu baling batu ke arahnya dan belum sempat dia bertanya mengapa orang tersebut bertindak begitu, dia terus ditikam.

"Kejadian malam ini bukanlah kali pertama berlaku. Orang yang sama pernah menyerang suami saya sebelum ini dengan membaling batu dan menyimbah cat ke arah kereta kami," katanya seperti dipetik.

Polis juga telah mengambil keterangan berkenaan kejadian itu, kata laporan itu lagi.

Nurul Azni berkata Sohaimi kini dirawat di Hospital KPJ Damansara dan kini dalam keadaan stabil.



Read More...

Thursday, 26 October 2017

Didenda RM8,000 Gara-Gara Sebar Video Guru Besar



Tertuduh terpaksa membayar denda RM8,000.

SEREMBAN - Gara-gara menyebarkan video dan memuat naik status di laman Facebook guru besar cuba merasuah bapa pelajar, seorang penganggur terpaksa membayar denda RM8,000 di Mahkamah Sesyen Seremban pagi tadi.

Hakim, Fatiyah Idris menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamed Mustafa Shaikh Ismail,25, selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah di dalam kamar.

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara empat bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menyebarkan video dengan kenyataan guru besar Sekolah Kebangsaan Port Dickson cuba memberi rasuah kepada ayah pelajar yang telah dipukul oleh seorang guru sekolah itu di laman Facebook.

Perbuatan itu yang dilakukan pada 17 Julai 2017, jam lebih kurang 11.30 malam, dengan niat untuk menyakitkan hati dan menganiaya, mengugut atau mengganggu orang lain.

Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sabit kesalahan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Noralis Mat, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Read More...

Tengok Macam Mana PM Singapura Jumpa Trump


Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP membandingkan kunjungan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong ke Amerika Syarikat dengan kunjungan Datuk Seri Najib Razak bulan lepas.

Dalam kenyataannya hari ini, Howard Lee antaranya membangkitkan bagaimana Hsien Loong dilayan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Ini katanya termasuk pertemuan dan makan tengah hari di pejabat Trump di Rumah Putih serta penganjuran sidang media bersama di Rose Garden yang biasanya menjadi tempat sidang media bersama tetamu luar.

“Sebagai bukan seorang peminat PM Lee dan partinya, perit untuk saya akui dia melakukannya dengan rendah hati tetapi megah.

“Dan dengan persaingan kiasu Malaysia-Singapura, saya dengan berat hati mengakui Singapura telah menang berbanding Malaysia,” kata wakil rakyat Pasir Pinji itu.

Media Singapura melaporkan lawatan Hsien Loong bermula semalam berjaya mempertegaskan hubungan dua hala antaranya dalam bidang ekonomi dan pertahanan.

Kedua-dua pemimpin itu menyaksikan pemeteraian perjanjian antara syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) dengan syarikat pengeluar pesawat Boeing bagi pembelian 39 pesawat bernilai hampir AS$14 bilion ($19 bilion).


Read more at https://m.malaysiakini.com/news/399434#Lh2izes4kvxHeZVq.99


Read More...

Wednesday, 25 October 2017

Menteri Bebal: Harga Barang Naik Bukan Sebab GST...


Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di negara ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan bukan disebabkan perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz.

Othman berkata input bagi penetapan harga barangan bukan semata-mata mengambil kira soal cukai malah ia turut dipengaruhi pertukaran mata wang asing, kos pengangkutan dan aspek pemasaran yang lain.

"Tak boleh kita nak kata GST adalah punca harga naik, ada barang yang tidak dikenakan GST juga naik harga…banyak faktor lain yang mempengaruhi harga barang, dan kerajaan sentiasa memantau situasi ini agar tidak terlalu membebankan," katanya pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Loke Siew Foke (DAP-Seremban) bahawa GST punca kenaikan harga barangan sehingga membebankan pengguna di negara ini.

Othman berkata isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sentiasa menjadi perhatian kerajaan dan pelbagai inisiatif seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan skim bantuan pekebun kecil diberikan bagi membantu rakyat.

Dalam pada itu, menjawab soalan asal Datuk Aaron Ago Anak Dagang (BN-Kanowit) mengenai masalah yang dihadapi kerajaan dalam melaksanakan GST, Othman berkata pelaksanaan GST pada masa ini bertambah baik berbanding ketika ia mula dilaksanakan pada 1 April 2015 apabila terdapat penurunan jumlah aduan diterima kerajaan berkaitan cukai itu.

"Berdasarkan rekod Jabatan Kastam pada 2015, sebanyak 6,830 aduan diterima, pada 2016 ia menurun kepada 1,235 dan sehingga Julai 2017 hanya 185 aduan yang diterima.

"Ini menunjukkan kefahaman mengenai GST semakin baik berbanding pada peringkat awal apabila masyarakat terutama peniaga masih kurang faham dan keliru menyebabkan pelaksanaan GST kelihatan celaru," katanya.

- Bernama


Read More...

Tuesday, 24 October 2017

Tiga tahun tinggal atas pokok [VIDEO]



SELEPAS tiga tahun tinggal di atas pokok kelapa di La Paz , Agusan del Sur, Filipina, pihak berkuasa ‘memaksa’ seorang lekai turun dengan menebang pokok berkenaan, minggu lalu.

Menurut laporan portal philippineslifestyle.com, lelaki itu Gilbert Sanchez, 47, mula tinggal di atas pokok berkenaan selepas satu kejadian dia ‘tekena’ pistol ketika satu pesta di kampungnya namun tidak diketahui sama ada diacu, dipukul atau ditembak.

Berikutan itu kejadian itu lelaki berkenaan mengalami trama ketakutan mendakwa ada orang mahu membunuhnya lalu memajat pokok kelapa setinggi 19 meter itu, pokok tertinggi di kampung berkenaan.

Sejak itu, duda dua anak perempuan itu tidak pernah turun meskipun hujan ribut dan setiap hari keluarganya menghantar makanan, pakaian serta keperluan lain yang ditarik naik dengan tali.

Gilbert yang membuang air besar dan kecil dari atas pokok serta tidak pernah mandi, mengancam dengan parang ketika penduduk datang memujuknya supaya turun sebelum ini.

Kisah Gilbert tersebar di media sosial dan satu stesen televisyen tempatan menyiarkan kisahnya yang membawa kepada usaha pihak berkuasa tempatan campur tangan bagi menyelamatkannya.

Menurut Philippine News, video secara langsung usaha membawa Gilber turun yang disiarkan di Facebook ‘NEWS5’ pada 11 Oktober lalu, menarik 1.7 juta tontonan.

Pasukan penyelamat mengunakan jengkaut dan tali untuk menahan pokok kelapa tegak selepas ditebang. Pokok itu dipotong sehingga tingginya kira-kira 13 meter sebelum direbahkan perlahan-lahan bagi mengelak Gilbert cedera.

Lelaki itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan fizikal dan mental.

Read More...

Monday, 23 October 2017

Tak Adil Macam Ni..


Kuala Lumpur: Seorang wanita ‘panas hati’ selepas mendapati tayar keretanya dikapit petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedangkan kereta mewah berhampiran tidak diambil tindakan sama.

Perkongsian wanita itu melalui laman sosial Twitternya menjadi tular sejak semalam dan menimbul tanda tanya ramai netizen.

“Kereta saya dikunci kerana meletakkan kenderaan di kawasan dilarang. Baiklah, saya terima. Tetapi kenapa kereta VIP ini yang juga meletakkan kenderaan di kawasan yang dilarang tidak dikunci seperti mana saya kena sedangkan dia berada di situ terlebih dahulu berbanding saya,” katanya.

Wanita itu turut berkongsi beberapa gambar sebagai bukti ketika memuat naik status berkenaan di akaun Twitter miliknya.

Dia turut mempersoalkan adakah lambang polis terdapat pada plat kereta berkenaan menyebabkan DBKL tidak mengambil tindakan.

Menurut wanita itu lagi, ketika kejadian beberapa penguat kuasa muncul semula membuat rondaan kali kedua dan kenderaan ‘VIP’ itu masih tidak dikapit tayarnya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Penguatkuasaan DBKL Nasarudin Daharun berkata, dakwaan wanita terbabit berhubung diskriminasi yang diterima itu akan disiasat.

Menurutnya, pihak DBKL akan menyiasat sama ada kenderaan itu dikunci bahagian trafik jabatan berkenaan atau sebaliknya.

“Kami akan siasat ia dikunci bahagian trafik atau petugas yang dipinjamkan kepada operator pengendali parkir di bawah Yayasan Wilayah,” katanya.


Read More...

Sunday, 22 October 2017

Mustafa Ali: Pas Sambutlah Tangan Umno



KUALA TERENGGANU: PAS wajar menyambut tangan dihulur UMNO untuk duduk semeja dan berbincang mengenai kerjasama yang boleh dijalinkan di antara kedua-dua parti itu.

Pandangan itu disuarakan veteran PAS, Datuk Mustafa Ali, yang menyifatkan pemimpin PAS tidak lagi boleh duduk berdiam selepas parti itu memutuskan kerjasama dan tahaluf siyasi dengan Pakatan Harapan.

Bekas Setiausaha Agung PAS itu berkata, perbincangan itu penting supaya kedua-dua parti boleh memahami perspektif dan kehendak masing-masing, sebelum boleh dilanjutkan kepada sebarang kerjasama yang memanfaatkan rakyat, negara dan parti.


"Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah berkali-kali menyatakan bahawa PAS memang tidak akan kembali bekerjasama dengan DAP, Parti Keadilan Rakyat dan Parti Amanah Negara (PAN) dalam Pakatan Harapan.

"Jadi apa alternatif yang ada? Jadi sebab itu pandangan saya, PAS wajar menyambut tangan dihulurkan UMNO melalui Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa.

"Tetapi, bukanlah bererti PAS mesti bersama-sama Barisan Nasional (BN). Saya pun tidak fikir Annuar mahu ajak PAS masuk BN. Tetapi, bila disebut kerjasama ini untuk membangunkan negara, kita kena sambutlah," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Bekas Ketua Pengarah Pilihanraya PAS itu berkata, ketika ini hanya dua parti, iaitu PAS dan UMNO yang menguasai pengundi Melayu, sekaligus 'penyatuan' kedua-dua parti akan memberi kebaikan kepada negara.

Beliau juga berpendapat, kerjasama UMNO dan PAS juga akan mewujudkan suasana pilihan raya yang lebih baik apabila berlaku pertembungan satu lawan satu dan bukan tiga penjuru iaitu, PAS, BN dan Pakatan Harapan.

"Jadi sebab itu, kalau berlakunya suasana politik yang lebih kondusif dan harmoni, itu baik bagi negara.

"Saya rasa UMNO dan PAS boleh berbincang untuk kepentingan masa depan negara. Tetapi, saya tidak nampak ada satu jawapan yang serius daripada pemimpin PAS setakat ini. Jadi, apabila tidak ada satu respons yang serius itu, saya rasa ia tak kena. Jadi pada padangan saya perlu berbincang," katanya.

Ditanya mengapa beliau yang dilantik sebagai penasihat PAS tidak menyuarakan pandangan itu kepada pimpinan atasan parti, katanya, beliau tidak lagi duduk dalam mana-mana jawatankuasa.

Mustafa berkata, usaha PAS untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 dengan hanya memperkukuhkan badan gabungan politik tidak rasmi seperti Gagasan Sejahtera, tidak memberi kelebihan kepada parti.

"Apabila hendak pilihan raya, orang akan lihat parti mana yang akan menjadi kerajaan. Jadi, PAS sudah cakap awal-awal lagi ia bukan mahu membentuk kerajaan.

"Kerjasama pun termanya ada banyak. Tahaluf siyasi, taawun, 'electoral understanding'. Saya nak tengok perbincangan antara PAS dan UMNO ini berlaku untuk kepentingan masa depan negara," katanya.



Read More...

Friday, 20 October 2017

Foto: Remaja Perempuan Sanggup Jual Dara Demi iPhone 8


Telefon pintar jenama Apple sangat terkenal dengan kualiti, selain harganya yang mahal. Jika sebelum ini, ada remaja perempuan yang sanggup menjual sebelah buah pinggangnya demi mendapatkan iPhone, baru-baru ini juga ada seorang remaja perempuan yang sanggup mengadai kesucian dirinya demi benda yang sama. 

Dalam laporan World of Buzz, ramai netizen di media sosial China memuat naik iklan di mana mereka sanggup tidur/bersama dengan mana-mana lelaki yang sanggup membeli iPhone model terbaru untuk mereka. 

"Belikan iPhone 8 untuk saya dan awak boleh 'bermain' dengan saya selama tiga hari tanpa menggunakan kondom" dan "Belikan iPhone X untuk saya dan awak boleh bermalam dengan saya selama tiga hari."

Difahamkan, sebahagian dari iklan tersebut adalah benar dan seorang Vlogger dari Beijing yang dikenali sebagai Nana, mengambil keputusan untuk memberi pengajaran kepada salah seorang daripadanya. 

Nana yang terkenal dengan video pendedahannya mengenai masalah sosial itu kemudian menghubungi remaja berkenaan, Xiao Chen, 17, yang memuat naik iklan tersebut di mana dia sanggup menjual daranya untuk 20,000 RMB (12,750). 

Pada awalnya, Nana menyamar sebagai Setiausaha kepada seorang lelaki kaya dan mengatur pertemuan dengan Xiao Chen. Nana bertanya kepada Xiao Chen, apa tujuan dia menjual daranya itu. 

"Ramai kawan saya yang beli iPhone 8, membuatkan saya juga mahu memilikinya. Tetapi saya tiada duit. Saya dengar ada seorang pelajar perempuan di sekolah saya yang berjaya menjual daranya untuk amaun yang sama. 

"Lagi pun, saya hanya baring saja di situ, kan? Saya cuma perlu bertahan sedikit dan selepas itu semuanya selesai dan saya terima 20,000 RMB dan kami berdua mendapat apa yang kami mahukan. Saya sudah fikir perkara ini masak-masak," katanya. 

Nana terkejut dengan penjelasan Xiao Chen yang sanggup berbuat demikian untuk mendapatkan telefon pintar. 

"Awak sanggup buat perkara ini untuk iPhone 8? Awak rasa perkara ini berbaloi ke? Saya ingatkan awak buat perkara ini kerana perlukan duit untuk hal-hal kecemasan," kata Nana. 

Setelah berbicara seketika, akhirnya Nana memaklumkan majikannya akan bertemu dengan Xiao Chen di hotel, keesokkan hari. 

Dalam video seterusnya, Xiao Chen bertemu dengan majikan Nana di sebuah bilik hotel dan terus menyerahkan iPhone 8 yang diinginkan oleh remaja berkenaan tanpa mengetahui lelaki itu sebenarnya ada 'kejutan' untuk dirinya. 

Lelaki itu memaklumkan bahawa ada dua orang rakannya yang akan menyertai mereka sebelum dia memanggil dua orang rakannya yang menunggu di bilik air dengan seorang lelaki yang bersedia merakam 'aksi mereka'. 

Panik dengan keadaan itu, Xiao Chen cuba melarikan diri dan namun dihalang dan ditahan di atas katil sambil menjerit ketakutan. 

Lakonan itu akhirnya berhenti apabila Nana muncul dan remaja itu terus duduk di hujung katil. Dalam masa yang sama Nana terus memarahi remaja terbabit akan kesan dan akibat jika kejadian itu benar-benar berlaku. 

Nana kemudian meminta empat lelaki berkenaan keluar dari bilik sementara dia mahu berbicara dengan remaja berkenaan secara peribadi untuk janga masa yang lama. 


"Awak sepatutnya fikir akan kesan dan akibat dari tindakan awak. Jika tidak, awak akan menyesal di kemudian hari. Apa yang awak buat ini langsung tak berbaloi," katanya. 



Read More...

Thursday, 19 October 2017

Shafie Apdal Akhirnya Ditangkap SPRM


KUALA LUMPUR: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu penyelewengan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di negeri ini.

Shafie yang merupakan Ahli Parlimen Semporna itu ditahan SPRM di pejabat Suruhanjaya itu sekitar jam 9 malam tadi.

Ahli politik berusia 60 tahun itu hadir ke pejabat SPRM kira-kira pukul 5.20 petang dengan ditemani peguamnya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan penahanan itu.

Sumber SPRM ketika dihubungi Astro AWANI petang tadi mendedahkan yang pihak beliau akan memanggil ahli politik terbabit melalui peguamnya sebelum mendapat persetujuan untuk hadir ke pejabat SPRM Kota Kinabalu, Sabah petang tadi.

Mohd Shafie dijangka akan ditahan reman esok (Jumaat).

"Kita akan rakam percakapan dan menahan beliau bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes penyelewengan dana KKLW di Sabah," kata sumber itu lagi.

Dalam pada itu, sumber menambah, seorang jurutera awam berusia 47 tahun turut ditahan di pejabat SPRM Kota Kinabalu pada pukul 2.45 petang tadi. Individu itu difahamkan ditahan untuk membantu siasatan penyelewengan dana KKLW.

Sebelum itu, pemimpin politik itu dilaporkan berlepas ke Kota Kinabalu dari Kuala Lumpur pada pukul 12.55 tengah hari tadi. 

Sejak pembongkaran SPRM berhubung kes penyelewengan dana KKLW itu, sembilan individu ditahan termasuk dua daripadanya adik kepada pemimpin terbabit.

Hari ini, mahkamah membenarkan ikat jamin dibuat ke atas salah seorang adik pemimpin berkenaan dan seorang ahli perniagaan.

Hanya tinggal seorang lagi adik pemimpin itu yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bergelar Datuk yang masih ditahan SPRM sehingga Sabtu ini.

Pada 5 Oktober lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mendedahkan pihaknya telah menyita kira-kira RM180 juta dalam akaun bank bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan projek luar bandar di Sabah.

Dzulkifli berkata, jumlah RM180 juta itu dipercayai sebahagian daripada RM1.5 bilion dana yang dianggarkan diseleweng dalam kementerian.

Dana awam itu adalah sebahagian peruntukan kerajaan Pusat melalui KKLW berjumlah RM7.5 bilion untuk melaksanakan projek luar bandar di Sabah sepanjang 2009 hingga 2015.

Sumber Astro AWANI juga mendedahkan VIP tersebut telah menaiki sebuah pesawat dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu sekitar jam 12.55 tengah hari tadi.





Read More...

Pendedahan Berani PPIM Kenal Pasti 9 ‘Dragon’ Yang Pegang Malaysia


KUALA LUMPUR 18 Okt. – Kegiatan perjudian haram dan semua aktiviti tidak bermoral yang berlaku di negara ini didakwa didalangi oleh sembilan orang ketua atau digelar ‘dra­gon’ sejak bertahun-tahun lamanya.

Malah, kumpulan sembilan dragon itu mampu mengutip sebanyak RM5 bilion sebulan hasil daripada pusat perjudian seluruh negara melalui sistem hierarki yang dilaksanakan sejak sekian lama.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan (gambar) mendakwa, sistem sembilan dra­gon itu telah lama di­amalkan oleh kumpulan sindiket jenayah terbabit hinggakan semuanya mem­punyai kuasa di dalam agensi pe­nguat kuasa di negara ini.

Malah, dakwa beliau, kumpulan itu juga berkeupayaan untuk me­nu­karkan penguat kuasa yang dirasakan mengganggu gugat kegiatan mereka dalam tempoh 24 jam.

Kesukaran untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan berkenaan, ujar beliau, disebabkan pihak atasan organisasi terbabit telah menjalin hubungan rapat dan saling bekerjasama dalam beberapa urusan selain turut menerima wang ‘perlindungan’.

“Rangkaian tersebut bermula apabila pihak berkuasa atau individu berkepentingan di negara ini duduk semeja dengan kumpulan dragon untuk meminta bantuan.

“Mereka kemudian tersepit apabila dragon mula meminta bantuan untuk melindungi kegiatan haram, tetapi perlu menurut kerana pernah menerima bantuan dahulu,” dakwanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya baru-baru ini.

Menurut Nadzim, undang-undang yang terdapat dalam sistem dragon iaitu, pengkhianat akan ditembak mati menyebabkan pihak berkuasa terlibat tidak berani melawan dan terpaksa akur dengan permintaan kumpulan tersebut walaupun ia bercanggah dengan kedaulatan negara.

Mengulas mengenai sistem dragon berkenaan, Nadzim memberitahu, hierarki itu telah wujud sejak sekian lama, bahkan ia mempunyai hubungan dengan kumpulan lain di luar negara termasuk Hong Kong, China dan beberapa negara lain bagi menjalankan akti­viti mereka.

Ujar beliau, terdapat juga beberapa individu ternama di negara ini yang berjaya menduduki tahap tertinggi dalam sistem rangkaian antarabangsa itu.

“Jika sebelum ini ada pendedahan mengenai individu bernama Alex, dia juga adalah anggota kepada sembilan dragon berkenaan yang memakai gelaran dragon nombor lima yang mempunyai hubungan kuat dengan orang ‘besar’ di negara ini.

“Saya difahamkan terdapat sembilan dragon utama, jika mungkin ada tambahan saya tidak pasti, tetapi kesemua mereka mempu­nyai gelaran Tan Sri dan Datuk Seri yang dibeli untuk mengaburi ke­giatan sebenar mereka,” katanya.

Mereka yang mempunyai gela­ran itu turut sinonim dengan pelbagai perniagaan di negara ini dan berjaya mengutip lebih RM5 bilion sebulan hasil daripada perjudian.

Menurutnya, wang tersebut dikumpul daripada seluruh negara dan akan diagihkan kepada syarikat-syarikat yang ditubuhkan bagi mencuci wang haram itu untuk mengelakkan ia mudah dikesan.

Tambahnya, dengan wang yang banyak itu, ia akan memudahkan mereka menjalankan kegiatan ha­ram termasuk membayar wang perlin­dungan kepada pihak berkuasa serta siapa-siapa yang mengganggu perjalanan perniagaan mereka.

“Disebabkan sistem yang berkesan dan bantuan teknologi terkini, wang tersebut sukar untuk dilarikan oleh mana-mana pekerja ke­rana takut akan dibunuh oleh anggota sembilan dragon tersebut,” jelasnya.

Sumber - Di sini






Read More...

Wednesday, 18 October 2017

Adegan Kejar Mengejar Lebih 100 KM Di Lebuhraya Utara Selatan



Keadaan kereta polis yang terbabas dan menyebabkan kecederaan kepada seorang anggota polis sewaktu terbabit aksi kejar-mengejar dengan kereta suspek.

ALOR PONGSU - Adegan polis mengejar sebuah kereta sejauh lebih 100 kilometer merentasi Lebuhraya Utara Selatan berakhir dengan penahanan seorang lelaki di Kilometer 181.2 arah Utara, susur keluar Plaza Tol Alor Pongsu, di sini awal pagi tadi.

Insiden itu turut menyaksikan seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang mengalami kecederaan bahu dan lengan kiri setelah kereta dipandu dilanggar kereta suspek yang cuba melarikan diri melalui susur keluar persimpangan Alor Pongsu.


Sinar Harian difahamkan kejadian berlaku pada jam 1.30 pagi apabila satu kes kejar mengejar di KM 230 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan melibatkan beberapa kereta polis dengan sebuah kereta jenis Proton Wira dipercayai bermula dari Jambatan Pulau Pinang.

Kejadian itu menyebabkan polis mengadakan sekatan jalan raya di KM242 Lebuhraya Utara Selatan susur keluar Kuala Kangsar.

Semasa sekatan dibuat, difahamkan kereta dinaiki suspek cuba meloloskan diri memasuki lorong Smart Tag sebelum membuat pusingan U bagi menghala semula ke utara.


Ibarat adegan filem 'Polis Evo', polis kemudiannya membuat penutupan sepenuhnya jalanraya di KM 178 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, namun tindakan itu seakan-akan dihidu suspek yang akhirnya cuba melarikan diri melalui susur keluar persimpangan tol Alor Pongsu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, setelah membelok ke susur Alor Pongsu, kereta saspek terus melanggar palang di Plaza Tol Alor Ponsu dan selepas itu membelok ke simpang kiri.

Menurutnya, kereta dinaiki suspek kemudiannya terbabas dan masuk ke dalam parit lebih kurang satu kilometer dari jarak plaza tol tersebut sebelum ditangkap serta merta oleh anggota polis yang mengejarnya.





Read More...

Tuesday, 17 October 2017

Polis siasat aduan pegawai SPRM ada hubungan sulit dengan isteri orang


SEPANG: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan belum menerima sebarang laporan polis daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan seorang pegawai kanan agensi itu yang dikatakan ada hubungan sulit dengan isteri orang.

Fuzi berkata, bagaimanapun siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi menyiasat perkara itu berdasarkan laporan polis yang diterima daripada pihak lain.

"Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan berhubung laporan itu.

"Kita sedang kenalpasti (pihak bertanggungjawab menyebarkan video) kalau perlu buat tangkapan kita akan buat tangkapan, tapi setakat ini tiada tangkapan.

"Bagi kita masa secukupnya untuk siasat, bukan mudah untuk kita kesan (pihak bertanggungjawab menyebarkan video), tapi kita cuba sedaya upaya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya pihak polis sedang mengambil langkah perlu untuk melengkapkan kertas siasatan berkaitan kes hasutan membabitkan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Dr Zamihan Mat Zin, sebelum dikemukakan kepada pihak Peguam Negara.

Sementara itu, berhubung himpunan 'Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi' yang berlangsung di Padang Timur Ahad lalu, beliau mengesahkan polis akan memanggil pihak penganjur himpunan berkenaan memandangkan polis tidak memperakukan penganjurannya.

"Semua sedia maklum kita tidak memperakukan perhimpunan yang dianjurkan pada Ahad lalu, jadi kita sedang teliti kesalahan serta tindakan yang boleh diambil kepada pihak penganjur.

"Yang pasti kita akan panggil pihak penganjur sebab kita tidak benarkan tempat itu diadakan perhimpunan tapi dia tetap buat.

"Selain itu, siasatan menyeluruh akan dibuat terhadap semua perkara termasuk (intipati ceramah) sekiranya wujud sebarang unsur hasutan atau kesalahan di bawah peruntukan lain dan sebagainya," katanya.




Read More...

Monday, 16 October 2017

GEMPAR :HALAMAN AL-QURAN KOSONG BUKAN SALAH CETAK TAPI ‘HILANG”


Seorang pegawai majlis agama Islam Johor (MAIJ) percaya lapan halaman al-Quran yang ‘kosong’ bukan kerana salah cetak.

Paparan menunjukkan halaman al-Quran yang kosong walaupun naskhah itu dikatakan telah dikhatam enam pelajar tahfiz. — Foto ihsan Facebook/Adam Aliman

Abdul Latif Juffri berkata naskhah itu dikhatam beberapa kali dan ditandatangani enam pelajar tahfiz sebagai bukti pembacaan, lapor Harian Metro.

“Menguatkan hujah mengenai kejadian itu adalah al-Quran berkenaan juga sering dibaca anak murid sekolah abang saya, malah mereka juga khatam dengan al-Quran sama.

“Namun ketika itu tidak berlaku kehilangan kandungan muka surat dalam naskhah kitab suci berkenaan hinggalah disedari pada Syawal lalu,” katanya.

Beliau berkata halaman yang kosong itu membabitkan empat surah dan disedari mereka 13 beradik pada sambutan Aidilfitri yang lepas ini.

Katanya, mereka mengadakan marhaban dan tahlil di rumah keluarga di Kampung Parit Ismail, Parit Yaa’ni, Batu Pahat 25 Jun lalu.

Menolak andaian silap cetak sebagai punca, beliau percaya kejadian itu sebagai petunjuk kepada manusia semakin hampir akhir zaman.

25 Jun 2017 yang bertepatan dengan 1 Syawal 1438 Hijriyah warga Johor, Malaysia digemparkan dengan fenomena aneh bin ajaib.

Pasalnya, percaya tidak percaya, kitab suci Alquran yang ada di empat surah mendadak kosong 8 halaman.

Misteri kehilangan lapan halaman Alquran itu terjadi di Kampung Parit Ismail, Parit Yaa’ni, Batu Pahat, Johor, Malaysia.

Harian Metro melaporkan, lapan halaman Alquran yang hilang terdiri dari empat surah.

Hal itu diketahui oleh pegawai Penerbitan Majelis Agama Islam Johor (MAIJ), Abdul Latif Juffri (52).

Menurut Latif, kejadian tersebut diketahui ketika dia bersama dengan 13 saudaranya ingin mengadakan acara marhaban dan tahlil pada 1 Syawal.

“Kebetulan saya masih ingat potongan ayat pendinding terkandung dalam surah Yasin diajarkan guru, sebelum abang, Abdul Manaf Juffri (54), yang juga Guru Besar Sekolah Agama Seri Bengkal mendapatkan Alquran untuk dijadikan rujukan,” imbuh Latif, seperti dilansir MyNewshub.

Namun, ketika dibuka, lembaran Alquran itu dilihat dua halaman tanpa tulisan, sebelumnya kejadian serupa terjadi pada enam halaman untuk tiga surah berbeza.

Abdul yang bertugas di bahagian publikasi MAIJ sejak 1993 silam mengakui sudah beberapa kali melihat kejadian seperti itu.

Bahkan pengalaman itu adalah kedua kalinya dialami kakaknya.

Dia mengatakan, sebelumnya enam siswa tahfiz (penghafal Alquran) telah membubuhkan tanda tangan mereka sebagai bukti bahwa Alquran ini sudah dikhatamkan sebelum dibeli oleh kakaknya.

Bahkan Alquran tersebut sering dibaca dan dikhatamkan selama Ramadan. Bahkan sering dibawa para murid di sekolah kakaknya dan mereka juga khatam dengan kitab suci itu.

“Namun ketika itu, tidak terjadi kehilangan kandungan halaman dalam naskah kitab suci seperti yang terjadi pada 1 Syawal lalu,” katanya Abdul.

Bila terjadi seperti ini, biasanya banyak mengatakan itu kesalahan percetakan, tetapi apa yang terjadi sebaliknya kerana ktaham.

Abdul mengatakan, isu kehilangan lapan halaman Alquran ini memberikan petunjuk kepada manusia bahawa semakin dekatnya akhir zaman.

“Ini petunjuk dunia semakin tua dan petunjuk Allah SWT berada di mana-mana,” katanya. Wallahulam

Nota: Benar lah dunia semakin tua. Oleh itu marilah kita sama-sama mempersiapkan diri menunju kehidupan abadi. Semakin banyak bukti-bukti tanda kiamat muncul di akhir zaman kini. Namun janganlah kita menjadi lalai terlalu mengejar dunia kerana dunia ini sementara, kehidupan abadi hanyalah di sana.  Semoga kita semua dilindungi oleh oleh daripda fitnah akhir zaman. Amin

Sumber: Projek MMO
Sumber: www.jawapos.com






Read More...

Tauke Judi Rasuah Penguatkuasa RM15 Juta Sebulan


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa seorang pemilik rangkaian perjudian merasuah penguatkuasa sehingga RM15 juta sebulan untuk menyembunyikan aktiviti haramnya.

Ketua aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata individu yang dikenali sebagai Alex itu menjana pendapatan sehingga RM16 juta sehari dan berselindung di sebalik rangkai restoran mewah bagi mengubah wang haram.

Menurutnya, individu berkenaan ‘membeli’ penguatkuasa dan membayar orang ‘besar’ yang melindunginya daripada sebarang tindakan undang-undang.

“Bagi mengaburi tindakan perniagaan, Alex turut menjalankan perniagaan restoran mewah terutamanya di sekitar Bukit Bintang sebagai salah satu tempat mencuci duit tersebut agar tidak dihidu pihak berkuasa.

“Nilai RM10 juta hingga RM15 juta rasuah yang diberi kepada penguat kuasa sebulan bukanlah satu nilai besar jika dibandingkan pendapatan harian lebih-lebih lagi mereka turut dilindungi pegawai ‘besar’ dalam agensi penguatkuasaan,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, Mingguan Malaysia mendedahkan taktik sindiket perjudian bernaung di bawah mereka yang bergelar Tan Sri dan Datuk Seri serta memberi rasuah kepada agensi penguat kuasa RM15 juta sebulan bagi melindungi perniagaan mereka.

Sementara itu, Nadzim berkata PPIM sedia memberikan sebarang kerjasama kepada pihak polis dan menjadi mata dan telinga agensi keselamatan itu agar masalah perjudian haram diselesaikan.

Sementara itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwan­ddin Hamzah berkata, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu menyiasat syarikat yang menjana pendapatan jutaan ringgit setiap bulan walaupun tidak mendapat sambutan.

Menurutnya, terdapat perniagaan syarikat pinjaman berlesen, kedai telefon, restoran, perabot dan sebagainya yang ditubuhkan untuk mencuci wang haram daripada bisnes perjudian bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Katanya, penglibatan pihak bergelar Tan Sri dan Datuk Seri jelas menunjukkan perniagaan tersebut mempunyai perancangan teratur dan membentuk satu kumpulan kartel dalam perniagaan judi haram.

“Perkara ini berulang kali didedahkan NGO tetapi bagaikan ada kekebalan yang melindungi sindiket judi daripada disentuh pihak berkuasa untuk diambil sebarang tindakan,” katanya.


Read more at https://m.malaysiakini.com/news/398508#ZDMKghCSOq2YSTpO.99


Read More...

Sunday, 15 October 2017

Azmin Bagus Tapi Kena Tukar Parti


Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dr Abu Hassan Omar memuji kepimpinan Datuk Seri Azmin Ali di negeri itu dan menganggap timbalan presiden PKR itu mempunyai masa hadapan yang cerah dalam politik.

Bagaimanapun, Abu Hassan yang juga Yang di-Pertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor berkata, Azmin "dikawal oleh pihak tertentu".

"Dia seorang ahli politik yang baik, dia muda dan punya masa depan yang sangat cerah tetapi dia "dikawal".

"Setahu saya Azmin boleh jadi seorang pemimpin yang bagus cumanya seperti mana yang kita tahu siapa yang kawal kerajaan negeri bukan Azmin, bukan PKR.

"Tetapi orang lain, itu cukuplah saya cakap macam itu," kata Abu Hassan yang dipercayai merujuk kepada rakan sekutu PKR, DAP.

Abu Hassan berkata demikian dalam temubual Malaysiakini di pejabat Gerakan Mubarak, di Shah Alam baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Abu Hassan berkata prestasi Azmin selaku menteri besar Selangor adalah memuaskan namun bekas anak didik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berada dalam 'parti yang salah'.

Oleh demikian, Abu Hassan menasihatkan Azmin yang juga anggota Parlimen Gombak untuk beralih arah atau secara tepatnya menukar partinya kini.

"Azmin ada kebaikannya tersendiri. Saya fikir dia boleh jadi pemimpin yang bagus tapi mungkin dia berada dia kedudukan yang salah. Ya, beliau salah pilih parti," tegas Abu Hassan.

Ditanya sejauh mana Azmin akan bertindak meninggalkan PKR, ini jawab Abu Hassan:

"Susah nak cakap tapi ini pendapat saya yang jelas kita memerlukan seorang pemimpin seperti dia sebagai menteri besar. Dia sangat disukai, dia kuat dan saya kenal dia dari kecil".

Azmin dilantik sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada September 2014.


Read More...

Saturday, 14 October 2017

Rafizi Tidur...

ISKANDAR PUTERI: Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abd Samad, menyifatkan pendedahan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, mengenai isu pembelian Hotel Grand Plaza Kensington di London, bukan satu perkara baharu.

Shahrir berkata, malah semua pendedahan itu semestinya sudah berada dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kini memasuki proses soal siasat individu berkaitan dengan pembelian hotel berkenaan.

Katanya, beliau menyifatkan Rafizi Ramli bukan bersengkang mata selama 48 jam, tetapi sudah tidur selama tiga bulan dan tidak mengambil maklum isu pembelian Hotel Grand Plaza Kensington di London.

"Saya tidak boleh banyak komen perkara ini kerana ia masih dalam siasatan SPRM sejak tiga bulan lalu. Saya tak faham kenapa Rafizi tidak tahu ini (isu pembelian hotel) sedang disiasat SPRM.

"Kalau ada sebarang perkara tidak sesuai (menyalahi undang-undang) tentunya sudah dalam maklumat SPRM dan kalau Rafizi tahu ada lebih (maklumat) yang lain, dia boleh kemukakan pada SPRM tidak perlu nak dicabar dan disebut seolah-olah kita tidak tahu.

"Kali ini keghairahannya seolah-olah hendak bagi tahu satu perkara baru, tetapi saudara Rafizi sudah ketinggalan tiga bulan, sudah tidur tiga bulan tidak tahu kes ini dan kedudukan aset hartanah Kensington dibeli Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) sebenarnya dalam siasatan SPRM," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis perasmian penutup Ekspo Johor Berkemajuan 2017 di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Shahrir berkata, pihaknya kini yang tiga bulan bersama (membantu) memaklumkan siasatan sudah sampai ke peringkat menyoal siasat beberapa pihak dan individu ada kena mengena dengan pembelian hotel termasuk peguam dan individu terbabit dalam pengurusan aset.

Semalam, Rafizi menerusi penulisan blog, mendakwa syarikat FIC London Hotel (Private) Ltd yang dinyatakan di dalam penyata kewangan FELDA, selain memegang aset hotel berharga RM330 juta di kawasan elit London itu, tidak wujud.

Rafizi turut mendakwa sebanyak RM90 juta (STG15 juta) sudah diselewengkan, selain dari hak milik yang tidak didaftarkan kepada FELDA.







Read More...

Friday, 13 October 2017

Beranikah Selleh Keruak Bersemuka Dengan Kit Siang?


Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mencabar Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak agar bersemuka bagi bercakap mengenai 'berita palsu' melibatkan pemimpin BN dan pembangkang.

"Dalam siri 'konfrantasi berita palsu' antara Salleh dan saya sendiri, setiap pihak akan menampilkan lima berita palsu untuk disahkan sama ada sebagai benar dan berfakta atau dibuktikan sebagai berita palsu," katanya sambil menggesa sesi itu disiar secara langsung.

Mengucapkan terima kasih kepada Utusan Malaysia, Lim mendakwa Umno dan BN menjadi pengeluar berita palsu terbesar menerusi organisasi media yang dikawal mereka.

"Selama lebih 40 tahun dari tahun 1965, saya tidak wujud bagi Utusan Malaysia, kerana semua kenyataan, ucapan dan aktiviti saya tidak keluar dalam halamannya.

"Tetapi dalam tempoh 10 tahun yang lalu sejak pilihan raya umum 2008, saya menjadi 'berita besar' dalam Utusan Malaysia, dengan gambar dan laporan saya diperbesarkan, tetapi bukan berita benar, tetapi berita palsu," katanya.

Lim memberi respon kepada kenyataan Salleh, yang mengucapkan terima kasih kepada veteran DAP itu semalam kerana menyokong seruannya untuk memainkan peranan proaktif dalam memerangi berita palsu.

"Setakat ini saya bersetuju dengan Salleh," kata pemimpin DAP itu.

Lim juga menyoal sama ada Salleh dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memerangi berita palsu yang turut mensasarkan pembangkang.

Salleh berkata undang-undang adalah jelas dan tindakan akan diambil sekiranya laporan dibuat dengan SKMM.

Mengulas mengenai perkara itu, Lim mendakwa menteri itu gagal menangani isu-isu yang dibangkitkannya.



Read More...

Tok Sami Hindu Bunuh Penyanyi Islam


NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 200 penduduk Islam lari dari perkampungan mereka di barat Rajasthan selepas seorang sami Hindu dan rakannya membunuh penyanyi lagu rakyat Muslim, akhir bulan lalu.

Masalah meletus di perkampungan Dantal berhampiran sempadan India-Pakistan, 27 September lalu apabila seorang sami Hindu menuduh penyanyi lagu rakyat, Ahmad Khan, membuat kesilapan ketika mengalunkan mantera membangkitkan dewi Hindu.

Khan, 45, adalah anggota komuniti Langa Manganiyar, yang menyanyikan lagu keagamaan Hindu dan versi spiritual di kuil serta festival.

Cadangan sami itu supaya mantera diubah menyebabkan berlaku pertengkaran.

Polis berkata, sami itu, Ramesh Suthar dan rakannya kemudian memecahkan alat muzik milik Khan sebelum membunuhnya.

"Berita pembunuhan itu mencetuskan rusuhan antara penganut Hindu dan Muslim yang tinggal bersama selama beberapa generasi," kata pegawai polis kanan, Gaurav Yadav, yang menyiasat kes itu.

Beliau tidak menyatakan bagaimana Khan dibunuh, namun berkata Suthar sudah ditahan. Rakan subahatnya bagaimanapun berjaya melarikan diri.

Pihak berkuasa sudah menghantar pasukan separa tentera ke kawasan itu, namun penduduk Islam, yang bimbang berlaku pertembungan, enggan kembali ke rumah.

"Atas kesalahan kecil, penganut Hindu membunuh saudara lelaki saya. Kami tidak boleh tinggal dalam perkampungan sama lagi," kata sepupu penyanyi itu, Rakha Khan. - REUTERS




Read More...

Thursday, 12 October 2017

Siapa Pemimpin Atasan Umno Yang Menipu Besan Berjuta Ringgit?

AHLI PERNIAGAAN DAKWA DITIPU BERJUTA-JUTA OLEH BESAN PEMIMPIN ATASAN UMNO?

Seorang ahli perniagaan mendakwa dirinya ditipu berpuluh-puluh juta sejak hampir dua tahun lalu oleh rakan niaganya dari sebuah negara jiran yang juga merupakan besan kepada salah seorang pemimpin atasan UMNO dan kerajaan.

Dalam satu pertemuan, ahli perniagaan terbabit mendakwa, beliau merancang untuk melaksanakan satu projek perniagaan yang memerlukannya berurusan dengan pihak kerajaan di negara jiran tersebut bersama rakan niaganya itu.

"Meskipun perkongsian adalah atas pembahagian 50:50, tetapi semua modal dikeluarkan oleh saya, manakala rakan niaga itu lebih berperanan untuk menjalankan kerja-kerja mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa negara jiran terbabit, katanya.

Bagaimanapun, katanya, setelah hampir dua tahun berlalu dan beliau telah mengeluarkan wang berpuluh-juta untuk memastikan ia berjaya, projek yang dijalankan itu tidak juga mendapat kelulusan.


Tambah ahli perniagaan yang belum mahu disebut namanya itu, kali terakhir beliau memberikan wang ialah pada pertengahan tahun ini sebanyak RM2.5 juta di mana rakan niaganya itu memberitahu, jika kali ini wang diberi kepadanya dan projeknya berjaya, semua wang yang digunakannya sebelum ini akan dapat dilunaskannya.

"Malangnya, semua cek bayaran balik yang diberinya adalah cek tendang, sama seperti yang dilakukannya sebelum ini," ujar ahli perniagaan tersebut sambil menunjukkan salinan beberapa keping cek tendang yang ada dalam simpanannya.

Mengimbas perkenalannya dengan rakan niaga dari negara jiran tersebut, ahli perniagaan terbabit memberitahu, beliau mengenalinya kerana diperkenalkan oleh pemimpin atasan UMNO itu.

"Antara sebab saya percaya dan sedia menjalankan perniagaan dengan rakan niaga itu ialah kerana hubungan kami bermula dengan diperkenalkan oleh pemimpin atasan UMNO terbabit," kata ahli perniagaan itu lagi.

Ahli perniagaan itu juga menegaskan, beliau akan terus berusaha dan tidak akan berhenti untuk mendapatkan kembali wangnya yang telah ditipu itu.

"Saya boleh terima kalau perniagaan itu rugi berjuta-juta, tetapi apa yang berlaku ialah saya telah ditipu kerana sementara banyak wang telah saya keluarkan, kerja untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa tidak dilaksanakan dengan betul," ujarnya kesal.

Tegas ahli perniagaan itu, apa yang dimahukannya kini, setelah diperdaya beberapa kali dengan bayaran cek tendang ialah agar wangnya dipulangkan semula dengan penuh kejujuran.

Katanya, beliau ada beberapa pilihan atau perancangan untuk tujuan mendapatkan kembali wangnya dan ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat selepas ini. (ShahbudinHusin 11/10/2017)

Read More...

Wednesday, 11 October 2017

Kit Siang Perdana Menteri Malaysia

'Kit Siang jadi PM lebih baik dari pemimpin Umno'



Memandangkan pemimpin Umno terus mempersoalkan kelayakan veteran DAP Lim Kit Siang menjadi perdana menteri jika Pakatan Harapan (HARAPAN) menang pilihan raya, Zaid Ibrahim berkata mungkin ia bukanlah cadangan yang buruk.

“Kita tak henti-henti dengar tentang perkara ini. Jika mereka (pemimpin Umno) begitu 'menginginkannya' terjadi, ia mungkin idea yang baik,” katanya kepada Malaysiakini.

Ketika ditanya, bekas menteri undang-undang itu berkata beliau yakin Lim akan menjadi perdana menteri yang lebih baik berbanding sesiapa saja dalam Umno.

Beliau menjelaskan kenyataan terdahulunya di Twitter sebagai respons kepada artike Malaysiakini yang memetik menteri Umno Salleh Said Keruak dan Abdul Rahman Dahlan yang menegaskan bahawa Lim akan menjadi perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya akan datang.

“Idea yang bernas. Kit Siang akan lebih baik berbanding mereka yang telah mengkhianat kepercayaan rakyat (Great idea. Kit Siang will be better than those who abused their trust to the people),” kata Zaid dalam akaun Twitternya.

Sementara itu, Zaid, yang kini ahli DAP memberitahu Malaysiakini bahawa menteri Umno menyasarkan Lim kerana mereka kehabisan idea.

Zaid juga yakin kempen menakut-nakutkan rakyat tidak akan berkesan.

“Mereka (pemimpin Umno) tak tahu apa yang harus dilakukan. Siapa harus diserang.... (Maka) Serang Mahathir dan Kit Siang.

“Mereka ingin menutup isu mereka sendiri. Jadi ini adalah cara untuk mengalihkan perhatian,” tambahnya.

DAP sebelum ini mendakwa Umno cuba menakut-nakutkan pengundi Melayu dengan menggambarkan parti dominan Cina itu sebagai ancaman kepada kedudukan orang Melayu dan Islam.

Dengan Tun Dr Mahathir kini meletakkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai alternatif kepada Umno dan HARAPAN melantik beliau sebagai pengerusi, serangan terhadap DAP semakin kuat.

Pilihan raya akan datang dijangka bakal menyaksikan perebutan undi Melayu dengan pembangkang mendakwa tsunami Melayu akan terjadi untuk menenggelamkan Umno.

Pemimpin Umno sebelum ini turut berulang kali mengatakan bahawa DAP yang memegang paling banyak kerusi antara parti-parti komponen HARAPAN merupakan dalang di sebalik pakatan pembangkang itu.

Mereka mendakwa DAP merupakan pembuat keputusan dalam HARAPAN dan menuduh Mahathir sebagai boneka DAP.

- malaysiakini

Read More...

Tuesday, 10 October 2017

PARTI DAP BERUCAP DI KONGRES PARTI KOMUNIS CHINA

BAYANGKAN JIKA INI TERJADI... PASTI MEROYAN 1 MALAYSIA.. HAHA..


Baru-baru ini media melaporkan Parti Komunis China (CPC) memilih UMNO untuk menghantar wakil bagi berucap dalam kongresnya 18 Oktober depan.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, ia merupakan kelangsungan hubungan kedua-dua parti pemerintah untuk saling bertukar-tukar pandangan.

Namun, cuba bayangkan apa yang bakal berlaku sekiranya DAP atau wakil kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang atau Selangor diberi penghormatan berbuat demikian soal Ahli Jawatankuasa DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji.

Beliau berkata, sudah pastinya DAP akan diserang habis-habisan kononnya menjadi tali-barut komunis China sebagaimana yang sering dimomokkan selama ini oleh jentera propaganda parti lawan itu.

“Cuba bayangkan jika parti komunis itu menjemput Lim Kit Siang berucap dalam kongres nasional mereka, sudah tentu media pro-BN akan memainkan propaganda jahat menyerang DAP pagi, petang, siang malam,” katanya ketika dihubungi Roketkini.

Adun Mentakab itu berkata, UMNO-Barisan Nasional (BN) akan menggunakan apa sahaja muslihat jika memberi faedah kepada parti itu.

“Tapi jika perkara sama dilakukan oleh pihak pembangkang, sudah tentu pembangkang akan dicemuh dengan kata-kata nista, tidak bermaruah dan sebagainya,” katanya.

Dalam perkara berkaitan, Tengku Zul memandang sinis propaganda UMNO selama ini yang tidak habis-habis menyebar fitnah mengaitkan DAP sebagai parti komunis, cauvinis, anti-Melayu dan Islam.

Ini termasuk kempen fitnah jahat melalui pengedaran carta ‘Keluarga Komunis Malaya’ yang mengaitkan beberapa pemimpin DAP dengan pengasas Parti Komunis Malaya.

Carta fitnah yang mula tersebar dipercayai sejak tahun 2016 itu menunjukkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng; bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew, dan Kit Siang sebagai sepupu dan kononnya mempunyai pertalian keluarga dengan pemimpin DAP lain seperti Teresa Kok, Ngeh Koo Ham, Nga Kor Ming, Anthony Loke, Tony Pua dan Lim Guan Eng.

“Tapi hari ini UMNO sendiri berbangga bila dijemput berucap di kongres Parti Komunis China,” sindir Tengku Zul. – Roketkini.com



Read More...

Monday, 9 October 2017

ZAHID HAMIDI YAKIN AKAN MENANG BESAR PRU 14


Pada Januari lalu, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi ada mendedahkan tentang kewujudan satu gerakan untuk menjatuhkannya di Bagan Datuk dalam PRU 14 akan datang.

Beliau menyifatkan usaha tersebut umpama "rosak ikan bermula di kepala."

Tidak dipastikan siapa yang mahu menjatuhkan Zahid Hamidi dan apa pula maksud "rosak ikan bermula di kepala" yang disebutnya itu.


Semalam pula, Zahid Hamidi menyasarkan keyakinan untuk menang di Bagan Datuk dalam PRU 14 akan datang dengan majoriti lima kali ganda berbanding PRU 2013 lalu.

Dalam pilihanraya lalu, Zahid Hamidi hanya menang dengan majoriti 2108 undi saja.

Bermakna, sasaran keyakinan Zahid Hamidi dalam pilihanraya akan datang ialah menang dengan majoriti lebih 10 ribu.

Bagaimana?

Adakah Zahid melakukan tambahan pengundi secara besar-besaran di Bagan Datuk?

Jika itu yang dilakukannya, adakah mereka pengundi Bagan Datuk sendiri atau pengundi daripada luar?

Siapakah mereka?

Kiranya itu yang dilakukannya, adakah Zahid Hamidi sekadar mengikut jejak langkah Najib Razak yang menambah secara besar-besaran jumlah pengundi Pekan sejak beliau hanya menang tipis 241 undi pada pilihanraya 1999 lalu?


Berdasarkan rekod di Pekan, jumlah kertas undi yang dikeluarkan pada pilihanraya 1999 ialah 26,797 yang mewakili 74.78 peratus keluar mengundi, tetapi pada pilihanraya 2013 lalu, jumlah pengundi kawasan itu telah meningkat kepada 80,260 orang.

Daripada hanya menang dengan 241 undi pada 1999, tidak hairan majoriti Najib meningkat kepada 35,613 pada pilihanraya 2013 lalu.

Atau adakah sasaran kemenangan lima kali ganda yang mahu dicapai Zahid Hamidi itu melalui pemindahan atau pertambahan pengundi pos?

Selain itu, adakah gerakan yang sebelum ini diumpamakan Zahid Hamidi "rosak ikan bermula di kepala" sudah tiada lagi di Bagan Datuk sehingga sasaran kemenangan lima kali ganda mahu dicapainya? (ShahbudinHusin 09/10/2017)

Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP