Thursday, 30 May 2019

Tun M Tak Mahu Tipu Anwar Lagi..




'Saya tetap akan berundur, beri laluan pada Anwar jadi PM'

Dr Mahathir Mohamad tidak berganjak dengan pendiriannya mahu memberi laluan kepada Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Kata Dr Mahathir, beliau tetap akan berundur seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Dr Mahathir mengulas mengenai perkara itu jika terdapat undian yang memihak kepadanya untuk kekal menjadi Perdana Menteri.

Read More...

Sunday, 26 May 2019

Cerita Bodoh Zahid Hamidi Dan Lailatulqadar...



Bila baca cerita pengalaman Zahid Hamidi dalam Malaysiakini, perkara pertama yang terfikir dalam hati ialah : Macam mana dia ni boleh jadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dulu...?

Itu saluran lapan punya sembang... Cerita budak-budak.

Antara lain, Malaysiakini melapurkan : //Selain itu, Zahid juga menceritakan pengalaman ketika bersama mengerjakan umrah bersama pendakwah terkemuka, Allahyarham Harun Din, Najib dan isteri.

"Kebetulan lepas sahur, Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah, Tun Rahah (Ibu Najib), Tun Suhailah (ibu Hishamuddin Hussein), saya dan isteri turun ke dataran kaabah. Beberapa orang wanita Arab bagitahu ada 7 ekor burung tawaf di atas kabah. Ketika itu saya sedang solat hajat. Saya diserbu dari belakang. Kopiah saya terpelanting. Dan orang bertumpu ke kaabah ketika itu. Saya tak tahu kerana tak ada signal tentang lailatulqadar. Tapi dalam sujud terakhir, saya doa berikan aku dan rombongan ku Lailatulqadar. Pagi tu, subuh, hujan dari Mekah ke Madinah sampai banjir. Sebab keganjilan ni bukan tuhan berikan signal, tuhan nak uji siapa kalangan hamba-hamba yang benar-benar taat," kata Zahid.

Zahid berkata beliau pada tahun ini tidak dapat menghabiskan malam terakhir Ramadan di Mekah kerana mahkamah enggan memulangkan pasportnya.

"Ketiga-tiga mahkamah tinggi, rayuan, federal, menolak untuk saya pergi. "Mungkin lailatulqadar bukan hanya di Mekah dan Madinah, tapi di Bangi," katanya.
.
Tanggapan pertama saya ialah mengenai dua kenyataan Zahid tentang Lailatulqadar.

Pertama dia kata : ".... dalam sujud terakhir, saya doa berikan aku dan rombongan ku Lailatulqadar...."

Kemudian kenyataan terakhir dia : "Mungkin lailatulqadar bukan hanya di Mekah dan Madinah, tapi di Bangi..."

Timbul persoalan, Zahid faham ke tidak apa itu malam lailatul qadar...?

Sebelum tu diceritakan konon ada tujuh ekor burung tawaf di atas kaabah... Last sekali dia kata hujan dari Mekah ke Madinah sampai banjir, keganjilan itu bukan tuhan berikan signal, tetapi untuk menguji hambanya yang taat.... apa benda...?

Awang


Read More...

Saturday, 25 May 2019

Adab Dengan Raja Dan Umno Johor Kritik Mukhriz




ADAB DENGAN RAJA.
Sekadar Perkongsian...

Rakyat wajib angkat sembah kpd raja tetapi tidak wajib bersalaman. Tetapi jika raja yg menghulurkan tangan dahulu maka wajib disambut.

Ramai yg kurang teliti dgn video tsb. Sudut jurukamera dari tepi ketika YB melintasi wanita disebelah Tuanku seolah2 melintasi baginda. Tetapi bila YB berhenti mengangkat sembah baru sy perasan yg sembah diangkat kpd raja. Yg salah adalah org2 lain yg bersalam tanpa angkat sembah. Slh dari segi adat.

So telitilah sebelum mengecam. Kurang pahala puasa nanti😁

#daulatTuanku
#silashare

SUMBER



Read More...

Friday, 24 May 2019

HASANAH KETUA PERISIKAN MALAYSIA LARI DARI MAHKAMAH

Mahkamah keluar waran tangkap ke atas Hasanah




Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid yang dituduh pecah amanah wang kerajaan berjumlah RM50.4 juta, kerana tidak hadir semasa pengurusan kesnya.

Waran itu dikeluarkan Hakim Collin Lawrence Sequerah selepas Timbalan Pendakwa Raya Mahadhir Mohd Khairudin membuat permohonan supaya waran tangkap dikeluarkan terhadap Hasanah, 61, kerana tidak hadir tanpa sebarang alasan.

“Tertuduh tidak hadir, beliau (sebelum ini) telah dilepaskan dengan jaminan dengan dua penjamin.

"Bagaimanapun tertuduh dan kedua-dua penjaminnya tidak hadir serta tiada apa-apa arahan dari mahkamah berhubung ketidakhadiran itu. Pohon waran tangkap dikeluarkan,” kata Mahadhir.

Peguam Nur Aifaa Mohd Zain yang mewakili Hasanah memohon maaf kepada mahkamah dan memberitahu Hasanah tidak hadir kerana peguam itu gagal memaklumkan tertuduh berkenaan prosiding hari ini.

“Saya memohon maaf atas kesilapan saya sebagai peguam, saya harus memaklumkan anak guam saya untuk hadir tetapi saya gagal untuk memaklumkan.

"Saya berharap anak guam saya tidak menerima sebarang kesan atas tindakan saya,” kata peguam itu.

Hakim Sequerah kemudiannya mengeluarkan waran tangkap terhadap Hasanah dan menetapkan 26 Jun bagi sebutan waran tangkap dan notis kepada penjamin.


Seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu media bahawa waran tangkap itu dikeluarkan kerana tiada sebarang alasan munasabah dikemukakan kepada mahkamah atas ketidakhadiran tertuduh dan kedua-dua penjaminnya hari ini.

Nur Aifaa pula memberitahu terdapat salah faham kerana pihaknya beranggapan tiada prosiding hari ini kerana tarikh perbicaraan kes itu yang akan bermula 3 Feb 2020 telah ditetapkan pada prosiding 17 April lepas.

Hasanah didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan antara 30 April lalu dan 9 Mei tahun lepas di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

- Bernama

Read More...

Seronok Pulak Bila Tengok Gambar Ini...





Sumber

Read More...

Tuesday, 14 May 2019

ISU RESTU: SPIN TEAM MEDIA KARTEL DEDAK..




Saya tulis yang TG restu itu berkait dengan isu lama, isu Nurul dulu. Setelah Mr KH (Kaki Hasut) menghasut, saya bagi penjelasan, maka TGHH restu dan saya tak tarik tulisan itu sampai sekarang. (boleh rujuk tulisan asal saya semalam).

Dalam rakaman terkini, wartawan tanya berkenaan restu Presiden berkenaan pendedahan kartel dedak yang hangat sehari dua ini. Jadi sememangnya TG Presiden nafikan sebab memang saya tak jumpa dia sejak 1 minggu yang lalu.

Dalam minda Presiden pula lebih kepada isu RM90 juta justeru
Mr KH (Kaki Hasut) pula baru sahaja brief TG Presiden di Komtaq Kerdau bahawa saya bangkitkan balik isu RM90 juta Sarawak Report. Padahal saya bangkit bukan isu 90 juta, tetapi isu Kartel Dedak dan dedak-dedak mereka. Takde kaitan langsung dengan fitnah Serawak Report RM90 juta.

Tahniah dan terbaiik team media bawah selian Mr Hussam II yang mengawal FB dan Twitter TG Presiden sekarang. Spin hanya pada gap yang kecil, isu nurul yang lama yang dapat restu, dengan isu baru yang saya bangkitkan sehari dua ini. Sebarkan 'tidak restu' atas nama FB dan twitter Presiden bagi melambangkan presiden yang bersuara dan seolah-olah saya berbohong. Tajuk FB Pas Pusat juga menarik: Tindakan Zaharudin, tiada restu dari Tuan Guru.

Minit 9:03 TG sebut: "bukan hak saya merestu....". Ayat ini dalam maknanya. Bagi yang tengok TG respon bulan ini dengan bulan lepas agak berbeza justeru bulan lepas Mr KH baru cucuk maklumat salah.

Saya rasa baiah dan ikrar Cyber Trooper Kartel Dedak yang baru dibuat untuk pertahankan Mr Hussam II tu dah nampak hasil pertamanya. Cuma ingatan saya supaya bezakan betul-betul antara backup parti dan pimpinan pada tempatnya yang betul dengan backup pimpinan korups.

Sekian.

Nota: Alhamdulillah jika Jawatankuasa Disiplin mula bersidang isu ini. Saya dah tunggu peluang ini cukup lama.

Read More...

Friday, 10 May 2019

60.8 % Responden Beri Kerajaan PH Gred E




KUALA LUMPUR 9 Mei - Kira-kira 60.8 peratus daripada 34,899 responden dalam bancian yang dijalankan oleh portal My Two Cents memberikan gred E kepada pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam tempoh setahun ini.

Pengendali portal tersebut, Najib Saahari berkata, daripada jumlah responden itu juga, 18.9 peratus memberikan gred D, 10 peratus memberi gred C dan selebihnya gred B dan A.

“Kita boleh simpulkan hanya sekitar 22 peratus memberi gred lulus dan ke atas. Seramai 82.9 peratus responden pula mengatakan mereka tidak akan mengundi kerajaan PH sebaliknya akan mengundi kerajaan BN-PAS dalam pilihan raya terdekat manakala 11.6 peratus masih lagi akan mengundi kerajaan PH dan selebihnya tidak akan mengundi,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Jelas Najib, 92.4 peratus daripada yang mengambil bahagian dalam bancian adalah orang melayu dengan 56.4 peratus merupakan golongan yang berumur 25 hingga 40tahun, 30.2 peratus golongan berumur 40 hingga 60 tahun, 9.3 peratus golongan berumur bawah 25 tahun dan bakinya merupakan golongan berumur 60 tahun ke atas.

“Secara umumnya 76.7 peratus merasakan kerajaan sekarang lebih teruk daripada kerajaan terdahulu, hanya 12.5 peratus merasakan kerajaan sekarang lebih baik dan selebihnya 10.8 peratus merasakan tiada perubahan .

“Ini mungkin kerana majoriti yang mengambil bahagian dalam bancian merasakan kerajaan sekarang gagal menunaikan janji pilihan raya umum. Sebanyak 78.9 peratus merasakan janji pilihan raya tidak ditunaikan, 18.8 peratus merasakan hanya sebahagian janji berjaya ditunaikan dan hanya sekitar 2.3 peratus merasakan janji pilihan raya berjaya ditunaikan,” katanya.

Dalam pada itu, tambahnya, menerusi bancian yang sama juga, sebanyak 78 peratus daripada responden merasakan kos sara hidup tidak berkurang, sembilan peratus merasakan kos sara hidup berkurang dan 12.9 peratus merasakan kos sara hidup masih lagi sama .

Majoriti juga katanya, beranggapan kerajaan PH gagal untuk membela rakyat iaitu sebanyak 81.9 peratus manakala 9.2 peratus merasakan rakyat terbela dan selebihnya tidak pasti sama ada nasib mereka terbela ataupun tidak.

“Berkenaan dengan keadaan ekonomi keluarga, sebanyak 72.7 peratus responden merasakan ekonomi keluarga mereka bertambah buruk, 21.3 peratus merasakan tiada perubahan dan enam peratus merasakan keadaan ekonomi mereka bertambah baik.

“Bagi keadaan ekonomi negara, 83.2 peratus merasakan ekonomi negara bertambah buruk, sembilan peratus tidak pasti dan 7.7 peratus responden merasakan keadaan ekonomi negara bertambah makmur,” katanya lagi.

Sementara itu, menerusi hasil bancian yang turut dipaparkan dalam akaun Facebook My Two Cents itu juga, menyaksikan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menerima undi tertinggi dalam senarai Lima Menteri Paling Cemerlang iaitu dengan sebanyak 4,059 undi.

Ia diikuti oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan 1,884 undi, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook sebanyak 1,843 undi, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, 1,663 undi dan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dengan 1,093 undi.- UTUSAN ONLINE.

Read More...

Tuesday, 7 May 2019

KHAIRY BIDAS UMNO PEKAK MAIN ISU PERKAUMAN




Khairy Jamaluddin menjangkakan Umno akan terkubur dalam beberapa tahun lagi, jika memilih haluan salah. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas calon presiden Umno, Khairy Jamaluddin hari ini membidas parti itu masih “pekak” terhadap suara rakyat dan terus memainkan sentimen perkauman selepas kekalahan mengejut pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau merujuk tindakan sesetengah pemimpin Umno mempersoalkan pelantikan peguam negara dan ketua hakim daripada kalangan bukan Melayu berbanding isu ekonomi serta sosial masyarakat.

“Sejak selesai pemilihan Umno, apa yang parti saya buat? Main sentimen kaum, kutip tabung untuk bekas presiden dan ‘repeat semula’.

“Tak salah kita bersolidariti dengan DSN (Datuk Seri Najib Razak), tetapi takkan itu sahaja Umno ‘baharu’. Dah kena pukulan maut semasa PRU14, masih pekak terhadap suara rakyat,” tulisnya di Twitter hari ini.

“Jika modal untuk PRU15 hanya dengan momokan orang Melayu dengan isu seperti pelantikan bukan Melayu sebagai AG (peguam negara), ketua hakim dan lain-lain, lupakan sahaja impian menawan semula Putrajaya. Keresahan Melayu memang ada, tetapi perkara ini kecil berbanding isu ekonomi, sosial dan lain-lain.”

Badan bukan kerajaan (NGO) pro-Umno yang dinamakan Pemantau Malaysia Baru dijadual mengadakan perhimpunan Isnin depan sebagai membantah pemerintahan DAP yang didakwa memperkudakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presiden yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam dilaporkan berkata: “Sudahlah peguam negara juga Kristian, menteri agama pun datang dari puak liberal Amanah, selepas ini pula bapa Lim Guan Eng akan diangkat sebagai speaker Dewan Rakyat”.

Pemilihan dan pelantikan Tommy Thomas yang bukan orang Melayu serta Islam sebagai peguam negara pada awal bulan lalu dipertikaikan sesetengah pihak.

Semalam, Tan Sri Richard Malanjum mengangkat sumpah sebagai ketua hakim negara bagi menggantikan Tun Md Raus Sharif yang mengemukakan surat peletakan jawatan bulan lalu dan berkuat kuasa 31 Julai ini.

Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau menjangkakan Umno akan terkubur dalam beberapa tahun lagi, jika memilih haluan salah.

“Umno sekarang berada di persimpangan jalan untuk memilih sama ada mengambil haluan kanan atau tengah. Ke kanan mungkin menang sorak sementara. Tetapi pasti lingkup 10-15 tahun lagi. Haluan tengah bukan mudah. Sukar difahami akar umbi. Tetapi itulah jalan yang ada untuk ‘survive’.”

Bekas menteri belia dan sukan itu percaya DNA asal Umno ialah parti sederhana dan berhaluan tengah yang menyokong kepelbagaian, tetapi masih menjadi “khemah besar untuk orang Melayu”.

“Sebab itu saya masih bersama Umno. Tetapi saya tak setuju dengan manifestasi rasis yang semakin wujud selepas pemilihan parti.

“Saya tidak terima tawaran jawatan selepas kalah dalam pemilihan sebab saya perlu ada kebebasan untuk bersuara dalam parti. Biarlah ada kepelbagaian suara dalam Umno.

“Ada yang label saya ‘liberal’ dan lain-lian. Tak penting. Yang penting ada ‘dissenting voice’ lawan haluan kanan parti.”

Pada 1 Julai lalu, bekas ketua Pemuda Umno itu menolak tawaran Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk jawatan setiausaha agung Barisan Nasional (BN).

Katanya, beliau tidak mahu memegang sebarang jawatan tertinggi dalam parti, sebaliknya mahu fokus menjadi ahli Parlimen Rembau. - FMT

Read More...

Monday, 6 May 2019

TMJ BUDAK BODOH, KATA TUN M




Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sepatutnya berhenti mengeluarkan kenyataan mengenai perkara-perkara di luar pengetahuannya, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Walaupun Dr Mahathir tidak mengkritik Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, tetapi perdana menteri tidak berselindung memberikan tegurannya kepada pewaris takhta itu.

"Saya tidak mahu mengulas mengenai sultan kerana sekiranya saya mengatakan apa-apa yang tidak baik, maka ia tidak elok kerana baginda ialah seorang sultan.

"Tetapi TMJ (Tunku Ismail) ini seorang budak ... Dia ini 'budak bodoh' kerana dia tidak tahu apa yang sedang berlaku.

"Jadi jangan cakap, kalau kamu tidak tahu apa-apa, jangan berkata-kata," jelasnya ketika wawancara khas bersama media di Putrajaya petang ini.

Mahathir diminta mengulas mengenai kenyataan Tunku Ismail bahawa perbuatan baik ayahandanya, seperti mengurniakan tanah kepada rakyat dan kerajaan, tidak ditonjolkan.

Kenyataan putera mahkota itu keluar selepas suatu laporan mengenai sebidang tanah persekutuan yang diperuntukkan untuk Sistem Transit Rapid Johor Bahru-Singapura (RTS) telah dipindah milik ke atas nama sultan.

Sultan Ibrahim sejak itu mengatakan bahawa baginda bersedia untuk menyerahkan kembali tanah itu tanpa kos.

-mkini

Read More...

Friday, 3 May 2019

Abu Leman Kaki Fitnah Belaan UMNO Akhirnya Ditangkap..




Inilah rupa terkini blogger dan facebookers (kaki fitnah) Abu Leman aka Abu Aqif yang ditahan semalam.

-----------

Blogger gajian UMNO (Abu Leman) yg kuat sebar fitnah telah ditangkap oleh MCMC utk disoal siasat.

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menyerbu rumah pemilik akaun Facebook (FB) dan blog ‘Abu Leman’ di Bemban, Melaka kerana dipercayai menyebarkan kandungan palsu terhadap kerabat diraja dan pemimpin negara.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan SKMM, Datuk Mohd Shafie Harun berkata, serbuan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan ramai berhubung perkara itu.

“Siasatan awal mendapati suspek yang menggunakan akaun Facebook dan blog atas nama ‘Abu Leman’ adalah pentadbir kepada kedua-dua akaun itu.

“Dalam serbuan itu, beberapa peralatan komunikasi seperti komputer riba, modem, telefon bimbit, kad SIM dan kad memori turut dirampas bagi membantu siasatan.

“Rakaman percakapan daripada suspek juga turut diambil,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohd Shafie berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

“SKMM tidak akan berkompromi dengan penyebaran berita palsu sebegini dan tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang terbabit,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menggesa pengguna media sosial mempertingkat kawalan kendiri ketika mengakses Internet.

“Pengguna juga diingatkan tidak menggunakan Internet sebagai platform menyebarkan kandungan palsu, jelik dan menghina yang boleh mengundang kemarahan dan menjejaskan ketenteraan awam,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mei 2019 @ 12:04 AM

Read More...

Wednesday, 1 May 2019

Akhirnya Bung Mokhtar Dan Isteri Akan Didakwa Di Mahkamah




Anggota Parlimen Kinabatangan dan bekas pengerusi Felcra Berhad, Bung Moktar Radin dan isteri, Zizie Izette A Samad akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di ibu negara pada Jumaat ini atas tuduhan berkaitan rasuah.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dalam kenyataan hari ini, berkata pasangan suami isteri itu bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009.

“SPRM telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara untuk menuduh Datuk Seri Bung Moktar dan isterinya,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, SPRM hari ini telah menahan Bung Moktar pada jam 10.50 pagi di SPRM Sabah manakala Zizie, yang juga seorang pelakon ditahan, di SPRM Putrajaya pada jam 11.15 pagi selepas mereka hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes rasuah melibatkan Felcra.

Katanya kedua-dua mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Bung Moktar dilantik sebagai pengerusi agensi itu pada Julai 2013 dan meletak jawatan itu pada 1 Jun 2018 susulan kekalahan Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Mei tahun lalu.

- Bernama

Read More...

MP Dari Sabah Dan Isteri Seorang Artis Ditahan SPRM




Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini menahan seorang anggota parlimen daripada BN, kata sumber.

Menurut sumber, anggota parlimen dari Sabah itu ditahan bersama isterinya.


"Mereka ditahan untuk membantu siasatan kes rasuah yang berjumlah berjuta-juta ringgit," kata sumber.

Malaysiakini dimaklumkan kes itu mempunyai kaitan dengan peranan anggota parlimen itu sebagai pengerusi sebuah agensi kerajaan.

Difahamkan pasangan itu dibebaskan selepas kenyataan mereka direkodkan.

Sumber lain berkata pasangan itu dijangka didakwa mengikut Akta SPRM di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.

"Ahli parlimen itu akan menghadapi tiga kes rasuah, sementara isterinya akan menghadapi tuduhan bersubahat," kata sumber.

Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP