Tuesday, 31 December 2013
Sudah Hampir Jam 12 Malam.. Masih Tiada Bom Yang Meletup Di Dataran Merdeka
11.30pm, Dataran Merdeka – Konsert di Dataran Merdeka ditamatkan. Pegawai DBKL dilihat berbaris di depan pentas yang lampunya sudah ditutup.
Pentas kemudian dipenuhi dengan wartawan yang mahu mengambil gambar peserta himpunan dengan lebih jelas.
11pm, Dataran Merdeka – Selepas 15 minit berdiri berdepan dengan pegawai polis dan DBKL di depan Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan, peserta himpunan cuba memecahkan hadangan sekali lagi.
Diketuai dua individu dengan bendera Malaysia, mereka dilihat melepas kepungan polis ke Dataran Merdeka. Pihak berkuasa bagaimanapun tidak melakukan apa-apa untuk menghalangnya.
10.55pm, Persimpangan Jalan Raja-Jalan Raja Laut - Pemuda PAS membuat satu bulatan dan mula berucap mengenai kempen anti kenaikan tarif elektrik mereka.
Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat dan beberapa pimpinan peringkat negeri dan kebangsaan memberi ucapan mengenai apa yang didakwanya kezaliman kerajaan BN.
Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad pula menggesa para hadirin agar tidak terpedaya dengan keputusan PM menurunkan beberapa kos kerajaan.
"Kenapa Najib terpaksa menaikkan harga barang walau tahu beza Rakyat? Sebab keborosan dia, sebab ketirisan, sebab PKFZ, sebab beli kondo anak dia.
"Hari ini dia kata nak melakukan perkara betul tak mahu populis, Jadi selama ini dia tak lakukan perkara betul," kata beliau sebelum menambah bahawa BN bermaksud “Bankrap Negara”.
Dataran Merdeka Terbahagi Dua..
Hanya yang meraikan sambutan tahun batu dibenarkan melaluinya.
“Di dalam ini siapa yang mahu menyambut tahun baru, jika kamu mahu protes di sebelah sana,” kata OCPD Dang Wangi.
9.52pm SOGO - Peserta mula bergerak ke arah jalan Raja Laut.
Kompleks beli belah SOGO telah pun ditutup dan kehadiran demonstran melebihi 1,000 orang.
Peserta yang kebanyakannya terdiri dari anak muda dan mahasiswa mula beratur untuk bersedia berarak.
Keadaan yang bingit menyebabkan ucapan dari pimpinan demo tidak lagi didengari.
Suasana kini bercampur baur dengan sorakan slogan, ucapan, perbualan dan hon kenderaan yang lalu lalang di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi.
Beberapa kenderaan nampak resah dengan keadaan tersebut dan polis trafik sudah pun meninggalkan persimpangan lampu isyarat di hadapan kompleks.
Peserta turut menyanyi lagu negaraku sebelum mula berarak.
Marina Mahathir Bidas Langkah Penjimatan Najib
"Apa pandangan saya untuk 11 langkah kurangkan perbelanjaan? Tiada pengorbanan, tiada kejayaan.
"Dalam kes ini, ia tidak sama dengan kesakitan rakyat, jadi kamu tidak dapat kasih sayang kami. Maaf," kata aktivis dan kolumnis Marina Mahathir (kiri).
Beliau berkata demikian sebagai mengulas langkah terbaru Datuk Seri Najib Razak, selari dengan rungutan orang ramai berhubung kenaikan harga barangan dan perkhidmatan serta kos sara hidup.
Bom Yang Akan Diletupkan Malam Ini Ditemui Polis
Polis tahan lelaki miliki bom buatan sendiri
SHAH ALAM - Polis menahan seorang lelaki tempatan bersama-sama sebutir bom buatan sendiri di Taman Halaman, Ampang, Ahad lepas, yang dipercayai hendak diletupkan pada sambutan ambang tahun baharu.
Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Datuk Abd Rahim Jaafar berkata, bom berupa paip PVC dirampas dari suspek berumur 46 tahun ketika beliau sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan pada pukul 10.25 pagi di sekitar lampu isyarat Taman Permai, Ampang.
"Suspek melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis, namun berjaya ditahan polis apabila motosikal yang ditungganginya terbabas dan melanggar sebuah kenderaan di Taman Halaman, Ampang.
"Pemeriksaan yang dibuat ke atas beg silang suspek, polis menjumpai sebutir bom buatan sendiri berupa paip PVC yang mempunyai sumbu bersama mercun botol disyaki bahan letupan.
"Siasatan mendapati suspek yang dalam keadaan khayal ketika ditahan memberitahu beliau belajar membuat bom menerusi internet," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
Abd Rahim berkata siasatan awal mendapati suspek yang bekerja di sebuah kedai peralatan sembahyang di Serdang hendak meletupkan bom itu pada sambutan ambang tahun baharu dan polis masih siasat sasaran tempat bom itu hendak diletupkan.
Beliau berkata pihaknya turut menyiasat kemungkinan sama ada bom itu akan digunakan untuk tujuan perhimpunan haram di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur hari ini.
"Polis bimbang dengan isi kandungan bom itu yang dimampatkan dengan belerang, paku dan kaca yang boleh mendatangkan kecederaan serius dan berkemungkinan kematian apabila diletupkan," katanya.
Abd Rahim berkata hasil semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau termasuk kes dadah dan samun.
Katanya, suspek disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
- Bernama
Pengkhianat Rakyat Mesir Meninggal Dunia
KAHERAH - MESIR. Khabar angin mengenai kematian Jeneral Abdel Fattah Al Sisi kembali bertiup kencang apabila banyak laman blog menyatakan ketua tentera itu sudah meninggal dunia.
Dikhabarkan juga, mayat beliau kini disimpan di sebuah kem tentera sebelum diletupkan bagi membolehkan pergerakan Ikhwanul Muslimin dipersalahkan.
Ogos lalu, berita kematian Al Sisi juga disebarkan selepas media Saudi menyiarkan berita beliau meninggal dunia akibat serangan jantung.
Apa pun, semua berita tersebut terus menjadi tanda tanya semua pihak.
Bagaimanapun, kelmarin sebuah akhbar Amerika Syarikat (AS) menyiarkan Setiausaha Pertahanan AS Chuck Hagel ada menghubungi Al Sisi untuk menyatakan takziah berhubung serangan di Ibu Pejabat Polis di Kaherah.
Menurut kenyataan Pentagon, Hagel juga menawarkan bantuan untuk menyiasat kejadian itu.
“Hagel ada berbincang mengenai kerjasama politik dan keseimbangan keselamatan serta kebebasan,” menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, kelibat Al Sisi masih dilihat dalam majlis rasmi terutama ketika Presiden Sementara Adley Mansour mengumumkan pelan referendum bagi membentuk Perlembagaan baru.
Dalam perkembangan lain, stesen berita Al Jazeera mendesak pasukan keselamatan membebaskan tiga wartawannya selepas ditahan kelmarin.
Alasan penahan mereka bagaimanapun tidak dinyatakan.
Kumpulan hak asasi manusia berkata, petugas media di Mesir kini berhadapan kesukaran sejak Presiden Mohamed Mursi digulingkan.
Sementara itu, laporan dipetik dari Agensi, polis meneruskan usaha meleraikan protes di Universiti Al-Azhar dengan menggempur asrama dan beberapa fakulti.
Tunjuk perasaan sama turut tercetus di bandar Al-Terperinci, Beni Suef dan Iskandariah.
Menteri Bodoh Bercakap Tentang Demonstrasi
Perhimpunan hanya buang masa, kata menteri
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata rancangan untuk menghimpun rakyat untuk berarak di jalanan pada malam 31 Dis ini adalah satu perbuatan yang sia-sia serta membuang masa dan tenaga.
Beliau berkata negara mempunyai sistem iaitu Parlimen untuk menyatakan ketidakpuasan kepada kerajaan selain melalui media massa kerana kerajaan bersedia mendengar dan memberi penjelasan sebenar kepada rakyat.
"Saya rasa yang pergi itu (sertai perhimpunan) akan membuang tenaga...kita ada sistem Parlimen, mereka boleh bersuara dalam Parlimen, dalam media massa dan sebagainya, kerajaan sedia mendengar, kita akan sesuaikan (keperluan orang ramai)...kita jelaskan," katanya kepada pemberita selepas program bantuan sekolah kepada mangsa banjir di Kemaman di Kemaman hari ini.
Beliau berkata adalah lebih baik masa dan tenaga itu digunakan untuk membantu mangsa banjir di beberapa negeri baru-baru ini kerana ia lebih berfaedah daripada membuat bantahan di jalanan.
Menurutnya, kerajaan kasihan kepada sesetengah rakyat yang telah ditipu pembangkang sehingga sanggup berhimpun di jalanan dan kali ini sekali lagi rakyat cuba ditipu semata-mata untuk mencapai cita-cita politik mereka.
Himpunan guling kerajaan itu dirancang diadakan pada Selasa malam di Dataran Merdeka di ibu negara oleh badan bukan kerajaan, disebarkan melalui laman sosial Facebook dan Twitter.
Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata kementeriannya akan berusaha untuk memberi setiap keluarga mangsa banjir seunit televisyen dan barangan lain seperti peti sejuk yang kini merupakan antara barang keperluan dan bukan lagi lambang kemewahan.
"Dalam sistem telekomunikasi, televisyen bukan sesuatu yang mewah tetapi keperluan untuk orang dapatkan maklumat dan sebagainya. Dulu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) beri komputer 1Malaysia, dalam konteks sekarang kita bagi televisyen," katanya.
Beliau berkata pihak SKMM akan cuba mengagihkan set televisyen tersebut secepat mungkin dengan anggaran keseluruhan ialah kira-kira 30,000 unit untuk mangsa banjir di Terengganu dan Pahang.
"Satu keluarga satu, cuba dalam masa sebulan, stok yang ada kualiti, munasabah untuk 30,000 keluarga," katanya.
Ahmad Shabery juga berkata sebanyak 12,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan Parlimen Kemaman yang terjejas banjir akan menerima bantuan persekolahan.
Pada majlis hari ini, Yayasan Al-Bukhary dan beberapa NGO termasuk Kelab Putera 1Malaysia dan Puteri Umno menyampaikan bantuan pakaian dan beg sekolah kepada 3,839 pelajar sekolah rendah dan menengah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik, DUN Kijal dan DUN Chukai manakala esok pula kepada 4,733 penerima di DUN Air Putih manakala bakinya dalam masa terdekat.
Sementara itu, Ahmad Shabery berkata pemberian insurans kepada penjawat awam yang terjejas banjir boleh membantu meringankan beban mereka yang telah banyak kerugian harta benda.
- Bernama
Monday, 30 December 2013
Ali Punggung - Jangan Ganggu Rosmah Dan Anaknya
Presiden Pertubuhan Veteran Tentera Malaysia Mohd Ali Baharom berkata, Rafizi sering memfitnah Rosmah dengan isu cincin RM24juta, kapal terbang mewah, dan kini kondominium anaknya berharga RM110 juta di Amerika Syarikat.
“Saya dan rakan-rakan NGO kecewa dengan Rafizi yang dianggap terlalu kurang ajar kacau isteri Najib.
“Kenapa selalu nak kacau bini orang? Pergi jaga bini sendirilah,” katanya kepada pemberita di Dataran Merdeka di sini hari ini.
Katanya, dakwaan Rafizi itu dilihat kurang cerdik seolah-olah mahu menunjukkan beliau ‘hero’ dengan mengaibkan Rosmah.
Sementara itu, Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah menggesa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) datang ke Dataran Merdeka esok sebagai simbol menyokong polis dan kerajaan daripada digulingkan demonstran.
“Kita seru semua NGO yang sah berdaftar dibawah kerajaan termasuk Ayahanda datang penuhkan Dataran Merdeka dan hayati sambutan Tahun Baru,” katanya.
Turut hadir dalam sidang media NGO penyokong Kuat Aspirasi Najib (Pekan), dan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas).
Realiti pahit menjelang sesi persekolahan baru
Tinggal dua hari lagi sebelum sesi persekolahan yang baru bermula. Setinggi mana pun semangat kita untuk Turun dalam himpunan aman membantah kenaikan yang berlaku, kita masih mempunyai tanggungjawab yang perlu diselesaikan iaitu membeli barang persekolahan anak-anak kita.
Saya tertarik dengan satu poster yang dikeluarkan, mendedahkan anggaran perbelanjaan bagi seorang pelajar untuk sesi baru persekolahan. Satu hakikat pahit yang perlu ditelan. Bantahlah sekuat mana terhadap kerajaan ''kesayangan'' kita, kita tentunya tidak mampu membantah kehendak anak-anak kita untuk kelihatan serba baru di awal persekolahannya.
Situasi semakin teruk apabila selepas seminggu kita menghadapi karenah anak-anak, datang pula surat atau permohonan daripada pihak sekolah. Yuran sekolah, PIBG, kelas, persatuan, kelab, badan beruniform, dan lain-lain.
Cukup sebulan, datang pula surat permohonan derma, jemputan ke majlis graduasi atau jamuan yang disertakan dengan bayaran tiket, lawatan kelas, perkhemahan perdana, dan pelbagai lagi aktiviti yang menuntut jumlah wang yang tidak pernah kita bayangkan. Ingatkan selesai selepas kita membeli set alat tulis baru buat anak-anak kita, tetapi tidak!
Di sini, sebenarnya datang peranan guru dan ahli PIBG sekolah. Dalam keadaan negara kita yang semakin hari, semakin tinggi keperluan hidupnya, peranan pembuat dasar sekolah harus dimainkan. Para guru dan ahli PIBG harus mula berfikir tentang nasib golongan kebanyakan sebelum membuat polisi yang membabitkan kos dan wang ringgit. Rakyat kita sangat memandang tinggi institusi pendidikan sebagai satu tempat untuk mereka mengubah masa depan mereka melalui anak-anak mereka nanti.
Janganlah menghampakan harapan mereka dengan beban-beban kewangan yang tidak masuk akal sehingga harapan itu bertukar menjadi satu tindakan memberhentikan anak mereka dari sekolah kerana kondisi kewangan yang ridak mengizinkan. Alangkah malangnya nasib anak-anak kita.
Pengalaman peribadi yang pernah bersekolah di pelbagai jenis sekolah, sekolah swasta, kebangsaan, asrama penuh dan sebagainya, memang kos 'tambahan' yang dikenakan oleh pihak sekolah jika ditambah dari segi purata tahunan memang sangat banyak. Ditambah dengan sikap beberapa guru yang mewujudkan satu suasana yang tidak selesa kepada pelajar-pelajar susah mengeruhkan lagi keadaan.
Pelajar-pelajar yang bajunya lusuh, kasutnya tidak berkapur, corak lencana sekolah dan tag nama ditukar setiap tahun dan perlu dijahit di poket baju; buku latihan yang banyak, Matematik 1,2, dan 3; pakaian hari Jumaat, baju batik sekolah; baju sukan berlambang sekolah; baju asrama; buku laporan, fail peribadi dan sebagainya, golongan yang tidak mampu menampung kos membeli keperluan ini dicemuh oleh pihak sekolah, dimalukan di hadapan pelajar lain, diejek kawan-kawan sekelas sehingga mereka takut dan seterusnya memaksa ibu bapa memperuntukkan wang untuk membeli keperluan tersebut.
Tidak hairan isu kecurian di asrama biasa didengari dan isu pakaian hilang sering dialami para penghuni asrama pelajar. Manakala di rumah ibu bapa bukan sahaja pening dengan laporan disiplin anak mereka tetapi juga tertekan dengan perbelanjaan hidup yang semakin menekan.
Seruan ini saya tujukan khas buat guru-guru yang saya hormati dan sanjungi, juga buat ahli PIBG yang banyak membantu pengurusan pihak sekolah, fikirkanlah dasar dan polisi yang membantu pihak ibu bapa.
Kurangkanlah perbelanjaan yang tidak patut, santuni para pelajar yang susah, dan bantulah mereka. Selain itu, suasana serta sifat murid-murid di sekolah harus dijaga agar golongan yang kaya tidak menghina yang kurang berupaya. Guru-guru harus menjadi ejen kesedaran buat murid-murid, menyemai perasaan kasihan terhadap yang kurang bernasib baik, memperjuangkan keadilan dan sikap bantu-membantu.
Pengenalan tabung anak yatim, tabung prihatin, skim takaful, dan model-model yang membantu meringankan beban pelajar-pelajar susah harus difikirkan bersama oleh guru dan PIBG. Guru-guru ekonomi dan matematik selain mengajarkan buku teks dan teknik menjawab soalan SPM, harus memperingatkan pelajar keburukan sikap boros, mengutuk pembaziran, ketirisan, serta mengajarkan cara perbelanjaan secara berhemat kepada pelajar agar satu hari nanti kalimah-kalimah seperti ''tol akan naik'', ''jika ayam mahal, jangan makan ayam'', dan ''harga gula naik langkah mengurangkan diabetis'' tidak akan kita dengar lagi.
Akhir kata, inilah masanya buat golongan pendidik yang direkodkan seramai 420,088 yang bertanggungjawab terhadap 5,222,531 pelajar daripada pra-sekolah sehingga menengah (sumber: Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia) menunjukkan solidariti mereka menentang kenaikan kos keperluan hidup dan bersama-sama golongan kebanyakan. Kini gaji RM 12000 pun sudah terasa susah, apatah lagi anak-anak didikan kita yang mungkin anak kepada pekebun, nelayan, dan penoreh getah.
''Dan tidaklah Tuhanmu membinasakan penduduk sesuatu kaum dengan zalim selagi mana masih ada golongan yang menyeru pada pembaikan'' (Surah Hud: 117). – 30 Disember, 2013.
* Penulis adalah pelajar tahun tiga, Ekonomi dan Perbankan Islam, Universiti Yarmouk, Jordan.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
SPRM kata tiada kuasa dakwa pembelian kondominium mewah anak Rosmah di New York
Keratan akhbar berbahasa Inggeris yang melaporkan berkenaan pembelian kondominium mewah oleh anak lelaki Rosmah Mansor.
Badan pencegah rasuah Malaysia tidak boleh menyiasat pembelian kontroversi kondominium mewah bernilai RM100 juta anak tiri Perdana Menteri kerana tiada undang-undang untuk menyiasat individu yang membeli aset di luar kemampuan mereka.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengatakan mereka mencadangkan agar klausa itu dimasukkan ke dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 akan tetapi Putrajaya masih belum membentangkannya di Parlimen.
“Walapun ini bukanlah fungsi penuh kami, SPRM mengalu-alukan perkara ini dimasukkan ke dalam cadangan pindaan Akta yang akan dibawa ke Parlimen tahun hadapan,” katanya badan itu dalam satu kenyataan malam tadi.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas ahli politik pembangkang mendesak SPRM menyiasat pembelian kondominium mewah penerbit filem Riza Shahriz Abdul Aziz di New York. Riza yang juga merupakan anak kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam perkahwinan sebelumnya.
Laporan media mengatakan lelaki berumur 36 tahun itu bekerja dalam industri perbankan di London di mana beliau mengumpul kekayaannya dalam ekuiti dan hartanah. Riza juga memiliki Red Granite yang menerbitkan filem terbaru lakonan bintang Holywood Leonardo DiCaprio, “Wolf of Wall Street” - diarahkan oleh Martin Scorsese.
Seorang kolumnis hiburan menulis tentang pembelian kondominum mewah ini pada Disember 2012 akan tetapi berita tentangnya hanya menjadi tajuk berita selepas laman sesawang Sarawak Report melaporkannya minggu ini, mempersoalkan pembelian tersebut.
Kondominium tersebut dikatakan antara paling mahal dan eksklusif di dunia, kata kolumnis tersebut, mempunyai 15 bilik dengan keluasan 7,738 kaki persegi dengan pemandangan menarik dari beranda seluas 1,244 kaki persegi.
Akan tetapi laman sesawang hartanah New York, The Real Deal mengatakan Riza membeli hartanah mempunyai tujuh bilik di West 63rd Street Park Laurel pada 19 November, 2013.
LA Times melaporkan minggu ini Red Granite mendapatkan wang daripada sekumpulan pelabur tidak dikenali dari Timur Tengah dan Asia dan hanya akan membiayai filem ini sahaja. Wolf of Wall Street dilaporkan berkos AS$100 juta di mana Red Granite mengeluarkan dana sepenuhnya.
Bagaimanapun, ahli politik pembangkang Malaysia lebih berminat kepada hartanya berbanding cara beliau berniaga dengan Naib Presiden PKR Chua Tian Chang mengatakan,” “Pendedahan tersebut mengejutkan. Pada ketika rakyat bergelut dengan kenaikan kos sara hidup, sesetengah pihak berbelanja mewah.”
“Dari manakah dia (Riza Shahriz) mendapat wang sebanyak itu? Kerana angkanya terlalu besar iaitu RM110 juta,” katanya semasa mendesak SPRM menyiasat perkara tersebut.
Menurut SPRM, tindakan menyiasat individu yang hidup di luar kemampuan mereka juga dicadangkan oleh panel penasihat badan pencegah rasuah itu termasuk jawatankuasa khas Parlimen dalam isu rasuah.
Katanya laporan tahunan SPRM 2012 juga menyatakan keperluan untuk akta dipinda bagi membolehkan individu mengisytiharkan harta mereka sebelum penyiasatan awal dilakukan terhadap mereka.
“Suruhanjaya dan orang ramai melihat ini sebagai penghalang terhadap usaha untuk memerangi rasuah dengan lebih efektif oleh kerana masih terdapat pemegang jawatan atau penjawat awam mempunyai aset di luar kemampuan mereka,” kata SPRM. – tmi
Sunday, 29 December 2013
Harga ais pula meningkat mulai Januari ini
Rakyat yang sudah dibebankan dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan serta pemotongan subsidi kerajaan akan semakin panas apabila harga minuman dan makanan sejuk akan dinaikkan ekoran kenaikan harga air batu atau ais.
Persatuan Pembuat Tube Ice Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya akan menaikkan harga ais sebanyak 50 sen setiap beg manakala harga air batu blok pula akan meningkat RM2.50 setiap blok mulai 1 Januari ini.
Menerusi iklan yang dikeluarkan dalam akhbar Inggeris oleh 26 pengilang ais di Lembah Klang, mereka berkata, kenaikan harga ini tidak boleh dielakkan berikutan kenaikan kos pengeluaran dan pengedaran.
"Kadar tarif elektrik yang terkini (kira-kira 17%) bermula 1 Januari 2014 dan kenaikan diesel (naik 11.1%) sejak 2 September tahun ini telah menyebabkan perkara ini," kata mereka.
Kenaikan harga ais juga disebabkan pelaksanaan dasar gaji minima mulai Januari tahun ini, kenaikan gaji 18% serta kenaikan harga beg plastik, tayar dan alat ganti.
Mereka juga menyalahkan kenaikan ini kepada pihak penguatkuasaan yang selalu dibuat oleh Kementerian Kesihatan dan dalam masa yang sama di bawah Akta Makanan, semua pengeluar ais dan pengendalinya dikehendaki mematuhi prosedur keselamatan.
"Oleh itu, kami tidak ada pilihan tetapi menyesuaikan harga demi mempastikan perkhidmatan kami untuk mengeluarkan ais tidak tercemar dan kebersihannya tidak terganggu," tambahnya.
Kerajaan telah bersetuju untuk mengawal kenaikan harga sejak September apabila subsidi gula dan minyak dipotong, kenaikan tarif elektrik mulai bulan depan dan kemungkinan kadar tol dan cukai taksiran mulai tahun depan.
Kerajaan juga akan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan kadar 6% bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang bakal bermula April 2015.
Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya's Centre for Democracy and Elections (UMCEDEL) awal bulan ini mendapati sokongan untuk Barisan Nasional akan jatuh lagi jika gagal mengendalikan isu kenaikan kos sara hidup untuk rakyat Malaysia ini.
Dalam masa yang sama, 61% responden tidak bersetuju dengan cadangan pengenalan GST oleh kerajaan.
Pengarah UMCEDEL, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, kenaikan tarif elektrik dan dan petrol memberikan kesan besar kepada mereka yang terlibat dalam kajiannya dan 52% daripada mereka berasa BR1M tidak mencukupi untuk menyelesaikan masalah kenaikan harga barangan.
Minggu lalu, kajian Merdeka Center mendapati, kebimbangan terhadap ekonomi khasnya kenaikan harga dan inflasi meningkat ke tahap tertinggi iaitu 67% daripada semua responden mereka.
Kajian juga mendapati, 55% daripada pengundi di Semenanjung tidak faham kesan GST dalam kehidupan mereka.
Selain itu, 54% daripada responden dilaporkan tidak percaya dengan kenyataan kerajaan berhubung dengan ekonomi negara. – tmi
Bom - Jingga 13 Desak Polis Tarik Balik Dakwaan
Jingga 13 Malaysia hari ini mendesak agar Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh supaya menarik balik dakwaannya mengatakan NGO itu akan menimbulkan kekecohan dan keganasan dengan menggunakan senjata termasuk bom tangan di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini.
Ancaman bom: Surendran beri 48 jam
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran memberi tempoh 48 jam kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat kesahihan dakwaan beberapa blogger pro-Umno yang mendedahkan e-mel ancaman bom dengan mengaitkan anak guamnya, Rafizi Ramli.
Beliau berkata, jika polis enggan berbuat demikian, pihaknya tidak teragak-agak mengheret pihak berkuasa itu ke mahkamah kerana dipercayai bersengkongkol dengan pihak berkepentingan politik.
“Penyiasatan itu bermotifkan politik untuk memberi sokongan kepada tindakan kerajaan yang mendakwa akan wujud usaha menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini.
“Kita bagi tempoh 48 jam atau dengan segera, tangkap blogger pro-Umno yang mengeluarkan e-mel palsu itu, kalau tidak, kita akan tahu bahawa mereka itu memihak kepada Umno dan bukan menjalankan siasatan dengan adil,” katanya selepas menemani anak guamnya memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.
Semalam, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat satu entri blog pro-Umno yang mendedahkan satu e-mel yang mengaitkan beliau dan seorang individu didakwa mendalangi komplot ancaman bom menjelang perhimpunan rakyat pada 31 Disember ini.
Beliau berkata, pihak polis wajar mengambil tindakan tegas terhadap blogger terbabit yang mereka-reka e-mel tersebut sambil menyifatkannya sebagai ‘fitnah luar biasa’ kerana ia membabitkan ancaman bom serta boleh menggugat ketenteraman awam.
Surendran juga mendakwa PDRM cuba bermain ‘wayang’ dengan menghubungi anak guamnya semalam untuk memberikan keterangan sedangkan mereka cuba memberi gambaran seolah-olah ancaman menggulingkan kerajaan itu adalah benar.
“E-mel itu juga tidak berasas malah polis tidak menyiasat penyebar e-mel terbabit, kenapa mereka menghubungi Rafizi dan berlakon sedangkan PDRM cuba memberi gambaran sebenar seolah-olah ancaman guling itu akan berlaku,”
“Secara rasmi telah dinyatakan dalam keterangan polis hari ini e-mel itu palsu, sila ambil tindakan ke atas blogger Umno dengan segera,” katanya lagi.
Bom Akan Diletupkan Pada 31 Disember Ini, Kata Polis
Usaha Astro untuk mencungkil bakat baru lawak jenaka sejak dua tiga tahun lepas ternyata membuahkan hasil lumayan.
Ia bukan saja memberi peluang kepada anak muda Malaysia menunjukkan bakal dan mendapat peluang kerja baru tetapi ia juga turut mencungkil bakat dari golongan diluar sasaran.
Antaranya menteri yang muncul dengan kenyataan menggelikan hati serta pandangan dan idea yang mabuk. Terbaru program lawak itu juga berjangkit kepada polis Malaysia yang pandai mereka-reka isu untuk menyusahkan orang.
Terbaru polis siasat Rafizi Ramli yang dikatakan terima email kononnya bom akan diletupkan pada 31 Disember ini yang dihantar Rahim Ghouse. Tindakan polis yang satu bukan saja melucukan tetapi ia juga sungguh mempandirkan.
Rasanya tak ada polis didunia ini jadi se fanny polis Malaysia. Haha hehe hihi. Cis.
Wassalam Mso.
https://m.facebook.com/profile.php?id=1693525944&__user=1545012465
Chegu Bard: ‘Amar Singh, saman RM100 juta atau mohon maaf’
SHAH ALAM 29 DIS : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mengambil tindakan saman terhadap Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur , Datuk Amar Singh Ishar Singh sebanyak RM100 juta yang mengaitkan mereka antara dalang himpunan guling kerajaan 31 Disember ini.
Pengasasnya, Badrul Hisham Shaharin, berkata tuduhan Amar Singh itu bersifat fitnah jahat serta cuba mengalih isu sebenar terhadap kemarahan rakyat akibat kenaikan kos hidup.
“Saya dengan ini mendesak fitnah ini ditarik balik oleh Datuk Amar Singh Ishar Singh dan permohonan maaf dituntut. Dia harus dedah apa sumber dia, dan dedah bukti gred A sekiranya ada.
“SAMM akan menghantar notis undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan media terbabit. Saya akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta ke atasnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Amar Singh pada satu sidang media mendedahkan kononnya empat NGO sebagai dalang utama himpunan ‘menggulingkan kerajaan’ malam sambutan tahun baru Selasa ini.
Beliau menamakan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) serta beberapa individu yang dikatakan turut merancang menimbulkan kekecohan dengan menggunakan bom dan senjata.
“Datuk Amar Singh Ishar Singh kononnya ada maklumat dan sumber mengenai tuduhan itu. Namun pendedahan menjadi ‘lawak’ apabila dia umum himpunan guling kerajaan oleh NGO-NGO kecil ini hanya ratusan dijangka hadir.
“Saya kasihan dengan Datuk Amar Singh Ishar Singh, seorang pegawai polis kanan sanggup menjadi alat aparat dakyah regim,” katanya lagi.
Menurut Badrul, himpunan Turun pada Selasa ini adalah meluahkan rasa terhimpit rakyat dengan kenaikan kos hidup, ini berkait rapat dengan kegagalan pemerintah yang mungkir janji PRU tujuh bulan yang lalu, dan bukan mahu mengguling kerajaan seperti dituduh.
Ianya adalah anjuran rakyat yang pada awalnya mencadangkan di Facebook dan SAMM serta beberapa lagi NGO hanya menyambut persetujuan itu.
“Namun pemerintah yang menganggap kebangkitan kesedaran rakyat sebagai tekanan telah memulakan propaganda dengan memunculkan persepsi jahat terhadap himpunan protes kenaikan kos hidup sebagai ‘himpunan guling kerajaan’.
“Maka media arus perdana digunakan sepenuhnya bagi mengalih isu dari kenaikan kos sara hidup kepada guling kerajaan,” katanya.
EZY
Gaji RM12,000 Sebulanpun Terasa Perit..
Berapakah gaji yang diperlukan untuk hidup di Malaysia? Inilah persoalan yang sukar dijawab sejak kebelakangan ini namun bergaji RM12,000 sebulan di Pulau Pinang tidak menjanjikan hidup yang selesa.
Caroline Wong, 34 seorang kerani tinggal bersama suaminya seorang pengurus jualan dan anak perempuan mereka yang masih kecil. Setiap hujung bulan, mereka mendapat RM12,000 sebagai pendapatan bulanan namun sejak kebelakangan ini mereka berasa ia sudah tidak mencukupi.
"Kami kini terpaksa makan di rumah dan tidak boleh lagi membeli barangan mahal termasuk pakaian berjenama sebagaimana dahulu," cerita Wong kepada The Malaysian Insider.
Menurut Wong semua orang kini terpaksa berjimat dengan cara mengurangkan perbelajaan di mana perlu untuk menghadapi kenaikan kos sara hidup.
Wong berkata, dia dan suaminya terpaksa membayar RM4,000 untuk rumah dan kereta, RM1,500 untuk makanan dan RM1,500 lagi untuk penjagaan, makanan dan susu anak perempuannya.
Dia juga terpaksa membelanjakan RM750 untuk insurans dan kad perubatan keluarga; RM700 untuk petrol; RM600 untuk bil telefon, broadband dan wifi; RM120 untuk Astro; RM140 untuk air dan elektrik; dan RM110 untuk pembantu rumah yang datang mengemaskan rumah mereka setiap minggu.
"RM500 lagi kami terpaksa simpan setiap bulan bagi cukai jalan dan insurans kereta. Bulan Mei nanti, kami terpaksa membelanjakan RM1500 sebulan lagi untuk anak kedua kami yang bakal lahir," cerita Wong.
Inilah nasib yang dialami Wong sekeluarga yang tinggal di Pulau Pinang, bandar raya paling mahal kos sara hidupnya di Malaysia. Semua ini dirasai oleh Wong menjelang tahun 2014 yang akan menjelang tidak lama lagi.
Mulai Januari 2014, semua rakyat negara ini terpaksa menerima cabaran baru dalam mengharungi kehidupan apabila pelbagai harga barangan dan perkhidmatan akan dinaikkan lagi.
Dengan status keseluruhan pulau sebagai kawasan tarikan pelancong, kos sara hidup Wong dan keluarga jauh lebih tinggi berbanding tinggal di lain-lain tempat hatta ibu negara Kuala Lumpur.
Inilah hasil kajian yang diperoleh wartawan The Malaysian Insider di seluruh negara tentang kos sara hidup. Kajian yang dibuat mulai pertengahan Disember ini merangkumi Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bharu, Kuala Terengganu, Klang, Kucing dan juga Alor Setar.
Perkara yang dikaji pula adalah harga barangan keperluan harian seperti ayam, sayuran seperti sawi dan cili merah, ikan, kadar sewa rumah dan juga keperluan pendapatan minima untuk hidup sempurna.
Kajian ini dibuat menjelang tahun 2014, di mana rakya bakal menghadapi kenaikan kadar tarif elektrik, tol, sewa bas sekolah, kadar cukai taksiran dan sebagainya.
Dengan harga yang sudah tinggi berbanding dengan pendapatan rakyat, tahun 2014 bakal menjadikan mereka lebih terbeban lagi apabila harga barangan dan perkhidmatan dinaikkan.
Bagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Pengguna Kebangsaan (Fomca), Datuk Paul Selvaraj, kerajaan bertanggungjawab untuk mengurangkan impak ini.
"Harga barangan ditentukan oleh pasaran dan bergantung kepada pengguna untuk mengawal perbelanjaannya.
"Memang tanggungjawab kerajaan untuk meminimakan impaknya kepada pengguna, namun pada sesetengah keaadaan, ia adalah tanggungjawab individu," katanya.
Dengan kadar sewa rumah serta harga rumah yang tinggi dan harga barangan keperluan harian yang agak mahal, seseorang memerlukan gaji sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan untuk tinggal di atas pulau di Pulau Pinang.
Ia dikira paling tinggi berbanding bandar-bandar lain di Malaysia. Turut mengiringi Pulau Pinang adalah bandar perindusrian Bintulu di Sarawak dan Paka di Terengganu.
Namun, harga barangan di Pulau Pinang jauh lebih rendah jika mereka tinggal di tanah besar iaitu di Seberang Prai. Mungkin kerana itulah ramai penduduk Pulau Pinang tinggal di tanah besar walaupun bekerja di pulau.
Mungkin ini juga menjadi punca kesesakan berlaku setiap hari di jambatan Pulau Pinang dan feri sehingga menyebabkan jambatan kedua terpaksa dibuat untuk disambungkan ke pulau Mutiara itu.
Harga sekilo ayam di pasar George Town adalah RM9 berbanding RM7.00 di Kuala Lumpur, RM6.50 di Klang.
Kadar sewa rumah juga tinggi di Pulau Pinang. Sebuah rumah teres satu tingkat tiga bilik di Tanjung To Kong disewa dengan kadar RM1,000 sebulan. Namun kadarnya lebih rendah di Batu Kawan atau Nibong Tebal yang boleh diperolehi sekitar RM500 sebulan.
Walau kos sara hidup agak rendah di Kuala Terengganu, namun harga barangan keperluan hariannya antara yang tertinggi berbanding bandar-bandar lain di Semenanjung Malaysia.
Harga ayam di Kuala Terengganu adalah RM7.50 berbanding Kuala Lumpur RM7.00 dan Klang hanya RM6.50. Begitu juga harga ikan, walaupun Terengganu ramai nelayan, tetapi harga ikannya antara yang termahal, mungkin kerana kesegarannya.
Harga ikan kembong di pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu adalah antara RM10.00 ke RM15.00 bergantung kepada kualiti ikan itu.
Namun oleh kerana kos sewa rumah dan jalan raya tanpa tol di Kuala Terengganu, ia menyebabkan kos hidupnya tidaklah terlalu tinggi. Dengan pendapatan RM2,500 sebulan, sebuah keluarga boleh hidup di Kuala Terengganu dengan memiliki sebuah kereta dan rumah sewa.
Namun di Paka dan Kerteh yang terletak di daerah Kemaman, kos sara hidupnya agak tinggi. Ini kerana kedua-dua bandar ini menjadi tempat tinggal pekerja industri gas dan petroleum. Ia memberikan kesan pahit kepada penduduk tempatan yang terpaksa bertanding untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan pekerja industri yang mempunyai pendapatan lebih baik berbanding mereka.
Keadaan sama berlaku di Sarawak. Bandar Bintulu dan Miri yang menjadi pusat industri gas dan petroleum yang menjadikan penduduk bandar ini terpaksa menghadapi kos sara hidup yang tinggi.
Harga rumah di kawasan ini naik mendadak di samping harga barangan meningkat dengan ketara.
Ikuti laporan Kos Sara Hidup untuk bandar-bandar seluruh Malaysia yang disediakan pasukan The Malaysian Insider sepanjang minggu ini sebelum kita menyambut kedatangan tahun 2014 yang serba mencabar. - tmi
Saturday, 28 December 2013
Tiga Pegawai Kastam Didakwa Edar 1.5 Kg Dadah
Kesemua tertuduh, Wee Sew Him, 58, bertugas sebagai Penolong Kanan Pengarah, manakala Bahara Mansor, 58, dan Syafizal Mahmud, 36, sebagai Pegawai Kanan bertugas di cawangan narkotik Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Kampung Jijan Tengah, Nilai.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh di hadapan Majistret Siti Khairiah Abdul Razak.
Mengikut kertas pertuduhan, kira-kira 12.30 malam pada 15 Disember lalu di cawangan narkotik Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Jalan Ciku, Kampung Jijan Tengah, Nilai dengan niat bersama-sama telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis heroin anggaran berat 1,540 gram.
Berikutan itu mereka didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39 B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 (234) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39 B (2) Akta yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sara Afiqah Zulkipli, manakala tertuduh Bahara dan Syafizal diwakili peguam, Rosal Azimin Ahmad dan Siew Him tidak diwakili peguam.
Siti Khairiah kemudiannya menetapkan 3 Mac depan sebagai tarikh sebutan kes untuk memperolehi laporan kimia.
Sebelum ini, akhbar melaporkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin mengumumkan penahanan 11 individu termasuk tiga pegawai penguatkuasa dipercayai KDRM kerana disyaki terlibat dalam dua sindiket penyeludupan dadah antarabangsa didalangi warga Nigeria dan India pada 17 Disember lalu.
Empat pegawai Kastam ditahan di kuaters kediaman mereka iaitu seorang di kuaters KDRM Kelana Jaya, manakala tiga lagi iaitu di pejabat KDRM Nilai serta kuaters KDRM Seremban.
Kesemua suspek ditahan dalam operasi khas pada 14 Disember hingga 16 Disember lalu.
Anak Rosmah beli rumah RM110 juta di New York
Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berusia 36 tahun dilaporkan membeli satu unit kondominium berharga AS$33.5 juta (RM110 juta) di New York.
Menurut Malaysiakini, Riza Shahriz Abdul Aziz, anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu, membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York.
Laporan Sarawak Report memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal menyatakan Riza membeli rumah dengan tujuh bilik itu pada 19 November tahun lepas.
Satu laporan New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.
Riza menurut laporan Sarawak Report lagi, memulakan kerjaya perbankannya sebaik sahaja tamat pengajian di London School of Economics pada 2000.
Laporan itu menyebut Riza juga pernah bekerja dengan firma perunding KPMG sehingga 2002 dan kemudian di HSBC London sehingga krisis kewangan pada 2008. – tmi
Tak setuju tinggalkan Malaysia, kata ketua wanita lembu Kuantan
Ketuanya Datuk Zaiton Mat (gambar) berkata, adalah mudah untuk mempertikaikan kelemahan kerajaan tetapi dalam masa yang sama menafikan usaha kuat yang dibuat kerajaan untuk melahirkan suasana yang bebas dan harmoni di negara ini.
Zaiton berkata demikian selepas mengetuai 50 anggota Umno Kuantan dan Paya Besar yang membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan semalam, lapor The Star.
Laporan polis itu dibuat berikutan cadangan “Himpunan Guling Kerajaan” menjelang sambutan tahun baru di Kuala Lumpur.
Masyarakat Kuantan dan Paya Besar antara pihak yang paling marah dengan kerajaan ekoran kegagalan jentera kerajaan membantu mereka ketika banjir besar melanda Kuantan baru-baru ini.
Ekoran itu, pelbagai kata nista ditujukan kepada kerajaan khasnya Umno ekoran kegagalan pemimpinnya turun membantu mangsa banjir.
Usaha anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh untuk mendapatkan bantuan melalui usul agar diumumkan darurat di Kuantan pula dicerca oleh ahli Parlimen daripada BN termasuk meminta beliau pulang sahaja ke kawasannya yang sedang banjir itu.
Kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil yang menggunakan perkataan “bangsat” terhadap beliau semakin memarahkan penduduk Kuantan kepada kerajaan BN.
Ahmad Maslan Kaya Dengan Sifat Bodoh
Ni kategori lantik orang bodoh jadi menteri . Diberi gaji besar. Untuk aniaya rakyat..
Siapa yang bodoh? Menteri ni sag memang bodoh. Tapi yang bagi undi kepada sibodoh ni 10kali lebih bodoh.
- king jason
Friday, 27 December 2013
Dr. Muhaya Tampil Tegakkan Benang Basahnya
Melalui sebuah video yang dimuat naik ke laman sosial Youtube, Prof Muhaya menjelaskan mengenai perkara tersebut.
“Saya bukan ustazah, bukan ahli politik dan bukan ahli ekonomi. Saya cuma pencetus inspirasi yang semua orang sudah tahu, gaya saya bercakap...Kita mesti faham bahawa ada benda yang kita boleh kawal dan tidak boleh kawal.
“Apabila ditanya bagaimana nak tangani beban orang yang tengah serabut...memang banyak pihak yang nak saya buat kenyataan memarahi pihak yang menaikkan harga dan sebagainya. Tapi, pada saya, itu semua banyak dah orang yang cakap.
"Jadi, peranan saya sebagai seorang yang berusia 50-an, ada pengalaman, saya memang sangat yakin bahawa cara kita melihat sesuatu akan mengubah tindakan, persepsi atau interpretasi kita terhadap perkara itu,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menekankan soal 80 peratus dalam kehidupan adalah untuk mencari solusi sementara bakinya untuk melihat masalah.
“Katakanlah, minyak atau susu tumpah. Adakah kita nak lap susu itu atau nak bergaduh siapa yang tumpahkan susu itu?
“Saya nak katakan di sini bahawa kita mesti melihat kehidupan dengan 80 peratus mencari solusi dan 20 peratus untuk melihat masalah,” katanya.
Beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyebut kenyataannya dalam artikel tersebut menunjukkan bahawa dirinya tidak prihatin terhadap kesusahan rakyat.
“Saya bukan ahli politik dan prinsip saya adalah tidak membuat kenyataan berbaur politik. Untuk situasi ini, bukan tidak prihatin. Siapa yang tidak prihatin...memang kasihan.
“Tetapi kalau kita kasihan, ramai orang yang susah, takkanlah kita nak ambil duit beri kepada semua orang susah itu? Kalau kita beri pun, ia dipanggil langkah sekejap.
“Tetapi bagaimana kita nak ‘empower’ seseorang? Ataupun beri kuasa atau membuat seseorang itu melakukan apa yang boleh pada situasi terdesak ini untuk menghadapi suasana tersebut?,” katanya.
Tambahnya, “saya seru kepada yang membuat dasar, kalau boleh kita prihatin dan janganlah kita melakukan sesuatu yang membebankan orang. Kerana kalau kita melepaskan beban orang, insya-ALLAH, ALLAH akan melepaskan beban kita,” katanya.
Jelasnya, “saya nak jelaskan, saya buat video ini pun bukan untuk justifikasi...takut orang tak suka, takut orang marah. Sebenarnya, saya dah maafkan semua orang yang mengata tak elok tentang saya. Saya tak rasa marah langsung. Saya faham dan rasa kasihan.”
Kami akan terus guna kalimah Allah di gereja Selangor, kata paderi
Pengarang mingguan Katolik, Herald, Father Lawrence Andrew (gambar) berkata Artikel 11(3) (A) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan setiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal keagamaan mereka sendiri.
“Agama kami tidak boleh diuruskan oleh sebarang kumpulan agama Islam. Ia bertentangan dengan Perlembagaan. Kami akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan kami,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Andrew berkata Jais selaku badan penguatkuasa agama Islam negeri tidak berhak terhadap kumpulan agama lain.
“Pada masa ini, kes perbicaraan masih dalam proses mahkamah dan keputusan belum diputuskan. Mereka tidak boleh membuat penilaian sendiri,” katanya.
Selain gereja Katolik, gereja Kristian lain seperti Sidang Injil Borneo turut mengadakan perhimpunan menggunakan Bahasa Melayu dan dialek lain di Malaysia Timur sekaligus menggunakan kalimah Allah.
Dalam wawancara bersama sebuah portal baru-baru ini, Pengarah Jais Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata pihaknya akan menyenaraikan semua gereja di Selangor sebelum menghantar surat bagi meminta pihak gereja mematuhi Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran kepada Orang Islam) 1988.
“Kami akan mengutus surat kepada semua gereja di Selangor bagi menghormati enakmen tersebut, katanya.
Enakmen yang diluluskan semasa kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) memerintah Selangor itu turut melarang bukan Islam di Selangor menggunakan 35 perkataan Arab seperti Allah, Nabi, Injil dan Insya Allah.
Banyak badan bukan kerajaan Islam menegaskan kalimah Allah hanya eksklusif kepada umat Islam meskipun Kristian dan agama lain mempunyai pendapat berbeza.
Pada Disember 2009, Mahkamah Tinggi berpihak kepada gereja Katolik apabila mengatakan kalimah Allah tidak eksklusif kepada umat Islam dan Herald boleh meneruskan penerbitannya dalam bahasa Melayu kepada kaum Bumiputera di Malaysia Timur.
Namun, Kementerian Dalam Negeri memohon keputusan tersebut pada Januari 2010.
Pada 14 Oktober tahun ini, Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi dengan mengatakan “kalimah Allah bukan sebahagian dalam kepercayaan Kristian”.
Pihak gereja membuat rayuan dan perbicaraan akan bermula pada 24 Februari ini.
Keputusan Mahkamah Rayuan tersebut mengundang kegusaran kepada penganut Kristian di Sabah dan Sarawak kerana merasakan keputusan itu tidak sahaja terpakai kepada Herald tetapi penganut Kristian.
Walau bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan kepada penganut Kristian di Malaysia Timur bahawa mereka masih boleh menggunakan kalimah itu kerana kerajaan persekutuan masih mengiktiraf penyelesaian 10 perkara.
Di bawah penyelesaian 10 perkara yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala pada 2011 memutuskan Bible dalam semua bahasa boleh diimport ke Malaysia termasuk berbahasa Melayu/Indonesia.
Penyelesaian 10 perkara turut menyatakan Bible boleh dicetak di Semenanjung Malaysia.
Keputusan Mahkamah Rayuan itu turut mendapat perhatian seluruh dunia dengan ahli teologi Amerika Reza Aslan mengkritik keputusan tersebut
Usah merungut kenaikan kos sara hidup, kata menteri cap ayam
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek menasihati rakyat Malaysia agar tidak merungut, sebaliknya memberikan kritikan membina terhadap langkah kerajaan menaikkan beberapa harga barangan.
Hassan ketika ditemui di program "Kembali ke Sekolah" anjuran sebuah pasaraya di Kuala Lumpur hari ini, berkata peniaga juga tidak seharusnya menaikkan harga barangan dengan keterlaluan.
"Jangan memanaskan keadaan dan menaikkan harga. Tolong pertimbangkan dan bantu kementerian.
"Sesetengah barangan bantuan kerajaan turut disalahgunakan sesetengah pihak dengan menaikkan harganya," katanya lagi.
Hassan turut menjelaskan, kementeriannya sedang berusaha membantu rakyat ekoran kenaikan harga sesetengah barangan yang berlaku disebabkan penstrukturan subsidi yang menyebabkan kenaikan harga bahan api, elektrik, dan juga barangan keperluan harian yang menyaksikan peningkatan kos sara hidup rakyat.
"Saya telah mengarahkan pasukan saya untuk berada di bawah berhubung dengan orang ramai.
"Kita akan lakukannya bersama dengan agensi lain termasuk Kementerian Pelancongan," tambahnya.
Ditanya tentang saranan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa Putrajaya menjimatkan kos perbelanjaan dan bukannya menaikkan harga barangan, Hassan cuma menjawab beliau menghormati pandangan bekas perdana menteri itu.
"Kita akan melihat sebarang kemungkinan terhadap cadangan beliau... saya hanya boleh katakan kami menghormati pandangannya," katanya, dan menambah, perkara itu juga akan dibawa ke dalam mesyuarat.
Kaji selidik yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) dan didedahkan kepada umum pada Selasa lalu mendapati, isu kenaikan kos sara hidup bakal menjadi penentu masa depan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjelang 2018.
Tiga kenaikan barangan yang memberi kesan langsung termasuk kenaikan kadar caj elektrik, peningkatan kos barangan dan kenaikan harga barang api.
Umcedel turut mencadangkan Putrajaya memandang berat hasil dapatan kajian mereka sekiranya ingin terus kekal berkuasa.
Mayat bogel tersangkut pada pukat
SUNGAI PETANI – Orang ramai yang melalui Jambatan Merdeka gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki sehinggakan ramai yang memberhentikan kenderaan bagi menyaksikan lebih dekat kejadian berkenaan pagi, semalam.
Pasukan bomba yang menerima panggilan sejurus kemudian bergegas ke lokasi berkenaan sebaik dimaklumkan.
Hasil tinjauan mendapati, mayat seorang lelaki yang tidak berpakaian itu ditemui tersangkut pada pukat oleh orang ramai.
Lelaki yang dipercayai berbangsa Melayu dikatakan berusia lingkungan 50-an berkemungkinan hanyut dalam tempoh 24 jam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu, Mohd Razmi Ab Rashid berkata, pasukan bomba menerima panggilan pada jam 11.15 pagi, semalam.
“Satu pasukan dengan kekuatan seramai enam anggota dihantar ke lokasi kejadian dan tiba di sana pada jam 11.22 pagi,” katanya.
Operasi yang turut menggunakan bantuan bot nelayan itu diketuai Pegawai Bomba Kanan I, Yacob Ishak.
“Kita menemui seorang lelaki dikatakan hanyut sebelum tersangkut pada pukat berdekatan jambatan,” katanya.
Menurutnya, operasi dilakukan dengan menarik mangsa ke tebing sungai sebelum diangkat dan diserahkan kepada pasukan polis.
Bagaimanapun, identiti mangsa masih belum dikenal pasti sehingga bedah siasat dilakukan.
Pas sokong kenyataan Dr M
SHAH ALAM - Pas menyokong kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kerajaan mengurangkan kos pengeluaran bagi meningkatkan tahap ekonomi negara berbanding menaikkan harga barangan.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan bekas Perdana Menteri itu perlu diberi perhatian oleh kerajaan.
“Ini yang sepatutnya. Cukup-cukuplah membebankan rakyat dengan pelbagai kenaikan barangan.
“Saya akui harga barangan tidak akan konsisten pada satu tahap (akan ada kenaikan) namun kerajaan juga harus pastikan kenaikan yang berterusan perlu berlaku dari sudut pendapatan rakyatnya,” kata beliau.
Menurut beliau, penerokaan sumber-sumber baharu merupakan alternatif terbaik dalam menjana ekonomi negara, sekali gus menghalang kerajaan untuk melaksanakan sebarang kenaikan.
"Langkah itu penting memandangkan Malaysia sedang mengalami masalah dalam meningkatkan produktiviti khususnya dalam sektor ekonomi.
“Syarikat gergasi tempatan seperti Petronas perlu memperbanyakkan lagi penerokaan telaga-telaga minyak,” katanya.
Thursday, 26 December 2013
Tersedak Umno Dengan Cerita Ini..
Jarang-jarang berlaku, sebuah keluarga India beragama Hindu memilih membalut keranda ahli keluarganya yang meninggal dunia dengan bendera PAS.
Tiga keping gambar berkaitan dimuatkan dalam akaun Facebook Ahli Dewan Undangan Negeri Meru Dr Rani Osman semalam.
Ia memaparkan mendiang Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kota Raja, Letchumany Maniam diusung dalam keranda yang berbalut bendera parti Islam itu.
Ia mendapat komen menggalakkan daripada penggguna laman sosial itu.
Ketua Pemuda PAS Selangor Mohd Sany Hamzan memberitahu Malaysiakini, tindakan ahli keluarga mendiang bertujuan menggambarkannya mendian sebagai pejuang PAS sejati walaupun beragama Hindu.
Tambahnya, ia sekali gus, menunjukkan penerimaan yang cukup baik dari kalangan bangsa lain terhadap parti itu daripada kalangan bukan Melayu.
"Apa yang terbukti perjuangan apabila Ketua Wanita DHPP itu dibalut dengan bendera PAS itu menunjukkan beliau seorang pejuang PAS sejati walaupun duduk dalam PAS sebagai DHPP.
"Ia menunjukkan PAS sudah boleh diterima bukan Islam,” katanya lagi.
Ditanya sama ada tindakan itu bertentangan dengan perjuangan PAS, Sany menegaskan, ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan syiar Islam dan tidak membawa kesan buruk.
"Tiada sebarang tanggapan negatif pada saya dan PAS sendiri,” katanya.
Polis tahan pemilik akaun Facebook hasut guling kerajaan
Polis hari ini menahan pemilik akaun Facebook yang beroperasi dengan nama Asmaelz Hadzeny II yang diburu sejak minggu lepas kerana menghasut orang ramai menyertai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pada 11 pagi di Saratok, Sarawak.
"Suspek yang merupakan seorang penganggur kini dalam proses untuk dihantar ke Kuala Lumpur bagi membantu siasatan," katanya dalam catatan di laman Facebook Polis Diraja Malaysia.
Hadi Ho berkata kes disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.
- Bernama,
Wang haram RM6 Juta - SPRM sahkan polis bergelar 'Datuk' beri keterangan
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan seorang pegawai tinggi polis bergelar 'Datuk' telahpun memberi keterangan, dipercayai berhubung kes pengubahan wang haram RM6 juta.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafa Ali berkata, pegawai polis berkenaan memberi keterangan di Putrajaya, Selasa lepas.
"Sebenarnya pegawai polis yang kita panggil itu adalah untuk mengambil keterangan dia, rakam percakapan.
"Dia telah memberi kerjasama yang baik dan keterangan telah diambil. Tidak ada tangkapan dibuat," katanya ketika ditemui pada sidang media Panel Penilaian Operasi (PPO) di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di sini.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkaitan kes itu serta dakwaan penemuan wang tunai di rumah pegawai polis berkenaan serta pegawai lain akan dipanggil untuk membantu siasatan.
Akhbar hari ini melaporkan pegawai tinggi itu dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan SPRM terhadap tiga pegawai polis berhubung kegiatan pengubahan wang haram RM6 juta.
Akhbar itu juga, pada November lepas, melaporkan bahawa tiga pegawai terbabit yang masing-masing berpangkat Deputi Superintenden, Asisten Superintenden serta Sarjan, ditahan berasingan dan ketika ditahan, SPRM turut menemui wang tunai lebih setengah juta, tiga jam tangan berjenama Rolex selain sejumlah barang kemas.
Siasatan awal suruhanjaya itu mendapati kegiatan pengubahan wang haram ini membabitkan nilai jutaan ringgit.
Dua daripada pegawai yang ditahan bertugas di Johor manakala seorang lagi di Seremban, Negeri Sembilan.
Seorang daripada mereka disyaki terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan jumlah RM1.7 juta manakala seorang lagi RM4.3 juta.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613) dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
- Bernama
Rebat Touch 'n Go sah mansuh 2014?
SHAH ALAM – Rebat 20 peratus yang diberi kepada pengguna Touch ‘n Go dan SmartTag akan berakhir hujung tahun ini, demikian menurut sebahagian pegawai khidmat pelanggan kaunter Touch ‘n Go dan SmartTag di pejabat operasi tol.
Tinjauan Sinar Harian ke beberapa pejabat operasi sekitar Lembah Klang mendapati, rata-rata petugas di situ menyatakan perkara sama.
"Saya ada dengar ura-ura untuk menamatkan tawaran rebat ini. Tapi, ia bukanlah maklumat daripada pengurusan, tetapi daripada sumber lain yang saya tahu.
"Setakat ini, tidak ada lagi berita mengenai perkara ini sampai ke pengetahuan petugas kaunter, cuma saya tahu kerajaan tidak akan menyambungnya lagi," kata seorang pegawai, semalam.
Himpunan Turun: Polis cari CheGu Bard
KUALA LUMPUR: Sekumpulan anggota polis dilapor datang ke kediaman Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Che'GuBard termasuk kediaman ibu bapanya di Bukit Chedang, Seremban pada tengah malam tadi, kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan.
Menurut Edy, berdasarkan maklumat yang diterima daripada keluarga che'GuBard, seramai sembilan anggota polis beruniform dan berpakaian preman diketuai Inspektor Zaafar, hadir menaiki dua kereta dan satu van polis.
"Gagal mendapatkan che'GuBard yang ketika ini mempunyai urusan di luar negara, Inspektor Zaafar hanya meninggalkan nota untuk dihubungi.
"Apabila ditanya apakah tujuan kedatangan pihak polis, dan adakah ia berkenaan himpunan protes rakyat 31 Disember di Dataran Merdeka, Inspektor Zaafar tidak pasti tetapi menegaskan ia adalah arahan Bukit Aman untuk 'bertemu' che'GuBard," ujarnya.
Menurut Edy, walaupun pihak polis telah beredar, namun keluarga che'GuBard memaklumkan terdapat kenderaan dengan dua individu tidak dikenali berada tidak jauh dari kawasan rumah beliau.
Edy tidak menolak kemungkinan individu tersebut ialah anggota polis yang dalam usaha mencari che'GuBard.
"che'GuBard yang hanya pulang pada awal pagi esok memaklumkan bahawa beliau akan menghubungi Inspektor Zaafar berdasarkan nota yang ditinggalkan sebaik sahaja tiba di dalam negara.
"Sebagai warga yang baik, che'GuBard akan hadir sendiri ke mana-mana balai polis jika diperlukan," katanya.
Pegawai tinggi polis disyaki rasuah, jutaan wang simpanan ditemui
SHAH ALAM – Seorang pegawai tinggi polis bergelar 'Datuk' ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kerana disyaki terlibat dengan rasuah.
Menurut sumber yang dipercayai, pegawai tersebut yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) itu ditahan sepasukan anggota SPRM di rumahnya di Kuala Lumpur, kelmarin.
“Pegawai tinggi polis itu ditahan serta-merta berikutan penemuan wang dengan jumlah yang agak banyak disimpan di dalam rumah ketika pemeriksaan dilakukan oleh anggota SPRM,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah wang tunai yang disimpan di rumah pegawai polis itu.
Kata sumber itu lagi, hasil siasatan SPRM juga mendapati pegawai berkenaan turut miliki simpanan wang di dalam akaunnya yang berjumlah jutaan ringgit.
"Punca wang itu juga agak meragukan dan akan disiasat lebih lanjut," katanya.
Wednesday, 25 December 2013
Longgokan sampah MRR2 perbuatan sabotaj
Ahli Parlimen Batu itu berkata, ia bertujuan mengambil alih tender pengurusan sisa pepejal bernilai RM80 juta yang dilaksanakan oleh syarikat Umpan Jaya sebelum ini.
“Saya ada menyimpan bukti dan saksi daripada orang awam, bahawa kerja-kerja longgokan sampah di tepi lebuh raya dilakukan oleh Alam Flora.
“Lori yang digunakan pada pagi 21 Disember lalu milik Alam Flora,” katanya dipetik Keadilan Daily.
Pada 21 Disember lalu, kira-kira 2,000 tan sampah dilonggok sepanjang bahu jalan MRR2 menyebabkan kesesakan teruk dan penduduk serta pengguna jalan raya terpaksa menghidu bau busuk sepanjang jalan itu.
Kata Tian, sampah dilonggok di tepi MRR2 berhampiran pusat pengumpulan milik Umpan Jaya supaya orang ramai beranggapan Umpan Jaya yang bertanggungjawab.
“Umpan Jaya mendapat bayaran DBKL sebanyak RM80 juta untuk kontrak selama tiga tahun. Kontraknya tamat pada Januari 2014.
“Jadi DBKL menerima tekanan orang awam akibat kelemahan pengurusan sampah oleh Umpan Jaya. Pada masa sama, terdesak untuk menggantikan syarikat itu.
“Berkemungkinan DBKL akan beri terus (kontrak) kepada Alam Flora untuk teruskan kerja pengumpulan yang dilakukan Umpan Jaya sebelum ini,” katanya dan menyatakan kontrak pengurusan sampah kepada Umpan Jaya dibuat tanpa proses tender terbuka.
“Saya gesa DBKL amalkan sistem tender. Jangan terkesan dengan krisis ini demi profesionalisme DBKL sendiri,” katanya.
- FZL
Khairy - Tak jejas akidah jika ikut sambutan Krismas
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin percaya bahawa tindakan umat Islam mengikuti sambutan Krismas – seperti yang pernah disertainya sebelum ini – tidak akan menjejaskan akidah penganut agama tersebut.
Menteri belia dan sukan itu dalam ucapan hari Krismasnya menceritakan pengalaman beliau bersekolah di sekolah rendah Katolik di Jepun yang diuruskan mubaligh Katolik dari Kanada.
"Kami semua menyanyi dalam koir. Bila tiba Krismas, mereka yang bukan Kristian turut menyanyi lagu yang tidak berunsur keagamaan. Saya fikir beberapa kawan juga menyanyi lagu keagamaan tapi mendiamkan diri dalam ayat tertentu.
"Saya pergi ke rumah kawan untuk (merayakan) Krismas. Saya diberi hadiah. Ibubapa saya juga bersedia, jadi saya bawa hadiah bersama untuk diberi kepada tuan rumah.
"Semua ini tidak menjejaskan kepercayaan saya... tiada apa di sekolah Katolik saya yang boleh mencabar dan menurunkan iman saya!," kata beliau.
Tambah Khairy, terdapat banyak tanda salib diletakkan di setiap bilik darjah malahan gurunya, Brother Raymond menggantung tanda salib yang besar di leher.
Keyakinan agama
Khairy berkata sekolahnya akan bermula dengan bacaan doa dan mereka yang tidak beragama Kristian seperti beliau akan menunduk hormat serta membaca Al-Fatihah.
"Saya menceritakan dengan ringkas pengalaman ini untuk tunjukkan betapa kita boleh mempunyai keyakinan terhadap kepercayaan sendiri. Jika kepercayaan anda kuat, tiada apa yang boleh buat anda kehilangan agama," kata beliau.
"Dan jika anda yakin dengan kepercayaan sendiri, anda akan lebih menghormati orang lain. Anda tidak akan melihat mereka sebagai ancaman, sebagai orang yang cuba memurtadkan anda secara senyap.
"Malah, anda mungkin akan belajar dari mereka sepertimana saya belajar dengan Brother Raymond," tambahnya.
Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2005 mengeluarkan "Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam" yang melarang orang Islam menghadiri majlis sambutan Krismas sekiranya terdapat lambang salib, atau pokok Krismas kerana dianggap “bertentangan dengan akidah Islam”.
Pada tahun 2007, majlis fatwa turut mengeluarkan satu lagi garis panduan, dengan membenarkan orang Islam memberi ucapan selamat kepada bukan Islam semasa perayaan keagamaan mereka, dengan syarat ia tidak mengagungkan atau memuji agama lain.
Menentang ekstremisme
Sementara itu, dalam mesej Krismas yang lebih formal, Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat berkata beliau mengharapkan agar golongan penganut agama samawi akan membentuk ikatan lebih erat.
"Saya menyeru rakyat Malaysia khususnya penganut Kristian untuk terus menyumbang dalam usaha murni menegakkan kebenaran dan menumbangkan kezaliman yang ditolak oleh semua agama.
"Sebagai Muslim, saya dididik untuk sentiasa berbuat baik dan berlaku adil kepada sesiapa yang baik terhadap kami walaupun daripada agama yang berbeza," kata beliau.
Dua cedera dalam letupan di sebuah pub di Petaling Jaya
Seorang pemilik pub adalah di antara dua mangsa yang cedera dalam letupan gas di pusat beli-belah Jaya One di Petaling Jaya, awal hari ini.
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul, berkata letupan pada jam 2 pagi itu berlaku di dapur premis menyebabkan panel tingkap kaca pecah dan kerosakan pada dinding.
Salah seorang pekerja premis itu turut cedera dalam insiden tersebut dan kedua-dua mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya bagi menerima rawatan pesakit luar kerana cedera dalam kebakaran itu.
Kejadian letupan gas kali terakhir berlaku sebelum ini kira-kira setahun lalu dengan sekurang-kurangnya 12 cedera dan seorang maut dalam insiden tersebut.
Pada 11 September, enam pekerja Myanmar cedera parah apabila 15 daripada 300 silinder gas yang disimpan di dalam stor di Muar, Johor meletup.
Dalam kejadian 8.40 malam itu, mangsa dipercayai sedang memindahkan gas daripada silinder 14 kg ke silinder 50 kg di dalam bangunan berkenaan.
Ogos lalu, lima pelajar sekolah di Seremban cedera di pergelangan tangan setelah dapur yang digunakan meletup.
Pelajar berkenaan dipercayai sedang menyediakan makanan sempena Hari Kantin dalam kejadian yang berlaku pada 10 pagi.
31 Mei lalu, seorang pekerja melecur 80% terbakar pada badan dalam satu kejadian letupan gas silinder memasak di sebuah restoran di Bukit Bintang.
Kejadian letupan terbesar membabitkan pusat beli-belah berlaku dua tahun lalu di Subang Jaya apabila empat cedera sementara 300 lagi diselamatkan selepas kebocoran gas yang menyebabkan letupan di tingkat bawah kompleks beli-belah Empire.
Mangsa yang cedera termasuk pengawal keselamatan warga Nepal dan tempatan akibat terkena serpihan kaca.
Kejadian 3.45 pagi itu turut merosakkan dua lagi tingkat premis tersebut selain blok pejabat dan apartmen bersebelahan.
Jasa Anwar Yang Sengaja Dilupakan
Kadar tol naik besar-besaran lepas Anwar dipecat BN
KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pemimpin yang memainkan peranan penting untuk membekukan kenaikan tol lebuh raya sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Menteri Kewangan.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, Anwar pada ketika itu menggunakan kuasanya untuk membekukan kenaikan tol sebanyak beberapa kali.
“Selepas beliau (Anwar) dipecat daripada kerajaan, kenaikan tol menjadi urusan setiap tahun, dan akhirnya membawa kepada kenaikan tol besar-besaran pada tahun 1999 hingga 2000,” kata Tze Tzin dalam kenyataan.
Beliau berkata, semua perjanjian konsesi tol digubal dan diluluskan Unit Perancang Ekonomi di bawah kuasa Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tze Tzin yang juga Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN berkata, Menteri Kerja Raya yang bertindak menandatangani perjanjian konsesi berkenaan sebagai wakil kepada kerajaan Malaysia.
“Peranan Menteri Kewangan adalah untuk mentadbir kontrak selepas ia ditandatangani. Tidak syak lagi Anwar adalah Menteri pada tahun 1991 hingga 1998 iaitu semasa kontrak itu dimeterai, tetapi beliau hanya mewakili dasar yang ditetapkan BN dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir,” katanya.
Tambah beliau, kenyataan Naib Presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong mendakwa Anwar bertanggungjawab terhadap perjanjian konsesi lebuh raya di Malaysia membuktikan beliau (Tee Yong) mula mendapat suntikan ‘viagra politik’.
Bagaimanapun semangat yang ditunjukkan pemimpin MCA itu bagaikan ‘tidak kena tempat’ apabila terpaksa menuding jari kepada Ketua Umum KEADILAN untuk menutup kegagalan Barisan Nasional (BN) selaku pemerintah.
Tze Tzin menggesa pimpinan baru MCA supaya bangkit menentang kenaikan tol dan mempertahankan rakyat Malaysia daripada berdepan tekanan itu dengan menyertai perhimpunan rakyat pada 31 Disember ini.
Katanya, MCA perlu mencontohi Pakatan Rakyat Selangor yang mengarahkan anak syarikatnya selaku pemegang saham untuk membantah kenaikan kadar tol di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) baru-baru ini.
“Kerajaan Selangor yang memiliki pegangan saham melalui anak syarikatnya bertindak tegas untuk menghentikan kenaikan tol di Kesas.
“Bagaimana pula dengan MCA? Apa yang telah mereka buat?
“Jika mereka gagal untuk bersuara demi kepentingan rakyat, ia hanya mengesahkan persepsi ramai bahawa MCA tidak berkuasa dalam BN,” katanya. – Selangor Kini
Tuesday, 24 December 2013
Ribuan ikan melompat ke darat di Lahad Datu
Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi tadi.
Menurut pembaca Sinar Harian Online, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu berkata, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan.
"..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan-ikan meloncat naik ke darat.
"Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut.
"Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut," katanya.
Dalam pada itu, Sinar Harian Online mendapati video mengenai peristiwa itu yang berdurasi dua minit tiga puluh lima saat telah dimuatnaikkan di laman Youtube.
Sebelum ini, kejadian tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlaku bencana alam tersebut.
Bukit Aman Diserang Pengebom Berani Mati..?
Laporan mengenai pengeboman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di atas yang telah disiarkan oleh pemilik '1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Pimpinan DS Najib' adalah satu laporan palsu menurut Polis.
Admin laman Facebook macai tersebut telah mendakwa berlakunya pengeboman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang mengakibatkan kematian dan kecederaan beberapa pegawai serta anggota polis.
Bagaimanapun pihak Polis telah menafikan kejadian tersebut..berikutan penyebaran khabar angin itu, satu laporan polis telah dibuat.
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, yang membawa hukuman penjara dua (2) tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Ni dari laman Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
TIADA BERLAKU INSIDEN PENGEBOMAN:
PDRM menafikan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah laman Facebook yang mendakwa berlakunya pengeboman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang mengakibatkan kematian dan kecederaan beberapa pegawai serta anggota polis.
Adalah dimaklumkan keadaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman adalah tenang dan beroperasi seperti biasa.
Berikutan penyebaran khabar angin tersebut, satu laporan polis telah dibuat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, yang membawa hukuman penjara dua (2) tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Perbuatan menyebarkan berita palsu adalah perbuatan yang keji dan PDRM akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pelaku ini.
Orang ramai diminta bekerjasama untuk tidak menyebarkan berita seumpama ini kerana pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang berbuat demikian.
SUPT Lai Lee Ching
SUPT Komunikasi Korporat
Urusetia KPN (Komunikasi Korporat)
Bukit Aman
Bodoh punya macai ni.. dah tak ada kerja sangat ke?..
Berita dipetik dari sini
Tukar huruf alif pada kalimah Allah perbuatan orang jahil
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, tindakan berkenaan dikesan pada risalah didakwa menggunakan logo Umno yang diedarkan di sekitar kawasan ini.
Beliau mendakwa, tindakan mengubah kalimah ALLAH dengan membuang huruf alif dan menggantikannya dengan nombor satu yang bermotifkan jalur gemilang sebagai tindakan yang boleh meruntuhkan iman.
"Kalimah ALLAH tidak boleh ditukar dengan mana-mana simbol dan tindakan sebegitu menunjukkan kejahilan serta tidak mempunyai ilmu mengenai agama.
"Di mana ulama atau pakar agama dalam Umno? Mereka sepatutnya menegur pihak yang berbuat perkara ini kerana ia dilihat seperti sengaja mempermainkan kalimah ALLAH," katanya.
Beliau menggesa agar risalah berkenaan ditarik balik dan kesalahan tersebut diperbetulkan agar tidak merosakkan aqidah umat Islam.
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Rantau Panjang, Mohammad Zailani Mohd Yunus berkata, pihak terbabit sepatutnya mengharamkan edaran kertas tersebut.
"Ia boleh menimbulkan kekeliruan dan menghilangkan tujuan sebenar ayat-ayat al-Quran diturunkan kepada umat manusia.
“Pihak terbabit sepatutnya merujuk Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-69 (2005).
“Kami berpendirian perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia menggambarkan ketaasuban melampau dan membuta tuli,” katanya.
Beliau mendesak pihak terbabit menarik balik edaran risalah berkenaan serta memohon maaf atas kekeliruan yang ditimbulkan.
Monday, 23 December 2013
Kemenangan Zahid di Bagan Datoh bakal dicabar
Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan Mahkamah Tinggi mendengar semula petisyen yang difailkan calon PKR bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh.
Panel lima orang hakim diketuai Tan Sri Raus Sharif memutuskan bahawa sesiapa sahaja boleh memfailkan petisyen.
Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Umi Kalthum Abdul Majid pada 15 Ogos lalu memutuskan bahawa petisyen oleh calon PKR Madhi Hasan dan pengundi Azmi Sulaiman gagal mematuhi Peraturan 9 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.
Peraturan itu menetapkan nama peguam bagi pihak yang memfailkan petisyen perlu dinyatakan dalam dokumen itu dan mahkamah tidak menerima sekiranya petisyen difailkan oleh firma-firma undang-undang.
Laporan sebelum ini menyebut, dua petisyen berkenaan mendakwa calon BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membeli undi dan membelanjakan lebih daripada jumlah yang dibenarkan secara sah untuk berkempen.
Petisyen itu menyatakan bahawa Ahmad Zahid membelanjakan sehingga RM2 juta, sedangkan had perbelanjaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya ialah RM200,000 bagi kerusi Parlimen .
Petisyen tersebut disertakan dengan gambar-gambar dalam blog Ahmad Zahid, yang digambarkan beliau mengedarkan bantuan dalam kawasan Parlimennya sebagai bukti.
Sementara itu, Mahkamah Persekutuan juga mengarahkan Mahkamah Tinggi untuk mendengar petisyen pilihan raya Lubok Merbau. Kerusi ini dimenangi oleh BN Siti Salamah Mat Jusak, dengan kelebihan hanya 53 undi berbanding undi yang diperolehu cakib PAS Mohd Zainuddin Mohd Yusof.
Mahkamah Persekutuan juga menolak rayuan oleh BN bagi kerusi Lembah Pantai dan Batu yang dipegang oleh PKR iaitu Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua.
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...