Thursday, 30 June 2016

DAP Kafir Harbi: Jemaah Menteri Bela Mufti Pahang



KUALA LUMPUR, 30 Jun — Jemaah menteri berpandangan bahawa kenyataan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkaitan istilah 'kafir harbi' adalah sekadar satu pandangan.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri semalam, kenyataan sebenar Mufti Pahang itu bermaksud golongan kafir harbi wajib ditentang dan bukannya diperangi.

“Kenyataan ini juga bukan merupakan satu fatwa. Ini kerana sesuatu fatwa rasmi mestilah melalui jawatan kuasa fatwa yang ditentukan.

“Isu ini telah menimbulkan kontroversi kerana ada pihak yang cuba menyeleweng kenyataan berkenaan dengan menggunakan istilah 'diperangi,'” kata Pejabat Perdana Menteri.

Abdul Rahman dilaporkan berkata DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan sebuah negara sekular tergolong dalam kala­ngan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam.

Pejabat Perdana Menteri seterusnya berkata dalam konteks agama Islam, istilah kafir harbi merujuk kepada golongan bukan Islam berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Islam dan kesediaan memerangi pihak yang memerintah.

“Dalam konteks ini, rakyat Malaysia yang bukan Islam tidak boleh dikategorikan sebagai kafir harbi selagi mereka mempunyai kerakyatan yang sah dan dilindungi undang-undang negara dan tidak memerangi pemerintah.

“Justeru, kerajaan menegaskan bahawa pandangan mengenai istilah kafir harbi oleh mana-mana pihak perlu diteliti dengan sewajarnya agar tidak menimbulkan kegelisahan dalam kalangan masyarakat terutama masyarakat bukan Islam," kata Pejabat Perdana Menteri.

Ia menarik perhatian bahawa telah dibuktikan bahawa sejak merdeka, masyarakat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan fahaman politik telah dapat hidup dalam keadaan aman damai berdasarkan lunas-lunas demokrasi dan hak sebagai rakyat Malaysia yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan.

“Dari segi sejarah, masyarakat bukan Islam juga dapat hidup dengan harmoni di zaman pemerintahan Rasulullah SAW,” kata kenyataan itu.

Pejabat Perdana Menteri berkata kerajaan berharap kenyataannya itu akan dapat menyelesaikan kegelisahan dalam kalangan masyarakat terutama bukan Islam lebih-lebih lagi dalam menjaga keharmonian dan keselamatan negara bertepatan dengan prinsip-prinsip maqasid syariah. — Bernama




Read More...

Pemimpin BN Meroyan Desak Guan Eng Letak Jawatan



Umno Pulau Pinang mendesak Lim Guan Eng supaya segera melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan jawatan lain yang disandang selepas beliau dihadapkan ke Mahkamah Tinggi hari ini atas dua pertuduhan rasuah.

Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata tindakan itu adalah perlu bagi menjamin integriti jawatan ketua menteri Pulau Pinang tidak dipertikaikan.

Katanya, belum pernah ada ketua menteri di negeri itu yang disiasat dan didakwa di mahkamah atas pertuduhan salah laku rasuah.

“Ini bukan pendakwaan politik (political persecution) kerana yang didakwa adalah seorang pemimpin parti pembangkang.

“Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat setelah siasatan yang teliti, rapi dan professional dilaksanakan oleh SPRM," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Zainal, undang-undang dilaksanakan dengan adil dan saksama tanpa mengira pangkat, bangsa, agama atau pegangan politik.

“Tertuduh diberi peluang seluas-luasnya untuk membela diri di mahkamah. Begitu jugalah Lim Guan Eng akan berpeluang untuk membela dirinya di mahkamah nanti," katanya.

Lim hari ini didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 berkaitan dakwaan pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian kepada kegunaan komersial dan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan pembelian sebuah unit banglo di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran.

Sementara itu, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang mengambil pendirian yang lebih lembut dengan mencadangkan Lim suapaya bercuti.

Menurutnya, kegagalan Lim untuk mengambil cuti sementara menunggu keputusan perbicaraan akan membuktikan bahawa beliau ‘cakap tak serupa bikin’.

"Adakah DAP akan buat pengecualian untuk (Guan Eng) terus menjadi KM Pulau Pinang walaupun tuduhan rasuah di mahkamah? Dwi-standard?" soalnya di Twitter.

Beliau juga ‘tag’ bapa Guan Eng yang juga adalah pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dalam tweetnya.

Kit Siang sebelum ini menggesa Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil cuti sementara menunggu siasatan berhubung wang RM2.6 bilion yang berada dalam akaun bank peribadi perdana menteri.

Kit Siang juga menggesa Najib supaya bercuti panjang sementara menunggu sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat 1MDB.

"Masa untuk melihat sama ada DAP akan amalkan apa yang mereka katakan," kata Tan.

Bendahari MIC S Vell Paari juga bersetuju supaya Lim mengosongkan jawatannya sementara prosiding terhadapnya masih berjalan.

"Ini supaya tidak akan ada gangguan dari Pejabat Ketua Menteri dengan kes itu," katanya dalam satu kenyataan.

Vell Paari, juga mengucapkan tahniah kepada SPRM berhubung tangkapan itu dan berkata pendedahan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan ada kebenarannya.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang membersihkan Najib pada Januari lalu daripada sebarang salah laku berhubung skandal 1MDB dan juga isu sumbangan RM2.6 bilion, mengetuai pendakwaan terhadap Guan Eng.



Read More...

Siti Hasmah: Saya Terkesan Tun Dihina



PUTRAJAYA - “Kita tak boleh buat apa, mereka berkuasa sangat, serah saja kepada ALLAH. Mungkin ada hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku," demikian luahan hati isteri bekas Perdana Menteri keempat, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

“Saya tahu suami saya (Tun Dr Mahathir Mohamad) kecewa dan sedih jadi tunggu saja, serah kepada ALLAH. Tak pe lah.. orang tu terlalu berkuasa, kita tak boleh buat apa,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Yayasan Kepimpinan Perdana sempena pelancaran buku, My Name is Hasmah, semalam.

Menurutnya, tidak ada apa yang boleh dilakukan memandangkan ‘lawannya’ itu terlalu berkuasa meskipun selepas 22 tahun menerajui negara dan Umno namun jasa bekas Perdana Menteri itu dakwanya sedikit pun tidak dihargai oleh parti itu, pimpinan masa kini termasuk juga segelintir rakyat Malaysia.

Berkongsi dugaan perjuangan yang dihadapi suaminya, Dr Siti Hasmah mengakui beliau turut terkesan dengan kata-kata nista dan tindakan yang dilakukan oleh pimpinan negara ketika ini.

“Sebagai isteri kepada Mahathir, saya mengaku serangan dan perbuatan mereka terhadap beliau sangat memberi kesan tapi saya tak tunjuk, tak nak beliau bertambah risau.

“Sebab itu saya memilih untuk sentiasa bersamanya setiap masa dan menghormati perjuangannya yang masih belum selesai. Kadang-kadang saya kasihan mengenangkan nasib beliau yang diperlakukan sedemikian rupa,” katanya dengan nada perlahan.

Tindakan Najib 'tidak baik'

Beliau yang bakal menginjak usia 90 tahun pada 20 Julai ini menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Dr Mahathir sebagai ‘tidak baik’ kerana hubungan keluarga mereka sangat erat sebelum ini.

“Keluarga kami sangat rapat, ayah Najib, Tun Razak itu belajar satu sekolah dengan abang saya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), jadi kami dah lama kenal.

“Tapi dengan apa yang terjadi akhir-akhir ini, benar-benar membuatkan saya sedih. Malah saya sendiri berkawan rapat dengan Tun Suhailah dan juga Tun Rahah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, paling menyedihkan apabila Mahathir tidak lagi menerajui Proton Holdings kerana syarikat itu menyimpan nilai sentimental kerana dibangunkan suaminya bermula dari kosong sehingga gah seperti sekarang.

“Cara dan tindakan Najib terhadap Mahathir itu kelihatan sangat tidak baik, saya dapat rasakan perasaan suami saya tapi apa boleh buat,” katanya.

Sebagai ibu bekas Menteri Besar Kedah, Dr Siti Hasmah menegaskan beliau bukan ahli politik malah ketika menjadi isteri perdana menteri, suaminya hanya mendaftarkan beliau sekadar ahli Umno sahaja.

“Kepada anak-anak, saya cuma nasihatkan mereka sekiranya terjun ke bidang politik, perkara utama yang perlu dilakukan ialah berhati-hati dan menyantuni rakyat di peringkat akar umbi kerana dari situlah seseorang pemimpin politik mendapat sokongan,” katanya.





Read More...

TERKINI: Guan Eng Tiba Di Mahkamah, Diringi Pegawai Polis Dan SPRM



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dijangka didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 berkaitan dakwaan pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian kepada kegunaan komersial.

Beliau juga akan didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan pembelian sebuah unit banglo di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran.

Sementara itu, ahli perniagaan wanita Phang Li Khoon, yang menjual banglo tersebut kepada Lim, juga akan didakwa di
Mahkamah Sesyen George Town.

Malaysiakini membuat liputan LANGSUNG.

10.18am: Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memasuki dewan mahkamah. Penyokong Guan Eng mengeboo dan melaungkan "Bebas Guan Eng, tangkap Najib" boleh didengar di luar.

Apandi mengambil tempat beliau dengan pasukan pendakwaan dan dilihat berbual dengan peguam Guan Eng, Gobind Singh.

Pemimpin utama PKR negeri turut berada di mahkamah. Ia termasuk Timbalan Ketua Menteri I Rashid Hasnon, Exco mengenai hal ehwal agama Abdul Malik Kassim dan Pengerusi PKR negeri, Mansor Othman.

10.04am: Guan Eng memeluk ibunya dan isterinya Betty. Beliau bersalaman dengan bapanya, Kit Siang.

Guan Eng tersenyum dan memberitahu wartawan, "Saya baik-baik saja", dan dilihat berbincang dengan peguam dan Gobind Singh.

10am: Guan Eng dibawa masuk ke dalam mahkamah.

9.45am: Lim Kit Siang tiba bersama keluarga. mereka memasuki dewan mahkamah.

Phang diwakili peguam K Kumaraendran dan Devkumar Kumarendran.

Hakim Mahkamah Sesyen Roslan Hamid mendengar kes itu.

9am: Mahkamah penuh sesak. Tempat duduk dipenuh petugas media dan beberapa pegawai Cawangan Khas.

Pasukan peguam Guan Eng termasuk Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh, M Kulasegaran dan RSN Rayer.

Isteri Karpal Singh, Gurmit, turut hadir di mahkamah. Begitu juga bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Guan Eng dan Phang Li Khoon dijangka didakwa di mahkamah pada pukul 10 pagi.



Read More...

AG sendiri ketuai pasukan pendakwaan untuk kes Guan Eng



Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Lim bakal berdepan pendakwaan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"InsyaAllah, saya akan mengetuai pasukan pendakwaan di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang," kata Mohamed Apandi kepada Bernama.

Lim kini berada di ibu pejabat SPRM Pulau Pinang setelah penangkapan ke atas beliau dilakukan sejurus nya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis eksekutif di Komtar.

Turut ditahan ialah Phang Li Koon, penjual banglo di Jalan Pinhorn , Pulau Pinang kepada Lim pada harga RM2.8 juta.



Read More...

Guan Eng Suruh Saya Kuat Semangat..



"Pesanan Lim Guan Eng kepada saya adalah menguatkan semangat menghadapi krisis politik ini dan memastikan parti dan kerajaan negeri tetap kukuh," demikian dedah Chow Kon Yeow ekoran penahanan ketua menteri Pulau Pinang itu petang tadi.

Sambil menyifatkan tuduhan itu sebagai bermotifkan politik demi mematikan kerjaya politik Guan Eng, Chow yang merupakan pengerusi DAP Pulau Pinang menambah, pihaknya akan bermesyuarat esok.

"DAP akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa negeri tergempar esok dan sementara itu, meminta semua penyokong agar bertenang dan menunggu arahan parti selanjutnya," jelas Chow lagi.

Sementara itu, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menegaskan parti itu memberi sokongan dan dokongan kepada kepimpinan Lim Guan Eng, justeru, akan terus berdiri teguh di belakang beliau.

"Sejak dari awal lagi serang demi serangan dilancarkan kepada Guan Eng mengenai isu banglow tersebut.

"Media arus perdana tidak terlepas memainkan isu tersebut hari demi hari seolah-olah mengambarkan pemerintah begitu tekad sekali dengan kes ini," katanya dalam kenyataan.

PKR Pulau Pinang berharap dan percaya sistem yang bebas tanpa pengaruh dan cengkaman politik akan mampu memberikan jaminan keadilan pada semua.

Pada masa yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyatakan kelegaan ekoran penahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas Guan Eng.

Abdul Rahman dan Guan Eng sering bertikam lidah sejak kebelakangan ini dalam pelbagai isu sehingga mahu berdebat di kaca televisyen.

"Jelas sekali, slogan DAP sebagai parti politik yang paling bersih di Malaysia adalah tidak benar sama sekali selepas penahanan Guan Eng hari ini.

"Ketelusan dan akauntabiliti harus diamalkan, bukan sekadar di bibir sahaja," katanya dalam kenyataan.




Read More...

Wednesday, 29 June 2016

SPRM Tangkap Guan Eng..



Dr Afif Bahardin berkata KM dijangka dibawa ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya tidak lama lagi.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dijangka akan ditahan berhubung siasatan pembelian sebuah banglo yang didakwa di bawah harga pasaran.berkaitan dengan pembelian sebuah banglo di bawah harga pasaran.

Exco kerajaan negeri, Dr Afif Bahardin mendakwa pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerahkan waran tangkap ke atasnya di bangunan Komtar.

"Dia akan dibawa ke Ibu Pejabat SPRM bila-bila masa tidak lama lagi," katanya dalam laman sosial.

Beberapa kenderaan polis juga dilaporkan menunggu di luar bangunan itu di mana Lim sebelum ini mempengerusikan mesyuarat exco mingguan di tingkat 28.

Buat masa ini, wartawan serta jurugambar masih sedang berkumpul di bangunan Komtar kerana menjangkakan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menangkapnya pada bila-bila masa.

Mereka juga menunggu di pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah.

Pada 4 Mac lalu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya menuduh beliau membeli sebuah banglo pada harga RM2.8 juta yang didakwa jauh di bawah harga pasaran dan mengaitkannya dengan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis kepada pemaju swasta.

Lim bagaimanapun sebarang kaitan dan berkata tanah berkenaan dijual melalui jawatankuasa tender terbuka yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri yang dilantik oleh kerajaan persekutuan.

Menurut Kanun Keseksaan, membeli hartanah di bawah nilai pasaran dianggap satu kesalahan bagi seorang penjawat awam.

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo pernah dipenjarakan selama setahun bagi kesalahan yang sama.

Lim telah menafikan sekeras-kerasnya berhubung sebarang salah laku.

Katanya, beliau membeli rumah atas dasar kerelaan kedua-dua pihak dan pemilik banglo itu yang juga adalah seorang ahli perniagaan Phang Li Khoon tidak pernah menerima sebarang kontrak daripada kerajaan negeri.

[Berita penuh menyusul]

- mkini



Read More...

Janji Nak Sponsor Anak Yatim Tapi Tak Muncul



Seperti yang kita tahu manusia senang berjanji tapi susah untuk tunaikan. Kisah ini lagi menyedihkan apabila 1 pihak iaitu anak yatim yang dijanjikan untuk diberi makanan berbuka tetapi ianya tidak seperti yang diberitahu.

Bukan 20 atau 30 orang anak yatim, mereka seramai 100 orang anak-anak yang menunggu makanan untuk berbuka. Apa sebenarnya yang terjadi ni, kalau iya pun tak dapat tunaikan janji, sepatutnya beritahu supaya penjaga kepada anak-anak ini dapat menyediakan hidangan lain atau cari inisiatif lain.

"Ummi ni bukan nak fikir tentang berbuka pd hari ni, tp ada org janji nak sponsor berbuka petang ni, tp bila call org tu dia tak angkat, kalau ummi sorang boleh berbuka kat masjid jer, tp ni 100 org nak bwk gi masjid camner? Ke nak tunggu jer sampai waktu berbuka, kalau makanan tak sampai kita makan kurma dgn minum air jer lah."


Sedih melihat keadaan kanak-kanak ini bila tiada makanan berbuka. Walau apa pun, semoga kejadian seperti ini tidak terjadi lagi.

- sinar.fm



Read More...

Pengebom Berani Mati Serang Lapangan Terbang, 28 Terbunuh


Tiga pengebom berani mati melepaskan tembakan sebelum meletupkan diri mereka di lapangan terbang antarabangsa utama di Istanbul pada hari Selasa, membunuh 28 orang dan mencederakan puluhan orang lagi, kata gabenor wilayah dan para saksi.

Polis melepaskan tembakan untuk cuba menghalang dua daripada penyerang itu sebelum mereka sampai ke pusat pemeriksaan keselamatan di balai ketibaan di lapangan terbang Ataturk yang ketiga paling sibuk di Eropah, tetapi mereka meletupkan diri mereka, kata seorang pegawai Turki kedua.

Gabenor Istanbul, Vasip Sahin memberitahu pemberita bahawa 28 orang terbunuh dan kira-kira 60 cedera. Beberapa saksi melaporkan dua letupan tetapi Sahin berkata pihak berkuasa percaya mungkin ada tiga pengebom berani mati.

Seorang pegawai Turki berkata sebahagian besar daripada mereka yang terbunuh adalah warga Turki, tetapi orang asing juga antara yang maut.

"Berlaku satu letupan yang sangat kuat. Bumbung runtuh... kerosakan adalah besar," kata Ali Tekin, yang berada di balai ketibaan menunggu seorang tetamu apabila serangan itu berlaku.

Seorang wanita warga Jerman bernama Duygu, yang berada di kawalan pasport memasuki Turki, berkata dia terus berbaring ke lantai apabila bunyi letupan. Beberapa saksi juga melaporkan tembakan kedengaran sejurus sebelum serangan.

"Semua orang bertempiaran lari. Darah dan anggota badan manusia di mana-mana. Saya nampak lubang peluru pada pintu," katanya di luar lapangan terbang itu.

Belum ada lagi pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan terbaru dalam rentetan serangan berani mati di Turki pada tahun ini, tetapi agensi berita Dogan, dengan memetik sumber polis, melaporkan tanda-tanda awal menunjukkan Negara Islam (IS) mungkin bertanggungjawab.



Read More...

'PAS Tak Keberatan Bantu BN Rampas Selangor Jika Terus Sendirian'

Parti Amanah Negara (AMANAH) mendakwa matlamat PAS pada pilihan raya umum akan datang adalah memastikan DAP dan Pakatan Harapan tidak boleh membentuk kerajaan negeri Selangor.

Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad berkata, PAS akan dengan sengaja membantu BN untuk merampas kembali Selangor jika ia tetap berkeras untuk terus bersendirian pada pilihan raya umum akan datang dan tidak mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan.


Beliau berkata berdasarkan pilihan raya kecil berkembar di Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah jelas bahawa sekiranya PAS dan Pakatan Harapan bertanding dalam pertandingan tiga penjuru, ia hanya menguntungkan BN.

“PAS tidak begitu kisah samada BN jatuh atau tidak. Yang penting bagi PAS sekarang adalah DAP dan Pakatan Harapan tidak boleh membentuk kerajaan.

“Kalau PAS inginkan kemenangan sekalipun, ia bukan untuk menjatuhkan BN. Kalau menang sekalipun tidak semestinya PAS akan bersama Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan.

“Mungkin sekiranya terpaksa, PAS juga tidak keberatan untuk membentuk kerajaan dengan BN,” katanya dalam satu kenyataan media.

Melihat kepada kemenangan BN pada pilihan raya kecil berkembar itu, Khalid berkata, PAS sepatutnya berunding dan bekerjasama dengan Pakatan Harapan sekiranya mereka menganggap BN sebagai sebuah parti lawan dan ingin menjatuhkan parti berkenaan.

"PAS mengambil keputusan untuk bersendirian dan oleh itu amat jelas PAS yang berpecah dari Pakatan Rakyat asalnya dan Pakatan Harapan ketika ini.

"Walau apa pun hujah dan alasan, hakikatnya apabila PAS bersendirian dan Pakatan Harapan terdiri dari tiga (parti), PAS yang berpecah dan berasingan.

"Oleh itu, sekiranya PAS melihat BN sebagai lawannya dan menjatuhkan BN penting demi kepentingan rakyat dan negara, sudah pasti paling tidak PAS akan berunding dan berkerjasama dengan Harapan atau pun menyertainya seperti sebelum ini di dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Pada pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, BN berjaya mengekalkan kerusi di kedua-dua parlimen itu.

Di Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid menewaskan tiga calon lain daripada AMANAH, PAS dan Bebas dengan majoriti 6,969 undi.

Manakala di Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi menewaskan calon PAS dan AMANAH dengan majoriti yang meningkat sebanyak 9,191 undi.



Read More...

Tuesday, 28 June 2016

Husni Hanadzlah Merajuk Dan Lepaskan Semua Jawatan Dalam Umno Dan BN



HUSNI BERSARA KERANA TIDAK SETUJU DITUKARKAN, BUKANNYA SUKARELA

Berita yang paling tidak disangka-sangka dalam rombakan kabinet yang diumumkan Najib Razak kali ini, selain perlantikan semula Noh Omar sebagai menteri ialah berkaitan pengunduran Husni Hanadzlah daripada jawatannya sebagai Menteri Kewangan Kedua.

(Terkini - menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Shamsul Zairil Kamaruddin, bekas Setiausaha Politik Husni beberapa jam kemudiannya, Husni juga mengumumkan perletakan jawatan sebagai Bendahari UMNO Malaysia, Bendahari BN Malaysia, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Ketua UMNO Bahagian Tambun dan Pengerusi BN Tambun)

Tanpa ribut dan tanpa sebarang khabar angin sebelumnya, tiba-tiba saja diberitakan beliau memilih untuk bersara daripada jawatannya.

Najib dalam pengumuman rombakan itu memberitahu, Husni telah memilih untuk bersara dan beliau menghormati keputusan tersebut.

Tempat Husni kini digantikan oleh Johari Abdul Ghani, Ahli Parlimen Titiwangsa yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Kewangan.

Benarkah Husni memilih untuk bersara secara sukarela?

Kenapa beliau bersara sekarang dan tidak berundur saja pada pilihanraya umum akan datang yang hanya kira-kira dua tahun lagi tempohnya?

Adakah beliau tidak sihat atau ingin berehat?

Seorang rakan memberitahu, Husni sebenarnya tidak memilih untuk bersara secara sukarela tetapi terpaksa membuat keputusan itu sebagai tanda protes, kecewa dan kecil hati terhadap Najib.

Beliau dikatakan tidak setuju dengan hasrat Najib mahu menukarkannya daripada Kementerian Kewangan ke Jabatan Perdana Menteri bagi mengambil alih tempat Abdul Wahib Omar yang sebelum ini sudah pun memilih tidak mahu dilantik lagi menganggotai kabinet.

Kata rakan tersebut, beliau diberitahu mengenai perkara itu oleh salah seorang pembantu Husni sendiri pada petang semalam lagi.

Katanya, Husni agak kecewa dengan pertukaran itu memandangkan beliau selama ini telah dengan baik memainkan peranan sebagai Menteri Kewangan Kedua dan jurucakap yang dilantik oleh kabinet untuk menjawab dan menangani hal-hal berkaitan 1MDB.

Lantaran itu, Husni dikatakan berasa pertukarannya itu seolah-olah beliau tidak begitu penting lagi di sisi Najib sekarang ini, meskipun sebahagian isu berkaitan 1MDB sudah berjaya diselesaikan.

Dalam rombakan kabinet yang diumumkan Najib, empat menteri terlihat dalam rombakan iaitu Johari Abdul Ghani dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua, Abdul Rahman Dahlan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada Unit Perancang Ekonomi (mengisi tempat Abdul Wahid Omar), Noh Omar dibawa kembali menyertai kabinet memegang jawatan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Mah Siew Keong sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

---------------------

Ahmad Husni umum lepas semua jawatan
ASYRAF MUHAMMAD
SHAH ALAM - Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Bendahari Umno dan Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) hari ini.

Peletakan jawatan tersebut disahkan oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Shamsul Zairil Kamaruddin melalui kenyataan media yang dikeluarkan pada hari sama.

Selain daripada itu, Husni turut meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak, Timbalan Pengerusi BN Negeri Perak, Ketua Umno Bahagian Tambun dan Pengerusi BN Parlimen Tambun.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut memaklumkan mengenai peletakan jawatan Ahmad Husni sebagai Menteri Kewangan II ketika mengumumkan rombakan kabinet dalam sesi sidang media khas yang berlangsung petang ini.

Menerusi ucapan beliau, Najib turut memaklumkan bahawa beliau menerima keputusan Ahmad Husni dan mengucapkan jutaan terima kasih di atas khidmat baktinya selama ini.



Read More...

Monday, 27 June 2016

Rombakan Kabinet Ke-3: Najib Pertaruh 10 Soldadu Lama Dan Baru



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rombakan kabinet kali ketiga sejak menerajui negara yang bertujuan memantapkan pentadbiran kerajaan sedia ada selain memastikan agenda pembangunan dipacu untuk rakyat dalam aspek ekonomi, kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan.

Dalam rombakan itu, seramai 10 nama telah disebut bagi mengisi kekosongan dan lantikan dengan lima pemimpin dari Umno, seorang dari Gerakan, dua dari MCA, seorang dari MIC dan seorang lagi dari parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dari Sarawak.

Dari sudut politik, pelantikan Ketua Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dilihat sejajar dengan hasrat BN untuk merampas semula negeri itu, terutama sejurus kemenangan besar dalam pilihan raya kecil Sungai Besar, baru-baru ini.

Selain itu, Najib juga meletakkan harapan yang tinggi menggunung kepada Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bertanggungjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi sebagai mengambil alih tempat Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Abdul Wahid yang menamatkan tugasnya dalam kerajaan pada 4 Jun yang lalu tetapi dikekalkan sebagai Ahli Majlis Ekonomi telah meletakkan satu penanda aras dalam pengurusan ekonomi yang membawa cabaran besar untuk dipikul oleh Abdul Rahman yang juga pengarah strategik komunikasi BN.

Nampaknya Abdul Rahman tidak mempunyai banyak masa lagi selepas ini untuk mencabar pembangkang untuk berdebat dengannya ekoran tugas hakiki dalam kerajaan beliau yang semakin mencabar serta usaha lebih gigih memartabatkan sistem komunikasi BN.

Dalam pengumuman rombakan kabinet di Putrajaya, petang tadi, Najib juga mengumumkan 'kenaikan pangkat' Datuk Johari Abdul Ghani daripada timbalan menteri kewangan kepada Menteri Kewangan Kedua bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang meminta untuk berundur atas sebab peribadi.

Pelantikan ini akan mengukuhkan kedudukan ahli parlimen Titiwangsa itu di peringkat kawasan bandar sekaligus menghargai pengalaman beliau sebagai antara peneraju korporat yang berkaliber sebelum memilih kerjaya sepenuh masa dalam bidang politik untuk digunakan dalam menambah baik ekonomi Malaysia.

Sementara itu, pelantikan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi pula dilihat sekadar meneruskan tradisi kerusi menteri yang pernah disandang oleh mendiang Lim Keng Yaik selaku presiden parti itu.

Mah yang pernah membantu 'memulihkan' semangat BN apabila berjaya menewaskan DAP dalam pilihan raya kecil Teluk Intan pada 2014 diharapkan mampu mengalas tugas besar untuk mengembalikan zaman kegemilangan Gerakan ketika di bawah era mendiang Keng Yaik, terutama di Pulau Pinang.

Bekas menteri perusahaan, perladangan dan komoditi, Datuk Douglas Unggah Embas pula akan menumpukan kepada usaha menunaikan janji-janji BN kepada rakyat Sarawak selepas kemenangan besar pada pilihan raya negeri yang lalu selaku timbalan ketua menteri yang turut memegang portfolio kementerian pemodenan pertanian dan ekonomi luar bandar negeri.

Pada masa yang sama, Najib turut mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz dan Naib Presiden MCA, Datuk Lee Chee Leong, masing-masing sebagai timbalan menteri kewangan yang baru.

Naib Presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong bertukar portfolio ke kementerian perdagangan antarabangsa dan industri sebagai timbalan menteri.

Dengan pelantikan dua orang kuat MCA selain 'pengembalian' kerusi menteri kepada Gerakan, Najib nampaknya benar-benar serius dalam usaha untuk menambat semula hati masyarakat Cina untuk kembali menyokong BN selepas peralihan 10 peratus undi Cina kepada BN dalam pilihan raya kecil Sungai Besar.

Othman pula yang dikatakan 'terkejut' dengan pelantikan itu adalah Naib Ketua Bahagian Umno Jerlun yang dahulunya pernah dikepalai oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum dipecat dari Umno minggu lepas.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri SK Devamany pula dilantik sebagai timbalan menteri di jabatan perdana menteri manakala Ahli Parlimen Lawas dari PBB, Datuk Henry Sum Agong Datuk Henry Sum Agong pula dilantik menjadi timbalan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan.

Ahli Parlimen Silam dari Sabah, Datuk Nasrun Mansur pula dilantik timbalan menteri perusahaan, perladangan dan komoditi bagi mengambil alih tempat yang arwah Tan Sri Noriah Kasnon yang terbunuh berikutan nahas helikopter awal bulan lalu.

Pelantikan dua timbalan menteri dari Sabah dan Sarawak itu tentunya mengembirakan para penyokong BN di kedua-dua negeri tersebut, dalam menantikan pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Bernama melaporkan, pelantikan hari ini selaras dengan perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan mengenai pelantikan Menteri Persekutuan dan Fasal (1) Perkara 43A mengenai pelantikan Timbalan Menteri Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan-pelantikan tersebut, jelas Najib.

Najib melakukan rombakan Kabinet pertamanya pada 25 Jun 2014 melibatkan penyertaan semula pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) daripada Gerakan dan MCA dalam barisan Kabinet.

Ia termasuk pelantikan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai Menteri Pengangkutan, Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Mah selaku Presiden Gerakan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Najib ketika melakukan rombakan Kabinet yang kedua pada 28 Julai 2015 berkata ia dilakukan untuk memperkukuhkan barisan dalam menghadapi cabaran dalam menguruskan negara sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Rombakan tersebut menyaksikan pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan.

Semasa ditanya sama ada barisan Kabinet ini adalah sebagai persediaan BN untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, Najib berkata: "Ia bergantung bila pilihan raya umum akan datang akan diadakan."

Kepada soalan bila beliau akan mengadakan pilihan raya umum, katanya: "Saya tak tahu lagi."

Ketika ditanya jika beliau sedar tentang rancangan Husni untuk bersara, Najib berkata Husni telah memaklumkan kepada beliau tentang hasratnya untuk bersara dan ia harus dihormati.

"Beliau sudah bersedia untuk bersara," katanya.

"Saya mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh beliau selama ini," katanya.

Kepada soalan kenapa tiada wanita dipilih untuk mengisi jawatan dalam rombakan Kabinet kali ini, Najib berkata: "Kami boleh sentiasa isi pada bila-bila masa. Tidak perlu bimbang mengenainya."




Read More...

'Kafir harbi - propaganda murahan Umno alih perhatian rakyat’



Rasa kurang senang di kalangan pelbagai pihak berikutan tindakan mufti Pahang melabelkan DAP dan mereka yang menentang hudud sebagai 'kafir harbi' adalah tindakan terdesak dan bankrap untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu-isu sebenar yang melanda negara, kata
Senator Muhammad Nur Manuty.

“Kita melihat dengan jelas, cara Umno menggarap persoalan ini dengan menggunakan pandangan mufti di atas adalah ketinggalan zaman dan mengelirukan umat Islam dan rakyat seluruhnya.

“Umno dengan sengaja mengambil kesempatan sebegini sebagai satu cara menyiahkan rakyat dari membicarakan isu-isu sebenar dan bebanan yang sedang dideritai oleh rakyat seperti 1MDB, GST, RM2.6 bilion, kenaikan kos sara hidup, kegawatan ekonomi dan sebagainya.

“Sesungguhnya, sekiranya pendekatan ini diteruskan negara yang dicintai ini akan berada di ambang krisis yang besar,” kata pemimpin PKR itu dalam satu kenyataan media hari ini.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman minggu lalu mengisytiharkan DAP sebagai 'kafir harbi' - istilah yang digunakan terhadap masyarakat bukan Islam yang memerangi Islam - justeru, adalah wajar untuk menumpahkan darah mereka.

Ahli Jawatankuasa Pusat PKR, Latheefa Koya mengaanggap kenyataan itu sangat berbahaya dan tidak bertanggungjawab.

Beliau mengecam perdana menteri yang berdiam diri berhubung tindakan mufti itu kerana ia membuka pintu kepada keganasan terhadap mereka yang dilabelkan sedemikian.

Semalam, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang membuat spekulasi bahawa tiada menteri kabinet akan berani menyelar dakwaan mufti itu yang mrenurut pengkritik bukan sahaja menjadikan DAP sebagai sasaran tetapi parti komponen BN bukan Islam lain yang juga menentang pelaksanaan hudud di negara ini.

Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong semalam apabila diasak sekadar berkata beliau "tidak bersetuju" dengan pandangan mufti berkenaan, manakala Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai enggan menjawab ketika disoal dua kali. Katanya, beliau akan memberi jawapan “kemudian".

Mengulas lanjut, Senator Muhammad Nur berkata dengan sikap yang diperagakan itu, nyatalah Umno begitu terdesak dan bankrap dalam menarik sokongan rakyat Malaysia, sehingga terpaksa memperalatkan pandangan seperti ini sebagai alat propaganda politik murahan.

“Jelas dan nyata, Umno tidak layak lagi diamanahkan mengurus negara lagi kerana telah kehilangan arah, hilang kawalan diri dan tandus formula mengemudi rakyat kearah kegemilangan masa depan,” katanya.



Read More...

Mukhriz Syak Umno Akan Serah Kedah, T'ganu, Kelantan Kepada PAS



Bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesyaki perjanjian Umno -PAS membabitkan 'pertukaran' yang melibatkan Kedah , Terengganu dan Kelantan.

"Mesti ada perjanjian. Mereka cuba untuk membawa PAS dan Umno bersama-sama. Perlu ada tukaran untuk PAS. Saya melihat Kelantan , Terengganu dan Kedah (akan) kembali kepada PAS...," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian semasa membuat kemunculan pertama selepas pemecatannya daripada Umno pada Jumaat lepas.

"Jadi, dalam fikiran saya, ini amaran untuk Umno Kedah. Bersiap sedialah untuk serahkan Kedah kepada PAS kerana tanda-tanda sudah ada," katanya pada sidang media di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya.

Ditanya sama ada kerjasama itu akan berbentuk kerajaan perpaduan, Mukhriz berkata: "Bukan kerajaan perpaduan. Mereka akan serahkan kepada PAS. Itu pandangan saya. . ."

Turut berada pada sidang akhbar itu ialah bekas pemimpin nombor dua negara dan Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga dipecat pada Jumaat lepas.

Sambil menafikan dakwaan beliau bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan BN , Mukhriz berkata, walaupun memecatnya, kerajaan negeri Kedah kekal stabil dengan BN mengekalkan majoriti lima kerusi di Dewan Undangan Negeri.

Ini, katanya , tidak seperti di Terengganu dengan BN hanya mempunyai majoriti dua kerusi berbanding PAS.




Read More...

Sunday, 26 June 2016

Najib: Tuduh Makan Dedak Menghina Rakyat



Perdana menteri sekali lagi mengecam pengkritiknya yang mendakwa kerajaan BN memberi "dedak" kepada rakyat untuk mendapatkan sokongan.

Kali ini Datuk Seri Najib Razak berkata, sesiapa yang membuat tuduhan begitu sebenarnya mereka telah menghina rakyat.

Hakikatnya, kata Najib, sokongan yang diberikan membuktikan rakyat berkeyakinan kepada kerajaan kerana mengutamakan kemaslahatan ramai.

"Sebab itulah kalau ada orang kata kita menang (dalam pilihan raya Sarawak dan dua pilihan raya kecil pada 18 Jun lalu) kerana kita beri dedak kepada rakyat, itu adalah satu penghinaan. Penghinaan kepada rakyat," katanya di majlis Nur Ramadan di Putajara malam tadi.

Najib berkata rakyat memang tahu menilai dan membuat keputusan memilih kerajaan yang mengutamakan mereka.

Kerajaan, kata perdana menteri, terus memberi bantuan kepada rakyat walaupun berdepan dengan pelbagai tohmahan kerana ia adalah tanggungjawab.

Bantuan itu kata Najib bukan bertujuan untuk menghina rakyat kononnya dengan memberi 'dedak' sebaliknya ia dibuat kerana kerajaan sentiasa mementingkan kemaslahatan rakyat.

"Sbb itulah kerajaan pimpinan saya, kami dengan rakan-rakan jemaah menteri, kami tak kisah (orang) nak cakap apa pun, cakaplah.

"Akhirnya rakyat bertambah yakin kepada kerajaan," katanya disambut tepukan orang ramai.

Dedak adalah istilah yang dipopularkan kumpulan pengkritik Najib dalam usaha mereka mendapatkan sokongan bagi menyingkirkan beliau daripada jawatan perdana menteri serta presiden Umno.

Istilah itu semakin popular ketika pilihan raya kecil diadakan di Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini.

Terdahulu dalam ucapannya Najib membandingkan Malaysia dengan negara Islam lain yang sedang berperang seperti Syria dan Iraq.

Beliau bersyukur dengan Malaysia yang terus maju kerana rakyat memilih sebuah kerajaan yang sentiasa mengutamakan kebajikan awam.

"Sebab itulah, walaupun kita diserang dengan pelbagai fitnah, tohmahan - yang separuh benar, separuh tidak benar - tetapi kemenangan di pilihan raya di Sarawak, Sungai Besar dan Kuala Kangsar bar-baru ini membuktikan rakyat yakin kepada kerajaan," katanya.

- mkini




Read More...

Saturday, 25 June 2016

Umno Pagoh Teguh Bersama Muhyiddin



Umno Pagoh dan pergerakan pemuda bahagian itu berdiri teguh di belakang Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas bekas timbalan perdana menteri itu dipecat dari parti semalam.

Ketua Penerangan Umno Pagoh Hairul Izam Abd Samat bekata mereka juga menolak keputusan majlis tertinggi parti berkenaan memecat Muhyiddin atas pertimbangan empat perkara.

* Dibuat tanpa mengikut prosedur sepatutnya mengikut perlembagaan parti sebaliknya majlis tertinggi dan perlembagaan disalah guna presiden manakala Muhyiddin tidak dipanggil mempertahankan tuduhan ke atasnya

* Muhyiddin dipilih sebagai timbalan presiden dan ketua bahagian oleh ahli Umno di seluruh dunia dan keputusan MT mengkhianati anggota parti. Beliau terpaksa menggunakan pertubuhan bukan kerajaan untuk meneruskan perjuangan selepas dinafikan haknya melaksanakan tugas sebagai timbalan presiden

* Salah laku presiden Umno didakwa Muhyiddin berdasarkan laporan berintegriti daripada agensi kerajaan seperti bekas peguam negara, gabenor Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

* Teguran dibuat Muhyiddin demi kepentingan parti dan bukan kepentingan peribadi dan tidak pernah memburuk-burukkan Umno sebaliknya memastikan parti itu kukuh

Sementara itu Ketua Pemuda Umno Pagoh Mohd Zaid A Rahman berkata mengutuk tindakan MT memecah Muhyiddin.

"Tindakan dilakukan itu adalah amat tidak berperlembagaan sama sekali," katanya dalam kenyataan berasingan.

Melalui sumber sahih, kata Mohd Zaid Muhyiddin tidak pernah diberi surat tunjuk sebab dan dipanggil untuk membela diri atas tuduhan yang dikenakan kepadanya.

Justeru katanya tindakan MT Umno semalam merupakan kezaliman dan jelas bersifat pembunuhan watak secara terancang.

"Tidak masuk akal jika tindakan begini boleh diterima oleh ahli-ahli marhaen seperti kami yang melihat salah guna kuasa MT sewenang-wenangnya terhadap amanah yang diberi selama ini.

"Kita sedia maklum ciri-ciri kefasikan itu adalah orang yang tidak memegang amanah. Apatah lagi kami dikaitkan secara langsung dgn Muhyiddin sebagai ketua Umno Pagoh.

"Apakah MT menyangka kami akan menerima dengan hati yang lapang atas tindakan yang tidak beretika ini? Jika seseorang timbalan presiden boleh diperlakukan sedemikian rupa apatah lagi ahli marhaen seperti kami ini. Justeru apakah yang generasi muda boleh sandarkan kepada umno kini?" katanya.

Pergerakan itu juga meminta isu nasional yang menjadi keresahan rakyat wajib diselesaikan secara tuntas berlandaskan undang-undang.




Read More...

TMJ Dianugerah Puteri Sulung



Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli mengumumkan berita gembira itu dalam satu kenyataan, di sini pagi ini.

“Jumaah Majlis Diraja Johor merafak syukur ke hadrat Allah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor dan Yang Mulia Che Puan Khaleeda Bustamam atas keputeraan anakanda pertama baginda berdua,” katanya.

Menurut Abdul Rahim, Che Puan Khaleeda dan puteri Tunku Ismail berada dalam keadaan sihat walafiat.

Che Puan Khaleeda diijabkabulkan dengan Tunku Ismail pada 24 Oktober 2014 diIstana Bukit Serene, Johor.

-UTUSAN ONLINE





Read More...

UMNO Pagoh Kecewa Muhyiddin Dipecat



UMNO Bahagian Pagoh tidak terkejut dengan tindakan Majlis Tertinggi (MT) UMNO memecat Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin namun kecewa ia dilakukan.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed berkata, berikutan keputusan itu UMNO Bahagian Pagoh mengadakan mesyuarat khas, Ahad ini, bagi membincangkan tindakan MT itu.

"Ketika ini UMNO Bahagian Pagoh amat lemah, tidak mustahil pihak yang lebih kuat boleh melakukan apa saja.

"Saya yakin mesti ada hikmah di sebalik kejadian ini terutama ketika bulan Ramadan.

"Buat masa ini, kita perlu terus bersatu bagi membantu golongan yang memerlukan namun pada masa sama akan memikirkan apa yang akan dilakukan selepas ini," katanya ketika diminta mengulas keputusan MT UMNO yang sebulat suara memecat Muhyiddin hari hari ini.

Bagaimanapun, katanya, buat masa ini pihaknya tidak boleh memberikan sebarang kenyataan sehingga mesyuarat khas diadakan.

Mesyuarat MT UMNO hari ini sebulat suara bersetuju memecat Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir atas kesalahan disiplin.

Selain Muhyiddin dan Mukkhriz, MT UMNO juga memutuskan Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Shafie Apdal digantung keahlian sehingga jawatankuasa disiplin parti menjelaskan hasil laporan mereka berkaitan pelanggaran disiplinnya.




Read More...

Puasa Punca Seluar Ku Nan Terlondeh..



Apabila imej memaparkan seluar Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terlondeh ketika BN meraikan kemenangan pilihan raya kecil Sungai Besar baru-baru ini tersebar, ada pihal mendakwa ia adalah bikinan ubah suai digital.

Namun hari ini setiausaha agung Umno itu secara terbuka - dan berseloroh - mengakui ia bukan kali pertama berlaku.

Sebaliknya, kata Tengku Adnan, dia pernah melaluinya dua kali sebelum ini.

Laman sesawang mStar Online melaporkan Tengku Adnan bersyukur kerana memakai seluar dalam ketika itu.

"Nasib baik saya pakai seluar dalam, kalau tak pakai langsung macam mana?

"Tapi tak apa, saya OK. Nak buat macam mana," katanya dilaporkan portal berita itu.

Menteri Wilayah Persekutuan itu menjelaskan insiden berkenaan terjadi kerana badannya sedikit susut disebabkan berpuasa dan terlupa memakai tali pinggang.

"Tapi saya tahu ada yang suka," katanya bergurau kepada media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum itu Tengku Adnan dilaporkan bertanya apabila wartawan tersenyum melihat kehadirannya memasuki tempat sidang media diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Ketika itu Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak belum tiba.

"Kenapa anda senyum-senyum? Anda asyik fikir mengenai seluar dalam saya? Tapi nasib baik saya pakai seluar dalam warna putih, kalau pakai yang bercorak atau polkadot lagi susah," katanya.

'Semua salah Hisham'

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan itu tidak ada apa yang perlu dimalukannya kerana ia terjadi tanpa dirancang.

"Saya tak malu. Benda nak jadi. Ada juga suruh saya nafi kata itu gambar edit.

"Tapi saya katakan tak perlu buat demikian kerana ia memang berlaku," katanya.

Menurut mStar Online ketika beliau bercakap mengenai kejadian itu beberapa pemimpin Umno termasuk naib presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein; ketua penerangan, Tan Sri Annuar Musa dan ketua pemuda Khairy Jamaluddin Abu Bakar memasuki bilik berkenaan.

"Ni semua salah Datuk Hishammuddin, seluar saya terlondeh...tapi dia tetap genggam tangan saya tak nak lepas. Saya nak cepat-cepat tarik seluar.

"Sudahlah tak nak lepas, beliau pula yang tengok seluar saya ketika itu," kata Tengku Adnan sambil ketawa.

Hishammuddin kemudian menjawab, dia terkejut kerana seluar Tengku Adnan boleh terlondeh.

"Nasib baik beliau pakai seluar dalam," katanya.




Read More...

Friday, 24 June 2016

Akhirnya Muhyiddin Dan Mukhriz Dipecat Dari UMNO



Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini memutuskan untuk memecat timbalan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Mahathir daripada parti itu.

Pengumuman pemecatan itu dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku presiden Umno yang berkata keputusan berkenaan dicapai sebulat suara.

Katanya, tindakan kedua-dua mereka berkempen bagi pihak pembangkang sehingga menjejaskan parti, begitu dikesali dan satu perbuatan tidak bertanggungjawab.

"MT ambil keputusan sebulat suara memecat Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz atas pelanggaran disiplin, lebih-lebih lagi berada atas pentas bersama pemimpin pembangkang serta serang pimpinan dan parti... itu satu kesalahan besar," beliau dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

Muhyiddin menjadi timbalan presiden Umno kedua yang dipecat selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

MT Umno hari ini juga memutuskan untuk menggantungkan keahlian naib presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal sehingga Jawatankuasa Disiplin Umno menyiapkan laporan.

Turut sama pada sidang media, Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ketua Penerangan, Tan Sri Annuar Musa; Bendahari Umno, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzalah; serta ketua sayap, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khairy Jamaluddin.



Read More...

Prof Izzi Meninggal Dunia



Pakar motivasi terkenal Profesor Madya Md Izuddin Ali atau lebih dikenali sebagai Prof. Izzi telah kembali ke rahmatullah pada 12.45 tengah hari tadi.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia akibat menghidap strok.

Berita duka ini dimaklumkan oleh anak saudaranya menerusi laman akaun Twitter, Fadednv.

Fadednv turut meminta orang ramai sedekahkan Al-Fatihah kepada allahyarham.

Menerusi semakan Mynewshub di laman Twitter Prof Izzi. allahyarham ada memuat naik gambar melawat jenazah meninggal dunia pada hari pertama Ramadhan, iaitu 6 Jun lalu.

Menerusi kapsyen gambar tersebut, Prof. Izzi turut menulis “walau ramadhan akan ditempuhi, belum tentu melaluinya’ sekali gus memberi makna yang cukup mendalam.

Selain itu, Prof. Izzi turut berkongsi pesanan seorang ustaz pada 11 Jun lalu yang berbunyi “Tika Abu Talib nak mati, kiri kanan ada Abu Lahab & Abu Jahal serta di kaki ada Abu Sufian. Nabi SAW di kepala suruh beriman kepada Allah tapi dia enggan kerana lebih ikut kata-kata TIGA ABU ITU.. matilah dia dlm kafir… Moga kita tak tergolong orang seperti ni.

Allahyarham suatu ketika dahulu sangat popular dengan tagline ‘renung-renungkan dan selamat beramal’ dan sering muncul menerusi radio Hot FM.

Selain itu, Allahyarham juga merupakan seorang pensyarah Matematik di Universiti Teknologi Mara (UiTM). 

- mynewshub




Read More...

Mufti Pahang: DAP Kafir Harbi




Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata belau tidak merujuk istilah kafir harbi kepada DAP semata-mata, tetapi semua pihak yang menentang Islam.

"Secara umum begitu (DAP kafir harbi), (tetapi) bukan DAP sahaja. Sesiapa sahaja...

“Istilahnya menentang, kalau tak menentang bukanlah (kafir harbi)," katanya ketika diminta mengesahkan laporan Utusan Malaysia yang memetiknya hari ini.

Diminta mengesahkan sekali lagi, beliau (gambar) berkata:

"Selagi mana dia (DAP) menentang, begitulah," katanya ringkas ketika dihubungiMalaysiakini.

Beliau enggan mengulas lanjut kerana sedang dalam perjalanan ke suatu tempat.

Memetik Abdul Rahman,Utusan melaporkannya berkata, DAP yang menentang hukum Islam dan mahu menubuhkan negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi dan wajib ditentang umat Islam.

Abdul Rahman turut dipetik sebagai berkata, haram dan berdosa besar bagi umat Islam bersekongkol dengan DAP.

Beliau merujuk kepada penentangan DAP terhadap Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016 yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pandangan itu ditolak seorang sarjana Dr Maszlee Malik yang berpendapat ia boleh mengundang pertumpahan darah, membuka pintu keganasan dan menyokong wacana pengganas IS.

Katanya, dalam Islam, istilah kafir harbi memberi kesan besar kerana ia membolehkan seseorang itu dibunuh.

- mkini




Read More...

Dr M bertegas tiada masalah dengan Anwar sekarang, tapi...



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertegaskan bahawa beliau tidak ada sebarang masalah dengan mantan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang.

Ini di tengah-tengah desakan supaya beliau menyokong tuntutan pembebasan Anwar dari penjara Sungai Buloh sebagai sebahagian daripada gerakan Deklarasi Rakyat.

Bagaimanapun dalam temu bual dalam program hal ehwal semasa Al Jazeera 'UpFront', Mahathir berkata beliau tidak menyesal memecat Anwar sebagai timbalannya pada 1998.

"Saya tidak ada kuasa untuk mengarah sesiapa dibebaskan... Saya tidak ada masalah denganya sekarang. Itu dulu," kata Dr Mahathir dalam temubual yang akan disiarkan lewat malam ini.

"Pemenjaraannya sekarang bukan kerana saya, ia kerana Najib," katanya, merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir memecat Anwar pada 1998 sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran, yang mencetuskan gerakan Reformasi yang diikuti dengan pemenjaraan pertama Anwar atas tuduhan penyalahgunaan kuasa.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas beliau disabitkan pada 10 Februari 2015, berhubung tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam temubual itu, Mahathir turut mengulas mengenai masa depan politiknya sendiri, selepas keluar Umno dan menerajui desakan supaya Najib berundur.

Ditanya sama ada beliau mungkin mempertimbang kembali ke pangkuan Umno, Mahathir berkata beliau tidak menolak sebarang kemungkinan dan apa sahaja boleh berlaku.



Read More...

Polis Tangkap Sanjeevan, Pengerusi MyWatch



Polis mengesahkan Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R. Sri Sanjeevan dan pemandunya, seorang lelaki warga India, ditahan kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut berdekatan Plaza Tol Nilai, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, tangkapan dibuat susulan laporan polis oleh seorang pengadu bahawa suspek mengugut untuk menyiarkan fitnah mengenainya melalui laman sosial Facebook.

"Suspek ditahan pada pukul 10 malam tadi bersama pemandunya selepas menerima wang pelindungan sebanyak RM25,000 daripada pengadu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya polis turut dirampas sebuah kereta jenis Toyota Vellfire, wang tunai RM41,080 dan lima unit telefon bimbit pelbagai jenama.

"Saya menyeru mana-mana pihak yang pernah diugut oleh suspek, tampil bagi membantu siasatan," katanya.

Sementara itu, di Mahkamah Khas Seremban, polis hari ini telah mendapat perintah tahan reman selama dua hari terhadap pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) itu.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Seremban, Nor Anida Norhamdan.

Dalam pada itu, menurut laporan portal berita, Sanjeevan, 32, yang tinggal di Country Heights, Kajang, ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, sebaik menerima wang perlindungan RM25,000 daripada pengadu, seorang pengusaha perjudian haram berusia 38 tahun.

Menurut laporan itu, dalam tangkapan pukul 10.50 malam itu, polis turut menemui wang tunai RM16,080 dalam kereta suspek.

- Bernama




Read More...

Thursday, 23 June 2016

IS Beri Polis Amaran, Bukit Aman Tak Lagi Akan Aman



"Kepada mereka yang berada di bukit-bukit yang aman, ketahuilah kalian tidak lagi akan aman sebentar lagi.

“Kami akan pulang untuk menyerang kalian ataupun sahabat-sahabat kami yang berada di sana, insya-Allah akan memenggal leher-leher kalian.”

Demikian amaran dari video propaganda rangkaian pengganas Negara Islam (IS) yang dikeluarkan Selasa lalu yang memaparkan seorang rakyat Malaysia yang sedang berperang di Syria.

Video itu memaparkannya bersama-sama dengan dua askar IS yang memenggal kepala tiga tawanan mereka.

Ketua Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberitahu New Straits Times lelaki itu telah dikenal pasti sebagai Mohd Rafi Udin dari Negeri Sembilan.

Dalam video itu, Rafi menggesa penyokong IS untuk menggunakan apa cara sekalipun untuk membunuh orang-orang kafir.

"Bunuhlah mereka di mana sahaja kalian ketemu mereka... Kalian punyai kenderaan langgarlah mereka...

"Kalian punyai senjata atau pisau kecil, tikamlah dada-dada mereka," katanya, sambil menambah bahawa dia dan rakan-rakannya di Syria akan memberi mereka sokongan dari jauh.

Sementara itu, Ayob berkata bahagiannya sedang menyiasat dua serangan yang dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas berkenaan.

Katanya, serangan itu termasuk kes seorang pelajar berusia 16 tahun di Kedah, yang bersenjatakan pisau 27cm dan pistol palsu, dan menjadikan seorang pembantu jualan berusia 27 tahun sebagai sasarannya.

"Budak itu telah menerima arahan daripada seorang anggota kanan IS rakyat Malaysia untuk melakukan serangan... jadi dia mengambil pisau dan cuba untuk membunuh perempuan itu hanya kerana dia seorang bukan Islam.

"Kami juga menahan seorang suspek dengan dua pisau Rambo di stesen LRT di Jalan Jelatek," katanya.

Ayob berkata penyerang sekarang biasanya menggunakan senjata tradisional dan bukannya senjata atau bom kerana ia lebih mudah dan sukar dikesan.

- malaysiakini.com



Read More...

Baki Wang Tebusan RM3.2 Juta Di Kongsi Pegawai Malaysia..Perbuatan Memalukan Negara



Filipina menuduh pegawai-pegawai Malaysia telah berkongsi baki wang tebusan berjumlah RM3.2 juta. Jika ini benar maka perbuatan ini amat memalukan negara dan siasatan yang telus perlu dilakukan. Tuduhan Filipina ini ada asasnya, tidak mungkin wang RM3.2 juta hilang di makan HANTU POLONG.

Zahid Hamidi menteri bertanggungjawab perlu menyiasat perkara ini dan membawa pegawai-pegawai yang memalukan negara ini di bawa ke muka pengadilan.

Laporan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya tampil menyiasat laporan dari Manila bahawa sebahagian daripada dana yang dikutip oleh ahli keluarga yang menjadi tebusan Abu Sayyaf tidak disampaikan kepada kumpulan militan itu.

Ini susulan akhbar Manila Times yang memetik sumber tidak dinamakan sebagai berkata bahawa hanya RM8.8 juta sampai ke Abu Sayyaf, walaupun keluarga berkenaan mengutip RM12 juta untuk membebaskan empat rakyat Sarawak itu.

Kerajaan Malaysia, bagaimanapun berkata, wang RM12 juta itu disalurkan kepada badan Islam tertentu yang sah di Filipina dan bukannya sebagai wang tebusan.

"Adakah dakwaan ini (Manila Times) benar? DAP mahu siasatan menyeluruh berhubung ke mana baki RM3.2 juta itu berada.

"Setiap rakyat Malaysia, terutamanya keluarga tebusan, ingin tahu jawapannya," kata Setiausaha DAP Sabah Phoong Jin Zhe dalam satu kenyataan.

"Jika dakwaan ini adalah benar, tindakan perlu diambil ke atas pegawai yang didakwa mengambil wang itu. Tindakan ini mesti dikutuk sekeras-kerasnya," katanya.

Menurut Manila Times, sumber mendakwa wang RM3.2 juta itu dikongsi bersama oleh anggota dan pegawai Malaysia dan Filipina yang terlibat dalam kes tersebut.

Minggu lalu, keluarga tebusan berkata mereka berjaya mengumpulkan RM12 juta melalui jualan aset dan sumbangan orang ramai bagi membebaskan empat kelasi yang dikurung selama 67 hari itu.

Mereka mendakwa wang diserahkan kepada pegawai Cawangan Khas bagi tujuan membebaskan tebusan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun menafikannya, manakala Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tidak ada wang tebusan yang dibayar.

Khalid juga berkata tidak akan ada inkuiri bagi menyiasat wang RM12 juta itu kerana pihaknya menyedari ke mana ia disalurkan.

Jumaat lalu, beliau berkata wang tebusan itu dipercayai diserahkan oleh keluarga mangsa sendiri kepada pihak ketiga dan keluarga mangsa banyak berurusan dengan ejen-ejen atau pihak ketiga dari Filipina yang dikatakan boleh membebaskan mangsa.

Keempat-empat mangsa culik itu ialah adik-beradik Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chii, 29, sepupu mereka Johnny Lau Jung Hien, 31, dan anak kapal bot tunda, Wong Hung Sing, 32.

Dipetik Dari Sini



Read More...

Wednesday, 22 June 2016

Pelancong Cedera Diserang 50 Pemandu Teksi Di KL Sentral



Kuala Lumpur, 22 Jun: Seorang pelancong wanita cedera selepas lebih 50 pemandu teksi menyerang kereta Uber yang dinaiki olehnya dalam kejadian di KL Sentral kelmarin.

Laporan dari China Press menyebut, dalam kejadian yang berlaku pagi Isnin itu, pasangan kekasih dari Iran itu baru sahaja tiba di Malaysia dan menggunakan perkhidmatan Uber.

Difahamkan, lebih 50 pemandu yang 'bersembunyi' di KL Sentral bertindak menyerang pasangan terbabit sebaik mereka memasuki kereta Uber tersebut.

Pasangan dan pemandu Uber itu ditarik keluar dari kereta sebelum kumpulan suspek itu dikatakan menggunakan batu untuk memecahkan tingkap kereta.

Laporan menyebut, pelancong wanita itu cedera dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat manakala pemandu Uber itu pula membuat laporan di balai polis.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Nazri Hussain yang dipetik akhbar berbahasa Cina itu sebagai berkata, kes itu yang dikategorikan sebagai jenayah telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah untuk disiasat.



Read More...

Din Ayam Kata KWSP Haram Dan Zalim



PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Zaharuddin Muhammad mempertikaikan peraturan mewajibkan majikan dan pekerja menyumbang ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sambil mendakwa ia sistem yang zalim dan haram di sisi Islam.

Beliau membuat perbandingan caruman KWSP dengan perbuatan merompak di mana perompak menjadi wang rompak sebagai modal membeli barang sebelum “barang itu dijual semula kepada kita”.

“Waktu dia beli barang tu dia guna kontrak patuh syariah. Tapi waktu dia paksa kita bayar, waktu dia beli barang, waktu wang itu diberikan kepada siapa untuk dijadikan modal, untuk meniaga apa, semuanya tanpa izin kita, hatta bila dia nak bagi balik duit yang dia rompak pun pun tanpa restu kita.

“Ini bahagian besar KWSP yang tidak patuh syariah,” tulis Zaharuddin, yang juga merupakan menantu kepada presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam coretan di Facebook.

Isnin lalu, KWSP mengumumkan akaun patuh syariah, di mana ahli boleh memilih berpindah daripada akaun sedia ada kepada akaun “Simpanan Syariah” mulai Ogos ini.

Dana simpanan persaraan itu berkata kadar dividen Simpanan Syariah berdasarkan prestasi portfolio patuh syariah dengan tiada jaminan kadar dividen.

Menurutnya, lebih 45% atau RM295 bilion daripada jumlah aset pelaburanya adalah patuh syariah.

Zaharuddin mengalu-alukan langkah KWSP itu dan berkata umat Islam wajib berpindah kepada akaun patuh syariah, tetapi mendakwa sistem KWSP itu sendiri bercanggah dengan Islam kerana ia umpama cukai yang dipaksa.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan penjelasan lanjut, sekadar berkata: “Insyallah anda akan faham bagaimana KWSP boleh meranapkan ekonomi rakyat bawahan seterusnya menjerumuskan kita dalam hutang dalam siri penerangan saya akan datang,” tulisnya.

KWSP, dengan keahlian hampir 15 juta, ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 bagi menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan cekap.

Undang-undang mewajibkan potongan gaji pekerja sebanyak 11% setiap bulan, manakala majikan diwajibkan mencarum 13% daripada gaji pekerja.

Dana itu memberikan dividen tahunan kepada ahli melalui keuntungan pelaburan. Sejak 2011, ia mengumumkan dividen melebihi 6%, dengan keuntungan kasar RM44.23 bilion dicatatkan pada 2015.

- fmt




Read More...

Azalina Datang Jumpa Mahu Saya Terangkan Isu 1MDB – Rafizi



PETALING JAYA : Datuk Seri Azalina Othman Said menunjukkan wajah berbeza berhubung isu 1MDB sebelum dan selepas menjadi menteri, dakwa Setiausaha Agung PKR.

Rafizi Ramli melalui catatan di Facebook mendedahkan Azalina sebelum menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri datang berjumpa dengannya di Parlimen berhubung perkara itu.

Menurutnya lagi, Azalina bertanyakan sama ada mempunyai kelapangan untuk menerangkan isu 1MDB kepadanya kerana beliau “sangat bimbang”.

“Saya tidak pernah sambut permintaan itu. Lepas itu terus beliau dilantik menteri.

“Sejak itu 1MDB bau harum dan segar di mata beliau berdasarkan tindak-tanduk beliau selepas menjadi menteri,” tulis Rafizi.

Terdahulu, Azalina menyelar tindakan Rafizi Ramli yang mendakwa kemenangan BN dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar Sabtu lalu akibat dua ‘penyakit’ rakyat iaitu sentimen perkauman atau keagamaan, dan kebendaan.

Sepanjang kempen pilihan raya, pembangkang membawa isu 1MDB untuk menarik sokongan rakyat sebagai referendum terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Rafizi terdesak dan tidak dapat menerima kekalahan pembangkang dalam kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar sehingga sanggup menyalahkan pengundi,” kata Azalina lapor Umno Online.

Menyentuh isu peralihan sokongan pengundi, Rafizi mengulangi pendirian bahawa PKR dan Pakatan Harapan perlu memahami punca pengundi kembali menyokong BN.

Beliau bertegas bahawa peralihan sokongan itu berpunca daripada dua ‘penyakit’ yang dinyatakan sebelum ini.

Namun dalam laporan FMT sebelum ini, tinjauan mendapati pengundi lebih cenderung kepada isu sara hidup dan setempat, manakala penganalisis politik pula menuding pada pertarungan tiga penjuru sebagai penyumbang utama kemenangan BN.

- FMT




Read More...

Tuesday, 21 June 2016

Isu RM12 Juta Wang Tebusan - Perlukah Abu Sayyaf Buat Surat Sumpah Kata Terima Kurang RM3.2 Juta ?



Seperti yang diduga, isu wang RM12 juta wang tebusan Abu Sayyaf memang menarik. Sebelum ini cerita tergantung selepas Zahid kata duit itu diberikan kepada badan 'agama' di Filipina bagi tujuan kebajikan. Duit itu tidak dibayar sebagai wang tebusan kerana kerajaan tidak iktiraf peras ugut sebegitu. ( KLiK )

Pagi semalam, KBAB cuba menutup kes ini dari berpanjangan dengan kenyataannya -

"Pasal apa pula kita nak buat inkuiri, saya dah jelaskan apa jadi dengan duit itu.

"Tak ada sebab untuk kita buat apa-apa inkuiri kerana kita (polis) tidak terlibat,"

"Saya tak tahu, tapi polis tidak akan menyiasat kerana kita tahu mana pergi duit itu. - Mkini.

Pendek kata, KBAB kata Polis tahu pergerakan wang itu tapi tidak ada keperluan nak siasat lebih lanjut. Kes tutup.

Bunyi macam KBAB menggunakan authoritynya untuk tutup kes supaya kes ini tidak lagi menjadi bualan rakyat. Yalah, kalau pihak yang berkuasa menyiasat kata mereka tidak mahu siasat, rakyat nak kata apa lagi dah ? Sampai sudah kita tidak akan tahu apa yang sebenarnya berlaku kepada duit itu.

Zahid pula tidak akan dedahkan nama badan amal yang terima duit itu ..... kononnya.

So ...... ke mana kita ? Takkan wartawan pula nak pi tanya Abu Sayyaf apakah benar mereka lepaskan rakyat Malaysia yang diculik itu tanpa sebarang pembayaran wang tebusan ! Tak pasal2 wartawan pula kena culik hahahaha ...

Rupa2nya perkembangan paling menarik, yang tidak disangka2 berlaku malam sebelumnya iaitu pada 19 Jun jam 9:30 malam ( mengikut waktu artikel dikeluarkan )



Ada dilapor oleh Mkini tengahari semalam - Abu Sayyaf hanya terima wang tebusan RM8.8 juta ?

Kumpulan militan, Abu Sayyaf didakwa hanya menerima hanya P100 juta atau RM8.8 juta sahaja sebagai bayaran tebusan bagi membebaskan empat mangsa culik dari Sarawak, walaupun laporan sebelum ini menyebut sebanyak P130 juta (RM12 juta) akan dibayar sebagai wang tebusan, lapor Manila Times, semalam.

Pulak dah ..... Penculik pula keluarkan kenyataan beritahu jumlah yang mereka terima sebagai wang tebusan ! Hahahahaha ......

Ayat dari Manila Times ini pasti buat Zahid tak lena tidur -

According to two highly placed senior Philippine government officials, the payment of ransom was confirmed by Malaysian Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi.


Tapi Zahid cakap tidak ada wang tebusan diberikan ? Wang yang asalnya diniatkan sebagai tebusan telah ditukar status oleh pihak tertentu kepada wang derma. Ia tidak dibayar atau diderma kepada Abu Sayyaf tapi kepada badan amal di Filipina.

Kemudian pengakuan dari pihak penculik pula kata jumlah yang mereka terima kurang RM3.2 juta !

Fuuuuh .... menarik ni ! Kalau SPRM nak siasat, apakah pegawai SPRM kena interview Abu Sayyaf dan apakah mungkin wakil Abu Sayyaf akan dipanggil jadi saksi di mahkamah jika ada kes untuk didakwa ?

Apakah Zahid berani tuduh kumpulan Abu Sayyaf menipu ?

Oya, apakah KBAB tahu mengenai pendedahan dari Abu Sayyaf ini sebelum keluarkan kenyataan pagi semalam ?

Berita ini tambah membebankan Zahid nak menjawab .... atau nak pertahankan kenyataan awalnya. Bukan rakyat Malaysia je yang tertanya2, kini kumpulan Abu Sayyaf pun ikut sama tertanya2 ! Kemana perginya baki RM3.2 juta wang tebusan yang diserahkan oleh wakil keluarga yang diculik ?



Media cuma melaporkan saja kenyataan2 yang dikeluarkan. Contohnya artikel ini, dari awal kita petik kenyataan2 yang dikeluarkan untuk dijadikan satu artikel. Apakah melalui kenyataan mereka telah menimbulkan kesedaran kepada pembaca ? Kesedaran apa ?

Ada atau tidak ada wang tebusan dibayar ? Jika ada, berapa banyak ? Benarkah dakwaan pihak penculik ( erk! ) yang mereka terima cuma RM8.8 juta saja , yakni kurang RM3.2 juta dari jumlah yang diserahkan oleh keluarga mangsa ?

Errr .... pihak Abu Sayyaf tak nak buat Surat Sumpah ke ?

Kita nantikan episod seterusnya .....

PS - Nasihat saya kepada Zahid sama saja seperti sebelum ini - Ikut cara Najib kalau ada benda yang nak disorokkan iaitu OSAkan kes ini !

Copy Paste Dari - http://dinturtleoriginal.blogspot..my/

Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP