Tuesday, 31 May 2016

PAS Akan 'Rampas' Kembali Semua Kerusi Yang 'Dipinjamkan' Kepada Pakatan Rakyat



PAS mahukan kembali kerusi-kerusi yang 'dipinjamkan' kepada sekutu pembangkang seperti PKR dan DAP semasa pilihan raya umum yang lepas.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata pengalaman lalu ketika PAS masih bekerjasama dalam pakatan pembangkang harus dijadikan pengajaran agar anggota PAS tidak lagi dijadikan 'kuda tunggangan' parti-parti lain.

"Cukuplah pengalaman lalu menjadi pengajaran, di mana tenaga anggota kita yang ikhlas dan patuh pada arahan pimpinan 'dipergunakan' oleh rakan-rakan demi mencapai kemenangan, kemudian 'ditinggalkan' begitu sahaja.

"Justeru sekiranya pimpinan parti mengambil satu langkah berani untuk bertanding di kerusi yang selama ini 'dipinjamkan' kepada PKR dan DAP dalam PRU yang lepas, kami Pemuda PAS memberikan ikrar dan janji, akan mengambil seribu satu langkah bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PAS," katanya.

Nik Mohamad Abduh yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas berkata demikian ketika berucap pada Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-57 yang dirasmikan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di sini hari ini.

Beliau berkata Pemuda PAS berharap agar pimpinan tertinggi parti mengkaji semula agihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi PAS dalam PRU14 akan datang.

Nik Mohamad Abduh juga menggesa seluruh Pemuda PAS mempertahankan gagasan kepimpinan ulama yang telah dirintis oleh pimpinan terdahulu.

"Gagasan ini bukanlah gagasan yang bermusim, ia merupakan tunjang yang menjaga dasar perjuangan PAS selama ini dan menentukan hala tuju serta prospek masa depan PAS.

"Kepimpinan PAS adalah DNA yang menjadikan PAS sebuah gerakan Islam yang unik dan istimewa dibandingkan gerakan Islam yang lain pada mata para pengkaji hari ini," katanya lapor AstroAwani









Read More...

Polis Cekup 'Minah Pendek' Hina TMJ Di Tengah Laut



Walaupun Tunku Mahkota Johor meminta polis tidak menahan pengkritiknya, pasukan keselamatan hari ini bagaimanapun menangkap seorang lagi suspek menghina beliau.

Tangkapan itu dibuat di atas bot nelayan di tengah laut di Perairan Tenggara, Pulau Tioman.

Menurut Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmudin Mohd, suspek ditahan susulan penghantaran mesej jelik di Facebook yang bertujuan menghina dan menyakitkan hati TMJ, sultan dan rakyat Johor.

“Suspek didapati telah memuat naik penghantaran mesej pendek tersebut dalam akaun Facebook atas nama Minah Pendek. Sebanyak dua kertas siasatan dibuka,” katanya.


Siasatan dijalankan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidaklebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun, atau kedua-duanya.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim kelmarin meminta polis tidak menahan individu yang membuat kenyataan menghina beliau.

Tunku Ismail berkata, beliau lebih suka jika pihak berkuasa dapat menganjurkan pertemuan antara beliau dengan individu berkaitan, bagi memberi peluang mereka menyuarakan pandangan.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu selepas tangkapan penyokong pasukan bola sepak Pahang, Masyhur Abdullah atau dikenali sebagai "Keluang Man", yang didakwa menghina Tunku Ismail.

TMJ adalah pemilik pasukan bola Johor JDT.

Dalam kenyataan hari ini, Ahmad berkata, tangkapan lelaki 46 tahun itu dibuat lebih kurang jam 11 pagi ini dan akan membuat permohonan reman di Johor Bahru esok.

Polis juga, katanya, merampas dua unit telefon bimbit dan kad sim.

“Polis juga ingin menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan laman sosial tanpa berfikir panjang atau bersedia menghadapi tindakan tegas pihak polis Johor.

“Polis Johor akan mengambil tindakan mengesan dan memburu pesalah-pesalah ini habis-habisanm tidak kira di mana mereka berada sehingga pesalah-pesalah didakwa,” katanya.








Read More...

Kepala Sangkut Dalam Mesin Basuh



Hajat nak baiki mesin basuh semi auto yang rosak berakhir dengan kepala seorang lelaki tersangkut di dalam ruangan pengering pakaian. 

Difahamkan, mangsa cuba melihat ke dalam untuk memeriksa punca kerosakan mesin itu, namun gagal mengeluarkan kepalanya. 

Lapor NetEase, ketika mangsa membuat pemeriksaan mesin tersebut, mesin tersebut belum ditutup suisnya. Mujur rakan serumah menyedari kejadian itu, lalu bertindak menutup suis dan cuba mengeluarkan kepala mangsa namun gagal.

Setelah puas bergelak ketawa akan kejadian yang menimpan rakan serumah mereka itu, lalu mereka menghubungi pihak bomba untuk menyelamatkan mangsa. 

Bomba tiba di lokasi kejadian cuba mengeluarkan kepala mangsa, namun gagal. Setelah mengambil kira keselamatan mangsa, bomba mengambil keputusan untuk membaraikan mesin basuh itu. 

Mangsa akhirnya berjaya diselamatkan.



- PIXEL MEDIA




Read More...

Anak Tiri Najib Dikesan Berada Di Kuala Lumpur

Penerbit Hollywood anak tiri PM hadir acara PERMATA



Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak – Riza Aziz – yang syarikatnya menerbitkan filem Hollywood The Wolf of Wall Street dikesan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pagi ini.

Riza hadir dalam sidang antarabangsa PERMATA. Ibu beliau, Rosmah Mansor, yang juga isteri perdana menteri ialah penaung program pendidikan awal kanak-kanak itu.

Riza kini sedang menjadi perhatian antarabangsa susulan kontroversi melandanya baru-baru ini.

Pemberita bagaimanapun tidak berjaya mendapat ulasannya kerana Riza meninggalkan majlis lebih awal ketika perdana menteri sedang berucap.

Media antarabangsa, termasuk harian kewangan terkenal The Wall Street Journal, sebelum ini mengupas kemunculan mengejut Riza ke persada Hollywood dengan filem yang dicalonkan untuk Anugerah Oscar.

Ia membangkitkan persoalan berhubung sumber dana bekas akauntan itu.

WSJ mendakwa penyiasat di dua negara percaya AS$155 juta daripada syarikat sarat hutang 1MDB berakhir di Red Granite Pictures pada 2012 melalui aliran rumit termasuk melibatkan syarikat puar pesisir.

Red Granite Pictures bagaimanapun menegaskan dananya berpunca daripada sumber yang sah.

Riza juga dilapor memperoleh harta tanah mewah AS$33.5 juta di New York dan AS$17.5 juta di Los Angelas, Amerika Syarikat.

Sidang PERMATA hari ini, yang dirasmikan Najib, turut dihadiri oleh anaknya Nooryana Najwa Najib dan menantu Daniyar Nazarbayev.

- mkini





Read More...

Bung Moktar Sindir Ahli Politik Malaysia

Jadi Seperti Putin, Isi Petrol Sendiri - Bung



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin berkata semua pemimpin di negara ini perlu mencontohi Presiden Rusia Vladimir Putin dalam melaksanakan tugas mudah seperti mengepam petrol dengan sendiri.

Bung memuat naik sekeping gambar yang memaparkan Putin sedang mengisi petrol untuk keretanya dengan ayat berbunyi: "Lihat lelaki ini, bolehkah semua VVIP kita melakukan apa yang dilakukan presiden Rusia ini?"

"Pemimpin kita perlu melakukan kerja mudah supaya rakyat akan menyenangi anda," kata Bung ketika dihubungi The Star pada Isnin.

Beliau berkata pemimpin harus dilihat melakukan tugas harian dengan sendiri sama seperti individu biasa.

"Saya mengisi petrol dengan sendiri sejak sekian lama terutama apabila saya berada di kawasan saya (Kinabatangan) dan berjalan di kampung.

"Saya seperti kebanyakan orang biasa," katanya.


Read More...

TMJ Dedah Rancangan 'Orang-Orang Besar' Lagakan Rakyat



Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa terdapat usaha di laman sosial untuk melaga-lagakan rakyat bagi mengalihkan perhatian terhadap isu-isu lebih besar dalam negara.

Dakwanya, ia dilaksanakan oleh sesetengah “organisasi yang mempunyai kuasa” dengan mengupah aktiviti itu supaya rakyat sibuk dengan hal lain dan “misi” mereka tidak disedari.

“Rakyat kena pandai menilai sendiri,” katanya.

Beliau mendedahkan, kedudukan beliau membolehkannya melihat dan mendengar dengan mata dan telinga sendiri berhubung rancangan “orang-orang besar” dan organisasi yang tidak akan dapat diketahui rakyat.

“Sebagai contoh, saya pernah mempersoalkan kepada seseorang individu (tidak menyebut nama individu tersebut) kenapa kita tidak boleh meningkatkan lagi taraf pelajaran, beliau menyatakan kepada saya kerana ada dua fakta.

“Fakta pertama adalah untuk mendapatkan undi dan yang kedua adalah lebih mudah untuk mengawal pemikiran orang yang bodoh dan tanpa berpelajaran,” katanya dalam wawancara disiarkan di Facebook pasukan bola sepak negeri.

Beliau berkata demikian ketika berkata ditanya berkaitan media yang membesar-besarkan cerita individu yang didakwa menghina beliau di Internet, bagi menghangatkan suasana.

Menjawab soalan itu, TMJ berkata beliau tidak peduli apa orang kata dan tiada masa melayan pihak sebegitu.


Read More...

Monday, 30 May 2016

Saya Akan Saman Malu! – ADUN Kedah



RIKUTAN tersebarnya video viral mendakwa Datuk Azmi Che Hussain menumbuk sepasang kekasih di hadapan pusat beli belah di Alor Setar 15 Mei lalu, beliau hari ini tampil membuat kenyataan akan menyaman malu pihak yang memfitnahnya.

Beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, akan mengambil tindakan terutamanya kepada pihak yang cuba memfitnah dirinya telah memukul seorang wanita dalam insiden tersebut.

“Saya akan ambil tindakan saman malu kerana ada cubaan menjatuhkan reputasi saya. Saya juga akan buat laporan kepada pihak berwajib.

“Ini selepas menerima pandangan peguam agar tindakan diambil kepada mereka yang terlibat memburuk-burukkan keadaan tidak benar di laman media sosial.

“Fitnah dan viral itu boleh menjejaskan reputasi saya sebagai timbalan speaker dan Adun, malah menjatuhkan maruah keluarga saya,” katanya seperti yang dipetik daripada sebuah portal berita arus perdana.

Beliau yang juga ADUN Bayu turut bersimpati dengan wanita yang terlibat dalam kejadian itu kerana dilayan buruk oleh teman lelakinya sendiri.

“Saya lihat apa yang berlaku kepada wanita itu. Masa dia dikasari, saya ada tegur sikap lelaki tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, portal Sinar Harianmelaporkan dua individu tampil menjadi saksi kejadian memberi keterangan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, malam kelmarin.

Azamuddin Mansor, 18, dari Kepala Batas, berkata, wanita berkenaan ditarik kasar sebelum ditolak masuk di tempat duduk belakang kereta.

Menurutnya, perkara itu berlaku selepas wanita tersebut cuba menenteramkan lelaki berkenaan daripada meneruskan pergaduhan.

“Saya hanya sedar kejadian ketika wanita berkenaan menarik lelaki itu supaya tidak teruskan pergaduhan. Kemudian Datuk (Azmi) dan anak-anaknya menuju ke kenderaan mereka semula.

“Tetapi lelaki itu menarik teman wanitanya dengan kasar dan menolak dia ke dalam kereta di tempat duduk belakang. Selepas itu dua orang awam dilihat menghampiri lelaki itu untuk meredakan keadaan,” katanya.

Azamuddin berkata, dia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa selepas menyedari ramai pengguna media sosial bertindak membuat tuduhan melulu biarpun tidak mengetahui kejadian sebenar.

Seorang lagi saksi, Siti Hajar Azmi, 25, berkata, insiden berkenaan bukan hanya berlaku dalam tempoh 33 saat seperti yang dirakam.

“Ia berlaku lebih panjang dari itu. Waktu kejadian saya ada di seberang jalan. Apa yang saya nampak lelaki berkenaan bertindak kasar kepada wanita itu apabila menarik dan menolaknya masuk dalam kereta. Sikap lelaki itu memang kasar, wanita itu hanya mahu leraikan keadaan,” katanya. -MYNEWSHUB.CC




Read More...

Gara-Gara Muatnaik Foto Makan Durian Di KLIA Dato Aliff Syukri Dikutuk



SEPANG - Gara-gara memuat naik gambar makan durian bersama ahli keluarganya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Datuk Aliff Syukri dikecam di media sosial. 

Gambar yang dimuat naik dengan kapsyen:

"Sebelum terbang di Auckland Swezeland, kami sekeluarga lepaskan gian makan durian musang king dulu di KLIA. Maklumlah kami orang kampung memang stail begini. Nasib baik tak kena tegur dengan pegawai KLIA. Korang pernah macam ini juga ke??" katanya. 

Tindakan Usahawan jutawan itu dikecam hebat oleh netizen di media sosial. 

"Umum tahu durian itu kuat baunya. Dah kenapa makan di KLIA yang sah-sah tempat terlarang makan durian? 

"Orang kampung makan durian, takde pun nak rakam gambar bagai tunjuk kat orang diri itu kekampungan. Ini nak berkongsi kononnya diri itu humble atau riak nak menunjuk-nunjuk? Inilah penyakit pengguna media sosial zaman sekarang," kata Siti Halwa. 

"Durian baunya kuat, kena jaga sensitiviti, lebih-lebih lagi di international airport. Lagi ramai yang tak boleh hidu bau durian. Sivik perlu dijaga, sensitiviti orang lain juga perlu dijaga.

"Masa kaum lain bawa anjing masuk hypermarket, tahu pula bising pasal sensitiviti. Kita di Malaysia bukan hanya satu kaum sahaja. Tolonglah," kata Deli Shariffuddin. 

"Aku tahulah dia kaya dan banyak harta. Tetapi perlu ke nak makan durian di airport? Apa motif dia? Nak tunjuk dia low profile ke? Serius aku tak jeles, tetapi aku hairan," kata Norshaz Zainudin.

Menyedari dirinya dikecam di media sosial, Datuk Aliff Syukri tampil membuat permohonan maaf. 

"Saya mohon maaf kalau salah saya," katanya ringkas.  - PIXEL MEDIA




Read More...

Rang Undand-Undang Hudud: Kecoh Bila Hadi Dituduh Baca Ikut Skrip












Read More...

Surat Terbuka Mahasiswa Kepada Pemimpin Pembangkang Malaysia Yang Tamak



Surat mahasiswa kepada pemimpin pembangkang yang tamak
Kehadapan Yang Berbahagia:

1) Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, A-1-09, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
2) Pemangku Pengerusi Kebangsaan, Parti Tindakan Demokratik (DAP) Ibu Pejabat Kebangsaan, Jalan Yew (off Jalan Pudu), 55100 Kuala Lumpur.
3) Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Wisma Amanah Negara, Unit No. 73-1, Tingkat 1, Jalan Seri Utara 1, Sri Utara, Off Jalan Ipoh, 68100 Kuala Lumpur.
4) Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) Pejabat Agung PAS Pusat, No. 318-A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Sesungguhnya saya menulis surat ini buat kesemua presiden-presiden komponen parti pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP, AMANAH dan PAS yang menjadi tunggak harapan rakyat bagi menggantikan kerajaan sedia ada Barisan Nasional (BN) yang kian bobrok dibawah YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak itu.

Saya dengan ini menginsafi bahawa saya hanyalah seorang daripada jutaan rakyat Malaysia yang terdiri daripada mahasiswa dan anak muda begitu lelah melihat cakaran diantara komponen pembangkang yang tiada langsung keuntungan buat rakyat Malaysia khususnya.

Yang Berbahagia Presiden-Presiden Parti Pembangkang,

Sudah agak lama kiranya komponen blok pembangkang ini mengalami krisis yang tidak ada kesudahan jelas untuk menumpukan kepada masalah rakyat yang kian tertindas ini. Blok pembangkang lebih dilihat mempunyai ego yang tinggi dan hanya mementingkan kepentingan parti sendiri berbanding isu rakyat. Saya boleh nyatakan beberapa kekecewaan anak muda terhadap blok pembangkang ini :

1. Pembangkang gagal untuk mengurus krisis yang melanda sesama mereka bahkan mereka lebih suka mengambil sikap pentingkan diri sendiri berbanding kepentingan rakyat terutamanya PKR dan DAP, PAS dan AMANAH di Sarawak.

Contoh mudah, mahasiswa dan anak muda melihat cara mengurus Pakatan Harapan didalam penentuan kerusi Pilihanraya Negeri Sarawak yang lepas, mengapa masih terdapat pertindihan kerusi sesama blok pembangkang sedangkan kesepakatan telah dijanjikan bersama untuk berhadapan dengan BN tetapi akhirnya cita-cita itu dibakulsampahkan sebegitu rupa demi kepentingan pengaruh dan politik kesemua parti pembangkang. Anda semua telah mengecewakan kami!

2- Pembangkang gagal untuk mengangkat suara anak muda di dalam setiap manifesto yang mereka janjikan. Jika mereka mengatakan anak muda sebagai harapan dan tunggak kepada perubahan, mengapa kepentingan kami diketepikan tanpa sebarang penelitian?

Anak muda mahukan kepentingan kami didengari dan sebahagian daripada penentuan polisi tetapi malangnya kami ibarat tidak begitu wujud dimata kalian wahai parti-parti pembangkang. Anda semua sekali lagi telah mengecewakan kami.

3- Pembangkang gagal untuk bersepakat bersama dalam cita-cita bagi menurunkan YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang korup. Bahkan bergaduh dan teragak-agak sesama sendiri samada untuk bersama dalam Deklarasi Rakyat dibawah Mahathir ataupun tidak.

Mujur Anwar Ibrahim mengeluarkan suratnya, barulah pembangkang ‘meroyan’ seolah-olah kononnya sinar kebenaran baru sahaja terbit. Soalnya, mengapa kalian seolah-olah menunggu surat dari Anwar? Tidakkah kalian boleh bersepakat bersama bagi mengumpul kekuatan menurunkan YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak. Kalian dilihat lemah, sekali lagi telah mengecewakan rakyat.

4- Pembangkang lebih syok untuk memanjangkan pergaduhan bahkan seronok untuk disensasikan buat tatapan rakyat. Mengapa kalian suka bersengketa sesama sendiri dan seperti sengaja menimbulkan kenyataan membawa kepada permusuhan? Aktiviti cabar-mencabar, kutuk-mengutuk, dan caci-maki sesama parti pembangkang hanyalah memberikan gambaran kalian tidak serius untuk memimpin Malaysia bagi menggantikan BN yang sudah tidak dianggap releven lagi kini.

Presiden-Presiden Parti Pembangkang yang dihormati,

Atas nama mahasiswa, anak muda, dan rakyat Malaysia, saya sebahagian suara kecil yang tidak begitu penting ini merayu dan memohon kepada kesemua kalian agar kembali bersepakat bersama melakukan langkah yang konstruktif bagi menghadapi Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang bakal berlaku tidak lama dari sekarang. PRK ini adalah simbol kematangan kalian dalam mengurus dan memberikan harapan kepada keseluruhan rakyat Malaysia sebelum menghadapi PRU 14.

Mahasiswa dan anak muda memberi amaran supaya jangan sekali lagi memberikan peluang kemenangan kepada BN dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar dengan pertindihan kerusi sesama pembangkang baik PKR, DAP, AMANAH dan PAS. Kami sudah jelek dengan sikap kalian yang seperti acuh tidak acuh sahaja dalam menghadapi BN untuk membina sebuah kekuatan dan menghadapi sebuah kemenangan.

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar merupakan aset penting untuk pembangkang miliki kedua kerusi ini bagi memberikan mesej jelas bahawa Najib Razak dan partinya UMNO BN sudah tidak tidak releven lagi dan perlu turun dari terus menjadi Perdana Menteri Malaysia akibat terlalu banyak kebobrokan yang dicipta oleh beliau.

Presiden-Presiden Parti Pembangkang yang dikasihi,

Tidakkah kalian mengetahui, bahawa mahasiswa dan anak muda kini menghadapi ‘Fatigue Syndrom’ yakni sudah letih dan malas untuk mengambil tahu dan bersama-sama dalam segala macam hal yang berlaku di Malaysia ini terutama bab politik?

Sedarlah bahawa ini merupakan petanda bahaya yang memungkinkan penurunan peratusan turun mengundi oleh mahasiswa dan anak muda pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar serta PRU 14 akan datang. Justeru, kalian perlu mewarna sebuah warna-warni harapan buat anak muda Malaysia agar kembali percaya kepada kalian.

Justeru itu, saya mewakili sebahagian daripada mahasiswa, anak muda, dan rakyat Malaysia turut berkongsi aspirasi yang sama menggesa tindakan yang JUJUR dan SERIUS daripada kalian. Prasyarat kepada sebuah kemenangan dan kebangkitan adalah dengan membina sebuah kesatuan demi cita-cita yang ingin digapai.

Ianya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menggantikan BN kepada komponen parti yang konsisten bersama rakyat dan anak muda. Jika harapan ini kalian bakulsampahkan, mahasiswa dan anak muda tidak teragak-agak untuk bertindak sesuatu !

Muhammad Wafiuddin Rosli
Koordinator bersama,
Gerakan Mahasiswa Amarah (GeMA)



Read More...

Sunday, 29 May 2016

Orang Luar Berebut Nak Jadi ‘Bangsa Johor’



JOHOR BAHRU – Segelintir penduduk dari negeri lain dikhabarkan sedang berebut-rebut untuk menukar rujukan angka tengah pada kad pengenalan kepada nombor ’01’ yang menandakan mereka lahir di Johor.

Malah ada sanggup bayar dengan jumlah wang yang tinggi bagi mendapatkan ‘keistimewaan’ itu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kiong.

Beliau berkata, isu tersebut adalah mustahil dilakukan dan pihaknya telah dimaklumkan mengenai kewujudan ‘ejen’ yang meminta bayaran sehingga ribuan ringgit konon untuk perkhidmatan pelik itu.

Namun orang ramai juga diingatkan supaya tidak terpedaya dengan ejen penipuan itu, lapor portal The Star.

Siew Kiong mendedahkan beliau pernah ditanya oleh penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur berhubung kaedah penukaran nombor Mykad mereka kepada angka “01”, namun beliau menegaskan perkara itu mustahil.

“Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk tinggal dan menjalankan perniagaan di Johor. Anda tidak perlu tukar nombor MyKad anda untuk tinggal di negeri ini.”

Ketika ditanya mengapa ada yang sanggup bersusah payah menukar nombor MyKad mereka, beliau percaya ia disebabkan oleh terma “Bangsa Johor” yang digunakan untuk merujuk kepada mereka yang lahir di negeri Johor.

Ia juga mungkin kerana pengenalan konsep “Johor Muafakat” oleh pihak kerajaan negeri Barisan Nasional yang mula menarik ramai orang luar untuk menjadi penduduk Johor.

Selain itu, katanya negeri tersebut juga makmur dengan pembangunan stabil dan rakyat dalam kalangan pelbagai bangsa dapat tinggal bersama secara harmoni. – MYNEWSHUB.CC



Read More...

PRK Kuala Kangsar: BN Gelabah Bila Tahu Calon Tidak Boleh Keluar Kempen



KUALA KANGSAR: Ketidakhadiran calon BN bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid semasa tempoh berkempen tidak harus dijadikan isu oleh mana-mana pihak termasuk pembangkang.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata ketidakhadiran calon dalam kempen PRK itu bukanlah kali pertama berlaku di negara ini.

Khairy mengambil contoh ADUN Kota Alam Shah Selangor, M Manoharan yang bertanding dalam PRU12 pada 2008 tetapi tidak berkempen kerana sedang menjalani tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting, Perak.

“Manoharan yang dalam ISA bukan saja boleh bertanding, malah menang sebagai ADUN,” katanya ketika berucap pada program Pemuda Prihatin Kuala Kangsar di sini hari ini.

Khairy yang juga menteri belia dan sukan berkata ketidakhadiran Mastura dalam kempen PRK Kuala Kangsar kerana edah dan ia dibuat setelah mendapat nasihat daripada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

“Mufti Perak beritahu hukum edah itu memang betul, beliau tidak boleh keluar rumah, tapi tidak dihalang untuk bertanding,” kata Khairy.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Mastura yang juga balu Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad dipilih sebagai calon BN bagi PRK Kuala Kangsar.

Mastura, 55, menerusi tayangan video berkata beliau tidak dapat menyertai kempen yang dijadual bermula 5 Jun depan kerana masih berada dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana ditetapkan dalam hukum agama Islam apabila seseorang wanita kematian suami.

Selain itu, Khairy mengajak semua Pemuda UMNO dan BN supaya sama-sama membantu kemenangan Mastura dalam PRK Kuala Kangsar selain meningkatkan jumlah majoriti undi.

“Kemenangan ini penting untuk kita teruskan pembangunan di Kuala Kangsar, bawa perubahan sebagaimana yang menjadi hasrat Wan Khair-il Anuar,” katanya.

Pada PRU13, Wan Mohammad Khair-il memperoleh majoriti 1,082 undi menewaskan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan calon Bebas Datuk Kamilia Ibrahim.

PRK Parlimen Kuala Kangsar akan diadakan pada 18 Jun depan berikutan kematian Wan Khair-il Anuar dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

–– BERNAMA





Read More...

Terima Laporan Pagi, Malam Polis Terus Tahan ‘Penghina’ TMJ Di Selangor

Seorang lelaki 23 tahun ditahan di Dengkil selepas dikatakan menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim. — Foto Bernama 


JOHOR BARU, 29 Mei — Pihak polis menahan seorang lelaki di Selangor malam tadi bagi membantu siasatan berhubung kes melakukan penghinaan terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Facebook.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berumur 23 tahun itu yang bekerja sebagai pembantu tukang masak ditahan kira-kira 8 malam di Taman Intan, Dengkil.

“Lebih kurang 10.15 pagi semalam, pihak polis menerima satu laporan berhubung penghantaran mesej berbentuk jelik dalam Facebook yang bertujuan menghina dan menyakitkan hati Tunku Mahkota Johor.

“Suspek didapati telah memuat naik penghantaran mesej tersebut dalam Facebook atas nama Aiden Chew,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata selain menahan, pihak polis turut merampas satu telefon bimbit berserta sim kad daripada lelaki tersebut.

Wan Ahmad Najmuddin berkata permohonan reman terhadap individu terbabit akan dikemukakan di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) 1998.

Katanya polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan laman sosial.

Satu pasukan khas juga telah ditubuhkan oleh polis Johor untuk memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan laman sosial, tambahnya. — Bernama

- malaymail




Read More...

Bimbang Dimarah, Anak Tok Guru Nik Aziz Buat 'U-Turn'

Nik Omar (kanan) ketika menjadi panel dalam 'Wacana : Dunia Pendidikan Tok Guru' di Auditorium Karangkraf, di sini, hari ini.


SHAH ALAM - Anak sulung bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar memberitahu Allahyarham ayahnya itu seorang yang garang namun masih tetap didekati orang lain.

Hinggakan ada ketika mereka adik beradik sanggup membatalkan niat untuk bertemu dengan Allahyarham gara-gara takut dimarah.

Akui sukar untuk bertemu dengan si ayah, Nik Omar berkata mereka adik beradik telah berpakat untuk pulang setiap minggu pada hari yang sama demi meluangkan masa bersama.

"Kesibukan beliau, kita adik beradik memang rasa. Nak jumpa, bercakap memang susah. Kami pakat balik malam Khamis setiap minggu.

"Masa itulah kita boleh bercakap dan di depan kami yang bercakap itu bukan Musyidul Am Pas, Menteri Besar (Kelantan) tapi seorang ayah kepada anak yang perlukan kasih sayang.

"Tapi kadang-kadang memang rasa takut sebab Tok Guru ini bekeng (garang). Tapi bekeng bekeng dia, orang nak pergi (jumpa). Ada sekali itu kita nampak dia, kita pusing balik sebab takut dia marah," katanya ketika perkongsian pada 'Wacana : Dunia Pendidikan Tok Guru' di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Mengimbau kembali kenangan bersama Allahyarham, Nik Omar yang juga merupakan Pengetua Kompleks Pendidikan Darul Anuar berkata, walaupun ayahnya itu kurang sihat, jika topik politik dibuka, ayahnya itu kembali segar.

"Kami bercakap tentang banyak perkara termasuk sukan, isu antarabangsa, pertanian, isu semasa dan dia akan respons

"Tapi kami memang pakat tak cakap hal politik sebab politik ini kalau dia letih pun dia jadi segar. Tapi lepas itu dia demam balik," katanya.

Katanya lagi, ada Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang pelik dengan cara Allahyarham menutup lampu dan kipas sendiri sebelum meninggalkan pejabatnya.

"Tapi kita (keluarga) tidak pelik sebab di rumah juga dia buat begitu. Semua dia tutup sendiri sebelum meninggalkan bilik. Kehidupan dia begitu sederhana.

"Saya pun baru tahu bila Galeri Tok Guru dibuka, dalam bilik air dia ada baldi buruk usia puluh tahun pun masih digunakan.

"Guna air untuk mandi pun sangat minima. Apa Nabi amalkan, Allahyarham ikut. Nasi sebutir pun dia habiskan," katanya.




Read More...

Saturday, 28 May 2016

‘Amy Lawat Hendak Tunjuk Pada Media’ – Yazit Search



Makin lama, makin panas. Itulah yang boleh kami gambarkan tentang konflik yang berlaku antara ahli kumpulan Search dengan pemain dramnya, Yazit Ahmad.

Terbaharu, Yazit, 54, yang merupakan pengasas Search mengeluarkan kenyataan bahawa vokalis kumpulan itu, Amy melawatnya di hospital suatu ketika dahulu tidak ikhlas.

Sebaliknya, dakwa Yazit, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman hanya mahukan perhatian media semata-mata.

Menurutnya, Amy melawatnya di hospital waktu itu ketika dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Nampak atau tidak muslihat dia? Saya tidak sedarkan diri. Dia ambil tangan saya, bersalam, muka dia senyum tengok kamera. Apa maknanya itu? Dia hendak tunjuk pada media dia bagus.

“Sebagai kawan, dia tidak perlu buat begitu. Sepatutnya duduk sebelah bacakan saya Yaasin kerana saya pada itu koma, 50-50. Itu lebih afdal tetapi hendak glamor juga.

“Dia datang sendiri atau isteri saya hubungi? Isteri saya hubungi minta datang tengok. Lepas itu dia buat cerita lain. Kena paksa [datang] dengan isteri saya, bukan ikhlas,”katanya kepada ProjekMMO sewaktu menjalani rawatan hemodialisis di Setapak, Kuala Lumpur, kelmarin.

Pada minggu lalu, Amy menafikan mengabaikan Yazit sepanjang enam tahun menerima rawatan di hospital.

Jelasnya, dia pernah melawat pemain dram itu dan mempunyai bukti gambar di hospital yang tidak didedahkan kepada umum.

Sementara itu, Yazit turut memberi amaran kepada ahli-ahli Search agar tidak mengeluarkan kenyataan berlebihan jika tidak mahu menerima akibat.

Jelasnya,  satu buku mengenai Search akan diterbitkan tidak lama lagi dan sekiranya mereka berlebih-lebih, dia akan mendedahkan segalanya kepada umum.

Konflik antara Yazit dan Amy timbul setelah pemain dram itu mendakwa tidak menerima wang pendahuluan ‘Konsert Search 35 tahun’ sehingga perkara itu dilaporkan ke balai polis.



Read More...

MCA Dan Gerakan Ugut Akan Letak Jawatan Jika Hudud Diluluskan




Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong akan meletakkan jawatan dalam kabinet sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) hudud diluluskan.

Ini selepas kerajaan, tanpa berunding dengan parti-parti komponen BN, menyokong pembentangan RUU persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen.

Liow adalah menteri pengangkutan manakala Mah menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Liow dipetik oleh The Starsebagai berkata, beliau cuba menyekatnya dan cuba untuk mendapatkan semua parti komponen (BN) untuk menghalangnya.

Beliau juga dilaporkan menggesa kedua belah jurang politik untuk bersama dan menyekat RUU itu.

"Jadi, jika kita tidak boleh melakukannya, kita perlu berkorban. Saya akan meletakkan jawatan," katanya sambil menambah tidak ada gunanya untuknya kekal dan beliau perlu tegas dalam perkara itu, lapor The Star.

Sementara itu, Mah berkata Gerakan juga akan melakukan segala-galanya dalam kuasanya untuk menyekat RUU hudud walaupun ia bermakna melepaskan jawatan dalam kerajaan.

Katanya, beliau telah secara terbuka menyatakan dalam temubual dengan media pada 5 Julai 2014 dan 14 Oktober 2015 bahawa jika RUU hudud diluluskan di Parlimen, beliau akan meletakkan jawatan.

"Keputusan ini masih tidak berubah," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.


Read More...

Timbalan Speaker Dun Kedah Nafikan Dakwaan Kononnya Dia Tumbuk Orang Depan Aman Central



Sejak semalam viral di laman sosial seorang lelaki mendakwa dia dan teman wanitanya telah ditumbuk oleh seorang VIP iaitu Timbalan Speaker Dun Kedah, Datuk Azmi Che Husain di hadapan pusat membeli belah di Alor Star 15 Mei lalu.

Rakaman berdurasi 33 saat itu menunjukkan berlaku pergelutan seorang lelai bersama tiga individu lain di mana dakwa lelaki berkenaan Azmi merupakan salah seorang lelaki tersebut.

Kerana dakwaan itu, Azmi telah tampil membuat kenyataan di mana katanya beliau hanya cuba meleraikan keadaan di mana Azmi mendakwa pemuda berkenaan seolah-olah melakukan provokasi dan kemudiannya bertindak memaki hamun anaknya.

“Saya cuba leraikan pergaduhan berkenaan, tetapi saya pula yang dituduh.”

“Saya ketika itu dalam kereta dengan dua lagi anak lelaki. Bila kejadian macam tu berlaku, saya turun kereta dan tanya kenapa dia buat begitu kepada anak saya.

“Namun bila disoal, dia bertindak memaki hamun saya. Salam yang diberi sebelum itu pun tidak dijawabnya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Adun Bayu berkenaan, lelaki itu kemudiannya bertindak agresif apabila keluar dari kereta dan menendangnya hingga terjatuh.

“Dua anak yang ketika itu berada dalam kereta keluar untuk mempertahankan saya dari terus dipukul. Siapa yang sanggup tengok ayah mereka dipukul depan mata.

“Jadi berlaku pergelutan antara mereka bertiga, saya yang berada di situ cuba meleraikan pergaduhan, tetapi saya ditumbuk oleh lelaki itu,”katanya.

Beliu turut mendakwa lelaki berkenaan cuba memutar belit fakta kejadian sebenarn apabila menuduh beliau dan anak-anaknya menumbuk teman wanitanya di bahagian dada, tangan kanan dan kiri.

"Kejadian itu langsung tidak berlaku seperti didakwa, sebaliknya wanita itu mengalami kecederaan apabila ditolak masuk ke dalam kereta oleh pemuda tersebut sendiri."

“Saya dan anak-anak langsung tidak sentuh wanita itu, tetapi bila dia keluar dari kereta untuk leraikan pergelutan, dia pula yang ditarik dan ditolak masuk ke dalam kereta oleh lelaki berkenaan.

“Jika ada pihak yang masih ragu-ragu dengan tuduhan ini, sila berikan bukti segera bahawa wanita itu benar-benar ditumbuk,” katanya.

Azmi dalam pada itu mendakwa insiden yang merupakan salah faham ini sengaja diviralkan oleh pihak yang mempunyai agenda dan perancangan pihak tertentu bagi mencalarkan imej politiknya.

Selain itu, beliau turut mengakui mengenali individu berkenaan yang cuba memburuk-burukkan imejnya dengan merancang insiden berkenaan.

“Kejadian itu berlaku siap dengan rakaman dari kamera, seperti ada sesuatu yang tidak kena.

“ALLAH akan bersama orang yang benar, saya yakin dengan janji-NYA,”katanya.

Bagaimanapun katanya, kes berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan selanjutnya.

“Saya juga akan membuat laporan polis selepas difitnah, sebelum ini kes ini tidak dilaporkan kerana saya hanya meleraikan keadaan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, semasa membuat laporan polis ketika hari kejadian pengadu dikatakan tidak mengenali Adun itu sehingga kes tersebut menjadi viral dalam laman sosial.

Mohd Rozi berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. - Siakapkeli.my



Read More...

Ketua Menteri Melaka Kemalangan Di Lebuhraya PLUS



Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan kecil di KM 268 Lebuhraya  Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran Kawasan Rehat Seremban petang semalam.

Dalam kejadian pukul 6.50 petang itu, kereta dinaiki oleh Idris bersama pemandu dan pengawal peribadinya melanggar belakang sebuah kereta yang dikatakan secara tiba-tiba mengubah laluan.

Idris, dalam kenyataan menerusi 'Whatsapp' malam tadi, berkata ketika kejadian, beliau dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Beliau berkata ketika tiba di tempat kejadian sebuah kereta tiba-tiba mengubah laluan tetapi pemandunya sempat membrek tetapi gagal mengelak lalu melanggar bahagian belakang kereta tersebut.

Menurutnya, selepas kemalangan itu, beliau menyambung perjalanan dengan menaiki sebuah lagi kereta dipandu oleh pegawai lain dan sempat menghadiri majlis jamuan malam sempena pelantikan Tun Mohd Khalil Yaakob sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi penggal keempat.

- Bernama


Read More...

Friday, 27 May 2016

Video Viral, Polis Siasat Wakil Rakyat Kes Pukul Di Tengah Jalan

Paparan skrin video yang menunjukkan insiden bertumbuk di tengah jalan depan sebuah pusat beli-belah di Alor Setar pada 15 Mei lalu. — Foto ihsan Facebook/Adam Hoonigan 


ALOR SETAR, 27 Mei — Polis Kedah akan memanggil seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi memberi keterangan berhubung dakwaan memukul seorang lelaki pada 15 Mei lepas yang kini menjadi viral di laman sosial.

Ketua polis daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata pihaknya telah memanggil pengadu awal pagi tadi, yang mendakwa dipukul oleh beberapa individu termasuk Adun itu di hadapan sebuah kompleks membeli-belah Aman Central di sini.

Beliau berkata pihaknya belum mengenal pasti suspek yang dipercayai memukul pengadu yang dikenali sebagai Alif Adam, sama ada Adun berkenaan atau individu lain.

“Kami tidak tahu siapa dalam video yang memukul pengadu dan kami sedang siasat kes tersebut. Kami telah menghubungi Adun berkenaan dan mungkin beliau beri kenyataan berhubung kes itu esok,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, pengadu membuat laporan polis pada hari kejadian dan tidak mengenali Adun itu sehingga kes tersebut menjadi viral dalam laman sosial Facebook.

Mohd Rozi berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian 5.45 petang pada 15 Mei lepas, seorang lelaki dikenali sebagai Alif Adam mendakwa beberapa individu bertindak menariknya keluar dari kenderaan sebelum dipukul oleh beberapa lelaki.

Dakwanya dalam laman sosial Facebook, teman wanitanya yang mahu meleraikan pergaduhan itu turut mengalami kecederaan akibat dipukul dan mendapat rawatan di sebuah hospital swasta.

Pergaduhan tersebut dileraikan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu sebelum kenderaan yang dinaiki Adun itu beredar dari tempat kejadian.

Video berdurasi 33 saat yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook menjadi viral yang ditonton lebih 200,000 pengguna laman sosial.

Sementara itu Adun berkenaan gagal dihubungi bagi mendapatkan pengesahan mengenai kejadian itu. — Bernama


Klik untuk lihat video di facebook - Adam Hoonigan




Read More...

Yazit Search: Awie Dan Wings Tahu Saya Sudah Lama Dibuli

Pemain drum kumpulan Search, Yazit Ahmad, yang sakit sejak enam tahun lalu menerima rawatan dialisis di Setapak, Kuala Lumpur 


KUALA LUMPUR, 27 Mei — Pemain dram Yazit Ahmad gembira mendapat sokongan Awie dalam isu bantuan untuk rawatannya sewaktu beliau menuduh Search mengabaikannya.

Yazit menjangka lebih banyak pihak bakal menyebelahinya selepas Awie, vokalis Wings, menggesa Amy Search membantu rakan kumpulannya sebagai “saham akhirat.”

“Maksud Awie itu betul. Dia tidak berniat apa-apa. Dia sudah lama tengok saya begini, hanya berdiam diri saja. Dia sudah nampak satu perkara seperti saya dibuli.

“Itu suara hati anggota-anggota Wings. Mereka lama mengenali saya. Ahli Wings memberi satu respons yang bagus sebagai kawan-kawan yang baik. Mereka sentiasa menghormati saya.

“Ramai lagi yang akan beri sokongan dalam sehari dua ini apabila mereka tengok Wings sudah umum begitu, mungkin banyak band lain yang akan menyokong,” katanya.

Pengasas kumpulan Search itu ditemui ProjekMMO ketika sedang menjalani rawatan dialisis di Setapak di sini pagi semalam.

Awie, nama popular Ahmad Azhar Othman, menasihat Amy agar membantu Yazit yang sakit bertahun-tahun.

“Kalau saya dalam kumpulan itu, saya akan korbankan sedikit masa untuk menolong. Ini saham akhirat kita. Fikir dekat situ saja,” katanya kepada ProjekMMO.



Pemain drum kumpulan Search, Yazit Ahmad, yang sakit sejak enam tahun lalu menerima rawatan dialisis di Setapak, Kuala Lumpur.

Namun, menjawab gesaan ini, Amy menganggap Awie tidak mendapat gambaran sebenar masalah yang berlaku antara beliau, Search dan Yazit.

"Saya tidak salahkan dia (Awie) kerana dia mungkin dengar dari sebelah pihak sahaja," kata Amy, nama glamor Suhaimi Abdul Rahman, kelmarin.

Mengulas pembatalan konsert ulang tahun ke-35 Search yang sepatutnya dijadual Ogos ini, Yazit berkata dirinya bukan punca kegagalan ia diadakan seperti didakwa kumpulan itu.

“Bagi saya, mereka hanya hendak menutup kesalahan yang mereka sudah rancang.

“Kalau buat perkara betul, kenapa nama saya disingkirkan dalam perjanjian persefahaman (MOU) dan cek kepada empat nama [sahaja].

“Kalau mereka menuduh kerana saya kontrak itu dibatalkan, saya cabar mereka ke balai polis buat laporan dan saya akan dedah perkara sebenarnya.

“Saya masih simpan perkara ini kerana saya hormati peguam,” katanya.

Nasir, pemain bes Search, pada sidang media bersama Amy minggu lepas mendakwa penganjur AFJets menjadikan isu MOU dan pertikaian Yazit sebagai alasan untuk tidak meneruskan konsert.

“Mereka cuba mencari jalan keluar agaknya. Oleh sebab itu, isu MOU dan Yazit dijadikan satu jalan keluar untuk menamatkan benda ini,” katanya.




Mengumumkan pembatalan dengan penganjur AFJets, vokalis Amy Search berkata konsert ulang tahun ke-35 pada 30 Ogos ini masih boleh diteruskan jika ada penganjur lain berminat. — Foto oleh Yusof Mat Isa.

Yazit juga menggesa Amy agar berhenti memperkecil dirinya kerana sepanjang Search ditubuhkan ahli-ahli lain banyak bersabar dengan kerenahnya.

Tambahnya, tidak wajar Amy mengungkit bayaran RM42,000, selain RM7,000 wang baju T, yang diterimanya semasa konsert di Istana Budaya pada 2014.

“Jangan cakaplah menyanyi 40 jam. Sebelum ini, dia berlatih sehari sebelum konsert tetapi kami berlatih tiga minggu sebelum itu.

“Dia tidak datang latihan, bila konsert pula, potong lagu itu dan ini. Suka hati dia saja. Kami berlatih setiap hari dari pukul 9 hingga 1 pagi, dia satu hari lagi nak konsert, baru dia timbul.

“Dia sibuk dengan persembahan solo, lari sana, lari sini. Semasa Amy tidak ada, hari-hari kami berlatih, siapa menyanyi? Kami semua menanggung bahagian dia,” katanya.

Amy sebelumnya berkata Yazit harus bersyukur masih dapat menjana pendapatan hasil kerja keras ahli-ahli lain Search.

“Masa konsert di Istana Budaya empat malam, dia (Yazit) main empat lagu, dia di atas pentas setengah jam, saya dua jam setengah, saya nyanyi macam hendak mati,” katanya.

Krisis Yazit dan Search berlarutan sejak pemain dram itu membuat aduan polis awal bulan ini, mendakwa kumpulan itu pecah amanah wang pendahuluan konsert.

Search menafikannya dan mengugut untuk mengambil tindakan terhadap Yazit.

- malaymail


Read More...

Chegubard Didakwa Telah ‘Dibeli’ Najib



PETALING JAYA: Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) menyelar tindakan Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin (Chegubard) yang mendakwa sejuta tandatangan dalam Deklarasi Rakyat adalah palsu.

Presiden GKCM, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, Badrul Hisham kini lebih bersifat sebagai seorang ‘askar upahan’ yang sedang mencari makan, dan tidak mempunyai hujah berkualiti.

“Kini beliau menjual fitnah bersama seorang rakan dengan mengatakan bahawa terdapat unsur tandatangan palsu dalam Deklarasi Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kamarul turut mendakwa Badrul Hisham atau Chegubard sudah ‘dibeli’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Chegubard mungkin merasakan bahawa bergelumang dalam lumpur dengan Najib Razak adalah sesuatu yang menyeronokkan kerana ia mendatangkan pulangan kerana ada manusia yang boleh bernafas dalam lumpur.

“Adalah amat malang dalam usaha menyelamatkan UMNO daripada pemimpin yang tidak berintegriti, UMNO menggunakan pencari makan daripada parti lain untuk menyelamatkan beliau,” jelas beliau lagi.

Semalam, Chegubard telah membawa seorang lelaki Azharuddin Othman @ Abdullah yang mendakwa telah menjual pangkalan data yang mengandungi 900,000 nama dan nombor kad pengenalan untuk Deklarasi Rakyat kepada seorang wanita.

Azharuddin mendakwa wanita itu menawarkan RM5,000 untuk maklumat daripada pangkalan data tersebut dan memberitahu bahawa penggerak Deklarasi Rakyat, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mahu namanya dilibatkan dalam projek itu.

Wanita yang dinamakan dalam dakwaan itu sekeras-kerasnya menafikan tuduhan berkenaan, malah menjelaskan tidak mengenali lelaki berkenaan.

- kedahlanie

Read More...

Ratu Naga Buat Sumpah Laknat Junjung Al-Quran



Seorang wanita yang didakwa menipu dalam 'jualan' pangkalan data nama untuk Deklarasi Rakyat tampil menyifatkan apa yang berlaku sebagai “perang psikologi bodoh”

Syarul Ema Rena Abu Samah, yang dikenali sebagai Ratu Naga di alam maya, bersumpah tidak kenal jurutera Azharuddin Othman, yang membuat dakwaan itu.

“Saya tak kenal budak itu (Azharuddin). Saya cuma kenal Chegubard,” katanya.

Azharuddin mendakwa beliau dijanjikan bayaran RM5,000 untuk menjual pangkalan data 900,000 nama tetapi hanya mendapat RM1,000.

Turut hadir dalam sidang media Azharuddin itu ialah anggota lantang PKR yang digantung keanggotaan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard.

“Kalau saya bohong saya akan dilaknat,” katanya yang membuat sumpah laknat dalam sidang media di Kuala Lumpur sambil menjunjung al-Quran.




Read More...

VIDEO & FOTO: Gadis Bunuh Diri Terjun Dari Tingkat 16



Georgetown: Seorang gadis berusia 21 tahun ditemui mati selepas terjun dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Jalan Gangsa, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.20 petang, mangsa, Darshwim Premkumar, seorang pelajar kolej swasta dikatakan bergaduh dengan teman lelakinya yang berada di Ipoh, Perak.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, berdasarkan pemeriksaan awal mangsa dipercayai kecewa sebelum naik ke tingkat 16 dan meninggalkan selipar yang dipakai di kawasan koridor.

Katanya, keluarga mangsa kemudian mengesahkan selipar yang ditemui itu adalah milik mangsa.

"Punca sebenar kejadian masih disiasat dan kes diklasfikasikan sebagai kematian mengejut," katanya ketika ditemui di Program Pencegahan Jenayah Amaniya Timur Laut Bersama Komuniti di Flat Free School hari ini.




Sumber@Harian Metro


Read More...

Video: Pemuda Dakwa Teruk Dibelasah Timbalan Speaker DUN Kedah



Pada 15/5/2016 Ahad jam lebih kurang 5.45 petang semasa saya keluar dari Aman Central kemudian saya terus membawa kereta saya memasuki lorong tengah di lampu isyarat di hadapan Aman Central tersebut. Datang sebuah kereta jenis Toyota Harrier berwarna hitam yang di pandu oleh lelaki melayu berumur 20-An dan di dalam kereta tersebut juga terdapat 2 lelaki melayu berusia 20-An dan 50-An.

Pemandu tersebut telah membuat hon panjang dan berada di sebelah kiri kereta saya. Sewaktu itu,lampu isyarat berwarna merah. Kemudian pemandu kereta tersebut telah menurunkan tingkap keretanya dan berkata 'Kenapa,kenapa..Hang tak kenal lagi aku siapa' berulang kali kepada saya dan meminta saya turun dari kenderaan saya. Tetapi saya enggan turun. Tiba tiba lelaki 50-An dari kereta tersebut telah turun dari keretanya dan membuka pintu kereta saya dan menarik kunci kereta saya.

Lelaki 50-An telah menumbuk saya di bahagian mulut saya. Akibat dari itu, mulut saya mengalami luka. Kemudian lelaki 50-An tersebut telah menarik tangan saya untuk keluar dari kereta dan apabila saya keluar dari kereta saya telah menumbuk lelaki 50-An tersebut. Datang pula (2) lelaki 20-An dari kereta tersebut dan mereka bertiga memukul saya.

Teman wanita saya telah keluar dari kereta saya dan cuba meleraikan pergaduhan di antara kami. Tetapi teman wanita saya juga telah di tarik dan di tumbuk di bahagian dada,tangan kanan dan kiri. Datang orang ramai untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Kemudian kereta tersebut terus beredar dari tempat kejadian.

Saya telah membawa teman wanita saya ke KMC Alor Star Kedah kerana telah mengalami sesak nafas yang sangat teruk. Selepas beberapa hari dari hari kejadian, barulah saya mendapat tahu dari rakan ayah saya yang bekerja di Wisma Negeri Kedah yang lelaki berusia 50-an tersebut adalah Dato Azmi Che Husain Timbalan speaker Negeri Kedah.

Tujuan saya kongsikan perkara ini adalah untuk beliau tampil memberi keterangan kepada pihak polis agar kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Saya amat tidak berpuas hati kerana saya dan teman wanita saya dipukul oleh 3orang samseng jalanan yang berpangkat (VVIP). Sekian




Dipetik dari facebook Adam Hoonigan

Read More...

Isu arahan latihan tepuk tangan, Jabatan Pendidikan Terengganu beri penjelasan

Shafruddin Ali Hussin memaklumkan arahan itu selaras dengan slogan memperkasakan transformasi pendidikan.


KUALA TERENGGANU: Jabatan Pendidikan Terengganu tampil memberi penjelasan berhubung arahan latihan tepuk tangan kepada guru dan pelajar yang menjadi viral di media sosial.

Pengarahnya, Shafruddin Ali Hussin memaklumkan arahan itu selaras dengan slogan memperkasakan transformasi pendidikan.

Antara perkara yang terkandung di dalam transformasi pendidikan tersebut termasuk memperkasakan budaya menghormati.

"Di bawah elemen ini, kami memperkenalkan budaya salam, budaya berterima kasih, budaya memberi penghargaan kepada sesiapa yang memberi sesuatu kepada kita dengan memberi tepukan.

"Apa yang saya minta cikgu lakukan hanya satu permintaan dalam kumpulan tertutup antara saya, pengetua dan guru besar. Permintaan untuk bertepuk tangan merupakan satu cara menceriakan sesuatu majlis rasmi.

"Saya amat kagum dengan apa yang berlaku di Terengganu kerana sekolah terus mengaplikasikan kepada murid."

Isu ini timbul apabila arahan Shafruddin melalui aplikasi WhatsApp meminta guru besar dan pengetua mengadakan latihan tepuk tangan selama lima minit.

Dalam pada itu, Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman dalam kenyataan kepada sebuah portal berita memaklumkan arahan latihan tepuk tangan itu hanya satu gurauan.


Read More...

Isu Tandatangan 'Tipu': Ratu Naga Sembur Api Kemarahan



Wanita yang dikaitkan dengan penjualan pangkalan data nama dalam dakwaan penipuan tandatangan Deklarasi Rakyat, tampil melepaskan rasa berangnya.

Wanita yang menggunakan identiti "Ratu Naga" di alam maya itu menulis kemarahan beliau di Facebook hari ini.

“Nak kena ni, saya akan buat PC (sidang akhbar) jawab balik."

“Saya akan diam? No, biar partsaya pula lawan,” katanya, mengulas akuan bersumpah (SD) Azharuddin Othman yang didedahkan pada sidang media hari ini.

Mendakwa dirinya difitnah, Ratu Naga berkata, dia mahu mencari orang yang menuduhnya itu.

“Saya dapat tahu nama saya digunakan untuk kerja memfitnah, saya nak jumpa budak yang guna nama saya ni bersumpah dia kenal saya atau tidak,” katanya.

Difahamkan Ratu Naga, dirujuk sebagai Ema dalam SD itu, akan membuat laporan polis mengenai perkara berkenaan esok.

Pada Februari lalu, Ema, atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah, didakwa bawah Akta Komunikasi dan Multimedia kerana dikatakan menulis status fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Facebook.

Dalam SD itu, Azharuddin, yang berasal dari Terengganu, mendakwa Ema berjanji kepadanya bayaran RM5,000 sebagai balasan membekalkan 900,000 nama daripada pangkalan data untuk untuk menipu tandatangan dalam projek memorandum Deklarasi Rakyat.

Nama-nama itu kononnya daripada senarai yang telah disediakan kepada semua parti-parti politik pada pilihan raya umum ke-13.

Walau bagaimanapun, pengaturcara itu mendakwa hanya dibayar RM1,000.

Baru-baru ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa lebih daripada satu juta tandatangan telah berjaya dikumpul sejak Deklarasi Rakyat dilancarkan dua bulan lalu.


Read More...

Thursday, 26 May 2016

Guan Eng: PAS Dan BN Berpakat Bawa Hudud Ke Parlimen



Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa bahawa BN dan PAS telah bekerjasama untuk membentangkan usul hudud di Dewan Rakyat untuk tujuan politik.

"Ini adalah kerjasama antara Umno dan PAS ... antara BN dan PAS," katanya.

Beliau menggesa rakan-rakan BN - MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti di Sabah dan Sarawak - untuk menyatakan pendirian mereka.

"Mereka kata  akan keluar daripada BN ... Saya ingin tahu jika mereka (masih) bersedia untuk berbuat demikian," katanya.6

Beliau mendakwa bahawa rang undang-undang persendirian yang dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak mengikut perlembagaan.

Beliau memberi amaran bahawa sekiranya rang undang-undang itu diluluskan di Parlimen, ia akan memberi kesan ke atas sistem kehakiman.



Read More...

Lelaki Dakwa Jual 900,000 Nama Untuk Deklarasi Rakyat



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tampil mendakwa telah menjual pangkalan data yang mengandungi 900,000 nama dan nombor kad pengenalan untuk Deklarasi Rakyat.

Lelaki itu, Azharuddin Othman @ Abdullah, hari ini dibawa ke depan oleh aktivis PKR yang juga penentang Deklarasi Rakyat, Badrul Hisham Shaharin (Chegubard).

Azharuddin menunjukkan salinan akuan berkanun yang mendakwa didatangi oleh seorang wanita yang menggunakan nama samaran “Ratu Naga” di Facebook.

Azharuddin mendakwa 300,000 daripada 1.2 juta penandatangan bukan daripada senarainya.

Selainnya adalah nama daripada pangkalan data pilihan raya yang digunakannya dalam kerjanya dengan parti-parti politik bagi tujuan pilihan raya sebagai pengaturcara komputer separuh masa.

“Pada 27 April 2016, saya dihubungi oleh Ratu Naga untuk membeli pangkalan data warganegara Malaysia dengan tujuan mengumpul 1.2 juta tandatangan untuk Deklarasi Rakyat, yang disokong oleh Tun Mahathir (Mohamad).

“Beliau sedia maklum bahawa saya mempunyai pangkalan data yang mengandungi maklumat jutaan rakyat Malaysia yang boleh disesuaikan untuk pelbagai tujuan,” katanya dalam sidang media di sebuah restoran di Lembah Pantai hari ini.

Azharuddin mendakwa wanita itu menawarkan RM5,000 untuk maklumat daripada pangkalan data tersebut dan memberitahu Mahathir tidak mahu namanya dilibatkan dalam projek itu.

Bagaimanapun, Azharuddin berkata dia hanya dibayar RM1,000 bulan lalu. Beliau juga mengatakan mempunyai salinan komunikasi WhatsApp dengan Ratu Naga.

Azharuddin, yang berasal daripada Terengganu, menghentikan pendedahan setakat ini dan membuka ruang kepada Chegubard untuk mengemudi sidang media.

Chegubard berjanji akan meneruskan pendedahan ini tidak lama lagi.

“Kita dedahkan banyak ini dahulu. Kita tunggu respon daripada mereka (penyokong pro-Deklarasi).”


Read More...

Hajat Terbantut, Zakar Digigit Ular



BANGKOK, THAILAND - Kemaluan seorang lelaki digigit oleh seekor ular ketika dia sedang duduk mencangkung di tandas sebelum bergelut dengan haiwan berbisa itu.

Atthaporn Boonmakchuay, 38, yang berada di dalam tandas merasa zakarnya ditusuk dengan sesuatu yang tajam. Bila melihat ke bawah, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati hujung zakarnya telah digigit oleh seekor ular. Panik dengan kejadian itu, mangsa terus menjerit meminta tolong. 

Jeritan mangsa didengari oleh isterinya yang kemudian cuba membantu mengusir haiwan berbisa tersebut. Namun gagal berbuat demikian.


Mangsa mengalami kehilangan darah yang banyak ketika cuba menyelamatkan diri dari terus digigit ular sepanjang 11 kaki itu, sebelum diselamatkan oleh pasukan penyelamat. 

Mangsa sempat mengikat kepala ular tersebut dengan tali di pintu bilik mandi sebelum tidak sedarkan diri. 

Lapor Bangpakong News, reptilia berkenaan ditangkap dan dilepaskan semula ke dalam hutan. Difahamkan, ular tersebut berenang masuk ke dalam paip rumah sebelum muncul di tandas rumah mangsa. 

Lapor Mirror, Atthaporn kini berada dalam keadaan stabil. - PIXEL MEDIA

Read More...

Saya ‘bergurau saja’ suruh guru latih tepuk tangan, kata MB Terengganu

Ahmad Razif Abdul Rahman tidak menyangka “gurauannya” tentang sikap guru yang tidak suka bertepuk tangan menjadi satu arahan kepada sekolah sehingga beliau dikecam. 



KUALA LUMPUR, 26 Mei — Arahan meminta guru-guru mengadakan latihan tepuk tangan seperti diperkatakan di Internet hanyalah “satu gurauan”, kata menteri besar Terengganu.

Ahmad Razif Abdul Rahman berkata perkara itu tidak perlu diperbesarkan kerana guru-guru di negeri itu sudah dianggap beliau bagai rakan sendiri.

“Tidak payah panjangkan [isu ini] kerana saya bergurau sahaja kepada guru-guru,” katanya dalam satu mesej ringkas kepada ProjekMMO malam tadi.

“Ini kerana mereka adalah rakan-rakan saya. Tidak tahu pula jadi macam ini,” katanya, yang pernah bertugas sebagai guru dan pensyarah institut perguruan.

Sejak petang semalam tersebar di media sosial yang mendakwa guru-guru di Terengganu telah diarah mengadakan latihan tepuk tangan selama lima minit.

Ia turut mendakwa pihak sekolah harus mengemukakan bukti bergambar latihan telah dijalankan.

Menurut salinan mesej WhatsApp yang tersebar, isu ini dikatakan bermula daripada gesaan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) yang mendapat aduan menteri besar tentang guru-guru yang tidak bertepuk tangan di satu majlis yang dihadiri beliau.

Susulan itu, muncul arahan tidak rasmi daripada jabatan itu agar sekolah melatih guru-guru bertepuk tangan selama lima minit, termasuk sewaktu perhimpunan mingguan.

Selain itu, tersebar pula video di Facebook dan YouTube yang menunjukkan sekumpulan besar guru dan murid di sekolah rendah di Kuala Terengganu sedang bertepuk tangan. Latihan ini dikatakan berlaku semalam.

Kesahihan maklumat di media-media sosial tersebut, setakat ini, tidak dapat disahkan.

Butiran acara yang dihadiri menteri besar juga masih kabur. Namun ia dipercayai pada sambutan Hari Guru peringkat negeri ke-45 yang diadakan Selasa lalu di Kuala Nerus.

ProjekMMO sedang mendapatkan reaksi pihak JPNT berhubung kandungan WhatsApp tersebut seperti didakwa.

Ketika ditanya sama ada menjadi kelaziman guru-guru di negeri itu tidak bertepuk tangan, Ahmad Razif berkata ia bukanlah budaya.

Tambahnya, insiden tidak bertepuk tangan mungkin berlaku kerana kebanyakan guru di majlis Hari Guru tahun ini belum pernah menghadirinya.

“Saya dimaklumkan kebanyakan yang dijemput hari itu adalah yang belum pernah hadir dalam majlis Hari Guru sebelum ini,” katanya. “Mungkin mereka amat teruja dengan majlis tersebut.”

Ahmad Razif tidak mengulas apabila ditanya sama ada latihan kepada guru-guru itu, yang didakwa di media sosial sebagai “hukuman”, akan dihentikan.


Read More...

Nazri: Saya Tunggu Mahathir Di Kuala Kangsar Untuk Bertumbuk



Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad berkempen menentang Barisan Nasional (BN) agar mereka dapat beradu kekuatan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata negara ini bebas dan mantan perdana menteri itu tidak dihalang berkempen dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar.

Kerajaan kini tidak lagi menahan sesiapa bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tambah ahli parlimen Padang Rengas yang bersempadan dengan kerusi tersebut.

“Kita mengalu-alukannya. Saya tunggu dia di Kuala Kangsar untuk bertumbuk-tumbuk. Untuk melawanlah,” kata Nazri kepada pemberita di lobi Parlimen.

Nazri berkata kehadiran Dr Mahathir semasa dua pilihan raya kecil ― termasuk di parlimen Sungai Besar ― tidak menjejaskan peluang BN kerana negarawan itu sudah pun hilang wibawanya.

Malah, dakwa menteri pelancongan dan kebudayaan lagi, Dr Mahathir hanya akan merosakkan lagi peluang parti yang cuba dijuarainya.

“Itu banyak membantu kita. Tiada yang mempercayainya lagi. Dia bukan lagi negarawan.

“Ramai yang sudah hilang kepercayaan padanya dan juga pada perwatakannya yang tidak selayaknya,” katanya.

Dua pilihan raya itu akan diadakan antara 5 hingga 18 Jun ini susulan kekosongan yang ditinggalkan wakil-wakil rakyatnya yang terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak awal bulan ini. - asd



Read More...

Wednesday, 25 May 2016

Polis Tangkap 'Keluang Man' Kerana Hina TMJ



Polis menahan seorang individu susulan tulisan di Twitter yang didakwa menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Masyhur Abdullah, 29, yang menggunakan identiti “Keluang Man” di atas talian ditahan di Kuala Lumpur pagi ini.

Ketua Polis Johor Wan Ahmad Najmuddin mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Dia ditangkap di Kuala Lumpur, dan harus dibawa balik ke Johor Bahru dan kita harus mohon reman untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Keluang Man dikatakan mengeluarkan perkataan menghina itu sebagai reaksi terhadap gambar manipulasi grafik yang memaparkan TMJ yang sedang makan gajah kecil bertulis CEO.

TMJ dikatakan merujuk kepada bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) pasukan bola sepak Pahang Ahrizal Hasan selepas perlawanan dengan JDT sebelum itu.

Pahang memakai gelaran Tok Gajah dalam arena bola sepak Malaysia.

Tunku Ismail Kemudian menjelaskan gambar itu tiada tujuan peribadi.

Seksyen 233 berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh dikenakan denda sehingga RM50,000, dipenjarakan sehingga setahun atau denda RM1,000 setiap hari kesahan berlaku setelah sabitan kes.

Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP