Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) menafikan laporan portal Free Malaysia Today (FMT) memetik dirinya berkata suspek yang terlibat dalam kes cubaan bunuh Pengerusi Mywatch, R. Sri Sanjeevan merupakan rakannnya sendiri.
Menurut Ketua Polis Negara (KPN) itu, ketika sidang media berlangsung semalam beliau langsung tidak menyebut tentang suspek tersebut.
"Dalam sidang media semalam saya tidak pernah mengatakan Sanjeevan dibunuh oleh rakannya sendiri, laporan dari FMT itu tidak benar, katanya melalui akaun Twitter milik beliau.
"Sebelum membuat pelbagai andaian biar kami siasat kes ini sehingga kami dapat mengumpulkan maklumat mengenai kejadian ini," kata beliau lagi.
Bagaimanapun beliau memahami kebimbangan orang ramai terhadap kes bunuh yang semakin meningkat kebelakangan ini.
"Benar ia merisaukan semua orang dan PDRM melakukan sebaik mungkin bagi memastikan keselamatan kita juga menyeru orang ramai untuk bersama dengan kita membanteras jenayah ini," Abdul Khalid berkata.
Semalam FMT melaporkan Khalid memberitahu suspek yang disyaki terbabit dalam kes cubaan membunuh Sanjeevan dipercayai rakanya sendiri.
Mengikut laporan itu tersebut KPN dilaporkan berkata siasatan awal membawa kepada petunjuk yang mengejutkan kerana suspek bukan merupakan penembak upahan tetapi adalah rakan kenalan itu sendiri.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut ekoran siasatan sedang dijalankan diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah.
Sabtu lalu Sanjeevan ditembak oleh seorang dari dua lelaki berhenti di satu persimpangan di Bahau, Jempol.
Sebelum kejadian itu, Sanjeevan ada membuat laporan polis mengenai ancaman nyawa terhadapnya.
Mangsa dikatakan merancang membuat pendedahan berkaitan dakwaannya mengenai sebahagian pegawai polis terbabit dalam sindiket jenayah berat.
Pada masa ini, Sanjeevan masih dirawat di hospital dan keadaannya dilapor stabil. - 31 Julai, 2013.
Wednesday, 31 July 2013
KPN nafi mengatakan suspek tembak Sanjeevan merupakan rakannya
Inilah Kerja Jahat Umno..
Nilah kerja jahat UMNO yg tak sudah sudah menyebarkan fitnah dan menanam doktrin perkauman dikalangan pelajar IPTA yg dikenali menjadi lubuk mereka.. yang ni dianjurkan oleh HEP Uitm Manjong, Perak....DAP dilabelkan anti Melayu sedangkan UMNO yg merantai minda serta membelenggu jiwa Melayu dicanangkan sebagai Hero Melayu.....
- canang
Muhyiddin: Bukan Islam perlekeh agama kita
Tindakan segelintir pihak yang menyentuh sensitiviti masyarakat Islam akhir-akhir ini diharap tidak berlarutan sehingga mencetuskan ketegangan seperti berlaku di negara Islam lain, kata Tan Sri
Muhyiddin Yassin.
Perbuatan itu, kata timbalan perdana menteri, tidak seharusnya berlaku dalam keadaan negara yang ketika ini aman dan tenteram.
"Ini menunjukkan tidak ada persefahaman dan pengertian yang mendalam dalam masyarakat. Tiada orang Islam yang mempersendakan agama-agama bukan Islam seperti Kristian, Hindu dan sebagainya.
"Tetapi yang berlaku di sini, bukan Islam telah memperlekehkan dan mempersendakan agama kita," katanya semasa berucap pada majlis berbuka puasa bersama Anak-Anak Rumah Amal Kasih Bestari di Putrajaya semalam.
Sehubungan itu, Muhyiddin berkata tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang sengaja mencemarkan kesucian Islam.
"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri perlu cepat mengambil tindakan supaya kejadian ini tidak terus berulang," kata Muhyiddin.
Terdahulu, pada majlis berbuka puasa anjuran Eden Inc.Berhad itu, timbalan perdana menteri menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 70 anak yatim.
Hadir sama isteri beliau Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Beliau berharap sumbangan itu akan menceriakan lagi sambutan Hari Raya anak-anak yang kurang bernasib baik.- Bernama
Tuesday, 30 July 2013
Akhirnya ROS Batalkan CEC DAP
DAP menyuarakan rasa marah mereka terhadap pengumuman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung keputusan Suruhanjaya Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan parti itu membatalkan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC), sebelum perkara itu dimaklumkan secara bertulis.
Zahid membuat pengumuman itu semalam semalam di majlis berbuka puasa di Putrajaya, tetapi surat daripada ROS kepada DAP hanya dimuktamadkan pagi ini, ketika anggota CEC Anthony Loke pergi ke ibu pejabat suruhanjaya itu untuk pengesahan.
"Kami masih belum menerima notis secara hitam putih. Kami hanya tahu melalui surat khabar," katanya.
Loke (kiri) enggan mengulas lanjut selain mendedahkan bahawa perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat CEC malam esok.
Menurut in Chew Daily, Zahid memberitahu pemberita bahawa ROS tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP berhubung masalah semasa pemilihan jawatankuasa itu sebelum ini.
Zahid juga dilapor menegaskan, beliau tidak campur tangan dengan keputusan ROS.
PANAS - Siapa Pemimpin PAS Yang Bertemu Umno Malam Tadi..??
Lewat tengah malam tadi saya menerima kiriman sekeping gambar. Menurut catatan pengirim gambar ini merupakan satu pertemuan SULIT beberapa tokoh yang mengakui Melayu yang menyokong kuat Umno. Tujuan pertemuan ini adalah untuk membincang perpaduan atau kerjasama antara Umno dengan Pas dan Ngo-Ngo Melayu. Sekurang-kurang dua orang tokoh atau pimpinan Pas turut hadir di dalam pertemuan sulit ini. Mungkin dengan penyiaran gambar ini boleh membantu atau ada orang boleh memberi pencerahan apakah sebenarnya berlaku dalam pertemuan ini dan apakah hasilnya. Apakah puncuk pimpinan tertinggi Pas mengetahui pertemuan ini?
https://www.facebook.com/mohdsayuti.omar?fref=ts
Monday, 29 July 2013
Skandal Scorpene - Jasbir Chahl Jangan Jadi Jaguh Kampung
Hal ini kerana, kata Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah, keterangan Jasbir di mahkamah lebih penting berbanding penjelasan beliau tentang hubungan antara wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda.
“Jasbir tidak perlu mengulas hubungan mereka berdua kerana beliau memang tiada kaitan dalam isu itu tetapi apa yang kita tahu daripada latar belakang kes, Jasbir adalah individu pertama yang memulakan rundingan pembelian kapal selam Scorpene seperti didedahkan siasatan pihak berkuasa Perancis.
“Kita juga tahu Jasbir kemudiannya bertindak menyaman Razak di mahkamah selepas berlaku pertikaian antara mereka kerana antara tahun 1997 dan 1998, Razak dengan bantuan Datuk Seri Najib Razak ketika itu sebagai Menteri Pertahanan mengambil alih rundingan yang dijalankan oleh Jasbir,” ujarnya kepada Suara Keadilan.
Menurut Ahli Parlimen Subang itu, kenyataan Jasbir itu sekaligus mendedahkan bahawa siasatan di Perancis masih berlangsung dan menunjukkan usaha NGO Suaram membangkitkan isu ini di Malaysia masih relevan diteruskan.
Sunday, 28 July 2013
Pengarah ROS Ini Sanggup Jadi Barua..
Kenyataan Media oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 27 Julai 2013.
Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) Datuk Abdul Rahman Othman (gambar) mesti membuktikan bahwa ahli DAP berharap untuk menubuhkan parti baru, atau beliau akan dihadapkan di mahkamah kerana bertindak jahat dan telah prejudis hendak mengharamkan DAP dengan apa cara sekali pun dengan pemalsuan dan pembohongan yang direka-reka. Datuk Abdul Rahman berkata ROS tidak akan melayan permohonan oleh ahli DAP untuk menubuhkan sebuah parti baru.
Ini keterlaluan kerana pimpinan DAP langsung tidak menimbangkan mahupun mambangkitkan cadangan untuk menubuhkan sebuah parti baru di dalam atau diluar mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). DAP kesal dengan tindakan Datuk Abdul Rahman yang secara sedar membuat pembohongan sedemikian di saat beliau berpuasa di bulan Ramadan. ROS telah membiarkan dirinya dipergunakan sebagai alat politik UMNO bagi mengalahkan DAP di saat UMNO tidak mampu mengalahkan DAP dalam pilihanraya umum dengan membatalkan pendaftaran DAP.
Jelas sekali bahawa Datuk Abdul Rahman telah membuat keputusan awal berkaitan isu tersebut sebelum siasatan selesai dan memang bersungguh-sungguh mahu mengharamkan DAP. DAP akan menentang usaha terbaru BN untuk menghancurkan DAP ini di dalam dan luar mahkamah. DAP akan bertahan dengan usaha tidak bertanggungjawab untuk mensabotaj mandat popular rakyat melalui pilihanraya yang telah memberi DAP 38 kerusi Parlimen dan 107 kerusi DUN, sehingga menjadi parti politik kedua terbesar di Malaysia.
DAP sentiasa bekerjasama sepenuhnya dengan pihak ROS dan memberi apa sahaja maklumat yang diperlukan dan DAP tidak ada apa-apa untuk disembunyikan. Di atas permintaan Datuk Abdul Rahman, saya telah bertemu dengan beliau di Pejabat Ketua Menteri di Pulau Pinang bersama Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP sebelum pilihanraya umum. Tidak ada pun Datuk Abdul Rahman bercakap tentang melakukan pemilihan semula CEC bagi menyelamatkan parti. Sebaliknya Datuk ABdul Rahman memberi jaminan bahawa beliau tidak akan membuat sebarang keputusan sehingga siasatan selesai dijalankan.
Namun dengan bertindak prejudis terhadap isu ini, Datuk Abdul Rahman jelas memungkiri janji. DAP telah dengan jujur mengakui kesilapan yang dibuat ketika mengumumkan keputusan pemilihan tanpa tekanan daripada mana-mana pihak. Jelas sekali ROS besungguh mahu menghukum DAP kerana ia bertindak jujur.
DAP telah mengarahkan peguam kami untuk melihat kepada penipuan terbaru oleh Datuk Abdul Rahman ini dan menimbang kemungkinan untuk mengambil tindakan saman fitnah terhadap beliau dan akhbar The Star kerana membuat pembohongan kononnya kami ada menyatakan harapan untuk menubuhkan sebuah parti baru.
LIM GUAN ENG
Umno Pulau Pinang Kesal Gagal Kuasai Masjid
BALIK PULAU - Umno Negeri Pulau Pinang kecewa dengan tindakan kariah beberapa masjid di negeri ini cuba memanipulasi keputusan pemilihan jawatankuasa dengan melantik individu yang memperoleh undian sedikit untuk memegang jawatan.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata tindakan itu, yang dilihat sebagai cuba menafikan hak individu yang menang dalam pemilihan jawatankuasa kariah masjid, merupakan tindakan tidak berhemah dan tidak adil.
"Umno Pulau Pinang memang memandang serius hal ini, menafikan hak orang yang menang, orang yang dapat undian sedikit diberi jawatan manakala yang menang tidak diberikan jawatan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan itu di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya kini mengumpulkan maklumat berhubung perkara itu dan meminta Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang menyiasat aduan berkenaan.
"Di seluruh Pulau Pinang terdapat 207 masjid, dan daripada aduan yang diterima, terdapat tiga hingga empat masjid dalam sesebuah kawasan Dewan Undangan Negeri yang memanipulasi keputusan pemilihan jawatankuasa kariah itu," katanya.
Dalam perkembangan lain, Zainal Abidin berkata badan perhubungan itu kini memperhalusi proses pemilihan parti di peringkat cawangan dan bahagian bagi memastikan ia berlangsung lancar.
"Terdapat hampir 6,000 perwakilan yang akan membuat pemilihan di peringkat pucuk pimpinan parti tertinggi kali ini, jadi ia memerlukan penelitian yang lebih rapi agar mekanisme baru itu lebih teratur," katanya.
Beliau juga berkata Umno Pulau Pinang akan menjadi pembangkang yang konstruktif dalam memastikan tugas menjaga kebajikan rakyat di negeri ini dapat dilaksana dengan sempurna.
"Kami menerima hakikat bahawa majoriti rakyat negeri ini telah memberi mandat kepada pihak pembangkang dan kami tetap akan melaksanakan tanggungjawab kami sebagai wakil rakyat demi kesejahteraan hidup di masa depan," katanya.
- Bernama
Friday, 26 July 2013
Jawapan Peguam Pas Kepada Ketua Pas Gombak Yang Cuba Jadi Hero
"Kenyataan Balas JUHAM terhadap Kenyataan Ketua Pemuda PAS Gombak"
Kenyataan Ketua Pemuda PAS Gombak yang dilihat seakan-akan cuba untuk menjadi hero dan ingin dilihat sebagai "pembela presiden" tatkala Tuan Guru Haji Hadi Awang diugut untuk disaman berhubung isu pil kuda adalah suatu tindakan yang gopoh dan tidak bertempat.Malah, Ketua Pemuda Gombak dilihat cuba untuk mengheret sama para Peguam Pas dalam kenyataan beliau termasuk JUHAM secara langsung apabila beliau menyatakan "Saya ternanti-nanti dan menunggu respon daripada pimpinan PAS yang banyak pengalaman berlatarbelakangkan perundangan dan peguam beserta lajnah dan jabatan yg berkaitan undang-undang di dalam PAS".
JUHAM ingin menasihati Ketua Pemuda Gombak agar merujuk kepada peguam terlebih dahulu sebelum memberikan komen sebegini agar tidak dilihat gopoh dan jahil undang-undang.
Timbalan Ketua Pemuda iaitu YB Nik Mohamad Abduh sendiri telah menasihatkan pemuda agar tidak gopoh. Namun Ketua Pemuda Gombak nampaknya telah ingkar dengan saranan Timbalan Ketua Pemuda beliau sendiri.
Kenyataan jahil undang-undang sebegini tidak akan timbul jika beliau lebih berhati-hati dalam memberikan komen sebegini. Apatah lagi, Ketua Penerangan di kawasan beliau sendiri adalah graduan undang-undang. Namun Ketua Pemuda Gombak nampaknya lebih selesa untuk berlagak seperti hero membela Presiden. Lebih-lebih lagi tatkala PAS akan berhadapan pemilihan pimpinan pada muktamar tidak lama lagi.
Dalam soal saman fitnah, unsur ugutan untuk menyaman langsung tidak memberikan sebarang nilai kepada undang-undang. Malah, unsur ugutan seperti ini lazimnya tidak akan timbul sekiranya orang yang ingin menyaman itu benar-benar mempunyai keinginan untuk memfailkan saman.
Sekiranya saudara Shamsul benar-benar ingin memfailkan saman, sudah lama saman itu difailkan.Malah, saudara Shamsul juga langsung tidak memberikan sebarang notis tuntutan kepada Presiden. Justeru, adalah suatu tindakan yang tidak cerdik dan membuang masa untuk JUHAM mahupun Lajnah Undang-undang PAS menjawab kepada sesuatu kenyataan yang tidak mempunyai merit di sisi undang-undang.
Jila dilihat kepada kenyataan ugutan itu, ia timbul secara tiba-tiba tatkala kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Besut semakin memuncak. Maka sudah terang lagi bersuluh, kenyataan itu tidak lain dan tidak bukan adalah bermotifkan politik semata-mata.Jadi, hanya mereka yang buta politik sahaja akan bersikap gopoh dan melompat terkinja-kinja untuk melayan kenyataan politik sedemikian. Apatah lagi, melayan kenyataan politik sedemikian hanya akan memberikan bola tanggung kepada Barisan Nasional untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat.
Adalah diingatkan bahawa sekiranya benar saman fitnah difailkan terhadap Presiden, Ketua Pemuda Gombak tidak perlu khuatir kerana JUHAM mahupun Lajnah Undang-undang PAS secara pantas akan membela serta mewakili Presiden tanpa perlu diarah dan dipaksa. Track record para peguam PAS telah pun membuktikannya.Malah, JUHAM amat menanti-nantikan Saman itu difailkan, kerana JUHAM bukan sahaja ingin membela Presiden, malah JUHAM akan mengheret sama pihak ketiga yang memberikan maklumat tentang pil kuda itu kepada Presiden untuk sama-sama dijadikan pihak ketiga dalam tindakan Saman tersebut. Maka biarlah rakyat melihat dan menilai siapakah individu yang berselindung di belakang nama Presiden dalam memberikan maklumat sedemikian tatkala semua jari menunding kepada Presiden seorang diri apabila timbulnya isu calon pil kuda tersebut.Perlu diingat bahawa JUHAM hanya akan memberikan respon kepada sesuatu isu undang-undang yang mempunyai merit di sisi undang-undang dan berlandaskan fakta, bukannya melayan karenah politik murahan sebegini.Oleh itu, jika Ketua Pemuda Gombak ingin terus dilihat sebagai hero, silakanlah dengan segala hormatnya. Namun, janganlah diheret sama JUHAM, Lajnah Undang-undang serta peguam PAS dalam karenah politik sebegini.
Ini kerana JUHAM tidak berminat dengan politik murahan menjelang pemilihan nanti tatkala pihak JUHAM sedang sibuk dengan pelbagai isu undang-undang yang lain terutamanya Petisyen Pilihan Raya yang sedang rancak berjalan di seluruh negara.JUHAM dan para peguam PAS sudah lali dan sudah terbiasa dengan rasa tidak dihargai atas segala keringat yang kami curahkan walaupun tenaga serta harta kami dilaburkan tanpa henti.
Semuanya kerana Islam, PAS serta Presiden yang kami sayangi. Para peguam PAS tidak terbiasa dengan kenyataan bersifat "membodek" untuk mempamerkan rasa cinta kami kepada Presiden. Hanya tenaga serta harta yang kami curahkan menjadi saksi di hadapan Allah
Kuala Besut - Kuala Ujian
Saya membaca keputusan Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut melalui akhbar tempatan hari ini yang menyaksikan PAS gagal menawan DUN Kuala Besut daripada penguasaan UMNO/Barisan Nasional.
Dalam erti kata lain, tawaran PAS kepada rakyat Kuala Besut untuk posisi 16 : 16 ditolak oleh rakyat DUN Kuala Besut yang mengambil keputusan untuk terus memangkah UMNO kelmarin.
Saya secara peribadi tidak terkejut dengan keputusan ini. Pengalaman saya turun beberapa kali membantu calon PAS berkempen dalam pilihanraya kecil ini termasuk meninjau suasana hari pengundian memberikan gambaran kepada saya suasana kehidupan masyarakat di DUN ini.
Kehidupan rata-rata rakyat Kuala Besut yang mencari pendapatan sebagai nelayan memberikan peluang yang cerah kepada UMNO/Barisan Nasional menabur sebanyak mungkin projek dan habuan wang ringgit. Inilah rahsia sebenar kekuatan UMNO.
Kesusahan dan kesempitan hidup rakyat diambil kesempatan sehabis mungkin bagi memberikan kemenangan kepada mereka. Perhatikan sahaja di seluruh Malaysia ini, kesemua ibu negeri ditawan oleh Pakatan Rakyat kecuali dua sahaja jatuh ke tangan Barisan Nasional.
Secara logiknya, ibu negeri tentulah tempat berhimpunnya tenaga cerdik pandai dan berpendidikan tinggi. Dan di sinilah UMNO/Barisan Nasional gagal kerana kekuatan wang dan kebendaan ada sempadannya.
Di sinilah letaknya tugas PAS selaku parti yang membawa mesej perjuangan Islam.
Di Kuala Besut yang rata-rata penduduknya bergantung kepada pencarian mata pendapatan cara kampung berada dalam tekanan hidup yang tinggi dan sukar untuk membuat pilihan yang terbaik untuk taraf kehidupan mereka sendiri dalam jangka masa panjang. Apatah lagi untuk berfikir demi kepentingan agama.
Pada saya, apa yang disebut sebagai penyakit ghaplah (lalai) merajai benak fikir rata-rata penduduk sehingga mengenepikan tanggungjawab terhadap agama mereka sendiri.
Inilah tugas gerakan Islam. Menyambung tugas Rasulullah SAW yang memikul tugas menghapuskan penyakit ghaplah ini.
Firman Allah SWT yang bermaksud : “Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.” – Surah Yasin, ayat 6.
Perbezaan utama Kuala Besut dengan Pasir Puteh di Kelantan ialah budaya ilmu. Daripada budaya ilmu inilah akan lahirnya masyarakat yang sentiasa beringat-ingat tentang dosa dan pahala.
Sebab itu di antara perkara terawal yang dilakukan di Kelantan setelah PAS mengambil alih teraju pemerintahan pada tahun 1990 ialah menubuhkan Unit Halaqat. Ini bukan satu kerja sambil lewa kerana hanya mahu mengharapkan peruntukan kerajaan.
Ia sebenarnya misi kerajaan negeri untuk mendidik rakyat melalui pembudayaan ilmu di masjid-masjid yang dikendalikan oleh Unit Halaqat.
Manusia apabila berilmu akan menolak UMNO/Barisan Nasional yang jelas dan terang melawan aspirasi perjuangan Islam. Bukan mereka menolak UMNO/Barisan Nasional dengan emosi dan taksub, tetapi mereka menolak dengan pertimbangan ilmu yang dipelajari.
Dengan ilmu, mereka membezakan intan dan kaca. Tanpa ilmu, jiwa akan kosong umpama tin kosong yang hanya dipenuhi oleh sampah sarap. Lihat sahaja dakwah Rasulullah SAW di Mekah, ditolak habis-habisan oleh masyarakat Mekah yang rata-ratanya hidup dalam permusuhan panjang dan konflik sosial yang tinggi.
Namun di Madinah yang agak maju sedikit dengan perkembangan ilmu dengan kehadiran ahli Kitab, Islam mudah diterima oleh penduduk di sana. Nyata sekali Kuala Besut adalah ‘kuala ujian’.
Ujian untuk penduduknya yang ditawarkan pembangunan ratusan juta yang akhirnya ramai yang lemas di ‘kuala ujian’ ini. Ia juga medan ujian kepada petugas-petugas parti PAS yang datang dari seluruh negara namun akhirnya terpaksa menerima keputusan tewas pada malam tadi.
Hakikatnya, ini bukan kali pertama PAS tewas di dalam pilihanraya. Saya mendoakan kesemua petugas parti PAS yang berpenat lelah di bulan Ramadhan ini demi kemenangan calon mereka diberikan ganjaran oleh Allah SWT.
Inilah bekal kita yang paling berharga iaitu kita mengharapkan pahala daripada Allah SWT. Perhatikanlah ayat al-Quran yang bermaksud : Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada Allah apa yang mereka tidak harapkan.. (Surah al-Nisa’ ayat 104).
Kita bertanding di dalam pilihanraya untuk menang. Kita mungkin sedih jika tewas, tetapi jangan sesekali kita kecewa. Segera bangkit dan meneruskan perjuangan kerana perjuangan Islam sekiranya berpijak di lantai ikhlas pasti dihadiahkan dengan pahala!
Salam hormat.
Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh : 16 Ramadhan 1434H bersamaan 25 Julai 2013M
Thursday, 25 July 2013
Kemenangan BN Di Kuala Besut Petanda Muhyiddin Bakal Tersisih..?
PM: Kemenangan BN bukti Umno masih menyerlah
Justeru itu, Perdana Menteri berkata usaha untuk memperkukuhkan Umno akan terus diperkasa supaya mampu menambah keyakinan rakyat terhadap BN.
"Alhamdulillah..BN telah menang di Kuala Besut dan terima kasih kepada semua pengundi di Kuala Besut yang telah menyokong BN.
"Insya Allah kita akan tunaikan semua janji-janji pilihan raya kita ," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama sahabat, ketua bahagian, Puteri, Pemuda dan Wanita Umno di Seri Perdana di sini.
Najib berkata demikian ketika mengulas kemenangan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dengan majoriti 2,592 undi ke atas calon PAS, Endot@Azlan Yusof pada PRK Kuala Besut.
Beliau melahirkan keyakinan dengan kredibiliti Tengku Zaihan, 37, untuk terus berkhidmat kepada masyarakat setempat.
"Saya yakin beliau tokoh muda yang berkebolehan. Ini petanda baik sokongan rakyat terhadap BN.
"Pertambahan majoriti kemenangan menunjukkan prestasi yang menggalakkan dan semoga ianya dapat memberikan semangat yang lebih kepada semua anggota BN untuk menambah sumbangan dan daya juang," katanya.
- Bernama
Monday, 22 July 2013
Syarikat AES Diburu Pihak Bank Kerana Gagal Jelaskan Hutang
Kedua-dua syarikat ini dikejar oleh bank-bank kerana gagal membuat bayaran balik pinjaman mengikut jadual akibat ditimpa masalah aliran tunai berjumlah jutaan ringgit, lapor The Edge.
Mengikut kontrak yang ditandatangani dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kedua-dua syarikat ini harus menyediakan perkhidmatan kepada unit penguatkuasaan JPJ secara berterusan, tanpa gangguan.
Mereka sepatutnya menyediakan perkhidmatan itu kepada JPJ sejak bulan September lalu sehingga tamat tempoh lima tahun kontrak di mana penyerahan peralatan akan dilakukan.
Menurut sumber, sebuah bank komersial terkemuka, mengambil tindakan membeku akaun salah sebuah syarikat itu apabila gagal membuat bayaran balik pinjaman.
Beta Tegah dan ATES telah berusaha untuk mengadakan rundingan dengan Kementerian Pengangkutan dan JPJ tentang masa depan projek itu berikutan masalah kekangan aliran tunai.
Carian di laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati Beta Tegap sedang menanggung kerugian terkumpul sebanyak RM7.62 juta pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012.
Jumlah saham modal yang dikeluarkan Beta Tegap ialah sebanyak RM19 juta. Empat pemegang saham syarikat ini terdiri daripada Tan Sri Nik Ismail Nik Mohamed, Yap Kim See@Yap Ai Lin, Rozana Redzuan dan Adreas Teoh.
Rozana ialah pemegang saham terbesar dan beliau adalah anak kepada seorang tokoh Umno dari negeri Johor.
Sementara kedudukan kewangan ATES tidak diketahui kerana syarikat itu hanya menghantar akaun sehingga Mei tahun lalu. Para pemegang sahamnya ialah pengarah syarikat Chee Chwee Cheong dan A.T.E.S. Sdn Bhd.
Selain dari Chee, pengarah lain ATES ialah Lawrence Foong, yang merupakan bapa mertua Chee. Chee adalah pengasas syarikat perunding Etos Consulting, di mana Omar Mustapha adalah rakan kongsinya. Omar pula ada hubungan rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dari segi pembahagian kawasan operasi, perkhidmatan Beta Tegap meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.
Sementara kawasan operasi ATES pula meliputi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Sarawak, Sabah dan Labuan.
-freemalaysiatoday-
Umno Kunci Surau Di Kuala Besut
Surau tersebut dibina atas tanah milik persendirian dan sebelum ini ianya ditinggalkan kerana ketiadaan imam dan bilal yang ingin bertugas secara sukarela.
Dewan Ulama' PAS Kawasan Setiu telah menghidupkan surau tersebut akan tetapi surau itu telah dikunci selepas dua hari ia diimarahkan. Surau tersebut telah dikunci bagi mengelakkan sesiapa memasukinya.
Perbuatan tersebut dipercayai dilakukan oleh pihak yang berkaitan dengan UMNO.
Ia turut mnyebabkan satu majlis kesyukuran yang dirancang di surau tersebut terpaksa ditukarkan ke tempat lain.
Haji Omar Sidek antara ahli PAS yang sama-sama cuba mengimarahkan surau itu mengzahirkan rasa terkilan atas tindakan tersebut.
Malahan baginya,penduduk seharusnya bersyukur dan sama-sama mengimarahkan surau tersebut bersama ahli PAS.
- Mutaligat
Sunday, 21 July 2013
MCA, Gerakan dan SUPP akan bergabung Oktober ini
Berikutan prestasi buruk pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Gerakan, MCA dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bercadang untuk bergabung sebagai sebuah parti berasaskan kepentingan kaum Cina.
Pemangku Presiden Gerakan, Chang Ko Youn, berkata ia akan dilakukan selepas pemilihan parti dengan ketiga-tiga parti itu kekal bersama Barisan Nasional (BN).
“Saya bersama-sama Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek dan Presiden SUPP, Datuk Peter Chin sudah berbincang hal ini beberapa kali kebelakangan ini.
"Bagaimanapun, keputusan hanya akan dibuat selepas semua parti memilih kepimpinan baru masing-masing. Mungkin selepas Oktober," kata dipetik dari Mingguan Malaysia, hari ini.
MCA ialah parti berasaskan kaum Cina semata-mata tetapi Gerakan dan SUPP mempunyai ahli secara minoriti dari etnik lain.
“Tumpuan sekarang kepada MCA dan Gerakan untuk menyelesaikan isu dalaman masing-masing. Untuk menubuh parti baru bukan mudah dan ia bukan soal MCA masuk Gerakan atau Gerakan masuk MCA," katanya.
Beliau berkata, penggabungan ketiga-tiga parti itu seterusnya harus mengguna pakai konsep keahlian semua kaum berikutan ahli Gerakan dan SUPP terdiri dari pelbagai kaum.
Ini bermakna, katanya, MCA harus melakukan perubahan.
“Ada syaratnya. MCA mesti meminda perlembagaan parti dari berasaskan kaum kepada pelbagai kaum. Kemudian, barulah isu lebib terperinci sebagai sebuah parti," kata Chang.
Selasa lalu, Naib Presiden MCA, Donald Lim yang mengakui tahu mengenai perbincangan dengan Gerakan dan SUPP, yakin BN hanya hanya ada satu parti Cina sebelum PRU14.
Gerakan dan MCA akan mengadakan pemilihan parti pada 26 Oktober dan 21 Disember manakala pemilihan bagi SUPP dijangka berlangsung pada 2014.
Chang berkata, isu penggabungan Gerakan dan MCA sudah kedengaran sejak 1980-an tetapi kedua-dua parti tidak pernah mencapai persetujuan bersama.
Saturday, 20 July 2013
RM324 Juta Untuk Pertahan Dun Kuala Besut
BESUT: Ahli Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu Barisan Nasional telah mengeluarkan peruntukan melalui janji sebanyak RM324 juta sepanjang sembilan hari berkempen.
Beliau tidak menolak jumlah itu akan terus meningkat sehingga saat-saat akhir menjelang pengundian pada 24 Julai nanti yang melibatkan pemberian wang tunai.
"Dua hari lepas BN telah berbelanja melalui perjanjian projek di Kuala Besut ini sebanyak RM288 juta, namun sehingga hari ini iaitu sembilan hari berkempen sebanyak RM324 juta telah dijanjikan.
"Jika mereka merasakan kempen kita kuat maka mereka akan salurkan peruntukan yang besar sehingga akhir kempen dan sehari sebelum mengundi sudah pasti ada pemberian tunai kepada pengundi untuk mereka meraih undi," jelas beliau selepas sidang media di Markas Utama PAS, Kampung Baharu.
Dr Dzulkefly menyifatkan aktiviti menyogok pengundi adalah tidak wajar dan ia merupakan satu jenayah pilihanraya.
"Mereka menggunakan wang untuk meraih undi dan kita tidak mampu melawan dari sudut tersebut.
"Apa yang kita bawa untuk rakyat adalah kelebihan serta manfaat yang diperolehi rakyat apabila keseimbangan kerusi 16:16 di Dewan Undangan Negeri.
"Kita jelaskan kepada rakyat melalui keseimbang kerusi kita dapat bertindak sebagai semak imbang untuk setiap keputusan serta projek yang dilakukan oleh kerajaan," sambungnya lagi.
Beliau yang turut berkempan dan membuat penerangan mengenai keberkesanan kedudukan kerusi 16:16 memberitahu, rakyat mula memahami serta menerima apa yang mereka perolehi jika kedudukan kerusi ini direalisasikan.
"Saya melawat semua tempat peti undi, isyarat sudah mula diterima oleh pengundi dan mereka mulai faham kenapa perlunya 16:16.
"Bukan mustahil untuk kita melakukan kejutan pada PRK kali ini, sasaran kita untuk mengurangkan majoriti telah kita capai dan sekarang kita perlu kerja keras untuk memastikan 16:16 ini bukan satu mimpi," kata beliau lagi.
Beliau yang berharap agar pengundi Kuala Besut tidak melepaskan peluang yang diperolehi ini bagi memastikan Terengganu yang akan datang lebih baik dari sudut pentadbiran
PRK Kuala Besut - Undi Awal 1,148, Kompom BN Akan Menang Lebih 2,000 Undi
Seramai 1,134 anggota tentera dan pasangan serta 14 anggota polis layak melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut yang berlangsung hari ini.
Mereka melaksanakan tanggungjawab itu menerusi dua saluran yang dibuka di Dewan Serba guna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak.
Undian awal itu juga menyaksikan pengundi mencelup jari ke dalam dakwat kekal, berbanding kaedah mencalit pada kuku semasa pilihan raya umum Mei lalu.
PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar, 55, meninggal dunia 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.
Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku ABd Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 24 Julai ini sebagai hari pengundian bagi 16,534 pemilih biasa.
- Bernama
PRK Besut - Umno Ugut Guru Sokong Pakatan Rakyat
BESUT: Guru-guru yang didapati tidak cenderung kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu baru-baru ini dipanggil pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Pejabat Pelajaran Negeri (JPN).
Beberapa guru ketika ditemui di sini mendakwa ketika dipanggil memberi keterangan kepada pegawai di PPD dan JPN, mereka dituduh memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat.
Kata mereka ada bukti bergambar yang ditunjukkan kononnya guru tertentu berada di tempat kempen pembangkang.
“Malah ada guru yang diugut untuk ditukar ke Sabah dan Sarawak kerana menyokong Pakatan Rakyat. Harapan mereka dengan ugutan itu dapat mengelakkan guru-guru terbabit memberi sokongan kepada Pakatan.
“Namun ramai guru yang hadir memilih tidak berdiam diri kerana mereka peliknya mengapa guru-guru yang berkempen secara terang-terangan menyokong calon BN tidak diambil tindakan serupa,” katanya ketika ditemui di sini.
Menurutnya juga ada guru yang sebelum ini diketahui ramai menyokong kuat Umno di kampungnya juga dipanggil kerana didakwa kelihatan calon Pakatan Rakyat datang ke rumahnya.
Sedangkan kata beliau calon terbabit adalah anggota keluarga guru terbabit.
Seorang lagi guru berkata, biar pun ditekan namun rata-rata guru di seluruh negara boleh dibilang dengan jari yang menyokong Umno.
Kata beliau biar pun ditekan dengan pelbagai gangguan politik, guru-guru tidak berminat lagi untuk menyokong BN kerana mengetahui banyak penyelewengan dan masalah kepimpinan parti itu.
Friday, 19 July 2013
Tolak Menteri Bangang Bersifat Perkauman
Lim Guan Eng mahu Kabinet menolak kenyataan perkauman Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menyokong Pengerusi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali untuk membakar Bible dan Kabinet akan dilihat sebagai gagal mewakili suara rakyat Malaysia jika gagal melakukannya.
Setiausaha Agung DAP itu berkata, Abdul Rahman menyatakan kenyataan Ibrahim sebagai membetulkan kesalahan cetakan Bible dan membakar kitab itu adalah tindakan tepat kerana orang Islam membakar naskhah al-Quran sekiranya tersilap cetak.
"Kenyataan ini mengejutkan kerana bagaimana penyokong perkauman seperti Ibrahim mahu membakar Bible bagi tujuan membetulkannya?
"Seperti orang bukan Islam lain tidak dibenarkan membakar kitab suci agama lain, Ibrahim juga tidak patut dibenarkan membakar Bible sebagai protes kepada penganut agama Kristian," jelas Lim dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Beliau mempersoalkan kenyataan Abdul Rahman yang memetik Ibrahim membakar Bible mengandungi kalimah Allah tidak adil untuk dibandingkan dengan kes bloger seks Alvin dan Vivian menghina orang Islam.
"Kegagalan mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali menunjukkan penghinaan kepada bukan Islam adalah dibenarkan.
"DAP menyatakan sokongan terhadap menghukum pasangan menghina agama lain, tetapi mengapa anti bukan Islam seperti Ibrahim yang mengugut mahu membakar Bible tidak dihukum sebagai menggugat keharmonian antara agama?” katanya.
Lim berkata, rakyat Malaysia turut mempertikaikan pasangan blogger itu dihukum bersabit kiriman di Facebook namun tiada tindakan dikenakan terhadap calon Barisan Nasional (BN) Shah Alam Datuk Zulkifli Nordin berhubung kenyataan anti-Hindu di YouTube.
"Jelas BN mengamalkan pilih kasih dan pertuduhan terpilih dengan menghukum kenyataan ke atas orang Muslim dan tidak bukan Islam," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menyifatkan kenyataan Abdul Rahman tidak berteraskan semangat 1Malaysia namun melihatkan Malaysia sebagai 1bangsa dan 1agama.
“Perlakuan Ibrahim menunjukkan sikap hipokrit pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan mengambil tindakan kepada Alvin dan Vivian namun tidak mengambil tindakan ke atas kenyataan Ibrahim,” katanya.
Beliau berkata, ini jelas penghinaan kepada Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan hak saksama dilindungi di bawah undang-undang Malaysia. – 19 Julai, 2013. - TMI
Raja Nong Chik Saman Nurul Izzah
Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin memfailkan saman terhadap anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan dua lagi atas dakwaan menerbitkan kenyataan fitnah berhubung pembelian tanah di Bukit Kiara.
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil pada 17 Julai lepas melalui Tetuan Raja Riza & Associates.
Beliau menamakan Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR, Mkini Dotcom Sdn Bhd, pemilik portal berita Malaysiakini dan wartawan Malaysiakini Lu Wei Hoong, sebagai defendan.
Media memperoleh writ saman itu hari ini.
Peguam M.Reza Hassan memberitahu pemberita bahawa kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 19 Ogos ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Yeoh Wee Siam.
Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Nong Chik, 60, mendakwa Nurul Izzah, 33, telah mengeluarkan kenyataan fitnah serta palsu berhubung pembelian tanah itu pada sidang akhbar di Bangunan Bakti, Taman Tun Dr Ismail di sini, sehari sebelum hari pengundian pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Raja Nong Chik mendakwa kenyataan Nurul Izzah itu telah diterbitkan di lamanweb Malaysiakini pada hari sama iaitu 4 Mei lepas.
Beliau memohon perintah injunksi agar defendan-defendan sama ada melalui dirinya atau ejen-ejennya dihalang daripada mengeluarkan atau menerbitkan perkataan sama yang menfitnah dirinya.
Beliau juga memohon gantirugi am, teruk, teladan, satu perintah supaya defendan menerbitkan satu permohonan maaf, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Katanya akibat penerbitan kenyataan itu, reputasi dan maruahnya sebagai ahli politik, bekas menteri dan senator yang dihormati di negara ini telah terjejas teruk.
Pada PRU13, 5 Mei lepas, Nurul Izzah menewaskan Raja Nong Chik dengan majoriti 1,847 undi.
- Bernama
Tok Guru Nik Aziz dihalang solat di kem TUDM
Laporan Harakahdaily yang memetik kenyataan Yusoff menyebut, pengurusan kem pada awalnya membenarkan bekas menteri besar Kelantan itu diundang untuk menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut pada malam tadi.
Namun pengurusan kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu bertukar fikiran di saat akhir, kata Yusoff yang menambah, tindakan itu mungkin dibuat atas arahan pihak atasan.
Katanya, perkata itu tidak sepatutnya dibuat kerana pemimpin Umno sebelum ini juga bebas mengunjungi masjid tersebut.
“Kita faham kerana pegawai di kem berkenaan semuanya kawan-kawan saya yang pernah khidmat bersama di TUDM sebelum ini, namun kerana tekanan atasan mereka tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya seperti dipetik Harakahdaily.
Menurut laporan itu lagi, Masjid di kem Tentera Udara Diraja Malaysia itu mengadakan majlis berbuka puasa setiap hari sejak penamaan calon pada Jumaat lepas.
Sedangkan, masjid berkenaan sebelum ini tidak pernah membuat majlis berbuka puasa secara besar-besaran setiap hari, yang terbuka kepada penduduk tempatan, lapor lidah parti PAS itu lagi.
Thursday, 18 July 2013
Musa Aman Terlibat IC Palsu Sabah
Seorang bekas ahli politik Parti Bersatu Sabah mendakwa Dr Chong Eng Leong mendakwa Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman juga terlibat dalam 'Projek IC'.
Chong yang pernah mengarang buku berhubung Projek IC itu mendakwa, Musa mempengerusikan satu jawatankuasa bertindak pada 1991 yang dirancang untuk mendaftar warga asing sebagai anggota Umno selepas pemberian kewarganegaraan.
“Apabila Umno mula memasuki Sabah, pasukan bertindak ini ditubuhkan dan ketuanya tidak lain selain Musa Aman sendiri,” kata Chong dalam persidangan suruhanjaya siasatan diraja berhubung isu imigran Sabah hari ini. - mkini
Gara-Gara Kebodohan Anak, Ibubapa Terpaksa Lari
JOHOR BAHRU – Vivian Lee, wanita yang dikaitkan dengan kontroversi menghina Islam dalam Facebook bersama pasangannya, Alvin Tan dikatakan berasal dari Desa Jaya, di sini.
Semalam, wartawan Sinar Harian cuba menjejak alamat wanita itu. Dalam tinjauan itu, didapati rumah yang beralamat sebagaimana dikatakan alamat keluarga Vivian, didapati seperti tidak berpenghuni.
Sebuah kereta Kancil yang diletakkan di hadapan rumah juga ditutup sekali gus menandakan rumah itu seperti sudah agak lama ditinggalkan.Terdapat beberapa helai pakaian dijemur di hadapan rumah, tetapi jeriji dimangga dari luar.
Hampir sejam menunggu, tiada respons diberikan malah tidak menunjukkan tanda-tanda penghuni ada di dalam. Tinjauan ke belakang rumah juga berkunci.
Jiran-jiran berhampiran juga mendakwa kelibat ibu Vivian yang juga seorang suri rumah dan bapanya yang bekerja di Singapura tidak kelihatan sejak seminggu lalu.
Salah seorang jiran yang enggan dikenali berkata, kali terakhir dia berjumpa ibu Vivian seminggu lalu ketika dia menukar bateri kenderaan miliknya.
Malah, jiran bersebelahan yang menetap di situ sejak 20 tahun lalu yang sedang melakukan kerja ubah suai rumah mendakwa tiada sebarang bunyi atau lampu yang dibuka berkemungkinan penghuni kediaman pulang ke kampung.
Tindakan itu dipercayai susulan kenyataan Vivian dan pasangan yang menghina Ramadan dan mempersenda Islam tersebar di laman sosial dan blog.
Saman AES Dan Formula Bodoh Kerajaan
AES: Formula matematik apa kerajaan guna?
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mendesak Menteri Pengangkutan menjelaskan jumlah pembayaran kutipan kompaun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kepada syarikat penyedia perkhidmatan AES iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd
Penasihat Undang-undang Kase Zulhazmi Shariff berkata, angka-angka yang diberikan oleh Kementeriaan Pengangkutan di Dewan Rakyat amat mengelirukan.
Beliau mempersoal jumlah RM13,550,758 kepada syarikat pembekal AES sedangkan jumlah saman yang telah dijelaskan hanyalah sebanyak 66,735 yang hanya melayakkan syarikat dibayar sebanyak RM1,067,760.00.
"Jika syarikat dibayar RM13,550,758.00 daripada jumlah kompaun keseluruhan RM20,020,500.00 baki yang tinggal ialah sebanyak RM6,469,742.00. Kenapa kerajaan hanya mengambil RM3,429,910.00 sahaja? Ke mana baki RM3,039,832.00?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Tambah beliau juga, jika keseluruhan 673,339 saman telah dijelaskan sekalipun, syarikat tidak layak mendapat RM13,550,758.00 kerana RM16.00 dari setiap 673,339 hanyalah RM10,773,424.00.
Berikut merupakan kira-kira mengikut angka-angka yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan:
SAMAN AES
Jumlah Saman AES (23/09/13 – 11/06/13) = 673,339
Jumlah Kompaun (RM300) = RM20,020,500.00
Jumlah Saman Dijelaskan = 66,735(66,735 x RM300 = RM20,020,500.00)
Formula Tiga Langkah(RM16 x jumlah saman dijelaskan)RM16 x 66,735 = RM1,067,760.00
Jumlah Bayaran kepada Syarikat = RM13,550,758.00
Jumlah Bayaran Kepada Kerajaan = RM3,429,910.00
Jumlah Pembahagian RM13,550,758.00+RM3,429,910.00
------------------------
RM16,980,668.00==============
BakiRM20,020,500.00-RM16,980,668.00
------------------------
RM3,039,832.00===============
Jika semua 673,339 telah dijelaskan 673,339 x RM300 = RM202,001,700
Formula Tiga Langkah (RM16 x jumlah saman dijelaskan) RM16 x 673,339 = RM10,773,424.00
Kase turut mendesak Kerajaan mendedahkan butiran perjanjian yang ditandatangani di antara kerajaan dengan syarikat penyedia perkhidmatan kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat secara langsung.
Wednesday, 17 July 2013
Karpal Buat Laporan Polis Terhadap Menteri Umno
Karpal Singh membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Tajuddin Abdul Rahman kerana menyatakan Pengerusi Kebangsaan DAP itu akan menjadi presiden jika DAP mengambil alih kerajaan persekutuan.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, ucapan Tajuddin di Kuala Besut pada 14 Julai itu mempunyai niat menghasut dan menambah beliau tidak mahukan kejadian seperti ini berulang.
“Polis mesti bertindak terhadap Tajuddin,” kata Karpal sebelum membuat laporan polis terhadap timbalan menteri itu di Balai Polis Tun HS Lee, Kuala Lumpur, hari ini.
Karpal ditemani Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang turut menyelar Tajuddin.
"Ucapan fitnah, hasutan dan berniat jahat oleh Tajuddin adalah salah satu daripada beberapa baru-baru ini. Tetapi tiada tindakan yang diambil terhadap orang seperti ini,” kata Lim.
Tuesday, 16 July 2013
Lantik Kroni Bekal Dakwat - Pengerusi SPR Sudah Goyah
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Yusof menafikan bahawa beliau atau timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar mempunyai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum ke-13.
Beliau menafikan sebarang kaitan di antara beliau atau Wan Ahmad dengan syarikat yang didedahkan MP Pandan Rafizi Ramli, atau dengan pengarah syarikat terbabit, seperti didakwa MP berkenaan dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.
"Saya menafikan sama sekali bahawa saya dan timbalan ada hubungan rapat dengan nama itu."Segala urusan yang berkaitan dengan pentadbiran perolehan diuruskan oleh urusetia Datuk Kamarudin Baria.
"Beliau akan mendapatkan salinan hansard parlimen untuk semak butiran dan akan bertindak sewajarnya," katanya dalam satu kiriman SMS kepada Malaysiakini.
MP berkenaan hari ini mendedahkanidentiti syarikat yang didakwa membekalkan dakwat berkenaan, dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.
"Maknanya, pemilik syarikat ini pakar perundingan terus kepada kerajaan. Semua dia dapat. Sebab dia rapat dengan pimpinan kerajaan termasuk pengerusi dan timbalan pengerusi SPR.
Malaysiakini telah menghubungi syarikat terbabit dan akan menyiarkan nama firma berkenaan, serta nama pengarahnya selepas mendapat reaksi pihak berkenaan.
Kantoi - Pembekal Dakwat Kekal Rupanya Kroni Pengerusi SPR
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan pembekal dakwat kekal di Dewan Rakyat dengan menyatakan individu itu "rakan rapat" pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mendakwa kontrak berkenaan diberikan secara rundingan terus.
"Kontrak dakwat kekal ini diraih oleh seorang pakar rundingan terus bernama Mohd Salleh Md Ali, nombor kad pengenalan 671112665021 (IC asal dari Singapura).
"Dikhabarkan pakar rundingan terus ini mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin negara, malah juga dikatakan rapat dengan Pengerusi SPR dan Timbalannya," katanya di Dewan Rakyat.
Kontroversi dakwat kekal menjadi pertikaian dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu selepas ia mudah ditanggalkan walaupun hanya dengan membasuhnya.
SPR yang didesak mendedahkan pembekal dakwat itu berkeras enggan berbuat demikian atas alasa "isu keselamatan".
Rafizi berkata, Mohd Salleh memiliki tiga syarikat yang mendapat banyak kontrak kerajaan secara rundingan terus, antaranya Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd yang didakwa membekal dakwat pada pilihan raya 5 Mei lalu.
"Ada tiga syarikat yang dikawal oleh niagawan bernama Mohd Salleh termasuklah satu syarikat bernama Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd.
"Daripada syarikat ini, ada dua lagi syarikat yang masuk menerusi rundingan terus yang dikawal oleh Md Salleh menggunakan nama kerani syarikatnya, Norsiah Yusof.
"Beliau adalah ahli pengarah dalam syarikat yang dikawal Mohd Salleh," katanya ketika perbahasan perbekalan tambahan Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.
Rafizi mencabar kerajaan untuk memberi penjelasan dan tidak hanya berdiam diri kerana perkara itu boleh mendorong kepada tanggapan buruk terhadap pengendali pilihan raya.
Beliau juga meminta menteri berkaitan mengesahkan pendedahannya mengenai pembekal dakwat kekal itu pada sesi penggulungan.
"Sebab itu dulu saya minta SPR dedahkan sebelum kita yang dedahkan. Ini kerana ia akan datangkan pelbagai persepsi tidak baik. Bukankah lebih baik beritahu awal-awal," katanya.
Semalam, Pakatan Rakyat (PR) mengemukakan saman ke atas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana membuat kenyataan palsu berhubung dakwat kekal serta kandungan nitrat perak dalam dakwat berkenaan.
Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bertegas SPR tidak bercadang untuk mendedahkan syarikat pembekal dakwat kekal.
Mahkamah Tolak Petisyen PKR Machang
Mahkamah Pilihan Raya Kota Bharu hari ini menolak petisyen yang difailkan PKR bagi membatalkan keputusan pilihan raya Parlimen Machang yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada Mei lalu.
Hakim Pilihan Raya, Datuk Zamani Abdul Rahim yang menolak petisyen itu dengan kos, berkata pihak pempetisyen gagal mematuhi beberapa peraturan mengikut Kaedah 9 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.
Beliau mengarahkan pihak pempetisyen membayar kos RM30,000 kepada responden pertama iaitu Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan masing-masing RM15,000 kepada responden kedua dan ketiga iaitu Pegawai Pengurus Pilihan Raya serta Suruhanjaya Pilihan Raya.
Pada PRU13 lalu, Ahmad Jazlan yang juga Ketua Umno Bahagian Machang mengalahkan calon PKR, Wan Zawawi Wan Ismail dengan majoriti 805 undi. Petisyen itu difailkan Wan Zawawi.
Zamani menjelaskan kegagalan utama pihak pempetisyen dalam kaedah itu ialah notis kelayakan peguam yang hanya membenarkan peguam Hisham Fauzi mewakili pempetisyen dan bukannya penama lain dan satu lagi alasan adalah hujahan yang tidak menepati kaedah yang sama.
Pada Rabu lalu, peguam mewakili BN Datuk Mohd Hafarizam Harun membantah kehadiran tiga peguam untuk mewakili pempetisyen bagi Parlimen Machang iaitu R Sivarasa, Latheefa Koya dan Muhammad Afiq Muhammad Noor.
Menurut Mohd Hafarizam, ketiga-tiga peguam itu tidak boleh mewakili pempetisyen itu kerana mereka bukan peguam bela yang dilantik oleh pempetisyen mengikut Kaedah 9 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.Zamani kemudian membenarkan bantahan Mohd Hafarizam itu.
Pada prosiding hari ini, Mohd Hafarizam turut membawa perhatian Zamani mengenai tindakan Latheefa Koya yang mempertikaikan keputusan hakim pada prosiding lepas melalui Twitter yang disifatkan sebagai menghina mahkamah.
Namun, Zamani berkata beliau tidak mahu membabitkan dirinya dalam perkara berkenaan dan perkara itu sepatutnya dibawa kepada Majlis Peguam.
"Bagi saya Majlis Peguam yang perlu menasihatkan peguam dan saya tidak mahu terbabit dalam tindakan berbentuk politik dan segala keputusan saya adalah telus," katanya.
Pada Rabu lalu, Zamani menolak petisyen PAS bagi Dewan Undangan Negeri Selising yang dimenangi BN. DUN Selising dimenangi calon BN, Zulkifle Ali yang menewaskan calon PAS, Saipul Bahrim Mohamad dan calon Bebas Ibrahim Ismail dengan majoriti 107 undi.
Bagaimanapun pada prosiding itu, Zamani menolak bantahan awal yang difailkan oleh defendan iaitu daripada PAS bagi membatalkan petisyen Parlimen Bachok, DUN Jelawat dan DUN Gaal yang dibuat oleh BN dan menetapkan tarikh untuk perbicaraan bagi kesemua petisyen berkenaan.
Selain Mohd Hafarizam, peguam lain yang mewakili BN pada petisyen itu ialah Abu Bakar As-Siddiq, Nor Azli Ahamed, Mohd Ilias Mohd Noor dan Raihanah Ashriqin Ariffin.
PKR pula diwakili Hisham Fauzi manakala Azizan Md Arshad mewakili responden kedua dan ketiga.
- Bernama
Pakatan Rakyat Saman SPR
Pakatan Rakyat menamakan tujuh anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam writ saman yang difailkan hari ini berhubung sikap berat sebelah mereka dalam mengendalikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan isu dakwat yang tidak kekal.
Tujuh individu tersebut ialah Pengerusi SPR Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Timbalannya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar serta anggota-anggotanya Datuk Mohamad Ramji Ali, Datuk Dr. P. Manogran, Datuk Christopher Wan Soo Kee, Datuk Md Yusop Mansor dan Abdul Aziz Khalidin.
Saman itu difailkan oleh Peguam R Sivarasa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 10 pagi tadi.Selain mewakili Pakatan Rakyat, Sivarasa juga mewakili lima calon Pakatan dalam PRU13 iaitu Dzulkefly Ahmad, M. Manoharan, Saifuddin Nasution, Ariffin Abd Rahman dan Abbo A/L Rajoo.
Tuntutan mereka menyatakan bahawa SPR gagal mengendalikan PRU dengan baik khususnya berhubung penggunaan dakwat kekal.
Menurut Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, SPR mungkir janji yang dibuat pada 19 Disember 2011 berhubung dakwat kekal apabila dakwat yang digunakan sebenarya tidak kekal.
"Saya rujuk kenyataan pertama SPR yang dikeluarkan pada 19 Disember 2011, hasil kempen Bersih pada hari yang sama SPR keluar janji untuk guna dakwat kekal untuk elak pengundian 2 kali.
"SPR berat sebelah apabila kita perincikan satu persatu kenyataan SPR yang berpihak kepada Perdana Menteri, pengerusi SPR melakukan sedaya mungkin mempertahan perbuatan beli undi dan kenyataan PM termasuk menyerang dengan hebat ketua pembangkang," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang juga Ahli Parimen Kota Bharu berkata, tindakan saman itu adalah tepat apabila polis tida mengambil sebarang siasatan terhadap laporan yang dibuat Pakatan Rayat ke atas SPR.
"Tindakan mahkamah ini juga dibuat pada pandangan Pakatan Rakyat beberapa laporan polis yang dibuat oleh samaada calon atau pengundi, polis tak buat siasatan hingga sekarang," katanya.
Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke pula terus mempersoal keengganan kerajaan mendedahkan nama pembekal dakwat yang digunakan pada PRU13.
"Kenapa pembekal dakwat kekal tidak didedahkan walaupun pihak SPR dilindungi menteri di jabatan Perdana Menteri? Beberapa kali kita minta dedah di parlimen tapi mereka berdegil dan tidak mahu dedah.
"Alasan bahawa perkara ini rahsia tak boleh diterima kerana PRU dah berlalu jadi ak ada alasan untuk mereka melidungi pembekal yang kerajaan dah bayar," katanya.
Monday, 15 July 2013
SPR Nak Bersihkan Daftar Pemilih..? Berhentilah Buat Lawak..!!
Selepas Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat (PR) berkali-kali mendesak pembersihan daftar pemilih, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya memberitahu satu jawatankuasa sudah ditubuhkan untuk membersihkan daftar pemilih yang dikatakan tercemar dan menjadi punca Barisan Nasional (BN) terus berkuasa selepas Pilihan Raya 2013.
Menurut Datuk Wan Ahmad Wan Omar SPR kini sedang mengemaskini daftar pemilih bagi memastikan ianya bersih untuk digunakan pada pilihan raya akan datang.
"Jawatankuasa berkenaan ditubuhkan selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu, termasuk pada bulan Ramadan berusaha keras bagi mengemaskini daftar undi dan ini merupakan satu urusan berterusan," kata Wan Ahmad apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.
“Menjadi keutamaan penting SPR bagi meneliti semula daftar pemilih yang dikatakan telah menimbulkan masalah oleh pihak tertentu. Pegawai SPR dari segenap negeri berganding bahu bagi mengemaskini daftar pemilih berkenaan dan dijangka jawatankuasa berkenaan akan mengeluarkan laporan berkenaan pada bulan ini serta dari masa ke semasa,” tambahnya.
Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan pada Sabtu mengatakan mereka akan menganjurkan Perhimpunan Bersih 4.0 jika badan penggendali pilihan raya itu tidak berbuat apa-apa untuk membersihkan daftar pemilih.
Wan Ahmad turut menggesa mereka yang memperlekehkan usaha SPR menjalankan persempadanan semula agar melihat usaha berkenaan dari sudut positif dan pemikiran yang rasional dan bukan membuat tuduhan melulu.
“Sememangnya Perlembagaan menyatakan persempadan semula perlu dilakukan setelah lapan tahun persempadanan terakhir dan tidak memberi tempoh akhir untuk berbuat demikian.
“Persempadanan terakhir dilakukan pada 2003 maka SPR boleh membuat persempadanan pada 2011 namun tidak berbuat demikian kerana bagi membuat persiapan untuk menghadapi PRU13. Adakah kita mahu persempadanan ini dilakukan 20 tahun lagi?" soal Wan Ahmad.
Wan Ahmad turut menyelar Bersih 2.0 kerana hanya membuat tuduhan melulu tanpa mengambil tahu apa yang SPR sedang lakukan untuk memastikan perjalanan pilihan raya bertambah baik.
Mengulas berhubung penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Wan Ahmad menjelaskan SPR menggunakan pendekatan untuk mencelup jari kerana terdapat kerani pengundian pada PRU lalu yang tidak sekata dalam memcalit jari pengundi menyebabkan dakwat berkenaan tidak tahan lama.
“Kita perlu faham PRU lalu adalah kali pertama SPR melaksanakan penggunaan dakwat kekal jadi mungkin ada sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan.
“Apa yang dikesalkan adalah ada pihak yang cuba dengan bersungguh-sungguh untuk memadamkan dakwat kekal berkenaan selepas mengundi dengan menggunakan pencuci dan peluntur. Meskipun kami didakwa melaksanakan langkah retrogresif (mundur) namun ada pihak yang ingin menggunakannya, jadi itulah hasilnya,” tambah Wan Ahmad.
Berhubung peratusan nitrat perak dalam dakwat kekal pada PRK nanti, beliau menjelaskan SPR akan memaklumkan hal berkenaan dalam satu sidang medianya nanti beserta satu demonstrasi menunjukkan bagaimana dakwat itu akan dicelup.
Ambiga sewaktu berucap di sebuah forum yang dianjurkan oleh Majlis Peguam pada Sabtu tidak menolak kemungkinan satu lagi perhimpunan besar-besaran akan dianjurkan oleh kumpulannya untuk menuntut reformasi pilihan raya.
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang turut hadir pada majlis sama berkata PR akan memfailkan saman kepada SPR berhubung penipuan yang dilakukan oleh badan penggendali pilihan raya itu berhubung kandungan nitrat perak yang didakwa berbeza-beza pada PRU lalu.
Nurul Izzah memberitahu SPR tidak boleh menukar kenyataan berhubung kandungan nitrat perak daripada lima ke tujuh peratus ke satu peratus dan kemudiannya mengumumkan dakwat kekal berkenaan hanyalah pewarna makanan.
Harga Ayam Murah Jika Tunjuk Kad Umno..
Ketika di sana sini kecoh tentang harga ayam yang melambung tinggi di pasaran, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarankan pengguna mendapatkan bekalan ayam mentah di pasar-pasar tani yang berhampiran.
Ismail Sabri menerusi laman mikro Twitter miliknya berkata, ayam mentah boleh dibeli dengan harga yang lebih rendah di pasar tani iaitu RM7.80 sekilogram berbanding RM8.50 sekilogram di pasar biasa.
“... jadi datanglah beramai-ramai ke pasar tani. Sokong pasar tani,” katanya, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada dakwaan harga ayam naik mendadak di pasaran sehingga RM9 sekilogram sejak dua minggu lalu.
Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi atau dakwaan harga ayam naik mendadak tanpa sebarang bukti kukuh ~ Sinar Harian
Bagaimanapun saranan oleh Menteri yang dilantik oleh Najib itu dibidas oleh ramai pembaca dan ianya disifatkan sebagai sekadar melepaskan batuk ditangga dalam menghadapi kenaikkan harga ayam itu.
Dan beliau disifatkan tidak turun padang atau langsung tak peduli malah telah dianggap mengeluarkan kenyataan secara membuta-tuli.
Ini kerana seorang pembaca telah mendakwa di Pasar Tani Kuala Terengganu harga ayam RM8.00 - RM8.80, begitu juga di pasar Tani Melawai Selangor.
Di Pasar Tani Manjung RM8.60, di pasar tani Saujana Impian RM 8.20 sekilo, di pasar tani Kemaman ayam dijual dengan harga RM8.50 sekilo.
Malah ramai yang menyifatkan harga ayam di pasar tani jauh lebih mahal dari kedai-kedai runcit biasa. Sekaligus ianya membuktikan saranan oleh Menteri yang dilantik oleh Najib tidak bersandarkan kepada fakta tetapi hanya auta..
Bagaimanapun menurut sumber Ahli-ahli UMNO tidak perlu bimbang dengan kenaikkan harga ayam secara mendadak ini..
Ini kerana mereka masih boleh membeli ayam dengan harga di bawah RM6.50 dengan menunjukkan kad keahlian UMNO mereka dipasaraya dan juga dipasar-pasar..
Dipetik dari - anaksungaiderhaka
Friday, 12 July 2013
Cina Ini Kurang Ajar.. Hina Puasa Orang Islam..
'Selamat BERBUKA Dengan BAK KUT TEH'
PETALING JAYA: Blogger berunsur seks, Alvin Tan dan Vivian Lee sekali lagi mencipta kontroversi apabila memuat naik gambar 'Selamat Berbuka Puasa' di akaun Facebook milik mereka berdua malam Khamis.
Gambar berkenaan memaparkan mereka sedang makan 'bak kut teh' yang digambarkan sebagai makanan yang wangi, enak dan menyelerakan.
Mereka mengesahkan posting berkenaan dibuat tanpa ada apa-apa niat disebaliknya. "Ia hanya bahan jenaka. Saya rasa."
Bagaimanapun, posting berkenaan mendapat lebih daripada 500 komen yang mengecam tindakan pasangan berkenaan yang didakwa tidak mempunyai sensitiviti terhadap masyarakat berbilang kaum.
Seorang pelawat memberi ulasan: "Anda bebas membuat apa jua posting yang anda ingin muat naik. Tapi yang ini benar-benar bukan kebebasan. Saya tidak mempunyai masalah dengan aksi erotik anda tapi kali ini anda benar-benar melampau.”
Seorang lagi mengatakan aksi tersebut adalah mengaibkan dan sengaja mencari publisti murahan sementara yang lain agak hairan sama ada mereka ini tahu sejarah peristiwa 13 Mei.
Ketika ditanya sama dia menyesal dengan membuat posting sedemikian, Tan berkata, "belum lagi…"
"Mungkin, selepas ini. Saya tidak pasti. Saya tidak sabar untuk melihat bagaimana menerima isu ini. Nampaknya tidak semua orang mempunyai pemikiran yang sama seperti kami.
"Ia hanyalah satu lawak menyedihkan. Ini adalah satu percubaan kami untuk melihat bagaimana masyarakat menerimanya. Saya hanya cuba untuk membuat kelakar dengan perkara seperti ini," katanya dalam satu perbualan telefon The Star.
Bagi sambutan yang tidak menggalakkan ini menunjukkan ‘orang tidak nampak unsur humor yang cuba ditonjolkan, kebanyakan orang marah dan kecewa dalam isu ini’.
Ditanya sama ada dia akan memadamkan posting berkenaan, Tan berkata dia mugkin akan berbuat demikian namun pada ketika ini ramai yang telah berkongsi gambar tersebut di akaun Facebook masing-masing.
Sehingga berita ini ditulis, lebih 140 penggunan akaun Facebook telah berkongsi posting berkenaan.
- pulahdah
Kehangatan PRK Kuala Besut Mula Terasa
Calon BN dan PAS hari ini bakal menghantar borang pencalonan mereka bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut bagi menggantikan bekas ADUN Datuk A Rahman Mokhtar yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru.
Walaupun cuaca mendung dengan hujan renyai-renyai serta tiupan angin dari Laut Cina Selatan, ia bakal menambah semangat lagi kedua-dua calon serta penyokong masing-masing berkumpul di dua lokasi berbeza, sekalipun dalam bulan Ramadan.
Calon PAS Azlan Yusof adalah ahli perniagaan bersama kepimpinan parti itu berhimpun di persimpangan lampu isyarat berdekatan Pejabat Agama Daerah Besut.
Mereka akan bergerak kira-kira satu kilometer ke pusat penamaan calon - Kompleks Rakan Muda, Kampung Raja, Besut.
Manakala calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman diiringi kepimpinan parti akan bergerak kepimpinan BN berkumpul di Rumah Ahmad Saleh - kira-kira 700 meter daripada pusat penamaan calon.
Mereka akan menyerahkan borang pencalonan di kompleks tersebut. Masa penamaan calon bermula 9 hingga 10 pagi.
Polis juga dilapor akan menutup jalan utama bagi mengelak kesesakan antaranya Jalan Kampung Raja-Tembila dari persimpangan lampu isyarat Kampung Raja.
LAPORAN LANGSUNG
8.30 pagi: Kompleks Rakan Muda - calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman tiba di tempat berhimpun.
Hujan renyai-renyai dan terdapat hanya kira-kira 500 orang berkumpul di sini 30 minit sebelum penamaan calon.Walaupun banyak kemah disediakan, tetapi ramai kelihatan berdiri di luar dengan memakai payung.
Mereka sedang menunggu kedatangan Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memimpin berarak ke pusat penamaan calon kira-kira 700 meter dari situ.
Thursday, 11 July 2013
APO NAK DIKATO? Projek mega Najib bermula dah ..
Projek Menara Warisan akan memusnahkan warisan sejarah di Stadium Merdeka dan kawasan sekitarnya dengan membina sebuah pencakar langit. Di sana berdirinya monumen yang tidak ternilai dan mungkin disentuh dinegara-negara lain yang bertamadun. Selain Stadium Merdeka yang menjadi tempat pengisytiharan kemerdekaan Malaya pada 1957, kawasan ini juga mempunyai bangunan lama dan terdapat sebatang phon yang ditanam oleh Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos dan dinamakan Pokok Merdeka.
Memori yang disimpan di kawasan itu tidak boleh ditukar ganti melainkan Malaysia dijajah oleh kuasa asing dan kuasa penjajah itu ingin menghilangkan ingatan rakyat terhadap sejarah tanah air mereka.
Bagaimanapun, Najib dan kabinet BN tidak mengambil kira nilai-nilai sejarah. Menara Warisan amat perlu bagi menobatkan nama Najib-Rosmah sebagai pemerintah agung. Seperti Firaun Mesir yang akan membina kuil dan piramid lebih hebat dari firaun sebelumnya, Menara Warisan dicipta menandingi ketinggian KLCC.
Kontrak pembinaan seperti biasa diserahkan kepada kroni. Spekulasi mendakwa beberapa nama yang rapat dengan Najib-Rosmah, seperti George Kent, Jho Low dan beberapa orang lagi bakal dianugerahkan projek ini.
Sekali lagi sistem kronisme diperbesarkan. Seperti pembinaan KLCC, Putrajaya dan KLIA, dana Petronas mungkin sekali lagi digunakan bagi membiayai menara itu. Kuala Lumpur telah pun mengalami kelebihan ruang pejabat untuk disewa. Usahawan berpindah ke bangunan baharu di sekitar Bukit Bintang dan Jalan Ampang, meninggalkan segitiga emas pada 1990an di sekitar Menara Maybank.
Penghijrahan ke kawasan baharu yang mengosongkan bangunan lama menunjukkan saiz ekonomi tidak berkembang dan meningkatkan kekhuatiran negara terjebak dalam krisis hutan. Namun pembinaan tetap perlu diaktifkan bagi memberi makan kepada kroni yang kelaparan.
Bersama projek untuk kroni ini adalah malapetaka kepada rakyat bawahan. Kos hidup akan melambung akibat cukai baharu yang dikenakan bagi memungut wang membiayai projek mega
Inilah sumpahan kepada rakyat kerana mengekalkan BN. Sekiranya legasi Dr Mahathir diambil kira, Menara Warisan bukan projek terakhir Najib. Sebaliknya ada tiga atau empat projek mega lain yang sedang menanti.
- KeadilanDaily
Ahli Pernyiagaan Saman Zahid Hamidi
Amir Bazli Abdullah berbuat demikian berikutan mendakwa polis mengabai laporannya mengenai kejadian Ahmad Zahid menumbuk mukanya di Kelab Rekreasi Country Heights di Kajang, pada 16 Januari 2006
Beliau juga mendakwa Ahmad Zahid yang ketika itu Timbalan Menteri Penerangan, mengugut membunuhnya selepas ditahan secara tidak sah di rumah Ahmad Zahid di Country Heights.
Dalam kenyataan tuntutannya, Amir Bazli menuntut kos ganti rugi khas, umum dan teruk, dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Bercakap kepada The Malaysian Insider, semalam, beliau berkata, laporan polis sudah dibuat di balai Dang Wangi pada hari sama tetapi dipindah ke balai Kajang.
“Seorang polis berpangkat cif inspektor merakam kenyataan saya selama tiga hari,” katanya.
Beliau berkata, tiga pegawai polis bertemunya yang dirawat di sebuah hospital di Kelantan dan ada mengambil laporan perubatannya.
“Tiga empat bulan kemudian, cif inspektor itu memberitahu kes itu diklasifikasi sebagai ‘tiada tindakan selanjutnya’. Saya persoalkan kerana dia berjanji akan siasat dengan adil.
“Pegawai itu memohon maaf dan berkata 'tangannya terikat' kerana ia arahan dari atas.”
Amir kemudian cuba bertemu Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan di Bukit Aman untuk mendapatkan penjelasan tetapi mendakwa Musa enggan berjumpa.
“Saya sebaliknya disuruh berjumpa dengan Setiausaha KPN tetapi dia juga tidak mahu bertemu saya,” katanya.
Selepas dinasihati pegawai polis lain, Amir membuat aduan bertulis dan mengirimnya secara peribadi ke pejabat KPN tetapi tidak menerima sebarang jawapan selain pengesahan penerimaan surat itu.
Musa pula ketika mengulas hal ini memberitahu The Malaysian Insider dalam teks pesanan ringkas:“Saya tidak ingat dia pernah hubungi saya. Untuk berlaku adil, anda perlu bertanya kepada OCPD kawasan di mana laporan polis dibuat dan tanya kepadanya apa terjadi kepada laporan dan siasatan.”
Bagaimanapun, Ahmad Zahid menafi pertuduhan berkenaan, sebaliknya mendakwa Amir menipu jalan ceritanya dan beliau pula membuat tuntutan balas dengan mendakwa Amir memalukannya dan mengalami trauma dari segi emosi akibat pertuduhan ahli perniagaan itu.
Kes saman Amir akan didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam bulan depan. -TMI
Bonus - Jangan Mimpila Najib Nak Layan..
CUEPACS Minta Bonus Dua Bulan Setengah Gaji
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini dan berharap permintaan ini akan dipertimbangkan.
“Melihat pada keadaan ekonomi semasa sekarang, pada kami permohonan pemberian bonus dua setengah bulan ini yang telah diputuskan semasa mesyuarat CUEPACS pada dua minggu lepas adalah sesuai,” kata beliau dalam sidang media di sini hari ini.
Omar berkata, pemberian bonus bukan sahaja khabar gembira buat 1.4 juta penjawat awam bahkan akan turut memberi kesan langsung kepada ekonomi negara apabila terdapat aliran tunai yang aktif di dalam negara.
“Namun begitu, saya berharap jika adanya pengumuman bonus kelak peniaga tidak akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati,” katanya.
CUEPACS juga berharap agar skuad pengguna di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan terus membantu memantau harga barangan dalam pasaran, kata beliau.
Pada tahun lepas, kerajaan memberi bonus satu setengah bulan kepada penjawat awam dan pemberian bonus tersebut merupakan yang terbaik pernah diberikan oleh kerajaan setakat ini.
Katanya, bersempena dengan kedatangan Ramadan dan menjelang sambutan Aidilfitri nanti semestinyalah penjawat awam mengharapkan bantuan dalam bentuk bonus daripada kerajaan bagi meringankan beban kewangan mereka.
– BERNAMA
Wednesday, 10 July 2013
Enam Peguam Menang Saman Terhadap Polis
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan perbuatan polis menahan enam peguam hak asasi yang mengambil bahagian dalam Hari Hak Asasi pada 2007, menyalahi undang-undang .
Berikutan itu, Hakim Datuk John Louis O'Hara menganugerah setiap plantif RM10,000 sebagai ganti rugi, selain RM60,000 sebagai kos mahkamah.
Mereka ialah R Sivarasa, N Surendran, Latheefa Koya, Eric Paulsen, Amer Hamzah Arshad and Johny Andu @ Abu Bakar Adnan.
Mereka memfail saman pada 8 Disember 2010 terhadap Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Ketua Polis Negara, Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia.
O'Hara berkata:" Mahkamah ini berpeluang melihat rakaman video dan gambar kejadian dan ia banyak membantu mahkamah dalam memberitahu apa sebenanya berlaku pada hari itu.
"Saksi utama ialah Che Hamzah Che Ismail (defendan pertama). Dia kelihatan memberikan arahan yang mengelirukan, konflik dan bertentangan menerusi pembesar suara kepada peserta larian itu untuk bersurai.
"Enam peguam itu memfailkan tuntuan sivil pada 8 Disember 2010 terhadap Superintenden Che Hamzah yang pada ketika itu menjawat jawatan Timbalan Ketua Balai Polis Daerah Dang Wangi; Ketua Polis Negara; Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan.
Che Hamzah dinamakan sebagai defendan pertama kerana beliau adalah `komander' untuk operasi menentang acara hari hak asasi manusia itu yang membawa kepada penangkapan tidak sah dan penahanan walaupun beliau sendiri memberi kebenaran kepada peserta untuk berjalan.
Dalam keputusannya, O'Hara berkata, Che Hamzah memberikan masa 10 minit kepada peserta.
"Tetapi, beliau sendiri tidak muktamad dengan arahan itu. Berdasarkan kepada arahannya (daripada rakaman video), saya mendapati ia membawa kepada plantif yakin mereka mempunyai masa 10 minit untuk bersurai," katanya.Maka, katanya, beliau mendapati penahanan itu tidak sah biar pun mereka dibenarkan berjalan untuk 10 minit.
"Saya juga mendapati plantif dinafikan hak diwakili undang-undang sepanjang tempoh tahanan. Oleh itu, plaintif adalah secara tidak sah ditahan dan tahanan mereka itu juga adalah tidak sah mengikut undang-undang," katanya.
Hakim juga memerintahkan defendan untuk membayar RM5,454 kepada Paulsen untuk tiket penerbangannya pergi balik dari Afrika Selatan ke Malaysia untuk menghadiri prosiding mahkamah.
O'Hara bagaimanapun, memutuskan bahawa Peguam Negara mempunyai prerogative di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan budi bicaranya untuk memulakan prosiding.
Tambahnya, pendakwaan terhadap plaintif di mahkamah tidak dijalankan dengan tidak jujur.
Penangkapan dan penahanan enam peguam hak asasi manusia dan aktivis itu membawa mereka ditahan sepanjang malam dalam lokap polis dan didakwa di Mahkamah Sesyen keesokan harinya dalam perhimpunan tidak sah dengan niat menyebabkan kacau ganggu awam mengikut Seksyen 143 dan 145 Kanun Keseksaan. Mereka juga berdepan tuduhan alternatif di bawah Seksyen 27 Akta Polis atas tuduhan perhimpunan haram.
Selain tangkapan dan tahanan tidak sah itu, peguam dan aktivis itu turut mendakwa mereka adalah mangsa pendakwaan jahat. Mereka berkata, ketika pertuduhan, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berniat tidak jujur apabila membantah permohonan jamin mendakwa mereka tidak mematuhi amaran polis. Mahkamah Sesyen bagaimanapun membenarkan bon personal RM2,000 tanpa penjamin.
Kes mereka didengar pada 16 April 2009 di mana keenam-enam mereka dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.
Menurut kenyataan tuntutan, mereka mendakwa mereka dibenarkan menyertai jalan kaki aman itu untuk 10 minit tetapi sebelum tamat tempoh 10 minit itu, mereka dikelilingi sekumpulan besar anggota polis.
Mereka berkata, polis mengarahkan mereka bersurai tetapi sementara melakukannya (bersurai), mereka ditangkap.Defendan pada awalnya memohon membatalkan tuntutan itu dan permohonan itu dibenarkan di Mahkamah Tinggi pada 6 April 2011.
Plantif bagaimanapun, memohon untuk menghidupkan semula tuntutan itu dan dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan pada 27 Julai 2011. Perkara itu kemudian dibicarakan dengan plantif dan defendan masing-masing memanggil sembilan dan 10 saksi.
Peguam, Edmund Bon dan Chan Yen Hui mewakili enam plaintif itu sementara Peguam Kanan Persekutuan, Nadia Hanim Tajudin dan Lailawati Ali mewakili defendan.
Bercakap kepada pemberita, Bon berkata, keputusan mahkamah hari ini adalah `demokrasi hebat untuk hak asasi manusia'.
"Tuntutan ini difailkan untuk menegakkan kebebasan perhimpunan, bukan untuk wang. Ini adalah kemenangan hebat kepada aktivis sosial untuk kebebasan mengadakan perhimpunan," katanya.
Surendran berkata:"Keputusan ini adalah pengakhiran sejarah kepada kekejaman Akta Polis dan ia menunjukkan indikmen kepada pasukan polis.
"Kami ditangkap secara tidak sah dan hak undang-undang kami dirampas. Tangkapan kami bermotivasikan politik di bawah arahan Barisan Nasional untuk menutup mulut pembangkang dan aktivis yang berjuang untuk reformasi negara," katanya.
Sementara itu, Paulsen berkata daripada video, orang ramai boleh melihat peserta jalan kaki itu kira-kira 100 orang tetapi dikepung oleh hamper 500 pegawai polis. "Polis sepatutnya menangkap penjenayah sebenar," katanya.
Zahid Hamidi Ugut MP Pakatan Rakyat
'Jangan sampai penjenayah pergi rumah MP'
Usaha itu juga untuk mengelakkan para MP berkenaan turut menjadi mangsa penjenayah terbabit, katanya ketika menjawab satu soalan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
“Jangan sampai penjenayah yang buta warna (politik) ini pergi rumah Shah Alam (Khalid Samad) dan Gombak (Azmin Ali),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas “realiti” mengenai kejadian jenayah pada waktu ini, yang dibangkitkan Azmin.
Azmin ketika mengemukakan soalan sebelum itu turut membangkitkan mengenai kes rompakan melibatkan kediaman seorang menteri kabinet, Khairy Jamaluddin, pada akhir bulan lalu.
Kejadian itu menyebabkan Khairy tampil dengan kenyataan bahawa kejadian jenayah bukan satu persepsi tapi satu masalah yang nyata.
Mengulas isu yang dibangkitkan Azmin itu, Ahmad Zahid berkata atas alasan itulah beliau meminta semua ahli Dewan menyokong usaha kerajaan untuk menggantikan Ordinan Darurat dengan akta baru.
"EO telah dibatalkan tapi kita mahu EO diganti dengan akta lain. Kita minta persetujuan semua sebab dari segi penangkapan yang berlaku sekarang ini, penjenayah yang ditangkap ialah bekas penjenayah yang dilepaskan oleh EO. Ini realiti," kata Zahid.
Khalid Samad pula, yang disebut oleh Zahid dalam ucapan berkenaan turut bangun dan mendakwa kata-kata itu merupakan satu ugutan kepada para MP Pakatan.
Zahid Hamid pada 4 Julai lalu menyatakan bahawa kementeriannya sedang merangka draf undang-undang baru bagi menggantikan EO.
Beliau berkata demikian bagi menyokong kenyataan pasukan polis sebelum itu, yang mengaitkan peningkatan kadar jenayah berat dengan pembebasan lebih 2,600 tahanan bawah EO selepas undang-undang tersebut dimansuhkan pada 2011.
Bagaimanapun, cadangan untuk meuwujdkan akta baru bagi menggantikan EO mendapat tentangan antaranya dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia serta parti pembangkang.
'Adakah salah jika saya sokong anak?' - Bapa Adam Adli
Abdul Halim Abdul Hamid berkata beliau hairan dengan tindakan polis yang menjalankan siasatan ke atasnya, ekoran kehadirannya dalam satu perhimpunan nyalaan lilin di Jinjang sebagai sokongan ke atas anaknya yang ditahan di satu lokap di situ.
“Setiap kali rakyat berhimpun secara aman, mereka dituduh membuat kesalahan,” katanya kepada wartawan di luar balai polis Sentul selepas memberi kenyataan, semalam.
Katanya, beliau hadir ke perhimpunan pada malam 24 Jun di luar pusat tahanan berpusat itu sebagai tanda sokongan ke atas Adam Adli dan 31 aktivis lain yang ditahan di situ.
“Adakah menjadi satu kesalahan untuk menyokong rakan dan rakyat?,” soalnya.
Terdahulu pada petang 24 Jun itu, Adam bersama lebih 100 orang yang lain berhimpun di luar Parlimen bagi menyerahkan memorandum yang membantah penipuan pilihan raya.
Beberapa orang dari anggota kumpulan tersebut ditahan selepas satu pergelutan dengan anggota polis yang berkawal.
Selain Abdul Halim turut disiasat ialah MP Bayan Baru Sim Tze Tzin.
Bercakap kepada wartawan semalam, Sim berkata siasatan tersebut berkait dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 dan menyifatkan tindakan polis itu sebagai satu gangguan.
“Saya rasa lebih baik polis memfokuspan pada usaha memerangi jenayah,” katanya.
Tuesday, 9 July 2013
Kes Zahid gamatkan parlimen .. kita jumpa di mahkamah!!
Tindakan seorang Ahli Parlimen DAP yang meminta penjelasan daripada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung satu perbicaraan melibatkan Menteri Dalam Negeri itu menyebabkan Dewan Rakyat riuh-rendah kira-kira setengah jam.
Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) meminta Zahid memberi penjelasan mengapa tiada tindakan diambil oleh pihak polis terhadap menteri tersebut mengenai satu laporan berhubung dakwaan tuduhan menyerang dan cubaan membunuh pada 2006.
"Bukan sahaja isu jenayah, tetapi lebih penting apabila tiada tindakan yang diambil polis seperti kes yang telah dilaporkan. Kes jenayah serius, kes cubaan membunuh.
“Rakyat buat laporan tapi tak ada tindakan, malah tindakan diambil sebaliknya. Tak ambil tindakan tapi naikkan pangkat kepada kerusi yang paling berkuasa dari polis.
"Satu laporan polis dibuat terhadap kamu!," kata Gobind.
Tindakan itu mengundang teguran dari Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang meminta Gobind bertanya dengan cara yang lebih "lembut".
Suasana riuh rendah itu berterusan apabila beberapa MP bangun untuk menyertai perbahasan, termasuk Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjung Karang), Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) dan Mohamad Hanipa Maidin (PAS-Serdang).
Ucapan para MP berkenaan bagaimanapun kemudiannya dihalang oleh Pandikar yang meminta wakil rakyat berkenaan duduk untuk memberi ruang kepada Zahid untuk menjawab.
Zahid dalam jawapannya selepas itu mempersoalkan tindakan Gobind dalam membangkitkan isu berkenaan kerana MP tersebut merupakan peguambela dalam kes berkenaan.
"Kerana kamu adalah peguam bela dan ada kepentingan terhadap orang itu, melakukan tuduhan. Sedangkan siasatan telah dilakukan ketika itu dan ini bukan kes jenayah tetapi sivil. Kamu ada kepentingan.
"Jika saya dengar awak, awak kena dengar saya. Kes ini kes sivil. Kita jumpa di mahkamah," kata Zahid.
Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun lalu menolak permohonan Zahid untuk mengenepikan saman yang dikemukakan ke atasnya oleh seorang ahli perniagaan, Amir Bazli Abdullah.
Amir Bazli, 39, pada Ogos 2007 memfailkan saman ke atas Zahid dan mendakwa menteri itu menumbuk muka beliau dalam satu kejadian pada Januari 2006.
Pada Julai 2007, Ahmad Zahid memfailkan permohonan untuk membatalkan saman malu itu dengan alasan ia mengaibkan dan remeh-temeh.
Kerajaan Haram Mesir Mula Goyah
MESIR: Tekanan demi tekanan yang diterima kerajaan 'haram' tentera Mesir sama ada dari rakyat negara itu dan negara luar membuatkan mereka kini dalam keadaan kucar-kacir.
Sumber dalaman tentera memaklumkan bahawa kemungkinan besar, kuasa kerajaan sementara ini akan berakhir tidak lama lagi jika rakyat di negara itu terus bertahan membuat bantahan dan negara luar pula membuat tekanan diplomatik.
Brigadier general Al-Jauhari yang bertugas menjaga rumah Presiden sewaktu Morsi belum ditahan berkata, ketika ini berlaku perpecahan dalaman yang teruk di dalam tentera.
Menurutnya, barisan kedua dan ketiga tentera langsung tidak bersetuju dengan tindakan jeneral Abdel Fattah Al-Sisi yang bertindak merampas kuasa dari pemerintahan presiden Muhammad Morsi.
Beberapa pegawai kanan tentera juga telah secara terbuka menyatakan pendirian menyokong Morsi.
Maklumat ini disampaikan Ketua Partai Buruh, Majdi Ahmad Husain semalam ketika berpidato dihadapan jutaan penyokong Morsi yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik di mana Morsi dipercayai ditahan.
Beliau berkata, Al-Jauhari turut meminta kepada para penyokong Morsi untuk bertahan sekurang-kurangnya 48 jam lagi.
"Insya Allah, Presiden Morsi akan dibebaskan dan akan kembali memimpin negara karena saat ini tekanan politik luar negeri semakin kuat ditambah lagi dengan kekuatan penyokong Morsi yang keluar berhimpun di seluruh Mesir," kata Majdi.
Beliau juga berkeyakinan bahawa Ai-Sisi kini tidak senang duduk dan selepas ini pasti jeneral tentera itu akan memenuhi tuntutan rakyat agar Morsi dikembalikan sebagai presiden.
Dalam kejadian pembunuhan penyokong Morsi di hadapan Bangunan Pengawal Republik waktu subuh semalam juga, turut menyaksikan terdapat ramai tentera yang tidak sanggup bersekongkol dengan Al-Sisi.
Difahamkan mereka enggan melepaskan tembakan ke arah penyokong Morsi walaupun diarah berbuat demikian oleh pihak atasan tentera.
Bagaimanapun mereka kemudiannya dilaporkan ditangkap dan dibunuh kerana ingkar kepada arahan pegawai atasan tersebut.
Antara tentera yang dilaporkan dibunuh oleh pegawai tinggi mereka termasuk Subhi Mohammed Ibrahim El-Bahrawi yang baru berusia 22 tahun.Sementara itu, beberapa negara telah memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan kudeta Mesir.
Terbaru, Belgium mengumumkan memanggil balik duta besarnya di Kaherah.Sebelum ini Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan dalam kenyataannya sejurus rampasan kuasa berkata, Turki hanya berurusan dengan presiden Mesir yang dipilih oleh rakyat.
Dalam perkembangan sama, Al-Sisi juga turut menerima tekanan apabila Parti Nur dilaporkan telah menarik diri dari meneruskan kerjasama dengan kerajaan 'haram' yang dilantik pihaknya.
Penarikan dari berkekrjasama itu dinyatakan juruckap rasmi parti itu Nadir Bakkar melalui Twitter semalam.Parti Nur sebelum ini juga menolak perlantikan Ziyad Bahauddin sebagai Perdana Menteri dan Dr.Mohammed El-Baradei sebagai Naib Presiden seperti diumumkan Presiden sementara Adli Mansour.
Ahmad Maslan Dimalukan Di Terengganu.. Kesian..!
Lawatan untuk melihat segala persiapan jentera UMNO/BN di pulau tersebut dalam menghadapi PRK DUN Kuala Besut.
Apa yang menyedihkan sekali ialah beliau langsung tidak mendapat sambutan dari penduduk tempatan.
Kalau diikutkan kepada sejarah PRU 13 yang baru berlangsung didapati penduduk Pulau Perhentian memberikan undi yang agak padu pada UMNO/BN, namun jika diambil kira sambutan yang diberikan penduduk disitu semalam menampakkan sokongan sudah mula merudum dan menguncup serta bakal berpindah.
Risikan dapati para penduduk merasa kecewa dan marah apabila segala janji-janji yang ditaburkan semasa PRU 13 masih tidak ditunaikan oleh UMNO/BN.
Sebab itu tidak menghairankan apabila Ketua Bahagian UMNO Besut merangkap Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh merayu kepada PAS agar memberikan kemenangan percuma walaupun beliau bercakap besar berdegar-degar UMNO mampu menang dengan majoriti melebehi 4,000 undi.
Harapan untuk menjadikan kedudukkan menjadi 16-16 amatlah cerah sekali!!!!!
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...