Friday, 30 November 2018

Papagomo Ditahan Polis Kerana Menghasut



KUALA LUMPUR 30 Nov. - Blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagoma masih berada di Lokap Berpusat Kuala Lumpur, Jinjang selepas hadir memberi keterangan awal pagi tadi.

Wan Muhammad hadir ke balai polis tersebut untuk membantu siasatan dipercayai berhubung perhimpunan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dijangka berlangsung pada 8 Disember depan.

"Salam pada semua followers page Sir Azri, kami sekarang masih berada di pekarangan Lokap Berpusat Jinjang dan masih menunggu perkembangan terkini.

"Pihak peguam telah masuk lebih kurang setengah jam lepas. Pihak admin akan update sekiranya ada perkembangan terkini.

"Sama-sama kita doakan agar tempoh tahanan tidak terlalu lama agar Sir Azri dapat turun Himpunan Bantah ICERD 8 haribulan nanti," kata pengurus Facebook miliknya.-UTUSAN ONLINE

Read More...

Thursday, 29 November 2018

'TIGER PLATOON PDRM' SUDAH BANGUN.. HATI-HATI PERUSUH SAMSENG





Kejadian rusuhan yang berlaku baru-baru ini menimbulkan pelbagai reaksi orang awam. Namun pihak berkuasa meminta orang ramai bertenang dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataan akhbarnya semalam menegaskan, kejadian rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, Seafield pada 26 November lalu bukan rusuhan kaum. Sebaliknya mempunyai unsur jenayah sehingga mendatangkan kecederaan terhadap anggota polis dan bomba.

Difahamkan, 21 individu telah ditahan dan dalang kejadian itu juga telah dikenalpasti. Perdana Menteri juga berkata, dalang kejadian itu akan dikenakan tindakan tegas.

Sementara itu di Twitter, netizen berkongsi gambar dua anggota unit elite Polis Diraja Malaysia, iaitu Tiger Platoon, yang ditempatkan di lokasi kejadian rusuhan yang menunjukkan pihak berkuasa memandang serius dengan isu tersebut.

"Time-time macam ni, sabar kena lebih. Jangan ikut perasaan. Riot head bersepah-sepah nak tunjuk skill.

"Yang penting, you nampak logo kuning 'Tiger Platoon' pada bahu, you pergi main jauh-jauhlah sebab 'harimau dah bangun'," demikian tweet @ProjekHitam.


View image on TwitterView image on Twitter

Projek Hitam
@projekhitam
Time time macam ni, sabar kena lebih. Jangan ikut perasaan. Riot head bersepah sepah nak tunjuk skill. Jangan USJ jadi macam 'LA Riot 1995'.

Yang penting, you nampak logo kuning 'Tiger Platoon' pada bahu, you pergi main jauh jauh la sebab..


Menurut sumber, Tiger Platoon ditubuh sejak zaman darurat semasa adanya keganasan dan kekacauan yang dicetuskan oleh pihak komunis, selain menjalani operasi-operasi khas.

Tiger Platoon ini merupakan satu unit yang serba boleh dan merupakan pasukan khas dalam Pegawai Pemerintah yang berkemampuan dan berkebolehan tinggi, boleh bergerak dalam apa jua keadaan untuk menjalankan tugas-tugas Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.

Tiger Platoon PGA terdiri daripada seorang Platun Komander, seorang Platun Sarjan, tiga orang Seksyen Komander dan 30 orang anggota infantri.


"Tiger Platoon ini ramai yang tak tahu. Kalau nak cari pasal, baik buat benda lain. Apa yang saya tahu, Tiger Platoon ini skuad elit dalam PGA, sama seperti UTK, skuad elit dan skuad khas adalah skuad yang berlainan.

"Biasanya bila ada rusuhan, FRU saja dikerahkan. Tetapi kes ini tidak pasti mengapa Tiger Platoon turun. Tapi sebenarnya polis ada lagi satu skuad yang peranannya sama seperti FRU dipanggil PORU. ATM pun ada juga pasukan seperti FRU, dipanggil POPO. Bila darurat, baru panggil POPO jaga tempat," tweet @rasyid135.

Netizen dinasihatkan tidak menyebarkan info atau maklumat yang tidak sahih berhubung kejadian itu di media sosial. Usah dikeruhkan lagi keadaan dan beri ruang untuk pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.

Dipetik dari thereporter

Read More...

Wednesday, 28 November 2018

“Kami Diserang” Kata Anggota Bomba, Mohd.Hazim






Mohamad Hamdan Wahid menunjukkan gambar tular di media sosial sewaktu hadir Institut Jantung Malaysia untuk melawat anggota bomba yang cedera dalam satu dalam rusuhan baru-baru ini di Subang Jaya, di sini, hari ini. Turut bersama anggota Bomba, Mohd Hazim Mohd Rahim.


KUALA LUMPUR 28 Nov. - “Saya turun daripada jentera untuk mengambil hos di sebelah kiri, belum sempat berbuat apa kami telah diserang.

Itu perkara sebenar yang diceritakan oleh anggota dari Unit FRT, Mohd. Hazim Mohd. Rahimi, 31, yang disangka Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, yang cedera akibat dipukul sekumpulan perusuh semalam.

Ujarnya, bimbang akan keselamatan diri, dia terus berlari masuk ke dalam Jentera Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik saya masuk ke dalam jentera saya terus menutup pintu. Ketika itu saya tidak tahu apa yang berlaku di luar,” katanya ketika ditemukan dalam sidang akhbar di Institut Jantung Negara (IJN), di sini hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohamad Hamdan Wahid juga menafikan dakwaan anggota bomba yang parah akibat diserang kumpulan perusuh di sekitar Kuil Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights awal pagi semalam telah dilanggar.

Katanya, lelaki yang dilihat berada di belakang jentera dalam rakaman video tular bukan Muhammad Adib Mohd. Kassim sebaliknya merupakan seorang anggota lain.

Ujarnya, anggota terbabit merupakan anggota dari pasukan penyelamat yang menaiki jentera FRT bernama Mohd. Hazim Mohd. Rahimi, 31.

“Dakwaan pihak kuil memaklumkan mangsa dilanggar adalah tidak benar sama sekali.

“Kita tidak pernah dimaklumkan mengenai perkara ini daripada anggota yang berada di lokasi kejadian. Jangan buat kenyataan yang tidak berasas,” katanya dalam sidang akhbar itu.-UTUSAN ONLINE-

Read More...

Penceroboh Kuil Diupah Peguam Dan Syarikat Pemaju

Penceroboh Kuil Diupah RM150 Hingga RM300 Seorang





Gambar Hiasan

Kekecohan dan ketegangan di kuil Sri Maha Mariamman sejak beberapa hari lalu berpunca daripada tindakan sekumpulan orang menceroboh rumah ibadat penganut Hindu itu, kata Muhyiddn Yassin.

Kata menteri dalam negeri itu, mereka ialah sekumpulan lelaki yang diupah peguam syarikat pemaju dan pemilik tapak berkenaan.

Kata Muhyiddin kumpulan lelaki terbabit menceroboh kawasan kuil dan mengawal kawasan tersebut sebelum pihak pemaju dan anggota polis tiba pada pagi 26 Nov lalu.

"Berdasarkan siasatan polis, sejumlah RM150,000 diserahkan kepada ketua kumpulan terbabit untuk melakukan kerja menceroboh, mengambil alih dan mengawal kuil.

"Lebih kurang 50 orang diupah untuk melakukan kerja itu yang setiap setiap seorang daripada mereka menerima bayaran antara RM150 hingga RM300," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Menurut Muhyiddin tindakan menceroboh itu amat tidak bertanggungjawab dan menyalahi undang-undang.

Ia juga katanya menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang berada di kawasan kejadian sehingga menimbulkan kekecohan, pergaduhan dan kerosakan harta benda.

"Saya amat kesal dengan tindakan gopoh dan cuai yang diambil pihak dikaitkan dengan syarikat pemaju yang jelas melanggar undang-undang," katanya.

Menurut Muhyiddin lagi, sekiranya tindakan gopoh dan cuai ini tidak diambil, beliau percaya insiden pergaduhan tidak berlaku.

Read More...

Polis Buru Perusuh Cederakan Anggota Bomba





Pihak berkuasa mendapat maklumat terbaru yang dipercayai dapat membantu mengenal pasti pasti individu yang bertanggungjawab mencederakan anggota bomba dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, awal pagi tadi.

Menyatakan demikian, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata pihaknya sedang memburu mereka yang terlibat dan tidak akan berkompromi dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut.

"Kita tengah memburu mereka yang telah mengakibatkan anggota kita cedera. Kita ada sesuatu, saya pun baru dapat maklumat tadi. Adalah benda-benda yang akan kita siasat.


"Kita akan ambil tindakan tegas … Apa yang telah berlaku melebihi had yang sepatutnya," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) selepas melawat Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, anggota bomba dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Subang Jaya yang cedera parah akibat dipukul sekumpulan lelaki dalam rusuhan itu.

- Bernama

Read More...

Tuesday, 27 November 2018

Pramugari Air Asia Disimbah Kuah Mi Panas Oleh Penumpang Dalam Pesawat








Cerita mengenai keagresifan pelancong-pelancong China bukan cerita mengejutkan. Terkini, seorang pramugari penerbangan Air Asia telah disimbah dengan semangkuk mi berkuah panas dalam satu insiden semasa dalam penerbangan Jumaat lepas.

Gambar-gambar yang diambil penumpang pesawat itu menunjukkan pramugari yang telah diserang dengan semangkuk mi berkuah panas oleh seorang penumpang wanita.

Pramugari Air Asia Disimbah Kuah Mi Panas Oleh Dalam Pesawat.Penumpang itu dikatakan berang kerana dia tidak mendapat tempat duduk di sebelah teman lelakinya dalam perjalanan tersebut dari Bangkok ke Nanjing, China.



Penumpang-penumpang lain telah mengeluarkan telefon pintar masing-masing dan merakam kejadian yang berlangsung di depan mata mereka, sementara pramugari itu menutup muka dan menjerit kesakitan.

Akibatnya juruterbang memutuskan untuk membatalkan penerbangan, berpatah balik dan mendarat cemas di Bangkok.

Salah satu gambar tersebar melalui laman jaringan sosial Weibo menunjukkan seorang lelaki mengangkat seorang wanita keluar dari kabin dan diiringi pihak berkuasa.


Di lapangan terbang, staf penerbangan berbincang dengan wanita itu dan kumpulannya, dan mereka mencapai persetujuan ‘damai’, walaupun kumpulan pelancong tersebut diarahkan balik menggunakan penerbangan berlainan.

Kejadian meng4muk di udara itu mendapat perhatian di seluruh dunia dan menyebabkan pelancong China digelar ‘barbaarians’ oleh media China yang dimiliki kerajaan.

Kumpulan pelancong itu dikatakan akan berdepan hukuman tegas kerana memalukan pelancong dari China secara keseluruhannya.

Pemandu pelancong yang menyertai kumpulan itu kini telah digantung lesen selama setahun.

Kumpulan pelancong itu juga diarahkan membayar denda sejumlah 50,000 baht (RM 6,352.42) sebagai pampasan kerana mencederakan pramugari.

Wanita yang mencampakkan mi panas pula dikenakan denda tambahan 200 baht (RM 25.41).

Ini 7 Perangai Pelancong China Yang Tidak Disenangi

KEHADIRAN pelancong di mana-mana negara biasanya akan, membuatkan orang tempatan berasakan negara mereka memiliki keunikan serta tarikan‚ tersendiri‚ berbanding negara lain.

Maka pelancong asing yang berkunjung lazimnya akan mendapat layanan istimewa dan sentiasa disenangi serta dialu-alukan kedatangan mereka oleh warga tempatan.

Walau bagaimanapun, kehadiran pelancong warga China di mana-mana negara pun nampak gayanya tidak begitu disenangi serta mengundang perasaan jengkel dalam kalangan pelancong negara lain mahu pun orang tempatan sendiri.

Mengapa mereka seolah-olah diboikot oleh semua orang? Apa kesalahan yang telah mereka lakukan? Dan kenapa kehadiran mereka tidak disenangi?

Berdasarkan beberapa sumber, di bawah ini merupakan 7 punca mengapa pelancong warga China tidak disenangi dan kurang digemari di seluruh dunia:

1. Tidak tahu bersabar / Tidak bertoleransi

Jelas perangai pelancong warga China yang tidak tahu bersabar mahupun tidak faham erti toleransi ini menjadi faktor utama mengapa mereka dibenci. Hal ini dapat dibuktikan melalui beberapa isu berkaitan yang pernah ditimbulkan.

Semalam berita mengenai pelancong China yang membuat kecoh di sebuah lapangan terbang di Bangkok telah mendapat perhatian netizen. Jelas sikap toleransi mereka sangat lemah rentetan isu penerbangan yang mereka naiki terpaksa digendalakan sementara.

Selain itu, video yang dimuat naik oleh seorang wanita Thailand yang menunjukkan sikap pelancong China yang tidak tahu beratur juga pernah viral sebelum ini.

2. Tidak bertamadun!

Pelancong dari China juga dikecam kerana sikap mereka yang keterlaluan serta tidak bertamadun ketika melancong. Isu ini boleh dikaitkan dengan insiden seorang lelaki warga China yang pernah menjadi bualan media tempatan dan luar negara kerana bertindak tidak sopan selepas meramas buah dda patung bgel yang menjadi tugu di kawasan pelancongan popular di Huaqing Pool di bandar Xi’an.

Seorang lelaki warga China berkelakuan tidak sennoh ketika melancong.
3. Tidak bertimbang rasa.

Segelintir pelancong dari China jelas memiliki duit untuk melakukan apa sahaja tapi apa yang menyedihkan mereka tidak mempunyai etika serta tidak bertimbang rasa kepada orang di sekeliling. Menurut sumber, mereka langsung tidak mempedulikan perasaan orang lain dan merasakan mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka suka.

4. Bersikap oportunistik.

Mereka juga dikatakan tidak akan melepaskan peluang yang ada. Boleh dikaitkan dengan sikap tidak bertimbang rasa. Pelancong dari China ini tidak akan bertolak-ansur walaupun terhadap orang yang lebih tua.

5. Pentingkan diri sendiri.

Sifat pentingkan diri sendiri ini sememangnya dibenci oleh masyarakat. Ia merupakan sisi buruk yang ada dalam diri seseorang individu atau kelompok yang perlu disingkirkan serta dibuang serta-merta. Ini juga merupakan faktor yang mendorong kepada kenapa pelancong dari China ini diboikot oleh seluruh masyarakat dunia.

6. Suka melakukan vandalisme serta merosakkan pemandangan.

Tabiat kebudak-budakan seperti menconteng nama sendiri di mana-mana dinding atau sesuatu tempat pelancongan untuk menunjukkan mereka pernah hadir dan datang di situ juga adalah satu daripada punca kenapa warga China ini dikutuk!

Rasanya tidak perlu meletakkan simbol atau tanda seperti ‘Lin Quai was here’ dan sebagainya. Tiada siapa peduli dan tiada siapa yang mahu ambil tahu, ia hanya merosakkan pandangan serta kualiti benda yang menjadi tarikan kepada pelancong lain.

7. Pengotor!

Sikap yang terakhir ini merupakan sikap yang paling jelas ditunjukkan oleh segelintir pelancong China ketika melancong. Pengotor dan tidak tahu menjaga kebersihan! Isu seperti ini telah banyak berlegar di media sosial serta menjadi bualan hangat mana-mana media.

Sebagai contoh, isu terbaru yang pernah dilaporkan, seorang wanita dikatakan dengan sengaja telah membiarkan anaknya membuang air di tempat penyimpanan makanan di dalam sebuah pesawat.

Wanita biarkan anaknya membuang air di tempat penyimpanan makanan dalam sebuah pesawat.

Kesimpulannya, pelancong warga China sememangnya perlu berubah dari segi sikap mereka yang menj3ngkelkan orang ramai ketika melancong bagi membersihkan kembali nama negara mereka.

Jika tidak, selama-lamanya mereka akan dikecam serta dib0ikot oleh seluruh masyarakat di dunia ini gara-gara sisi buruk yang ditunjukkan mereka itu.

Sumber: Daily Mail via amanzingnara / mymediahub


Read More...

Sunday, 25 November 2018

Kerajaan Pakatan Harapan Perak Bakal Hancur


UMNO mendakwa wujud gerakan dalam kalangan beberapa ahli exco kerajaan negeri dari Pakatan Harapan (PH) Perak yang ingin menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu melalui usul undi tidak percaya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Saarani Mohamed mendakwa, beberapa ahli exco berkenaan telah cuba mendekati lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) baru-baru ini dan menawarkan pelbagai habuan untuk mendapatkan sokongan mereka untuk membentuk kerajaan negeri sekiranya proses undi tidak percaya itu berjaya dilaksanakan.

“Mereka (individu yang membuat tawaran) beranggapan jika berlaku undi tidak percaya, PH ada 31 kerusi maka hanya 28 akan menyokong manakala yang menentang ialah Menteri Besar sendiri dan dua penyokongnya, kemudian kalau BN dan Pas buat keputusan berkecuali jadi secara sendirinya usul itu diterima dan Menteri Besar akan jatuh.

“Tetapi dalam masa sama mereka tidak boleh jadi kerajaan kerana hanya ada (baki) 28 kerusi, nak membentuk kerajaan perlu ada 30 kerusi (majoriti mudah), oleh sebab itu mereka memerlukan dua lagi ahli Adun BN. Sehingga semalam mereka masih lagi mencuba mendapatkan sokongan beberapa Adun BN,” dakwa beliau

Beliau mendakwa demikian pada sidang media selepas menghadiri program Perjumpaan Khas Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi bersama pemimpin UMNO bahagian negeri Perak, di sini, hari ini.

Dakwa beliau lagi, sekiranya Ahmad Faizal dijatuhkan dan PH atau pihak pembangkang masing-masing tidak mampu memperoleh 30 kerusi majoriti maka Pilihan Raya Negeri terpaksa diadakan sekali gus tidak mustahil peristiwa 2009 yang melihat kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat tumbang dan beralih kuasa kepada BN akan berulang sekali lagi di Perak.

"Kerajaan negeri Perak tidak kukuh ketika ini, mereka sedang berantakan sesama sendiri, ADUN UMNO tidak akan ikut mereka, kita ada cara sendiri dan bukan dengan cara mengkhianati..mereka tidka boleh menafikan perkara ini.

"Mereka (individu-individu yang terlibat dalam gerakan menjatuhkan Menteri Besar) amat serius mengenai perkara ini sehingga datang memujuk ADUN saya, kita tunggulah Pilihan Raya Negeri...kita tak tahu bila perkara itu akan berlaku, saya tak campur. Ia perkara serius dan awak semua lebih baik tanya Menteri Besar sendiri," dakwa beliau lagi.

Sementara itu, dalam sidang media berasingan, Ahmad Zahid berkata, UMNO ketika ini berada dalam keadaan bersiap siaga sekiranya berlaku Pilihan Raya Negeri di Perak.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, PH berjaya memenangi 29 kerusi DUN daripada 59 yang dipertandingkan, sementara BN 27 kerusi dan Pas tiga.

PH kemudian mendapat mandat untuk membentuk kerajaan negeri kerana berjaya memperoleh majoriti mudah 31 kerusi DUN selepas dua ADUN BN telah menyatakan sokongan mereka terhadap pakatan berkenaan. Seorang ADUN terbabit telah menyertai parti PPBM manakala seorang lagi menjadi ADUN bebas

Read More...

Friday, 23 November 2018

Utusan: Laporan Audit 1MDB Dipinda Atas Arahan Najib



Laporan ketua audit negara mengenai 1MDB pada 2016 telah "dipinda" atas arahan perdana menteri ketika itu Najib Razak, menurut Utusan Malaysia.

Memetik sumber, akhbar harian milik Umno itu melaporkan pindaan yang melibatkan mengeluarkan maklumat berkaitan Najib dan Jho Low.

"Menurut sumber, pindaan itu difahamkan dibuat bagi mengeluarkan maklumat pembabitan bekas perdana menteri itu dan ahli perniagaan, Jho Taek Low (Jho Low) dalam aktiviti 1MDB.

"Pindaan itu, tambah sumber berkenaan, difahamkan dibuat dalam satu mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri.

"Sumber tersebut memberitahu, laporan asal itu mendedahkan bahawa Najib mengetahui salah urus tadbir dalam 1MDB yang bersangkut paut dengan campur tangan beliau dari segi pengurusan kewangan 1MDB," lapor akhbar itu.

Beberapa pegawai kanan kerajaan turut hadir sama pada mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri itu.

'Mungkin ditipu Jho Low'

Malaysiakini sedang mendapatkan maklum balas dari pejabat Najib mengenai dakwaan ini.

Ketua Audit Negara Madinah Mohamad akan menyerahkan laporan audit "asal" mengenai 1MDB pada bulan depan, kata Utusan lagi.

Semalam, Najib memberitahu Sinar Harian dalam wawancara bahawa pentadbirannya mungkin telah ditipu oleh Low berdasarkan maklumat yang diketahui kini.

Pentadbiran Najib telah lama mempertahankan Low tidak ada kaitan dengan 1MDB, walaupun terdapat bukti yang dikemukakan pihak berkuasa negara lain sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Low didapati telah memainkan peranan utama dalam mendapatkan perkhidmatan bank Goldman Sachs untuk memudahkan pengeluaran bon pinjaman berjumlah berbilion ringgit untuk 1MDB.

Low berhadapan pertuduhan mengubah wang haram di Malaysia, Singapura dan Amerika Syarikat.

Najib, yang juga bekas penasihat 1MDB dengan kuasa eksekutif, kini antara lainnya turut dikenakan pertuduhan pengubahan wang haram di Malaysia.

Read More...

Wednesday, 21 November 2018

MP Kerajaan Sengaja Biarkan Moorty Diserang Di Parlimen..

Bukan tak nak ‘back up’ Moorthy...


Bukan tak nak ‘back up’ Moorthy...
Dewan kecoh ketika Waytha Moorthy menjawab soalan ahli Parlimen pembangkang semalam.
A- A+ (Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Ahli Parlimen PH dilihat memberi ruang kepada pembangkang menghentam rakan mereka, P. Waytha Moorthy dari semua sudut di Dewan Rakyat, semalam.

Pemerhati politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata tindakan itu dilihat lebih wajar berbanding mereka bangun mempertahankan Moorthy.

“Mereka diam bukan sebab tak berani (pertahankan Moorthy) tapi tak wajar mereka pertahankan Moorthy jadi mereka biarkan pembangkang menghentam sebab memang wajar Moorthy diserang.

“Tidak wajar juga untuk mereka menegur Moorthy seolah-olah menghalakan peluru ke arah pasukan sendiri dan dilihat bersekongkol dengan menteri tersebut sekaligus menjejaskan imej mereka.

“Saya berikan tabik hormat kepada PH kerana memberi ruang kepada pembangkang untuk melakukan serangan walaupun serangan itu agak tidak terkawal sampaikan Speaker kelihatan gagal kawal keadaan,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Semalam, sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2019, mengenai Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) beberapa kali 'dihentak' oleh ahli Parlimen pembangkang yang bangun mencelah untuk meminta penjelasan.

Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani turut senada.

Namun beliau melihat tindakan pembangkang tidak matang kerana tidak memberi ruang kepada Moorthy memberi penjelasan.

“Saya rasa PH biarkan saja pembangkang bereaksi kepada Moorthy. Isu ini masih dalam perbincangan, beliau nak berhujah, sepatutnya berilah ruang untuk beliau berhujah tapi belum sempat apa-apa dah kena serang.

“Bagi saya tindakan itu tidak matang juga daripada pembangkang. Menteri nak jelaskan tak diberi ruang, saya rasa tak sepatutnya berlaku seperti itu,” katanya.

Menurutnya lagi, penjelasan perlu dibuat kerana rakyat masih tidak memahami isu ICERD itu.

“Saya bimbang rakyat keliru isu ini. Moorthy atau Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mungkin perlu cari platform sesuai selain Parlimen untuk jelaskan isu ini. Orang kalau dimainkan sentimen agama dan kaum senang terpengaruh jadi kerajaan kena jelaskan.

“Jika orang melihat apabila Moorthy bercakap dirasakan bias dan sebagainya mungkin pihak lain boleh jelaskan sama ada Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri,” katanya.

Beliau juga menyarankan agar wadah perdebatan dibuka lebih banyak supaya isu ini dapat dibahaskan lebih lanjut.

Read More...

Tuesday, 20 November 2018

Melampau - Senarai Pegawai Pejabat Waytha Moorthy Dpenuhi Kaum India Jadi Viral


PUTRAJAYA 20 Nov. - Senarai organisasi Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy yang menerajui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional menjadi viral di media sosial berikutan keanggotaannya dikatakan tidak mencerminkan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Rata-rata netizen mempersoalkan mengapa kedudukan di Pejabat Menteri itu bagi jawatan Setiausaha Sulit Kanan, Setiausaha Politik, Pegawai Tugas-Tugas Khas, Setiausaha Akhbar dan Setiausaha Sulit hanya diduduki satu kaum sahaja.

Antara komen dalam media sosial adalah pengguna Twitter bernama Ed Dev yang berkata "Perlu tindakan serius kerajaan PH (Pakatan Harapan). Tidak sesuai dengan objektif atau tujuan untuk membentuk perpaduan. Perlu ada banyak kaum di situ, jika tidak ia akan menjadi Kementerian Perpaduan untuk kaum India sahaja,".

Kebanyakan netizen berpendapat Pejabat Menteri itu perlu memberi contoh yang terbaik bagi mewakili kepelbagaian kaum di negara ini sekiranya benar-benar hendak memupuk semangat perpaduan rakyat Malaysia.

"Nama jabatan ini adalah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional. Memang sungguh nampak perpaduan kaum di kalangan pegawainya," sindir seorang pengguna twitter, Don Juan Deryezal.

Waytha Moorthy sebelum ini telah pun menerima kecaman pelbagai pihak berhubung isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang disifatkan sebagai menentang semangat Perlembagaan Persekutuan.

Penularan kembali video wawancara Waytha Moorty kira-kira 10 tahun lalu di Belanda juga menimbulkan polemik dan kemarahan masyarakat umum kerana dilihat telah memanipulasikan beberapa fakta berkaitan layanan terhadap masyarakat India di negara ini. - UTUSAN ONLINE

Read More...

Lelaki Berbangsa India Ini Tegur Menteri, Dedah ‘Diskriminasi’ Sebenar Yang Dialaminya Di Malaysia


Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Susulan tukarnya sebuah klip video yang merekodkan ucapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy berkaitan diskriminasi yang dihadapi oleh masyarakat India di Malaysia antaranya mendakwa penganut Hindu dipaksa menukar agama kepada Islam sekiranya mahu bekerja di sektor awam dan kuil penganut agama Hindu telah dirobohkan.

Nyatanya, dakwaan-dakwaan berkenaan menimbulkan kemarahan hingga Gerakkan Pengundi Sedar telah melancarkan petisyen atas talian bagi mengumpul sokongan untuk mendesak kerajaan memecat beliau daripada jawatan tersebut. Selepas 17 jam, petisyen berkenaan sudahpun berjaya mengumpul lebih daripada 80 ribu tandatangan.

Selain itu, seorang profesional berbangsa India, Dr. Thirunavukkarasu Karasu memuat naik satu penulisan yang sangat menaraik dan santai dalam menyanggah dakwaan yang dibuat oleh menteri berkenaan. Penulisan tersebut dikongsikan di laman facebook milik isterinya, Samantha Sambun Karasu.


Kami terjemahkan penulisan asal beliau di dalam bahasa Inggeris untuk bacaan anda di bawah.

Daripada Thirunavukkarasu Karasu kepada Menteri Perpaduan merangkap Menteri Hindraf Malaysia.

Assalamualaikum Datuk, (oleh kerana kamu berkata kami ‘dipaksa’ menjadi Muslim), tahukah anda?

1. Saya didiskriminasi hinggakan saya menuntut ilmu di sekolah rendah yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Melayu.

2. Saya didiskriminasi hinggakan saya mendapat makanan percuma ketika di sekolah rendah selama 3 tahun.

3. Saya didiskriminasi hinggakan ada doktor gigi datang merawat gigi saya secara percuma pada waktu tersebut.

4. Saya didiskriminasi hinggakan keputusan 5 A ketika di Tahun 5 melayakkan saya belajar di Maktab Tentera Diraja Malaysia.

5. Saya didiskriminasi hinggakan saya diberi borang untuk ke Maktab Rendah Sains Mara ketika di Tahun 6.

6. Saya didiskriminasi hinggakan keputusan baik diperolehi Tahun 6 membenarkan saya berlajar Perdagangan ketika di Tingkatan 1.

7. Saya didiskriminasi hinggakan yuran tahunan pengajian Tingkatan 1 hingga 3 lebih murah daripada makan malam KFC.

8. Saya didiskriminasi hinggakan yuran peperiksaan SRP dan SPM saya dibayar sepenuhnya oleh kerajaan Melayu.

9. Saya didiskriminasi hinggakan pengajian pra-universiti saya adalah percuma.

10. Saya didiskriminasi hinggakan yuran STPM saya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri Selangor.

11. Saya didiskriminasi hinggakan saya berjaya memperoleh kursus pilihan pertama ketika di USM.

12. Saya didiskriminasi hinggakan yuran tahunan tusyen saya lebih murah daripada tiket pergi dan pulang MAS untuk orang-orang Sabah.

13. Saya didiskriminasi hinggakan pengajian Sarjana saya dibiayai sepenuhnya oleh USM.

14. Saya didiskriminasi hinggakan satu lagi pengajian Sarjana saya menerima susbsidi oleh UPM.

15. Saya didiskriminasi hinggakan pengajian Doktor Falsafah saya dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

16. Saya didiskriminasi hinggakan saya memperolehi dana RM 30 ribu sebagai ‘geran biaya diri’.

17. Saya didiskriminasi hinggakan saya mampu menyewa rumah dengan kemudahan Astro untuk RM 150 sebulan sewaktu membuat PhD.

18. Saya didiskriminasi hinggakan saya memperolehi geran penyelidikan RM 60 ribu daripada Melayu.

19. Saya didiskriminasi hinggakan saya memperoleh cuti umum ketika menyambut Thaipusam.

20. Saya didiskriminasi hinggakan saya berjaya memenagi Anugerah Kertas Penyelidikan Terbaik menentang pensyarah-pensyarah/penyelidik-penyelidik Melayu.

21. Saya didiskriminasi hinggakan caj untuk tiga orang anak saya lahir di hospital kerajaan kurang daripada RM 200.

22. Saya didiskriminasi hinggakan saya hanya perlu membayar RM 1 untuk rawatan gigi saya pada 2015.

23. Saya didiskriminasi hinggakan saya berjaya memperoleh pekerjaan di syarikat penerbangan yang diurus majoriti Melayu.

24. Saya didiskriminasi hinggakan Melayu yang sama menaja latihan penerbangan saya.

25. Saya didiskriminasi hinggakan wang KWSP saya dimasukkan secara terus ke akaun CIMB ketika saya membeli rumah bernilai RM 1 juta.

Nak saya teruskan lagi? Baik, saya teruskan.

26. Saya didiskriminasi hinggakan saya menjadi kolumnis di The Star dan membantai Najib Razak.

27. Saya didiskriminasi hinggakan lesen untuk membolehkan saya mengoperasikan firma kejuruteraan diluluskan dalam masa 1 hari sahaja.

28. Saya didiskriminasi hinggakan majikan saya membayar lebih berbanding apa yang saya keluarkan untuk ‘Simpanan Hari Tua’.

29. Saya didiskriminasi hinggakan saya perlu membayar jumlah cukai sama seperti yang dibayar orang Melayu.

30. Saya didiskriminasi hinggakan saya boleh menziarahi gereja bila-bila dan dimana-mana sahaja saya mahu.

31. Saya didiskriminasi hinggakan saya melihat PM Melayu memberi sumbangan di dalam Kuil di Batu Caves.

32. Saya didiskriminasi hinggakan saudara mara saya boleh membina kuil di kawasan rumah mereka sendiri, kadang-kala di luar kawasan rumah juga.

33. Saya didiskriminasi hinggakan saya melihat setiap tahun seorang pakcik berbangsa India disenaraikan sebagai orang kedua terkaya Malaysia.

34. Saya didiskriminasi hinggakan ramai boss saya di Air Asia berbangsa India, dan menaikkan pangkat saya menjadi Kapten.

35. Saya didiskriminasi hinggakan kerajaan Melayu menyediakan skim perlaburan khas untuk bangsa India.

36. Saya didiskriminasi hinggakan saya mampu menghadiri bantahan secara aman, dan melihat pemimpin saya dibebaskan dan sekarang berbahagia menikmati gajinya sebagai Menteri.

37. Saya didiskriminasi hinggakan dapat melihat orang India membuat rungutan kepada Ratu UK mengenai hak-hak mereka tetapi masih bebas daripada sebarang tuduhan mengkhianat.

38. Saya didiskriminasi hinggakan saya dapat melihat seorang Menteri berbangsa India membawa Guru agama dan lembaga sakas peribadi ke Parlimen.

39. Saya didiskriminasi hinggakan saya melihat papan tanda dimana-dimana sahaja, termasuk ditulis di dalam bahasa Tamil.

40. Saya didiskriminasi hinggakan saya melihat usaha kerajaan Melayu memelihara tinggalan kuno agama Hindu dan memohon senarai UNESCO.

41. Saya didiskriminasi hinggakan saya melihat iklan Tourism Malaysia di serata dunia turut memaparkan kebudayaan dan agama orang India.

42. Saya didikriminasi hinggakan saya melihat Menteri berbangsa India tidak mengenakan songkok sebaliknya memakai thalappas di hadapan Raja Melayu.

43. Saya didiskriminasi hinggakan saya kerap melihat pemimpin-pemimpin Melayu tampil dalam drama, lagu dan tarian bangsa India untuk acara rasmi, daripada Anwar Ibrahin hinggalah Khalil Yaakob.

44. Saya didiskriminasi hinggakan saya mampu memperolehi satu lesen penerbitan selepas kerajaan lama membatalkan kolum saya pada akhbar kerana mengkritik mereka.

45. Saya didikriminasi hinggakan isteri saya masih kekal sebagai Bumiputera, mengenakan hijab dan hadir dalam acara agama Kristian secara terbuka dalam beberapa majlis.

46. Saya didiskriminasi hinggakan saya yang mengambil subjek Tamadun Islam di universiti dan isteri saya mendapat skor A untuk sejarah Islam di STPM, tetapi tiada sesiapa pun memaksa kami menjadi Islam.

47. Saya didiskriminasi hinggakan majoriti doktor dan peguam secara populasinya adalah berbangsa India.

48. Saya didiskriminasi hinggakan saya menikmati perlepasan cukai atas sumbangan ke atas organisasi Melayu atau Islam.

49. Saya didiskriminasi hinggakan saya boleh menikmati juadah daging babi dimana-mana sahaja saya mahu, termasuklah di pekan-pekan yang dihuni majoriti Melayu – walaupun saya tidak berbuat demikian atas dasar hormat.

50. Saya didiskriminasi hinggakan menteri Hindraf saya sendiri dengan gembiranya boleh ke The Hague dan menggugat perpaduan selepas 61 tahun.

Macam mana menteri? Masih mahu saya sambung lagi? Dah terlalu panjang, kejap lagi kena lukis.

Sumber : Samantha Sambun Karasu

Read More...

Monday, 19 November 2018

Pecat, Dakwa Dan Gugur Kerakyatan Waytha Moorthy



Pelbagai pihak menyuarakan gesaan supaya tindakan undang-undang diambil ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy berikutan penularan video beliau yang berunsur fitnah dan hasutan.

Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, segala diungkapkan Waytha itu adalah fitnah bohong dan sangat membangkitkan sensitiviti perkauman yang boleh mencetus tindakbalas negatif.

Paling dibimbangi menurutnya, adu domba Waytha itu dalam cubaannya mencari pengaruh dan sokongan pihak luar yang mendedahkan Malaysia kepada campur tangan asing, di mana ini adalah pengkhianatan kepada negara.

“Semua yang disebut itu menunjukkan juga kebencian, memberi tekanan dan mencabar yang bersifat ancaman dan gugatan kepada kedaulatan negara. Jadi tindakan pendakwaan mesti segera diambil kerana memburukkan negara, serta dipecat daripada jawatan Menteri,” gesa beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan itu berharap agar perkara tersebut membuka mata banyak pihak bahawa sikap melampau ditunjukkan Waytha itulah yang menjadi kedegilan Menteri tersebut untuk tetap meratifikasi ICERD.

Ketua Pemuda Umno, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dasuki pula mendesak Menteri itu melepaskan jawatan kerana Waytha hingga kini tidak pernah menarik balik kenyataan dan tohmahan jahat dikeluarkannya itu.

Beliau khuatir imej radikal dan sering membangkitkan isu sensitif oleh pemimpin tersebut akan mengundang krisis keyakinan rakyat terhadap masa depan keharmonian negara berbilang agama dan kaum di negara ini serta permusuhan.

Dr Asyraf juga membidas usaha Menteri itu untuk tetap meratifikasi ICERD sebagai menzahirkan kesombongan dan keangkuhannya walaupun sedar tindakan itu mencabar keistimewaan Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Islam.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Kamaruzaman Mohamad berkata, terdapat tiga asas jelas membolehkan Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) itu diambil tindakan.

Pertama ujarnya, fitnah terhadap negara dengan berbohong di peringkat antarabangsa yang menimbulkan imej tidak baik dan kedua mengkhianati negara dengan kerja jahat memburukkan sistem negara, serta ketiga menimbulkan suasana tegang.

“Antara siasatan dan tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap Waytha termasuk menerusi Akta Hasutan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA. Begitu juga kerakyatan ahli Dewan Negara itu wajar dikaji semula kerana bukan warganegara yang taat,” kemuka beliau.

Nada seumpama turut disuarakan Mufti Pahang, Dato’ Seri Dr Abdul Rahman Osman dan Mufti Perlis, Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyifatkan Waytha telah mencurah minyak ke api dan tindakannya satu pengkhianatan kepada negara.

Turut berang dan mahu tindakan diambil ke atas Waytha adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Selangor, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan banyak lagi.

Antara disebut Waytha dalam video itu adalah pelanggaran Hak Asasi Manusia, layanan tidak sama rata dan diskriminasi Malaysia terhadap kaum India beragama Hindu dan dipaksa menukar agama serta perobohan puluhan ribu kuil. - HARAKAHDAILY









Read More...

Sunday, 18 November 2018

Perang Azmin-Rafizi Rupanya Belum Berakhir..


Pemilihan PKR tahun ini menyaksikan Anwar Ibrahim memenangi jawatan presiden tanpa bertanding.

Bagaimanapun saingan sengit bagi jawatan timbalan presiden antara Mohamed Azmin Ali dan Rafizi Ramli yang berlangsung selama hampir dua bulan merupakan tumpuan utama pemilihan kali ini.

Saingan antara kedua-dua pemimpin PKR itu menyaksikan tuduhan politik wang, kehilangan undi, pengurusan pemilihan yang tidak adil, dan percubaan mensabotaj pengundian yang melanjutkan lagi tempoh proses pemilihan.

Beberapa hari sebelum keputusan rasmi diumumkan, Rafizi akhirnya mengaku kalah kepada Azmin, yang menurutnya adalah demi kepentingan parti.

Meskipun beberapa kenyataan yang dibuat bagi meredakan ketegangan sepanjang pemilihan, ucapan Azmin dan Rafizi dalam Kongres Nasional PKR di Shah Alam memberi gambaran kedua-dua mereka akan terus menjadi seteru dalam parti.

Malah, kongres berkenaan dilihat dibayangi ketegangan antara kedua-dua kem berkenaan.

Sabtu lalu, perwakilan PKR Perlis Tengku Nazeri Tengku Aldin dalam ucapannya menggesa Rafizi dan Azmin agar menghentikan perseteruan mereka bagi menyatukan parti.


Tengku Nazeri
"Saya menggesa pasukan Rafizi dan pasukan Azmin, sudah sampai masanya untuk menghentikan semua (perseteruan) ini," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin yang bersetuju dengan gesaan itu.

Susulan itu, Azmin melangkah ke arah Rafizi dan kedua-dua mereka bersalaman sebelum sama-sama mengangkat tangan. Kedua-dua pemimpin PKR itu kemudian saling berpelukan.

Bagaimanapun, ucapan kedua-dua mereka mereka dalam kongres hari ini mengandungi sindiran antara satu sama lain.

Dalam ucapan terakhirnya sebagai naib presiden, Rafizi mengingatkan berhubung segelintir pemimpin kanan parti itu yang menurutnya memperlekehkan usaha mengangkat Anwar Ibrahim selaku perdana menteri kelapan.

Selain itu, Rafizi juga berkata bahawa beliau boleh membuat rayuan berhubung keputusan pemilihan PKR, namun tidak berbuat demikian kerana ia akan menyebabkan kritikan ke atas Anwar dan parti mereka.

Azmin pula, yang akhirnya berjaya mempertahankan jawatan timbalan presiden PKR yang dipegangnya sejak 2010, berkata antara faktor beliau kekal mempertahankan kedudukan nombor dua itu adalah kerana mampu berdepan cabaran dengan tenang.

Azmin turut berjenaka bahawa beliau bukan dicabar Rafizi, tetapi bekas anggota parlimen Pandan itu hanya "menawarkan khidmat kepada parti".

"Tak ada masalah, saya tenang saja. Anwar pesan 'Azmin, tenang'. Saya kata 'tenang macam mana, Datuk Seri? Aku kena serang kiri kanan'.

"Orang yang tenang InsyaAllah akan berjaya selama-lamanya," katanya lagi.

Dengan keputusan rasmi yang sudah diumumkan, pasukan Azmin dilihat mendominasi pemilihan kali ini.

Selain dua pasukan Rafizi iaitu Nurul Izzah Anwar yang menang jawatan naib presiden dan Akmal Nasir bagi jawatan ketua Pemuda, jawatan lain di peringkat kepimpinan tertinggi dimenangi pasukan Azmin.

Satu hal yang pasti, kedua-dua pihak, baik pasukan Azmin mahupun Rafizi dilihat menggesa agar pembaharuan dan penambahbaikan dilakukan berhubung sistem pemilihan.

Bekas ketua pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad sebelum ini mencadangkan agar parti itu mempertimbangkan menggunakan sistem "satu ahli, satu undi" bagi memilih pemimpin tertinggi dan mengembalikan semula sistem perwakilan bagi jawatan lain.

Nik Nazmi menyifatkan sistem yang digunakan dalam pemilihan baru-baru ini tidak praktikal kerana terlalu banyak undi yang perlu dikira.

Naib presiden PKR, Tian Chua juga menggesa pembaharuan dalam sitem pemilihan dengan mencadangkan agar semua anggota perlu sekurang-kurangnya menyertai parti setahun sebelum dibenarkan mengundi.

Read More...

Fitnah Negara: Dr M Didesak Pecat Moorthy



Klip video yang tular daripada hindraf.org yang membuktikan Moortfhy menabur fitnah berkenaan Malaysia dan pentadbiran kerajaan.


PERTUBUHAN Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Selangor mendesak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy kerana mengeluarkan kenyataan fitnah untuk memburukkan negara.

Yang Dipertuanya, Borhan Ahmad Zakaria berkata, dakwaan Moorthy bahawa masyarakat India di negara ini tidak dilayan dengan adil, dipaksa memeluk Islam jika bekerja di sektor kerajaan dan sebanyak 10,000 kuil dimusnahkan adalah satu tuduhan yang amat berat.

“Dia tidak bertanding pun dalam pilihan raya, jadi pecat sahaja dia. Pelantikan dia dalam Kabinet atas budi bicara Perdana Menteri. Sikap seperti dia tidak wajar ada dalam Kabinet kerajaan.

“Kita akan lakukan desakan supaya dia dipecat atau dikenakan tindakan undang-undang. Dia tidak wajar keluarkan dakwaan seperti ini di luar negara. Adakah ini sikap seorang menteri apabila burukkan negara sendiri di luar negara?

“Layanan yang diterima masyarakat India di Malaysia adalah yang terbaik dan layanan seperti ini tidak akan dinikmati di negara lain,” katanya kepada NSTP hari ini.

Beliau mengulas mengenai video berdurasi 2 minit 39 saat yang tular di media sosial memaparkan Moorthy memburukkan negara dan memfitnah kerajaan, termasuk kononnya Malaysia menghadapi masalah pencabulan hak asasi yang kronik.

Borhan menggesa kerajaan menarik semula keputusan untuk menggantung sementara tindakan di bawah Akta Hasutan 1948.

“Akta Hasutan wajar dikekalkan dan begitu juga dengan akta lain seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) dan Akta Pencegahan Keganasan (POTA).

“Perkembangan yang berlaku sejak kebelakangan menunjukkan pentingnya kerajaan mengekalkan Akta Hasutan. Ketiadaan akta seperti ini menyebabkan sesiapa sahaja bebas bercakap walaupun ia mengguris hati pihak lain,” katanya.

Read More...

Pemimpin Kanan PKR Perlekeh Anwar Sebagai PM Ke8


KONVENSYEN PKR | Bekas naib presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan ada segelintir pemimpin kanan parti itu memperlekehkan usahanya mengangkat Anwar Ibrahim selaku perdana menteri kelapan.

Rafizi berkata, ada dalam kalangan mereka menyifatkan masa Anwar untuk dinobatkan sebagai pemimpin utama negara sudah berakhir.

Jelasnya, walaupun parti itu meraikan perbezaan pendapat, namun dalam soal teras - iaitu mengangkat Anwar sebagai perdana menteri - seharusnya disepakati oleh semua anggota PKR.

"Ada pimpinan kanan yang memeperlekehkan usaha untuk mengangkat Anwar sebagai perdana menteri kelapan.

"Ada yang kata (menulis di media sosial) bahawa masa Anwar sudah berakhir, ada kata perlu kepada pilihan yang baru," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres PKR Ke-13 di Shah Alam, hari ini.

Read More...

P. WAYTHA MOORTHY ADALAH PEMFITNAH DAN PENGKHIANAT NEGARA


P. WAYTHA MOORTHY ADALAH PEMFITNAH DAN PENGKHIANAT NEGARA YANG DILANTIK SEBAGAI PEMBUAT DASAR DAN MENTERI PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL.

Pada tahun 2001 Pengerusi Hindraf P. Waytha Moorthy telah melawat Netherland dan menyampaikan maklumat yang salah kepada Ahli Parlimennya untuk menghasut negara tersebut supaya tidak menjadi rakan dagangan Malaysia

Apakah yang disampaikan oleh Waytha Moorthy kepada kerajaan Netherland?

Dia mengakui bahawa dirinya adalah warganegara Malaysia generasi keempat dari keturunan India pendatang yang datang ke Malaysia 200 tahun lalu.

Namun Waytha Moorthy menyatakan bahawa kaum India yang menjadi warganegara Malaysia tidak mendapat hak samarata di bumi Malaysia.

Beliau mendakwa penganut Hindu dipaksa untuk menukar agama Hindu kepada agama Islam di Malaysia.

Penganut Hindu juga dipaksa untuk menukar agama mereka kepada Islam jika mahu mendapat peluang pekerjaan di Malaysia.

Malah penganut Hindu dipaksa bertukar ke agama Islam jika mahu mendapat biasiswa kerajaan Malaysia.

Lebih dahsyat dari itu, Waytha Moorthy mendakwa 90 peratus peluang belajar di negara ini hanyalah untuk bangsa Melayu!

Jelas dakwanya, Malaysia langsung tidak mengamalkan kebebasan beragama.

Dari itu Malaysia bukanlah sebuah negara Islam yang sederhana dan progresif seperti yang disangka oleh dunia luar.

Not a Moderate progressive muslim country


Lebih mengejutkan adalah apabila Waytha Moorthy turut mendakwa kerajaan BN telah menghapuskan lebih kurang 10,000 kuil Hindu dan enggan memberikan tanah tersebut untuk di bina kuil sejak 54 tahun merdeka (berdasarkan tarikh lawatannya ke Belanda pada tahun 2001).

Waytha Moothy juga mendakwa kerajaan BN hanya memperuntukkan berbillion-billion bajet untuk membangunkan bangsa Melayu yang beragama Islam dan tidak kepada rakyat berbangsa India.

Hakikatnya, 2 juta penduduk berbangsa India memiliki Sekolah Tamil yang menerima ratusan juta Ringgit peruntukan termasuk peruntukan khas berpuluh juta Ringgit untuk pendidikan pra sekolah bagi ratusan sekolah Tamil.

Malah kerajaan memperuntukan ratusan juta Ringgit juga untuk program dan latihan kemahiran untuk anak muda berbangsa India.

Selain itu bangsa India juga ditawarkan dengan puluhan juta Ringgit peruntukan untuk pinjaman perniagaan bagi Skim Usahawan Muda India di bawah TEKUN.

Jumlah keseluruhan rumah ibadat di Malaysia adalah 30,000 untuk orang Islam dan hampir 500,000 rumah ibadat bukan Islam.

Dengan dijuarai oleh kuil Hindu berjumlah hampir 300,000 kecil dan besar dengan hanya penganutnya tidak sampai dua juta.

Apa yang dimerepekkan oleh Waytha Moorthy ini?

Penghasut, pemfitnah dan pengkhianat negara ini kini dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan memegang portfolio sebagai Menteri Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Apakah asasnya seorang pengkhianat negara diangkat ke tempat itu?

Kini Waytha Moorthy menggunakan kedudukannya untuk mencadangkan supaya ICERD diratifikasikan.

Ianya bukan satu bentuk inisiatif perpaduan kaum, tetapi ianya mencabul hak keistimewaan bangsa Melayu dan umat Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia seperti mana yang dimetrai dalam kontrak sosial 1948.

Ianya bukan menyemarakkan perpaduan kaum, malah ianya akan menghancurkan perpaduan kaum yang terbina sejak 61 tahun lalu.

Tahniah Tun Mahathir dan pengundi PH!

sumber



Read More...

Saturday, 17 November 2018

'Perang' Azmin-Rafizi Berakhir..



Ucapan 'berbisa' perwakilan Perlis, Tengku Nazeri Tengku Aldin berjaya menyatukan kembali dua calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Mohamed Azmin Ali di Kongres Nasional PKR Ke-13 di Shah Alam petang ini.

Mewakili cabang PKR Arau, Nazeri menggesa 'kedua-dua mereka menghentikan pertelingkahan yang boleh merugikan parti memandangkan pemilihan sudah berakhir.

"Kita lawan bermati-matian sesama kita, tidak kira sama ada 'team Rafizi' ke atau 'team Azmin'. Tuan-tuan inikah yang kita ingin warisi kepada anak cucu kita?.

"Secara jelas saya katakan kita gagal, kita bergaduh kerana hendak tunjuk siapa terlebih hebat

"Saya minta 'team Rafizi', 'team Azmin' hari ini hentikanlah (pertelingkahan) masanya sudah habis," katanya sambil menerima tepukan gemuruh perwakilan dan pimpinan parti itu.

Sebaik Nazeri selesai membahas ucapan dasar, Rafizi mengangkat tangan Azmin yang juga menteri hal ehwal ekonomi serta berpelukan sebagai respon terhadap saranan Nazri sekali gus memberi isyarat 'perperangan' antara mereka tamat.


Pertelingkahan antara Rafizi dan Azmin bukan lagi rahsia pada pemilihan parti itu dalam persaingan merebut jawatan timbalan presiden.

Rafizi sebelum ini mengakui bertanding jawatan itu bagi menghalang Azmin yang didakwanya cuba menyekat kemaraan Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri kelapan.

Antara individu yang lantang membangkitkan perkara itu daripada kem Rafizi ialah anggota Parlimen Kapar, Abdullah Sani.

Abdullah mendakwa Azmin diatur oleh pemimpin tertinggi Bersatu termasuk berpakat dengan bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin bagi menyekat Anwar.

Bagaimanapun Abdullah kemudian memohon maaf kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad selepas diarahkan berbuat demikian oleh Anwar

Kaji semula sistem pemilihan

Sementara itu, Nazeri dalam ucapannya menggesa kepemimpinan baru PKR mengkaji semula sistem pemilihan parti itu ketika ini.

Katanya banyak kepincangan berlaku dalam pemilihan parti itu kali ini meskipun hanya kira-kira 200,000 ahli keluar menunaikan tanggungjawab.


Dengan mengambil contoh India yang mempunyai berjuta-juta pengundi berjaya menguruskannya dengan baik.

"Kepada pimpinan baru, buatlah pembaharuan (proses pemilihan parti), yang keluar undi tak sampai 200,000 tapi pengiraan berminggu-minggu tak habis lagi.

"Angkat JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) pergi India belajar macam mana cara mereka uruskan pilihan raya," katanya.

Read More...

Dirogol Bergilir-gilir..


SUNGAI PETANI: Berang dengan sikap bekas kekasihnya yang tidak menjawab panggilan telefonnya, seorang lelaki berusia 18 tahun bertindak merogol gadis berusia 16 tahun itu di sebuah rumah di Sungai Lalang, baru-baru ini.

Kejadian berlaku jam lebih kurang 11 malam pada 11 Nov lalu di sebuah rumah di Taman Bandar Baru selepas mangsa dihubungi bekas kekasihnya untuk bertemu. Sebaik bertemu, mangsa dibawa ke rumah milik rakan suspek dan suspek kemudian bertindak merogol mangsa secara bergilir bersama rakannya.

Selepas melakukan perbuatan keji itu, suspek menghantar mangsa pulang dan mangsa kemudian memberitahu kedua ibu bapanya tentang kejadian itu.

Ibu bapa mangsa kemudian membawa mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

Ketua Polis Daerah Kuala, ACP Adzli Abu Shah mengesahkan menerima laporan tersebut.

Susulan laporan itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Bedong bertindak menahan dua suspek berusia 18 dan 19 tahun dalam serbuan berasingan di dua rumah dekat Bedong antara pukul 1 dan 2 pagi tadi.

Kedua-dua suspek kemudian direman mulai hari ini sehingga 20 Nov bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Read More...

Vape Dan Shisha Tak Dilarang, Kata Menteri


Rokok elektronik (vape) dan shisha tidak termasuk dalam peraturan larangan merokok di semua premis makanan yang akan dikuatkuasakan pada 1 Jan 2019, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau, bagaimanapun berkata kementerian masih dalam peringkat perbincangan untuk menguatkuasakan peraturan melibatkan vape dan shisha dalam masa terdekat.

"Pada masa ini, peraturan itu membabitkan produk berkaitan tembakau, tetapi untuk vape dan shisha kita akan ambil pendekatan mengikut peraturan dan undang-undang tetapi dalam kategori perundangan yang lain.

"Kita sudah ambil perhatian (mengenai vape dan shisha) cuma ia belum diluncurkan lagi (diputuskan), tetapi dalam waktu agak munasabah akan kita laksanakan," katanya pada majlis Anugerah dan Pengiktirafan Kempen Blue Ribbon 2018, di Putrajaya hari ini.

Kempen Blue Ribbon diadakan sejak 2013 bertujuan melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok melalui usaha advokasi ke arah mewujudkan 100 peratus kawasan bebas asap rokok.

Bermula 1 Jan 2019, peraturan larangan merokok akan dikuatkuasakan di semua restoran bertutup, berhawa dingin, atau restoran dan warung berkonsep terbuka.

Dengan penguatkuasaan peraturan itu, perokok ditahan di kawasan larangan akan didenda RM10,000 dan pengusaha makanan yang tidak mematuhi larangan ini boleh didenda RM2,500.

Susulan itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan turut melarang penggunaan vape dan shisha di restoran terbuka seperti larangan merokok tersebut.

Presiden CAP SM Mohamed Idris berkata kedua-dua bahan itu juga mempunyai nikotin yang secara tidak langsung turut membahayakan perokok pasif sama seperti rokok.

- Bernama



Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP